Memaparkan catatan dengan label MenYentaK aDreNaLin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MenYentaK aDreNaLin. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

mY lEnSa 101 (meNgeJar keLaJuaN)

eVenT       : TH- Media Go-Kart cHaLLenGe
dAtE         : 14 Jun 2014
vEnuE       : SePanG iNterNatioNaL Go-kArt CirCuiT
mEmBers  : MaJins mEdia

My sTorY

Semua orang tahu awang bukanlah pemandu kelajuan yang tegar di jalanraya. Biasanya ketika memandu waima di lebuh raya sekalipun pulang ke Johor, kelajuan awang hanyalah sekitar 110km sejam atau adakalanya mencecah 120km sejam. Hanya sekali sekala mencecah 140km sejam bergantung pada situasinya.

 Namun lazimnya ketika memandu di jalan-jalan biasa, kelajuan yang dibawa adalah sekitar 80-100km sejam. Dek kerana kelajuan itu jugalah awang seringkali menjadi bahan gelak rakan-rakan kerana pemanduan berhemah ini tidak sesuai atau kena dengan kelebihan kereta yang dimiliki.

Ya! Awang sangat menghargai nyawa awang yang satu ini. Sebab itulah awang segan untuk memandu dengan kelajuan yang luar biasa sekalipun kemampuan kereta awang boleh mencapai kelajuan yang lebih dari biasa.

Maka itu, apabila diberi peluang untuk memandu Go-Kart dalam cabaran Media Tabung Haji, ia bukanlah satu cabaran mudah untuk digalas.


Gila ke haper? Nak suruh awang memandu jentera ni dengan kelajuan supersonik, sekalipun dalam litar.. memang tak lah… Ibarat menunggu harimau Malaya bermain di World Cup.. mustahil bukan?


Sebenarnya bukan mudah untuk mengendalikan jentera ini dengan baik tanpa kemahiran dan latihan. Apatah lagi bila pertama kali mencuba, memang failed lah jawabnya. Ditambah lagi memiliki anatomi tubuh yang agak rendah seperti awang, lagilah sukar untuk mengawal pemanduan, sebab tak sampai kaki nak pijak pedal minyak. hahaha 


Bunyinya macam funny kan? tapi itulah realiti. sampaikan awang terpaksa guna bantal untuk membolehkan kaki memijak pedal..

Namun, walapun agak sukar tetapi Alhamdulillah segalanya dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Cuma di sisi awang, aktiviti perlumbaan ini telah berubah menjadi medan awang menguji pemanduan Go-Kart. Biarkanlah mereka yang mahir memandu dengan pantas untuk mengejar kejuaraan. Hehehe….    



Memang sudah lama awang ingin mencuba sukan permotoran ini, akan tetapi dek kerana tidak mempunyai rakan-rakn yang sealiran minatnya, keinginan itu hanya dapat disimpan dalam hati sahaja. Yelah, nak main sorang-sorang tu bukan tak boleh tapi tak terasalah keseronokannya.

Bagaikan orang mengantuk diberikan bantal, dapat jer undangan dari tabung haji, ini memang tersenyum sampai telinga dibuatnya. Bertambah hapy main dengan free pulak tu.. sapa tak nak kan..huhuhu

Sebenarnya nak bawa go-kart ni bukan lah sesukar mana pun sebabnya dia cuma ada dua pedal iaitu pedal minyak belah kanan dan brek belah kiri, kiranya budak sekolah rendah pun boleh bawa.

Apa yang penting adalah kekuatan tangan, sebabnya kereta go-kart ni tidak mempunyai power stering sebagaimana kereta awang…so ketika nak buat lap memang terasa la beratnya.. sebab tu sampai selekoh saje, jangan la gatal kaki nak pijak minyak lebih-lebih kalo tangan tak kuat kawal stereng, mau terlajak dibuatnya, Silap haribulan lagi teruk boleh terbalik..

lagi bertambah haru, seusai sahaja memandu dalam trek, tangan kita ni dah macam kena strok, kejang dan menggeletaq sekejap.. huhuhu.


Tahniah kepada tabung Haji sebab berjaya menganjurkan program-program sebegini. Disamping mengeratkan hubungan antara pihak media dengan tabung haji dan media sesama media, malah ia turut memberi ruang, peluang dan pendedahan untuk Awang mencuba aktiviti xtrem sebegini. 

