Ahad, 17 April 2016

mY lEnSa 114 (UnStoPpaBLe)

eVenT      : MenCari sAng PuTeri CinTa
dAtE        : 31 mAy 2015
vEnuE      : GuNunG LeDanG MuaR JoHor
mEmBer  : LanDax KeriNg

My sTorY


“Jangan hang kata hang pendaki kalo tak naik lagi gunung Ledang” itu kata seorang otai gunung yang awang jumpa masa naik tabor beberapa minggu lalu. Tambahnya, gunung ledang, gunung wajib bagi pendaki sebab cabarannya agak tough walau tak setough G7.


Hehehe… awang sengih je la. So stat dari tu awang apa lagi, search la tenet cari maklumat tambahan tentang Gunung Ledang ni. Dari info yang awang dapat, nak daki Gunung Ledang kena lah bayar permit (harga agak mahal la, kalo x ramai. tapi kalo lagi ramai laaagii la murah), bukan boleh sesuka hati nak daki cam daki broga yek.. Dan permit tu skali dengan insuran diri serta Guide...

Pas calling-calling dengan pihak pengurusan sana, so awang booking tuk dua orang skali dengan si landak ni. Majin lain tak berani nak ikut, takut katanya, kang terjumpa nenek kebayan…hehehe.. apadaa... tapii awang xcited plak sebab nak jumpa tuan puteri...


Gerak dari Bangi jam 10 malam itu pun lepas balik dari tabur, then sampai tol tangkak jam 12 tengah malam. Parking keta kat kawasan tol pastu tido untuk recharge tenaga. Jam 6 pagi lepas subuh terus gerak kaki Gunung. Memandang kami hanya berdua, so kami digabungkan dengan group budak2 cina seramai 7 orang. jimat guide katanya. Alhamdulillah bayaran pun murah sikit, kurang seratus.. kalau tak mau nak dekat rm200 melayang.

Peta laluan pendakian ke puncak

Sebelum mendaki kami diberi pencerahan tentang laluan yang akan kami tempuh.  Dan menurut kata guide, nak daki Ledang kena set timing betul2. Dalam erti kata lain kami perlu sampai di check point 5 (CP5) sebelum jam 11 pagi atau paling lewat jam 12 tengah hari. Kalo tak kami mungkin lambat sampai puncak dan akan turun waktu malam… ader berani ker???


ini antara perkara paling wajib sebelum mula daki.. regangkan otot biar urat-urat tak terkezut dibuatnya.. kalo tak mau ada yang krem dan pitam sebelum sampai ke puncak. kiranya inilah group bebudak cina tu...alahai

"Semua faham apa saya cakap" soal guide
"ai! ai! sifu" jawab murid cina
dah puas dengar penerangan, jom kita mula daki....

Nah kau!...dipersilakan mendaki... hazab x hazab naik tangga ni kalo x kena cara...
sampai hujung..sempot dibuatnya.

Alhamdulillah, check point pertama selepas puas mendaki ratusan anak tangga. alahai memang terasa semput kot..sesuai dengan nama CP ni.. bukit semput dan di sinilah juga kami terpaksa bertukar kumpulan selepas bebudak cina tu ada yang pengsan.. semput katanya...(baru naik anak tangga, belom sampai puncak lagi)
so next group, awang join couple mat saleh dari autralia ...terbaek bohh

simpang menuju ke puncak dan ke tapak khemah...

Alhamdulillah, sampai gak CP 5 ni. lebih awal dari yang ditetapkan.. so di sini kita berhenti amik nafas... sungai di sini tak lah besar mana, cukup untuk basahkan ketiak jer..

gunung Ledang sememangnya gunung yang unik sebabnya di sinilah satu-satunya gunung yang ada KFC... tapi bukan kentaki fred ciken tu or kelantan fred ciken... nak tau kenalah daki dulu gunung ni...hehehe. 

Gua kambing ni memang rare untuk dilalui... sapa badan yang chuby tu azab lah sikit nak lepasnya... x caya tengok gambar bawah..

