Jumaat, 16 September 2016

mY lEnSa 117 ( Bukit KetumBar vs KemBaRa: noT dE' eNd )

eVent        : HikiNg TeRakHir seOraNg bUjanG
dAte          : 13 sEptEmbEr 2015
vEnuE      : Bukit kEtumBar CheRas & BuKit kEmBara AmpAnG
mEmbEr   : LanDax kEring

My sTorY

Sebagai seorang teruna, harini hari terakhir awang mendaki sebelum bertukar status minggu hadapan. So untuk mengekalkan stamina sebelum menempuh cabaran gunung yang lebih hebat minggu depan, maka dua puncak bukit awang cuba nak tawan harini.. Ketumbar dan Kembara.. manalah tahu kot-kot minggu depan tewas, haru dibuatnya..ahakz

Pemilihan dua bukit ni selain dari lokasinya yang berhampiran juga kerana cabarannya yang like-like sahaja.. awal-awal mak awang dah pesan "jangan kau nak daki mana-mana gunung, darah tengah manis ni. jadi apa-apa kang naya nanti". so kerana mendengar nasihat mak, awang pun daki bukit jerla.. tu tak kira derhaka kan, sebab pesan mak jangan daki gunung bukan bukit...

okay, so macam biasa dengan landax kering, pepagi buta dah duk melilau mencari mana satu pintu masuk ke bukit ketumbar ni.. cari punya cari siap tanya uncle india yang jual putu mayam tepi jalan, akhirnya jumpa gak pintu ni  kat jalan Ketumbar, Taman Cheras berhampiran dengan Kondo Ketumbar High..  tengok ada banyak keta paking, sah nilah tempat dia..

Pepagi memang penuh kawasan ni, rupanya masih ramai warga KL yang nak jaga kesihatan..hehe mujur dapat parking... so apa lagi jom kita start hiking.. nun hujung tu trek bermula.

Trek mula dengan mendaki anak tangga, lagipun trek mendaki santai je.. x der la teruk mana.. cuma satu yang tak berapa nak best tempat ni macam dimonopoli satu kaum jer.. yang tu pada awang okay lah, cuma yang tak berapa nak okay dan best bila dorang ni kebanyakkannya membawa binatang peliharaan time beriadah dan mendaki .. kalo bawa kambing ke, lembu, kucing atau waima harimau, awang suka la, x der isu pun... tapi bila majoritinya membawa anjing, tu macam x respek pengunjung yang berbangsa muslim yang beriadah kat situ.. 

tapi nak cakap lebih pun x guna gak, sebab sepanjang mendaki tu, yang awang perasan berbangsa muslim yang naik  cuma awang ngan landax jer.. jadi mungkin tu sebab dorang buat tempat tu cam dorang punya.. ataupun mungkin tempat tu memang dah diwartakan tuk bangsa dorang jer kot.. awang ngan landax yang menceroboh..haha..tahla.. tulis lelebih nanti dikata rasis.. phuii lah 

Tak sampai sejam mendaki, maybe dalam setengah jam, dah sampai puncak. yerla kot puncak, nampak ada pondok kat situ... uit, peluh tak kuar lagi dah sampai...

so tuk kuarkan peluh yang langsung tak mo kuar, apa lagi main buai la sambil duk perhatikan gelagat dorang... macam-macam gelagat ada,..hihihi
  
Dalam duk perati dorang semua tu, tetiba pandangan mata awang tertangkaplah beberapa ekor binatang.. mulanya ingatkan anjing or kambing, x pun tenuk atau badak, sekali duk perati lebih dekat alamak, rupanya lah babi hutan.. bukan kecik, besar macam anak lembu lah... pergghhhh memang babi tul la babi ni... ini pertama kali sepanjang mendaki gunung atau bukit jumpa babi hutan camni, bukan sekor, tapi berekor-ekor, dah macam diternak gamaknya.. yelah siap ada yang bagi makanan sume, n babi tu pun jinak dah.. hahaha! 

okay, bukit ketumbar ni memang luar biasa.. rasanya mungkin ada yang boleh buat barbeque babi ni kalo camping sini.. kiranya bahan makanan tak perlu bawa dari bawah... asli dari semulajadi..