Xtiviti yang sememangnya sudah lama awang teruja untuk mencubanya. Plus Credit kepada Tabung Haji sebab bagi helmet percuma.   

 Apapun ini memang terbaek sangat-sangat. Thumbs Up 3x

Selasa, 21 Januari 2014

mY lEnSa 81 (tHe pLaN)


EvEnT         : tHe BurNt 0FFeRinGs
MeMbeRs  : Sya MilK, aiDili da' TitAn, SyeD da' 0Ld SkUlL, aSri suAreZ, aI ManZ, aSri Bonch It & wAn pOco-PoC0
DaTe          : 20 OktoBer 2013
VeNue       : DuSun Tua HuLu LanGat

My sTorY

Malam minggu lalu, awang diajak oleh majin dectar tuk join dorang main laser tag..  Ini pertama kali awang dengar perkataan tu... so nak dapat input lebih apalagi, search lah kat Google...

Rupanya ini sejenis permainan yang sama tapi langsung x serupa dengan Paintball... lokasi yang dipilih tuk main permainan ni di belakang IKBN Dusun Tua Hulu Langat...

Sampai jer lokasi, pe lagi terus pasang khemah tuk dijadikan tempat beradu,... ini yang menariknya tempat ni sebab dengan bayaran sebanyak RM25 kami boleh main dari malam sampai 5 pagi.. n kemudian tido dalam khemah yang disediakan... tapi semua pakat x tido Khemah...apada membazir jer pasang..

sebelum game dimulakan, sesi penerangan oleh cik Wan Hafzan, merangkap mantan budak teater Rimba UKM...

Xtualy Dia gak yang memperkenalkan tempat ni tuk kami berhibur menghabiskan sisa malam minggu dengan aktiviti berpaedah... dah dia keja situ, so pe lagi promot habis-habisan lah...

antara kata-katanya yang masih terngiang-ngiang hingga kini dilubang telinga awang ialah:

"game sama tapi x serupa dengan paintball, sebab game ni x guna peluru. So kena tembak banyak mana pun x mungkin akan sakit, senang citer x der langsung nak lebam-lebam n berbirat badan."

"game ni hanya boleh dimainkan dalam gelap, so tempat ni hanya dibuka waktu malam, tuk laser tag.. tapi kalo nak main benda lain macam flying fox, atau water rafting boleh main waktu siang..."

"Game ni boleh korang main sampai 5 pagi, jadi suka hati koranglah nak main berapa kali round pun, yg penting 5 pagi kena stop.. yelah nak solat subuh.. ingat! main-main gak tapi solat pon kena jaga.."

"Setiap orang akan ada 3 nyawa, sapa yang kena tembak, selagi lampu kat dada x mati dianggap masih hidup lagi"

"marshal akan bagitahu sapa-sapa yang dah mati.. jadi nama yang disebut kena keluar dari kawasan permainan"

"cara main senang saja, bunuh semua pihak lawan, sapa pihak yang mati awal di kira kalah."

okay rasanya setakat tu yang awang ingat apa yg dikatakannya...

Dah bersedia semua... alatan di dada tu awang x ingat namanya tapi benda tu yang menunjukkan berapa banyak nyawa yang ada... so wajib dipakai..

not bad lah gaya korang... tapi belom cukup menggerunkan...hehehe

...majin-majin Dectar...

set lengkap bagi laser tag..(SEnapang dan set nyawa.).. peluru kalo habis boleh reload balik macam main counter strike.. setiap warna pada senapang dan nyawa mewakili kumpulan... ada merah, biru, hijau, dan kuning... so game ni boleh dimainkan 4 kumpulan sekaligus... Cara gak kan... 

main laser tag di sini  memang syok sebab kawasannya lapang x macam main kat shoping mall.. dapat rasa udara yang segar..cuma rasa penat giler sebab berlari kejar pihak lawan.. lagi satu, kita x perlu pakai mask, or baju tebal-tebal...

sesapa yang x pernah try, awang nasihat cubalah try,, memang seronok giler.. lagi seronok sebab boleh main sepuasnya dengan hanya RM25...  tapi kalo nak main yang lain gak cam flying fox or water rafting yang x berapa nak rafting, kena lah tambah lagi... 

tempat solat turut disediakan so, x yah risau k,...

bagi yang x tau nak buat apa malam2 hari..mencari-cari xtiviti menarik lain dari yang lain, or yang x pernah dengar atau mencuba permainan ni, awang sajest cubalah main... dijamin seronok, harga pun x mahal.. sakit pon tidak, cuma penat sahaja.. apa pon memang TerBAEKlah tempat ni.. kasi thumbs up sikit.

