Memaparkan catatan dengan label SamuDera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SamuDera. Papar semua catatan

Sabtu, 13 September 2014

mY lEnSa 96 ( uR aTtiTuDe ! maCam HaReeM )

EvEnT       : Kasi BuanG baDi bAnGau
dAtE          : o7 & o8 JuN 2014
vEnuE        : RuMah RaKit Wak SemPoh baGaN LaLanG
mEmbErs  : BoY JumBo, miNGGo SuaM, SePul KetaQ & MinGgo puNya aDiK

My sTorY

Deruman enjin mazda 2 dan kancil 850 meninggalkan Bandar Baru Bangi dari Opis UKSB menuju ke Bagan Lalang cukup sempoi di bakar hangat mentari pagi. Perjalanan pagi ini merupakan satu misi besar bagi kami berlima untuk menajamkan kembali skill memancing yang sudah semakin tumpul. Mana taknya  tumpul, hampir 8 bulan juga tidak memancing dek bizi mengejar tugasan.

 Untuk trip ini, kami memilih rumah rakit wak sempoh Bagan Lalang untuk membuang segala badi kebangauan kami dalam arena pemancingan. Kata orang kat rumah rakit ni lah tempat yang paling sesuai sekali sebab kat sini banyak ikan.

Boy Jumbo paling semangat, sebab kalo sebelum ini punya trip dialah yang paling lambat bangun, tapi trip ini dia nampaknya orang paling awal sekali, myb tak tido satu malam perasap batang pancing atau rendam diri dalam air bunga nak buang jin-jin bangau…hiii… 

Dari Jeti menuju ke rumah rakit hanya mengambil masa kurang 15 minit atau kurang lagi. Tak jauh mana pun tempatnya.

 Rumah Rakit Wak Sempoh, baru didirikan kalo awang tak silap, sebab fasiliti yang ada cukup selesa. Ada dua bilik, dengan harga bayaran yang berbeza. Dapur untuk memasak, dan tandas. Bilik pertama agak besar dilengkapi 2 katil 2 tingkat dan satu kipas, manakala satu bilik lagi ada 1 katil 2 tingkat dengan kipas..so bagi  Sesapa yang ada perancangan nak buat staff day atau party bestday, dan tak tau mana port yang best, awang sajest buat di sini.. memang terbaik. Tapi kalo nak berbulan madu, ermmm lupakan jer kot, langsung tak sesuai derrr…

Keadaan air sungai di sini juga cantik dan bersih serta nampak kehijauannya, taklah macam rumah rakit di Klang yang pernah awang pergi. Penuh dengan sampah sarap yang terapung dan keadaan air sungainya yang kotor dan hitam. Pendek kata cukup selesa bagi awang yang begitu mementingkan aspek kebersihan.  

 Beginilah keadaan bilik kami... dah macam hotel...satu yang awang cukup suka sebab dia sediakan sejadah, senang orang nak solat. Cuma kurangnya dia tak sediakan arah kiblat..huhuhu

 Keadaan Dapur Yang bersih dan selesa... apalagi masak meggi la..

 Kami memancing dengan pakej 2 hari satu malam, dari pukul doblas tengah hari sampai 12 tengahhari esoknya.. Untuk trip ini nampaknya semua taklah bangau sebab semua dapat ikan termasuk awang yang dapat menaikkan ikan lebih awal dari minggo suam...apalagi, bila dia nampak awang dapat ikan dulu, mencarut dan memaki la kejenya dek kerana tak berpuas hati.. hahaha… puas rasanya bila dapat kalahkan dia sekalipun badi bangau masih tak hilang, then, lepas tu awang langsung tak dapat ikan sampai balik sok nya.. hampeh.. duk gelakkan orang lagi, terima dah balasa..

Malamnya minggo suam dengan sepul ketaq plak yang punya luck… kejap-kejap ikan naik tapi yang banyak naik tu ikan mat sirat.. nak buat apa kan, buang jelah bukan boleh makan… selain mat sirat dorang turut juga menaikkan ikan duri.. ha yang ni tak leh buang, sbb leh makan…
Boy Jumbo pun nampaknya tak banyak dapat ikan tapi kira okaylah kan..  ada lagi dua tiga spesis ikan yang naik tapi awang tak berapa tau ikan apa.. yang awang tau cuma mancing nak dapat ikan jer..hehehe.. so inilah hasil tangkapan kami di sini.. Boleh tahanlah...