Thumbs up sebab dah sampai sini dan nampak betapa x respeknya dorang ni... sebab apa, dalam perjalanan turun ada lah jumpa sorang mamat bangsa ni yang duk buat provokasi dan mengutuk kerajaan bagai.... so tahulah awang mungkin majoriti di sini adalah golongan kiasu yang sering disebutkan prof. Ridhuan Tee tu..  patutlah  x berapa nak respek kan... apa boleh buat, sabor jerla...

Apa pun, trip ke bukit ni masih terbaek walopon tak kuar peluh lagi, mana taknya jumpa gelagat satu bangsa yang macam-macam di sini.. lagi ohsem jumpa sekawan babi hehehe...dah jom gerak gi satu tempat lagi.. kita kejar masa ni...


My StoRy

Dari Ketumbar, pendakian di teruskan ke bukit Kembara yang terletak dalam kawasan Ampang pula. Pintu masuk dari bukit ni terletak di tepi pagar sebuah rumah banglo. Dan untuk makluman, bukit ketumbar dengan kembara tidak bersambung trek seperti bukit saga dengan bukit apek.. nak sampai ke sini kena cari landmark Kelab Selangor darul ehsan... jumpa kelab tu belah kiri, so jalan depan lagi sikit dalam 500 meter, jumpa plak selekoh dan rumah banglo belah kanan cam gambar bawah ni... terus paking keta tepi jalan.

pintu masuknya disebalik pokok besar dan tepi pagar rumah ..

Di tepi pagar rumah banglo ni ada lorong so susurilah lorong ni sampai hujung... mulanya awang pon tak tau, tapi mujurlah budak opis awang ni selalu g sini so dialah yang tunjuk jalan. kalo tak memang menjajau gaklah...

Nah! tu dia lorongnya.. pastikan kalo nak lalu sini janganlah buat perkara yang mencurigakan, kalo tak mendapat nanti.. 

terus jalan ikut lorong, then jumpa anak tangga, dakilah  sampai nanti jumpa satu kawasan kebun sayur.. tak besar pon kebun sayur tu. sampai sini pandai-pandailah bawa diri dan cari tempat untuk ke kawasan tasik hijau yang macam gambar bawah ni...

Tasik ni agak besar juga, dan agak menyeramkan. biasa ramai yang duk mancing kat sini.. tapi ikan apa yang ada awang x sure, maybe ikan arapaima kot, tak pun ikan Pangasius Sutchii... 

Okay, sampai tasik, cubalah jalan keliling tasik sampailah jumpa tangga nak menuju puncak bukit.. 
"aik dax! dah penat ker or takut? semacam jer kau tengok pintu masuk ni, ker kau ada nampak sesuatu? tanya awang, manalah tau kot landax nampak atau ada rasa sesuatu.. yerlah dia ni memang awang tau ada kebolehan merasa kewujudan.. cam alif 7 dimensi tu.. 

Pas landax bagi green light, so apa lagi terus lah naik... peluh tak kuar lagi ni sejak naik ketumbar pagi tadi...

Setengah jam mendaki, akhirnya sampai gak puncak bukit.. kat sini tak der orang.. syoklah melepak.. 

Okay! terbaeklah, sampai puncak gak walau peluh tak kuar..

Dua puncak bukit harini yang tak memenatkan dan tak kuar peluh, so nampak gayanya cabaran tuk next week punya pendakian gunung x der masalah kot nak tawan puncaknya... apa pun trip ni memang terbaek dan terima kasih sesangat pada brader zam...adios

Selasa, 13 September 2016

mY lEnSa 116 ( G.B.B. d0n'T WaiT )

eVenT       : SeMaraKkAn MerDeka
dAte          : 16 0goS 2015
VenuE       : GuNung BunGa BuaH GenTing HighLand
mEmBEr  : LanDax KeriNg, sYa MiLk & tHe P0yoS

My sTorY

Masa dan komitmen, dua perkara yang sangat penting diberi perhatian bagi setiap orang, dalam apa jua perkara termasuklah dalam lapangan mendaki. Dan dua perkara inilah yang menjadi prinsip awang sekian lama.  

So dalam trip ni, dua perkara ini yang menjadi isu utama. Puncanya kerana ada dikalangan majin yang tak bangun pagi dek kerana duk lepak kedai mamak sampai lewat pagi. Apabila balik rumah lewat, tidur pun kompom lewat, member yang dah sampai duk tunggu lama nak gerak x sampai2 majin ni dan call plak tak berangkat sebab kompom tidur mati. Yang ni memang tul-tul kanina.

