Khamis, 17 September 2015

mY lEnSa 108 (sEhaRi yAnG MenGgiLaKan)

EvEnT        : Nak TawaN TeLapaK buRok?
dAtE           : o7 mAc 2o15
vEnuE        : Jelita 0sTrich farm, Jelebu N9
mEmbErs   : LaNdaxS & aSri SuareZ

My sTorY

alkisah,... bermula sebuah kisah perjalanan panjang yang akhirnya tidak sebagaimana yang dirancang.. semuanya bermula dari keinginan yang satu hingga membawa kepada pengalaman yang seribu..

Jelita ostrich Farm tempat yang akhirnya menjadi saksi dari sebuah pendakian yang tidak menjadi. Ya! itu bukan plan asal kami. diulang siar, itu BUKAN asal tujuan kami.

seawal perancangan adalah menawan puncak telapak Burok sebagai satu bentuk latihan amali sebelum mendaki Rinjani. Namun dek kerana masalah teknikal yang melibatkan keselamatan maka pendakian ke Telapak Burok hanya menjadi memori yang kekal burok terpahat di sanubari.

semangat berkobar menempuh kesejukan dinihari dengan jarak yang jauh terpaksa di kebumikan tanpa jasad hampir sedalam 7 kaki gara-gara tidak mendapat kebenaran dari renjer hutan. Alasan yang diberi tidak mempunyai permit dengan trak laluan yang sudah lama ditinggalkan. dan lagi nak nampak gempaknya alasan diberi ada harimau berlegar menunggu mangsa ..hahaha wat da hek la?

menuju ke telapak Burok terdapat dua laluan yang boleh direntas dengan jalan tar atau trek hutan. jika melalui trek hutan laluan agak singkat namun perlu bermula dengan air terjun... yang kat sini kami kandas tak dapat kebenaran jabatan hutan.

satu lagi laluan adalah melalui tepi lebuh raya, namun keselamatan kenderaan tidak terjamin masa depan. mana tahu dah sonok sampai puncak, balik umah terpaksa jalan kaki..haru dibuatnya. lagi satu laluan ini sangat panjang yang mengambil masa hampir 4-5 jam menurut kajian sir ibnu Battutah. sejauh mana benarnya, itulah yang kami cuba nak pastikan namun apakan daya hajat tidak kesampaian... memang Jahanam.

so akhirnya setelah bertekak hampir sejam, keputusan yang dicapai apalagi meronggeng lah di ostrich Farm... itu pon terjumpa seusai perjalanan pulang.. dari balik kosong je kan...hahaha..  

kawasan ni taklah besar mana pon tapi memang menarik gak terutama bagi mana-mana yg ada family nak bawa bebudak berjalan.. cuma nak masuk dalam farm ni kenalah korban duit sikit...
berapa harganya?
tak dapatlah awang bagitau di sini, lupa katanya!!

apa yang ada? 
ermmm... dah nama pon ostrich farm, so yang ada apalagi burung untalah.. tapi x banyak 5-6 ekor, je... selain tu ada kambing, ayam, kuda, rusa, dan kucing.. harimau seladang atau babi hutan? jangan bermimpilah..hehehe

Selain memberi makan kepada burung unta, ada banyak lagi yang boleh dibuat antaranya pijak telur burung unta, (yang ni nak mentashihkan betapa kerasnya telur ni) 

Punyalah besar telur burung unta ni, kalo dibuat telur dadar mau satu kampung boleh dijamu.. dan menurut kata empunya farm ni, kalo kuning telur dalam tu pecah so telur ni pon akan pecah gak... betul ke?


Kambing jantan ni memang saje nak rasa penampor agaknya.. dari tadi duk bergesel-gesel nak manja dah macam kucing gamaknya...huhuhu.. so sesapa yang datang sini..tolong la usap-usap kepala dia, kalo x, maunya disondol kang..hahaha

 bagi yang ada keberanian macam asri suarez ni, bolehla menunggang burung unta ni.... tapi....

Dan kalo lagi berani, apa lagi try la berlumba dengan burung unta... kompom segala adrenalin anda akan meletop dibuatnya... 

apa pon walo x dapat mendaki, trip ni masih terbaek.... gelak memanjang macam orang gila..hahahaha...(nak citer banyak malas, sapa nak rasa pengalaman menunggang burung unta meh a datang sini) hiii 

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.