Sabtu, 23 Jun 2012

mY lEnSa 61 ( MaRi beR koNvoI )

 eVenT        : KoNvoI kE ruMah KeNanGan cHenG
mEmBerS   : AweA DonDe & MaJins bikEr
daTe           : 26 MaI 2012



 My sTorY

Sepatutnya hari ini awang terlibat dengan sukan BKUM. Dah janji dengan abang Jank tuk main takraw sebulan yang lalu... Dia pun dah bagi rm20 tuk awang beli kasut takraw... tapi dek kerana hasutan si awea donde yang mengajak awang tuk join konvoi motor besar... maka janji yang di ungkapkan tidak dapat dilaksana...

Rasa rugi lak kalo x dapat join konvoi ni.... bukan selalu dapat peluang macam ni... so awang jumpa abang jank cakap ngan dia awang ada family problem... sori abang jank terpaksa tipu sikit...  jangan mareh yek...

pagi lagi awang dah gerak ke semenyih g rumah awea. amik dia then terus masuk hihgway LEKAS. Janji berkumpul dengan Bikers kat RnR Plus Seremban. mujur sempat sampai... yelah awang punya keta bukanlah laju sangat setakat 1.1cc jer... nak kejar motor2 besar tu memang x lah... apatah lagi dorang naik motor, mencilok jer... kereta !!!! huhu makan asap jadinya.


exit highway Melaka, kitaorang terpaksa tunggu lak Bikers dari Singapaore.. Dalam setengah jam menunggu barulah semua ahli cukup dan terus bergerak ke Rumah Kenangan Cheng.. dalam pukul doblas gak kami sampai.. then terus paking motor.. amacam motor yang awang naik ni, mantap x???

Tuk pengetahuan, memang kelab ni selalu buat program ihsan macam ni... bila ader program camni so dapatlah setiap ahlinya berkenalan disamping membuat amal... kalo sebelom ni buat kat rumah anak yatim, cuma kali ni buat kat rumah orang tua2..

 Memang betul2 rasa teruja lah dapat naik motor besar ni.. rasa macam meluncur atas kapal terbang.... perghhhh.... Mujurlah awang ni rendah, kalo tinggi memang awang dah sambar satu motor macam ni.... huhuhu
 ini bos besar kelab biker ni... namanya awang x ingatlah plak.. dia yang uruskan segala aktiviti biker..
 yang ni lak penghuni rumah orang tua.. sangat peramah.. yang paling x tahan topi dia warna pink lah... memang kambu pakcik ni... x habis2 berpantun...huhu

Khamis, 21 Jun 2012

mY lEnSa 60 ( Ku taWan Jua aKHirNya )


 

MeMberS : Awea DonDe
VeNue : BuKit JuGra BanTinG SelanGor

My sTorY

Fuh akhirnya hajat yang selama ini terpendam dapat juga dilaksanakan... Berapa tahun agaknya awang simpan, dan beberapa kali juga mencuba tapi tidak berjaya. ada sahaja halangan yang datang bergolek. Dan kini halangan yang datang itu lebur dengan sendirinya. 

 Semuanya dengan bantuan Allah swt yang memberikan awang peluang untuk menghancurkan segala golekan halangan yang menanti di hadapan. Terbaeklah.

Jugra, ingat lagi awang, sejak cik shila aspalela membangkitkan jiwa taiko awang, untuk meneroka keindahan alam di Bukit Broga beberapa tika yang lalu. Maka sejak terjejaknya kaki di Bukit Broga itulah, awang telah letakkan matlamat untuk menawan pula bukit Jugra.

Pernah sekali berbulat tekad untuk mendaki sendirian tanpa teman di sisi, tetapi dek kerana tidak menemui laluan untuk mendaki ke puncak, akhirnya awang pulang kembali dengan hati yang hampa. dan pernah juga cuba untuk kali yang kedua dan ketiga. namun tetap juga tidak berjaya. Kemungkinan yang begitu memberat rasa dijiwa adalah kerana tidak berteman. ya Jujur awang katakan bahawa awang sedikit kurang keyakinan andainya berseorangan. Bukan tidak mampu berdikari tapi terasa kecilnya diri ini.

Alhamdulillah... untuk kali yang keempat ini berjaya juga menghirup udara segar di perbukitan Jugra. dengan di temani kawan baru di UKSB. Impian lama akhirnya tercapai kembali. Walau apapun awang mesti juga memijakkan kaki di puncak bukit. So pagi lagi awang dah bergerak dari bangi ke Banting dengan masa perjalanan kurang dari sejam.  

         
Berpandukan signboard yang duk terpacak dikiri kanan jalan akhirnya awang sampai di pekan kecil ini. Inilah pekan kecil di simpang 3 menuju ke bukit Jugra. kalau dari banting sampai di Pekan ini ambillah laluan kekiri dan terus sahaja. Kalo amik kanan menuju ke Istana lama Sultan selangor. 

Sepanjang perjalanan dari pekan kecil itu, akan jumpa dengan makam, di belah kanan, taman awam dan kawasan tempat tinggal. laluan ini menjadi kecil tapi jangan takut, teruskan perjalanan hingga jumpa dengan papan tanda dan kawasan yang paking kereta sebagaiaman gambar di atas.

