Ahad, 12 Julai 2015

mY lEnSa 106 ( JusT oNe niGht )

eVenT      : mEncaRi kOnkLusi
dAte         : 14 FebuaRi 2015
VenUe      : GunUng NuaNg SeLanG0r
mEmbErs : sYa MiLk, LanDaq KeriNg, dAus PoYo, & aik Man Saje


My sTorY

Gunung Nuang antara gunung yang ohsem untuk di daki, sekali lagi menerima kehadiran awang untuk kali yang ketiga. Trip kali ini awang bawa 3 majins yang belom pernah menawan nuang, sapa lagi kalao bukan landaq kering, daus Poyo dan aik man saje..

Pendakian kami bermula seawal jam 5 petang, agak lewat kerana menyetelkan segala masalah yang tidak terduga. Untuk pendakian ini awang pastikan segala kelengkapan dan makanan mencukupi kerna tidak mahu peristiwa hitam lalu berulang kembali.

Nampaknya laluan menuju ke puncak dari pintu masuk nuang berubah hampir seratus peratus. bermula dari pintu masuk, laluan balak telah disimen hampir 3 atau 4 km jauhnya. semakin selesa bagi pendaki berbanding setahun yang lalu. mungkin ini caranya untuk menarik lebih ramai pendaki mengunjungi gunung nuang.

jangan ingat walaupun laluannya simen x penat.. choii la.. sejam berjalan penat kot.. nak bawa khemah ngan beg lagi.bukan ringan tu.. tapi apapon bila time amik gambar kenalah posing bebetui.. kasi seennyum sikit.."
sepanjang laluan balak ni, kalo x silap ada la 4 pondok chek point yang boleh digunakan untuk recas balik tenaga yang hilang.. selesa pon yek... huhuhu

"kalo dah gini la laluannya, x yahlah nak berjalan bawa beg berat-berat.. pas ni, naik basikal pon ok... nak lagi rare naik keta...hihihi.. 

hampir dua jam berjalan akhirnya sampai ke penghujung laluan balak... so dari sini laluan dah agak menyukarkan tapi jangan wisau trek tak susah..cuma ikut penanda dan kertas yang ditabur sepanjang laluan..

nak buat daypack ke puncak gunung boleh je tapi kenalah pastikan betul-betul tenaga dalaman tu sekuat gajah jantan.. sebab laluan ke puncak memang agak mental bagi yang lemah tenaga batin.. so bagi aik man dan poyo yang hanya bertenagakan siput bara, mahu atau tidak terpaksa la just one nite di camp site..kalo tidak..peroi la dorang ni..hehehe

akhirnya berguna juga khemah yang awang beli 3 tahun yang lalu.. inilah pertama kali guna..hahaha terbaeklah..

jam 3.30 pagi tersedar setelah dikejutkan dengan sesuatu yang begitu tengik dan busuk yang menyelinap dalam rongga hidung waktu enak dibuai mimpi indah. baunya sangat berhampiran dengan khemah. bangun dan tinjau diluar tidak kelihatan apa pon.. bau juga hilang dibawa angin.. memang saspen. yang peliknya dorang berempat boleh tak bau.. musykil sungguh.. 

apa pon jam 4 pagi setelah bersarapan apa yang patut untuk bertenaga seperti gaban sepanjang mendaki ke puncak, aiman, syamil, landax n poyo memulakan langkah dengan misi membawa aik man melihat bumi selangor dari puncak gunung Nuang.

Awang? ermmm... memang x ikotlah.. mental woo.. sambung tido dalam khemah lagi syyiiiooook...cukuplah 2 kali mental naik nuang ni.... x moh lagi lah.. hihihi.. apa pon sepanjang gelap menuju terbit mentari awang tak tido.. menuunggu si benda tengik tu datang lagi..kalo dia datang memang awang perambat..ujar awang dalam hati...  tapi sayang benda tu muncul..hihihi takotlah tu..

Akhirnya misi berjaya.. tahniah aik man dan poyo...hola..hola... walopon tenaga siput bara tapi kau berjaya gak...hehehe..Torbaikla

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.