Rabu, 20 Februari 2013

mY lEnSa 72 ( StoK in fLaG )

EvEnT      : mEnGibAr BendEra StoKin
MemBer   : AweA DonDea
DaTe        : 14 0KtoBeeR 2012
VeNue     : GuNunG DaTo" N9

My sTorY

Alhamdulillah, ini kali kedua awang menikmati keindahan puncak gunung. Kali ini awang dengan penuh terujanya mendaki gunung Dato' iaitu salah sebuah gunung yang agak popular dikalangan pendaki Tegar sekitar lemnah Klang.,

Destinasi ini dipilih kerana mendapat nasihat dari salah seorang kawan yang pernah melakukan pendakian ke gunung ini. apatah lagi gunung ini x lah jauh dari bangi dan kadar pendakian paling lambat pun 3 jam... itu pun memang dah sehabis lambat lah, terutama kalo sambil mendaki sambil tu Mengorek hidung...

Nak pegi ke gunung Dato' ni x susah kalau tahu jalan, tapi bagi yang pertama kali memang boleh sesat dibuatnya, maklum lah nak menuju ke pintu masuknya perlu melalui jalan kampung dan jalan kebun getah...

Kalo dari Kl lalu lah highway plus then exit pedas/ linggi. Dah bayar tol then masuk kiri terus jer, sampai lah jumpa masjid kapung Bongek belah kanan, pastu jumpa simpang 3 masuk kiri, terus jer sapai jupa signboard. Pastu masuklah laluan kebun getah.. Lihat gambar dibawah untuk jadikan panduan yek..

akhirnya sampai juga kat pintu masuk... nak mendaki gunung ni kena bayar lebih kurang rm2... pastu cross laluan sungai, nampak ada denai atau lorong, ikut jer.. kalo x ahu sesat ada tali kuning atau merah yang boleh dijadikan panduan...ikut sahajalah, kompom punya
Sebelum bleh daki, korang kena bayar dulu rm5, myb bayaran untuk upah kutip sampah kot... tapi time awang daki ni ada lah satu persatuan ni buat kerja amal kutip sampah sepanjang laluan mendaki...

Ini eang manusia yang x der sivik betul lah, kalo korang nak daki tolong lah jangan sesuka hati mama ngan papa korang buang sampah merata-rata.. terutama botol air ngan plastik roti.. Jijik lah perangai tu... cuba lah bertanggungjawab sikit.. ini tidak..

Mujurlah masih ada lagi insan-insan yang baik dan sedar maca persatuan ni kalo x mau berlonggok sampah plastik tu... huh sedih dibuatnya.. 


Ini kali ke 2 sebenarnya awang mendaki gunung... dia punya perasaan memang teruja yang sangat.. bagi sesapa yang x pernah sampai, laluan nak ke puncak memang curam...Curam bukanlah susah cuma tegak menaik... perkara pertama aik perhatian, stamina kena la kuat.. tapi jangan takut sebab curam pon masih ok lagi, buktinya ondaway mendaki awang berselisih dengan budak 4-5 tahun turun ngan bapak dia... perhhhh tercabar gak, kalo budak ni dah sampai puncak, x kan awang dengan awea dondea x boleh kan, kan, kan...

MESTILAH BOLEH.....

Ini aksi sedang menyeru jin-jin hutan datang menyembah...

Dah sampai puncak rupanya ada satu halangan lagi yang perlu ditempuhi... perhhh kat sini hati kenalah kering...naik tangga besi yang agak curam dan diikat dengan dawai... siyes kalo jatuh jangan harap nak selamat, kalo bukan mati kompom cacat.

Akhirnya sampai juga awang di puncak... x mau buang masa yang memang dah terbuang so pe lagi stokin Flag lah dikibarkan... Jangan x percaya k, dah atas puncak tu awan pon boleh di pegang... Awang tercari2 gak awan guling yang goku guna tapi satu pun x muncul2...

Apa pun misi engibar stokin puncak gunung akhirnya berjaya... Terbaeklah..
  

Thumbs up sikit... inilah tanda kepuasan.

Ok jangan tiru aksi2 di atas ini sebab hanya awang jer yang boleh buat... maklumlah  jin-jin hutan yang meresap dalam diri awang dah tunjuk taringnya...

nak bagitau, kat atas puncak ni ada satu kesan tapak kaki... kata orang itu tapak kaki hang tuah. yang duk landing pas dia lompat dari gunung ledang... ermmm leh caya ker???

