Memaparkan catatan dengan label Aku Seorang WartawaN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Seorang WartawaN. Papar semua catatan

Khamis, 6 September 2012

mY lEnSa 69 (PeSta mErDeKa)

My sTorY

MemBers   : JAWI, ImiGreSeNt, MeDia EleKtrOniK & CeTaK
VeNue       : HoTeL BajEt SeKitaR KuaLa LumPur.
Date           : 30 OgOs 2012

Sedih dan sedih.. itulah perasaan yang terbit Dalam diri awang... sedih bukan kerana ditinggal neelofa, mahupun dituduh curang dengannya. Waima digoda dengan izara Aisyah sekalipun, x kan mungkin awang sanggup berbuat begitu... so apa yang sedihnya awang???

nak tumpang sedih meh baca cerita awang ni.....

Semua pun tahu, malam 30 ogos biasanya apa yang dibuat dek rakyat Malaysia, bukan duk depan tv tunggu pengumuman raya, atau sesama menari gangnam style, tapi dah tentulah sambut hari kemerdekaan, kan 31 ogos Malaysia merdeka dari jajahan takluk pihak inggeris. jadi malam sebelum 31, sudah semestinya akan ada banyak sambutan sebagai memperingati hari kemerdekaan Malaysia..

Alhamdulillah, tahun ni ada juga dibuat sambutan seperti biasa macam kat dataran merdeka, Klcc, padang sekolah, balairaya atau juga masjid surau.. dan tahun ni juga sambutan merdeka tidak jatuh pada bulan Ramadhan, bermakna selain dari rakyat Malaysia (manusia) yang menyambut, ada juga makhluk lain yang turut sama-sama bertempik sorak meraikan sambutan kemerdekaan ini. x lain x bukan yang duk bertanduk dan selalu bertenggek dalam hati manusia.

Xtualy tahun ni adalah yang pertama kalinya awang x sambut dengan kawan-kawan di UKM tetapi awang terpengaruh dengana ajakan awea dondea untuk ikut buat serbuan maksiat. Hui kecewa gak kawan awang, mana x nya dah plan seminggu nak celebrate sesama tapi last minit awang kensel.. meroyan lah sekejap member tu...

Sori geng, ini pertama kali awang nak join buat serbuan maksiat, atas tiket media lagi.... so jangan marah ek...

dari bangi pukul 9 malam, sebab kena berkumpul di JAWI pukul 11. terpaksa pegi awal sebab nak amik zuit dan takut jem malam tu, ye lah hamprak2 pembangang nak berkumpul kat dataran merdeka, takut gak jalan banyak tutup.
lebih kurang pukul 12 malam kami memulakan operasi, media yang terlibat Mastika, kosmo, Metro, Harakah, TV9 n Tv3 (999) ada peluang jumpa dengan pengacara 999, Subhanallah cantik gak dia ni...hehehehe

Ini bukan hotel pertama yang kami masuk, tapi ini hotel pertama yang dapat habuan. lokasinya di Bandar Tun Razak Cheras. sebenarnya mengikut kata pegawai PRO, lokasi serbuan hanya diketahui oleh bos sahaja, anak buah semua x tahu, jadi kami yang folo ni agak terpinga-pinga gak mana arah tujunya... bukan apa takut kalo tahu nanti ada yang bocorkan rahsia.. sudahnya apa pun x dapat.. Dan bukan semua hotel, tapi yang terpilih sahaja. tuk makluman ini semua hotel bajet... myb 1 bintang kot.
Sebelum nak serbu kenalah buat siasatan tul2, bukan maen serbu jer.. so pegawai jawi akan tengok senarai nama yang duk hotel tu... kalo namanya muslim kompom kena gegar itu bilik.
Senarai bilik dah dalam tangan, pe lagi, jom kita ambush apa projek dorang buat...
k stanby kamera, pintu buka jer terus shoot ok... pastikan dapat gambar yang terbaek punya..x mau yang separuh muka... ahakz
tok!tok!tok! assalammualaikum, buka pintu kami dari JAWI.. 
(Ingat kita datang bukan nak prank tapi nak mencegah, so x der istilah mengintai or terus pecah itu pintu, kita orang Islam ada adab dan akhlaknya... so prosedurnya, ketuk dahulu sampai pintu buka, then dah buka kami perkenalkan diri. n tanya status dorang  serta ada saper lagi dalam bilik tu..kalo x berpakaian kasi pakai baju dengan lengkap baru kami masuk.

