Memaparkan catatan dengan label KembaRa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KembaRa. Papar semua catatan

Sabtu, 11 April 2015

mY lEnSa 103 (AceH keMbali beRgEGar)

eVent          : 10 TaHun paSCa tSunaMi
dAtE           : 23 - 29 diSEmbEr 2014
vEnuE        : KePuLauAn acHeh IndonEsia
mEmbErs  : MeK sU, aRe mIr, Wan Tb9 & BaK tB9


My sTorY

Satu dekad telah berlalu. Aceh yang dahulunya hancur dalam masa 10 minit dikisar badai tsunami, kini sudah mampu kembali tersenyum berdiri megah dalam tempoh 10 tahun. Provinsi Aceh mengundang detak kagum bagi sesiapa sahaja yang berdiri di atas jasadnya.

Secara fizikal, kawasan di hujung Sumatera ini bahkan lebih dari pulih seperti sediakala. Rumah penduduk dibangun lebih banyak daripada jumlah yang hancur akibat bencana. Jalan-jalan raya bertar teratur indah menghubungkan setiap kawasan dan penempatan penduduk.

Bergambar di Laman Masjid Baitul Rahman bersama photoghrafer UKSB dan TV9 dan wartawan TV9

Sekolah, hospital, bangunan-bangunan kedai, pejabat dan masjid-masjid berdiri megah membuktikan rakyat Aceh telah bangkit dari lumpuh. Dana sumbangan Rp 70 triliun dari berbagai belahan pelosok bumi digunakan dengan sebaiknya.

Begitulah keadaan Aceh ketika ini saat awang menjejak kaki meneroka bumi bertuah pilihan Tuhan Rab al-Jalil yang menunjukkan kuasa Nya.  

Alhamdulillah semuanya berlaku atas kehendak Nya. Seminggu di sini atas tanggungjawab yang telah diamanahkan telah memberi ruang dan peluang awang menyaksikan sendiri kesan-kesan tsunami yang melanda Aceh seusai 10 tahun berlalu.

Sememangnya penduduk Aceh sangat kuat dan tabah dalam mengharung nikmat dan ujian Allah ini, sehinggakan jika anda ke sini, seolah-olah tidak akan percaya aceh pernah dihentam tsunami yang impaknya lebih hebat dari bom atom yang melanda Nagasaki dan Hiroshima satu waktu dahulu. Perubahannya cukup ketara.  

Keadaan Kapal nelayan yang terdampar di atas salah sebuah rumah di kampung Lampulo. Menariknya, malam sebelum tsunami melanda, pemilik kapal sedang tidur dalam kapal di atas air laut, sedar pada waktu paginya kapalnya sudah berada di atas bumbung rumah.

Kawasan ini telah dibeli oleh kerajaan untuk dijadikan tugu peringatan dan tarikan pelancong. Ada kisah mistik disebalik pemilik rumah ini sebelum berlaku tsunami, tapi nak berkongsi di sini memerlukan ruang yang panjang.

Keadaan dalam rumah di tingkat dua. di sini anda dapat saksikan gambar-gambar sewaktu kejadian tsunami melanda.

Salah sebuah kapal besar yang terdampar beberapa kilometer di kawasan bandar ketika tsunami melanda. Bayangkan betapa hebatnya ombak tsunami hingga mampu menolak kapal PLTD seberat 2 600 tan ke daratan. Subhanallah

Kini kapal tersebut menjadi objek pelancongan bagi pengunjung yang datang ke Acheh. dan menurut katanya kapal ini juga akan dijadikan muzium.

Awang sempat bergambar berlatarbelakangkan pasar aceh yang terletak di bahagian luar masjid Baitul Rahman. nak shoping telekung aceh, di sinilah tempatnya. 

Pemandangan di sekitar pasar Lampulo waktu senja.

rumah tradisional Aceh terletak berhampiran makam Iskandar Muda. Pengunjung hanya boleh melawat disekitar kawasan namun tidak dibenarkan untuk naik atas.

Kawasan perumahan penduduk yang telah dibangunkan kembali pasca tsunami. Gambar di ambil dari atas kapal PLTD. Boleh disaksikan betapa jauhnya kapal tersebut berlabuh dari laut.

Salah sebuah kawasan yang dulunya teruk dilanda tsunami. Kini selepas 10 tahun kembali membangun.

