Isnin, 11 April 2011

mY lEnSa 32 ( Eiii....BoRinGnYa ExAm )

MeMbeR : cIk ShEiLa AsPaLeLa
Venue : DeCtaR UKM
Date : 09 ApriL 2011

mY StoRy

kali ni awang nak citer pasal kawan awang.. namanya macam yang tertulis kat atas tu..sebut betul2..jangan salah sebut yek..nanti dia marah..huhu... dia nak exam kejap lagi.. ni exam yang last tuk dia...


Ha nampak kan signboard ni... jangan buat bising, kalo nak baca, kena baca dalam hati..nak dengar muzik kna pakai earphone..nanti kalo ader yang bising susahla dia nak konsentret.. mesti hati dia x tenang pastu nak jawab pon susah... sian dia..dah la penat study sampai x tido malam.. makan pon x tentu cuma makan chaw kuey tiow kungfu jer... kalo x dapat jawab mesti dia kecewa.....



Ini kat dalam Decta.. sejuk kat dalam ni dah macam bilik mayat.. semua kusi meja yang dah tersusun ni tuk dia exam... so sheila, awak bolehla pilih kusi mana yang awak nak duduk... ops jangan lupa bawa sweter, beku nanti..



Ha!! ini la sheila... dia budak fst, kos sains makanan..duk kat bangi, sian dia exam sowang-sowang.. kawan dia yang lain semua dah habis, tinggal dia jer.. sem ni dia kata nak dapat DEKAN.. nak kalahkan awang....tapi(awang sengih jer)hehehe...


Alamak mesti ader yang buat bising ni...tolongla bagi kerjesama..baca dengan suare yang perlahan k.. tengok dia dah x leh nak konsentret.. eh! eh! sheila jangan la tido, x siap nanti...tau la soklan tu susah..ha kan awak dah baca semalam... siap x tido lagi menghafal perkataan yang meraban tu... awak bangunla...kalo x dapat jawab pe kata awak baca selawat banyak2..dulu masa awang exam macam ni gak then bila awang baca selawat banyak2 ha baru ingat..awak cuba la mana tau berjaya...


yang belah kiri ni awang..disebabkan sheila ni mengantuk n tension x dapat jawab, terpaksala awang dok temankan sekali...dah setahun lebih awang x duk kat meja exam mcm ni...boleh ker agaknya yek...x perla kawan punya pasal awang cuba la..yg penting dia x tensen n tido...ni yang nak suh dia belanja awang cool blog lagi...boleh ker sheila...hehehe


Alamak soalan dia susahla pulak...menyesal lak tmankan sheila ni...apa awang nak jawab ni..dah la awang lemah bab sains ni..lagi nak ingat nama makanan saintifik...kalo ditanya macammana nak buat cekodok ikan bilis ker atau bahan-bahan nak buat kek coklat x per la..memang awang xpert...ini...adui...camna nak jawab yek...Ha! tiru si sheila lagi bagus...aisey kedekut lak sheila ni... awak, awak bagila jawapan, awang x tau ni..huhuhu


baiknya budak sheila ni..sebelom hantar jawapan dia bagi awang salin jawapan dia..ingat tadi kedekot...hehehe..sori yek sheila.... eh ni pemeriksa x marahkan kalo kita share jawapan...???? lagipun awang just temankan jer..hehehe..orang kata just nak bagi semanagt n motivasi...ok kan...




Akhirnya berjaya gak kita siapkan... so pasni sheila dah bolehla konvo... Awang taun depan kot... macam x sempatla taun ni...huhuhu... eh ader prof amik gambar kita la... senyum sikit..heheheh...



So sheila tahniah awak dah berjaya menghabiskan sukatan pelajaran awak sepanjang 4 tahun kat ukm... kalo rajin sambungla master...tapi kalo malas baik awak bekerja... ingat jgan buang masa...hehehe...