Ha! tu dia laluannya, bertangga dan berbatu.. tapi kat sini tak lah awang nampak sekor kambing pon sekalipun di namakan gua kambing. mungkin dia ngah meragut ker, mencari rezeki ke or menyembuntikan diri.. malu lah tu.. kambing punya kambing...

Yang nilah awang nak cakap tadi. laluannya agak rare sikit...

yang ni pun sekali gak lah.... amacam! terbaekkan.. dah rasa macam puak hobbit dengan misi menghapuskan cincin sakti katanya... tapi misi awang, jeng! jeng! jeng!... nak cari puteri gunung. harap jumpalah.

Ok! post ni khas tuk puteri Gunung Ledang... kot2 dia terjatuh hati kan...hehehe (malu lak awang)  tapi janganlah dia minta yang bukan2... memang kena cubit hidung la nanti..hiii

Gunung Ledang ni memang tough bak kata otai gunung tu lah... sebabnya banyak tempat yang terpaksa mendaki guna tangga bomba dan tali.. so bagi yang gayat n badan ala chuby macam jaafar on tu... harapnya bertabahlah yek.. sebab kita bukan sahaja guna tenaga kaki, tapi juga guna tangan.. sabor jerla.. 

Hah! tu baru jer awang cakap... tinggi ni macam tingkat 2 gamaknya.. nak daki plak pakai tali... dan bukan satu tempat jer..ada beberapa lagi...

Kau nampak tu... sayup jer si landak ngan jonas kat bawah... x ker tinggi namanya tu.. hehe
  
satu lagi yang menariknya Gunung Ledang ni selain trek yang mencabar adalah persekitaran yang cantik dan nyaman... memang sesuailah si puteri duk kawasan ni..

Satu lagi area yang kau kena panjat guna tali.. yang ni memang tul2 agak curam... yang penting tangan dan kaki serta teknik yang betul untuk naik... silap berpijak or berpegang...  memang parah lah jawabnya..haha.. tingginya wall ni lebih kurang bangunan 3 tingkat....

hah! tu dia....tinggikan..area yang ini paling mencabar... tapi demi puteri katanya..apalah sangat bagi awang kan..

bagi yang kurang mahir, beter anda naik ikut tali yang belah kanan.. kalo tergelincir atau terlepas tali, still ada lagi anak pokok untuk berpaut.. tapi kalau anda yang mahir cam brader landax ni..try la yang ditengah... memang ada kepuasan di situ kalo berjaya..

dan tolong yang beginer tu...jangan sesekali ikut cam brader ni... dia memang dah xpert bab mendaki... dats y dia guna satu tangan pun x der hal... siap buat aksi lagi...

Puas mendaki guna tali, akhirnya lah kat taman bonsai.. kata otai gunung yang pernah daki gunung ni sejak tahun 90-an lagi, katanya di sini terdapat satu mata air yang hanya orang terpilih jer boleh jumpa. dan menurutnya lagi, air tu ada khasiat tertentu. sejauhmana kebenarannya citer dia, awang x sure lah.. tapi dia citer macam serius...

di kawasan ini memang suasananya agak nyaman dan menarik kerana terdapat pokok2 bonsai yang berbagai saiz dan bentuk... so tak mustahil kot otai tu cter betul.. sebab memang terasa ada taman di sini.. mungkin bagi yang terpilih, boleh nampak betapa cantik kawasan ni.. tapi bagi yang tak terpilih cam awang..nampak taman bonsai jer la...

lepas jalan dalam 20 minit, jumpa pulak bukit botak.. sekali pandang orang akan ingat ini puncaknya, tapi bukan yek... kawasan ni nama bukit botak sebab awang rasa kawasan tak banyak pokok besar.. dan kawasan ni sbnarnya agak lapang dan ditumbuhi lalang sahaja.. sebab tu namanya bukit botak lah kot..

