Memaparkan catatan dengan label Misi 3o. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi 3o. Papar semua catatan

Selasa, 11 Ogos 2015

mY lEnSa 107 (GuaRDianS 0f de' peAk)

eVenT     : Berdua MenduA
dAte        : 28 fEbuaRi 2015
vEnuE      : GunuNg Tampin N9
mEmbeR  : LaNdaX

My sTorY

Gunung Tampin N9. Sudah lama  gunung ni bermain dalam kotak fikiran awang. Seolah-olah menyeru dan memanggil awang untuk menawan puncaknya. Datok dan Angsi dah habis awang kekah segenap inci jasadnya. Dan hari ini tiba giliran tampin menjadi mangsa. akan awang nodai segenap inci tubuhnya tanpa tersisa. Pedulikan  apa si Syamilk nak kata, ada awang kesah? itulah.. sapa suruh sibuk memanjang, kalau tak, mungkin kita bertiga dapat memahat nama bersama. 

Jam 9 pagi membelah laluan highway plus menuju ke Tampin dengan satu matlamat menawan puncak Tampin. Kononnya di atas puncak terdapat segerombolan entiti yang menjaga sekitar puncak. Majin rimba katanya. Jika benar bagai dicanang, akan awang buktikan menjadi ingatan. Bukan untuk awang! tapi untuk sesiapa sahaja dikalangan marhaein gunung yang ingin ke puncak.  

Berpandukan kepada GPS mazda2, pintu masuk masih gagal di kesan. puas pelbagai cara diguna, ada kala dan tikanya GPS manual juga diguna. "bang mana pintu masuk ke Gunung Tampin" "ok adik jalan terus, kanan, kiri depan belakang, jumpa la nanti" itu yang dikatanya, namun bayang pintu masih tidak ditemu. hampir sejam mencari. Sah! memang Sah! Ini menguatkan lagi andaian awang, mungkin si penjaga gunung tidak mahu kami menjejakkan kaki di tanah miliknya. "Jahanam punya entiti" phuii la.. 

5 batang rokok seusai habis dihisap, dengan kadar masa hampir sejam lamanya berpusing dan terpusing, barulah pintu gerbang terpampang jelas di depan mata. Kering sudah tekak membaca pelbagai doa yang dihafaz termasuklah doa makan. "deiii apada! doa makan pon ko baca ke" tempelak si landak. "gwe nak makan roti ni dak" getus awang.

Apa pon Alhamdulillah jumpa gak pintu masuknya...
   
Matahari terik cukup membahangkan tatkala memulakan langkah pendakian. semangat yang membara sejak lama dulu, perlahan-lahan mula mengikis dipanah bahang mentari jam 11 lebih. pendaki lain sudah lama hilang, hanya kita berdua yang ada "nampaknya ini pendakian kita yang paling lewat setakat ni ya Dax" huhuhu.. " x pe! walo panas tapi trek masih redup sebab banyak pokok yang payung" tambah landax.

trex laluan tar bengkang bengkok menjadi ujian ke puncak. susah? hehe... x lah susah mana pon santai je... ini kalo buat speed turun naik 2/3 kali ok ni... kata latihan rinjani...hiii 

Penat mendaki, rehat mengambil nafas seketika di pondok-pondok yang tersedia. Ada beberapa pondok yang didirikan. luas dan selesa.. selesa untuk buat projek xxx...ini berdasarkan pemerhatian awang, terdapat 2-3 couple duk melepak di pondok-pondok ni... memang jahanam..huh

Bukan setakat pondok yang tersedia. Rupanya di sini juga ada mini air terjun. Menarik juga, nak mandi? boleh tapi kawasannya tak lah luas sekadar berendam kaki tu cara gak lah..