Sudahnya kami gerak bertiga. plan asal, awang ajak gerak malam, then tidur dalam keta, sebab tak mau ada yang tak bangun pagi time nak gerak. Tapi ada yang bangkang duk kata boleh bangun pagi. Dan terbukti telahan awang benar.... memang lajak tidur...

Bertiga gerak dari Bangi, singgah RnR Gombak tuk sarapan dan tetiba majin yang kena tinggal call..baru bangun upanya.. so x mau bagi dia hampa, kita bertiga decide sanggup tunggu dia..  

Laluan menuju ke pintu masuk GBB... 

Ini percubaan kali kedua awang tuk tawan GBB.. sebelum ni (sebelum raya) dah plan n dah sampai pun kat hotel Sri Malaysia tu..siap tidur kat situlah ngan landax... tapi jam 6.30 pagi duk siap-siap nak daki tetiba hujan turun selebat-lebatnya sampai kul 10 lebih.. dah lagu ni, nak daki memang x semangatlah..maka terpaksa kita balik semula...

nah!.....ini dia trek pintu masuk ke GBB..mula dari sini berjalan yek.. dun wory trek dia jelas.. ikut jer sampai hujung..

mula nak daki memang rasa berat jer... tapi jangan bimbang, dah setengah jam, pas badan dah panas, mula la yang berat tu hilang sedikit demi sedikit...
Hah! si syamilk ni dah kenapa, nak buang angin ker..uishh x senonoh lah.. phuii

Dari laluan kita tadi, dah boleh nampak pemandangan kawasan pekan Gohtong Jaya.. oh! kehijauan gunung yang sangat mewangi udaranya...

kurang 40 minit jalan, akhirnya sampai hujung laluan tar.. teruskan lagi perjalanan..

sampai hujung laluan ni, trek dah mula berubah kepada trek yang lebih kecil...

ini trek nya.. teruskan saja berjalan, sampai penat.. laluan di trek ni jelas kelihatan..

Sepanjang laluan ni, x der pokok besar.. kiranya kiri kanan penuh dengan lalang dan pokok paku pakis..

Dah puas berjalan ikut trek semak samun, hah, kita akhirnya jumpa pintu masuk trek sebenar ke GBB.. mula trek ni, dah start dia punya cabaran sebenar.. trek ke puncak juga sangat jelas walaupun ditutupi dengan pokok-pokok hutan... tu dah nampakkan anak panah penunjuk arah..pe lagi folo jerla.

cukup cantik kasut kami ni kan..jangan kata kasut, baju seluar pun bercorak..tap jangan takut mak ada fabreeze, leh tanggalkan kotoran degil ni...hahahawau

Xtualy, harini nasib kami agak kureng sedikit sebab trek dalam kondisi yang tak cantik..(teruklah bahasa pasarnya) malam tadi hujan lebat so beberapa kalilah si landax kering dan the poyos jatuh terduduk.. licin katanya... awang cuma  mampu gelak besar jerla setiap kali dorang jatuh... tu lah sapa suh tak bawa tongkat...kan dah jatuh.

Alhamdulillah, dalam 3 jam mendaki, akhirnya sampai gak puncak.. tu pun ambil masa lama sebab treknya yang dah jahanam...kalo okay trek tu maybe lah lebih cepat... kat puncak ada beirut, so so lah kan..

Alhamdulillah, sampai akhirnya.. 

Kawasan puncak tak lah besar mana.. tapi satu awang musykil ni, dari start daki sampailah ke puncak ni, tak jumpa plak awang dengan bunga dan buah sedangkan nama gunung ni gunung bunga buah..ai! musykil, musykil... ker.. bunga ni merujuk pada dara, dan buah tu merujuk pada teruna...so nak bagi menarik dinamakan lah bunga buah, kalo gunung dara teruna x sedap kot..
Eh! tapi ikut logik lagi, teruna memang ada buah, n dara pun ada buah gak....so?

Satu lagi menariknya gunung ni sebab ada tumbuhan lumut..memang cantik dan menarik...rasa nyaman jer...hehe

Nampak tak tu? hah..tu la Genting Highland... leh nampak jelas dari gunung ni.. pemandangannya pun memang cantik... hijau dan lembut mata memandang..

apa pun Trip ni memang terbaek.. semarak merdeka katanya...