Awea dondea macam biasa duk menurun gak, nak seru jin-jin gunung... Siyes lah awang rasa peandangan atas puncak ni paling cantik rasanya... apa tah lagi atas puncak di penuhi batu-batu besar... siyes korang yang x pernah pg baik korang try...

Kat atas tu gak awang sempat jumpa ngan mamat cina yang selalu panjat gunung ni.. dia kata tiap2 minggu... ermm leh caya ker.. tapi percaya kot sebab dia naik ngan turun punyalah laju.. macam dah biasa.. so kira percayalah k...
sejam duk hayati keindahan akhirnya kita turun jom..


Memang betul2 bertuah dapat daki gunung ni, manakan tidak awang terserempak ngan sorang budak pompuan yang emang sangat cantik bak bidadari... x tau lah dia ni orang or bukan yang pasti memang sangat cantik.. 

Ini ngah turun gunung,,..

Apa pon berbaloi dan terbaeklah.. 


mY lEnSa 71 ( sEmaLam di tUniS )

EvEnT  :  KeMbaRa kE TuNiS
DatE    : 16 DiSemBeR 2012
VeNue : CartHaGe & tUniS

My sTorY
Gementar dan teruja. Hanya itu perkataan yang sesuai bagi mengambarkan perasaan yang dialami sebaik sahaja melepasi kaunter imigresen. Menjejakkan kaki ke dalam pesawat, menambahkan lagi debaran yang sedia ada di dalam dada. Ini pertama kali dalam hidup awang melancong keluar negara, apatah lagi menaiki pesawat yang sudah tentunya mengambil masa yang panjang untuk sampai ke destinasi.

Sejujurnya awang agak takut untuk menaiki kapal terbang, tetapi dek kerana dah orang bagi tiket free melancong, pulak tu teringin sangat melihat dan menikmati sendiri keindahan permata Afrika Utara sebagaimana yang diperkatakan, so nak x nak, perasaan takut itu terpaksa gak diatasi. 

Bergambar di Airport Dubai.. transit beb..

Perjalanan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan penerbangan pesawat Emirates Airline mengambil masa hampir tujuh jam, untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Hampir empat jam transit, kemudian sekali lagi awang menaiki pesawat Emirates menuju ke destinasi utama

Percaya x, airport ni x penah sunyi, 24 jam sibuk dengan manusia... (pengembara tegar katanya) dan . memang langsung x rasa macam kat negara arab... Nak cari pekerja arab, memang x der la... indonesia, filipina, vietnam... dah macam kat malaysia gak... so x lah rasa asing sangat...

Tunisia sebuah negara yang mempunyai keindahan bentuk muka buminya tersendiri, dengan panorama yang indah, serta banyak tinggalan dan kesan-kesan sejarah yang berbaloi untuk diterokai.

Negara yang menjadi permulaan kepada kebangkitan semenanjung Arab ini, merupakan sebuah negara republik yang terletak di pantai Mediteranean di bahagian Afrika Utara, dan merupakan negara terkecil di Banjaran Atlas. Ia bersempadan dengan Algeria di barat dan Libya di tenggara. Kerana itulah, selepas kejayaan revolusi yang dicetuskan oleh rakyat menjatuhkan Presiden Ben Ali, maka ia terus merebak pula ke Libya. Nama Tunis berasal dari bahasa Barbar yang membawa kepada dua maksud iaitu “Tanjung Tinggi” atau “Menghabiskan Malam.”

Sepanjang enam jam di dalam pesawat, akhirnya destinasi yang dituju tiba juga. Mendarat di Lapangan Terbang Carthage, peserta rombongan seramai 42 orang pelancong tegar disambut oleh juru pandu pelancong tempatan, saudara Norouddin. Iklim cuaca ketika ini sangat sejuk sekitar 5 darjah celcius. Mujurlah awang membawa baju sejuk yang tebal, sebagaimana yang dinasihatkan, jika tidak mungkin rasanya beku awang sepanjang 9 hari di Tunis.

Kami semua kemudiannya dibawa menuju ke hotel Golden Tulip sebagai penginapan pertama. Apalagi dapat sahaja kunci bilik, masing-masing terus hilang masuk bilik. Mana tidaknya, semua kepenatan selepas melalui perjalanan yang panjang di dalam kapal terbang. Esoknya barulah perjalanan kami meneroka sumber khazanah Tunisia bermula.

