Sabtu, 31 Mei 2014

mY lEnSa 92 (miSi 3o: No EntRy)

EvEnt          : PunCak 8 : di LaRanG mAsuK
mEmbErs    : aSri sUarez, DauS p0y0, Sya MiLk & aiDiLi sAd0-sAd0
dATe          : 20 aPriL 2014
vEnuE         : BuKit aYeR hItaM @ BukiT PuChonG

My sTorY

“Ada bukit ke kat area Puchong?” Begitu pertanyaan sya milk pada awang sewaktu diajak mendaki bukit Puchong. 

“Yap ada! namanya bukit Ayer Hitam, tapi tidaklah tinggi sangat, cukup untuk peluh keluar barang setitis dua." Jawab awAng.

"Aik kat belah mana? saya duduk Puchong sebelum ni tak tau pun" Daus menyampuk.

"enTah, awang pun tak pasti, tapi kalo tak silap dekat area taman perumahan, tak pe sok kita pegi guna GPS jer la." Tambah awang

"Menurut apa yang dikatakan dalam internet dan juga blog, dekat bukit ni ada blue lagoon, cantik katanya, so kita daki bukit n mandi kat blue lagoon." jelas awang lagi.

"Sya milk, siapa lagi yang akan ikut kita mendaki esok pagi?" tanya awang

"Ermm, setakat ni saya, aidili, asri suarez n daus poyo" jawab Sya Milk

"Okay, cara tu, kita tak nak pegi ramai-ramai, leceh nanti." balas awang

Awal pagi……

"Semua dah sampai ke daus?"  "Yap, semua dah sampai, jom kita gerak."

Okay daus, kalo mengikut GPS awang, pintu masuk ke bukit ini terletak di jalan wawasan 5/1 bukit puchong. Dia dekat je dengan kawasan perumahan rumah flat. 

"Ha tu! kita dah sampai pun. Nampak tak ramai orang yang keluar dari laluan hutan tu. Mungkin situlah pintu masuknya. Tak sabo dah ni nak menawan puncak bukit. Awak pun kata tadi nak sangat mandi kat blue lagoon tu kan. Jadi moh la kita gerak sekarang."

"Eh, bukit ni agak gondol kan.. treknya tanah merah..kalo hujan basah, bahaya ni, licin jadinya" Asri mula bersuara setelah diam sepanjang perjalanan. 

"Yap, so kita kena hati-hati, lagipun kawasan yang gondol dan tidak berpokok ni kawasan berbatu kapur. Nanti kita jalan depan sikit banyaklah pokok-pokok n masuklah trek hutan. Satu lagi, kalo berjalan tu pandang-pandang kat bawah, ada banyak marking kertas putih gambar singa, so itu pandu arah pada kita supaya tidak silap trek laluan." Terang awang.

"Agak tinggi bukit ni. Daus saya naik dulu, awak pegang tangan saya kay. Yang lain ikut belakang.

"Mencabar juga dia punya trek kan awang, lagi teruk dari broga." 

"Teruk sangat tu tidaklah, ada je laluan yang mudah. Budak kecik pun boleh lalu. Cuma yang kita amik ni laluan yang agak mencabar. Nama pun abang abang.. so."

"Ha tu Nampak! budak kecik pun ada naik. Selamba jer dia. Hati-hati adik, kalo jatuh bangun sendiri" Kata asri 

Hahaha, lawaklah asri ni. Kalo korang nak tahu, bukit ni memang ramai yang mendaki terutama hari cuti sabtu atau ahad. Diorang ada yang berkeluarga, couple, group macam kita atau sesorang. Kalo area Puchong ni tempat popular gak nak beriadah sambil menyihatkan badan. Tak lah asyik pergi shoping mall jer. Tapi kebanyakkan yang mendaki ni orang china. Melayu dengan India x berapa nak ramai.

yoooo!!! kita bergambar dulu... ini bukan puncak bukit, cuma di sini boleh tengok view sekitar bukit..

"Awang, ni bukit yang ke berapa kita dah daki, lupalah. Celah aidili." 

