Selasa, 18 November 2014

mY lEnSa 101 (meNgeJar keLaJuaN)

eVenT       : TH- Media Go-Kart cHaLLenGe
dAtE         : 14 Jun 2014
vEnuE       : SePanG iNterNatioNaL Go-kArt CirCuiT
mEmBers  : MaJins mEdia

My sTorY

Semua orang tahu awang bukanlah pemandu kelajuan yang tegar di jalanraya. Biasanya ketika memandu waima di lebuh raya sekalipun pulang ke Johor, kelajuan awang hanyalah sekitar 110km sejam atau adakalanya mencecah 120km sejam. Hanya sekali sekala mencecah 140km sejam bergantung pada situasinya.

 Namun lazimnya ketika memandu di jalan-jalan biasa, kelajuan yang dibawa adalah sekitar 80-100km sejam. Dek kerana kelajuan itu jugalah awang seringkali menjadi bahan gelak rakan-rakan kerana pemanduan berhemah ini tidak sesuai atau kena dengan kelebihan kereta yang dimiliki.

Ya! Awang sangat menghargai nyawa awang yang satu ini. Sebab itulah awang segan untuk memandu dengan kelajuan yang luar biasa sekalipun kemampuan kereta awang boleh mencapai kelajuan yang lebih dari biasa.

Maka itu, apabila diberi peluang untuk memandu Go-Kart dalam cabaran Media Tabung Haji, ia bukanlah satu cabaran mudah untuk digalas.


Gila ke haper? Nak suruh awang memandu jentera ni dengan kelajuan supersonik, sekalipun dalam litar.. memang tak lah… Ibarat menunggu harimau Malaya bermain di World Cup.. mustahil bukan?


Sebenarnya bukan mudah untuk mengendalikan jentera ini dengan baik tanpa kemahiran dan latihan. Apatah lagi bila pertama kali mencuba, memang failed lah jawabnya. Ditambah lagi memiliki anatomi tubuh yang agak rendah seperti awang, lagilah sukar untuk mengawal pemanduan, sebab tak sampai kaki nak pijak pedal minyak. hahaha 


Bunyinya macam funny kan? tapi itulah realiti. sampaikan awang terpaksa guna bantal untuk membolehkan kaki memijak pedal..

Namun, walapun agak sukar tetapi Alhamdulillah segalanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Cuma di sisi awang, aktiviti perlumbaan ini telah berubah menjadi medan awang menguji pemanduan Go-Kart. Biarkanlah mereka yang mahir memandu dengan pantas untuk mengejar kejuaraan. Hehehe….    



Memang sudah lama awang ingin mencuba sukan permotoran ini, akan tetapi dek kerana tidak mempunyai rakan-rakn yang sealiran minatnya, keinginan itu hanya dapat disimpan dalam hati sahaja. Yelah, nak main sorang-sorang tu bukan tak boleh tapi tak terasalah keseronokannya.

Bagaikan orang mengantuk diberikan bantal, dapat jer undangan dari tabung haji, ini memang tersenyum sampai telinga dibuatnya. Bertambah hapy main dengan free pulak tu.. sapa tak nak kan..huhuhu

Sebenarnya nak bawa go-kart ni bukan lah sesukar mana pun sebabnya dia cuma ada dua pedal iaitu pedal minyak belah kanan dan brek belah kiri, kiranya budak sekolah rendah pun boleh bawa.

Apa yang penting adalah kekuatan tangan, sebabnya kereta go-kart ni tidak mempunyai power stering sebagaimana kereta awang…so ketika nak buat lap memang terasa la beratnya.. sebab tu sampai selekoh saje, jangan la gatal kaki nak pijak minyak lebih-lebih kalo tangan tak kuat kawal stereng, mau terlajak dibuatnya, Silap haribulan lagi teruk boleh terbalik..

lagi bertambah haru, seusai sahaja memandu dalam trek, tangan kita ni dah macam kena strok, kejang dan menggeletaq sekejap.. huhuhu.


Tahniah kepada tabung Haji sebab berjaya menganjurkan program-program sebegini. Disamping mengeratkan hubungan antara pihak media dengan tabung haji dan media sesama media, malah ia turut memberi ruang, peluang dan pendedahan untuk Awang mencuba aktiviti xtrem sebegini. 

Xtiviti yang sememangnya sudah lama awang teruja untuk mencubanya. Plus Credit kepada Tabung Haji sebab bagi helmet percuma.   

