Sabtu, 8 Januari 2011

mY lEnSa 23 ( tElaH kU tAwAn aKhiRnYa )






Member : Syahril Master of Darkcreature
Venue : Bukit Broga Semenyih

My sTorY

Sejak kawan awang, cik Sheila Aspalela bagitau awang sebulan yang lalu tentang satu view yang menarik di sekitar semenyih, awang sentiasa dihimpit perasaan keinginan yang tersangat kuat mendesak-desak seluruh jiwa raga ini untuk menjejakkan kaki kesana. Beliau menyatakan disitu la tempat yang paling best untuk melihat matahari terbit. Bila awang try tengok dalam google, memang bertambah lagi keterujaan untuk menjejakkan kaki kat tempat tu. perh x sabar rasanya bila la kamera ni nak sampai kat tangan awang. Rasa menyesal giler bagi dia kat tangan orang lain. Setengah bulan yang lalu bila kamera dah kembali, tetap juga awang x dapat pergi ader saja halangan yang datang. Seminggu yang lalu, hati ni memang betul2 x tahan, macam dicarik-carik untuk pergi juga kesana tapi apakan daya, tubuh awang tetiba diserang ketidak upayaan untuk bergerak dengan perut seolah-olah berpusar-pusar dalam amukan puting beliung yang amat dasyat seperti yang berlaku di Ohio. Memang lembik la seminggu.

Semalam selepas seharian berpusing-pusing, meredah hujan mencari jalan menuju ke bukit Broga berpandukan pada firasat makrifat dan signboard, akhirnya awang temui juga lokasi yang dicari...oh kat sini rupanya, x la jauh sangat pon kira-kira setengah jam jer dari ukm. Ok cantik, dah tau jalan ni, nanti sok kna gerak, x leh tangguh dah ni. So pe lagi awang pun terusla ajak member yang skarang ni selalu kena dera ngan awang tuk temankan awang berjalan-jalan ni kalo bukan si syahril. Dia pon memang ok jer kalo diajak kemana-mana, cuma kena tahan ckitla telinga kalo dengan dia ni sebab si syahril ni suka bercerita. Penat awang nak dengar kekadang.

Hari ni, dengan semangat baru yang berkobar-kobar umpama ultraman yang baru cas tenaga dan mendapat kuasa matahari, awang menjalankan perancangan yang tertunda sebulan yang lalu. Rancangan mendaki selepas subuh x berjaya dilaksana sebabnya si syahril ni kna pegi pasar ampang n balik pukul doblas. So awang tunda ke waktu petang lepas zohor, lagipun harini cuaca redup mendung, x la panas sangat. sampai semenyih tetiba terasa rintik hujan mula melakukan serangan bertalu-talu ke seluruh badan awang. Alamak dah hampir sampai ni, ahhh... x kesahla hujan ker ribut ker awang tekadkan semangat. Puncak Broga mesti ku takluki harini juga. lagipun kawan awang ni x kesah so perjalanan tetap diteruskan.

Sampai kaki bukit, hujan yang renyai sebentar tadi mula berhenti seolah malu menunjukkan diri, Awang terasa senang hati, minta-minta la perdakian ini diberkati ilahi. Dengan perasaan yang penuh teruja yang tanpa henti, awang mulakan langkah mendaki. Laluan ke puncak memang dah tersedia so awang x la rasa susah, cuma ikut saja laluan pejalan kaki tu. Bila keghairahan n semangat tu sebati dalam diri so nak mendaki jadi steady x macam si syahril ni, dah macam nak mati awang tengok. sekejap-sekejap berhenti. tercungap-cungap, hahaha, tu la hang isap rokok, malas bersenam ha memang la x larat.Sian ko kan, memang teruk kena dera dengan awang. Nak sedapkan hati dia awang cakapla puncak x jauh jer lagi sikit tu jer. Tangan ni memang x lepas la tangkap gambar, kejap-kejap klik sana, klik sini.

Akhir puncak Broga dapat juga awang takluki.. Ya Allah, Subhanallah, cantiknya ciptaan Allah swt. X dapat nak awang gambarkan dengan perkataan, memang cantik sesangat, knapa awang x tau ader tempat yang cantik macam ni dari dulu. kalo x dah lama awang pegi. rasa macam nyesal la plak 6 tahun kat Bangi baru tau ader tempat indah macam ni. Tapi yang x sedapnya sampai kat puncak jer terus panas terik, apalagi agak membakar la juga badan ni. kelaka ader kagum pun ader. ini la yang dinamakan kekuasaan Allah swt. Sepanjang pendakian tadi hutan belukar bila dah sampai puncak seluruh kawasan ni penuh dengan rumput lalang, menarik jadinya. Rupanya baru awang perasan, bukit Broga ni ader 3 bahagian, bahagian pertama kawasan kelapa sawit, bahagian kedua kawasan belukar n bahagian puncak kawasan lalang. Sekali lagi awang cukup kagum dengan kekuasaan Allah swt. Sampai bila agaknya khazanah ini mampu bertahan dalam dunia pembangunan pesat ni kan. tetiba awang terpikir. Pastinya satu masa akan datang bukit Broga ini akan mengalami pembangunan, dan sampai saat itu pastinya keindahan Broga hanya mampu meniti dibibir generasi akan datang tanpa dapat dinikmati mereka sepertimana awang nikmati sekarang. Mungkin satu masa nanti Broga akan menjadi memorial land macam nirvana tempat persemadian roh orang Cina. Sapa tau kan.