 Badan memang dah penat, mental pon sama gak... ingatkan smpai bukit botak, x jauh jumpalah puncak...tapiiiii...
ini yang terpaksa korang daki.. tangga bomba yang memang pacak dan scary... bukan rendah cam setingkat yek.. tapi lebih kurang 3 tingkat gak...nasiblah bagi yang chubby dan berisi dan yang gayat... sapa suruh kau sibuk nak mendaki kan.. jangan mengada tak mau naik sebab takut... memang nak kena cubitlah celah lipatan perut tu...

Yessszzaa... Alhamdulillah selepas hampir 5 ke 6 jam mendaki... sampai akhirnya puncak... uiitt...puteri gunung Ledang.. awang dah sampai ni.. meh sini tunjuk muka yang cantik tu... biar awang tatap puas2..hahaha

Kat puncak gunung lapang jer..cuma sayangnya di sini tiada beirut sebagaimana lazimnya puncak gunung yang lain.. tak taulah awang kenapa diorang tak mau letak beirut tu.. mybe puteri tak bagi kot sebab ceroboh kawasan dia... apa pun memang terbaek..

Bangsa Johor dan anak Selangor dari autralia... amacam puas hati kan...? 
luaskan kuasamu..

Tu dia brader landax menikmati pemandangan negeri Johor dari puncak bukit.. berbalam-balam menghijau.. Syukur Alhamdulillah... memang terbaek...

 mana nak carik gunung yang ada surau macam kat Gunung Ledang ni.. hanya di sini jer yang ada.. kata orang nak daki pun dakilah yang penting solat tetap kena jaga.. yang ni memang sangat terbaeklah... terima kasih tuan Puteri ...

Untuk makluman mendaki gunung Ledang mempunyai 2 pintu masuk, dari ledang Johor dan Asahan melaka... dari johor memang kena bayar, tapi kalo dari asahan awang x sure.. rasanya free kot.. dan trek ke puncak yang awang naik ni dari ledang, sampai puncak, then akan turun ikut laluan lain...bestnya laluan turun ni taklah seteruk masa naik tadi, x der pon kena turun guna tali.. hanya tangga sahaja... itupun taklah tinggi..dan yang paling best permukaan tanah sepanjang laluan turun memang lembut.. siyes awang puas hati... nanti separuh perjalanan turun akan bertemu kembali dengan simpang 3 yang kita lalu masa naik...

so bagi yang nak try mendaki gunung, dialukan cumanya tolong jangan berharap untuk jumpa tuan puteri... memang haram x dapat... macam awang.. huhuhu...

Ahad, 10 April 2016

mY lEnSa 113 (iT's too pAin.. BuT..!!!)

eVent          : pEnaWar kEtaGiHan kAtaNya..
dAtE           : 12 ApRiL 2015
vEnuE        : PinEtrEE HiLL buKit fRasEr PaHanG
mEmbErs   : Sya MiLk & LanDax KeriNg

My sTorY

2 hari seusai  menjejakkan kaki di Bumi Malaysia dari pulau Lombok. Rasa ketagih untuk mendaki begitu kuat menyerang kami bertiga. Mungkin semangat dari puncak gunung Rinjani masih tidak hilang dari denyut nadi. Rindunya pada rinjani membawa kaki untuk kembali mendaki. meneroka keindahan ciptaan Allah untuk sekian kali.

Penat? oh maafkan awang,  rasanya istilah itu tidak ada dalam hati kami saat ini.  perasaan mendaki tu meronta2 bak melihat nealofa berdiri depan mata dengan senyuman yang paling menawan.. alahai...Awang fikir perasaan ini pastinya di alami oleh sesiapa sahaja yang pulang dari Rinjani.