Inilah perkampungan turki. Dinamakan Turki sempena bantuan yang diberikan negara tersebut dalam membangunkan perkampungan ini. Sebelum tsunami kawasan ini sangat padat dengan penduduk berjumlah lebih 7 000 orang. Namun kini yang tinggal hanya sekitar 600 orang sahaja. 6400 orang yang syahid dalam bencana tersebut.  

Di kampung inilah hanya masjid sahaja yang berdiri kukuh ketika tsunami iaitu masjid Rahmatullah. Bangunan selebihnya musnah dibadai tsunami. Jarak kampung dengan pantai sekitar kurang 1km 
   
Gambar diambil di atas menara masjid Rahmatullah berlatarkan kawasan perumahan penduduk yang dibangunkan oleh kerajaan Turki.

Kesan bencana tsunami yang merosakkan sekitar kawasan masjid dikekalkan hingga sekarang untuk menjadi tatapan generasi akan datang. Walaubagaimanapun kawasan lain dalam masjid ini telah dibaik pulih.

Empat orang mangsa yang sempat awang temubual untuk berkongsi kisah tragis ketika tsunami membadai kampung mereka. salah seorang dari mereka ada yang pernah tersangkut di pokok kelapa selama dua hari.

Muzium Aceh. 

Bagi pengunjung yang datang ke aceh dan ingin melihat sendiri kesan-kesan tinggalam tsunami, datanglah ke sini. pastinya anda dapat melihat bagaimana kesengsaraan mereka menempuh nikmat tsunami dan membangunkan kembali peradaban mereka.

Bergambar di depan pintu masuk kediaman Gabenor Aceh

Bergambar bersama Gabenor Aceh seusai temubual dijalankan. seorang yang humble dan santun pertuturannya.

Miss Universe Aceh. comel-comel sokmo

Bergambar bersama sultan Aceh. 

Simpang masuk ke bot atas rumah.meh shoot satu gambar..

Perkuburan Massal, salah sebuah taman syurga yang dihuni ratusan ribu syuhada yang terkorban ketika tsunami melanda.

Makam Syiah Kuala (dianggap karamah) yang tidak terjejas sekalipun dilanda badai tsunami. Menurut penduduk tempatan malam sebelum tsunami melanda, terdapat sekelompok pegawai keselamatan meraikan hari krismas dengan berpesta arak dan perempuan di kawasan pantai berhampiran makam.  Tindakan biadab mereka ini menjadi antara punca kemarahan Alam hingga membadai Aceh.


Pasir di kawasan pantai ini bukanlah kuning keemasan sepertimana kebiasaanya, tetapi berwarna kehitaman.

Singgah sebentar melepas dahaga. Terbaek.

Pemandangan dari puncak salah sebuah bukit. Waktulah inilah kami teruk di marah pak askar kerana mendaki tanpa kebenaran.

Aceh sememangnya satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Walaupun peradabannya pernah luluh sepuluh tahun yang lalu, namun mereka tekad bangkit dan kini kesan-kesan tsunami hanya tinggal kekal dalam kenangan warganya. Secara fizikalnya kini, anda pasti akan tertanya “betulkah tsunami pernah melanda?” sekiranya anda memijakkan kaki di atas jasadnya.

Aceh kembali bergegar, bukan dibadai tsunami tetapi dibadai kebangkitan semangat warganya untuk maju kehadapan.
  

Ahad, 31 Ogos 2014

mY lEnSa 95 ( PerJaLanaN mEncAri TuHan)

EvEnt         : KeMBara UmRah duA k0ta SuCi
dAtE           : 25 fEbuaRi t0 08 mAc 2014
vEnuE        : MakkAtuL MukaRRamAh
mEmbErs   : SafirGotRavEL

My sTorY

LabbaiKallahu Labbaik, labbaikala Syarika kalabbaik, Innal Hamda, Wanni’mata Lakawalmulk, laa syarikalak…

Bacaan talbiah bergema dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke Mekah seusai meninggalkan Bir A’li. Pengalaman baru bagi awang bila En. Muhammad dari safirgotravel serahkan amanah untuk awang jadi ketua dan kendalikan kumpulan kedua seramai 40 orang.


Glups…tertelan air liur dibuatnya.. biar bebenor en. Muhammad ni. Dia tak tau ke yang ini kali pertama awang buat Umrah. Suka-suka hati dia je suruh awang. Mujurlah awang ni memang dah penuh bekal dengan ilmu haji dan umrah. Kalo tidak, mahu terduduk gak dibuatnya.