Satu jam berlalu sambil awang n syaril duduk menikmati keindahan ciptaan Allah swt ni, Bila semakin ramai orang yang mula sampaidan menjejakkan kaki ke puncak berbanding masa awang nak mendaki tadi, so awang n syaril mula mengundur diri. Cukup sampai disini mungkin lain hari akan awang daki lagi. Nak turun ni yang tetiba mencabar pada awang. Sudah la agak curam, kaki jadi lenguh sangat, kali ni giliran awang pula yang banyak berhenti n syaril pulak yang steady. Penat x leh nak cakap la, badan dah basah ngan peluh, ni kalo perah ni mau dapat segayung ni..huh haus nya x leh nak cakap da.. kna cari minuman penambah tenaga ni. Sampai kaki bukit dah macam nak jalan dengan dagu. ini gara-gara x buat pemanasan diri sebelom mendaki la ni. Memang penat gila tapi berbaloi sangat-sangat. pas ni awang nak panjat lagi, blom puas rasa hati.

Kepada cik sheila aspalela awang nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab memperkenalkan awang tempat yang penuh keindahan ini.

Sabtu, 1 Januari 2011

mY lEnSa 22 ( KeRliPan DuniA )









Venue : Bukit Ampang
Members : Syahril, Asri & Zack


My sTorY

Dah masuk 5hb awang x update ruangan ni. X boleh biar lama2 nanti basi la cter yang awang nak tulis. Bukan awang x nak update tapi dah hampir seminggu awang terlantar kat rumah kesakitan. Awang diserang keracunan makanan, so nak tulis pon x der mood. Dah sampai hari ni, x boleh jadi ni, awang kna juga menulis, lagipun perut awang dah ok rasanya x bergelora macam beberapa hari yang lalu. Kalo beberapa hari yang lalu, huh rasa perut ni berpusar2 rasanya, macam awang duk dalam kapal Black Pearl. Pas jumpa doktor hari senin tu hari, n dah makan ubat baru la reda ckit. Tp makan ni memang nak jaga la, x leh sembarangan. Baru mula tahun baru dah kena dugaan macam ni,myb ni petanda yang tahun ni awang terpaksa menghadapi dugaan atau cabaran yang berat kot.

Menjelang tahun baru ni, dah 3 kali awang sambut kat bukit ampang, bagi yang x tau, bukit ampang tu adalah di sekitar ampang n kat atas bukit tu kita boleh nampak keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur. View dia memang sangat cantik terutama waktu malam. Ni pun kawan awang si syahril tu yang bagitau sebab sebelum ni dia memang tinggal kat ampang, so masa tahun 2009 tu dia yang sugest kat awang.

Tahun 2009 awang baru mula mendaftarkan diri kat ukm tuk master punya program, time tu x der apa benda yang nak dibuat, so awang ajakla dia g sambut tahun baru kat kuala lumpur, boleh gak tengok bunga api. Tapi dia cakap dia ader satu tempat yang best punya, boleh tengok satu bandaraya kuala lumpur termasuk genting highland. Mulanya awang x caya gak, tapi dia serius so awang pon jadi la teruja. Kita orang pegi berdua jer, mulanya nak ajak si zack, tapi dia cakap nak bawa awek dia sambut kat putrajaya. Sampai kat kaki bukit, mak oi! kiri kanan dah ader keta yang paking, biar betul ni, awang terus jer naik ngan harapan aderla kekosongan. Kiri kanan dah penuh dengan kereta,x per la, tawakal jer. turun jer bukit sikit, Alhamdulillah, ader satu port yang leh parking. Subhanallah pemandangan nya memang sangat cantik la, x tau nak cakap macam mana, boleh kata satu bandaraya kuala lumpur tu di terangi ngan percikan bunga api. bayangkan, bunga api yang di tembak di bukit bintang, kLCC, dataran merdeka, genting highland n beberapa tempat lagi dapat disaksikan sepenuhnya dari atas bukit tu. Memang giler superb cantik la. Cuma tahun tu awang x der lagi L110 so x der la gambar yang dapat dirakam. Habis jer bunga api dibakar, kita orang stay lagi, memang x leh nak gerak la, jalan tu dah berlapis2 ngan kereta. memang ramai gak warga kL yang nek atas bukit tu rupanya kan. Siap bawak anak bini lagi, dah macam berkelah pulak.

