Sabtu, 27 November 2010

mY lEnSa 20 ( SeNja NaN InDaH )











My sTorY

Hari ni hari yang indah,.. duduk menghadap matahari terbenam menghadap laut....Subhanallah inila saat yang dah lama awang ingin nikmati selama hidup hampir 27 tahun...tiada apa yang mampu diucapkan hanya kalimah pujian untuk yang Maha Esa tanda mensyukuri nikmatnya...segala yang dirancang berlalu dan berlaku dengan indahnya bahkan diberikannya lagi nikmat berganda...Alhamdulillah..hanya itu sahaja yang mampu diucapkan berulang kali...

Duduk menghadap dan melihat satu keajaiban kebesaran Allah Swt adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup awang...banyak perkara yang membuatkan awang berfikir dengan bebas, kenapa, mengapa, bagaimana, bila dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini mempunyai sebab dan musabab...hanya Allah Swt yang tahu jawapannya...dan manusia seperti awang hanya diberikan sedikit ilmu yang cetek sebagai bekalan untuk kehidupan di alam lain nanti..

Barang siapa yang mensyukuri nikmat Allah Swt, akan ditambah berlipat ganda dan barangsiapa yang tidak mensyukurinya dan bersifat angkuh maka bersedialah untuk menerima azabnya...

Manusia seperti awang seringkali tersalah faham kenapa kita diciptakan, seringkali mengabaikan tanggungjawab kita terhadap pencipta, seringkali lupa dan leka dengan nikmat dan kesenangan dunia tanpa mengambil iktibar segala yang pernah berlaku..tak mustahil pun kerana ramai dikalangan kita tidak mahu mengambil tahu sejarah lalu, apatah lagi mempelajari sesebuah sejarah... banyak alasan yang diberi...n jawapan yang biasa didengar " sejarah ni boring, mengantuk, x penting n macam2 lagi" ni berdasarkan jawapan dari kawan2 awang sendiri, sedangkan dalam al-Quran lebih separuh menceritakan tentang sejarah kerana ia satu peringatan...tepuk dada tanya selera kata orang tua..

Persoalan dilontarkan diatas adalah sebagai satu implementasi dalam minda awang petang tadi.. sebenarnya petang tadi awang ke Olak Lempit banting mencari sample data kajian..macam biasa la cari orang tua tuk ditemubual. mulanya dapat sorang, kmudian anak nenek yang awang jumpa td ajak awang g jumpa sorang lagi yang penah hidup zaman Jepun.. Alhamdulillah dipermudahkan, ikut perancangan nak jumpa sorang dapat 2 orang..so habis temubual baru pukul 5, nak balik awal lagi, pop... otak tetiba bagi idea, awal lagi ni lepak kat pantai morib bagus gak boleh tengok matahari terbenam, cuaca pun ok...so terusla awang memandu ke sana...

2 jam gak awang duk tepi pantai ngan L110, wah bestnya duk petang2 ditiup angin laut, terasa damai jer... tapi yang x bestnya duk sesorang, kalo ader member kan bagus...huhu nak wat cam na semua member dah semakin pupus, yang tinggal pon x dapat nak join...bz ngan kapel memasing...yela hari cuti ni dorang mesti nak g kuar jejalan ngan buah hati...hehehe...tapi awang pon dah biasa gak jalan kemana2 sorang jer, sampai penah kena pow la kat petaling street.. hehe pengalaman yang mnakutkan gakla....

kat Morib ni, so far ok la, cuma pantai x leh mandi, airnya kotor, kalo setakat nak jejalan tepi pantai n duk kat kaki air itu ok la gak...nak banding ngan Nakhoda Omar, yang kat Morib ni lebih hapening...ader kawasan permainan, bebudak men layang-layang, n kawasannya pun tengah membangun, ader la tempat makan yang selesa, yang awang rasa baru jer di buka...ramai gak family n kapel yang duk melepak kat situ... cuma satu jer yang paling awang sedih... ramai yang datang tu kebanyakkan nya Melayu, for sure agama Islam la, tp bila azan magrib dorang smua leh wat dono jer, padahal masjid seberang jalan jer...saf solat pon sekadar 1 perseparuh, kalo la yang kat tepi pantai tu ke masjid semua awang kompom nak wat solat jumaat dah terlebih cukup... ni la yang awang kesalkan...kalo la tetiba Allah swt datangkan Tsunami kat pantai tu, Ha haru biru nanti... ni la manusia2 yang leka... Sian kat dorang...awang hanya mampu berdoa jer la dalam hati..

bukan nak kata awang ni bagus sangat cuma x sedaplakan, apa agaknya kuarga2 China ngan India yang ader kat situ fikir... ntahla...takut gak awang dibuatnya..takut dengan natijah yang bakal berlaku...hoho...apa pun hari ni memang best,..