wah dah dapat, kantoi..hehehe... prosedurnya, kasi tunjuk IC, dan minta maklumat terperinci,...

kalo ada bahan bukti macam kondom, baju dalam, atau sebagainya, akan dikumpul dan diambil. bukan apa itu semua untuk jadi bukti pendakwaan di mahkamah nanti... 

lepas amik semua maklumat dan bahan bukti, apalagi, dah korang buat salah, jom lah pi lokap...chek in kat sana lak...Ini antara mangsa yang berjaya ditangkap... mamat ni bujang berdua-duan ngan pasangannya janda anak satu... yang x boleh blahnya, si janda bangang ni bawa anak skali masa g beromen, konon nak cover.. ai, kantoi sudah... citer panjang x guna...

perangai sorang-sorang memang menjijikkan lah, apa punya bodoh pun awang x tau nak cakap apa, memalukan orang melayu n umat islam... kalo dah x tahan kahwin, kalo x pon janganlah buat dekat rumah tumpangan atau hotel bajet..

memang kompom, tempat2 ni x selamat apatah lagi time malam2 sambutan merdeka or tahun baru.. apa lah salahnya buang duit sikit kat hotel2 3/4/5 bintang... kat situ memang x der nyer JAWI nak serbu...

(ops kat sini bukan awang galakkan tapi.... lu pikir lah sendiri)

dah macam ni sapa yang susah n dapat malu? bukan korang jer, tapi kita semua orang Islam.. nak jer awang mencarut + memaki, nasiblah boleh tahan sabar...
antara rakan medioa yang join,,.. bukan awang jer yang ada tau, baju merah n yang berbelang tu dari berita tv9, brother yang hujung tu tv3 999, n awek india ni lak akhbar metro... semua muka gembira jer termasuk awang sebab dapat tangkap ikan besar..

terbaeklah,.. TQ JAWI invite kami, pasni kalo ada nak wat lagi, roger-roger lah yek...hehehe

Isnin, 9 Julai 2012

mY lEnSa 65 ( DauLaT TuaNKu )

EvEnT       : MenGhaDap SuLtan SuLu
VenuE       : HotEL anTaraBanGSa KuaLa LumPur
MemBer    : KaK Ros BerDuri
DaTe         : 3 JuN 2012

My sTorY

Sedang awang sibuk bertugas memberi hadiah pada kaki pancing yang menang (Boleh rujuk dalam mY Lensa 63 yang lalu) tiba-tiba hp awang berdering. rupanya panggilan dari si Syima yang menyuruh awang segera datang ke tempatnya... kononnya bos nak jumpa..
aik biar betul, ini lah pertama kali awang kena panggil dengan bos ke-2 dalam UKSB.. "apa masalahnya ni???

Sepanjang berjalan menuju ke tempat si syima, kepala duk terbayang apa yang awang dah buat sampai kena panggil ni… x kan lah jadi urusetia tuk 2 majalah sekaligus kena marah… Oh myb dia nak puji or bagi imbuhan kot….hehehe pikir positif jer la….. manalah lah tahukan betul apa yang awang pk tu... masyuk jadinya..

Sampai jer terus syima Tanya "awang ada buat apa sok, boleh awang menghadap sultan x sok???

HaH??? Tercengang awang, apa kes awang kena menghadap sultan ni?? yang persoalan tadi x terjawab lagi, la ni datang lagi satu soalan yang lagi pelik untuk di pikir.. dah x betul kah si syima ni…

"Meh kita jumpa Puan Zu".. ajak syima…
"Awang bz x esok?" Tanya puan zu…
"Ermm x puan, kalo bz pun tido jerlah..awek pon x der nak ajak dating..huhu…" jawab awang cuba melawak… Tersengih macam kerang busuk lak puan zu dengar lawakan awang…
"begini, tadi saya ader terjumpa dengan Dato J, (Perasmi bagi Pertandingan Memancing mastika) katanya kalo kita nak buat apa-apa program berbentuk keislaman di sabah kita boleh dapat sponsor dari Sultan sulu, lagipun dia ada kat kuala lumpur sekarang ni. So memandangkan esok saya x der terpaksa pergi ke Kelantan dan kak syam editor kamu pun x der, saya nak kamu ganti jumpa sultan tu macam mana?" jelas puan Zu.