Tahun 2010 perancangan di mulakan juga, dengan harapan dapat la saksikan macam tahun 2009 n kali ni awang cuba la ajak si zack ngan asri. lagipun ubati kekecewaan si zack ni sebab tahun 2009 tu x der sambutan tahun baru di buat kat putrajaya, n yang paling menyedihkan x der bunga api..hahaha, tu laa awang ajak ngan syahril x nak, nak sambut ngan awek ha kan dah masuk angin keluar asap. Perancangan 2010 ni x la bagus sangat sebab masing-masing macam malas nak gerak, lepas awang paksa ajak baru dorang nak gerak, pulak tu nak gi amik sorang2 kat rumah. alahai ingat sampai rumah boleh terus gerak, ni tidak kna tunggu lagi dorang bersiap. memang tul2 lembab la kekawan awang ni. Dah kul 11 malam baru nak gerak ke bukit ampang, hui memang x sempat ni. sampai kat kaki bukit memang dah penuh, jalan pon dah stat jem. Sudahnya tepat pukul doblas kita orang masih dalam keta n x dapat la nak tengok percikan bunga api tu. kecewanya awang time tu. buat penat jer. untuk mengubati kekecewaan ni, so kita orang pun g la melepak kat warung atas bukit sekitar kawasan ampang. tu pun si syahril ni yang sugest gak. Nasib bek tempat yang dia bawa ni menarik,walau tiada kerlipan bunga api namun tetap nampak kerlipan cahaya kuala lumpur disinari lampu. So sambil makan tu kita orang pasang azam untuk tahun 2011 ni mesti pergi awal, ni kira perancangan setahun ni. kalo gagal gak x tau la nak cakap macam mana lagi..hehehe

2011 hampir menjelang, seminggu je lagi, awang ngan syaril dah pakat nak pegi lagi bukit ampang. kali ni x mau jadi macam tahun 2010 terperangkap dala keta. N tahun ni kalo asri ngan z lambat kita orang terus tinggalkan dorang. tu perancangannya. Khamis 2 hari sebelum sambutan, awang duk melepak ngan syaril n asri kat maple ridzwat. Memang maple tu jer la yang jadi port kitaorang, bukan per selesa dari ameer ali atau al-Fareez. kali ni Asri bersemangat nak join, lagipun tahun ni dia dah duk serumah ngan awang, x lupa kita orang ajak Zack sekali tp x mau la bagi harapan besar,. Zack ni bukan betul,kjap kata ok n kjap lagi mula wat perangai. Perancangan kali ni kita nak gerak pukul sembilan, tu pun selepas awang habis Kelas. lupa nak bagitau setiap selasa dan Jumaat awang ader kelas mengaji. x per tuk kali ni awang nak kasi habis awal,kalo biasa kul 9.30 habis kali ni pukul 9 dah tutup kelas, semangat ni x mau jadi macam tu hari.

walau sehebat mana pun perancangan manusia ni mesti x sempurna, macam tu la jadinya awang, kul 9.15 pun x habis lagi, alamak awang kna tutup sekarang gak kalo x mau kena marah nanti. Akhir kul 9.30 gak awang keluar kelas, bukan apa nak keluar ader pulak anak murid yang tahan nak tanya soalan, nak x nak terpaksa la awang layan sekejap. ni sah2 memang bingit telinga awang nanti. Sampai rumah, hah memang betul, budak si asri ngan zack dah siap tinggal nak gerak tunggu awang yang x sampai2 lagi.,Kat dalam kereta perh kena perli jerla memanjang.. nak wat camna kan memang dah salah awang. Lepas amik si syahril kat rumah dia terus kita orang gerak ke bukit ampang, time tu dah pukul 10.30, minta2 la x jem n sempat samapi.

Alhamdulillah, jem tu tetap ader tapi x la macam tahun 2010, n mudah la plak dapat paking.kiranya perjalanan dipermudahkan..huhu time tu belom 11.30 lagi so kitaorang pusing-pusing kat gerai makanan n cari port yang terbaek. Malam tu kawasan bukit ampang memang dah macam pesta la jadinya, gerai makanan penuh kiri kanan, manusia pon memang padat, cina, melayu india semua turun, arab pon ader..Awang memang x lepas tangan asyik mengambil gambar jer la..haha kan L110 dah dalam tangan so apelagi..bahagia rasanya, macam baru dapat anak pertama lepas 10 tahun kawen. Bayangkanla.