"Kalo ikutkan list, ini bukit yang kesembilan. Kita ada 21 puncak lagi untuk ditawan." jelas awang

Semangat sikit aidili. Ingat misi kita tahun ni. Tetiba suara sya milk pula mencelah

"Fuhhh!!! Alhamdulillah dah masuk trek hutan. Kalo tidak panas jadinya sebab x der pokok yang lindung."

eh ada papan tanda di sini? bagusnya 

"Trek macam nilah best, landai dan bersih, tak macam kita naik gunung tok wan tempoh hari. Laluannya jelas dan tak banyak tempat yang mendaki tinggi. So kita pon x lah penat sangat." Kata sya milk


Alhamdulillah, kita dah sampai puncak pun... 

Aik macam gini jer puncaknya, x Nampak view pon? Tanya daus

Yela, inilah puncaknya. Memang tak der view pun macam kat broga. Lagipun tempat ni x lah tinggi sangat.. Dah Korang g posing cepat, awang nak amik gambar ni. Wat muka sopan sikit. 

Kat belah mana yang awang kata ada blue lagoon tu?

"Entahlah, tapi kalo baca dalam blog orang yang pernah ke sana, tempat tu tidak boleh masuk sebab tempat tu bawah kawasan UPM. Dan katanya juga kawasan tu berpagar dilarang masuk. Kalo nak berjalan ke sana pun ada lah dalam 1 jam lagi.."

Kalo berpagar agaknya yang ini kot pagarnya. Lagipun ada papan tanda dilarang masuk dan menceroboh. Ohh man!!

Mungkin lah juga ini tempatnya. Sebab awang pun x penah sampai.

So kita nak ceroboh masuk atau tidak ni? Tanya aidili.

"Ermm x payahlah. Kita tak payahlah nak langgar peraturan. Dah namanya menceroboh tu kan salah. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap" syamilk pula bersuara

Alamak, x bestlah macam ni. Ingatkan boleh mandi kat lagoon. Daus mengeluh.

Geng, awang rasa apa yang syamil kata tu betul gak. Kita bangsa yang bertamadun so kena lah patuh pada peraturan. Priority kita kan nak menawan segala gunung dan bukit yang ada, so kalo x masuk dalam lagoon tu pun x perlah.. lagipun kalo kita masuk gak, jalan jauh tetiba kena halau gitu jek memang x berbaloi lah..

Tapi awang ada idea. Pe kata kita luahkan perasaan dan rasa ketidaksukaan kita dengan peraturan ni.
Apa kita nak buat..hehehe jeng-jeng (sambil berbisik-bisik)

Kepada pihak yang meletakkan peraturan sebegini di tempat umum dan kawasan riadah begini nah amik kau..
ini adalah manifestasi dari protes kami terhadap anda.. kami TIDAK SUKA dan pandang jijik dengan peraturan ini.

"Dan saya firdaus Nordin yang suka dan cinta alam sekitar begitu kecewa dengan tindakan anda (UPM) menyekat keinginan dan keghairahan saya terhadap alam. huh"

Nampaknya walaupun tidak berjaya melihat sendiri dengan mata dan kepala akan kebiruan lagoon tersebut namun perjalanan tetap diteruskan juga.

Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun itu bukan satu titik noktah untuk kita terus merancang dan mencapainya. Mungkin hanya masa yang menjadi sebab musabab.

Walaupun kita dilarang masuk, sekurang-kurangnya kita dah Berjaya menawan puncaknya..  

kami KECEWA!!!! kepada anda yang menetapkan peraturan ini.. 
lemah longlai aidili sado-sado kerana tidak dapat menikmati kebiruan dan kesejukan lagoon yang ada.. kerana kami DILARANG MASUK!



Jumaat, 23 Mei 2014

mY lEnSa 91 (tHe FaMouS SunRiSe)

EvEnT       : SeCangKir tEh HaLia pEnGubaT KeCewA
DaTe         : o2 - o8 DiSemBer 2014
VeNue      : GunUnG PenaNjaKan vs bROmO SurAbaYa

My sTorY

Hari masih gelap pekat. Dingin pagi mencengkam sedikit demi sedikit, mengigit-gigit sampai ke tulang. Hening pagi yang lazimnya ditemani cengkerik hutan, bagaikan berpesta menerima deruman hartop, iaitu jip yang mampu memuatkan enam penumpang dalam satu-satu masa.