Jumaat, 19 November 2010

mY lEnSa 19 ( JiMaT & CeRmAT d aIdILaDha )






My sTory

huh kering lak idea nak tulis kali ni...macam payah la idea nak datang tp awang ader snap beberapa foto yang menarik dan agak exclusif.. jenuh pk apa ayat yang seswai n pnuh inovatif lagi kreatif..arhhh tulis je la pape pon yang penting korang faham apa yang awang nak sampaikan sudahla kan.... hehehe..

Raya haji ni banyak perkara yang dah dirancang tuk dibuat, ader yang dapat dilaksana dengan jayanya, ader gak yang gagal dengan hampehnya...hahaha..tul la kata orang, kita ni mampu merancang tp tu Allah swt juga yang tentukan...lemahnya manusia ni kan,,...

bulan ni banyak gak bajet kewangan awang susut sebb banyak wat xtvt luar bilik darjah, pe lagi g cari bahan tesis, g jumpa orang wat temubual, g lawat tempat2 menarik n banyak luang masa ngan kekawan tuk suaikenal sambil makan2 ... duit dah macam air gak la mengalir ngan deras macam empangan yang pecah melimpah...kalo awang x pandai urus mesti banjir punya cam kat kedah tu...tp x per la, pada awang semua tu digunakan tuk kebaikan dan kebajikan, bukan pembaziran...yer la dari awang guna tuk wat perkara yang x berfaedah baik awang guna tuk bersedekah... pahala pun bertambah...

jadi untuk mengelakkan makin susut kewangan, satu langkah perlu di buat ni supaya kekurangan tu dapat dikawal dengan jayanya...Raya haji ni awang kna drive keta, ni satu problem, mana nak cover minyak ngan tol...terpaksa la awang cari sponsor...hehehe....

pk punya pk, hah baru ingat awang ader knal 2 orang budak Bp tu hari masa dorang ader wat xtvt teater kat decta...sorang namanya yana n sorang lagi lis... kalo awang ajak dorang join skali balik kampong k gak, bleh dorang sponsor minyak n awang bayar tol jer..hahaha.. lgpun x la awang dok sowang memandu, sekurangnya ader la member tuk tman bebual dan bergurau..pe lagi capai phone trus tanya...benda camni x leh lengah nnt jadi mengah, takut dorang dah bli tket, melepas la awang nnti..hahaha..

Raya kali ni cam biasa, x la meriah, bukan macam kat kelantan, kata orang raya korban di kelantan memang meriah sejauh mana kebenaran Wallahua'lam...awang pun balik kejap jer ingat nak balik bangi hari jumaat pagi sebab malam awang ader kelas, tp mak cakap adik awang yang kat australia tu balik petang jumaat n suh awang amik kat LCCt ..aisey..cam mana ni..awang x kesah nak amik tp hehehe.. modal x der ni...x per la niat baik mesti dipermudahkan..so plan tukar balik bangi khamis, n sabtu terpaksa balik Jb balik n ahad balik bangi...dah jadi macam ni plan nak g beraya rumah member trus gagal la...huhu.apa nak wat...

hari ahad dalam perjalanan ke bangi... awang dah plan nak singgah satu tempat kat tepi highway...dah banyak kali awang lalu tempat tu, plan nak singgah tp asyik x dapat jer,...kali ni apa nak jadi x kira la yang penting awang mesti singgah...lepas jer R&R ayer keroh awang pelankan keta, buka per takut terlajak, melepas la awang nnt... Sbnarnya tempat yg awang nak singgah atas bukit, so kna la daki bukit tu tp memang ader tangga n tempat letak keta so x der masalah besar la, cuma yang awang takut kalo ader prompak or penyamun, sebab kawasan tu sunyi...x per awang kuatkan tekad nak lepak kat situ gak nak tengok matahari terbenam n tangkap gambar.. time tu dah pkul 6.50 memang tepatla masanya....