Tepat pukul 12 malam, riuh rendah jadinya bukit ampang tu, semua orang berdiri menyaksikan satu fenomena ajaib di sekitar langit kuala Lumpur. Dah macam cerita skyline masa tu, ( bagi yg x tau cter skyline tu pasal makhluk asing menyerang bumi pada waktu malam) seolah-olah kapal makhluk asing nak mendarat kat bumi kuala lumpur ni. Takjub ader, kagum ader, gembira pun ader. Sekali lagi dapat menyaksikan seluruh kuala lumpur diterangi percikan bunga api. Awang rasa hanya tahun baru jer la seluruh dunia ni diterangi percikan bunga api. n tahun baru juga la hari yang disambut seluruh manusia x kirala apa bangsa atau agama pun kan. Memang dasat r, dapat awang bayangkan, kan bagus kalo time ni awang ader kat kapal angkasa, mesti dapat tengok seluruh langit bumi penuh dengan kerlipan bunga api.Tah bila la baru dapat kan..kna aply jadi angkasawan dulu kot macam syeikh muzaffar tu.

Walaupun kali ni diserang ketidakupayaan tubuh untuk bergerak dengan baik tp bila berjaya melihat bunga api dikedudukan yang strategik n dapat lak snap gambar, semua tu dah membuatkan awang puas hati sesangat. Memang awang betul2 x larat masa tu, perut awang bergelora sesangat cuma awang kuatkan semangat juang jer tu. Yela, belom tau tahun depan dapat lagi x kesempatan tuk sambut ngan member macam ni. Kata orang zaman belajar n zaman bujang la zaman hidup yang penuh dengan keterujaan, kegembiraan, dan keghairahan.

Sabtu, 11 Disember 2010

mY lEnSa 21 ( AvAnTe CiNta Ku )








Member : fadhil @ Moqs
Venue : PWTC ( KLIMS 10 )
Date : 09 December 2010

My sTorY

Kali terakhir awang mengunjungi pameran kereta kat PWTC ni 5 tahun yang lalu, tahun 2005 kalo x silap,. Yang awang masih ingat awang tahun satu. Kali ni bila tengok kat paper ader lagi dibuat, hui gembira tul rasanya, memang x sabor nak g. Teringat awang masa 2005 tu awang pegi ngan kawan baek awang yang dok belajar kat uia, skang ni dia dah habisla, n dah keja pon..waktu tu memang rasa sonok tersangat, yela first time dapat g pameran keta, waktu tu memang dibuat secara besar-besaran. Banyak la model2 keta yang dipamerkan.. awang pon ngan member x menang tangan bergambar. masing2 gila bergambar so tukar2 la, pas dia amik gambar awang, pastu awang lak amik gambar dia..Tapi yang sedih n kuciwa tahap gaban bila gambar tu terhapus bila awang format laptop awang..huhu sampai sekarang masih terasa lagi kehilangan tu..

Bila dapat tau tahun ni ader buat lagi, kali awang dah rancang baik punya,. pertama perlu cari sorang kawan yang memang xpert bab amik gambar, (dia mesti amik gambar awang banyak2) kedua perlu ader kamera yang terbaek,..(kamera awang x der time ni, g melancong ke beijing, agak nyesal gakla bagi dia g sana huhu) n yang ketiga, cari masa yang boleh ader kat sana sepanjang hari, (x mau jadi cam sblum ni, g pagi jumaat, waktu pun jadi singkat) Kali ni awang nak dapatkan hasil lebih baik dari sebelum ni.

Calon yang seswai tuk awang ajak x len x bukan, kawan baik awang si fadhil, tp awang panggil dia moqs sebab badan dia gemuk cam kia sorento..hahaha. lagipun dia baru beli DSLR Nikon D5000..memang seswai la sangat.. fuh giler terangsang awang tengok kamera dia..pasni awang mesti nak pakai DSLR gak. tp bila tu x tau la, myb tahun depan kot..sory yek L110, bukan nak menduakan kamu cuma awang teringin nak kawen lain jer..kamo jangan marah tau.. nant awang sayang 2 2 sekali.. n jangan marah tau awang bagi D5000 guna ruangan ni..nanti awang ajak kamu pg bukit broga.. kata cik Sheila tempat tu mnarik..leh kita dating2 kat sana..

Tahun ni, nak masuk pameran kena beli tiket, nasib bek ader tiket dengan harga student, baru rm5, kalo x mau hangus rm20.. tp awang x kesah pun kalo sampai rm50..bukan selalu kan, lagipun berbaloi. apatah lagi dengan harga rm5 lagi la berbaloi-baloi cam iklan celcom blue tu..

ader 5 hall yang disediakan, memang giler. cun, meletup,canggih, tahap gaban la bila tengok keta2 yang dipamerkan tu,.. sampai adrenalin awang jadi x stabil.. hai kan best kalo ader duit banyak cam mark zukerberg tu, leh pakai keta2 mewah ni.. rasa cam nak menjerit pon ader.. setiap model keta awang suh si moqs amik gambar termasuk gambar awang sekali..x dapat keta dapat amik gambar pun cukupla..tu belom tengok model-model cun yang duk sebelah keta tu lagi..seksi + lawa jangan cakap la..hahaha..tapi yang paling bagus model-model tuk proton la.. awang tabik spring 23 kali ganda kat dorang punya bos, sebab dorang x pakai seksi cam yang lelain tu, semua pakai tutup seluruh badan kecuali belah kepala.. inila yang sepatutnya..