Sesungguhnya perjalanan pagi ini cukup meresahkan awang. Bukan kerana dilitupi kegelapan alam atau kedinginan dinihari, tetapi laluannya yang cukup lumayan kata orang di sini, dan bengkang-bengkok bagaikan ular dipalu, cukup membuatkan kepala terasa berpinar. Ditambah lagi, bau petrol yang sekali-sekala menusuk-nusuk rongga hidung, semuanya bagaikan pakej lengkap untuk menguji kesabaran.

Meskipun begitu, ia sama sekali tidak mematahkan semangat awang untuk menuju ke puncak Gunung Penanjakan. Misi utama kami meredah kedinginan pagi, semata-mata untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak gunung. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang sudah sampai biar terus jadi kenangan.

suasana pagi sebelum mendaki gunung Penanjakan

menjadi kewajipan, solat subuh perlu dilaksanakan..itu tugas kita sebagai hamba Nya..jadi sesampainya di puncak sebelum matahari terbit.pe lagi terus cari tempat solat.. 

Bayangkan dalam suasana yang sejuk mencengkam tulang ni terpaksa basah dengan wuduk... pehhh memang satu cabaran yang besar bagi awang.. dah selesai wuduk ingat dapat terus solat, ramai pula yang sedang solat..Bagusla!! so kenalah tunggu giliran..tapi ada yang x bestnya.. pondok solat ni dahla kecik.. kongsi pulak dengan kaum hawa..dan time tu sedang ramai yang menunggu seperti awang.. yang tak bagusnya bila ada sorang yang kononya dipanggil ustaz jadi imam tapi baca surah panjang, siap bertaranum bagai n baca doa panjang pulak... hang ni x mengaji ker????

Marah betul awang ngan dia..waktu solat dahla singkat, nak habis pulak tu, dan ramai yang tunggu giliran, yang kau boleh nak riak bagai amik masa lama-lama tu buat apa??  ini memang spesis BODOH lagi BANGANG...  Grrrr... siyes awang x suka orang macam ni... ( berdiri barisan depan sekali dgn snow cap itulah spesis yang selfish)  

ok sambung lagi...

Kawasan ini terkenal seantero dunia dengan jolokan “the famous sunrise.”  Dengan ketinggian 2770 meter dari aras laut, ia menjadi view point bagi para pelancong melihat dan menikmati keindahan matahari yang bangun dari tidurnya setiap pagi. 

sekitar suasana di laluan ke puncak gunung

Gunung Penanjakan ini sememangnya tidak ampuh dengan kesunyian. Jadi jangan berharap kawasan ini akan sepi, apalagi dihujung minggu. Di waktu matahari terbit inilah, para pemburu yang dahaga keindahan ciptaan Allah, sudah bersiap sedia mengabadikan saat-saat indah terbitnya sang mentari. 

satu gambar menceritakan seribu kisah

Keadaan ketika ini berkabus dengan agak tebal...mengikut perkiraan matahari pagi segan nak memunculkan diri..
seorang penjual cilik cuba menawarkan kepada imam muda Asyraf yang turut serta dalam trip awang ni bunga abadi.. menurut penduduk tempatan, bunga ini tidak akan layu sekalipun tidak disiram air dalam cuaca yang panas.. that y di namakan bunga abadi.

Alhamdulillah, setelah hampir satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai di puncak. Di sini kita perlu berjalan kaki hampir 500 meter untuk ke kawasan tinjau. Sesudah salam dilafaz bersulamkan wuduk yang sejuk dingin, kami terus menunggu kelibat mentari. 

Entah apa silapnya, kedatangan kami rupanya tidak disambut dengan mesra. Mentari yang dinanti tidak memunculkan diri, hanya bersembunyi dibalik kabus yang begitu tebal menyelimuti alam. Mungkin malu agaknya. kata penduduk tempatan, kalo matahari itu terbit.. memang tersangat cantik seolahnya gunung bromo dilimpahi keemasan..

 Sudahnya bagi mengubati hati yang sedikit kecewa, secangkir teh halia menjadi galang ganti.  

hartop yang membawa kami menuju ke puncak gunung Penanjakan. 

Seusai menikmati kehangatan secangkir teh halia, perjalanan kami diteruskan pula ke kaki gunung Bromo untuk melihat dataran dan kawah Gunung Bromo yang dikatakan masih lagi aktif. Hartop hanya mampu menghantar kami sekitar 400 meter dari puncak kawah. Kemudian kami menaiki kuda menuju ke tangga pendakian. Dan untuk sekian kalinya juga, inilah pengalaman pertama awang menunggang kuda.

