Jumaat, 21 Mac 2014

mY lEnSa 83 ( MiSi 30 : saTu peNgaJaraN )

EvEnT        : iT BeGin fRom aTTitUde
MeMbER   : Majins DecTar
DaTe          : 26 JanUaRi 2014
VeNue       : GunUnG aNgSi N9

My sTorY

orang tua-tua kata "masa itu emas" dalam islam kata " demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian" kata yusof al-Qaradawi lak, "jenayah yang selalu manusia lakukan tapi tiada tindakan yang dikenakan adalah jenayah membuang masa" dan awang pulak kata, "awang x suka buang masa dengan menunggu org yg x kunjung tiba"

so kali ni awang nak cerita ttg masa... orang melayu ni suka sangat buang masa,..dan tidak menepati masa... sudahnya betulla apa yg dalam surah al-asr tu ckap... bila masa tidak dihormati jadilah dia seorg yang rugi...

al-kisahnya... pagi ini kami merancang untuk mendaki Gunung Angsi di negeri 9... jadi kami tetapkan pukul 7 mesti semua sudah datang.. tepat masa yang dijanjikan hanya satu kereta yang dah sampai, sapa lagi si wit dengan adik beradiknya... okay tahniah awang ucapkan sebab dorang duk key EL tapi dapat sampai tepat masa.. yang lain?

Wit diapit dari kanan asri gMuk dan aDik wit... nampak, semangat sungguh...

duk menunggu punya tunggu akhirnya semua datang juga tapi time tu dah 8.45 pagi... okay kita tersu gerak...

memandangkan semua x sarapan lagi so, kita pun berhenti di RnR seremban.. ingat ini WAJIB....
sebelum mendaki atau nak buat apa juga aktiviti pastikan sarapan perlu diambil kerana sarapan lah yang akan membantu kita tuk sebarang aktiviti...

dah sarapan, ada pulak yg terasa nak membuang, makanya terpaksa lah menghabiskan masa di RnR.. jam dan menunjukkan 9.45 pagi...

setel semua urusan di RnR... terus gerak menuju ke tanjung ipoh kuala pilah.. nak ke sini perlu exit senawang... pendek kata kena menuju ke jalan bukit besi... 

sampai pekan senawang terpaksa ambil masa lagi ke Klinik sebb ada seorang kawan yg cedera ibu jari...perlukan rawatan...

10.40 pagi tiba di paking kereta air kawasan rekreasi Ulu bendul...

10.50 semua dah turun dari kereta dan bersiap sedia nak mendaki.. awang selaku leader tidak rasmi segera suruh dorang panaskan badan.. sementara awang jumpa pegawai perhutanan untuk minta kebenaran mendaki dan membuat bayaran Rm5  

"tuan saya nak mendaki gunung angsi" kata awang

"berapa orang semuanya?" tanya pegawai hutan

"kami ada 14 orang"jawab awang

"minta maaf dik... abang tak dapat bagi kebenaran, sekarang sudah pukul 11, nak naik ke puncak makan masa 3-4 jam... nak turun pulak paling cepat 2 jam.. so skang korang dah lewat sangat ni..."

"yeke" getus awang..

"bukan abg x nak bagi, kalo korang nak daki, teruskanlah tapi kalo ada apa-apa terjadi korang kena tanggung sendiri" begitu penjelasan abang hutan

serta merta riak muka awang berubah.. kecewa dan cukup kecewa... datang jauh2 tapi x dapat nak daki..
Dengan berat hati awang pun bagi tau pada dorang yang tengah semangat buat regangan otot.

okay ini bukan salah awang... tapi korang sapa suh datang lambat...ha x memasal kuciwa kan...

Jadi satu pengajaran tuk kami terutama awang, kalo nak mendaki gunung atau bukit pastikan paling lewat korang naik pukul 10 pagi.. lebih dari itu korg kena tengok berapa tinggi gunung tu n berapa ramai yg naik.. kalo jumlahnya kurang 5 orang masih ada harapan tapi kalo lebih pastikan pula kudrat manusia tu??? itu syaratnya..

Dan satu lagi, pukul 3 ptg adalah waktu paling lewat korang kena turun bawah...if daki x sampai puncak setelah jam menunjukkan angka 3 awang nasihat lebih baik korang turun n jangan berdegil nak naik kecuali memang korang nak tido kat puncak...

take noted...

xtiviti memanaskan badan...macam-macam gaya..

Ingat!!! ini WAJIB.. sesudah sarapan, nak mendaki perlu buat aksi memanas badan... kasi longgar semua otot biar tidak membawa masalah ketika mendaki... 

pastikan kaki anda benar2 sudah bersedia.. buatlah senaman ringan 10 minit pun dah cukup... keutamaan kaki kerana nak mendaki, kaki memainkan peranan penting.. sebab track agak mencanak di sesetengah tempat..

aksi manja dari asri suarez...

Untuk tidak menghampakan semua orang setelah melalui perjalanan yg panjang.. maka kami ambil keputusan untuk teruskan mendaki sampailah ke tangga batu dan mandi air terjun di situ...  cara kan?

laluan tuk ke sana mudah... ikut susur yg ada paip air...

aik siti pun join gak... larat ker... jelas! nampak kekecewaan di muka dorg terutama aiman... ko x yah nak keciwa sangat sebb ko yg lambat...huh..

syamil yg masih x puas hati ngan aiman sebab x dapat daki gunung... mujurlah asri tolong leraikan kalo x mau bertumbuk... sabo bro...

kemarahan setiap org x leh tahan... pe lagi ramai2 campak aiman dalam sungai... 

aksi gedik + kecewa... gambar dirakam di cek point pertama tangga batu...

kelihatan aiman di belakang kiri duduk dalam keadaan bersalah dan merajuk dek kerana dipulaukan oleh majins dectar... tu la sapa suh lambat... call pun x berangkat... 

ini satu lagi nasihat.... sekiranya korang memang plan nak mendaki or buat apa pun dengan melibatkan orang lain, pastikan sebelum tido letakkan hanset di tempat yang anda sukar capai, dan pastikan juga mode anda bukan silent atau pager... n music untuk nada dering gunalah lagu yang keras supaya jika ada rakan2 yang call  anda kerana kelewatan tidak memaki maki n sumpah seranah... call x angkat-angkat... memang sakit hati kot..

semua riang gembira setelah berjaya mengusir aiman dari inter frame... rasa puas kelihatan di setiap wajah dorang... so aimanpastikan jaga masa kalo x....kita akan kerugian... buktinya inilah yang berlaku pada trip kita kali ini... bukan aiman sahaja semua org juga termasuk awang..... so apa yang berlaku dalam trip ini adalah SATU PENGAJARAN..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.