Selasa, 31 Ogos 2010

My LeNsA 14 ( MeRdeKa vs MaRaBaHaYa )




My sTorY


MERDEKA! MERDEKA! mERDEKa................

tIAP-Tiap tahun dengar perkataan ni dilaungkan.. yang first laung dah tentu la Tunku Abdul Rahman PM kita yang pertama...stat dari tu semua orang dok sibuk cakap bout merdeka sampai la ni dah 53 tahun merdeka orang duk laung gak...dari yang budak baru nak blajar ckap sampai la yang tua x reti nak cakap pon sibuk sebut perkataan merdeka ni...kalo tanya makna dah tentu la banyak sangat versi pandangan dorang yang tah paper jer... Merdeka mean Bebas tu dah memang otomatik simpan dalam pala otak setiap orang, bebas dari apa?, Ha yang tu lak timbul macam2 versi definisi, bebas dari penjajah la, bebas dari kena takluk la, bebas dari perkara negatif n bebas segalanya lah.... btulkah kita BEBAS n sudah bebas??? selama mana kebebasan yang kita kecapi dan sejauh mana kebebasan yang kita rasai????

BEBAS.... adakah dengan mencapai kebebasan ini maka kita boleh buat aper sajer yang kita inginkan..????. hanya dengan mengatakan kita sudah merdeka maka kita boleh suka suki jer wat aper yang kita nak....oh itu kah makna kebebasan sekarang, apatah lagi dengan wujudnya suhakam maka suara-suara yang inginkan kebebasan mutlak semakin lantang kedengaran... sana sini dicanang ini hak kami, ini urusan kami, so apa hak awak tuk mengganggu...kubur masing2.. kalo awak ganggu kita jumpa di court...

lihat di bandar- bandar semacam KL... ramai di kalangan kita hidup hanya untuk diri sendiri, semakin lupa dengan kehidupan bermasyarakat, hingga maksiat dan kemungkaran semakin bermaharajalela... pelbagai kes dan kerosakan sosial yang terjadi, sumbang mahram, berzina, buang anak, rempit, black metal, pelacuran n banyak lagi semakin membarah dalam kehidupan masyarakat kita...Adakah ini kebebasan yang kita inginkan dan selalu kita laungkan..oh sedih melihat nyawa manusia yang begitu murah seperti sampah...di Palestin mayat bersepah kerana berjuang Fi Sabilillah, tp di Malaysia mayat bersepah kerana harganya yang begitu murah, macam sampah....Sampah kah kita ni... ????? mungkin ya mungkin tidak....

53 tahun bukan lah angka yang kecil.,,,lebih setengah abad kita nikmati..sejauhmana kita syukuri, tepuk dada tanya pada hati,.. "Ya Allah inikah yang kami cari selama Merdeka ini..." Inikah harga yang harus kami bayar untuk keMerdekaan ini??? jika iman bersarang di hati sudah tentu hidup mendapat keredhaan ilahi..

adakah ini kesan kebebasan yang di kecapi atau kerana globalisasi hingga manusia mengalami evolusi seperti teori Darwin..bezanya darwin mengatakan Beruk mengalami proses perubahan menjadi manusia tetapi hakikatnya manusia yang berubah menjadi beruk...sudah hilangkah ciri2 kemanusian hingga tindakan, pemikiran dan sikap diimplimentasikan kepada sifat kebinatangan malahan lebih teruk dari itu.. seolah-olah manusia cerminan kepada seburuk-buruk haiwan. Jika haiwan membunuh sebagai alas perut dan kesinambungan hidup tetapi manusia membunuh untuk mendapatkan keseronokan bahkan lebih jijik dari itu menjadikan darah daging sendiri sebagai mangsa memuaskan nafsu serakah mereka.

Bersediakah kita menghadapi manusia-manusia beruk ini dalam kehidupan kita yang akan datang??? mari sama-sama kita renungkan dan bersedia menghadapinya....

Sambutan merdeka kali ni sekali lagi dibuat di DEcta kerana tahun ini Merdeka jatuh dalam Bulan Ramadhan seperti tahun lalu..walopon begitu sambutan kali ini adalah sambutan yang paling x best penah awang rasa sepanjang awang kat ukm...terdapat beberapa situasi yang menjadikan sambutan tahun ini langsung x hapening antaranya:

1. ramai kekawan dah konvo
2. dapat seat yang paling atas n paling blakang ( seat yang paling murah )
3. x dapat sesama nyanyi n pegang bendera atas pentas
4. decta dipenuhi dengan student U lain
5. decta dipenuhi dengan budak KARISMA yang sangat mengHAMPEHkan
6. x dapat makanan langsung ( kebuloq ) x macam sblum ni
7. x der persembahan yang mnarik ( ucapan + perasmian + puisi + slide show budak KARIMA yg bongek + penyampaian hadiah + laungan merdeka )
8. Pengacara lelaki cam sengal
9. tension ngan gelagat dorang
10. x dapat amik banyak gambar ( gambar yg ader pown kurang mnarik )

itu la 10 sebab knapa Merdeka Tahun ni x meriah... dan ini yang dapat awang kongsikan dalam blog semoga kemerdekaan yang kita kecapi kini sentiasa di susuli dengan kesyukuran dan keimanan kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Esa ( Allah Rab al-Jalil )