Adapun Tunisia ini mempunyai kepadatan penduduk seramai hampir 12 juta orang dengan bahasa pertuturan mereka adalah bahasa Arab. 99 peratus dikalangan rakyatnya adalah beragama Islam ahli Sunnah Wal Jamaah yang bermazhabkan Imam Maliki. Manakala 1 peratus lagi adalah beragam Kristian, atau Yahudi yang berbangsa Arab.

Dataran Tunis... kat sinilah stat berlakunya arab Spring... 

Memulakan perjalanan dengan menaiki bas seawal 8 pagi, semua kelihatan teruja terutama awang. Mungkin tidur terlalu cukup agaknya, sebab malam di Tunis ini agak panjang berbanding Malaysia. Kami dibawa mengelilingi Bandar Tunis bagi melihat sendiri bagaimana kehidupan rakyat Tunis. Mengagumkan, itu yang berlegar dalam kepala awang.

Manakan tidak, hampir semua bangunan kedai, pejabat, hospital atau perumahan mempunyai bentuk yang hampir serupa. Berbentuk petak empat segi dan berwarna putih dindingnya. Manakala pokok-pokok limau mandarin dan zaiton menghiasi kebanyakkan laman-laman rumah. Menariknya juga, sekalipun mempunyai laman yang besar, tetapi setiap kereta yang ada pasti akan diletakkan di luar rumah atau di tepi-tepi jalanraya. 

Jalan-jalan rayanya pula hampir dipenuhi dengan teksi-teksi kecil berwarna kuning. Apa yang menariknya kalo di Malaysia, teksi-teksi tu adalah kereta-kereta mewah. Peugeot, Volkswagen Polo, Citroen, dan banyak lagi semua ini hanya menjadi teksi sahaja. Hai Sungguh tak patut.

patung zaman Rom... bayangkan berapa ribu tahun...Ini jer yang tinggal

Xtualy, destinasi pertama kunjungan kami adalah Muzium Carthage yang terletak di atas bukit Byrsa. Kawasan ini merupakan jantung kepada Bandar Carthage. Di sini untuk masuk mengambil gambar, pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak 1 Dinar yang bersamaan dengan Rm2 wang Malaysia

Pengunjung dapat menyaksikan kesan runtuhan kota lama tinggalan zaman Rom yang pernah menjajah Tunis ketika zaman sebelum masihi lagi. Terdapat juga beberapa ukiran patung yang tetap utuh hingga kini. Di atas bukit ini juga, pengunjung dapat melihat dengan jelas seluruh Bandar Carthage yang mengadap ke laut Mediteranean

Kat atas bukit...(tapak kota rom) berlatarbelakangkan bandaraya tunis... serius sangat 
cantik waktu ni....
Pintu masuk ke Kota Rom..pehhh memang best sangat...

Selepas puas bergambar berlatarbelakangkan Bandar Carthage, rombongan kami dibawa pula melawat Taman Mandi Antonine yang terletak berhampiran dengan laut Mediteranean. Menurut kata Norouddin, binaan ini dibina ketika zaman pemerintahan empayar Hadrien dan Antonine dalam tahun 145 selepas masihi. Ia merupakan taman mandi yang paling besar sekali di Tunis, dan yang ketiga terbesar selepas Caracalla dan Diocletian di Rom.

Nak bagi nasihat sikit, hati-hati kalo nak mengambil gambar, ini kerana ketika awang sedang duk sibuk mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut, tetiba awang disapa oleh sekumpulan pelajar sekolah rendah dalam lingkungan usia 10 tahun, yang duk merengek minta awang snap gambar dorang.

Tak mo dikata sombong, so awang pun ambik la gambar dorang barang sekeping dua. Dah bergambar, tetiba dorang nak pow lak duit awang tanpa segan silu. Hampeh tul bebudak ni. Ini ker yang korang belajar kat sekolah? Hei, menggeleng kepala awang dibuatnya. So Stupid!!!!

Menjelang tengah hari, destinasi seterusnya ialah kawasan perlancongan yang sangat unik terletak di bahagian utara Tunisia, iaitu lebih kurang 20 km dari Bandar Tunis. Di sini kami diberikan masa selama 1 jam setengah sahaja untuk menikmati pemandangan indah panorama putih biru.

Subhanallah, memang cantik dan kagum dibuatnya. Mengikut catitan sejarah, tempat ini dapat nama dari seorang muslim yang tinggal di situ iaitu Abaou Said Ibnu Khalef Ibnu Yahia Ettamini el Beji pada abad ke 12M dan meninggal tahun 1231M. Sebelumnya ia dinamakan bukit el-Minar. Kemudian pada abad ke 18M, kerajaan Turki di Tunis jadikan kawasan tu sebagai kediaman rakyat. 