Jumaat, 12 April 2013

mY lEnSa 73 ( MoH kITa mEndUGa ArUs )

EvEnT         : Get fIt & FuN ( i c HeArT)
mEmBerS    : mAJinS UKSB
DaTe           : 23 FebRuaRi 2013
vEnUe         : Ulu SliM RiVeR pErAk

My sTorY

RM 160 uiioooo,,,,!!!! banyak tu, kalo g makan kFC, dengan menu snake Plate boleh dapat 15 set... and kalo g McD lak, amik menu Mc Chiken rasanya lagi banyak kot dapat... mau 2 x ganda... nak2 kalo amik yang set lunch,,... ishhhh  memang makan x habis lah jawab... seminggu x kuar rumah... Silap haribulan badan awang dah macam incredible Hulk... cuma x hijau jer.

Gitulah gamaknya yang boleh awang dapat dengan Rm 160...  Ingatkan boleh lah dapat free, or separuh harga ke, yelah nama pun program opis kan.. tapi...huhuhu... jauh panggang dari api rupanya, langsung x dapat...

Ok fine, nak x nak terpaksalah bayar... nak merasa punya pasal, kalo x bila lagi kan... Xtualy xtiviti ni memang dah lama awang nak cuba, sejak dari tahun lepas lagi... itu pun bila si nazi selaku opis mate awang keluarkan idea superb ni... cuma dek kerana masa yang begitu sempit lagi terhimpit, maka xtiviti ni sering tertangguh-tangguh... tapi bila majalah i c heart anjurkan, apalagi menderu jer hormon adrenalin ni... meronta-ronta katanya. 

Dengan perjalanan yang agak panjang jaraknya dari KL ke tol SliM rIveR, maka awang pun x lepaskan peluang, apalagi jom kita tido...hehehe, yela kan nak guna tenaga yang banyak tuk mengayuh rakit melawan arus ...so dengan cara ni sajer dapat mengumpul tenaga... Ini pon setelah awang buat kajian dan atas nasihat yang diberikan oleh Kementerian kesihatan Malaysia... 

So pilot and co pilot kenalah bersikap memahami.... x mau yek ada perasaan cemburu..hehehe

Buka jer mata, eh dah sampai tol ker... alamak macam baru jer terlelap...laju agaknya si zuit ni bawa keta... fuh... x patut, x patut... memang boleh membahayakan nyawa penumpang, terutama yang duk belakang... hai...langsung x menyahut seruan kerajaan.... INGAT ORANG TERSAYANG

.Ok zuit, dayah, semua dah sampai lom... cek nama dorang tu tul2, jangan ada yang tertinggal lak... nanti marah dorang.. kita yang teruk..eh yang kat tengah tu awatnya peace2 lak dia...  hehehe
Xtualy, kami dipaksa berkumpul di Tol Slim River pukul 9 pg untuk memastikan semua yang join dah sampai... katanya x mau ada yang sesat... tapi paham-paham jerlah,, kalo dah nama berkonvoi, apatah lagi si gadis comel yang memandu kereta macam gambar di atas tu,... memang x sah kalo x  sesat.. katanya keliru salah ikut kereta...alamak !!!! malunya!!! ok lah alasan tu boleh diterima kot...