Ha! esoknya masa nak balik barulah kami tau kenapa kami kurang dapat ikan, rupanya ada tokey cina yang pasang jaring di sekeliling rumah rakit tu.. patutlah ikan tak banyak.. Rupanya cina punya kerja.. memang dasar cina punya cina.. perangai macam hareem… Grrrr....

 Ada satu benda yang penting awang nak mention di sini terutama bagi kaki pancing yang suka memancing di rumah rakit atau kelong.. TOLONGlah jaga kebersihan, jangan buang sampah plastik makanan anda merata-rata atau buang di sungai.. Ini mencemarkan alam semulajadi.. 

Sikap yang sangat JELIK dan buruk ok....
Ini masalah yang selalu awang perhatikan tatkala pergi memancing. Bagi awang pemancing-pemancing yang begini taraf dia sama seperti sampah. Busuk, kotor dan tak der nilai dalam masyarakat.

Satu lagi, apabila guna fasiliti yang disediakan, pastikan guna dengan baik dan berhemah, sebab ada orang lain lagi yang nak guna fasiliti tersebut. Ini tidak! Dia buat macam harta sendiri pulak. Ada satu group keluarga masa memancing kat rumah rakit ni yang buat perkara tak senonoh dan pengotor.. Boleh ke dia buang air besar dalam tandas tapi tak simbah. Berketul-ketul taik dia yang bau busuk tu. Kalo org putih kata tak FLUSh…

 GRRRRRR memang menyirap betol awang.. Taulah dalam tandas tu air bersih yang disediakan dah habis, tapi tak kan lah tak boleh amik air sungai tuk simbah…bukannya ko duk kat tengah padang pasir.. tapi duk tengah sungai kot..so stupid dan TEROK betulla dorang ni.. 
Ur Atittude! Macam Hareem..

Apapon Trip ini terbaEk sebab awang dapat ikan... 

Selasa, 16 April 2013

mY lEnSa 74 ( P0seiDoN )

EvEnT        : TriP mEmaNcinG di FB
mEmbeRs   : Majins UKSB
DaTe          : 24 & 25 FeBruaRi 2013
vEnuE         : oNe FanTHoM BaNk, KlaNg

My sTorY

Assalammualaiku...

Alkisah...Ini trip memancing pertama dalam tahun ini.. dah rancang dari tahun lepas lagi.. tapi dek kerana hujung tahun lepas adalah waktu yang kurang baik untuk turun ke laut maka perancangan ditunda ke bulan satu.. itu pun berdasarkan kelander ikan yang menunjukkan keputusan yang cantik untuk memancing di laut..

Oh tidak... nampaknya bulan satu juga tidak berjaya, entah tetiba ada pulak event Jom pesta yang sengaja dibuat untuk mensabotaj trip ni... mau atau tidak terpaksa juga dilaksanakan pada bulan 2 iaitu hujung bulan... 

Destinasi yang dituju kali ini adalah rumah api di One Phantom Bank Klang dengan jarak 27 batu nautika dari pelabuhan Klang.. kira-kira 1 jam setengah perjalanannya dari darat..memandangkan trip sebelum ini ke Kelong Lukut tidak berjaya membuahkan hasil.. maka kami ambil keputusan untuk mencuba di lokasi  yang lebih jauh dan mencabar lagi...

Gambar di atas menunjukkan jeti tempat kami naik dengan menggunakan bot yang sedang berlabuh... x besar manapun bot tu...

Sebelum naik bot, sesi gambar ber ramai-ramai..itu yang paling penting... sebabnya trip ini ditaja oleh Syarikat Brother yang bermurah hati menyumbangkan t-shirt dan sejumlah wang... Terima kasih brother,,, moga jadi abang besau lepas ni yek (untung banyaklah)..

Bayaran untuk 2 hari satu malam termasuk sewa bot, makanan dan umpan ialah rm180... tapi dek kerana mendapat tajaan maka awang cuma perlu bayar rm150 sahaja... kiranya rm30 tu subsidi lah..
Para majins sedang bersiap sedia untuk naik ke bot... senjata di tangan awang dah lama diperasap dengan kemenyan n bersiap sedia untuk mendaratkan ikan kerapu 5-6 kg... x dapat kerapu thunder or alu-alu pun kira ok...

Biar putih tulang jangan putih mata katanya...
Amacam abang Boy... senyum besau nampaknya... ada harapan kot kita nak dapat hasil lumayan..  4-5 kilo tu mesti dah kompom dalam tangan katanya..