Macam-macam keta yang dipamerkan, semuanya hebat, tu blom lagi dengan model tuk konsep masa depan, giler canggih.. tapi yang x bestnya x der la plak keta yang bleh terbang atau yang bleh jalan atas air yang dipamerkan. Sepatutnya keta-keta cam tu patut turut sekali join, barula pameran ini dianggap yang terbaek..Setau awang kat amerika memang dah ader yang cuba buat kereta berkonsepkan macam tu, yang penah awang terbaca prototaip tuk ciptaan 3 alam dah lama dibangunkan sejak sebelum perang dunia lagi. Mungkin tuk pameran akan datang kot.

Banyak-banyak kereta yang dipamerkan, awang cukup tertarik dengan satu model kereta yang pada awang begitu cantik sekali rekaannya..memang keta ni betul2 buat awang rasa jatuh cinta sesangat. kata orang cinta pandang pertama,.dari mata turun ke hati..spek dalam dia sangat cantik pada awang..senang citer luar n dalam dia sangat sempurna..kalo awang ader duit, time tu gak awang dah beli..huhu..x per mula dari sekarang awang nak kumpul duit, nak dapatkan gak Avante ni..namanya pun seindah rupanya.. Oh avante cinta ku...love u so much..hehehe

Sabtu, 27 November 2010

mY lEnSa 20 ( SeNja NaN InDaH )











My sTorY

Hari ni hari yang indah,.. duduk menghadap matahari terbenam menghadap laut....Subhanallah inila saat yang dah lama awang ingin nikmati selama hidup hampir 27 tahun...tiada apa yang mampu diucapkan hanya kalimah pujian untuk yang Maha Esa tanda mensyukuri nikmatnya...segala yang dirancang berlalu dan berlaku dengan indahnya bahkan diberikannya lagi nikmat berganda...Alhamdulillah..hanya itu sahaja yang mampu diucapkan berulang kali...

Duduk menghadap dan melihat satu keajaiban kebesaran Allah Swt adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup awang...banyak perkara yang membuatkan awang berfikir dengan bebas, kenapa, mengapa, bagaimana, bila dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini mempunyai sebab dan musabab...hanya Allah Swt yang tahu jawapannya...dan manusia seperti awang hanya diberikan sedikit ilmu yang cetek sebagai bekalan untuk kehidupan di alam lain nanti..

Barang siapa yang mensyukuri nikmat Allah Swt, akan ditambah berlipat ganda dan barangsiapa yang tidak mensyukurinya dan bersifat angkuh maka bersedialah untuk menerima azabnya...

Manusia seperti awang seringkali tersalah faham kenapa kita diciptakan, seringkali mengabaikan tanggungjawab kita terhadap pencipta, seringkali lupa dan leka dengan nikmat dan kesenangan dunia tanpa mengambil iktibar segala yang pernah berlaku..tak mustahil pun kerana ramai dikalangan kita tidak mahu mengambil tahu sejarah lalu, apatah lagi mempelajari sesebuah sejarah... banyak alasan yang diberi...n jawapan yang biasa didengar " sejarah ni boring, mengantuk, x penting n macam2 lagi" ni berdasarkan jawapan dari kawan2 awang sendiri, sedangkan dalam al-Quran lebih separuh menceritakan tentang sejarah kerana ia satu peringatan...tepuk dada tanya selera kata orang tua..

Persoalan dilontarkan diatas adalah sebagai satu implementasi dalam minda awang petang tadi.. sebenarnya petang tadi awang ke Olak Lempit banting mencari sample data kajian..macam biasa la cari orang tua tuk ditemubual. mulanya dapat sorang, kmudian anak nenek yang awang jumpa td ajak awang g jumpa sorang lagi yang penah hidup zaman Jepun.. Alhamdulillah dipermudahkan, ikut perancangan nak jumpa sorang dapat 2 orang..so habis temubual baru pukul 5, nak balik awal lagi, pop... otak tetiba bagi idea, awal lagi ni lepak kat pantai morib bagus gak boleh tengok matahari terbenam, cuaca pun ok...so terusla awang memandu ke sana...