Jumaat, 27 Ogos 2010

mY LeNsA 13 ( frOm SunGei RenGam t0 PraNg BeSar )





My sTorY

Date: 26 0g0s 2010
venue: Sungei Rengam to Prang Besar
members: Aini & Ella

Hai...rasanya dah lama awang x menulis blog..adala 2/ 3 minggu..rasa rindu lak..so kali ni ader sesuatu yang mnarik tuk awang kongsikan..tuk post kali ni awang nak citer ckit kejayaan awang n L110 menjejak warisan silam...

Penah dengar sungei rengam,??? klong ??? atau prang Besar..????? hehehe sure mesti x pnah dengar kan, kalo orang selangor x tau apatah lagi yang duk luar selangor, memang berganda-ganda kompom x tau punyer...haha..kalo sesapa nak tau tu la nama saintifik kepada syah alam, klang n putrajaya...maklumat ni awang dapat setelah awang mengembara merentasi masa macam cter back to da future tu yang awang slalu tgok masa awang kecik2 dulu...
Sebenarnya awang n kekawan berkesempatan pegi muzium syah alam semalam tuk cari bahan nak wat tesis master awang,... dah lama awang rancang nak pg sana tp x berkesempatan, so bila ader masa terluang smalam dapatla gak awang pg... mulanya ingat nak pg sendiri jer tp bila tgok cuaca di sekitar awang cam x berapa nak stabil so awang terpaksa ubah plan, guna plan B... ni yang terbek cuma agak banyak la ongkos yang kluar...hehehe.. nama pun plan B so dah tentu x dapat yang terbek punya macam plan A...x per la yang penting ader gak bahan tambahan tuk tesis awang nnt..bak kata melabur x kna tempat so terima la padahnya...

Tuk perjalanan ni awang terpaksa minta tolong kawan awang yg sudah memiliki kereta tuk bantu awang, sapa lagi kalo bukan mis Ela n s/u nya aini.. dorang ni budak teknikal junior awang, kitaorang stat sem ni cam rapat jer stat dari konvo tu hari..masing2 tanpa segan silu telah meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati so antara kita orang memang x der lagi wujudnya segan silu x macam masa mula2 dulu.. terutama ngan si aini... bak kata ela " kalo ngan kecik aku kentut depan dia pon x rasa malu" n kata aini lak kalo takat kecik aku x der nak cover2" tp kalo kata awang ngan dorang x mandi pon awang tetap rasa selesa" hehehehe...kalo dulu bukan takat menyampah tapi nak tegur pun rasa takut, tp la ni semua tu dah hilang, memang ambik masa yang agak lama la tuk jd macam sekarang ni...mungkin semua dah matang n dewasa, fikiran pun dah berubah hehehe....

balik pada perjalanan kitaorg tadi, awang ajak dorang sebb takut kena hujan tengah jalan, lak tu shah alam tu agak jauh gak dari bangi, n sebagai teman tuk gelak tawa, kalo x boring gak g sesorang nnt sapa yang nak amik gambar awang, lagi satu sebb awang malas nak sewa keta, duit sewa, minyak, tol, kan semua akan menghasilkan satu bebanan yang sangat kritikal pada awang..,...

perjalanan x la lama sangat tp sempatla kitaorang ni sesat sekejap sebb terlepas satu lorong, tu yang agak kalut tu, yela awang punya driver kan gurl walopon dia mengaku kata dah biasa turun syah alam tp sebb ader awang yang hensom lagi cute ni so dia jadi gelabah sikit..hahaha memang klaka la si ella ni..sampai kat syah alam trus kita org menuju ke muzium,sblum tu ader gak awang ofer ajak makan McD dulu tuk kumpul tenaga, tau2 la kalo dah gi muzium ni nak kna jalan jauh tp syg lak dorang ni malu2 ngan dwit awang, kononnya pose tp memang pun pose kan bulan Ramadan skang ni hahaha.. sajer jer awang umpan dorang, nak try kot2 dorang ni memang x pose time tu..hehehe( bleh pulakkan)

masuk jer muzium, wuuuyoooo memang dasat r layanan dorang, rasa cam VVIP lak, mana taknya kita org ber3 jer yang ader, orang len x der.. ni la first time masuk muzium yang x der orang hahaha ( memang la x der orang!!!! dah time tu hari kerja lak tu bulan pose, tengah hari laaagii ) so sapa yang ader hati nak g muzium...apada...