Alhamdulillah, akhirnya setelah sejam memulakan langkah pendakian sambil mengira jumlah tiang, sampai juga di puncaknya.. kesemua tiang yang ada berjumlah 93 batang...  x caya? hang kira lah sendiri..huh

di puncak gunung tampin, tidak akan dapat melihat beirut sebagaimana biasa kerana yang ada hanyalah kem askar dan menara pencawang Telekom.. dari puncak juga memang tidak ada harapan bagi pendaki untuk sesuka hati amik gambar kenangan apatah lagi melihat pemandangan dari puncak gunung. pendek kata aktiviti bergambar diharamkan sama sekali oleh penjaga puncak. so kalo nak amik gak, pandai-pandailah yek.. kena tangkap jangan nak membongak.

Cuba satu yang awang rasa bengang teramat.. kalo dah x bagi mana-mana pendaki amik gambar, letaklah papan tanda larangan bergambar...so semua yang naik maklum lah dengan larangan tersebut... tapi bila papan tanda larangan x der, ko janganlah nak marah kalo ada yang gatal tangan amik gambar..  mana lah kita tahu kan..ni semua memang jahanam punya orang la..grrrr

Di sebabkan atas puncak x dapat melihat pemandangan so, awang terpaksa mengambil inisiatif lain, caranya dengan memanjat pokok yang ada... dan inilah hasilnya...tadaaaaa....hehehe

Walaupun pendakian ini tidak disertai ramai majin, hanya berdua,..sekurang-kurangnya sampai jua awang di sini.. kalo ramai lagi menarik, tapi nak buat lagu mana semuanya sibuk mencarmakan diri.. apapon terbaek dari awang...

Ahad, 17 Mei 2015

mY lEnSa 104 (miSi 3o : Sudah Terang Lagi Ber BuluH PerutNya)


EveNt       : MeMbuRu KuTu
dAte          : 18 JanuAri 2015
VenuE      : BuKit Kutu Kuala KuBu Baru
mEmbErs : sYa MilK, AiDiLi sAd0-sAd0, aSri sUareZ, DauS p0y0, LanDaq KerIng, SyEd


My sTorY

Bukit Kutu Kuala Kubu Baru bukanlah bertaraf bukit sebagaimana gelarnya, tetapi selayak dan sehebat cabarannya bertaraf gunung.

Untuk pendakian kali ini, awang bersama majin dectar terpaksa bergerak seawal tengah malam menuju ke Pekan Kuala Kubu Baru dengan rancangannya tidur di RnR atau dalam kereta. Sebab utamanya kerana kami tidak mahu lewat mendaki jika bergerak terus dari bangi pada waktu pagi.

So pendekkan cerita kami terpaksa tidur di masjid pekan Kuala Kubu Baru, itupun kerana tidak mampu lena di dalam kereta dek gangguan bunyi kenderaan dan serangan Nyamuk.

Seusai solat subuh dan bersarapan, perjalanan diteruskan dengan mencari pintu masuk ke kaki gunung berpandukan signboard Kampung Orang asli Pertak. mudah sahaja ke kampung ini, jika dari pekan Kuala Kubu Baru, teruskan perjalanan ke bukit Fraser. Dalam kurang setengah jam perjalanan, akan jumpa empangan di sebelah kiri. Lepas jambatan sedikit, akan jumpa signboard belah kanan sebagaimana gambar dibawah. masuk dan teruskan perjalanan hingga hujung.  

Tanda Arah menuju ke Kampung Orang Asli Pertak. 

sepanjang perjalanan dapat dilihat rumah-rumah orang Asli 

teruskan perjalanan hingga jumpa kereta yang dipaking banyak-banyak. itu tanda dah sampai. beginilah keadaan paking kereta di sini. agak terhad.

So kalo dah paking keta, pe lagi siap-siap semua, jom kita gerak. 

Semangat majins dectar berkobar-kobar nak tawan puncak katanya. jambatan pertama yang akan diseberangi.

awal laluan nampak cantik tapi.... 

di bukit kutu ini bukan sahaja terdapat gunung untuk di daki, bahkan ada juga sungai untuk beriadah. Airnya memang superb jernih, bersih dan yang penting giler sejuk ..grrrr

Jambatan kedua selepas berjalan dalam 20 minit. jambatan ini agak terlindung dengan semak samun. Kami pun dah hampir tersesat, mujur ada uncle Cina yang bagi tau. kalo tak memang jahanam.. "Tank Q uncle, u punya anak banyak comel le..hiii"

Hati-hati melangkah..