Khamis, 8 September 2016

mY lEnSa 115 ( Per0i dE' RaJah )

eVenT      : SamBut RaYa aTas PunCak
dAte         : 25 JuLai 2015
vEnuE      : GunuNg RajAh bEnT0nG PahaNg
mEmBer   : LaNdax kErinG, sYa MiLk, & tHe p0yoS

My sTorY

Gunung Rajah kedengaran sedikit asing bagi awang. Akan tetapi apabila ada yang kata pemandangan dari puncaknya begitu menarik, so awang tak teragak-agak untuk bersetuju dengan idea landax yang nak folo satu group lain mendaki gunung ni. Walaupun treknya dikatakan hardcore, "ah! pedulikan.. itu bukan masalah besar, yang penting awang dapat tawan gunung ni...

So! untuk menjadikan trip ni lagi hapening plus gila khinzir, apalagi, awang pun cucuklah si syamil dengan poyos untuk join...seminggu gakla, memujuk, akhirnya terpaksa gak dorang setuju..yela ada geng satu kepala, barulah seronok dan beronok-ronok... jadi misi kami seminggu selepas raya adalah menyambut raya di puncak Rajah...

okay, barang semua dah packing....

Memandangkan ini pertama kali join group orang plus camping, so barang2 kena lah prepare secukupnya...sebab kita pun tak tau camna geng baru ni... apa pun barang dah packing, jom gerak..

Jam 10 malam gerak dari gombak, then sampai bentong, jalok mangan kedai mamak sekali bungkus sarapan tuk esok.  malam tu kami bermalam dalam kereta di car park Hutan Lipur Air Terjun Chamang, sebanya, kat sinilah pintu masuk nak menuju ke puncak gunung.

Jam 8 pagi usai meregangkan otot2 yang sedia ketat, dek kerana sebulan lebih stop berxtvt sebab berpuasa dan beraya, so kami memulakan perjalanan melalui trek balak dan paip air seperti gambar di atas. setakat ni trek dia memang okay,... 
  
Hampir sejam setengah berjalan, akhirnya sampai di satu simpang untuk menuju ke trek rajah. Ingat jangan jalan terus, sesat nanti... better kena ada yang guide sebab simpang tu ditandakan dengan station satu.. bermula dari sini trek dah berubah sebab mula masuk trek hutan.. so bila dah start masuk trek hutan ni, faham2 je la...

Lebih kurang dua jam berjalan jumpalah dengan sungai. di sini kita kena seberang sungai  yang dalam nya  hampir paras lutut.. itu kalo tak hujanlah.... apa pun, ini yang terbaik sebab dapat gak sejukkan kaki... mana taknya kalo dan 4 jam berjalan.. panas beb celah jari...

kemudian jalan lagi sampai ke Lata Naning.. 

Nah! tu dia air sungai yang jernih... Berendam memang terbaek.. tapi dek kerana nak kejar masa, x derlah istilah berendam tu...

Poyo dah mula kekejangan.. nampak di situ dia terpaksa menahan kesakitan.. tu lah tak mau regang otot tul2, kan dah kejang kaki... kalo adik yang kejang x per gak... ni kaki kejang, memang meranalah sepanjang jalan... nasib ko lah yo, jangan nak sedih sangat.. maluu woo 

Lebih kurang jam 4 petang menghadap trek hutan, akhirnya kami sampai gak di camp site Batu hijau...lama gak berjalan tu, ada la sekitar 8 jam... sampai jer, apalagi pasang khemah dan terus masak magee... Nyum! Nyum... x sabo nyer...
gila kau, kelaparan kot, dah taraf cam pelarian kat sudan gamaknya... tengok tu si landak, sampai  tongkat dagu atas tanah, punyalah kebulurnya... soodihhh sangat!!!

Trip ni memang rare ... nama pun nak sambut raya atas gunung kan, so apa lagi sempat bakar lemang bagai..ini, barulah terasa suasana raya tu...cuma ketupat x sempat anyam..kita makan ketupat segera jer....x gitu syamilk n poyo?