Mulanya awang x tau, so dah terlajak jauh sampai ke hujung. Kawasan hujung tu tempat orang memancing.. kalo nak mancing ha boleh lah paking keta kat situ, tapi awang bukan nak mancing k. nak daki bukit. kalo dah sampai sana gak, nak x nak, kena lah patah balik kalo x memang x mendaki lah yek..

jangan takut kawasan tempat letak kereta ni ada penjaganya. Bukan orang tapi anjing.. siyes memang banyak adalah dalam 10 ekor gitu... masa awang datang dia x kacau kita just berlegar-legar sahaja. Myb anjing hutan kot. Ingat bagi muslim jangan lah nak pegang or bermanja dengan anjing ni. Haram k. Nak bermanja dengan awang x per... yang penting gadis...hehehehe
  
Sesi mendaki sudah bermula. tapi jangan terkejut yek. lebih kurang 500 meter selepas pendakian, akan kelihatan perkuburan Cina saujana mata memandang.. mak oi ni memang pertama kali dalam sejarah hidup awang terpaksa daki bukit yang ada kubur Cina... mujurlah pagi, kalo tengah malam dah jadi cter lain agaknya..

Tengoklah dalam gambar tu berapa luasnya kubur cina ni...Mewah sungguh dorang ni kan, sampai kubur pun berhias cantik.. alahai...  


 Bangunan yang hampir nak runtuh ni awang x tau apa dia, maybe ini pondok pengawal atau istana..X pun rumah orang kaya kot.. kena lah kaji apa cter dia.. myb ini juga tempat orang kena penggal sapa tau kan... hohoho.. awang x berkesempatan untuk bertanya penduduk di sekitar itu tentang bangunan ni, kalo dak leh di share kan...hehehe

ini pertama kali awang masuk dalam jirat Cina.. mak oi seram gak, kot-kot lah hantu cina ikut balik... tapi kalo hantu amoi, itu x per, kalo boleh biarlah cantik macam cecilia Cheung...memang ter sangat di alukan.. hihihi.. Macam-macam bentuk perkuburan yang ada, dari yang mewah kepada yg miskin.. Siyes kawasan ni agak busuk sikit..  Oh macam gini rupanyanya kubur cina kan...

pondok yang ada ni mungkin tempat mayat di uruskan.  tapi macam terbiar, x tau lah masih ada lagi orang cina yang dikuburkan kat sini atau tidak skang ni..

 Ini pemandangan dari atas bukit..sampai gak awang atas ni... Subhanallah memang cantik ciptaan Allah.. Ingatkan ada orang maen paragliding atas ni, tapi x der lak, myb dorang maen waktu petang kot.. kalo ader time tu kompom awang try.. nak terasa berterbangan di udara melihat ciptaan Allah. mesti best..

Apa yang ada kat atas tu???

kat atas puncak ni ada rumah api yang dibina pada tahun 1976. kalo x silap awang dari aras laut, puncak ni setinggi 146 meter. Apa yang menariknya di sini adalah tulisan jugra yang besar tu... sekali pandang macam kat Hollywood lak.. cantiik kan..  Boleh nampak dari atas sungai Langat...

Sempat lah gak menjerit atas tu... menjerit nama seseorang yang istimewa... hahaha klaka gak jadinya..

 Macam yang awang tulis, atas ni ada rumah api bukit jugra dan juga balai cerap untuk lihat anak bulan.Tapi yang awang musykil ni kenapa depan pintu masuk rumah api ni ada pondok sembahyang orang cina.. dan lagi yang awang musykil, kawasan bukit ni tanah wakaf orang cina ker sampaikan ader kubur cina... Atau senang citer kawasan bukit ni orang Cina yang empunya gak ker.. kalo yer, macam mana boleh jadi macam ni... huh awang kena kaji gaklah.. memang x puas hati..

Naik x rasa penat, tapi bila turun ni, perggghhh memang terasa ada yang menggigit kepala lutut.. so jalan short cut awang turun lalu kubur cina... hehehe.. tapi penat tu memang x leh nak cakap... langkah terakhir pe lagi... 


nak x nak terpaksalah awang berguling-guling dari atas sampai ke bawah... korang x yah bayangkan.. citer banyak x guna, tengok jerlah gambar atas ni macam mana hebat x hebatnya awang...so jangan kata awang tipu yek.. bukti dah tunjuk... Korang boleh buat ker???
 
Jugra akhirnya awang dapat juga menghirup udara kamoo...
 
TERBAEKLAH

Rabu, 13 Jun 2012

mY lEnSa 59 ( HaNya 15 MiniT SaHaJa )

EvEnT  : PeacE ta MasTikA
DatE    : 2 JuN 2012
vEnuE  : TaSik tiTiwAngSa kuALa LumPur


mY sTorY

HarI ini awang Di arahkaN bertUgas untuK evenT majalah Mastika daN juga majalah Infiniti. Wah mahal juga awang ni kan, sampai 2 majalah sekali perlukan khidmat awang. Orang lain pun x dapat chance macam ni. X per lah dah nama orang baru, kena lah ikut apa sajer yang diarahkan.. lagipun semua event ni menyeronokkan.



