Selasa, 11 Jun 2013

mY lEnSa 76 ( LanGKaWi MosT WanTeD yO pArT II )

EvEnT           : jOm pUsInG pUlaU vs tUnJuk PanDai
MemBerS    : MajiNs jr. tEchNicaL DECTAR
DaTe             : 9 to 11 mArcH 2013
VeNuE         : DayanG buNtinG, DaTaraN LaNgkaWi & SeK. Men. TaLaNG

My sTorY

Hari ke-2.. pepagi lagi dah bangun.. hari ni program adalah island Hoping... b4 ni tidak berkesempatan untuk ikut serta sebab x berapa nak ngam dengan budak teknikal yang ala-ala poyo.. so trip kali ini awang pastikan akan menjejak kaki juga ke sini...(trip yg ni budak2nya not bad)..dan kalo x silap awang tambangnya adalah rm30+...  itu pun sebab x booking dulu awal-awal dek kerana miss komunikasi... dari resort nak pegi jeti ni ada van yg angkut kami sekali dengan pakej yang ditawarkan... x jauh pun, kurang lima minit dari Malibest Resort.
Suasana dalam bot yang agak ramai... ini semua budak-budak yang berjaya awang pujuk untuk ikut trip ni... muka semua ceria, tapi dalam hati kecut...  nak naik bot yang penting sekali adalah pakai jaket keselamatan.. manalah tau kot2 ada yang terjatuh laut...  macam awang reti berenang kira selamatlah.. tapi bg yang x reti mau jadi peristiwa hitam dalam hidup.. silap haribulan jumpa perut dah kembung..haru biru lah jawabnya..

destinasi pertama yang dituju adalah pulau Dayang Bunting.. kata orang kat pulau ni ada mitosnya yang tersendiri... sebab tu di namakan dengan dayang bunting... Nak tau lebih lanjut search jer la kt google.. lagi bagus kalau dapat datang sendiri... baru ngam Ho, orang panggil hero..

Tasik dayang bunting punyai keunikannya yang tersendiri.. sebenarnya tasik ni asalnya adalah dalam gua, macam mata air gitu, tapi dek kerana berlaku runtuhan pada gua ni, so jadilah macam yang sekarang.. prosesnya pun bukan sehari dua or setahun dua tapi makan baratus tahun yang lalu...  Dan menurut kata orang, sesapa yang dah lama kawin tapi still x dapat zuriat lagi,  minumlah air dari tasik ni... Insya'allah boleh bunting... betul atau tidak wallahu a'lam....lebih baik x yah percaya benda karut ni..

Tasik ni terletak di tengah pulau, so nak menuju ke sini memang agak jauh gak kena jalan kaki.. laluan ok tapi turun naik bukit gak... sapa x larat duk jela kat jeti tu...hehehe... dan sepanjang laluan juga ada beruk-beruk yang duk usha makanan kita... tapi jangan takut beruk-beruk ni dikira jinak.. cuma janganlah di usha anak dara beruk tu sekalipun comel, jawabnya cari nahaslah...

sekali tengok memang gerun sebab tasik ni agak dalam... kalo nak mandi pastikan pakai jaket keselamatan.. tapi awang memang x berani lah nak mandi, mana tau ada naga dalam ni... x pun anaconda... perhhhh memang seriau dibuatnya...

ini antara xtiviti yang boleh dilakukan selain mandi.. berbasikal air.. sorang dikenakan bayaran rm 15 sahaja selama sejam... awang sorang x dapat main sebab x der geng..hehehe.. sudahnya duk la sesorang kat jeti sambil usha2 pelancong... sian kan.. nak wat camna my princess x join...

ok geng dah puas main basikal air, pe lagi meh amik gambar... inilah bebudak teknikal yang ada skarang... abadikan kenangan anda.. Senyum sikit...

........Bergambar dengan berlatarbelakangkan tasik dayang bunting yang menghijau airnya....... comel sungguh...

puas sejam menghayati keindahan pulau Dayang Bunting, so pak juragan bot bawa kami melihat xtiviti helang menyambar makanan.. fuuyyooo besarnya helang yang ada dekat sini.. lagi besar dari bapak ayam.. agak teruja juga tengok helang-helang menyambar makanan..

xtiviti seterusnya kami di bawa pula ke pulau Beras Basah... di sini kitorang duk sakan main air... wuooyooo bestnya... air memang jernih,.. kalo pakai google macam awang boleh nampak ikan-ikan berenang... tapi x banyaklah,..kalo dugong memang banyak... dan sepanjang 3 hari di Langkawi ni, awang cuma dapat mandi laut kat pulau ni jer.. huhu sian awang.. mana x nya, pegi bercuti pun bawa sekali kerja kek opis.. Hampeh sungguh. 

Bergambar kenangan kek Pulau Beras Basah sebelum berangkat pulang.. macam mana boleh dapat nama awang pun x tau... mayb ada nelayan yang tersesat kek sini then bila nak masak nasi beras yang di bawa basah tu yang sesuka hati dia letak nama beras basah.. kononnyala..

B4 ni awang x berkesempatan nak datang ke dataran Lang, tapi kali ni memang awang qada' betul2.. yelah kalo dah ke langkawi tapi x bergambar dengan replika lang kawi ni memang x sempurna lawatan tu.... tul x... 
Hari terakhir di langkawi xtiviti kami dipenuhi dengan sesi menunjuk pandai kek sekolah Menangah kg Talang... wah rasanya trip ni paling bagus, bukan setakat bercuti dan bergembira tapi turut diselitkan dengan aktiviti berfaedah bersama adik-adik sekolah..

Kreatif gak bebudak ni..

tugas awang di sini cuma sebagai cameraman sahaja... yelah dah awang sorang yang agak pro tentang kamera ni...

macam-macam xtiviti yang dibuat, kira macam sesi motivasi yang santai.. bukan per ini semua untuk melatih bebudak sekolah ni supaya menggunakan otak mereka semaksimum mungkin..

apa pun trip kali ni yang paling best sekali... bercuti sambil beramal bersama my princess... cuma yang paling x best sebab x tido malam n x puas mandi laut dek kerana  duk sibuk mengetuk story... dan yang paling haru birunya bila nak hantar story by email, tenet plak buat hal.. tapi mujurlah berjaya...kuar gak story awang kek kosmo... TQ my frend n bos.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.