Sungai ketiga tidak ada jambatan. So terpaksa la redah...huhuhu. 

Terdapat dua cabang laluan so amik kanan jangan ke kiri yek...

Trek laluan menuju ke puncak.

Redah lagi anak sungai. kalo tak silap awang, ini sumber air yang terakhir, pasni tak jumpa dah.. 

Check Point Kedua

Gunung Bukit Kutu sememangnya antara gunung yang unik pada awang kerana di Gunung ini banyak terdapat pokok-pokok Buluh. Boleh kata ini hutan buluh. So kalo nak cari buluh untuk Meriam memang banyak stok lee..

laluan untuk ke puncak juga agak tidak terjaga kerana di penuhi pokok-pokok buluh yang tumbang. so kena hati-hati lah yek..

Antara cabaran gunung ini ialah terpaksa merangkak di beberapa lokasi.

Lagi bertambah uniknya gunung ini kerana terdapat batu-batu besar gabak sebelum tiba ke puncak. wuiioo. kagum sekejap awang... 

Alhamdulillah, setelah hampir 4 jam mendaki, sampai pon ke puncak. 

Puncak Bukit Kutu. Sebenarnya bagi yang fit dan bertenaga tahap cipan jantan, 2 atau 3 jam dah boleh sampai puncak. tapi memandangkan kudrat kami hanya kudrat manusia biasa maka tempoh masa 4 jam adalah tempoh masa yang ideal katanya.

Puncak gunung bukit kutu sedikit berbeza dengan puncak gunung-gunung yang ada di semenanjung kerana puncaknya terdiri dari batu-batu besar yang hampir sama seperti puncak gunung Dato di negeri Sembilan. 

Bagi pendaki yang ingin berdiri di puncak batu, disaran mengambil langkah yang cukup berhati-hati terutama ketika angin kuat melanda. kalo jatuh memang tiada harapan nak hidup. tangga yang disediakan juga agak curam. so make sure mind ur step..

Each one of Us has our own eVolution oF life, and each one Of uS goes through diffrent tests which are unique and challenging. 
But certain things are common. And we do learn things from aech others exPerience. On a spiritual journey, we All have the same destination..

Menurut kisahnya, di gunung ini dahulu ada sebuah keluarga british yang tinggal di sini, kerana itu terdapat tapak bekas rumah banglo lama yang hampir runtuh di sini. apa terjadi pada keluarga tersebut tidaklah diketahui. 
Bergambar berlatar belakangkan cerobong asap. terbaek boh..

air sungai kat sini sejuk woo.. so kalo tak mau mendaki bolehlah camping di sini.

Alhamdulillah, akhirnya jam 6 petang awang n the majins berjaya turun di kaki gunung. sememangnya pendakian di gunung ini cukup mencabar, bukan sahaja laluan treknya yang panjang dan dipenuhi pokok-pokok buluh hingga menutup jalan, tetapi cabaran yang paling  syahdu sebab tetiba perut awang meragam dek penangan mee hoon goreng. Sudahnya terpaksa lah awang cari port tersembunyi..
"memang hawau la lu landaqs..tak pernah-pernah gwe punya perut meragam sepanjang daki gunung, tapi sebab lu ikot trip, perut gwe terkejut biawak jadinya"

apa pon trip ni memang TOerbAekk sesangat. Kipidap   

Ahad, 1 Februari 2015

mY lEnSa 102 (miSi 30: BaliK dEngAn tEksi)

eVenT        : CabaRan di BukiT ApEk
dAte           : 29 SePtember 2014
VenuE        : BukiT PutiH @ ApEk, CheraS SelanGor
MemBers   : SyA MiLk, aUnty eLL, Yna KapaS, si CiMot & aiMan Mat Saje

My sTorY

Mendengar nama bukit Apek disebutkan, terlintas difikiran kenapalah namanya disebutkakn begitu? Ada ramai apek ke yang mendiami bukit ini? Satu persoalan yang agak kabur tentang jawapannya.