Sampai jer kat atas bukit tu, terpegun ader teruja pon ader, Subhanallah gler cantik langit sekitar highway, x tau nak cakap macam mana, memang menarik duduk atas bukit tengok matahari terbenam, apalagi, tangan x lepas r tangkap gambar...oren, unggu, putih kelabu semua bercampur dalam satu.. memang Allah swt tu Maha Cantik...rugi nya sesapa yang x dapat join tengok time tu...terasa kerdilnya awang...

alamak awang x leh lama ni, dah glap, nnt apa2 berlaku sapa nak tolong, dah la awang sorang jer kat situ...walo hati x puas terpaksa gak angkat kaki melangkah, sekurang-kurangnya keinginan nak sampai dah tercapai...Alhamdulillah..

Jumaat, 12 November 2010

mY LeNsa 18 ( DaTa vS CeRitA )

Venue: SG.Besar, Bagan Nakhoda Omar, Tanjung Karang & Empangan Semenyih Selangor
member: Syahril (master of darknes)
Date: 06 & 07 Nov 2010

My sTorY

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan Bertambah Pengetahuan Semakin Ramai Kenalan, kata hikmah yang awang belajar masa zaman sekolah rendah dulu. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak tempat menarik yang kita temui dan semakin bertambah ilmu kita..Teringat awang semalam dalam khutbah jumaat pon ader disentuh berkaitan bait frasa ni...sebenarnya banyak tempat menarik dalam negara kita ni...bertuah dapat jadi warganegara malaysia, hidup pun selesa, masyarakatnya berbilang bangsa yang lagi bestnya banyak hiburan dimana2...Aman tu boleh la gak walopon ader jer kes2 kematian yang terpampang kat dada2 berita..accidenla, kena bunuh la, amuk la n macam2 lagi...tp tu semua x der kaitan pon ngan tujuan awang ke tempat2 menarik tu..

xtualy, dah lama sebenarnya awang pasang keinginan tuk menjejak kan kaki kat area sabak bernam ni tp ader jer yg menghalang...la ni akhirnya keinginan tu dapat gak di realisasikan sepenuhnya...kali ni memang awang bulatkan tekad tuk ke sana dengan satu misi besar tuk mengumpul data2 berkaitan tesis awang... tujuan yang utama adalah mencari beberapa orang yang pernah hidup zaman Jepun n tujuan sampingan pulak cam biasa la nak amik gambar n melihat kecantikan ciptaan Allah..

Bertemankan seorang sahabat yang memang sangat baek lagi pro segala selok belok jalan di Selangor ni maka misi bergerak terus menerobos ruang dan jalan menuju ke destinasi utama sabak Bernam.. perjalanan agak sukar ditempuhi bila terpaksa menempuh laluan yang berliku2 dan berlubang sana sini, beberapa selekoh yang agak tajam hasil asahan dari mat bangla n india yang kerjanya menurap jalan, kiri kanan bukit bukau diselangi dengan beberapa kawasan perkuburan india, sebab dorang ni x sediakan satu kawasan yang khas tuk tanam orang kot, blom lagi kesesakan yang agak teruk di Sungai Buloh..wah perjalanan ni memang mencabar urat kaki awang... nasib bekla bawa keta auto, kalo manual..huhuhu..pk la sendiri kesannya...time tu panas membahang..so tambah tolak semua tu perjalanan kesana dah makan masa 3 jam lebih...

asalnya sebelum ke sana awang dah jumpa sorang yang hidup zaman Jepun, bapa kawan awang,n cuba la nak wat apoitmen ngan dia tp dia x mau la plak tuk ditemubual.. alasan dia orang biasa..aisey bengang lak awang ngan alasan x masuk akal dia ni, cam bebudak lak... tp nak wat camna dah dia x nak so terpaksa la awang pk plan laen...

Pk punya pk sampai x leh nak pk so... aahhh pegi jela, mana tau sampai sana leh terjumpa...kalo x jumpa gak awang g rumah ketua kampung tanya kot2 ader orang kampung dia yang penah hidup zaman Jepun tu...rasanya tu jerla jalan yang terbaek leh awang pk...

On da way nak ke sana, awang jumpa lak bukit Melawati belah kiri...satu kawasan yang bersejarah n keras kata org tua...yela kat atas bukit tu la ader 2 meriam yang meletup sendiri kalo bumi selangor di ancam bahaya...ohh kat sini rupanya bukit tu..dah lama gak awang nak pg tempat ni,,..menarik ni kalo dapat singgah tp misi utama x selesai lagi, mana boleh...x per balik nnti mesti awang nak singgah gak...dah bulat tekad ni...hehehe..

