Selasa, 20 September 2011

mY lEnSa 46 ( rE Uni0n UniTeD )

EvEnT : rEunI0n UniTed
veNue : PanTai TeLuk KeManG & MaRinA BeacH rEsoRt PoRt DiCks0n
mEmbErs: aLip, zAm, MuiZ, IjaT, aDib, n0Ly, eLLa, aInI, zAty, NadiA, DiaNa, EinA, JinG-JinG
DaTe : 16 - 18 SePteMbEr 2011


mY sToRy

Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang akhirnya berjaya juga direalisasikan. Yah tarikh 16 september dipilih memandangkan ramai dikalangan warga penduduk Malaysia yang bercuti umum termasuklah bebudak teknikal yang dah berkerjaya sekarang ni.. So x der lagi la alasan untuk mereka2 ini tidak menghadirkan diri...

Boleh kata semua datang kecuali Ijum, dan Fariq sebabnya dorang berdua ni memang ader kerja yang x dapat untuk dielakkan...tapi pada awangla, apala nak susah sangat, just aply cuti jer lagipun benda ni dah diinformkan lebih sebulan yang lalu... tapi nak buat macam manakan kita merancang tapi Allah swt jualah yang menentukannnya...



Berkeumpul di dectar pukul 9 pagi adalah rancangannya tapi malangnya awang terpaksa bergerak asing dengan dorang kerana awang ditugaskan dengan misi yang lain iaitu menjemput sang puteri Diana di Terminal 1 Seremban selepas solat Jumaat. So dalam nak tunggu diana sampai awang ngan muiz bergerak menuju ke rumah Alip di senawang tuk beraya... sambil2 tu boleh la kenal2 ngan family dorang...

Penginapan kami di marina Beach resort berbentuk rumah apartment, besar juga rumah tu, tapi agak menyeramkan juga sebabnya blok C yang kita orang tinggal tu x ramai penghuni, aras penginapan kami kosong... so agak privasi la jugak...




Pertama kali menjejakkan kaki.... akhirnya sampai juga awang ke PD...Tahniah dan cograt yang teramat tinggi untuk kamu awang fathi, setelah 6 tahun berada di perbumian Bangi akhirnya berjaya juga kamo ke Teluk Kemang... tapi tuk pengetahuan perjalanan nak menuju ke Sini Ya Alllah punya la berliku-liku,hampir xciden pon ader...sampaikan diana mengucap panjang...hahaha.. mana x nya awang sesat kat bandar Seremban... x jumpa jalan nak ke PD...ini semua gara-gara terlepas simpang..tapi mujurla akhirnya berjaya..kalo x malu yang teramat dengan Diana.









lepas jer chek in kat rumah, terus awang dengan semangatnya ajak dorang g mandi pantai...woo x sabar tu... so inila xtiviti petang kami di persisiran pantai telok kemang... tapi yang mandi awang, muiz, ella n zati... bebudak lain! huh semuanya takut air macam kambing gurun tul dorang tu...



kata orang kalo dah bercuti kat pantai x sah kalo x buat barB Q... tapi tuk barB Q ni kami buat kat tepi court tenis berhampiran dengan kolam renang...bukan x mau buat kek tepi pantai tapi da problem is Gelap...lagipun pantai dengan penginapan agak jauh...x perla lepas bakar-bakar leh terjun kolam...

Nak idupkan api punya la jenoh, tapi dengan kepakaran yang ader pada awang, so api berjaya juga dihidupkan...nak harapkan bebudak lain...hampeh...semua takut, katanya x biasa masak, lagipun takut kotor...budak2 tul la dorang ni..macam wedokz... agaknya la kalo abang korang ni x der mesti x berasapkan dapur arang tu...silap haribulan mestinya korang g beli jer yang kat kedai...