Macam biasalah, nak buat apa pon xtiviti mesti ader peraturannya...jangan main sondol jer bak kata MAEL xpdC, "hei Bonggol, jaaangan sondol, nanti terlanjur, yeh, yeh, yeh... x nak jadi soh cai..." so kalo x nak jadi soh cai apalagi dengarlah arahan-arahan yang di sampaikan... ini pon untuk kebaikan kita gak kan., kan, kan...ermmm

Alamak bang, cakap tu cepat sikit, janganlah banyak sangat merapunya... x sabo dah ni nak berakit ke hulu Berenang ke Tepian...hehehe

Okay... setelah melalui beberapa tapisan akhirnya... 

taaddaaaa,,,,,...

  inilah ahli skuad pasukan awang yang telah bersedia mental dan fizikal untuk  beraksi membelah dan Menduga arus badai deras sungai ULu SliM RivEr... Fuullamakkk dah macam Jebon masing-masing...

PERINGATAN: 
apa pun yang kita buat, perkara yang utama adalah memastikan tahap keselamatan, so walopon korang mahir berenang, life jaket n topi besi mesti pakai...WAJIB ok... ini untuk mengelakkan sebarang musibah yang tidak dijangka... bak kata orang tua melepaskan batuk di tangga...hii

Ok Semua, Cik FiDa, Cik Dayah n Bro FaR it.. Sudah BersedIaKah ANDA menCabar diri dan meNduGa Arus???
KaLo dah SedIa joM...
BISMILLAHiRRahMAANiRRAHiiM...

Menurut Kata CapiTen kami,, UntUk Mengawal keseimbangan bot ni, supaya x mudah terbalik, awang dengan cik Fida kena Kemudi bahagian depan, manakala Cik DayaH n BrO Far it keMudi bahagian Belakang dengan dibantu oleh CapiTen yang akan beri arahan...

So tugas Kami adalah mendengar Arahan dengan BAIK.... kalo dia kata Forward kena dayung ke depan, bacK belakang... dan sekiranya dia sebut right or left so kami semua kena beranjak sedaya mungkin samada ke kiri or kanan.. Ok anDa semua Faham???

Mulanya agak gentar gak, Yelah nama pun pertama kali, tapi bila dah faham cara permainan nya, memang agak mudah jadinya untuk mengendalikan bot ni.. cuma ada beberapa tempat yang perlukan kawalan dari CapitaN... terutama jika laluan itu sempit. Yelah bot kan lebar, x kan lah hang nak angkat bot  untuk lepasi laluan sempit tu... memang x lah!!!

Apabila kita dah berjaya melepasi setiap halangan yang agak sukar, Mestilah rasa hapy kan.. jadinya untuk menunjukkan betapa hapy nya kita so cara nak meraikan kejayaan itu adalah dengan memukul pendayung sesama sendiri di udara, kemudian di tepuk ke permukaan sungai.. kira macam give me 5 lah kata orang putih... sbnarnya ada istilah yang dorang gunakan sendiri, tapi awang terlupa... huhu

Aktiviti ini memang guna banyak tenaga, terutama nak mengayuh melawan arus.. so sampai ditengah perjalanan kami semua diarahkan untuk berehat sebentar... bukan bersama kit kat, tapi bersama Cloud 9...

Sambil Berehat, apalagi bergambar lah... Baru ada gayanya... ops lupa nak habaq, xtiviti ni gak di sertai oleh sorang mamat bernama Zoey...ermmm.. kata orang dia artis... ye kot.. hiii

Amboi Bro Far It, posing sakan nampaknya...Melampau kot...ilex-ilex sudah....

Puas dah berehat, apalagi jom kita hadapi kembali cabaran.. tengok tu betapa semangat nya awang mengayuh n mengemudi bot selepas mendapat tenaga baru.. Mujurlah awang dah xpert kendalikan bot ni, kalo x mau terbalik jadinya..huh.

Menurut kata Capiten, waktu ni air kurang deras, so cabaran yang ada pun agak suam2 kuku..tapi kalo hujan memang lagi best katanya.. sebab arus pasti deras sederas air terjun niagar...Yap!! awang pun bersetuju dengan kata-katanya.. sebab adrenalin awang cuma dapat naik sampai setakat 80 peratus jer...

tapi ini pun dah kira ok bagi aatur macam awang...

eh! eh! korang x kayuh pun... ini tidak adil... sungguh tidak adil!!! HUH

Ops ini bukan terjatuh tapi memang sengaja jatuh ok... Scene ini diambil selepas kami hampir sampai ke penamat...ye lah x adil kot kalo awang ngan Bro Far it jer yang rasa basah air sungai tu, tapi cik manis yang dua orang tu x merasa sekali... sudahnya pakat dengan capiten kasi jatuh sama-sama...hehehe barula fair n square..