Sebelum gerak semua muka ceria.. yelah harapan seluas laut katakan.
Ermm... sebelum bertolak memang terasa gerun sebenarnya... kata-kata member sebelum ini terngiang-ngiang ditelinga... "Mabuk laut" itulah masalah yang pasti akan awang tempuhi nanti.. so menurut kata kawan awang, "Awang! kau kena ikut cara petua orang tua dulu-dulu, kalo mula rasa pening n mabuk, apalagi kasi  tutup pusat kau n jangan bagi udara masuk.. kalo masuk mau mabuk jadinya,, n silap haribulan muntah hijau lah kau...iyekkk.....

So sepanjang jalan memang petua tu yang awang guna... tutup jerlah pusat tu.. apa kaitannya awang pun x tau.. Ahakz..(muka memang pucatlah time tu)

 Minggo salah sorang pemancing tegar dikalangan kami punya idea yang lebih baik,, apalagi makan pil lah.. ok terbaek minggo... jangan x berkesan sudah..

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah api, dapat di saksikan beberapa kapal berlabuh disepanjang perairan memunggah barangan kargo... oh macam ini rupanya.. baru awang tau..  hehehe

Sepanjang dalam bot, memang satu pengalaman yang mencabar dan pertama kalinya dalam hidup awang... yelah dengan bot fiber yang boleh muat 10-12 ni merentas lautan samudera..apatah lagi dalam keadaan cuaca yang x berapa nak baik... dah macam Jack Sparrow beradu tenaga dengan dewa Poseidon gamaknya.. melambung-lambung  bila ombak besar datang melanda.. ada tikanya bot terpaksa di perlahankan untuk mengurangkan impak langgaran ombak... kalo diteruskan juga mau terbalik bot tu... mujurlah pemandu bot punya pengalaman yang luas..

Dalam kepala awang duk terbayang, janganlah terbalik... memanglah pakai safety jaket, tapi kalo dah tengah laut, dengan x reti berenangnya, pulak tu hilang di telan ombak...oh syahdu jadinya.. huhu

Paling terasa gerun bila sudah x nampak langsung daratan.. terasa macam betul-betul ditengah lautan... oh janganlah ada ikan paus or jerung... takoooottt..

tapi kalo ikan duyung x perlah... mesti lawa cam neelofa.. ahaz

Sejam lebih bergelut dengan dewa poseidon akhirnya kelihatan juga tempat yang dituju.. Ini adalah gambar rumah api yang lama yang sudah tidak digunakan lagi..
Ha! yang inilah tempat yang betul.. Sampai pun kita di One Phantom Bank.. ini rumah api yang baru, sebelah jer ngan yang lama ok..
Jangan kata nak naik atas jeti ni mudah... kalo x kena dengan gaya dan caranya, memang boleh tergolek atas tangga tu.. kira beruntunglah, tapi kalo tergolek terus masuk laut... memang x der harapanlah kecuali kalo berat korang macam sabut kelapa memang timbul...

Abang Tajil dengan sorang member Boy, hampir jatuh sebab x pandai imbang badan sudahnya herdik dengan pemandu bot,
"korang ni semua macam pondan, naik pun x reti"

Tergelak besau awang jadinya.. tapi sian ngan dorang..hehehe
Ok.. inilah peralatan kami semua nak menundukkan ikan2 Poseidon ni..
Jangan main2... boleh kata hampir semua batang n mesin yang ada ni terbaru dari kedai lagi..
kalo x dapat memang pencen lah jawabnya..


Apalagi moh kita stat memancing.. tapi sebelum tu kenalah pastikan semua senjata sudah siap sedia.. Okey awang memang teruja dan dengan semangatnya memasang mata kail.. menurut kata bro2 yang pakar, batu guna saiz 8, mata kail saiz 3/4, dan mesin guna yang 5000 punya..

Tapi bila nak mula memasang umpan, alamak... kecewanya!!!! mamat yang berjanji nak bawa umpan mati boleh tertinggal umpan.. hampeh tul.. sudahnya terpaksa guna umpan hidup.. pe lagi apolo lah caranya..
Ha tengok tu.. sepanjang petang melayan apolo, memang x menang tangan di buatnya, x sampai 5 minit campak joran, 2 3 ekor dah melekat,... hui murah rezeki.. tapi ikan x lah besar2 cuma saiz kurang satu tapak tangan.. oklah nama pun nak buat umpan hidup kan..

Trip ni kira ok sebab x perlu nak pikir pasal masak, dah ada yang tolong masakkan.. kerja kami semua pancing n pancing saja... dalam kepala mesti dapat ikan basar.. itu misinya..