Ahad, 3 April 2011

mY lEnSa 31 ( kE mAnA aRaH kiTa )













My sTorY

oit lama lagi ka hang nak tutop lampu? cepatla sikit kita orang dah lama tunggu depan decta ni...lambat tul la si syaril ni macam kula-kula...

pon, pon,pon...teenn, teenn..eii memekak tul la korang ni..tunggu diam-diam sudah, nanti kang pak Guard datang dia marah padan muka korang.. Ha ni semua dah cukup ker, sapa lagi yang x der..syaril sorang kan..??

Okey saril dah sampai jom gerak al-ridzwat, cam biasa la...

INi la suasana yang biasa awang n budak-budak sengal teknikal ni buat lepas show kat decta... habis jer show dan kemas-kemas macam biasala g melepak minum-minum kat maple..ini memang acara wajib dak-dak teknikal.. tempat biasa kita orang lepak, mana lagi Ridzwat sebabnya kat sini selesa ckit, kawasan bersih x macam al-fariz bau busuk, dan yang paling penting x ramai orang macam ameer Ali n Farez...

Sekali melepak mau dekat 15 orang yang turun,kekadang tu dok sampai 3-4 pagi...wuiooo memang tahap giler mereng tah aper lagi pon x taula... budak laki n pompuan sama jer, kepala semua giler2, sonok sangat time tu, memang sekepala la kitaorang, dok gelak-gelak mengutuk memang x hingat dunia... Kalo dah ramai yang turun mau 4-5 meja duk bersusun panjang, orang lain tu dia punya hal la apa dia nak kata, ni malaysia k bukan afrika or india, apa yang penting kita orang enjoy duk minum-minum, borak-borak...release tension la apalagi, ni la masanya..

Zaman tu dah tamat kini, 3 tahun berlalu tanpa disedari dah banyak yang berubah, ader yang dah berumah tangga, ader yang sedang menunggu masa dan ader juga yang still single menanti sesiapa yang sudi bertakhta... Arah sudah berbeza, haluan perjalanan juga sudah x sama, ini la yang dikata adat dunia... harini kita bersama esok lusa tah kemana arah kita...

Teringat awang dengan kata-kata seorang sahabat yang juga junior teknikal, macam ginila lebih kurang kata dia, " join teknikal club ni sebenarnya membuatkan kita jadi diri kita yang sebenar... tak perlu nak cover, tak perlu nak hipokrit..apa yang kita tunjukkan disini itulah kita...

Bila pikir dan renungkan dengan firasat makrifat, memang betul kata2 kawan awang... di sini kita bebas nak buat apa sahaja, nak kutuk, nak gelak, nak marah, nak nangis, nak ketawa, nak mengarut, mencarut dan melalut... semua dirasa dan itu yang mengeratkan kita...semua dilepaskan tanpa ader paksaan...

Buat keja memang hapy2, x der tekanan siap boleh lagi gelak2 sedangkan show tengah jalan ni..giler betulla korang.. yang paling x tahan siap boleh kutuk-kutuk dalam walkie tokie lagi kalo ader yang buat kesilapan...marah, nangis, majuk, kecik hati...tu semua tolak tepi, orang kata memang keja profesionalla.. semua buang tong sampah bila show habis... dok maple gelak2... tu la yg bestnya bach awang...

Junior???? oh dorang ok cuma terlalu emo...ala ckit-ckit nak majuk... macam budak kecik..ops lupa kan dorang junior, memang patut pon...Boringlah, gurau cikit x boleh, belom kena kutuk lagi... emmmmm....

Sekarang!!! lagiii... la boring tahap cipan naga...betulla kata orang " hanya kenangan terukir di dada, bersemadi dalam sanubari, Jiwa membara menggetar rasa, tersemai seribu pengertian hidup" Dan Kamoo semua adalah yang terbaek tuk di kenangi...Kemana arah kita, tetap di situ kita ceria menggenggam memori bersama...

Sabtu, 26 Mac 2011

mY lEnSa 30 ( WaKtu itU....)






My sTorY

Waktu itu...
Kita dari latar yang berbeza, Jodoh menemukan kita...melalui teknikal di dalam Dectar, Membentuk misi bersama...