X tualy memang awang x nafikan adala terjatuh sekali, .itu pun sebab nak mengelakkan dari terHug cik Fidah...opsss!!!  Yelah, dah capiten suh kekanan dan kekanan dan kekanan,,, dah habis kekanan kot tapi stil gak bot  x dapat lepasi laluan sempit... kang akin kekanan haru jadinya ...so nak x nak terpaksalah korbankanlah diri.. kalo x kerana insiden tu, memang x mungkinlah untuk jatuh sebab kebarangkaliannya 0.0000001 peratus sahaja.

Tapi yang paling lucunya bila si bro Far it terjatuh, bukan sekali beb, tapi 2 kali kot... lagi tambah lucunya bila tengok muka panik dia yang tercungap-cungap... nak pecah perut awang bergelak...

apada,,, badan jer besau TAPI......

Lagi satu insiden yang memang leh masuk final raja lawak bila kak maI Karok jatuh sungai,,,, boleh pulak dia menjerit HELP! HELP! HELP!... mau x tergelak....HAHAHAHAHAHA

ok cukup! cukup! awang dah gelak besau ni...

YEAH!!! YAHOOOOO!!!!!  
akhirnya sampai  penamat... menurut kata Capiten, team kami adalah antara team yang terbaek pernah dia temui setakatnya ini sejak berkecimpung dalam arena water rafting...sebabnya team kami cukup berdisiplin, patuh arahan, cekap tindakan, n cukup dengan semangat berpasukan... walaweihhh, tingginya pujian...

tapi bila pikir balik memang ada pun kebenarannya...kan, kan, kan.  

Ok sekali lagi kita bergambar selepas puas mengharungi cabaran...amacam puas hati x????

awang! ermmm kurang puas sebab kurang mencabar laluannya... 
tapi apa pon ini antara pengalaman terbaek untuk awang... 

kasi thumbs up cikit...


Tengoklah muka sorang2 memang tahap hyper kanak-kanak ribena nya... eh cik fidah over nampaknya...Zuit pon sama...hehehe

(scene ni diambik time nek jip balik ke markas) sempat lagi kan korang..

awang n bro Far it jerlah yang cool... nama pun abang2 kan...

okay kawan2 kita set la masa main water rafting lagi, tapi kita buat kat Kuala Kubu Baru...kata orang situ lagi mencabar... amacam ader Bran???

Apa POn MeManG TERBAEKLAH!!!

Rabu, 12 Disember 2012

mY lEnSa 70 (Oh Maannnn )


EvenT        : Media Explore HunT 10th eDiTioN
MembErs  : Awea DonDea, Zuid SaMs0n, & FiDah i c Heart...
Date           : SatuRday, 08 DeceMber 2012
vEnue         : KLIA t0 KL Sentral & all arOund CitY


mY StoRy:

Breath in,,, Breath out....okay dont panic, let me tell u bout my xtivitis with all media last week.... this is between life n death.... but i'm still alive so far.. i can't believe that we have made it becoz it is first time in my life.. so sad but still enjoy expecially i can gain my knowledge n open all my mind...

uuhhh, RM 7k... please up ur hand if u dont want the money...  awang??? of coz i do, that y i join this explorace... Media explore Hunt for 10th edition, its so hard n so challenging for our physical n mental...

Briefing session before start the challenging.
uit tergeliat-geliat lidah nak menulis bahasa omputih ni,... macam x sonok pulak bila baca balik... x der feel rasanya... aihhh k lah kita back to normal, guna bahasa rojak lah baru ada ummps...
Macam biasa, sebelom apa-apa xtiviti nak dibuat, kena lah dengar penerangan baru tau apa dia punya rule.. kalo main hentam jer silap haribulan disqualified sebab x memenuhi syarat.. so pepe yang penting faham arahan.