Kawasan Masjidil Haram yang sedang pesat dinaik taraf

Perjalanan mencari tuhan di bumi Mekah, bukanlah semudah yang disangka. Ada saja dugaan yang datang menyapa, terutama bila jadi ketua, memang tidak terlayan dibuatnya. Paling mencabar tika nak hadap kerenah manusia, ada sahaja masalah.

Belom sampai Mekah lagi, ujian dah datang menegur. Berhadapan dengan pemandu bas yang perengus, dan tidak mampu berbahasa Inggeris membuatkan komunikasi kami menjadi parah. Cakap arabnya pula ikut longhat kampung belah mak tiri nenek dia. Memang jahanam dibuatnya. Lagi bertambah parah bila awang ditinggalkan pemandu bas seusai memijak kaki di bumi Mekah waktu mencari hotel. Terkulat-kulat awang dibuatnya ditinggalkan sendirian dengan pakaian ihram. Apa nak buat ni? Huhu

Alhamdulillah sampai hotel setelah berjalan kaki hampir 20 minit. Hampeh punya pemandu, geram awang dibuatnya. Namun dengan penat tidak hilang satu lagi ujian datang. Jemaah di bawah awang ramai mengadu beg mereka hilang. Bukan sorang tapi lebih kurang 5 orang. Semua dah meroyan macam orang hilang anak. Nak tak nak terpaksalah awang uruskan, turun naik tingkat hotel carikan beg. Okay sejam lebih akhirnya semua setel. Beg yang hilang dijumpai kembali. Yang pasti telinga ni dah parah kena perli dan kena marah. Memang terbaek.

Akhirnya dapat juga melihat Kaabah di depan mata

Selepas chek in hotel, bermulalah episode mencari tuhan di masjidil haram bersama 40 jemaah dan dibantu seorang mutawif terlatih dari Indonesia. Pertama kali melihat kaabah di depan mata, seakan ada satu kuasa yang menyentak hati untuk mengakui betapa hebatnya Kekuasaan Allah. Terasa diri ini begitu kerdil sekali. Apalagi yang boleh dikatakan selain Syukur, Syukur dan syukur. “Akhirnya aku dipilih menjadi Tetamu Allah” bisik awang dalam hati.  

Pengalaman pertama kali melakukan umrah benar-benar mengusik hati. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Seusai bercukur dan dalam perjalanan untuk pulang ke hotel pada jam 3 pagi, tiba tiba awang didatangi oleh seorang makcik yang awang kira umurnya dalam lingkungan 70-an mengadu tentang kehilangan suami, dan anak menantunya ketika sedang bersa’ie.

Mencari jemaah ditengah lautan manusia umpama mencari sebutir gula dalam lautan garam

Ermm, apa awang nak buat ni? Dah lah pertama kali awang sampai Masjid Haram. Belom tau lagi selok beloknya. Ini terpaksa pula nak cari jemaah hilang dikelilingi dengan lautan manusia… uuiii memang besar tahap gaban cabarannya. Mahu atau tidak awang terpaksa juga mengambil peranan sebab awang kan ketua. So tindakan pertama awang adalah menyuruh makcik ni bertenang, Istighfar dan berdoa. Kemudian awang temankan makcik ni cari keluarga dia sampai jumpa.. Ketua yang Bertanggungjawab katanya,...

Bersama ayahanda melakukan ibadah saie

Alhamdulillah sepanjang 6 hari di Mekah, awang dapat juga buat umrah sebanyak 3 kali. Dan kesemuanya buat waktu malam selepas Isyak. Buat malam seronok sikit sebab tak panas, kalo waktu siang agak panas mencecah 40 darjah celcius, huhuhu…

Perkara yang paling mencabar buat umrah ni pada awang ketika bersaie, terpaksa berjalan dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak 7 pusingan. Dulu dalam kepala awang, rukun saie ni dibuat di atas padang pasir, sebab dari bukit ke bukit kan.. sekali rupanya silap daa.. saie dilakukan dalam bangunan yang ada aircond je. Yang mencabarnya sebab kita ni tak pakai kasut, jalan pulak atas simen.. memang tangkap betul kaki ni.. lenguh dibuatnya.. kawasan untuk saie ini ada 3 bahagian, tingkat satu yang kompom ramai orang dan boleh pijak batu bukit marwah, tingkat 2 dan 3 yang tak ramai orang.. awang lebih suka buat tingkat satu...