2 jam gak awang duk tepi pantai ngan L110, wah bestnya duk petang2 ditiup angin laut, terasa damai jer... tapi yang x bestnya duk sesorang, kalo ader member kan bagus...huhu nak wat cam na semua member dah semakin pupus, yang tinggal pon x dapat nak join...bz ngan kapel memasing...yela hari cuti ni dorang mesti nak g kuar jejalan ngan buah hati...hehehe...tapi awang pon dah biasa gak jalan kemana2 sorang jer, sampai penah kena pow la kat petaling street.. hehe pengalaman yang mnakutkan gakla....

kat Morib ni, so far ok la, cuma pantai x leh mandi, airnya kotor, kalo setakat nak jejalan tepi pantai n duk kat kaki air itu ok la gak...nak banding ngan Nakhoda Omar, yang kat Morib ni lebih hapening...ader kawasan permainan, bebudak men layang-layang, n kawasannya pun tengah membangun, ader la tempat makan yang selesa, yang awang rasa baru jer di buka...ramai gak family n kapel yang duk melepak kat situ... cuma satu jer yang paling awang sedih... ramai yang datang tu kebanyakkan nya Melayu, for sure agama Islam la, tp bila azan magrib dorang smua leh wat dono jer, padahal masjid seberang jalan jer...saf solat pon sekadar 1 perseparuh, kalo la yang kat tepi pantai tu ke masjid semua awang kompom nak wat solat jumaat dah terlebih cukup... ni la yang awang kesalkan...kalo la tetiba Allah swt datangkan Tsunami kat pantai tu, Ha haru biru nanti... ni la manusia2 yang leka... Sian kat dorang...awang hanya mampu berdoa jer la dalam hati..

bukan nak kata awang ni bagus sangat cuma x sedaplakan, apa agaknya kuarga2 China ngan India yang ader kat situ fikir... ntahla...takut gak awang dibuatnya..takut dengan natijah yang bakal berlaku...hoho...apa pun hari ni memang best,..

Jumaat, 19 November 2010

mY lEnSa 19 ( JiMaT & CeRmAT d aIdILaDha )






My sTory

huh kering lak idea nak tulis kali ni...macam payah la idea nak datang tp awang ader snap beberapa foto yang menarik dan agak exclusif.. jenuh pk apa ayat yang seswai n pnuh inovatif lagi kreatif..arhhh tulis je la pape pon yang penting korang faham apa yang awang nak sampaikan sudahla kan.... hehehe..

Raya haji ni banyak perkara yang dah dirancang tuk dibuat, ader yang dapat dilaksana dengan jayanya, ader gak yang gagal dengan hampehnya...hahaha..tul la kata orang, kita ni mampu merancang tp tu Allah swt juga yang tentukan...lemahnya manusia ni kan,,...

bulan ni banyak gak bajet kewangan awang susut sebb banyak wat xtvt luar bilik darjah, pe lagi g cari bahan tesis, g jumpa orang wat temubual, g lawat tempat2 menarik n banyak luang masa ngan kekawan tuk suaikenal sambil makan2 ... duit dah macam air gak la mengalir ngan deras macam empangan yang pecah melimpah...kalo awang x pandai urus mesti banjir punya cam kat kedah tu...tp x per la, pada awang semua tu digunakan tuk kebaikan dan kebajikan, bukan pembaziran...yer la dari awang guna tuk wat perkara yang x berfaedah baik awang guna tuk bersedekah... pahala pun bertambah...

jadi untuk mengelakkan makin susut kewangan, satu langkah perlu di buat ni supaya kekurangan tu dapat dikawal dengan jayanya...Raya haji ni awang kna drive keta, ni satu problem, mana nak cover minyak ngan tol...terpaksa la awang cari sponsor...hehehe....

pk punya pk, hah baru ingat awang ader knal 2 orang budak Bp tu hari masa dorang ader wat xtvt teater kat decta...sorang namanya yana n sorang lagi lis... kalo awang ajak dorang join skali balik kampong k gak, bleh dorang sponsor minyak n awang bayar tol jer..hahaha.. lgpun x la awang dok sowang memandu, sekurangnya ader la member tuk tman bebual dan bergurau..pe lagi capai phone trus tanya...benda camni x leh lengah nnt jadi mengah, takut dorang dah bli tket, melepas la awang nnti..hahaha..

Raya kali ni cam biasa, x la meriah, bukan macam kat kelantan, kata orang raya korban di kelantan memang meriah sejauh mana kebenaran Wallahua'lam...awang pun balik kejap jer ingat nak balik bangi hari jumaat pagi sebab malam awang ader kelas, tp mak cakap adik awang yang kat australia tu balik petang jumaat n suh awang amik kat LCCt ..aisey..cam mana ni..awang x kesah nak amik tp hehehe.. modal x der ni...x per la niat baik mesti dipermudahkan..so plan tukar balik bangi khamis, n sabtu terpaksa balik Jb balik n ahad balik bangi...dah jadi macam ni plan nak g beraya rumah member trus gagal la...huhu.apa nak wat...

hari ahad dalam perjalanan ke bangi... awang dah plan nak singgah satu tempat kat tepi highway...dah banyak kali awang lalu tempat tu, plan nak singgah tp asyik x dapat jer,...kali ni apa nak jadi x kira la yang penting awang mesti singgah...lepas jer R&R ayer keroh awang pelankan keta, buka per takut terlajak, melepas la awang nnt... Sbnarnya tempat yg awang nak singgah atas bukit, so kna la daki bukit tu tp memang ader tangga n tempat letak keta so x der masalah besar la, cuma yang awang takut kalo ader prompak or penyamun, sebab kawasan tu sunyi...x per awang kuatkan tekad nak lepak kat situ gak nak tengok matahari terbenam n tangkap gambar.. time tu dah pkul 6.50 memang tepatla masanya....