Alamak biar betul puan zu ni… dah hilang akal ker??? X kan awang pulak yang terpaksa pegi… apa awang nak cakap dengan sultan sulu ni??? Aduilaa….

"Ermmm puan Zu, x der orang lain yang boleh ganti ker, lagipun awang baru jer kerja…tak tau selok belok lagi" awang cuba beralasan.
"x per awaang! jangan takut, awang cerita sahaja tentang kita nak buat program begini dan begini pada tuanku.. nanti pandailah saya nak buat macam mana… lagipun kak ros ada join sekali… dia akan bantu awang kalo ader problem…"

Sumpah, malam tu awang langsung x leh tido, apa awang nak bahasakan diri ngan sultan sulu ni, patik tuanku ker, merafak sembah ker???? Nak pakai baju apa lagi??? Semuanya bermain-main dalam kepala…Huhu  mana x nya, inilah first time menghadap sultan,...
Inilah rupa sultan sulu n bini dia yang awang jumpa.. siyes masa sampai tadi awang x tau dia sultan, so awang pun selamba jerla bagi salam n jabat tangan dia…( mana x nya, x der langsung pengawal kat kiri kanan dia, ingatkan bendahara) huhu mujurlah dia x murka…

Ok perbincangan berjalan dengan lancar sekali… dan yang kelakar awang terbahasakan diri dengan saya, x terpikir nak guna patik.....dan sultan pula bahasan diri dengan tuanku…

Menurut katanya dia x der masalah nak sapot perjalanan ke sabah tapi dengan syarat proposal kasi setle n buat se proper yang boleh… so awang pun pk x der masalah benda.. bagitau bos nant pandailah dia nak wat macam mana... kalo betullah jadi...ermmm mesti best..

huhu x sabonya....


Dalam duk berbual ni, macam-macam isu yang kami bincang, dan semuanya menambahkan lagi input berguna… terutama perkara-perkara belakang tabir dalam dunia korporat dan hiburan.. Rupanya dato J ni terlibat dengan ramai artis so banyaklah yang dikongsikannya pada awang.. ops x boleh cter kat sini, itu semua secret…  

Sultan pon mesra sangat, x der protokol langsung… walaupun dia seorang yang tegas... jujur awang tabik 3 kali ganda pada dia..hehe

ok Tuanku kasi angkat tinggi sikit majalah tu, biar nampak muka depan majalah..
Selepas sesi perbincangan, adalah sesi bergambar kenangan,… maklumlah bukan selalu dapat peluang macam ni, dah jadi wartawan baru merasa duduk semeja dengan sultan… walaupun bukan secara rasmi… mungkin ini langkah pertama, akan datang mana tau kan, mungkin duduk semeja dengan Yang Di Pertuan Agong…
Dalam perjalanan balik tersenyum panjang awang... apa pun ini yang terbaik.. cayalah awang...hehehe..

Ahad, 8 Julai 2012

mY lEnSa 63 ( HaRi YanG C-BuK II )

eVenT  : PeStA MeManCinG Mask Tika
VeNue : TamaN TasiK tiTiWangSa, KuaLa LumPur
mEmBers : MajiNs UKSB
daTe    : 02 JuN 2012

My sTorY

BerSambung lagi dengan Post SeBelom ini......

Ingat lagi awang kata dalam satu hari awang terlibat dengan 2 event... ok yang ini event yang kedua terpaksa awang join, juga sebagai urusetia... pertandingan memancing anjuran majalah Mastika sempena 71 tahun kelahirannya.. 


sesi pendaftaran pemancing dan juga waktu bermulanya acara... untuk acara ini pada awal pagi awang terpaksa membaca doa untuk majalah mastika... selepas itu tukar baju tuk jaga checkpoint majalah infiniti... dah habis infiniti terpaksa pakai kembali baju mastika... bayangkan betapa tinggi nya nilai awang di mata para senior.. semunya nak suruh awang gak... padahal bukannya sedikit staf kat UKSB tu... tapi awang yang kerap jadi mangsa..huhu.. mujurlah awang jenis yang komited dengan axtiviti luar so tidak menjadi masalah...hehe

Sementara nak tunggu pertandingan memancing ni habis, apalagi jom kita jalan2... dapat gak cuci mata, manalah tau kot2 ada pemandangan indah ciptaan Allah..

Punyalah semangat peserta memancing ni, ada yang dah berkhemah di sini sejak semalam lagi.. katanya nak cari port yang terbaek... Sykur Alhamdulillah juga, sebab cuaca sangat baik pada hari ini... so apa lagi jom kita enjoy...