Waktu itu...
Hadirnya kita, bagaikan saudara...walau zahir & DNA kita berbeza, namun hakikatnya kita tetap serupa...

Waktu itu...
Saat yang paling indah, tidak wujud bayangan gundah, Hidup terasa mudah, bak mentari memancar cerah...

Waktu itu...
Sungguh pantas kau bergerak, selangkah awang menapak, seribu langkah kau menjarak... membawa bersama kenangan indah tawa dan gelak, sesuatu yang tidak mampu untuk awang menolak, bila kau minta untuk berganjak...

Waktu itu...
Yang berlalu biarkan ia berlalu, yang berlaku telah pun berlaku...walau jauh beribu batu, kita tetap pernah bersatu pada ketka WAKTU ITU...

Jumaat, 18 Mac 2011

mY lEnSa 29 (AwAnG NaK TenGok BeLLoN)












MemBer: BoB FraNkesTein
Date: 18 mAc 2011
Venue: PreCinT 2, PuTraJaYa

My sTorY

Cuti sekolah seminggu ni memang bestla.. walopon awang bukan lagi bergelar pelajar sekolah ataupun cikgu yang mengajar pendididkan seni ker atau pendididkan jasmani kat sekolah rendah mahupun kelas taska, tapi impak cuti ni tetap kena gak kat awang. Apa kena-mengena budak master yang dah lanjut usia ni nak berseronok time cuti sekolah. Lagipun setiap hari kan memang cuti sekolah pada awang, mana taknya hari2 makan tido jer. tu la keja tetap awang sejak setahun yang lalu awang sandang.. Ada 2 perkara yang buatkan awang terasa seronok dalam minggu ni. Keseronokkan pertama yang awang nikmati apabila tempat awang kerja part time mengisytiharkan cuti sebagai menghormati cuti sekolah. Bermaksud awang x perlu la sibuk nak datang kerja selasa n jumaat. so langkah yang paling praktikal untuk meraikan cuti yang diberi majikan awang ni apalagi balik kampung la.. kali ni memang pulun lama sikit duk kampung, lagipun musim durian tengah mengganas macam ombak tsunami kat miyabi Jepun. Orang kata mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan..fuh berperibahasa la plak...hahaha

Kegembiraan ke 2 yang dinikmati sepanjang cuti sekolah bila kat tv ader banyak rancangan yang agak best ckitla dari hari-hari biasa. Pagi ader la kartun-kartun yang seronok ataupun movie yang best ckit xpecialy kat saluran tv3. X la boring sangat bila bangun pagi-pagi.. Kalo selalu bangun buka tv, huh BOSAN tahap cipan tengok dia punya rancangan, x habis-habis ngan talkshow...tapi minggu ni lain sikit...hehehe

Actualy pagi ni ader yang luar biasa sikit tuk awang nikmati... bukan rancangan Tv, atau duk melepak dengan en.Asri yang bangun pagi x reti nak mandi apatah lagi nak gosok gigi. Bukan juga fasha sandha ajak dating ataupun makcik sebelah rumah hantar sarapan pagi..Tapi pagi ni awal pagi awang dah persiapkan diri sebab pagi ni awang dengan bOb frankesten nak tengok fenomena indah di langit putrajaya. Dan harini juga telah awang nantikan sejak 30 hari yang lalu saat awang terbaca iklan di suratkhabar.

Yah Belon udara panas yang dah tahun ketiga memunculkan diri di sekitar putrajaya.. Tahun yang sebelomnya memang awang tak tahu kehadirannya tapi tahun ini memang dah rezeki.. So sampai kat putrajaya dalam pukul 9 tengok dah ramai manusia yang dok berkumpul di dataran.. masing-masing dengan kamera yang dah memang tahap super dewa dengan lensa yang giler tak hingat dunia.. Ader 6 belon dah terapung diruang udara dengan 5 darinya untuk dinaiki orang awam.. Mulanya nak la rasa pengalaman naik belon tu tapi bila kena beratur panjang, tambah lagi bayaran yang x setimpal-dumpal dengan service yang diberi buatkan awang pk, x perla.. beter awang guna tengok wayang lagi bagus, 2 movie boleh ditengok dari habiskan tuk belon jer.. Bayar rm10 pastu naik belon tu x sampai 10 minit, pulak tu x tinggi dia naik..huhu rugi,rugi..

