Ahad, 27 Mei 2012

mY lEnSa 58 ( BesTnyA BaLik KaMpuNg )

VenuE : RenGit, BaTu PaHaT, JohoR

mY sTorY

Siapa pernah sampai rengit angkat tangan!!!!


Oh rupanya ramai yang x penah sampai yek? Ok pekan Rengit penah dengar x? x pernah juga, ok lah so kali ni awang nak cerita serba sedikit tentang Rengit yang ada hubung kait dengan hidup awang.


Rengit asal nama dari sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga la ni… Cuma sekarang dah kurang sebab ramai yang pakai shieldtox.

Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada kat sini Cuma pusat pelacuran, pub dan yang sewaktu dengannya jer x der.. so sesapa yang datang sini nak cari Gro, atau pelacur harap lupakanlah yek..



Azhar Food, kalo datang Rengit x pergi azhar food, bermakna x yah datang Rengit lah yek. Sebabnya inilah tempat yang wajib dikunjungi terutama kalo musim perayaan. Kat sinilah sesapa yang nak cari kerepek, rempeyek atau makanan ringan, kuih raya dan yang sewaktu dengannya yang paling sedap,.. kira ini produk bumiputera yang paling berjaya setakat ni.. Sori kopok lekor jer x der jual…huhu

Ini laluan dari Batu Pahat, so sesapa yang dari Batu Pahat, Senggarang, atau Kuala Lumpur, kena lah lalu sini dulu baru dapat masuk pekan Rengit. 

Dah sampai di Rengit ni, x yah dok risau-risau kalo minyak habis, Shell ada di sini.
Supermarket yang paling terkenal di Sini ialah Eng Hiap Seng, ini bangunan yang lama, yang baru ada di belah belakang. Walaupun awang x suka pemiliknya Cina, tapi awang akui, dengan adanya pasaraya ni sekurang-kurangnya dapat membantu membuka peluang orang melayu bekerja. Dan ini jugalah yang menambahkan lagi kekayaan Cina. nak wat camna, orang melayu x mau berusaha lebih sikit.

Inilah pekan Rengit. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, kiri kanan semua bangunan kayu lama,. la ni dah berubah wajah, banyak bangunan baru yang di bina. tapi semuanya tetap milik orang Cina. Pekerja dan pembeli jer yang melayu... Sian ko orang Melayu, asyik gebang politik jer pandai kat kedai kopi. Bangsa lain maju ko punya bangsa gaklah yang cirit... X malu 
Satu lagi produk baru di rengit ini milik orang Cina. So sesapa yang dah malas nak masak boleh lah dapatkan fastfood KFC ni.. Baru setahun buka, tapi awang x penah masuk lagi... rugiiii wooo kalo balik kampung makan KFC,.. ini kat Mana2 pun ada.. Baik makan masakan mak lagi bagus..
Ha yang ini gambar lagi clear. Dulu masa awang sekolah rendah laluan ni kecik jer, la ni dah ada dua line..
Satu lagi kawasan tumpuan pelancong di Rengit ialah kampung orang asli. Sesapa nak cari barang second hand yang murah dari Singapore kat sinilah tempatnya. Barang-barang branded semua ada. korang cakaplah nak apa pun, sini lah tempatnya.

dari yang sekecik-kecik barang sampailah yang sebesar2nya. itu hari awang beli raket tenis jenama Prince ory baru rm30. Kalo kat kedai mau dekat seribu.. so pikirlah sapa yang untung....kikiki

Itulah serba sedikit yang dapat awang kongsikan tentang kawasan rengit ni.. Kalo awang balik kampung sure mesti datang sini, kalo x singgah pun lalu jerla, sebab setiap kali awang balik ader sahaja yang berubah.

Sesapa yang x pernah datang sini mehla datang.. ops lupa korang yang nak kesini boleh la keluar dari tol ayer hitam, terus ke batu pahat boleh atau lalu short cut di parit botak. Cari lah signboard ke Rengit.. dan kalo keluar dari tol simpang renggam terus menuju ke Benut. Sampai simpang 4 benut amik kanan dan terus jer.. nanti jumpa lah rengait tu k.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.