Agak banyakla ruang dalam pameran yg ader dari stat sejarah portugis datang melaka, sampaila ke pembentukan Malaysia...nama pun muzium benda tu semua memang la wajib ader...hehehe agak banyak la gambar yang dapat awang shot...memang mnarik sesangat... kalo ramai2 yang g mesti lagii menarik... Banyak gak bahan yang awang dapat kumpulkan cuma awang x berkesempatan tuk describe balik bahan tu dalam tesis awang... nak kata bz pun x gak, just x der mood nak creat idea, so agak lama r tertangguh..( kalo macam ni la, sem depan pon lom tentu dapat siap huhuhu )

lepas habis satu muzium tu kami pusing, awang singgah kat perpustakaan shah alam, dengan harapan tuk dapatkan seberapa banyak maklumat bout negeri Selangor,... memang berbaloi la sebb awang dapat gak apa yang di cari... pasni kna la awang pegi sana lagi...huhu selagi tesis x siap memang la amat perit...huhu.. tgok jam panjang lagi masa so plan baru pun muncul, ni si ella punya cadangan la ni, nak g taman pertanian bukit cahaya alam... awang memang x penah sampai jd dah alang2 ader masa, awang ikut jerla... kata karam singh walia dah alang2 orang nak belanja so minta la yang mahal2 ckit baru puas hati..hehehehe

sampai kat bukit cahaya tu tetiba kita orang x dapat masuk sebb dah tutup..huh rupanya kul 4.15 dorang dah tutup, apada memang kedekot tul dorang ni, kalo cam tu bek la hang x yah buka... memang bengang jer awang time tu, dah la panas, lapo lak tu... nasib bek awang pose time tu, kalo x mau kluar segala carutan n makian,...huhu sabar, sabar, pose ni...dah x dapat masuk pe lagi wat plan C la plak...mmana nak pegi ek??? pk, punya pk, punya pk.. ting!!!! idea dtang.. jom kita gi Prang Besar, leh bebuka kat sana, awang bagi cadangan... dorang pon stuju jer la, jd bergegas kita orang ke sana tetapi berlaku satu prob lagi, kita orang kuar syah alam waktu habis pjabat n si mak cik ella ni plak leh jer masuk ke Highway federal.. apalagi bertemu la kami ngan cik Jem...aduila..punya panjang jem..keta cuma dapat gerak pun 3 - 4 cm pastu stop... huis!!! x kan kna buka dalam keta lagi macam tu hari... huhu..x perla dah nama bulan pose so banyak la cabarannya... sabo jer la yob... dalam keta tu banyak la benda2 mengarut yang kita orang cter... nak hilang strees punya pasal...hahaha..awang x kesah sangat nak buka dalam keta ni... kalo x der makanan pun awang leh la wat per2 yang membatalkan pose, tp yang awang rasa sangat risau sebb takut x dapat solat asar...adui tu yang x best... Tp Allah tu memang Maha Pemurah n Penyayang so 6.45 kita org dapat gak singgah kat shell.. so dapatla awang mengabdikan diri pada sang Pencipta.. Alhamdulillah... besar Rahmat Allah tu kan....

sampai kat alamanda trus kita org g masjid Besi yang kononnya di buat dari besi...pemilihan masjid besi di buat oleh Ella kerana dia berpakaian ala2 seksi macam lady Gaga so tuk elakkan kena pakai jubah ( kalo g masjid prang Besar )maka masjid Besi menjadi destinasi pilihan.. lagipun si aini x penah g lagi jadi ni kira sehari yang pnuh dengan lawatan...destinasi seterusnya kami g ke Alamanda tuk berbuka di nasi Ayam, konon nak rasa cam mana la sedapnya nasi ayam tu tp agak terkejut sebab terpaksa membayar harga makanan yang sangat mahal melebihi kos perjalanan kami..adui lpas ni jangan harap la awang nak makan kat situ...pertama dan terakhir...

Memandangkan masa yang agak panjang so lepas makan apalagi kami pon lepak kat taman itu pun sebb malas nak beratur panjang2 bayar kupon parking..agak banyak la sesi luahan perasaan berlaku time tu sampaila x sedar dah kul 2 pagi kot...adui memang cepat tul masa berlalu...so dengan berat punggung kita orang pon bergerak balik... tu la sehari yang memenatkan tetapi penuh ngan keseronokan + pengetahuan... pasni kena la rancang tuk xtvt yang lain....