Tapi yang paling menarik ader belon yang berbentuk doraemon, dark vader n pelbagai lagi bentuk..memang cantik...rugi la bagi sesapa yang x datang n x tengok...bukan selalu, setahun sekali jer.. inila yang bestnya duk kat Malaysia... kalo negara lain belom tentu lagi dapat peluang macam ni..

Ahad, 6 Mac 2011

mY lEnSa 28 ( HaRi KeLuArGa FST )





















Members: BoB FrAnKesTeiN & WaRga LaB MikRob
Venue : CaMaR LauT BaGaN LaLanG
Date : 05 & 06 MaC 2011

My sTorY

Dah lama awang dengar bout Bagan Lalang tapi x pernah pon berpeluang ke sana. Selalu member-member yang cakap, kalo nak makan seafood yang paling dekat dengan Bangi, Bagan Lalang la tempatnya.

Berpeluang join hari keluarga lab mikrob FST minggu lepas memang satu pengalaman yang menarik pada awang. Ini pon sebab bOb Frankestein yang ajak, so dengan hati yang berbunga gembira awang pon cakap ok,,,lagipon free tak perlu bayar. Hari sabtu pukul 10 kitaorang berkumpul depan FST, then pukul 11.30 terus bertolak. Dari bangi ader la dalam satu jam gitu perjalanan melalui jenderam hilir, bandar salak Tinggi, Sepang dan akhirnya sampaila ke camar resort Bagan Lalang..

Lepas makan tengah hari, kitaorang chek in tu pon pukul 2.00 baru dapat masuk bilik.. lepas tu setup mana yang patut, macam biasala buat kerja teknikal pasang P.a sistem dan prepare barang-barang tuk sukaneka petang nanti. Aktiviti sukaneka bermula jam 4 petang jadi sementara ada masa lagi ni awang dengan bob apalagi bantai la karaoke kasi lepas gian menghiburkan warga Camar resort.

Pukul 4 aktiviti bermula, dan awang selaku orang luar hanya bertindak sebagai jurugambar tidak rasmi,.Acara dimulakan dengan bahagian kanak-kanak ( tiup belon, kutip gula-gula, dan isi air dalam botol) Ha! yang ni awang x leh masukla walopon berat badan awang menyamai kanak-kanak 12 tahun....faham2 la yek..hehehe. Wanita (anyam ketupat, masukkan bola dalam jaring) dan lelaki acara menyumpit dan futsal.. ha tapi yang bab futsal ni memang awang x boleh miss punya.. Walopon x prepare apa-apa, xpecialy bab pakaian (yela awang pakai seluar jin kot) tapi dsebabkan keghairahan nak tunjuk skil chicarito kat dorang so lenjan jerla..hehehe. Dan akhirnya team kitaorang menang dengan bergaya gak...YEAh satu tepukan tuk TeaM awang sekalipon dibarisi pemain yang setaraf mokhtar Dahari sekarang..(semua dah xpired).

Habis jer acara sukaneka, so awang apalagi terus ajak bob pegi pantai dengan harapan tuk melihat suasana pantai n matahari terbenam.. Memang yang ni awang x sabar, mesti menarik tuk amik gambar. HUiiiiooO memang banyakla view yang menarik kat pantai bagan lalang ni... sepanjang pantai banyak khemah-khemah yang dipasang. Rupanya kat pantai ni boleh mandi-manda n buat aktiviti air,. Sebelum ni awang ingatkan pantai bagan lalang ni macam pantai kat morib, rupanya 100% silap.. Pasir nya halus dan lembut, pantai luas n landai cuma air jer yang x berapa bersih tapi still boleh mandi..Rasa menyesal lak x bawa towel n tukar baju tadi kalo x boleh awang berendam. X per, bob sok pagi pas senamrobik kita gi mandi k..Satu arahan dari awang tuk bob.Petang tu aktiviti kitaorang hanya mengambil gambar-gambar yang menarik terutama makhluk-makhluk ciptaan Allah Swt yang memang indah ciptaanNya dengan aksi yang pelbagai.