Sesampai jer Kat paking tasik Titiwangsa, tetiba perut ni mula meragam-ragam..adeih.. kamO ni perUt, kat rumah suruh keluar x nak, dah sampai sini baru nak sibuk keluar.. aduilahhh.. sakitnya.. nak x nak, apa lagi, mati jer enjin keta, terus awang bergegas mencari tandas.. Pusing keliling x nampak langsung kelibat tandas.. jangan kata bangunan, bayang dia pun awang x nampak.. (macam mana nak nampak bayang,matahari x naik lagi) apo lah awang ni!!! aik mana tandas ni.. tanya kat abg tu lah.. "bang!!, tandas mano?? perot den memulas ni..." Itu ha!!! yang warna biru tu... kata abg baju hijau. 


Aik lain macam jer tandas ni?? cam na nak masuk ni.. poning dah awang.. ngah kalut nak guna tandas serba moden ni, tetiba awang kena sergah dengan akak yang pakai baju merah kat atas nu.. Dia ni yang jaga tandas rupanya.. kak nak masuk tandas ni camna?? tanya awang..
akak tu cakap, "ko masukkan 20 sen pastu pintu ni terbuka sendirilah.. ingat cuma 15 minit jer.. cukup masa pintu ni terbuka sendiri..." alamak, biar betol akak ni??

15 minit mana cukup! kalo letak 40 sen bleh kak?? jadilah 30 minit..

alamak dik, x bleh lah.. cuma 20 sen jer leh dan 15 minit.. kalo ko nak sampai 30 minit cukup masa 15 minit, ko kena tambah lagi 20 sen..

mak ai.. cam tu lak.. x kan lah ngah sesedap rasa buang air, pastu cukup 15 minit, basuh punggong, kuar n topup balik.. 20 sen, apa kejadahnya!!! x feel lah cam ni nak mengelamun neelofa..

ah x kesah lah, apa-apa hal masuk dulu, sebab segala isi perot cam dah sampai klimak ni, seinci lagi nak kuar dari pintu punggung.. lambat kang haru jadinya.

Ko jangan risau, masuk minit ke 14 nanti ader bunyi lonceng.. ha tu tanda ko kena lah cuci punggung, kalo x pintu ni automatik terbuka sendiri... malu besar ko nanti.. Pesan akak pada awang..
Pergggg.... dalam sejarah, inilah pertama kali mencangkung sambil mengira masa..hanset kat sebelah, terasa masa tu bergerak begitu cepat... sepenuh kudrat tenaga awang gunakan.. ingat,!!! 15 minit jer yer..(terbayang kata akak tu) 

hui satu pengalaman hebat ni... dalam pale otak memang risau lah gak.. dibuatnya tetiba ada masalah teknikal, pintu tu terbuka sendiri sekalipun x cukup 15 minit.. cam na agaknya yek... malu besar awang.. x memasal kena rejek ngan neelofa..

Cukup 10 minit awang dah siap mencuci... so nak keluar just tekan sajer butang buka/open. terbukalah pintu gua... Tandas ni x guna dah kepala paip..tapi guna sensor dan butang.. contohnya nak guna air di singki just letak tangan, keluar lah air, dan nak cuci punggung tekan lah butang tu, memancut air kuar dari lorong gua..tapi air tu kuar ikut masa lah, myb dalam 10 saat jer.. pastu off

lagi satu yang lain dari yang lain, coz tandas ni ada lonceng kecemasan.. kot lah kan pintu x leh buka, atau punggung tersekat dalam mangkuk tandas.. ha tekan jer lah lonceng, akan ada lah bantuan yang sampai.. tapi kalo terlekat punggung dalam lobang tu, sebelum tekan lonceng pastikan yang belah depan tu tertutop kemas.. kalo tidak,, jatuh kemaluan... kuikuikui, x ker naya namanya..

Selesa?? bolehla, lagipun dalam tandas ni ada aircond.. x lah panas.. sejuk sajer rasanya..bersih pon bersih... x lah macam tandas awam yang lain, jangan kata wangi, busuk satu satu hal, pastu tersumbat..huh.. tapi yang ni, silap hari bulan kalo nak wat tempat projek pon boleh.. cuma pastikan 15 minit jer.. x yah nak wat fore play, memang x sempat.. terus jer stat masuk.
Yang ini bukan tempat nak buang anak haram yek.. harap maklum.. dah sedap buat projek dalam tandas ni, beranak, pastu buang kat sini gak.. memang haram jadah lah namanya... ini adalah tempat tuk salin lampin bayi..kalo bapak bayi nak salin lampin tu x leh lah yek... bukan per, takut patah papan ni...hehehe.. tengok semua complete kan.. bayar 20 sen k.. hehehe..
amacam bang ok x?.. hehe abang ni dan tunjuk isyarat bagus.. means memang ok.. so sesapa yang baru pertama kali macam awang ni, jangan takut nak try benda ni... ingat 20 sen hanya 15 minit sahaja.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.