Khamis, 12 Ogos 2010

mY LeNsa 12 ( ConTrol AcTioN @ ConVocAtiOn )

My sTory

Bulan ni memang agak berat bagi L110 awang sebb dah seminggu dia bertugas snap n shoot gambar pagi, petang siang malam....on off, on off tula keje tangan awang yang x reti nak duk diam tekan kamera.. mana x nya banyak sangat benda yang menarik tuk dirakam... pandang depan ade view mnarik, pusing belakang menarik, toleh kiri kanan pun menarik so memang x der masa la l110 ni berehat, ader jer yang awang suh dia shoot... ader skali tu myb dah pnat sangat gamaknya, tetiba dia wat hal... cuak gak awang kot2 dia sakit ker, parah ni... so awang cuba off dulu n biarkan dia rehat skejap... Alhamdulillah kmudian L110 ni bek balik.. ni semua gara-gara konvo punya kes la... hehehe..

Tuk tahun ni dah 38 tahun ukm berkonvo, n pada awang lak dah 5 kali awang terlibat, but dis year walopon awang datang tgok tp awang x tolong langsung teknikal..tahla macam x der mud nak sumbang tenaga, satu lagi si syahril dah ader pembantu baru so kira khidmat awang dah tamatla..x pe la awang x kesah pon sebb tahun ni awang keje amik gambar jer.. kalo awang tolong syaril nnt sapo la plak yang nak temankan L110 ni g memburu.. Konvo kali ramai adik-adik awang yang terlibat jd peserta... yela dorang dah 3 tahun berhempas pulas menghadapi hidup yang serba mencabar kat ukm so dah tiba masanya tuk dorang di memblahkan diri dorang... cuma sebb ukm ni bek hati so apalagi dibuatnya la majlis konvo ni, konon tuk bagi sijil tp sebenarnya tuk raikan pemergian dorang.. kalo x wat macam ni huh sampai salji kat antartika tu cair pun dorang x mau nak blah...hahaha jahat x jahat la ukm punya rancangan..

Bila ramai kekawan yang konvo so dah tentu la banyak hadiah yang nak di beli, maklumla sebagai kenangan tp sebenarnya nak gembirakan hati dorang..kan awang ni bek hati, pemurah lak tu... untung sapa yang dapatkan.. itu kata kawan2 awang la tul tidak Wallahu A'lam... Allah swt je yang tahu... time tu memang pokai la poket awang..heheh..Tp Rasa cam sedih gak bila ramai yang angkat kaki tinggalkan ukm ni, x dapat la nak gurau senda lagi ngan dorang, nak kutuk pe tah lagi.. memang haram la x dapat.. Lagi satu yang wat awang sedih ni bila ternampak ( X ) awang konvo sekali..huhu syahdunya.. kan bagus kalo dapat sama2 raikan, tp nak wat camna dah bukan jodoh so redha jer la... tu la awang sapa suh nakal2 sangat, padan muka hang... ( tu kata hati awang la )hehehe memang awang setuju pun.. well nasi dah jadi bubur, kata orang dulu2 jangan makan sambil berbaring nnt be@&k susah nak kuar...hahaha..orang jawa cakap sembelit..tah betul tidak..korang pk la sendiri yek..
kalo malas nak pk wat la xperimen mana tau tul...leh la korang terus wat tesis master..hehehe

Untuk konvo kali ni bagi awang x la semeriah konvo yang sebelum2 ni tapi well agak menghiburkan gak la... apatah lagi cuma 4 hari jer berbanding sebelumnya.. seminggu.. myb waktu terlalu padat, sbb habis jer konvo selasa tu sok rabu dah pose... giler ker aper nak konvo time pose, laagii la syahdu jawabnya... silap2 canselor sendiri x pose...penat nak bgi seribu lebih skrol...hahaha lagi satu kalo x silap awang student yang di cop sebagai memblahkan diri ni x ramai n nak jimat kos so jadi la sesingkat ini... Kalo nak cter kat tapak pesta..huhu jauh panggang dari api, jauhnya gunung kinabalu, laaaggiii jauh gunung everest nak di daki...langsung x meriah, awang pun pg 2 3 kali jer,, pusing pon tidak... x macam sebelum2 ni, tiap-tiap malam muka ni duk tayang kat makcik2 yang jual kat gerai2 tu, ngan harapan kot2 dia ader nak pompuan leh la knalkan kat awang kan,...Malam last tu baru sempat pusing2 tu pun masih dengan harapan menggunung taappiii sayang makcik2 tu tetap x pasan awang...huhuhu sedih jer.. bila duk sesorang time tu teringat awang masa zaman degree dulu... best tersangat..la ni rasa la sikit kesunyian tu.. oh tul la kata org kesunyian itu mampu membunuh...

Walopon x best macam dulu2 yang penting tuk konvo ni misi awang agak berjaya 80 peratus... pepe pon terima kasih L110 kerana hang dapat meninggalkan satu memori yang terbest sekali tuk tatapan awang n member2 tuk masa2 yang mendatang ni... kerna dirimu begitu berharga...yeah..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.