Yang pertama: jawab soalan yang diberikan berdasarkan pemerhatian anda ditempat yang telah diarahkan.
Yang Kedua   : masa yang diberi adalah 6 jam dengan penalti 30 minit. bermakna jika lepas 6 jam, setiap minit akan ditolak markah.. walaweh kejam kot..
Yang Ketiga  : sekiranya gagal memenuhi masa (lebih dari 6 jam setengah secara otomatiknya disqualified) pehhh ini lagi kejam kot.. hampeh
Yang Keempat : kalo x silap awang semua soalan ada 50 kot... perhhh ini betol2 nak kasi mati ni...

8.28 am... keta kami yang paling last sekali berlepas, sebab sebelom tu awang mengalami masalah teknikal yang tak dapat nak di atasi. tapi ada hikmahnya gak... kan awea Dondea... hihi
langkah pertama, fahami kehendak soalan... ini dalam KLia X press.. perjalanan dari KLIa menuju ke KL sentraL...  adui apa susah bebenor soalannya...  macam nak pecah kepala memikirkannya...
Sampai di KL senTraL, cabaran yang menanti adalah piramid pharaoh, yang ini kacang jer, pejam mata pun boleh setle.. hehe, x lah susah pun just cari laluan yang tepat dari bawah piramid menuju ke Puncak... macam makan nasi 3 pinggan... x der hal lah bro..
ok setle, skarang punya cabaran adalah beli tiket LRT menuju ke KLCC...  sampai sana nanti barulah cabaran yang sebenar menanti..
Hah bincang lah korang camna nak jawab soalan ni... tugas awang cuma amik gambar jer k.. (xtualy awang sangat blur ngan soalan nya, mana x nya, soalan semua dalam bahasa inggeris... berbelit-belit lak tu... bahasa melayu ada gak tapi x banyak n lagi pening kepala nak faham) aiyoooo mujurlah ada en. Zuid ni... dia yang banyak jawab... TQ yek zuid..
Sedang mencari jawapan berdasarkan kepada klu yang diberikan... kalo nak tau semua jawapan ada di sekitar laluan kami dari KLcc menuju ke monorel yang awang pun x ingat stesen mana... yang awang tau agak jauh gak kena jalan kaki dalam panas terik tu.. Sian fidah....
eh relax lah bro, x kan dah goyang kot... tengok tu fidah steady jer.. alamak malu lah cam ni... apalah awea donde ngan zuid ni...

Ini chek point yang kedua... so dari sini kena nek monorel menuju ke brickfield... sampai sana nanti kena gak jawab soalan yang serupa...
Lepas jawab soalan, di chek point yang ketiga terpaksa lak membuat tosai... tapi awang x leh buat maka terpaksalah hang buat awea dondea.... x lah susah pon just campak jer macam buat lempeng kata orang...
siap nampaknya tosai kita, so apa lagi jomlah makan... awang? oh tidak, x mungkin awang akan makan... xtualy perot awang tengah sakit time tu... lagipun awang punya tekak x boleh nak masuk makanan mamak ni...eiii.... ops jangan salah sangka, bukan mendiskriminasi tapi pengalaman lalu menjadi pengajaran...  tengok si fidah tu selera tul yek kamo makan, siap mengadap lagi... kikiki..lapo bebenor nampaknya tu kan..
ini time kat KL sentral... antara tempat untuk cari jawapan bagi soalan yang gila susah... humang aii...  dan punyalah nak jawap semua soalan sudahnya x sedar masa dah nak tamat... akhirnya jadilah macam gambar di bawah ni..
Yeah muka2 yang kehampaan sebab tertinggal KLia X Press nak balik semula ke KLia..OH MAAANNNN, time ni dah cukup 6 jam rupanya... bermakna tamat sudah perjuangan nak dapatkan rm7k... yelah tren seterusnya 20 minit lagi nak sampai... jangan kata masa penalti masa simpati pun dah x der... huhu sedihnya... terus disqualified...  nak cover kesedihan tu, terpaksalah wat2 senyum...
xtualy di KLIa ada satu lagi cabaran yang kena siapkan, tapi dek kerana dah tamat masa, dari KLIa terus pegi ke Hotel... uit lapo kot. ..
sedih-sedih gak, kecewa pon kecewa gak tapi gambar senyum mesti ada... ini second team UKsB... dorang pon kalah gak.. x perlah bagi awang ini satu pengalaman yang paling best sebab dapat ilmu yang baru.. b4 ni memang x penah joint pon xplorace ni... dah join baru tau camna nak susun strategi..