 Apapun ini memang terbaek sangat-sangat. Thumbs Up 3x

Sabtu, 11 Oktober 2014

mY lEnSa 1oo (miSi 3o: HeaR !.... FeaR !... HerE.!..)

eVenT       : DiganGgu seSuatu / PeCaH rEkoD
dAtE          : 21 JuN 2014
vEnuE       : GunUnG NuaNg, SeLanG0r
mEmbEr    : sYa MiLk

My sTorY

Segala puji hanya khusus untuk Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.

Benar bagai dikata, kalo sekali kita dah tawan kinabalu, pasti ketagih jadinya untuk mendaki.. YA! itu yang awang alami saat dan tika ini.. perasaan untuk mendaki dan berdiri di bumbung dunia melihat kebesaran Allah begitu meronta-ronta dan meluap-luap sepertinya udara yang ingin keluar dari dua bibir punggung mungil kemerahan....

Lalu apalagi yang boleh membunuh keinginan yang sedang membuak ini selain dari mendaki...

Ada macam-macam cerita yang telah awang dengar tentang gunung yang satu ini. Semuanya berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh sang pencerita. Yang pasti! cerita yang disampaikan itu bukanlah cerita penglipur lara yang sengaja direka sebagai lawak jenaka. Tapi cerita yang disampaikan itu merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

Segala cerita yang pernah singgah di pendengaran ini didengar seusai awang menjejak kaki pertama kali di puncaknya.

Ya! Awang pernah berdiri dipuncak gunung ini pada tahun 2012 bersama rakan-rakan UKSB. Dan itu merupakan pengalaman yang pertama kali mendaki gunung. Pendakian pertama itu mengambil masa yang agak panjang. Tambah tolak bahagi darab ada la Sembilan jam mendaki dari pintu masuk ke puncak dan turun pula selama 8 jam. Jumlahnya hampir ke ke 18 jam. Dan tika itu juga awang telah bersumpah untuk tidak akan menjejak kaki ke gunung ini. CUKUP! Ini pertama dan terakhir. 

Itu cerita dulu sebelum misi 30 bermula.

La ni, dek kerana nak menghilangkan rasa gatal mendaki, ditambah lagi dengan kemahuan syamil yang merengek-rengek untuk menawan puncak Nuang, maka prinsip dan keazaman yang sudah membeku dalam jiwa tercair kembali.

TAPI tekadnya satu, “aku takkan jadi seperti dahulu.”


Maka itu, seminggu sebelum Ramadan menjelma, awang dan sya-Milk berbulat tekad menawan puncak Gunung Nuang sebelum siang melabuhkan tirainya.

Jam 3 pgi kami bertolak dari bangi. Tiba di parkir kereta tepat jam 5 pagi sesudah menggalas perut di kedai mamak sebelum tiba. Turun sahaja dari kereta, kami ditegur salah seorang pendaki. Dalam boraknya kami diberitahu supaya berhati hati mendaki di awal pagi kerana selepas kem pacat, terdapat denai laluan pak belang dan juga beruang. Dek kerana itu dia dan rakannya memulakan pendakian seusai subuh berlalu pergi.


Glups,..apa lagi yang mampu dikata selain menelan air liur kecuakan. Sudahlah pelbagai cerita misteri singgah di telinga, ditambah lagi dengan kisah pak belang, memang cukup mendebarkan bagi awang.

Track menuju ke Puncak

Bismillah kami mulakan dengan tawakal menjadi bekalan sepanjang pendakian. Bukan tidak mahu mendaki sesudah mentari menjengah tetapi jika itu berlaku, bermakna malam juga yang akan bertamu saat turunnya nanti. Itu yang kami tidak mahu. So tekad dibulatkan, kepada Allah diserahkan.

Perjalanan dari kaki gunung menuju ke kem lolo di tapak perkemahan sudah cukup membuat hati diserang debar berpanjangan. Manakan tidak, kami ditemani dengan gelap gelita alam yang turut mendendangkan pelbagai bunyi-bunyian. Sies cukup menyeramkan!


Sehinggalah sampai di chek point ke 3, terpaksa awang berhenti sehingga azan subuh berkumandang, dek kerana diganggu dari penghuni alam. Manakan tidak seluruh tubuh tiba-tiba lemah menggigil kelemasan seperti ada sesuatu yang cuba menghalang laluan.  