Kata putus diambil, Fraser Hill menjadi tempat melepaskan segala gian yang sudah bertakhta dalam diri. Kenapa Fraser Hill? sebab ini tempat yang paling hampir dengan KL. (xtualy, hampir semua gunung area selangor dan yang berhampiran dah daki, cuma pine tree hill je yang belom..hihihi) 

Alhamdulillah, perjalanan dari Bangi ke Bukit Fraser berjalan lancar, walaupun ada ketikanya awang dah mula goyang kepala dek laluannya umpama ular yang dipalu.. sebelum mendaki meh kita amik gambo tempat-tempat yang menarik, katanya...

tak besar manapun bukit fraser ni, tapi dia punya pemandangan ala-ala macam di eropah gitu,  kata oranglah.. yeke? tah awang pon x sure sebab tak pernah g eropah.. tapi kalo setakat gambar kusi macam ni dah kata ala-ala eropah,..ermmm...  memang kanina la jawabnya..
  
oklah, nak jaga hati syamil, layankan bergambar.... hihihi..

okay, ini laluan nak menuju ke tapak pendakian. sbnarnya kami sesat nak cari pintu masuk ke pine tree hill.. mujurlah ada berader tu bagi penunjuk arah, jumpa bangunan hotel ni pastu belok kanan ada laluan, terus je dalam 100 meter jumpalah...

Ini pintu masuknya, dekat jer dengan rumah orang ada-ada.... Nampaknya begitu semangat sekali mencari penawar ketagihan,, katanya...hahaha... So pine tree hill, dah sedia ker, kami nak kekah ni...

permulaan trek mula menuruni tangga yang agak panjang laluannya.. memang saja nak manja-manja kan kami yek, ingat kami kesah?

trek ke puncak tidak lah sesukar mana, memang boleh dilihat dengan jelas.. apatah lagi laluannya agak landai, cuma jaraknya agak jauh.. meh kita santai-santai..

ini antara laluan yang dilalui... 

ada pondok untuk berteduh barang seminit dua...

kalau nak lebih rare x yah la duk lepak pondok.. ha ni lepak dalam akar.. barulah macam orang hoabin tu...

hampir dua jam meredah trek laluan santai, kali ni kita main panjat-panjat pulak yek.. agak tinggi gak dalam 5 meter agaknya... itu ikut perkiraan awang yang memang failed ilmu hisab... jangan ingat mudah, sebabnya kena panjat guna tali... bagi yang memang dah biasa mendaki macam awang, agak mudah lah..tapi yang x berapa nak biasa ni..ermmmmm,, aaaaa lu pikir lah sendiri..

Alhamdulillah sampai kita di puncak Pine tree Hill setelah berjalan hampir 3 jam.. macam ni lah puncaknya pine tree Hill dan tiada beirut di atas ni...

amik gambar barang sekeping dua.. pasni kita nak gerak ke twin peak plak...

Cubaan membuat muka comel... nampak ada kejayaan di situ..

Dalam 45 minit kami sampai di satu lagi puncak yang namanya twin peak..kat sini boleh nampak view dengan jelas berbanding di pine tree hill.. jom layan pemandangan..asyiiiikkkk

tu diaa... khatam sudah dua puncak ini hari... terubat lah sudah ketagihan ini.. apa pun memang terbaeklah...

turun dari puncak tak der lah masalah, cuma kami agak keletihan sedikit.. tapi still okay je... yang mendatangkan masalah bila stage akhir, terpaksa kembali mendaki anak tangga yang jumlahnya awang rasa dalam seratus buah... mak oi.. tapi masa turun terasa macam anak kandung, nak balik ni dah terasa macam anak tiri lah plak.. dia punya laluan bukan manja lagi, tapi dah memang kena dera... aduilaaa.. nasib time ni ramai awek-awek comel lotee yang sekali jalan ngan awang.. so ader la pembakar semangat di situ..hiiiii

tapi yang paling rare, ada la plak awek manis tegur... rupanya la student awang dari upm... woit,,apadaaa...kat sini plak kita leh jumpa ek.. 

apa pun, Alhamdulillah.. khatam sudah Pine tree Hill... akhirnya terubat gak rasa ketagihan itu... apa pun trip ni memang terbaeklah sesangat.. (sesangat tu sebab ada awek comel merangkap student  yang tegur..ahakz)

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.