Sampai jer kat atas bukit tu, terpegun ader teruja pon ader, Subhanallah gler cantik langit sekitar highway, x tau nak cakap macam mana, memang menarik duduk atas bukit tengok matahari terbenam, apalagi, tangan x lepas r tangkap gambar...oren, unggu, putih kelabu semua bercampur dalam satu.. memang Allah swt tu Maha Cantik...rugi nya sesapa yang x dapat join tengok time tu...terasa kerdilnya awang...

alamak awang x leh lama ni, dah glap, nnt apa2 berlaku sapa nak tolong, dah la awang sorang jer kat situ...walo hati x puas terpaksa gak angkat kaki melangkah, sekurang-kurangnya keinginan nak sampai dah tercapai...Alhamdulillah..

Jumaat, 12 November 2010

mY LeNsa 18 ( DaTa vS CeRitA )

Venue: SG.Besar, Bagan Nakhoda Omar, Tanjung Karang & Empangan Semenyih Selangor
member: Syahril (master of darknes)
Date: 06 & 07 Nov 2010

My sTorY

Jauh Perjalanan Luas Pemandangan Bertambah Pengetahuan Semakin Ramai Kenalan, kata hikmah yang awang belajar masa zaman sekolah rendah dulu. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak tempat menarik yang kita temui dan semakin bertambah ilmu kita..Teringat awang semalam dalam khutbah jumaat pon ader disentuh berkaitan bait frasa ni...sebenarnya banyak tempat menarik dalam negara kita ni...bertuah dapat jadi warganegara malaysia, hidup pun selesa, masyarakatnya berbilang bangsa yang lagi bestnya banyak hiburan dimana2...Aman tu boleh la gak walopon ader jer kes2 kematian yang terpampang kat dada2 berita..accidenla, kena bunuh la, amuk la n macam2 lagi...tp tu semua x der kaitan pon ngan tujuan awang ke tempat2 menarik tu..

xtualy, dah lama sebenarnya awang pasang keinginan tuk menjejak kan kaki kat area sabak bernam ni tp ader jer yg menghalang...la ni akhirnya keinginan tu dapat gak di realisasikan sepenuhnya...kali ni memang awang bulatkan tekad tuk ke sana dengan satu misi besar tuk mengumpul data2 berkaitan tesis awang... tujuan yang utama adalah mencari beberapa orang yang pernah hidup zaman Jepun n tujuan sampingan pulak cam biasa la nak amik gambar n melihat kecantikan ciptaan Allah..

Bertemankan seorang sahabat yang memang sangat baek lagi pro segala selok belok jalan di Selangor ni maka misi bergerak terus menerobos ruang dan jalan menuju ke destinasi utama sabak Bernam.. perjalanan agak sukar ditempuhi bila terpaksa menempuh laluan yang berliku2 dan berlubang sana sini, beberapa selekoh yang agak tajam hasil asahan dari mat bangla n india yang kerjanya menurap jalan, kiri kanan bukit bukau diselangi dengan beberapa kawasan perkuburan india, sebab dorang ni x sediakan satu kawasan yang khas tuk tanam orang kot, blom lagi kesesakan yang agak teruk di Sungai Buloh..wah perjalanan ni memang mencabar urat kaki awang... nasib bekla bawa keta auto, kalo manual..huhuhu..pk la sendiri kesannya...time tu panas membahang..so tambah tolak semua tu perjalanan kesana dah makan masa 3 jam lebih...

asalnya sebelum ke sana awang dah jumpa sorang yang hidup zaman Jepun, bapa kawan awang,n cuba la nak wat apoitmen ngan dia tp dia x mau la plak tuk ditemubual.. alasan dia orang biasa..aisey bengang lak awang ngan alasan x masuk akal dia ni, cam bebudak lak... tp nak wat camna dah dia x nak so terpaksa la awang pk plan laen...

Pk punya pk sampai x leh nak pk so... aahhh pegi jela, mana tau sampai sana leh terjumpa...kalo x jumpa gak awang g rumah ketua kampung tanya kot2 ader orang kampung dia yang penah hidup zaman Jepun tu...rasanya tu jerla jalan yang terbaek leh awang pk...