Ha! ini lah ikan yang paling berat berjaya dipancing... Ikan patin dengan berat 5.08 kg... kiranya inilah pemenang bagi pertandingan ini... tapi yang sedihnya dah habis acara x der sapa yang amik ikan ni.. x taulah kenapa myb besar sangat kot, n dagingnya x sedap.

Sesi pengiraan markah sapa yang menang... jangan takut pertandingan ini x der unsur perjudian, bermakna setiap peserta yang masuk pasti membawa pulang hadiah yang lumayan... huhu mujurlah staf x dibenarkan bertanding kalo tidak dah lama awang join...

ha betul x awang tulis, semua yang masuk dapat hadiah, x kiralah tempat pertama atau yang paling corot sekali... sekali tengok dah macam jualan lelong gamaknya...tak gtu yek cik aqilah... Antara tempat tercorot berjaya membawa pulang satu kampit beras 30kg dan juga sekotak maggee... abang2 yang gila memancing tu lepas g memancing bolehlah bawa beras dengan magee sajer yek...hehehehe

 Hasil tangkapan ikan yang berjaya dinaikkan peserta... bab ni agak klaka lah ckit.. semua berebut2 nak bawa balik ikan... macam2 ikan yang ada.... dah macam di pasar dia punya kecoh... awang x amik pon sebab orang rumah awang x pandai masak ikan...hehehe...so awang cuma amik gambar sajelah..

 Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu, penat buat kerja apalagi jom makan...  ops beratur yerk bang bil, jangan nak potong barisan... heehehe...

Jadi harinilah hari yang paling sibuk untuk awang... semuanya kerana dorang tau awang sangat komited dengan kerja jadinya dorang sengaja buli awang bagi banyak kerja...apa pun awang happy sesangat.. hapy dapat pengalaman baru, ilmu baru, kenalan baru dan ini baru TERBAEK..

mY lEnSa 62 ( HaRi yanG C-BuK )

eVenT  : CabaraN INFINITI 2012
VeNue : TaMan TasiK TitiWangSa
mEmBers : MajinS UKSB
daTe    : 02 Jun 2012

 My sTorY

Macam biasalah, dah nama pun staf baru, so kita memang kenalah bersedia untuk terima sebarang arahan dari skuad seNior yang memerlukan pelbagai khidmat kita... nak demand x boleh nanti di kata kita ni sombong, silap hari bulan memang kena pangkah lah jawabnya...huhu

So nak atau tidak terpaksa gak awang terlibatkan diri dengan aktiviti dari majalah lain. Apa xtvt tu??? ha tu gambar atas kan dah nampak so baca...

 Sebenarnya hari ini 2 event yang memaksa awang untuk bertugas, mujur tempat yang sama kalo tidak pening juga nak buat pilihan... sebabnya kedua-dua event menarik.. tapi awang cter event pertama dulu dalam post ni... Awang jadi urusetia menjaga chekpoint untuk xplorace majalah infiniti.. hadiah lumayan bro, Rm 1000.. gempak x??? yang ini time mendaftar.. ada 8 kumpilan yang join.

check point 3 ni bukan awang yang jaga, tp awang jaga di check point 1 dan 5... hanya gambar ni yg sempat snap..hehehe...tengok camna teruknya awang kena buli, sampai 2 tempat awang kena jaga.. huhu.. xtualy semua ada 5 checkpoint yang peserta kena tempuhi.. dan setiap checkpoint tugasan maut yang tersendiri.. ala-ala xplorace kat tv tu...

 Sesi perbincangan sebelum peserta sampai, apa yang perlu dibuat dan yang x perlu dibuat..

Ok ini checkpoint 1 yang awang kena jaga... walaupun x rela,.. Di sini setiap kumpulan kena selesaikan 2 kubik biar sama warna...hoho jangan kata senang... awang buat pun x berjaya.. sampaikan ada yang pecahlah dek kerana geram x leh selesaikan gak... tp bukan awang yek... peserta yg emo hehehe... Dah habis cabaran ni semua peserta kena buat cabaran di bawah.............