Gunung Bromo dikelilingi empat buah gunung iaitu gunung Batok setinggi 2440 meter dari aras laut, gunung Kursi mencapai 2581 meter dari aras laut, gunung Widodaren setinggi 2614 meter dan gunung Witangan 2601 meter dari aras laut. Ke semua gunung-gunung ini terhasil melalui letusan gunung berapi yang telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu.

nak menuju ke puncak bromo dari kaki gunung, ada dua cara, yang pertama jalan kaki dan yang kedua menunggang kuda.. jauhnya lebih kurang 1km.. jadi dek kerana nak merasakan pengalaman menunggang kuda awang pilih cara yang kedua.. 
cuaklah juga nak menunggang ni sebab ini kali pertama kot... 

beginilah jauhnya kalo terpaksa jalan kaki...mujur awang tunggang kuda..x lah penat nanti nak sampai puncak.. dataran yang ada ini terhasil dari letusan gunung berapi yang berlaku lama dahulu... memang awesome..

x perlu risau tentang sarapan pagi... dekat sini banyak RnR yang boleh disinggahi.. kot lah nak sarapan pagi kan..

Ha macam ni laluan dia.. ada satu part tu memang curam dan kiri kanan tidak terdapat batu... kira macam gaunglah juga cuma x berapa dalam..tapi kalo jatuh memang kompom patah riyuk badan ni.. nak nak jatuh  dengan kuda sekali..memang azab la..

bagi yang tidak mahir menunggang, pemilik kuda akan memimpin kida tersebut..so x yah risau lah sebab bukan kita tunggang sendiri...

amacam! ada macam mask of zooro x... topeng je x der..hehehe..

pemandangan dari jauh anak tangga menuju ke puncak

Untuk berada di puncak gunung Bromo, bagi melihat lohong kawah yang mengeluarkan asap sulfur yang keluar dari perut bumi, 280 anak tangga perlu didaki. Nampak mudah, tetapi sebenarnya bagi yang tidak mempunyai stamina yang kuat, pasti akan pancit.

huh... giler penat... dahlah tinggi, udaranya pula menipis..

pemandangan dari puncak gunung bromo...

dataran dan gunung yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi.. sangat cantik..

Bagi penduduk Bromo dari suku Tengger, gunung Bromo merupakan kawasan yang sangat suci bagi mereka. Setiap tahun masyarakat dari suku Tengger yang beragama Hindu ini akan mengadakan upacara agama iaitu Kasada/ Kosodo. Upacara ini akan dilakukan disebuah kuil yang berada di bawah kaki gunung Bromo utara, dan dilanjutkan hingga ke puncak gunung Bromo. Upacara ini akan diadakan dari tengah malam hingga dinihari, setiap bulan purnama sekitar 14 atau 15 di bulan Kosodo (Kesepuluh)


Melalui upacara ini, masyarakat suku Tengger akan berkumpul di kuil untuk memilih dukun yang baru, memohon rezeki yang melimpah ruah, dan minta tolak bala dari sebarang musibah atau penyakit. Dalam upacara ini juga, mereka akan mengumpulkan hasil tanaman mereka di kuil. Lalu ke semua hasil pertanian yang telah dikumpul itu dicampakkan dalam lohong kawah gunung berapi, sebagai persembahan kepada dewa yang ada dalam lohong tersebut. 

Dalam masa yang sama juga, sebahagian dari suku Tengger ini akan menuruni tebing kawah dan menangkap hasil tanaman yang dicampakkan. Tujuannya hanya satu, memohon pertolongan dewa agar kehidupan mereka selama setahun berada dalam keadaan sejahtera. ingat..

Seakan tidak percaya, tetapi inilah kuasa dan kebesaran Allah s.w.t.  Berada di atas gunung berapi yang masih aktif, sangat mengujakan. Ia seakan-akan mimpi menjadi kenyataan. Bromo berasal dari perkataan sanskrit Brahma mempunyai kawah dengan ukur lilit garis tengah 800 meter utara/selatan dan 600 meter timur/barat.

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-gunung yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” ( QS. al-Nahl: 15 )

Kuil di kaki gunung.. di kuil inilah saban tahun suku Tengger berkumpul sebelum memulakan upacara kasada.