Sesuatu yang menarik di sini, kita boleh jumpa bermacam orang dari seluruh pelosok dunia dengan pelbagai gelagat. Dan disebabkan begitu ramainya manusia yang ada, pelbagai fesyen warna sebagai mewakili identiti diri boleh kita jumpa. Biasanya melibatkan jumlah kumpulan yang besar macam gambar di atas ni. Tujuannya agar kalo hilang senanglah nak mencari... ini kes yang biasa berlaku jemaah hilang.. 

Seusai melakukan ibadah umrah

Kawasan sekitar Masjid al-Haram. Waktu solat fardu kawasan ini akan penuh sesak.. dan tika itulah saat yang benar-benar membuatkan hati awang kagum melihat kebesaran Allah s.w.t.. 

biasalah, lepas buat umrah mesti penat, manakan tidak, berjalan jauh kot.. so kita amik tenaga dengan singgah di kedai-kedai tepi jalan cari makanan. 

Biasanya selepas buat umrah, awang tak balik bilik tapi tidur di tingkat paling atas masjid al-Haram berbumbungkan langit, bulan dan bintang.. saat ni yang paling syok sekali.. dan waktu malam biasanya memang di sinilah port awang melepaskan lelah.. kalau siang memang tak lah sebab panas..huhu

Bergambar berlatarkan tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah antara baginda s.a.w. dengan penduduk Madinah.. tapi sayang kawasan ini tidak terjaga dengan baik.. Dan di sinilah awang mendapat ganjaran secara tunai atas keceluparan awang.. Huhu

Bergambar dengan ayahanda di ladang unta.

Mak awang pesan, kalau sampai di Jabal Rahmah jangan lupa mohon doa agar dapat jodoh. sebab mak awang bimbang sampai skang awang tak kawin lagi.. So sebagai anak yang mendengar kata awang pon berdoa lah moga dipertemukan jodoh, kalo boleh dengan neelofa, Ops..heheheh... 

Bergambar di puncak Jabal Rahmah.. Ini bukit tempat pertemuan Nabi Adam a.s. dengan isterinya Hawa saat mereka turun dari Syurga.

Entah macam mana boleh pulak salah seorang Jemaah ni bawa bendera dengan mafla team JDT... so sebagai anak jati johor yang memang sapot JDT, apalagi luaskan kuasa lah... hehehe.. 

Mekah al-Mukarramah... akhirnya doa awang dimakbulkan Sang Pencipta Rab al-A'lamin.. Segala puji hanya bagi Mu Ya Allah yang memberi kemudahan dan jalan untuk awang berdiri di rumah Mu... Perjalanan ini sememangnya indah pada awang. Tuhan (Allah) tidak perlu dicari kerana sememangnya ia telah ada dalam diri. Apa yang perlu pada kita sebagai hamba Nya hanyalah perlu mendekati Nya sahaja.. Wallahu a'lam  

Selasa, 15 Julai 2014

mY lEnSa 94 ( DeJaaVoo BaraKat aL- ArD )

EvEnT          : KeMbaRa uMraH duA k0Ta SuCi
dAtE             : 25 FebUarI to 08 mAc 2014
VenUe          : YathrIb @ MadiNatuL muKarrAmaH
MeMbeRs   : SaFiRg0 TraVeL

 My sTorY

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memudahkan perjalanan hamba Nya memijak bumi Barakat Madinatul Munawwarah. 

Segalanya bermula pada tahun 2008. Ketika itu terdetik di hati ini untuk menjejak kaki di bumi Anbiya', setelah menerima satu tamparan hebat dalam hidup. Saat dan tika itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hancurnya hati ini di uji dengan satu musibah yang besar. Maka itu bermula lah trilogi permohonan seorang hamba kepada Sang Pencipta dek merasakan dengan berdiri di bumi barakat ini akan hilang segala ketidaktentuan hati ini.
      
2013, setelah 2 tahun sebagai wartawan al-Islam, nama awang naik mengikuti kembara umrah bersama pembaca al-Islam untuk membuat liputan sepanjang perjalanan. Namun hanya kerana satu masalah kecil yang tercetus, menyebabkan tempat awang diganti dengan wartawan lain. 