Maka itu untuk mendapatkan kepastian, jari jemari awang yang lentik ni mula menaip di internet mencari maklumat tentang bukit tersebut. Iyalah kan kami nak mendaki bukit ni, so semestinya segala maklumat perlu diketahui supaya senang untuk menjelaskan kepada majin-majin. 

Setelah beberapa pembacaan dibuat, barulah awang tahu nama sebenar bukit ni bukit putih, tapi disebut juga bukit apek sebab memang betul telahan awang ada ramai apek yang daki bukit ini. Tambah lagi, di laluan bukit ini terdapat juga tokong Cina.

Hujung minggu bertemankan suria pagi yang tersenyum riang, awang and the majins bergerak dari Bangi menuju ke bukit ini berpandukan kepada GPS dan maklumat yang dikongsikan otai gunung dalam blog mereka. ikut plannya jam 8.30 dah gerak, tp jam 9 masih lagi belom bergerak sebab ada lagi yang x sampai..ermmm inilah orang melayu punya perancangan.. hampeh.. sudahnya pagi tu kami mendaki dengan tak sempat nak sarapan


So finaly, setelah tersilap laluan untuk beberapa kalinya, barulah kami tiba juga di kaki bukit. Itu pun masih lagi dalam keadaan kompius menggila. Tapi apabila melihat ada beberapa orang apek yang berpakaian ala-ala baru trun dari bukit, so yakinlah kami itu laluannya.


Misi utama kami mendaki bukit ini bukanlah untuk berdiri dipuncaknya sepertimana pendakian yang lain, tetapi untuk merendamkan tubuh di air terjun yang dikatakan cantik dan unik kerana berada ditengah kawasan bandar.

Laluan trek bukit ini agak mencabar juga sebab pendaki akan lalui kawasan landai, mendaki, dan turun dan daki dan turun dan daki lagi untuk beberapa kali. Dengan tak sempat sarapan dan hanya membawa bekal nasi lemak dengan harapan nak makan di air terjun. 


Tapi padahnya menanti, salah seorang majins mengalami masalah pitam. Ini satu pengajaran bagi awang dan pendaki yang lain. Kalo nak mendaki wajib sarapan okay! Jangan terus mendaki selagi tak sarap, memang harapan lah nak pengsan sama macam majin.


Alhamdulillah segalanya telah ditentukan Allah, ada hikmah rupanya. Sedang sibuk mengendalikan majin yang pitam dan muntah-muntah, lalu lah pulak uncle yang memang mahir dalam perubatan cina. Dengan pertolongan Allah melalui perantaraan uncle ni, majin yang tak berdaya kembali pulih setelah melalui rawatan tabib Cina. Tank Q uncle, jasamu akan kami kenang..

Perjalanan diteruskan hingga sampai ke cek point 4. kawasan di cek point ni agak menarik juga sebab ada disediakan beberapa peralatan senaman. tapi yang kita bergambar dulu..hehehe

Penat mendaki, jom rehatkan diri dengan bermain dambel.. 

Antara laluan untuk menuju ke air terjun, terpaksa menggunakan tali kerana laluannya yang licin dan curam.

Group photo by Awang Fathi..


Setelah hampir sejam berehat dengan pendakian yang ala-ala santai, akhirnya tempat yang dituju menjelma di depan mata. Subhanallah memang menarik juga tempat ni.  So inilah air terjun yang terdapat di bukit putih.  

suasana yang cukup mendamaikan, ditemani cengkerik hutan dan deruman air terjun..Terbaek Bro.


