Selasa, 17 November 2015

mY lEnSa 110 (d0n't mEss WitH an aNgeL)


eVenT        : HikinG, j0GginG, cHattiNg n dAtinG 2geTher
dAte           : 15 mAc 2o15
vEnuE       : bUkiT kLedAnG pEraK
mEmBEr   : its mY...


My sTorY..

Hari ini awang berkesempatan mendaki bukit Kledang. so pepagi lagi dah bangun n gerak ke sana ditemani yang tersayang. adalah juga teman dari x der kan..  ajak si landax n syamilk tapi dorang x der masa.. huhu nak buat lagu mana, selebriti katanya...

trek mendaki ke bukit Kledang katanya ada 4 pintu (laluan). Betul atau tidak, Wallahu a'lam.. tapi yang pasti kerana bersama princess so awang terpaksa menggunakan laluan Tar yang lebih mudah, santai dan ramai orang.. 3 laluan lagi sebagaimana yang dikatakan adalah melalui denai hutan. 

Nama pun nak joging sambil hiking jadi lebih mudah kalau naik melalui trek tar. x gitu.. hehehe

Sepanjang trek menuju ke puncak, ada berbagai kemudahan yang disediakan. bahkan di sini terdapat juga taman Bunga yang cantik lagi menarik..

Ini satu lagi kemudahan yang memang suka awang cuba, x lain memijak batu-batu sungai refleksologi.. kata orang kalau yang pijak terasa sakit kaki itu tanda dia x sihat... dan Awang pula Alhamdulillah tak terasa sakit, itu bermakna awang sihat la.

Ada juga mata air di pertengahan pendakian bukit ini. airnya sejuk boleh tahan la.. kalau setakat nak basahkan kepala itu okay la.. tapi kalu nak mandi di sini memang tak sesuai.

aktiviti di sini bukan hanya sekadar mendaki, tetapi ada pelbagai lagi antaranya menunggang basikal dengan lagak poyo, berkelah dengan keluarga, mencuci mata atau juga yang cuba menjaga kesihatan.. acah-acah mak enon la kononnya..

laluan kedua untuk ke puncak selain dari laluan tar


Brother ni bagitau awang yang dia naik dari trek hutan, nun di depan awang. so ada banyak pilihan bagi sesapa yang nak berdiri di puncak Kledang. cuma pastikan dulu mana treknya sebelum mendaki. bukan apa takut salah trek, boleh jadi sesat nanti..

Okay ini dia trek laluan hutan. nampak menarik dan teruja.. cuma time ni awang x brani turun ikut laluan ni. bukan apa kang naik tempat lain turun tempat lain, jauh pulak dengan paking kereta.. haru dibuatnya.

Nun jauh di sana puncak Kledang... 

bukit kledang ni memang lain dari bukit-bukit riadah yang penah awang daki, sebabnya kawasannya memang banyak disediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam. bukan sekadar taman bunga bahkan ada pelbagai lagi kemudahan termasuklah yang di atas ni. so bagi yang nak dating n chatting ngan awek secara sihat sini tempatnya lah.. joging, hiking, n dating.. kalo nak cycling pon okay..

Subhanallah, punyalah cantik view ni. terbaeklah, kredit sikit bagi si photografer sebab pandai amik gambar..

Alhamdulillah kembali semula dari tempat mula.. so bagi sesapa nak datang sini jangan takut paking memang luas.. dan yang penting free tanpa bayaran.
apa pun trip mendaki kledang memang terbaik sesangat..

Selasa, 10 November 2015

mY lEnSa 109 (DaRk aWakeNinG)

eVenT       : miSi MenJeJak lElaKi Gua
dAte          : 14 MaC 2015
vEnuE       : Gua TemPurunG, PeraK
meMber    : its mY....