Group ni awang salute ler...memang terbaiklah baq hang.... dorang memang sempoi ...  tengok tu sempat lagi sambut bestday kekawan atas gunung.. siap wat kek lagi on da spot... tah macam mana dorang bakar, awang pun x tau.. haha....

Okay hari kedua, selepas tdo dalam kesejukan yang teramat... kami gerak dari camp site awal pagi menuju ke puncak...dlm 7.30 pagi... ingatkan taklah jauh sangat dari camp site ke puncak Rajah, rupanya sekali silap daaa... tu dia puncak nya, nun jauh di sana.. alahai hai... jauuuuhhnnnyyaa..!!!

Jangan ingat nak sampai puncak senang, walopon kat ledang ada area yang kena panjat dengan tali, tapi taklah seteruk yang kat sini...  memang mencabar betul nak sampai ke puncak.. kalo orang cam awang ni ok lah lagi... badan tegap dan sedikit kehadapan perut tu... tapi yang harunya kalo serba serbi badan bengkak... memang menyumpah lah jawabnya ... kesian kat tali tu...


Alhamdulillah, awang kira masa yang diambil dari camp site ke puncak gunung ni sekitar 3-4 jam... so memang jauh gak plus dengan trek gila mencabar... rasa menyesal pon ada... tapi sampai puncak, semua kegilaan yang kau rasa masa naik, hilang sekelip mata.. dan kau tanpa sedar dah bertukar pakaian hiking ke baju melayu... dah macam gaban yang tukar baju kurang 5 saat... so apa lagi aktiviti puncak, amik gambor banyak-banyak tuk wat modal membongak kat anak cucu... smile, 123..



Bergambor ngan otai gunung, brother jank (baju pink)... kelihatan di situ awang sorang yang nampak comel... Syukur ada pamoga..

abadikan lagi kenangan ngan group ni.. (sori, awang tak sebut nama group sebab dah lupa) haha

x puas? jom amik gambar lagi, free style yek...

Luaskan kuasaMu... di mana-mana sahaja... kata bangsa Johor kan...

Puncak Rajah tidak lah besar manapun... dalam sekitar 20-30 orang kot boleh muat dengan selesa... dan ketika ini kami semua agak hampa sebab tak dapat melihat view sekitar gunung rajah sebab kabus yang pekat menutup pemandangan..apa pun yang penting sampai puncak.. terbaek..

nampak di situ semua thumbs up...menunjukkan trip ni memang terbaek...

walopon terbaek, tapi ada satu perkara yang tak berapa bagus nak awang kongsikan mungkin utk pengajaran bagi yang nak hiking.. macam mana korang tengok citer everest tu, cam tulah citer awang.. dek kerana 2 mamat ni nak gak sampai ke puncak, walopun masa yang ditetapkan sudah terlewat, so kami yang lain jadi mangsa..

citernya 2 mamat ni menumpang trip ni, dan tengah jalan waktu kami turun terserempak ngan dorang yang masih gak nak naik walopun dah lewat.. sudahnya kami terpaksa gak tunggu dorang (atas nama tanggungjawab katanya). lebih azab bila yang sorang injured menyebabkan kami terpaksa bawa beg dia yang punyalah besar berjalan dalam gelap malam dan hujan turun... kau bayangkan, dahla beg sendiri berat, lagi bawa beg mamat tu jalan dalam hutan, redah sungai bagai..  tambah parah bila dapat tau ini baru gunung kedua dia daki... walawehhh patutlah.... adoiiii.... kau ingat mendaki ni cam g berkelah ker,... sudahnya jam 12.30 sampai parking keta... kul 4 pagi baru sampai umah, jam 9 pagi dah gi opis... Azab wehhhh..

so pengajaran kat sini, untuk yang nak mendaki, masa tu paling penting.. kalo kau dah tetapkan masa tu untuk gerak balik, sampai or tak sampai puncak, kau kena gak gerak balik.. jangan mengada-ngada keras kepala nak gak naik cam citer everest tu... sudahnya kau susahkan orang lain... dan diri kau sendiri.. 

bukan per, bila kau dah bawa masa tu lebih lama dari yang kau set so, mental kau akan down, tenaga pun kurang, bekalan makanan pun mesti tak banyak tinggal, kau pun mudah injured, apatah lagi bila jalan malam dan hujan lak tu... memang sadis...    

apa pun de Rajah memang terbaek dan Per0i di buatnya...


mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.