On da way nak ke sana, awang jumpa lak bukit Melawati belah kiri...satu kawasan yang bersejarah n keras kata org tua...yela kat atas bukit tu la ader 2 meriam yang meletup sendiri kalo bumi selangor di ancam bahaya...ohh kat sini rupanya bukit tu..dah lama gak awang nak pg tempat ni,,..menarik ni kalo dapat singgah tp misi utama x selesai lagi, mana boleh...x per balik nnti mesti awang nak singgah gak...dah bulat tekad ni...hehehe..

Sepanjang jalan ni teruja ader, risau pun ader gak...keterujaan timbul bila tengok Subhanallah cantiknya pemandangan, kiri kanan menarik...terasa sangat suasana kampung dengan sawah padi...arrhhhh x kira....... awang kena gak siapkan misi, dapat jumpa sorang pun jadilah pastu awang nak singgah kat tempat2 menarik ..bayangkanla sepanjang jalan nak ke sabak bernam ni je, banyak tempat yang menarik yang awang jumpa, bukit melawati, kawasan kelip-kelip kg Kuantan, sawah padi, pantai, bukit bukau, n x lupa gadis-gadis kampung yang menawan... hehehe...semuanya memang meningkatkan tahap keterujaan awang...gila ah!!!!! camni satu hari pon x habis nak lawat, kna datang hari lain nampaknya...dah la awang x jumpa lagi orang tua...huhu risau gak...x per2... myb ader kot nant... awang cuba pk positif...perut pon dah menyanyi-nyanyi... macam-macam lagu yang awang dengar..rasanya kena gak singgah kat memana kasi hilang lagu-lagu keroncong yang mendayu-dayu....

nampaknya ader warung kat tepi jalan, apalagi terus awang berenti tul-tul depan warung...nak isi perut sambil tu leh la tanya kat sesapa dalam warung tu kot2 ader orang kampung ni yang penah hidup zaman jepun...hehe bijak x idea awang...Alhamdulillah bukan saja kenyang makan tp dapat maklumat baru... ader sorang yang tua dalam kampung ni dapat membantu awang...lepas bayar n minta alamat terus awang g rumah pak cik tu...Dapat sorang, kiranya x la sia-sia usaha awang g sabak Bernam n menempuh perjalanan yang jauh...Temubual berjalan dengan kurang lancar akibat masalah pendengaran dan bahasa, tp ok la gak dari x der kan...hehe..lagi satu yang x best bila anak pak cik tu tanya macam2 kat awang dengan xsperesi muka yang agak kurang mesra alam...mungkin dia x penah blaja subjek alam dan manusia kot masa sekolah dulu hehehee..atau dia ingat awang ni penyamun kot... yela zaman sekarang ni macam2 yang berlaku... awang pun x salahkan dia...

Lepas habis temubual awang terus ke pantai Bagan Nakhoda Omar, kata kawan awang tempat tu menarik so kami pun singgah sekejap,..dapat snap beberapa gambar pon jadila yang penting sampai...lagipun awang kejar masa, banyak lagi tempat nak pegi ni...Pantai tu x leh wat xtivt mandi manda sebab berbatu, airnya pun kotor...apa yang orang wat kat situ, makan2, men layang2 n menghirup udara laut...tu jerla...kalo nak snokling ker, kayak ker or xtvt air laen x leh la...bek g pulau x pun g sunway lagoon...hahaha

Perjalanan seterusnya ke Tanjung karang rumah makcik kawan awang, alang2 dah sampai kena la singgah lagipun kat situ ader sawah padi...wah bestnya dapat tengok padi depan mata cam ni...huhu segar jer mata, redup pandangan..serba menghijau sekeliling alam...Tenang, damai, aman semua terasa...huhu...teringat awang lagu What a wonderful World....Indah sungguh ciptaan Allah ni...Alhamdulillah kat sini awang jumpa lagi sorang tua yang hidup zaman Jepun.. nampaknya urusan awang di permudahkan Allah swt...syukur....duk melepak kat sini sampai x sedar masa berlalu, ader lagi satu tempat awang nak singgah ni...sempat or x yek.. dah kul 6.30...macam x sempat jer...huhu

sampai di bukit Melawati dah pukul 8... memang x sempat... dah tutup,,kawasan pun gelap gelita..,huhu.. sedihnya x dapat naik...nampaknya terpaksa la awang pegi lagi nnt... terpaksala awang amik gambar kat kaki bukit jer...sedih memangla sedih tapi nak wat camna memang salah awang gak, yg awang pi dok lelama kat sawah td pasai apa...hehehe....walopon satu tempat x dapat awang singgah tp perjalanan kali ni buatkan awang bertambah ilmu, bertambah kenalan bertambah pengalaman...dan yang paling best bertambah data....Syukur Alhamdulillah...

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.