time ni memang bestla, ader jer gelak tawa n usik mengusik.. awang pon agak teruk juga kena buli,,..kalo dah ader muiz dalam team ni mangsa yang selalu kena awang la...tapi nama pon abg-abg kan so kena la steady walo teruk dibuli... awang paling x tahan tengok reaksi diana la, bila kena usik ngan alip terus blushing...ala diana taula kamo tu syok kat alip tapi cover2 sikit yek,,..hahahaha



dah habis bakar2 n dah kekenyangan makan, so apa lagi jom kita terjun kolam.. semua pakat terjun, cuma 3 0rang jer yang tak mau join terjun,...tapi yang paling kuciwa ngan sorang kawan ni bukan kata nak terjun kolam nak lepak ngan kita orang kat pool pon x... duk bilik tido...dahla petangnya x mau join g pantai... yang petang tu myb la dia marah kat awang!!!!! tu awang fahamla walopon bukan salah awang...TAPI...... ala malasla awang nak komen lebih2 pasal budak yang sorang ni... bikin awang kuciwa sesangat... huh:(




sebelom balik sempat awang g pusing2 dulu kat bandar port dickson...yela dah alang2 sampai port dikson x kan gi telok kemang jer...x bestla camni, nak gak tengok camna rupa kawasan perbandaran dorang...ohhh nampaknya port dikcson sedang membangun...okey menarik lagipun kat kawasan ni la Jepun pernah mendarat dulu... tapi satu yang awang perasan kat area port dikson ni banyak bangunan yang ditinggalkan kosong terutama bangunan perumahan n resort...myb skarang ni walopon dia cuba membangun tapi produk pelancongan kawasan ni merosot kot...x macam tahun 90-an dulu... tu yang banyak resort kosong,,...buktinya kawasan tempat awang menginap di marina beach resort... lagi satu yang awang perasan air laut kawasan telok kemang tu memang tercemar, seolah macam ader tahi minyak dalam air tapi nak mandi masih ok lagi... well pepon perjalanan kali ni best dan kureng...;)

Khamis, 28 Julai 2011

mY lEnSa 45 ( SeManGaT mEsTi aDa )















My sTorY

Rm 50 sekeping???? Berbaloikah tuk dibayar??? Jumlah bukannya sedikit, agak banyak tu... taaapppiiiiii kalo dah terpaksa apa boleh buat..yang penting kaki mesti gak dijejakkan... baju dah beli x kan nak pakai depan Tv... x best la macam ni... apa nak jadi pon x kesahla yang penting semangat mesti ada...

Termenung panjang awang saat dikhabarkan tiket dah habis... perasaan nak menonton secara live dah berkembang mekar dalam hati.. bukan 2-3 hari tapi 2-3 minggu yang lalu... bukan selalu dapat peluang macam ni, so dah ada depan mata x kan la nak biar cam tu jer... kita rakyat Malaysia, kalo bukan kita yang nak sokong siapa lagi...x kan la makhluk asing yang dok menyinggah kat Malaysia ni yang nak bagi sokongan...alamat mimpi la jawabnya...

apa yang boleh dibuat yek..ni semua salah awang gak, terlalu mengharap pada orang yang sememangnya x der hati nak pegi...kalo tau nak jadi macam ni awal2 lagi awang dah call abang awang tuk spare 2 tiket...dah jadi macam ni baru la nak sesal...

hai awang-awang...huh (mengeluh panjang sekejap)

sebenarnya sejak Malaysia menang lawan Taiwan tuk kelayakan piala Dunia 4 minggu yang lalu awang dah pasang niat nak g perlawanan seterusnya antara Singapore ngan Malaysia kat bukit Jalil... ini perlawanan hidup mati menang masuk liga tapi kalo kalah terpaksa bungkus.. itu yang begitu excited nak sokong harimau Malaya... lagipun baru-baru ni Ranking Malaysia dah bagus tu yang bertambah semangat nak g...

Tapi bila dibagitau tiket dah habis, terasa sangat-sangat kecewa, nape la awang x pegi sendiri beli tiket tu awal2... dah habis macam ni apa boleh buat..huhu..baju jersi dah beli dengan harapan nak pakai g stadium nanti...ngan member2 dah canang walau member ajak g tengok kat maple je.. x per la tawakal jer...