My sTorY

Misi kali ini lain sikit dari yang biasa. asyik masuk hutan, daki gunung turun lembah, di gigit nyamuk, pacat, semut, lebah dan berpewai dalam trek becak berselut. so kali ni nak cuba atmosfera baru, apa lagi kita masuk dalam gua la.... misi mencari lelaki gua zaman primitif.. mana tau kot jumpa, mau glamor jadinya..Memandang awang out station di Perak, selama 2 hari, so gua tempurung menjadi destinasi melepaskan lelah... lagipun x susah nak ke sini. dari highway plus menuju ke simpang pulai dah boleh nampak kedudukan gua...

memandangkan gua ini dah jadi produk pelancongan utama kerajaan Perak, nak masuk kena la bayar. ada 4 pakej lawatan yang ditawarkan dengan bayaran yang berbeza. dari yang biasa je, biasa-biasa, biasa-biasa aje, hinggalah yang luar biasa.
cuma kalo nak amik pakej biasa-biasa aje n luar biasa tu pastikan ada bawa baju salinan lebih sebabnya menurut penunggu gua laluannya memang tersangat mencabar..

memandangkan trip ni hanya ditemani its My... so terpaksa la awang  amik pakej yg biasa- biasa, x mo berbasahan katanya ... huhu

Laluan pintu masuk dalam gua tempurung.. 
gua tempurung menurut katanya adalah gua batu kapur semulajadi yang terbesar di semenanjung. gua ni mengikut perkiraan awang mempunyai keluasan 1.5km panjang. 
diNamakan tempurung sebab bentuknya yang seakan tempurung kelapa. tah betol tah idok awang pon x tau sebab pemandangan perlu dari sudut 360 darjah dari kutub utara selatan barat..

Ini antara keadaan dan pemandangan dari dalam gua yang sempat awang snap... jangan ingat dalam ni gelap..ada lampu sepanjang laluan.. tapi bagi yang x biasa berjoging mau semput dibuatnya.. naik tangga turun tangga gitew..  

ada nampak tu, punyala besar dalam gua ni...

masuk gua ni jangan wisau sebab memang dah dibuat laluan pejalan kaki 1 lane.. panjang dan memenatkan sebab laluannya turun naik.. keadaan udara dalam ni sejuk-sejuk nyaman je macam rasa aiskrem mcD.. nyam-nyam..dapnya..

Stalagmit dan stalaktit yang terbentuk secara semulajadi.. mengambil masa yang sangat panjang untuk terbentuk... fuhhh punya la saintifik fakta ni.. teringat zaman  belajar sains time sekolah menengah dulu... ohsem banget..

ni laluan pejalan kaki..panjang dan memenatkan..

akhirnya sampai dihujung laluan untuk pakej lawatan biasa-biasa... untuk pakej seterusnya akan ada penunggu gua yang akan guide pengunjung.. ada satu rahsia nak kongsi kan kat anda ni.. (xtualy penunggu gua yang ada ni semua fans liberpool..almaklumlah liberpool kan dah lama x menang piala) kikikiki 

kalo ande blajar sain rumahtangga di sekolah menengah dulu-dulu, pastinya anda tau satu fakta bahawa pembentukan permukaan gua mengambil masa ratusan bahkan ribuan tahun untuk membentuk sebagaimana yang ada sekarang...  nah inilah buktinya..

No entry bagi yang amik pakej lawatan biasa je n biasa-biasa...kiranya cabaran bermula disebalik pagar ni bagi pakej biasa-biasa aje n luar biasa.. kalo nak tau macama mana ghupanya pakej ni kenalah cuba.. awang x dapat cerita sebab awang sendiri x mencubanya..
kata penunggu gua @ fans liberpool memang sangat lah mencabar fizikal, spritual, emosi, jasmani dan adrenalin.. 
x cuba man nak tau kan yek....hehehehe

memang besar dan luas keadaan dalam gua ni terasa macam nak buat banglo dalam gua ni..hiii

Alhamdulillah..hampir sejam dalam ni... akhirnya dapat juga keluar gua.. pemandangan dari laman gua tempurung.. 

misi kali ni biasa-biasa sebab awang amik pakej biasa-biasa... misi nak cari lelaki gua walo x jumpa tapi berbaloi gak sebab dapat pengalaman baru.. apa pon terbaeklah..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.