Sepanjang jalan ni teruja ader, risau pun ader gak...keterujaan timbul bila tengok Subhanallah cantiknya pemandangan, kiri kanan menarik...terasa sangat suasana kampung dengan sawah padi...arrhhhh x kira....... awang kena gak siapkan misi, dapat jumpa sorang pun jadilah pastu awang nak singgah kat tempat2 menarik ..bayangkanla sepanjang jalan nak ke sabak bernam ni je, banyak tempat yang menarik yang awang jumpa, bukit melawati, kawasan kelip-kelip kg Kuantan, sawah padi, pantai, bukit bukau, n x lupa gadis-gadis kampung yang menawan... hehehe...semuanya memang meningkatkan tahap keterujaan awang...gila ah!!!!! camni satu hari pon x habis nak lawat, kna datang hari lain nampaknya...dah la awang x jumpa lagi orang tua...huhu risau gak...x per2... myb ader kot nant... awang cuba pk positif...perut pon dah menyanyi-nyanyi... macam-macam lagu yang awang dengar..rasanya kena gak singgah kat memana kasi hilang lagu-lagu keroncong yang mendayu-dayu....

nampaknya ader warung kat tepi jalan, apalagi terus awang berenti tul-tul depan warung...nak isi perut sambil tu leh la tanya kat sesapa dalam warung tu kot2 ader orang kampung ni yang penah hidup zaman jepun...hehe bijak x idea awang...Alhamdulillah bukan saja kenyang makan tp dapat maklumat baru... ader sorang yang tua dalam kampung ni dapat membantu awang...lepas bayar n minta alamat terus awang g rumah pak cik tu...Dapat sorang, kiranya x la sia-sia usaha awang g sabak Bernam n menempuh perjalanan yang jauh...Temubual berjalan dengan kurang lancar akibat masalah pendengaran dan bahasa, tp ok la gak dari x der kan...hehe..lagi satu yang x best bila anak pak cik tu tanya macam2 kat awang dengan xsperesi muka yang agak kurang mesra alam...mungkin dia x penah blaja subjek alam dan manusia kot masa sekolah dulu hehehee..atau dia ingat awang ni penyamun kot... yela zaman sekarang ni macam2 yang berlaku... awang pun x salahkan dia...

Lepas habis temubual awang terus ke pantai Bagan Nakhoda Omar, kata kawan awang tempat tu menarik so kami pun singgah sekejap,..dapat snap beberapa gambar pon jadila yang penting sampai...lagipun awang kejar masa, banyak lagi tempat nak pegi ni...Pantai tu x leh wat xtivt mandi manda sebab berbatu, airnya pun kotor...apa yang orang wat kat situ, makan2, men layang2 n menghirup udara laut...tu jerla...kalo nak snokling ker, kayak ker or xtvt air laen x leh la...bek g pulau x pun g sunway lagoon...hahaha

Perjalanan seterusnya ke Tanjung karang rumah makcik kawan awang, alang2 dah sampai kena la singgah lagipun kat situ ader sawah padi...wah bestnya dapat tengok padi depan mata cam ni...huhu segar jer mata, redup pandangan..serba menghijau sekeliling alam...Tenang, damai, aman semua terasa...huhu...teringat awang lagu What a wonderful World....Indah sungguh ciptaan Allah ni...Alhamdulillah kat sini awang jumpa lagi sorang tua yang hidup zaman Jepun.. nampaknya urusan awang di permudahkan Allah swt...syukur....duk melepak kat sini sampai x sedar masa berlalu, ader lagi satu tempat awang nak singgah ni...sempat or x yek.. dah kul 6.30...macam x sempat jer...huhu

sampai di bukit Melawati dah pukul 8... memang x sempat... dah tutup,,kawasan pun gelap gelita..,huhu.. sedihnya x dapat naik...nampaknya terpaksa la awang pegi lagi nnt... terpaksala awang amik gambar kat kaki bukit jer...sedih memangla sedih tapi nak wat camna memang salah awang gak, yg awang pi dok lelama kat sawah td pasai apa...hehehe....walopon satu tempat x dapat awang singgah tp perjalanan kali ni buatkan awang bertambah ilmu, bertambah kenalan bertambah pengalaman...dan yang paling best bertambah data....Syukur Alhamdulillah...

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.