Tah macam mana tetiba ader member call ajak g stadium, dia dapat tiket tapi kena bayar RM50... ahhh x kesahla yang penting pegi... menang kalah, mahal murah lain cter,yang penting semangat mesti ada.. so akhirnya berjaya gak jejakkan kaki kat dalam stadium.... tu yang paling penting... perasaan ni memang giler membuak-buak dah macam paip air syabas yang bocor kat tepi jalan tu..

Awang pergi stadium ngan asri suarez sebab dia la member yang berjaya mendapatkan tiket rm50 tu..x per la mahal sikit.. sebelum gerak tu ingat nak amik bendera kat bengkel decta tapi bila tengok ada banyak bendera lebihan merdeka tahun lepas so tetiba timbul idea... ni kalo kita jual bendera ni laku kan?..kata awang pada asri... sekurang-kurangnya boleh la buat bayar duit tiket...

cter banyak x guna, paking 2 beg penuh ngan bendera so sampai sana pe lagi mula la..

"Bendera, bendera... 3 rm 10..."... jerit awang ngan asri...

Lepas magrib (mujur la ada surau kat sana kalo x...huhu dilaknat la jawabnya)awang ngan asri masuk stadium...alamak penuhla plak... mana nak port ni,..semua seat dah diduduki sang punggung yang hangat...mana kita nak duk ni... kaki dah mula melangkah x berarah akhirnya pilihan yang ada kami duk kat celah2 palang...tapi tempat sungguh x stategik...mana x nya separuh padang dah terhalang dengan kain rentang...adui ya.... memang hampeh sehampehnya...poket dah terbang rm50 tapiii.... nak buat camna yang penting semangat mesti ada....

Game agak mendebarkan, sorakan x putus-putus, semangat rakyat malaysia x yah cter, stadium tu memang penuh ngan orang malaysia..mau dekat 90 ribu...Singapore??? tah langsung x nampak... Awang pon x mau kalah menjerit sampai nak hilang sore...orang kata memang teruja r tengok....kiri-kanan depan belakang orang menjerit bagi sokongan n kutukan pon ader gak la tapi hanya tuk team singapore... memang kelakar...beza sangat dari tengok depan tv.. perasaan tu susah nak di describekan... teruja, gembira semua ada... tapi....

hampa juga akhirnya..harimau malaya hanya mampu seri 1-1 dengan agregat 6-4... nak buat macam mana..bukan kita x melawan cuma rezeki yang berpihak.. ader la hikmahnya kan... habis game kami pulang ngan hampa tapi x la kecewa sekurang-kurangnya semangat masih ada.

apa yang boleh dikongsikan bersama sepanjang kat sana:

1. Boleh kata 90% yang datang semuanya melayu, 10 % lagi baru laen2 bangsa....
2. Dulu nak pakai jersey msia rasa malu tapi la ni giler bangga + teruja
3. Paling best bila lagu negara ku berkumandang, bergegar stadium, mana x nya semua berdiri sambil menyanyi...huhu meremang bulu roma...
4. rasanya jumlah yang datang hampir 100 ribu, boleh kata semua tempat penuh, jangan kata kat tangga, kat celah2 tiang pon penuh..
5. dalam dok tengok game hati tu kekadang rasa bengang ngan budak yg dok sebelah, mana x nya corong hon yg dorang bunyikan tu mengadap dekat jer kat telinga awang..
6. setiap kali pemain singapore injured, jeritan loser kuat berkumandang, awang pon join sekali..hehe
7. sore dah hilang sebab penat jerit terutama bila safee buat gol..
8. sedihnya bila spore dapat score, penyokong terus senyap, langsung x mau bagi galakan semangat.. come on la beb, kita dtg nak bagi sokongan so kenapa diam...
9. sedih awang tengok rakyat msia.. semangat nak bg sokongan ada tapi semangat nak solat x der...rasanya dari 90 ribu tu yang solat maghrib cuma 20 ribu jer...yg lain...huhuhu...patutla msia kalah...
10. ni kali kedua jejakkan kaki kat bukit Jalil tengok game..pasni x tau dapat trun lagi or x..kuikuikui

Khamis, 30 Jun 2011

mY lEnSa 44 ( LaNgKaH KiRi )

mY sTorY...