1 jam 30 minit merendamkan tubuh dalam kedinginan air terjun, kami mula bergerak turun dengan jangkaan akan tiba di paking kereta dengan lebih cepat. Namun siapa sangka, kami tersilap laluan turun. Nasib yang sama dialami satu group dari UIA yang kami temui ketika dalam perjalanan mendaki ke air terjun. Menurut kata salah seorang dari mereka, mereka mendaki bermula dari bukit Ampang, tetapi dek kerana salah trek, tembus masuk ke bukit apek. Sudahnya melilau lah cari trek asal.. dorang ni adala dalam 30 orang yang hampir kesemua gadis… alahai sian mereka kan.

Bagi yang tidak tahu, bukit ampang dan bukit apek sebenarnya berjiran, so bagi pendaki kena pastikan dan lihat betul-betul laluan trek yang dilalui agar tidak silap seperti mereka dan kami. 


Silapnya kami plak kerana mengikut tunjuk arah dari seorang uncle. So dengan sadisnya kami sampai di kaki bukit tapi di taman lain. Memang haru dibuatnya. Kalo kami nak kembali ke kaki bukit tempat mula mendaki bermakna kami terpaksa lah mendaki kembali bukit yang ada dengan jarak yang lebih jauh dan mengambil masa yang lebih lama

So jalan terbaik adalah teruskan perjalanan hingga ke jalan keluar. Ingatkan dari taman kami keluar ni bolehla redah taman terus tembus ke tempat kami paking kereta. Rupanya hareeemm.. makin jauh adala… so dengan kelaparan terpaksalah melangkah keluar dari taman menuju jalan besar. Dari jalan besar kami tahan teksi terus menuju ke kereta. Pengalaman yang memang teruk dan kelakar untuk diingat.. hahaha apa pun terbaek…    

Sabtu, 11 Oktober 2014

mY lEnSa 1oo (miSi 3o: HeaR !.... FeaR !... HerE.!..)

eVenT       : DiganGgu seSuatu / PeCaH rEkoD
dAtE          : 21 JuN 2014
vEnuE       : GunUnG NuaNg, SeLanG0r
mEmbEr    : sYa MiLk

My sTorY

Segala puji hanya khusus untuk Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.

Benar bagai dikata, kalo sekali kita dah tawan kinabalu, pasti ketagih jadinya untuk mendaki.. YA! itu yang awang alami saat dan tika ini.. perasaan untuk mendaki dan berdiri di bumbung dunia melihat kebesaran Allah begitu meronta-ronta dan meluap-luap sepertinya udara yang ingin keluar dari dua bibir punggung mungil kemerahan....

Lalu apalagi yang boleh membunuh keinginan yang sedang membuak ini selain dari mendaki...

Ada macam-macam cerita yang telah awang dengar tentang gunung yang satu ini. Semuanya berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh sang pencerita. Yang pasti! cerita yang disampaikan itu bukanlah cerita penglipur lara yang sengaja direka sebagai lawak jenaka. Tapi cerita yang disampaikan itu merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

Segala cerita yang pernah singgah di pendengaran ini didengar seusai awang menjejak kaki pertama kali di puncaknya.

Ya! Awang pernah berdiri dipuncak gunung ini pada tahun 2012 bersama rakan-rakan UKSB. Dan itu merupakan pengalaman yang pertama kali mendaki gunung. Pendakian pertama itu mengambil masa yang agak panjang. Tambah tolak bahagi darab ada la Sembilan jam mendaki dari pintu masuk ke puncak dan turun pula selama 8 jam. Jumlahnya hampir ke ke 18 jam. Dan tika itu juga awang telah bersumpah untuk tidak akan menjejak kaki ke gunung ini. CUKUP! Ini pertama dan terakhir. 

Itu cerita dulu sebelum misi 30 bermula.

La ni, dek kerana nak menghilangkan rasa gatal mendaki, ditambah lagi dengan kemahuan syamil yang merengek-rengek untuk menawan puncak Nuang, maka prinsip dan keazaman yang sudah membeku dalam jiwa tercair kembali.

TAPI tekadnya satu, “aku takkan jadi seperti dahulu.”


Maka itu, seminggu sebelum Ramadan menjelma, awang dan sya-Milk berbulat tekad menawan puncak Gunung Nuang sebelum siang melabuhkan tirainya.