Malam selepas maghrib acara diteruskan dengan barbe Q, makan-makan, penyampaian hadiah dan berkaraoke sampai boring...Pagi esokya acara diteruskan dengan senamrobik dan sesi bergambar beramai-ramai. Lepas tu apalagi awang ngan bob terus ke pantai nak berendam puas-puas balas dendam sebab petang semalmnya x dapat berendam. Nasib baek pagi tu air masih pasang walopon x setinggi petang semalam tapi kira okla..Memang Puas berendam sampai terbakar badan..hahaha... Tengah hari dalam pukul satu kitaorang chekout meninggalkan Camar Resort Bagan lalang dengan harapan, BOB pasni kita camping kat sini lak, tidur satumalam mesti bestkan.

Selasa, 15 Februari 2011

mY lEnSa 27 ( TiDaK KeRiNg GuSi )











MeMbeRs : Syahril da Dark Creature & BoB Frankestein
venue : Sungai Chongkak
Date : 15 Feb 2011

My sTorY

Sepanjang malam tadi awang asyik tergelak sorang-sorang bila teringat apa yang berlaku sepanjang hari semalam. Di tambah lagi bila melihat dan meng-edit gambar-gambar yang sempat awang shot semalam menambahkan lagi rasa keenakan bergelak tawa keseorangan sambil ditemani lagu-lagu evergreen kesukaan awang. Pagi ni bangun tido pun maseh tersenyum lebar bila memori semalam menerjah seketika dalam benak minda. Terlalu banyak scene dan suasana menarik yang buat awang gelak. Even nak menukilkan dalam ruangan blog ni pun masih juga tersenyum sesorang..HAHAHAHAHA.... Inila yang dinamakan kehidupan kan, ada masa kita akan sentiasa diulit dengan perasaan yang gembira hingga saat sentiasa dikelilingi dengan gelak tawa, tapi jika waktu duka tiba airmata yang akan menjadi teman setia.

Hari Isnin selepas sahaja Kem Perkasa menutup tirai di panggung seni, awang tetiba melontarkan ajakan kepada Syahril da Dark Creature tuk gi bermandi manda di sungai Chongkak sebab tau hari selasakan cuti maulidur Rasul saw. So dari x buat apa-apa kat rumah elok gak kalo dapat keluar bersosial, Dapatla menghilangkan segala stress yang bersarang dalam otak ni yang berserabut dah macam busut. Tapi macam biasa la ajakan awang disambut dengan endah x endah... Malamnya awang teringat pulak nak ajak sorang lagi kawan baek awang tuk join xtviti ni, kalo ramai kan meriah so terus awang kerumah dia tanya kot2 dia berminat. Alhambdulillah dia ingin sertai awang sambil menunjukkan perasaan yang begitu teruja dan tersangatla beriya-iya hingga x sedar kaki awang telah dipaut dalam pelukannya. Bab makanan jangan bimbang, kali ni awang sediakan nasi goreng spesial punya, awang masak sendiri,kata awang bila si kawan baek awang ni Bob Frankesten bertanyakan soalan bab makanan yang awang rasakan sangat tidak bernas, macam soalan budak tadika...hahaha..