Cabaran yang ini, memang sadis punyalah... mengisi air dalam botol guna straw... bukan botol kecik yek tapi yang besar punya...hehehe... kalo nak tau, Slot yang ini punyalah menjijikkan sebabnya,  nak cepat punya pasal, ada peserta yang tidak menggunakan straw tapi di gunakannya mulut..air yang diguna tu dari tangki tandas yg terbukti kekotorannya.. bukan takat tu jer...dia punya bau Nauzubillah min Zalik...busuk... Yang paling x tahan ada plak pserta yang termuntah depan awang... perhhh punyalah menjijikkan korang ni... mau x mual awang bila tengok dia muntah, stupid tul... Ada juga salah seorang peserta yang muntah dalam botol air tu time isi...perggg memang sadis,... air dalam botol tu coklat jadinya... heii jijik... UWEKSSS

Ini acara akhir di checkpoint ke 5... yang ini peserta kena pusing kan diri 10 kali pusing then warnakan dahi member...pergggg satu lagi aktiviti yang memabukkan... weh infiniti korang ni x der game yang bagus ckit ker, asyik yang mabuk jer... awang pon ikut poning tau... dan yang akhir sekali pun masih gak aktivi yang juga memeningkan kepala peserta... mencari perkataan dalam kitab Infiniti... pergggg... Memang sadis...

tugas awang di sini hanya memastikan setiap peserta mematuhi arahan yang di berikan n kalo x faham terpaksalah awang jelaskan... Tp Alhamdulilaah semuanya berjalan lancar,...

untuk checkpoint yang lain awang x dapat nak cter sebab awang x der n gambar pon x der... nak wat camna dah kena bertugas,.. tapi menurut memember antara tugasan yang ada di checpont yang macam, kupas kelapa dgan tangan, ambil barang dari akuarium yang ada lipas, katak n ulat... n banyak lagilah lah...

Yang pasti ini pengalaman baru buat awang, apatah lagi dapat bertemu dengan seseorang yang telah membuka minda awang tentang sekisar kehidupan... tank Q bro... awang akan cuba ikut pesanan bro untuk berjaya... pepepun memang Terbaeklah.. 

Sabtu, 23 Jun 2012

mY lEnSa 61 ( MaRi beR koNvoI )

 eVenT        : KoNvoI kE ruMah KeNanGan cHenG
mEmBerS   : AweA DonDe & MaJins bikEr
daTe           : 26 MaI 2012



 My sTorY

Sepatutnya hari ini awang terlibat dengan sukan BKUM. Dah janji dengan abang Jank tuk main takraw sebulan yang lalu... Dia pun dah bagi rm20 tuk awang beli kasut takraw... tapi dek kerana hasutan si awea donde yang mengajak awang tuk join konvoi motor besar... maka janji yang di ungkapkan tidak dapat dilaksana...

Rasa rugi lak kalo x dapat join konvoi ni.... bukan selalu dapat peluang macam ni... so awang jumpa abang jank cakap ngan dia awang ada family problem... sori abang jank terpaksa tipu sikit...  jangan mareh yek...

pagi lagi awang dah gerak ke semenyih g rumah awea. amik dia then terus masuk hihgway LEKAS. Janji berkumpul dengan Bikers kat RnR Plus Seremban. mujur sempat sampai... yelah awang punya keta bukanlah laju sangat setakat 1.1cc jer... nak kejar motor2 besar tu memang x lah... apatah lagi dorang naik motor, mencilok jer... kereta !!!! huhu makan asap jadinya.


exit highway Melaka, kitaorang terpaksa tunggu lak Bikers dari Singapaore.. Dalam setengah jam menunggu barulah semua ahli cukup dan terus bergerak ke Rumah Kenangan Cheng.. dalam pukul doblas gak kami sampai.. then terus paking motor.. amacam motor yang awang naik ni, mantap x???

Tuk pengetahuan, memang kelab ni selalu buat program ihsan macam ni... bila ader program camni so dapatlah setiap ahlinya berkenalan disamping membuat amal... kalo sebelom ni buat kat rumah anak yatim, cuma kali ni buat kat rumah orang tua2..

 Memang betul2 rasa teruja lah dapat naik motor besar ni.. rasa macam meluncur atas kapal terbang.... perghhhh.... Mujurlah awang ni rendah, kalo tinggi memang awang dah sambar satu motor macam ni.... huhuhu
 ini bos besar kelab biker ni... namanya awang x ingatlah plak.. dia yang uruskan segala aktiviti biker..
 yang ni lak penghuni rumah orang tua.. sangat peramah.. yang paling x tahan topi dia warna pink lah... memang kambu pakcik ni... x habis2 berpantun...huhu

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.