Apatah lagi sebelum pegi, dah ada sorang hamba Allah yang x berjaya nak ikut trip ni, menunjukkan rasa terkilannya dengan melontar cabaran pada kami semua di FB..
boleh dia kata, "kalo bangau juga kat OPB ni kitaorang semua memang kena mandi bunga"

Sungguh tercabar rasanya awang... tengoklah nanti awang tunjukkan gambar awang pegang ikan besar punya.. nak kasi tutup mulut dia..baru dia tau sapa awang...hehehehe

Pancing-pancing juga... makan jangan lupa k... itu acara wajib... sebab malam ni nak bertarung.. (xtualy stat kul 10 malam kami ada pertandingan memancing, hadiah lumayan kot)

Di OPB ni semuanya lengkap... dapur ada, ruang tamu ada, surau dan tandas ada, peti ais ada, airkon ada, tV pun ada.. boleh kata memang selesa yang amatlah... tapi menurut kata penjaga rumah api, kawasan ni sebenarnya x boleh memancing. Ini arahan dari jabatan Laut katanya.. tapi...

Inilah dia kawasan memancing... Sehari sebelum kami sampai, kata penjaga rumah api tu adalah dekat 40 orang... mak oi ramainya... sumpah x selesa...
Ok pertandingan bermula..

jika ikut perancangannya tengah hari baru balik ke jeti, tapi dek kerana tetiba ada pegawai jabatan laut yang nak datang serbu, mahu x mahu terpaksa gak pagi pukul sebelum pukul 8 kami kena BERAMBOS dari OPB..

mak aihh.. macam tu pulaknya... huh
Muka-muka yang kemabukan bila time balik... masa ni serius semua dah parah n kritikal.. awang laaagiii lah.. sius kalo ada sorang yang muntah, kompom semua muntah..  tutup pusat pun x jalan.. yela satu malam x tido layan pancing..
 paling x tahan bila bot ni ditutup dengan kanvas so udara x masuk.. bila udara x masuk tu yang buatkan lagi parah..

Sudahnya awang pun angkat kaki duk kat belah belakang... basah pon basahlah yang penting x muntah... tengok kembali steady jer...  
Amacam besau x ikan ni... cter banyak x guna.. hehehe...
Ha yang ini plak hasil apolo yang kami dapat petang semalamnna.., menurut kata bro2 yang pakar, apolo leh main waktu malam sebab ikan x nampak...so ini hasil petang.. xtualy ingatkan nak main apolo dari pagi sampai tengah hari tapi bila dah kena balik awal memang x der harapanlah.. kalo x mau penuh 2 tong dengan ikan..

Er,mm, pertandingan mancing x der sapa yang menang sebabnya semua orang x dapat ikan sebagaimana yang tertakluk pada syarat.. lagipun malam tu cuaca x berapa elok, pukul 5 pagi ribut melanda so semua xtiviti memancing terpaksa dihentikan serta merta..bahaya wooo... mujurlah pukul 7 dah berenti kalo tidak memang sepanjang balik tu menempuh ribut poseidon lah gamaknya.

apa pun trip ni kurang memuaskan..tapi kira oklah.. 

Isnin, 12 Mac 2012

mY lEnSa 56 (PulanG denGan HamPa)

EvEnt : MemancinG di KeloNg Pozi, Lukut, Port DickSon
MeMberS : Awea DonDe, Jojo, Boyz Grafik, Minggo, & Bro TajiL
Date : 10 & 11 Mac 2012




My sTorY

ku sangka banyak yang dapat, tapi akhirnya pulang dengan hampa... huhu..

apalagi yang mampu awang rasakan... nampaknya x dapatlah awang nak berbangga diri dengan hasil tangkapan... huhuhu.. tu lah!! sapa suruh awang berniat buruk.. ha kan dah kena sebijik.. kuang,kuang,kuang...

ini Trip kali kedua awang join bebudak UKSB memancing... kalo sebelum ini di rumah rakit tidak berjaya mendaratkan walo sekor ikan, so tuk trip kali ni awang menyasarkan harapan yang tinggi..bukan sekor tapi berekor-ekor... Bukan per, yang sebelom ini agak terok kena kutuk, jadi kali ni awang nak kasi tunjuk hebat x hebat awang dalam arena memancing ni... biar senyap mulut dorang..

mengikut rancangan asal, sepatutnya kami memancing di pulau angsa kat area Klang nun... tapi setelah mendengar pelbagai versi cerita yang kurang enak, maka perancangan asal terpaksa di ubah...