Alhamdulillah, Seusai kewajipan ditunaikan, perjalanan diteruskan sebagaimana yang dirancang. Kali ini tiada lagi gangguan, hanya desiran angin bertiup sepoi disambut kicauan burung mencari sesuap rezeki di waktu hening pagi. Adakalanya juga kedengaran teriakan beruk-beruk liar yang bersahut-sahutan.. 

Terdapat 3 laluan pintu masuk menuju ke puncak Nuang.

akhirnya rekod Nuang berjaya diPecahkan.. terBaeklah
Jam doblas lebih tengah hari awang dan Symilk sampai dipuncak. Matahari terik dipuncak awan ketika ini seakan tidak terasa kerana di payungi ribunan pohon hutan.  Suasananya cukup indah, dengan udara yang begitu nyaman. Apalagi yang boleh dilakukan ketika jika ini bukan melepaskan kepenatan dan cuba mengmbalikan semula tenaga yang sudah hilang.

Tidur di puncak Gunung berpayungkan rimbunan pohon dan didendangkan kicauan burung... memang awesome giler.. Alhamdulillah Segala Puji Hanya Untuk Mu Allah.

Tepat jam 2.30 ptg, kami mula meninggalkan puncak untuk sampai ke kaki gunung. Untuk perjalanan turun ini agak sendu dan syahdu kerana awang terpaksa menahan kesakitan kaki yang tiba-tiba menyerang. Sudahnya turun secara sendirian ditinggal syamil kesorangan.. Jangan lah duk turun ni tetiba jumpa pak belang atau beruang.. memang HaREMM la jawabnya..huhuhu.
Kami sudah! anda Bila Lagi?

Denai laluan hutan di gunung ini agak banyak yang berubah nak dibandingkan dengan 2 tahun yang lalu. Namun laluannya tetap kelihatan cuma ada sedikit kesukaran terutama ketika dibasahi hujan.


Apapun kami sampai di pintu masuk Nuang tepat jam 6 petang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah… pendakian ini telah memecahkan rekod sedia ada awing sebelum ini dengan jarak masa yang lebih cepat 6 jam dari pendakian lalu.. apa pun memang terbaek.  

Selasa, 23 September 2014

mY lEnSa 99 (miSi 30: BeRdiRi di bUmBunG duNia II)

eVenT         : KiNabaLu dAlam dAkaPaN
dAtE           : 11 & 12 mEi 2014
vEnuE         : GunuNg kiNaBaLu sAbAh
mEmbErs    : sYa MiLk & aIdiLi sAdo-sAdo

My sTorY

Menginap di Kinabalu Mountain Lodge Kundasang. Dari jalan besar kami terpaksa menapak untuk sampai ke Logde sejauh 1 kilometer dengan laluan naik dan turun bukit pastu naik lagi. Memang macam Harem.. tapi berbaloi gak sebab pemandangan dari lodge memang terbaek... 

Pekan Kundasang satu-satunya  pekan yang paling hampir dengan kaki Kinabalu dan tempat penginapan kami.  Memang awesome pekan ni sebab terletak di kaki gunung Kinabalu dengan pemandangan menarik, cuaca terbaik dan suasana ala-ala peKan koboi gitu. Lagi terbaek di pekan ini ada bangunan KFC dua tingkat yek.. kelazz kau jah.

Pintu masuk dari laluan Timpohon. Laluan ini dekat sikit berbanding laluan dari Mesilau. Sebelum mendaki jom kita amik gambar.

Sesi Briefing dari Rhino the Sauros sebelum mendaki ke puncak.

Setiap pendaki yang ingin ke puncak, mereka diwajibkan mendaftarkan nama di pintu masuk terlebih dahulu..

Okay Sya Milk, aidili, jom kita gerak.   Bismillahhirrahmaanirrahiim.  

Ini antara laluan yang akan ditempuh oleh pendaki. Laluannya tidaklah sukar kerana di beberapa tempat telah dibina dengan tangga.. cuma larat tak larat je lah nak mendaki..

Aik aidili, kata abg sado-sado, takkan dah penat kot… baru 2 kilo berjalan.. muka pon kelat semacam..hehehe

Antara pondok atau check point bagi melepaskan segala kepenatan yang menghimpit. Jangan takut, kalo nak tercirit atau terkincit, ada tandas disediakan. Bukan tu jer, nak refill air pon boleh.. cuma air tu tak terjamin lah kebersihannya..

“There are no strangers on the mountain, only friends to be met” itu yang seronoknya mendaki sebab kita akan jumpa ramai lagi pendaki lain yang peramah. So secara tak langsung banyak benda boleh kita kongsi dan pelajari.