Pagi selasa lepas solat subuh pukul 6.30 pagi terus awang ke dapur tuk menyediakan nasi goreng spesial lagi spicy tuk dibawa berkelah nanti. Yap dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir, awang berhempas pulas menyediakan menu hidangan ini yang awang namakan nasi goreng senyum.. Fuh mesti sedap lagi menyelerakan.. n sapa yang makan pasti akan tersenyum sentiasa. Sedang awang sibuk berjuang di dapur, tetiba jek pintu rumah kena ketuk, aisey sapa lak pagi-pagi buta ni datang rumah orang, x kan pencegah maksiat... sapa pulak yang rajin sangat wat aduan rumah awang ni jadi sarang maksiat. Mulanya awang malas nak buka, awang biarkan jer. tapi si pengetuk pintu ni x mau putus asa, lama gak dia ketuk, ni kalo x buka pintu ni mau pecah nanti jadinya. So dengan hati yang berdebar di tambah dengan denyutan jantung yang begitu deras berdegup awang buka la..Maaf ganggu, kami ada buat majlis Maulidur Rasul di bawah, tapi extesion wayar x cukup panjang, boleh kami guna plug rumah adik" antara dialog yang sempat menerjah di telinga bila pintu dibuka.. La nak guna plug rupanya, bolehla, x der masalah" kata awang. Pagi-pagi ni wat amal jariah bagus ni, murah rezeki kata orang tua. Lepas jer awang bantu dorang, awang terus kembali menyiapkan menu nasi goreng senyum tadi n bersiap tuk gerak ke rumah Bob Frankestein. X boleh lambat nanti dah panas terik pastu mesti tempat penuh. Lepas g rumah bob kami terus gerak ke rumah Syahril, x tau la dia ada ke tidak, awang call dia x angkat sejak dari pagi tadi. Sampai rumah dia, bagi salam x der yang menyahut, so apa lagi awang gegarla rumah dia..huh baru bangun rupanya..kita dah lewat ni ril, cepat siap...arah awang... Dengan muka yang kelat dan penuh taik mata yang berselirat, terus di g bersiap..

Mana jalan yang kita nak lalu ni, tanya Bob pada awang... ha kita lalu jalan biasa la, dari semenyih ke batu 9..sebelum ni awang biasa lalu situ, leh jumpa sg Tekala, empangan semenyih dan sungai gabai. Tapi jauh sikitla... sepanjang jalan tu memang asyik gelak jer, macam-macam cter yang keluar..paling kelaka bila awang stat citer mengarut n si bob ni percaya jer...hahaha.. yang teruk kena dah tentu la si Syahril.. ader jer benda yang awang nak usik dia... hahahaha.... Bob nanti sampai kat simpang tu ko masuk kiri tau... tetiba awang bagi arahan dengan machonya..agak dalam 2 km lepas masuk simpang, tetiba awang rasa len macam bila pandang kiri kanan jalan...Macam lain jer ngan jalan yang penah awang lalu sebelom ni..betol ker jalan ni. was-was awang jadinya...Ha ko jgan macam-macam kechik, si bob dah mula merungut bila awang suarakan perasaan awang...nah amik GPS ni, cuba pasang, bob bagi GPS dia kat awang...terkulat-kulat awang amik GPS sambil dengar si bob mengutuk-ngutuk awang..ala bob jangan la bengang sangat, kita redah jela...si syahril kat belakang dah gelak-gelak bila awang kena marah ngan bob... Bob ni mulut dia memang ringan jer kalo nak kutuk-kutuk orang..awang dah masak ngan dia punya perangai..tapi awang gelak jerla walopon silap bagi infomation...hahaha nasib ko la bob...kuikuikui..