Post kali ni sambungan bagi post yg lepas mY lEnSa 43.. nak cter banyak sangat dalam post yang lepas tapi takut nanti kawan kita malas nak baca so...dat Y la awang buat post baru...kali ni bergambar punya...


menuju ke Langkawi dengan perasaan moody..bak kata orang tua "Langkah kiri"..

Lang (merujuk pada Helang) kawi (bermaksud merah hati).. itula asal nama langkawi yang terkenal dengan sejarah mahsuri..


Langkawi, berjaya juga awang jejak kan kaki..2 tahun lepas ader gak budak Teknikal buat lawatan ke sini, tapi awang x dapat join sebab ader kerja. Dalam minda yang terkatup ini membayangkan langkawi tidakla sebesar mana, mungkin hanya sebesar pangkor... tapi rupanya minda ini tertipu..betul la kata orang selagi x nampak ngan batang hidung sendiri selagi itu minda akan terkunci... Rupanya langkawi besar gak kan..hampir 550 km persegi.. macam-macam ader kat sini, x rasa macam ader dalam pulau, mana x nya kedai jual kereta pon ader...


Tempat penginapan Sandy Beach resort pantai Cenang.. nak mandi memang best sesangat, airnya bersih x der la gatal badan, pasir putih halus, pantainya landai, aktiviti pantai banyak...dan yang paling bestnya ader banyak dugong kat persisiran pantai...


Hari ahad, lepas berendam dalam laut selama 2 jam, so petangnya sewa moto pegi jalan-jalan ke Pekan Kuah... di sebabkan lambat keluar so hanya pekan kuah yang menjadi destinasi...


ngah dok jejalan kat lorong-lorong, then terperasan kedai-kedai kat situ baru pas di cat ngan NIpon Paint so apalagi amik gambar la...


hari terakhir, sebelom balik sempat la gak awang n da majins singgah ke Kompleks Kraf.. rasanya ini jela aktiviti yang bermunafaat nak dibuat sepanjang kat langkawi tu... macam-macam info yang awang dapat, tapi yang paling best dapat mencanting batik..ha tengokla tu macam mana cantinya batik yang awang sempat hasilkan...pas ni nak frame kan then gantung kat anjung seni DECTA....


sementara tunggu bebudak lain nak siapkan batik dorang so inila xtiviti x berfaedah yang awang buat ngan ina...hahahaha..


perjalanan ke langkawi telah berakhir... beberapa perkara menarik yang boleh dikongsi:

1. sepanjang perjalan dari ukm ke perlis awang x tido,begitu juga balik ke ukm..
2. feri ke langkawi x best sebab x boleh keluar menikmati pemandangan x macam feri ke pangkor.
3. jarak kerusi sangat rapat so memang x selesa..
4. ada ketikanya naik feri macam naik kapal terbang, terutama bila ombak kuat so gayat la plak tetiba.. dalam hati bila la nak sampai ni..huhu
5. sies awang memang x sangka langkawi ni besar, boleh kata semua ader cuma bas kilang jer x der...hehehe
6. Langkawi merupakan pulau bebas cukai, tapi awang x tau beza harga di semenanjung ngan pulau ni..
7. sepanjang jalan pantai cenang ader la banyak kedai cenderamata tapi kebanyakkannya jual barangan bob marley.. bosan ... baju pun x der yang berkualiti..sudahnya x der langsung cenderahati yg awang beli.
8. sewa moto rm25 tapi yang harunya kena bayar deposit rm75.. tapi dia pulangkan la nanti..
9. bagusnya di sini selain kedai cenderahati,banyak gak kedai yang jual atau sewa buku novel...
10. respek awang pada mat saleh sebab mana2 pegi pasti nampak dorang membaca.. kalo rakyat kita..huh hampeh, termasukla awang..hehehe

so kesimpulannya inila trip yang paling bosan pernah awang join.. hati malas nak pegi kalo diikutkan.... rasanya lepas ni awang akan datang lagi kesini dengan trip sendiri... apa yang paling dikesalkan dengan trip ni adalah pengurusan yang hampeh..sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dilawati tapiii....semua x pegi, mujur komplek kraf dapat pergi kalo x.... banyak perkara yang buatkan awang terkilan... terkilan disini bukanla merujuk pada kecik hati cuma rasa ralat dan kesal... kesal pada kawan2 yang suka berjanji... dan kesal banyak tempat x dapat pergi...paling kesal sebab x dapat jumpa mahsuri...huh.