Nampak tak betapa besaunya beg awang. Adalah dalam enam kilo gitu beratnya. Boleh jer kalo tak larat, nak upah porter angkut. Tapi memang tak dapatlah feel mendaki..hehehe. Tongkat pun sangat penting kalo nak mendaki sebab ia akan banyak membantu terutama kalo injured.

Biar gambar yang berbicara. So sesapa yang rasa nak kena dakwa tryla daki..

Ada lebih kurang 2km lagi nak sampai ke laban rata, so apa lagi jom bergambar dulu..

Cuaca di sini menurut kata Rhino sentiasa berubah, sekejap panas, sekejap hujan. So bagi para pendaki dinasihatkan sediakan payung atau baju hujan sebelum hujan turun. Baju hujan kalo boleh cari yang nipis jer macam plastik..lebih memudahkan katanya. 

Ha kan dah cakap tadi..jumpa gak hujan, bukan renyai, tapi lebat kot. So mahu atau tidak terpaksa gak mendaki dalam hujan... yang paling buatkan tidak selesa bila stokin basah n kasut banjir..Memang terbaek


Yehhh.. simpang tiga antara Timpohon gate, mesilau gate n laluan ke puncak gunung.

Antara Flora dan Fauna yang sempat diambil gambarnya.. yang lain-lain tak dapat amik sebab redah hujan cemana nak snap a pics.. so sad... ini jerlah yang dapat diambil..

Ini antara porter yang sesama mendaki dengan kami. Tapi barang yang dia pikul tu bukan barang kami yek. Pada perkiraan awang adalah dalam 40 kilo gitu berat yang dibawa. Memang gila hebat dorang ni. Agaknya makan catuaba kot. Satu yang awang perasan cara dorang mendaki, dorang ni berjalan dan daki hanya tunduk kepala tak pandang atas atau depan pon. Maybe ini caranya mendaki kot.. so mental tak terkesan dengan ketinggian.

Alhamdulillah, akhirnya destinasi yang di tuju, dah tiba. Yeah Laban rata dan gunting Lagadan. Xtualy dikawasan ini ada beberapa lagi nama pondok penginapan, cuma awang tak ingat nama-nama pondok tu. Cuma yang famous dua tu la…pondok tempat kami berteduh pun awang tak ingat.. huhu apala awang ni...

Punyala kelaparan si aidili, sampai nak tersembul biji mata makan roti... chill aidili, chill...hahaha
sumpah! time ni memang gila-gila penat punya.. betol-betol dah hilang tenaga..huhuhu

Suasana di dalam kafe Laban Rata...nampak sempoikan.

Jom kita layan gambar-gambar kes-kes kecemasan yang pernah berlaku sebelum ini... macam ni lah jadinya kalo tak tau nak jaga keselamatan.. memang haru biru.

Suhu di sini mencecah kurang 5 darjah celcius, so bagi yang tidak memakai pakaian tebal, anda sememangnya memerlukan pelukan dari seseorang ..

Amacam!! Memang terbaek!!! berlatar belakang kan track ke puncak gunung... 

Pukul 2 pagi… bersiap sedia untuk ke puncak Kinabalu.. serius time ni memang berdebar dan macam-macam perkara muncul dalam fikiran.. uuhhh boleh ke aku sampai puncak??? Itu persoalannya.. 

Dan dek kerana duk berdebor-debor tu lah, awang hanya mampu sarapan sekeping roti dan sedikit nasi goreng untuk mengalas perut dan membekal tenaga...  Bukan apa, takot nanti tercirit, satu hal pulak nak cari tandas dalam cuaca sejuk ni. Mau beku punggong awang dibuatnya.. huhuhu


Sebelum ke puncak, pendaki akan diberikan taklimat tentang track yang akan dilalui..Sebabnya, ada satu tempat yang memerlukan pendaki untuk mendaki menggunakan tali.. Woo bila dengar jer dorang cakap macam tu, sumpah awang lagi kecut perut...

Topeng muka, glove, dan snow cap sangat-sangat diperlukan saat ini.. dia punya sejuk tak boleh nak cakap. Boleh kering bibir, silap haribulan gangrene kot..hahaha,. kematu dibuatnya.. lampu suluh juga wajib, kang tak memasal masuk gaung dek kerana silap menapak sebab tak nampak jalan... Okay kalo semua dah siap siaga, apalagi jom kita gerak..