Akhirnya sampai gak ke Sg chongkak...yah kata awang ngan bangganya...Sudahla ko chik, hampeh, sengal n beberapa lagi perkataan yang x sepatutnya di sebut oleh bob dengan syaril...hah kali awang pulak yang kena kutuk kaw-kaw punya..Wah ramainya orang...ader ker x tempat best nak port ni..lepas paking keta kitaorang pun gerakla masuk dalam, awang ajak dorang jalan masuk ke dalam lagi tapi paham-pahamla si bob ni kan berat badan macam lembu jantan, so x laratla nak jalan jauh lagipun dorang dah lapo katanya so.., then kita orang mandi kat tepi jambatan jer..tempat pon kira okla..Sebelom mandi kita makan dulu...awang pun ngan bangga tahap gabannya kuarkan la bekas nasi goreng yang awang bawa tu...buka jer bekas tu...banyak ni jer ker nasi yang ko bawa chik...soalan cepumas dari bob tuk awang...tersengih sekejap awang... ni mana cukup..aku ngah lapo giler ni..aduila...sekali lagi telinga awang ditoreh dengan soalan macam tu..ye tak ye gak..mana cukup ni...kata awang dalam hati.. sebab lapo punya pasal nasi tu dengan hanya kurang seminit dah licin..Sedap tu memang la sangat sedap chik tapi sayang tul, sikit ko bawa..adui x kenyang aku..kali ni syahril lak cakap lepas habis makan nasi...So selepas tu memang x habis-habisla awang dikutuk giler-giler punya sampai balik rumah..adui...bingit tul telinga awang..memang jadi pengajaran tul tuk awang pasni...len kali kalo bawa member yang macam lembu jantan ni kena bawa sekampit beras baru cukup..huhu..tapi ini la benda yang paling kelaka sepanjang sehari tu...ah lupakan sekejap bab ni...

Dengan L110 di tangan n bob pulak D5000 so jiwa n tubuh yang kelayuan sebab kekurangan makanan sebentar tadi kembali membara umpama otomen yang baru cas kuasanya dek pancaran cahaya solar.. kita orang pun memang x lepas tangan berbalas shot gambar-gambar menarik.. klik sana, klik sini, Ngah mandi, menyelam n apa jer aktiviti memang x lepas tangan ngan kamera..macam-macam gaya la yang kitaorang buat...klaka memang x yah cterla..kira mulut ni sampai x der masa nak tutup..sentiasa bergelak tawa.. walopon banyak view yang di shot, tapi jgan piki kitaorang shot anak dara ngah mandi ek...berdosa tu...awang ni bersih punya orang,cuma bob jer la yang x berapa nak bersih..hehehehe..kena sental ngan clorox baru ok...

Tengah baeekk punya shot view, tetiba hujan turun ngan lebat..alamak habisla macam ni, kalo x cepat cari tempat perlindungan mau basah kamera kitaorang...so x der pilihan lain terpaksala blah... mau berlari gak pegi ke kereta..huhuhu...sampai jer kat kereta, tetiba hujan berenti...aisey potong betulla... masa awal lagi, x kan nak balik kata awang... ni ko punya pasal la bob sibuk nak balik..kalo sabo sikit tadi kan bagus..awang bersuara lagi..dah jom kita maen air lagiiii....macam ponpuan nak balik awal...hahaha.. round kedua ni memang kitaorang pulun habisla maen air walopon perut dah banyak kali berdendang sayang...mau x lapo dah la sejuk berendam, tambah lagi bergelaktawa x hingat dunia...dalam pala asyik ingat nak makan nasi lemak jer..hahaha.. pukul 4 lepas berendam hampir 4 jam so kita orang pon berkemas balik..badan ni memang dah kembang jadinya...hahaha..

Sepanjang jalan balik tu macam2 la budak si dua orang ni kutuk mengutuk awang sampai x sempat telinga ni nak bernafas..memang teruk tul korang kan..tapi bab yang mengutuk ni la yang watkan awang asyik gelak jer...hahaha..nak wat camna dah memang salah awang...

Bob Frankestein n syaril da dark creature, pasni kita wat lagi n buat yang terbaek punya...siap bakar-bakar lagi n ajak ramai-ramai k...mesti lagi seronok kan..jangan takut tuk yang akan datang awang akan pastikan makanan yang di bawa lebih dari mencukupi yek...terutama tuk ko bob...awang sediakan palet rumput banyak-banyak...jangan marah naa...hahahaha.. apa pon hari tu memang hari yang penuh ngan gelak tawa yang tahap giler gaban punyala...hahahaha...Terbaek ahhh korang...