Sememangnya segala rancangan Allah itu lebih indah dari perancangan hamba Nya. Ada hikmah yang telah disediakan Allah untuk awang. 2014 menjadi galang gantinya sesudah 8 tahun berdoa. Indahnya perjalanan ini bukan sahaja ditemani ayahanda tercinta, bahkan secara percuma pula.. dengan misi yang sama membuat liputan untuk Safirgotravel..  Lihat, Allah sengaja tangguhkan perjalanan lalu agar awang dapat bersama ayahanda.. Ini jelas membuktikan Firma Allah dalam surah al-Baqarah 216 terlalu benar dipercayai.
   
Ayahanda awang berjubah putih bergambar bersama rakan jemaah di hadapan hotel. (pintu masuk hotel adalah di lorong antara 2 bangunan yang tersergam indah)

Madinah Munawaarah, destinasi pertama sesudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah. Subhanallah, akhirnya sampai juga awang di bumi yang penuh keberkatan ini. Bumi yang menjadi saksi berkembangnya agama Islam. Bumi yang menerima dengan selebarnya kedatangan baginda s.a.w. bersama para sahabat. Dan bumi yang tidak pernah sunyi sehingga kini dengan kehadiran umat Islam dari segenap pelosok dunia.

dulu dulu, masa belajar di ukm, awang ambil jurusan tamadun Islam, so memang teringin nak tengok sendiri keadaan madinah.. yelah, semua yang dipelajari hanya tergambar di minda..dan kini bila dah sampai Madinah barulah tahu bagaimana keadaan geografinya, sosio masyarakatnya dan semua sekali yang dipelajari..Alhamdulillah..x der la bebayang di minda jer.. dalam hati kata, oh macam ni rupanya madinah.. macam jakun pun ada katanya..haha
Di hadapan hotel kami, terdapat sebongkah batu besar yang terdapat dalam pic atas. agak pelik sebenarnya. kenapa batu ini masih kekal sekalipun dikelilingi pembangunan. setelah soal selidik dilakukan barulah awang tahu, batu ini tidak boleh dihancurkan sekalipun dibom berkali-kali. Tidak diketahui puncanya, namun ada yang mengatakan ini tempat tinggal Jin.. sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang Tahu.

Bergambar di hadapan pasar yang menjual pelbagai barangan. Kalo di malaysia, kira macam pasar lambak atau pasar malam. Sempat gak awang beli minyak wangi,dan berkesempatan melihat sedikit proses pengisian minyak wangi... Di sini, Kebanyakan penjual bukanlah terdiri dari orang Arab Madinah, tetapi dari bangsa lain seperti Turki, Afghanistan, Afrika, Indonesia dan pelbagai lagi.

Perjalanan dari hotel menuju ke Masjidil Nabawi. Di kiri kanan laluan kelihatan peniaga dari pelbagai bangsa menjual barangan mereka. Uniknya barang jualan ini hanya ditutup dengan kanvas pada waktu malam, dan di pagi hari akan ada pekerja uniform oren  membantu membuka barang jualan. so peniaga datang tinggal susun barang jualan dan tunggu pelanggan..
Ini  kalo kat Malaysia, memang sah-sah hilang.. kena kebas ngan mat pit..

Suasana di Madinah sememang begitu menenangkan dengan sosio masyarakatnya yang tertib dan sopan. 

pemandangan sekitar perkarangan masjidi nabawi di bahagian luar seusai solat zohor... 

Di bahagian dalam Masjid Nabawi... suasanya cukup aman dan damai..

Orang ramai sedang berpusu-pusu untuk masuk ke Raudhah... Time ni awang cuba juga nak masuk  tapi tidak berjaya..huhuhu..apakan daya, kita ni badan kecik jer.. dan yang duk berebut tu pulak pak arab yang 2 kali ganda besar.. sudahnya pasrah sahaja.. lagipun hukumnya cuma sunat dek kerana adanya keberkatan di kawasan tersebut..

keadaannya ketika ini seperti segerombolan ombak manusia yang menghempas pantai gamaknya...tidak putus-putus orang yang nak masuk ke dalamnya...

