Sabtu, 11 Oktober 2014

mY lEnSa 1oo (miSi 3o: HeaR !.... FeaR !... HerE.!..)

eVenT       : DiganGgu seSuatu / PeCaH rEkoD
dAtE          : 21 JuN 2014
vEnuE       : GunUnG NuaNg, SeLanG0r
mEmbEr    : sYa MiLk

My sTorY

Segala puji hanya khusus untuk Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.

Benar bagai dikata, kalo sekali kita dah tawan kinabalu, pasti ketagih jadinya untuk mendaki.. YA! itu yang awang alami saat dan tika ini.. perasaan untuk mendaki dan berdiri di bumbung dunia melihat kebesaran Allah begitu meronta-ronta dan meluap-luap sepertinya udara yang ingin keluar dari dua bibir punggung mungil kemerahan....

Lalu apalagi yang boleh membunuh keinginan yang sedang membuak ini selain dari mendaki...

Ada macam-macam cerita yang telah awang dengar tentang gunung yang satu ini. Semuanya berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh sang pencerita. Yang pasti! cerita yang disampaikan itu bukanlah cerita penglipur lara yang sengaja direka sebagai lawak jenaka. Tapi cerita yang disampaikan itu merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

Segala cerita yang pernah singgah di pendengaran ini didengar seusai awang menjejak kaki pertama kali di puncaknya.

Ya! Awang pernah berdiri dipuncak gunung ini pada tahun 2012 bersama rakan-rakan UKSB. Dan itu merupakan pengalaman yang pertama kali mendaki gunung. Pendakian pertama itu mengambil masa yang agak panjang. Tambah tolak bahagi darab ada la Sembilan jam mendaki dari pintu masuk ke puncak dan turun pula selama 8 jam. Jumlahnya hampir ke ke 18 jam. Dan tika itu juga awang telah bersumpah untuk tidak akan menjejak kaki ke gunung ini. CUKUP! Ini pertama dan terakhir. 

Itu cerita dulu sebelum misi 30 bermula.

La ni, dek kerana nak menghilangkan rasa gatal mendaki, ditambah lagi dengan kemahuan syamil yang merengek-rengek untuk menawan puncak Nuang, maka prinsip dan keazaman yang sudah membeku dalam jiwa tercair kembali.

TAPI tekadnya satu, “aku takkan jadi seperti dahulu.”


Maka itu, seminggu sebelum Ramadan menjelma, awang dan sya-Milk berbulat tekad menawan puncak Gunung Nuang sebelum siang melabuhkan tirainya.

Jam 3 pgi kami bertolak dari bangi. Tiba di parkir kereta tepat jam 5 pagi sesudah menggalas perut di kedai mamak sebelum tiba. Turun sahaja dari kereta, kami ditegur salah seorang pendaki. Dalam boraknya kami diberitahu supaya berhati hati mendaki di awal pagi kerana selepas kem pacat, terdapat denai laluan pak belang dan juga beruang. Dek kerana itu dia dan rakannya memulakan pendakian seusai subuh berlalu pergi.


Glups,..apa lagi yang mampu dikata selain menelan air liur kecuakan. Sudahlah pelbagai cerita misteri singgah di telinga, ditambah lagi dengan kisah pak belang, memang cukup mendebarkan bagi awang.

Track menuju ke Puncak

Bismillah kami mulakan dengan tawakal menjadi bekalan sepanjang pendakian. Bukan tidak mahu mendaki sesudah mentari menjengah tetapi jika itu berlaku, bermakna malam juga yang akan bertamu saat turunnya nanti. Itu yang kami tidak mahu. So tekad dibulatkan, kepada Allah diserahkan.

Perjalanan dari kaki gunung menuju ke kem lolo di tapak perkemahan sudah cukup membuat hati diserang debar berpanjangan. Manakan tidak, kami ditemani dengan gelap gelita alam yang turut mendendangkan pelbagai bunyi-bunyian. Sies cukup menyeramkan!


Sehinggalah sampai di chek point ke 3, terpaksa awang berhenti sehingga azan subuh berkumandang, dek kerana diganggu dari penghuni alam. Manakan tidak seluruh tubuh tiba-tiba lemah menggigil kelemasan seperti ada sesuatu yang cuba menghalang laluan.  

Alhamdulillah, Seusai kewajipan ditunaikan, perjalanan diteruskan sebagaimana yang dirancang. Kali ini tiada lagi gangguan, hanya desiran angin bertiup sepoi disambut kicauan burung mencari sesuap rezeki di waktu hening pagi. Adakalanya juga kedengaran teriakan beruk-beruk liar yang bersahut-sahutan.. 

Terdapat 3 laluan pintu masuk menuju ke puncak Nuang.

akhirnya rekod Nuang berjaya diPecahkan.. terBaeklah
Jam doblas lebih tengah hari awang dan Symilk sampai dipuncak. Matahari terik dipuncak awan ketika ini seakan tidak terasa kerana di payungi ribunan pohon hutan.  Suasananya cukup indah, dengan udara yang begitu nyaman. Apalagi yang boleh dilakukan ketika jika ini bukan melepaskan kepenatan dan cuba mengmbalikan semula tenaga yang sudah hilang.

Tidur di puncak Gunung berpayungkan rimbunan pohon dan didendangkan kicauan burung... memang awesome giler.. Alhamdulillah Segala Puji Hanya Untuk Mu Allah.

Tepat jam 2.30 ptg, kami mula meninggalkan puncak untuk sampai ke kaki gunung. Untuk perjalanan turun ini agak sendu dan syahdu kerana awang terpaksa menahan kesakitan kaki yang tiba-tiba menyerang. Sudahnya turun secara sendirian ditinggal syamil kesorangan.. Jangan lah duk turun ni tetiba jumpa pak belang atau beruang.. memang HaREMM la jawabnya..huhuhu.
Kami sudah! anda Bila Lagi?

Denai laluan hutan di gunung ini agak banyak yang berubah nak dibandingkan dengan 2 tahun yang lalu. Namun laluannya tetap kelihatan cuma ada sedikit kesukaran terutama ketika dibasahi hujan.


Apapun kami sampai di pintu masuk Nuang tepat jam 6 petang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah… pendakian ini telah memecahkan rekod sedia ada awing sebelum ini dengan jarak masa yang lebih cepat 6 jam dari pendakian lalu.. apa pun memang terbaek.  

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.