Dalam perjalanan pulang setelah puas menikmati keindahan Bromo, barulah awang sedar laluan yang kami tempuhi sewaktu pergi dan balik ini sangat menakutkan. Bayangkan, di kiri dan kanan kami adalah gaung yang sangat dalam. Dan laluan pula cukup untuk dua buah hartop saling berselisih.


Hanya supir yang mahir dan berpengalaman sahaja mampu melaluinya. Bahkan untuk kenderaan persendirian juga tidak dibenarkan menggunakan laluan ini, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Sangat sangat Terbaek... Segalanya dengan izin Allah.

Rabu, 21 Mei 2014

mY lEnSa 9o ( tiLL m0rNinG c0Mes)

EvEnT     : in dePth t0ur sG LemBinG
mEmbEr  : sYa MiLk
daTe        : o6 aPriL 2014
VeNuE    : PerKampuNgan KeCiL dEsa sG. LeMbiNg

My sTorY

Hampir satu jam perjalanan meredah kegelapan malam dari Bandar Kuantan menuju ke pekan Sungai Lembing. Dan sepanjang perjalanan itulah halwa telinga kami hanya disantapkan dengan alunan lagu dari radio. Nak berbual terasa berat mulut. Apatah lagi melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita dan hanya ditemani unggas malam serta deretan hutan di kiri kanan. Hanya sesekali mata ini terlihat jalur cahaya dari rumah-rumah penduduk yang kedudukannya jauh antara satu dengan yang lain.

Pekan Sg Lembing menjadi destinasi kami awal pagi ini seusai menikmati juadah seafood di Tanjung Lumpur. Mengikut perancangannya kami akan bermalam di pekan kecil (masjid, jimat katanya) sebelum menjejakkan kaki di puncak Bukit Panorama. (boleh rujuk post sblmnya ttg kejayaan menawan puncak panorama).

Ketika menempuh perjalanan lewat pagi ini, dan sampai di satu kawasan, tiba-tiba bulu roma kami meremang dengan sendiri. Entah entity apa yang menumpang kenderaan kami saat itu, namun perasaan seram hanya tersimpan jauh dalam diri. Nak meluahkan mungkin tidak sama sekali takut jika ditegur akan ada yang menyahut. lebih dari itu mungkin menjelmakan diri.. Itu pesan orang tua dahulu, jika terasa perkara pelik di sekeliling jangan ditegur.

Akhirnya, lewat jam 2 pagi kami sampai di pekan  yang terletak jauh dihujung bukit bukau dan gunung ganang. Rancangan asal untuk hanya bermalam di masjid terpaksa dibatalkan setelah melihat sendiri keadaan masjid. bukan takut, tapi segan dengan penghuni masjid..Apatah lagi baru sebentar tadi kenderaan kami ditumpangi sesuatu. Jadi mahu atau tidak terpaksalah kami keluar sedikit bajet utk bermalam di chalet yang sememangnya banyak tersedia di situ.

Alhamdulillah walau telah lewat 2 pagi, namun masih ada chalet yang sudi menerima kehadiran kami... kalau tidak mungkin dalam kereta lah ranjang kami malam itu.. 

Pekan Sg. Lembing tidaklah besar mana. Penduduknya juga tidak ramai, anggaran awang mungkin adalah dalam 200 keluarga. Walaubagaimanapun di pekan ini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Terutama bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan keriuhan bandar dan menikmati kedamaian alam.

Dulu kawasan ini terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Namun kini lombong tersebut telah ditutup. Bagi mengelakkan pekan ini mati so pihak kerajaan negeri telah menjadikan ia kawasan perlancongan dengan membina muzium Sg. Lembing dikawasan ini yang khusus tentang perlombongan bijih timah dan sejarah pekan.

Pada perkiraan awang juga, ramai penduduk kaum cina yang menetap di sini kerana  tempat ini asalnya tempat perlombongan bijih timah. kiri kanan bangunan tu semua bangunan cina.. MELAYU????
ermmm no komen!

Seusai menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. di puncak bukit panorama, kami menapak pula ke muzium lombong bijih timah bagi melihat sendiri bagaimana ia beroperasi pada waktu dahulu. kata orang, kalo dah ke sini tak pegi muzium memang tak masuk dek akal lah jawabnya.. dan Masuk dalam ni, x der bayaran.. ia percuma.. just isi nama di pondok pendaftaran sahaja.