Inilah Raudhah.. Tempat mustajab untuk berdoa... 
dulu-dulu orang cerita pasal raudhah ni awang cuma mampu membayangkannya sahaja.. macam manalah agaknya Raudhah tu kan.. 
Akhirnya bila dah sampai sini, oo baru tau, macam ni Raudhah.. nak kata besar sangat tidak, kecik sangat pun tidak.. ia dibezakan dengan warna karpet..  di Raudhah karpetnya berwarna hijau dan dikawasan luar raudhah warna merah.. Nak solat di sini tidak boleh lama, sekejap jer sebab ada pak guard yang jaga.. so pandai-pandailah kalo dah dapat masuk Raudhah ni..

di sebelah Raudhah, terletak pula makam Baginda s.a.w. dan sahabatnya saidina Abu Bakr, dan Umar r.a.

Pemandangan waktu senja bahagian luar sekitar masjid nabawi.. sebelum masuknya maghrib..  Hebatnya masjid nabawi ni, di waktu malam, payung-payung besar yang memayungi jemaah akan ditutup.. dan di buka apabila waktu siang.. Untuk melindungi jemaah dari pancaran terik mentari..

Beginilah keadaan Jemaah yang sedang menunaikan solat maghrib.. hii time ni awang terlambat sampai tu yang sementara nak tunggu imam bangun apa lagi, terus snap gambar.. bukan senang woo nak dapat gambar macam ni.. 
Paling syahdu ketika semua sedang sujud,.. terasa macam berada di tengah lautan manusia yang sedang menghadap Allah..kita ni terasa kerdil sangat.. Masya Allah
  
Seumur hidup awang, inilah pertama kali berada ditengah lautan manusia yang sangat ramai.. beberapa kali juga seusai solat isyak atau zohor, awang akan berdiri di satu sudut penjuru masjid berdekatan dengan pintu Babus Salam.. 
Hampir sejam awang berdiri di situ, namun jemaah yang keluar dari pintu masjid tidak langsung putus-putus, seolahnya satu empangan yang penuh dengan air, pecah dan mengalirkan air yang sangat banyak.. hampir 2 jam barulah hamburan jemaah ini berkurangan.. Subanallah, tak pernah awang terpikir begini sekali keadaannya.
 selepas waktu solat, kita dapat lihat ramai kumpulan-kumpulan dari pelbagai negara akan duduk berkumpul mendengar tazkirah dari ketua masing-masing. Macam-macam gelagat, rupa, bangsa,warna kulit, loghat, dan style boleh kita jumpa.. Subhanallah, memang awang takjub sangat dengan Kuasa Allah Taala yang satu ni.. Terlalu hebat.. 

Di bahagian luar dan dalam masjid disediakan air zam.zam.. satu yang menjadi tanda tanya, dalam sehari berapa banyak cawan plastik yang disediakan agaknya yek??? semua cawan-cawan ni pakai buang, so agaknya selepas cawan-cawan ni gunakan, adakah terus dibuang atau recyle balik??? itu PERSOALANNYa
kalo terus buang, peghhh berapa banyak ruginya tu.. bukan itu jer, tapi merosakkan bumi kot..yelah cawan plastik.. ahhhh
tindakan yang langsung x boleh terima.. Harapnya dorang recyle balik lah..huhuhu

sewaktu gambar ini diambil, teruk awang kena marah dengan budak perempuan ni.. ada sorang budak kecik myb adik dorang gak siap pukul awang lagi.. hahaha...Bagi kepercayaan dorang haram mengambil gambar wanita.. kalo tak silap dorang ni dari Afghanistan.. tapi buat bodoh jerla.. hahaha.

mengabadikan kenangan atas bukit pemanah.. 
di atas bukit inilah tentera pemanah Islam ingkar arahan ketua sehingga menerima kekalahan dalam perang uhud...
gunung dibelakang awang tu namanya gunung uhud, dan kawasan bawah yang penuh khemah tulah medan peperangan uhud.

Kawasan perkuburan syahid tentera uhud.. di sini jugalah bersemadinya bapa saudara baginda s.a.w. saidina Hamzah r.a. yang syahid dalam keadaan mengerikan.

Lagi gambar bukit pemanah 
Keadaan di bazar Kurma.. macam-macam kurma yang boleh dibeli kat sini..


Indahnya perjalanan ini tidak terhenti di sini... 4 hari di bumi Madinah, perjalanan diteruskan pula menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.. 

Selamat Tinggal Madinah, Selamat tinggal Ya Rasulullah, 
Perpisahan ini hanya Sementara.. Insya' Allah akan awang kembali lagi mengunjungi Mu.. 

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.