Jam 3 pgi kami bertolak dari bangi. Tiba di parkir kereta tepat jam 5 pagi sesudah menggalas perut di kedai mamak sebelum tiba. Turun sahaja dari kereta, kami ditegur salah seorang pendaki. Dalam boraknya kami diberitahu supaya berhati hati mendaki di awal pagi kerana selepas kem pacat, terdapat denai laluan pak belang dan juga beruang. Dek kerana itu dia dan rakannya memulakan pendakian seusai subuh berlalu pergi.


Glups,..apa lagi yang mampu dikata selain menelan air liur kecuakan. Sudahlah pelbagai cerita misteri singgah di telinga, ditambah lagi dengan kisah pak belang, memang cukup mendebarkan bagi awang.

Track menuju ke Puncak

Bismillah kami mulakan dengan tawakal menjadi bekalan sepanjang pendakian. Bukan tidak mahu mendaki sesudah mentari menjengah tetapi jika itu berlaku, bermakna malam juga yang akan bertamu saat turunnya nanti. Itu yang kami tidak mahu. So tekad dibulatkan, kepada Allah diserahkan.

Perjalanan dari kaki gunung menuju ke kem lolo di tapak perkemahan sudah cukup membuat hati diserang debar berpanjangan. Manakan tidak, kami ditemani dengan gelap gelita alam yang turut mendendangkan pelbagai bunyi-bunyian. Sies cukup menyeramkan!


Sehinggalah sampai di chek point ke 3, terpaksa awang berhenti sehingga azan subuh berkumandang, dek kerana diganggu dari penghuni alam. Manakan tidak seluruh tubuh tiba-tiba lemah menggigil kelemasan seperti ada sesuatu yang cuba menghalang laluan.  

Alhamdulillah, Seusai kewajipan ditunaikan, perjalanan diteruskan sebagaimana yang dirancang. Kali ini tiada lagi gangguan, hanya desiran angin bertiup sepoi disambut kicauan burung mencari sesuap rezeki di waktu hening pagi. Adakalanya juga kedengaran teriakan beruk-beruk liar yang bersahut-sahutan.. 

Terdapat 3 laluan pintu masuk menuju ke puncak Nuang.

akhirnya rekod Nuang berjaya diPecahkan.. terBaeklah
Jam doblas lebih tengah hari awang dan Symilk sampai dipuncak. Matahari terik dipuncak awan ketika ini seakan tidak terasa kerana di payungi ribunan pohon hutan.  Suasananya cukup indah, dengan udara yang begitu nyaman. Apalagi yang boleh dilakukan ketika jika ini bukan melepaskan kepenatan dan cuba mengmbalikan semula tenaga yang sudah hilang.

Tidur di puncak Gunung berpayungkan rimbunan pohon dan didendangkan kicauan burung... memang awesome giler.. Alhamdulillah Segala Puji Hanya Untuk Mu Allah.

Tepat jam 2.30 ptg, kami mula meninggalkan puncak untuk sampai ke kaki gunung. Untuk perjalanan turun ini agak sendu dan syahdu kerana awang terpaksa menahan kesakitan kaki yang tiba-tiba menyerang. Sudahnya turun secara sendirian ditinggal syamil kesorangan.. Jangan lah duk turun ni tetiba jumpa pak belang atau beruang.. memang HaREMM la jawabnya..huhuhu.
Kami sudah! anda Bila Lagi?

Denai laluan hutan di gunung ini agak banyak yang berubah nak dibandingkan dengan 2 tahun yang lalu. Namun laluannya tetap kelihatan cuma ada sedikit kesukaran terutama ketika dibasahi hujan.


Apapun kami sampai di pintu masuk Nuang tepat jam 6 petang dalam keadaan selamat. Alhamdulillah… pendakian ini telah memecahkan rekod sedia ada awing sebelum ini dengan jarak masa yang lebih cepat 6 jam dari pendakian lalu.. apa pun memang terbaek.  

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.