Terdapat banyak artifak lama yang dipamerkan disini bermula dari awal hinggalah penutupannya. So kalo nak tahu lebih mendalam kena datang sendiri. 

muzium ni menurut artikel yang pernah awang baca di Berita Minggu dikatakan bermisteri.. menurut artikel tu hasil temubual dengan pengarah muzium, setiap malam kedengaran bunyi-bunyi pelik macam ada orang menaip guna mesin type... tapi bila duk usha x nampak pula orang yang menaip..selain itu katanya ada juga terlihat kelibat wanita Inggeris merayau-rayau waktu tengah malam...

so nak mengesahkan cerita tu, membuatkan awang dengan syamilk begitu semangat nak masuk.. manalah tahu kot-kot dapat jumpa pompuan tu... leh ajak dating kan..hehehe.

Kelihatan syamilk terpesona melihat barangan yang dipamerkan… hati-hati syamilk.. awak tu muka jambu, mungkin ada harapan tuk dating ngan awek inggeris tu.. 

Jom berselfie.. 
cubaan pertama awang amik gambar dengan harapan yang tinggi.. mana tau dari bergambar berdua ada yang nak join sekali.. jadi bertiga..
tapiii... 

Terbaek…apa lagi yang mampu di kata... 

To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.

Puas menerokai sejarah silam dalam muzium, kami menjelajah pula dalam terowong lombong bijih timah.. nak masuk sini kena bayar rm15 kalo awang tidak silap.,,..

Menunggu keretapi sampai… Yap, nak masuk dalam ni kena naik keretapi..

dah sampai pun..
Akhirnya inilah keretapi yang akan membawa kami masuk dalam terowong.. xtualy asalnya ini gerabak untuk membawa bijih timah, tapi itu dulu la.. sekarang gerabak ini dah di modified untuk angkut orang pulak.. perjalanan dengan keretapi ini hanya sejauh 1km sahaja.. selepas itu nak masuk dan tengok sendiri tempat bijih bijih itu dikorek kena jalan kaki masuk dalam lagi... adalah dalam 600m 

Thumbs up syamilk.. 

tu tandanya kawasan dalam lombong selamat untuk diterokai.. dan jangan takut udara di dalam terowong sukses, boleh bernafas dengan sebaiknya.. x panas malahan sejuk lagi sebab ada aircond… dat y nak masuk ke sini kena bayar.. x kan free jer kot..

Keadaan dalam terowong. Pehhh memang agak horor .. bayangkan dulu x der aircond, tempat ni memang panas.. dan kalo nak masuk lebih dalam kena pakai tangki oksigen. Bukan boleh masuk sembarang jer.. silap hari bulan x keluar2 sebab dah keras..huh.. bagi pengunjung macam awang kami hanya mampu masuk hingga beberapa ratus meter dan tingkat 2 sahaja.. lebih dari itu x boleh sebab dah tutup.. lagipun kawasan ini banyak makan korban manusia.. so sesapa yang berani masuklah..

Alhamdulillah, dah keluar… xtualy ada banyak benda yang boleh dilihat dalam ni.. sengaja awang x masukkan gambar-gambar yang lain...biar ada rasa nak jejak dalam.. Kalo nak tahu apa yang ada kat dalam tu kena lah datang sendiri tengok..

Yeah.. satu kepuasan bila dapat keluar dari terowong… 

pintu keluar terowong… nak keluar kena jalan kaki. X de dah perkhidmatan keretapi.. 

Time changes everything except something within us which is always surprised by change

Tamat sudah pengembaran kami di pekan Sg Lembing. Meninggalkan seribu satu kisah menarik yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya cebisan dari kisah yang mampu dihamparkan di sini.. nak mengalami sendiri kenalah datang.. macm-macam yang boleh dilakukan di sini bagi mereka yang gemarkan keindahan alam... memancing, berkhemah, daki bukit n gunung.. jungle treking, naik moto 4 tayar.. n banyak lagi.. semua ada.. dan satu lagi tempat menarik yang x sempat kami pegi iaitu air terjun pelangi... so kami plan akan repeat lagi... nak try semua...  Apa pon sangat terbaeklah.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.