so next year akan awang pastikan untuk join lagi, sekalipon x dapat tempat pertama tapi termasuk dalam senarai yang dapat hadiah pun dah kira ok... Menyesal, itu x mungkin sama sekali,...
alamak Nazi, kecewa pon janganlah sampai macamtu skali... kawal cikit perasaan tu k... x mau lah wat aksi melampau tu...
ok geng kita try lagi tahun depan, kali ni kita wat tul2 dalam satu pasukan... maksudnya kita saling bekerjasama sekalipon bukan satu team... amboi fidah ngan awea dondea, over sangat kan... tapi yang kelakar lepas lompat, tali beg fidah putus... memang teruklah hang awea dondea... g ganti balik beg fidah tu..
so nak ubat rasa kecewa tu, pe lagi beli durian, n makan kat opis... buruk punya perangai kan... ni sapa punya idea lah...

.......apa pon hari ni adalah yang terbaek bagi awang......

Selasa, 10 Julai 2012

mY lEnSa 67 ( i C hEarT: thE War iS beGin )

eVenT       : i c HearT ( PaintBall anD thE War Is bEgiN )
VeNue      : MARDI UPM
mEmBerS  : MajinS UKSB, Adda BaTerfLy, awEeRa n Peserta i C Heart
daTe         : 30 JuN 2012


My sTorY

Alhamdulillah, sekali lagi awang di beri kesempatan menyibukkan diri dalam program i c heart ni tuk kali yang kedua... kalo sebelum ni mendaki bukit, untuk minggu seterusnya awang join pula paintball... huhuhu betul2 rasa teruja dapat main game outdoor ni... dah lama sebenarnya awang nak main game ni, tapi memandangkan kos dan kekawan x der yang berminat, maka hasrat itu hanya terpendam sahaja dalam jiwa.

Bila dapat tahu yang i c heart membuka peluang pada warga staf UKSB untuk join so awang pon hantarlah nama pada kak Syaliz.. Mulanya nama awang di hold kan dahulu sebab jumlah penyertaan yang ramai... tapi bila dah awang merayu dengan kata-kata yang manis, akhirnya kak Syaliz tercair lah pulak... so dapatlah awang join...hihi jangan Mare....

 Amacam cuak x??? Sekali pandang dah macam komando lagaknya kan...

Sebelom peperangan bermula, kami diberi penerangan bagaimana untuk memulakan permainan dan segala hal yang berkaitan dengan paintball ni, dari sejarahnya sampailah kepada penamat game ini... Yelah kalo x bagitau main tibai jer x memasal masuk spital... huhu.. Asalnya game ini dimainkan oleh pembalak dalam hutan yang kebosanan sebab x der hiburan.. bermula dari itulah maka game ini mendapat tempat dalam hati setiap jiwa taiko yang ada di malaysia ni..

antara syarat wajib yang perlu di patuhi bila main game ni adalah jangan buka mask sekalipun dah menang... buka hanya bila dah keluar dari court sahaja.. Nak kata sakit kalo kena tembak, agak sakit jugalah, sebab tu kena pakai baju kalis peluru macam awang.. La ni betul2 terasa macam dalam perang,... 

Game pertama staff yang mulakan dahulu, ini bermakna awang kena beraksi... hehe... kumpulan kami ada 6 semuanya,.. dan untuk game yang pertama ini kumpulan awang menang sebab dapat tewaskan semua musuh... awang sendiri berjaya tembak 2 orang...heheheh

Tapi game yang kedua kalah plak, sebabnya kita orang tukar strategi, itu pon sebab berganti geng,...kalo geng yang sama dan stategi yang sama, kompom mesti menang punya huhu... awang adalah kena tembak gak kat kepala dan peha... mujurlah ini game jer kalo betul2 kompom bersepai kepala awang... sian...huhu

tapi memang x puas hatilah...huhu

hah lupa nak bagitau, game pertama mulanya geng kami si adda (artis jemputan) ada join sekali, itu yang semua semangat jer... tapi game yang kedua dia x join, ganti ngan orang lain tu yang kalah...merudum semangat..huhuhu..

nak wat camna.. kena gak terima kekalahan..huhu apapun memang terbaeklah...

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.