Dengan cuaca yang sejuk dan udara yang semakin menipis, apa yang perlu dilakukan adalah berjalan dengan langkah yang steady dan stabil. bernafas dengan perlahan dan bertenang..paling penting dengar arahan guide dan mind ur step..

Ha! Sampai pon tempat yang dimaksudkan setelah hampir sejam berjalan. Sila berhati-hati melangkah..laluannya cukup mencabar, terutama dalam gelap..

Nampak tak macam mana nak daki.. dengan keadaan gelap macam ni, tah apa la yang menanti kiri kanan agaknya yek.. Tawakkal jelah... paling penting tali perlu dipegang sebaik mungkin..

Sumpah,. ini antara laluan yang cukup menggetirkan.. Dengan kandungan udara yang semakin menipis, ditambah lagi dengan tiupan angin kuat yang sesekali datang menyapa, cukup menyesakkan mental dan membuatkan tubuh menggigil kesejukan.. apatah lagi dengan kaki yang semakin lemah mendaki dan terus mendaki.. di sinilah sebenarnya cabaran yang paling besar terpaksa awang hadapi.. ketika ini kita berada di ketinggian hampir 4 ribu meter dari aras laut.. 

Beginilah laluannya... nampak tak puncak gunung tu... jauh lagi kot nak sampai.. so bagi sesapa yang ingin mendaki kinabalu pastikan anda benar-benar membuat persediaan yang rapi.. pastikan stamina cukup, sebabnya di laluan inilah ramai yang tertewas.. tak larat katanya.. yang paling penting hati kenalah cekal n kuatkan semangat macam awang..

Pondok sayat-sayat adalah pondok terakhir sebelum sampai ke puncak. Di sini pendaki perlu melaporkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke puncak dan ketika nak turun.. gambar diambil selepas 7.30 pagi ketika nak turun bawah.. 

pondok sayat-sayat berdiri megah di lereng gunung.. 

Berdiri di ketinggian 4008 meter setelah berjalan sejauh 8.5 kilometer.. sikit lagi nak sampai puncak.

YAAAAHHHOOOOOO.... 
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga berdiri di puncak kinabalu.. ini satu pencapaian yang sangat besar dalam hidup awang, setelah 5 bulan merancang..

Standing in the eyes of the World 
Maha Suci Allah, pemandangannya sangat-sangat menakjubkan

Berdiri di bumbung dunia adalah titik permulaan untuk awang terbang lebih jauh selepas ini.. Insya'Allah dengan izin Nya.

Selfie berlatar belakangkan puncak tertinggi kinabalu..

Selfie berlatarbelakangkan hamparan bumi sabah.. TERbaEklah

Semua pendaki hanya dibenarkan berada di puncak sehingga jam 7.30 pagi.. 

Berehat sebentar di lereng gunung sementara menanti giliran untuk turun.. 

Mencabar tak laluannya? Jom layan gambar di bawah

TERbaeK...

Subhanallah... menakjubkan ciptaan Mu Allah


Malam ketika mendaki, memanglah tak nampak laluan, so tak lah seriau.. 
Ha! dah siang, macam ginilah laluannya... seriau dan menakutkan.. silap langkah jatuh ke bawah..huhuhu

Ini antara laluan kami.. malam mendaki tak nampak.. siang nak turun baru nampak..

YAAAHOOOO sekali lagi..
Alhamdulillah syukur, akhirnya jam 4.30 petang selepas 6 jam menempuh perjalanan turun, kami berdua sampai kembali di pintu masuk... 

okay kena sign dulu bagi mengesahkan kami dah check out dari kawasan gunung.

Pekena Mee Maggi seusai sampai di bawah, sementara menunggu van yang akan membawa kami ke taman negara kinabalu untuk mengambil sijil yang membuktikan kami sudah berjaya menawan puncak kinabalu dan seterusnya kota kinabalu..

Setiap pendaki, mereka akan diberikan tag nama dan no siri masing-masing. Tag ini sangat penting sebabnya ketika di pondok sayat-sayat, anda perlu menunjukkan tag ini bagi membolehkan anda meneruskan pendakian menuju ke puncak. Tag ini juga menjadi bukti bahawa anda memang telah mendaftar untuk mendaki Kinabalu. 
apa pun, misi berdiri dibumbung dunia  tidak akan berakhir di sini kerana inilah langkah awal kami untuk menawan banyak lagi gunung selepas ini.. Insya'Allah hanya dengan izin dari Nya..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.