Awang memang teruja nak ke Pulau angsa tu, yelah pergi pulau kan... tapi bila ada geng bagi tau nak mancing area tu agak sukar sebab kena mancing kat chalet yang terbiar.. n kawasan tu sunyi x berpenghuni, so terpaksa tukar tempat last minit.. dikatan di situ ader rumah api yang dijaga dua orang penjaga jer.. alamak relax lah... korang ni...

nak kasi cerita tambah menarik tahap box ofice, mula la dorang cakap kat situ ader cik ponti anak yang berkeliaran.. alahai hati tikus lah korang ni...

sudahnya memancing di kelong jew...

bagi yang baru nak tau kelong tu apa, meh awang kasi xplain... kelong tu satu binaan macam rumah yang dibina atas laut tuk tujuan memancing bagi kaki-kaki pancing.. dan tuk kelong yang awang pergi ni kapasiti muatan adalah 40 orang.. itupun dah agak kroded..angka yang cantik menurut isi pandangan awang ialah 20 orang sahaja..itu sudah sangat seswai..

kami mula berkumpul di ofice, n dalam pukul 3 petang baru bertolak... itu pun sebab menunggu boy dan jojo yang lambat... ini yang paling awang x suka, janji pukul 1, tapiiii.. sampai jeti lukut lebih kurang pukul 4... then dari situ nak ke kelong adalah dalam 20 minit.. mulanya cuak gak nak naik bot, tapi bila dia bagi jaket keselamatan.. ha baru lah rasa selamat... kalo jatuh pon masih boleh terapung..hehehe


Sampai di kelong, alamak, hati tetiba rasa x best,,, mana x nya, ramai rupanya dah kat atas tu... ingatkan x ramai... so x der private lah ini macam.. haru betul lah.. mood awang pon tetiba jadi surut macam air laut..

X kan nak patah balik kan... nak x nak naik jerlah.. mujurlah ada satu port yang kosong tuk kitaorang, kalo x mau gaduh dibuatnya.. So x mau tunggu lelama, masing-masing terus pasang perambot, mata kail dan umpan..

umpan kami adalah Umpun-umpun, sotong dan juga udang...

Ok sapa nak rasmi dulu ni??? semua pakat x mo jadi perasmi, dan akhirnya awea donde yang mengalah, itu pun lepas kena kutuk... sorilah awea dah hang yang paling muda so terima jerlah..

xtiviti memacing bermula... dengan semangat dan harapan yang tinggi untuk menaikkan seberapa banyak hasil... ingat sapa dapat naikkan dulu dia dikira hebat... lesen yang penting... besar kecik lain cerita..


Dalam ramai2 tu awang punya batang joran adalah yang paling murah dan paling pendek... so x dapatlah awang nak membalingnya jauh2...anggapan awang satu jer, kalo memang rezeki kita x kemana...

Dari satu tempat ke satu tempat beralih, dari satu masa ke satu masa berjalan, dari terang membawa ke gelap, dari senyum membawa ke masam.. ikan yang ditunggu x juga menggigit umpan.. aduhai nampaknya memang malang agaknya awang ni... 2 kali trip masih x dapat lesen... suara2 kutukan dah kedengaran berkali2... apa yang boleh awang buat??? senyum jer la...

Xtualy awang demam sebenarnya, tetiba diserang virus selsema.. so memang mood bertambahnya lah kurang hari tu... yerlah kalo hidung ni asyik sok sek sok sek... memang x selesa...tapi cekalkan juga perasaan... bukan selalu kan naik kelong...


pukul doblas tengah hari kitaorang mula meninggalkan kelong dengan perasaan hampa.. hanya boy grafik yang dapat merasa tarikan ikan tuka, sekor jer pon... besar tapak tangan...yang lelain haha.. sama jer dengan awang..


apa pon ini bukan yang terakhir.. trip akan datang kita tengok sapa yang hebat ok..



Fakta Best

- untuk ke Kelong ni, kami lalu jalan lama ke Sepang, masuk ke Lukut, bukit Pelandok dan terus menuju lukut. 1 jam perjalanan
- sampai jeti naik bot ke Kelong dalam 20 minit.
- satu orang dikenakan bayaran rm40 termasuk tambang bot.
- terdapat 3 buah bilik, dengan 1 bilik air dan dapur..
- Sejujurnya tandas dan dapur memang x selesa, ala kadar sahaja.. mungkin kerana ramai orang.
- Kawasan ni memang x banyak ikan, buktinya bukan kami sahaja yang gagal, pemancing lain juga sama,... hanya mereka yang betul2 bertuah sahaja yang dapat itu pun boleh kira berapa ekor.
- air bersih disediakan dalam beberapa tong..
- air laut juga bersih x macam di Telok Gong itu hari.. mujur awang x bawa seluar, kalo x mau awang mandi..