Pada tahun 1920-an ada la seorang pelukis dan pemuzik bernama Rodolphe d’Erlanger yang tinggal di situ dengan propa dan sengajanya menimbulkan idea untuk menjadikan kawasan tersebut mempunyai tema tersendiri iaitu putih dan biru. Okla kira kreatif kan, dah nama pun artis seni….

So sampai la sekarang, semua dinding bangunan dicat dengan warna putih. Pintu dan tingkapnya berwarna biru. Kata orang sana, putih tu nak melambangkan hati dorang yang bersih dan suci murni, biru pula merujuk kepada warna langit dan air laut. Yela laut pun dekat jer ngan kawasan tu. Hei sesuka hati dorang jer… Sucilah sangat hati tu, padahal hampeh, penipu!!!!  (nak tau baca sampai habis)

Ada juga kepercayaan mistik dorang yang kata, warna biru tu nak mengelakkan dari lalat masuk rumah. Ntah ye ntah tidak. Mungkin lah kot, sebab kalo ikut majalah al-Islam yang terbaru yang awang baca ni kata memang yek… so boleh percaya la..

Cuma awang rasa, sebab utama mengapa ia diwarnakan dengan tema putih dan biru sebab nak menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan para pelancong. Buktinya, ramai penduduk menjadikan aktiviti jualan cenderamata sebagai faktor ekonomi utama mereka. Yelah dah kat kawasan tu jer yang semuanya putih biru. Kan unik tu
Remaja Tunis yang sempat awang shot gambar dorang... Sebenarnya kalo nak tau dorang ni sama jer macam orang eropah... jalan pegang tangan tu memang biasa sangat., bersepah boleh nampak. mana-mana... 

Jika dilihat ada benarnya juga, sepanjang laluan di lorong-lorong ini, penuh dengan kedai menjual barangan cenderamata yang menjadi sumber utama pendapatan penduduk. Di sini juga awang melalui satu pengalaman yang agak menakutkan. Ia terjadi ketika mana awang berjalan sendirian menyusuri lorong-lorong bagi melihat dan mengambil gambar pemandangan sekitar kawasan ini.

Kat lorong ni lah awang kena pow.... gambar diambil seminit sebelum kena pow...

Sewaktu sedang leka berjalan dan mengambil gambar, secara tiba-tiba awang ditegur oleh salah seorang penjual makanan ringan, yang menawarkan pada awang untuk merasa sedikit makanan yang dijualnya. Pada mulanya awang tolak, tapi bila dia bersungguh dan menyatakan ianya percuma, so tanpa ragu awing ambil la sedikit nak merasa. Dalam duk sedap merasa itulah, tiba-tiba tangan awang dicapainya. Pastu yang x bestnya, dia letakkan lak dua bungkusan makanan. Then dipaksa pula awang beli. WTA la…  

So mahu x mahu terpaksa la awang membelinya. Awang bagi 2 dinar. Tapi dia tak berpuashati dan minta lebih. Apa kejadahnya ni????

Awang tambah 1 dinar lagi, pun tak cukup lagi, siap tinggikan suara dengan loghat arab yang sukar difahami. Kemudian secara tiba-tiba dia memeluk dan menarik awing ke tepi lorong. Nak kasi setle.. Perghhhh

Macam nak pecah rasa hati ni. Berdebar-debar dibuatnya. Bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini. Beberapa ketika, menyedari pegangannya kurang erat, awang terus cabut lari ke tempat peserta rombongan berkumpul.

Syukur Alhamdulillah, tidak terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.  Peristiwa ini sedikit sebanyak jadi pengajaran kepada awing supaya tidak berseorangan ketika berjalan. Apatah lagi kat tempat orang dan asing macam ni. Meninggalkan Sidi Bou Said, merakam kenangan peristiwa yang tidak akan mungkin awang lupakan sampai bila-bila.       
air yang popular di sana, Teh pekat campur daun pudina dan badam... rasanya perhhhggg lain maca sey...nak cakap pun x tau... rasa lah sendiri nanti kalo g sana....


Yang ini lak makanan yang terpaksa awang hadap tiap2 hari...alahai nasi dia memang lain macam.... macam x ckup masak pun ader...huhu

Tunggu yek banyak lagi nak share...

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.