Sabtu, 15 Januari 2011

mY lEnSa 26 ( dA oDD RoCk wIth dA oDD mEmBeRs)







Members : Zati Tinkerbell, Ella da Vinci & Ina Ago Go
venue : Muzium Alam Semulajadi Putrajaya
Date : 12 01 2011

My sTorY

Minggu ni ada satu tempat menarik awang pegi ngan member. Pameran batuan pelik kat muzium alam semulajadi Putrajaya. Awang tau pameran ni pon dari surat khabar minggu lepas. Macam menarik jer rasanya tu yang awang plan nak ke sana. Asalnya nak pegi sorang, sebab tempat tu dekat jerkan, 10 minit dari ukm bangi. Tapi malam sebelumnya bila budak-budak teknikal ni sambut bestday awang kat Azura, so awang try tanya kat dorang kot-kot nak join awang g pameran tu. Ella dengan gelojohnya angkat tangan tanda setuju, ina lak teragak-agak nak g sebab mak cik zati x kompom memandang dia ader kelas pagi tapi sampai kul doblas jer.Eina sidek lak sah2 x leh pegi takut ABE marah.. orang klante ni kan cepat cemburu...hahaha.. Ala kita g la petang, bukan jauh pun kan pujuk awang. Awang suka kalo ader kekawan yang nak join program awang sebab senangla awang nak suruh dorang amik gambar awang, x la macam pegi pantai morib tu hari, sesorang jer nak amik gambar sendiri pon susah jadinya.huhu

Dah pukul 2 ni, dorang x meseg atau call pon, jadi x dorang nak pegi, kalo x nak awang pegi sendirila camni, x per awang tunggu sampai pukul 3. Actualy awang x berharap pon dorang nak join awang, kalo jadi pegi, x jadi x per la, sebab sejarah lalu seringkali berulang, plan dah baik tapi kansel last minit. Tu yang awang paling boring tu kalo nak merayap ngan member.

2.30 tetiba ella da vinci meseg tanya awang jadi x nak pegi, awang cakap ok jer no hal la, awang tunggu kat decta. Kul 3.00 dorang sampai terus la kitaorang pegi. Sampai kat putrajaya, ingat senang la nak g muzium tu, rupanya la sesat awang, kat presint 15 jer tapi tah mana2 awang masuk. Ai payah nya nak cari tempat tu, nek bukit, turun bukit, sampai masuk jalan mati x juga jumpa. Bulatan putrajaya tu dah 3 kali awang pusing, masuk yang keempat tetiba awang pasan banting pameran tu kat tepi jalan. Muzium tu mesti kat area kedai-kedai, awang pun apa lagi terusla masuk kawasan yang penuh ngan kedai2 tu, ha jumpa pun. La kat sini jer, kalo awang tau x la sesat jadinya. hahaha hampeh tul awang ni.

Muzium tu x la besar sangat, 2 tingkat jer, kira okla. awang ingat besar sangat. Nak masuk kena bayar tiket rm2, jadi semuanya rm8. Pameran ni dipecahkan pada 3 bahagian, Aras satu pameran bout hidupan mamalia, semua bahan awet, aras 2 penuh ngan batu-batuan pelik yang dibawa dari dalam n luar negara. banyakla yang dipamerkan termasukla meteorit yang jatuh kat bumi ni. Ha satu lagi yang paling menarik sebab ada pamer fosil dari zaman dinosor. hui yo memang banyakla input yang awang dapat.Bertambah ilmu pengetahuan awang.

Bagaian ke 3 pulak pameran serangga, mak oi banyaknya serangga pelik yang ader. kagum giler r awang. memang banyak rupanya serangga yang pelik lagi cantik kat muka Bumi Allah swt ni. Bak kata kawan awang, serangga macam kumbang ni dah macam brush, warna macam2, hijau, kuning, merah n banyak lagi la. X sia-sia awang habiskan petang tu kat muzium. Tapi kita orang x lama dalam tu, muzium tutup kul 5, awang n da geng sampai kul 4 gara-gara sesat. so satu jam jerla. tapi tu pun dah sangat memadai. Balik kitaorang singgah makan cendol. ni si ina ago go la merengek-rengek cam budak tadika, nak cendol, nak cendol. X sampai hati lak nak hampakan orang yang ngah ngidam ni kan.hehehe.. Terbaeklah korang..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.