Khamis, 1 Mac 2012

mY lEnSa 54 ( aKtiVitI BaRu )



MeMBers: hanaFi MaStika & boY gRafik
VenuE : Rumah Rakit Telok GonG KlaNg
Date : SabTu & Ahad 28/29 JanuarI 2012

My sTorY

Alhamdulillah sejak mula penghidupan baru menjadi warga utusan ini, banyak perkara dah berubah. salah satunya adalah awang dapat melibatkan diri dengan aktiviti memancing..



memang sangat berminat ngan memancing, tapi dek kerana tiada kawan yang sealiran maka minat tu hanya sekadar di simpan dalam hati...

la ni ia dapat di realisasikan juga..

So untuk trip yang pertama, awang ikut lah dorang ni memancing di rumah rakit telok gong Klang.

sonoknya memang x terucap dengan kata-kata... Alhamdulillah

Kalo ikut perancangannya kami pergi berenam, tapi dek kerana yang tiga lagi syahid dahulu sebab menghadapi masalah yang x dapat dielakkan maka tiga sahaja yang bertahan termasuk awang,..

Asalnya memang rasa macam x dapat nak join sebab pagi tu ada kursus umrah di ofice.. dan awang terpaksa menjadi pengaca majlis.. mujurlah sampai tengahhari jer.. kalo x memang kuciwa yang tersangat...

Pukul 3 awang dan nafi gerak amik boy grafik di kampung pandan, then terus mengorak langkah menuju ke Klang tuk amik umpan..

dari klang perjalanan diteruskan menuju ke jeti Telok GonG.. Pukul 6 gak kami sampai, terus naik bot pergi ke rumah rakit... x jauh pun jeti ke rumah rakit, ader la kurang 10 minit...

dalam rumah rakit tu semua Complete dari elektrik, tandas, dapur, tv, set karaoke, eh pendek ckap apa yang ada dekat rumah itulah yang ada dalam rumah rakit siap gula garam bagai pun ada.

jejak kaki atas rakit, x buang masa terus pasang umpan dan plups... aktiviti memancing pun bermula.. umpan yang diguna ialah umpun-umpun dan udang hidup.. menurut kata dorang, kalo 2 jenis umpan ni diguna memang kompom dapat ikan... hahaha yela tuh.. kita tengoklah macam mana yek..

Sambil menunggu umpan mengena sempatlah kami semua bergurau senda dan memasang harapan untuk dapat ikan yang besar punya... bukan apa kalo dapat besar berbaloi-baloi, boleh lah buat wallpaper kat komputer tuk tayang kat bebudak ofice yang x join...

Baru dorang tau macam mana untungnya kalo pegi.

Dalam pukul lapan malam, setelah 2 jam memancing tetiba terdengar teriakan gembira dari boy grafik... rupanya joran dia dah mengena... seekor ikan duri berjaya di daratkan.. tap x lah besar sangat, setengah kilo mungkin...

oklah tu,,, daripada x dapat... dan sepanjang malam tu boy grafik ngan nafi mastika bergilir-gilir menaikkan ikan...

tapii.... awang??????

aiseh, apa sudah jadi ni, sekor pon x mau lekat.... riak-riak sedih dan kuciwa macam sudah mula terpancar dimuka awang...

okey, pikir positif!!!! nama pun mancing, so kena lah ikut nasib walau dah berkali-kali menukar kawasan mancing. huhuhu

bosan menunggu akhirnya awang pon teros masuk tidur meninggalkan hanafi dan boy.. sedar2 dah pukul 5 pagi,... apalagi terus tengok batang pancing dengan harapan ader kot yang sangkut....

tapi malang harapan tinggal harapan... huhu kuciwa lagi... agaknya awang kena mandi bunga lah kot... huhuhu...

pukul doblas kita orang berangkat balik, dengan hasil tangkapan yang tidaklah sebanyak mana namun boleh tahan lah... ikan duri paling banyak...

yang pasti trip pertama kali ni bukanlah untuk awang tapi untuk dorang... huhuhu.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.