Jumaat, 24 Jun 2011

mY lEnSa 43 ( LaNGkaH kU sEnDiRi )

VenuE : LanGkawi, Kedah
MemBeRs : MaJins TekNikaL
DaTe : 24 - 27 Jun 2011

My sTorY

Jumaat 24

Pukul 10 malam kami mula bergerak meninggalkan bumi Bangi... uhhhh Rasa x semangat tetiba nak pergi x macam selalu...Tah kenapa hati ni berat, mungkin kerana x der kawan-kawan sekepala yg ikut join selain asri, zack dengan saril... sebulan yang lalu dah awang canangkan pada dorang..mulanya dorang semangat nak pegi tapi last minit sorang pon x jadi nak join...macam-macam alasan di bagi..kalo x kerana dipaksa dek dorang n asri ikut pegi sekali, sumpah memang awang x kan join pon... rasa kuciwa sesangat.... ini pon Penat dah awang pujuk ina suh duk ngan awang...mujurla dia mudah cair dengan pujukan kalo x duk sesorang la jawabnya.... tah macam mana agaknya esok nak menghadapi semua ni... ini la perjalanan yang rasanya akan membosankan....

Sabtu 25

Pukul 8.30 pagi sekarang... awang kini dah berada di jeti kuala Perlis...tengah tunggu ferry nak ke Langkawi...Fery pukul 9 bertolak... bebudak lain pegi sarapan... mood still rasa x ok...setakat ni duk member ngan si ina jerla..

sekarang pukul 6 petang...sampai jeti langkawi td pukul 11.30 pagi... first time jejakkan kaki ke pulau lagenda ni...Teruja??? x pun... biasa jer x macam trip yang selalu... pukul 1 Chek in kat SandY beach ResoRt... dapat bilik yang hampeh la pulak...mana x nya view depan bilik mengadap dapur kedai makan...lagi satu yg menambahkan lagi kehampehannya keadaan dalam bilik, dengan siling retak menanti roboh, tv nya plak satu chanel jer, lak tu langsung x clear... apada...sepanjang petang hanya dihabiskan dengan tido sampai la sekarang... Jap lagi nak g tepi pantai nak mandi laut...huhu x sabonya..

Pukul 3 pagi... mata x mengantuk lagi ni...tadi lepas makan malam pukul 9.30, sengaja awang memencil diri berjalan sendirian menyusur sepanjang tepi pantai...wah hapening gak kawasan ni..mana x nya kiri kanan jalan penuh dengan kedai-kedai cenderemata yang di selangseli Resort dan kedai-kedai makanan.. cUci mata la nampaknya bila tengok ramai pelancong-pelancong seperti awang duk mundar-mandir mencari sesuatu,,mungkin nak bawa sebagai kenangan kot.. puas berjalan then balik baru awang join bebudak teknikal LDK ( latihan dalam kumpulan ).. ikut hati malas tapi macam x sedap la plak... pukul doblas x tau nak kemana so ajak asri n ina lepak tepi pantai berbual sampai la skang... emmm berat lak mata ni...k nak tido gudnite...

AhAd 26

pagi ni lepas solat subuh, awang x dapat tido lagi macam biasa, mana x nya pukul 7 dah kena berkumpul kat pantai..pagi ni ader sambungan lagi LDK..malasnya, tp kalo x g nanti apa dorang kata lak kan...huhu.. habis LDK dorang semua nak g IsLanD HoppInG.. sapa nak g kna bayar rm35..tapi awang x pegi sebab asri n saril x pegi walopon niat hati mmg teringin nak g... so dari x wat paper, kita orang mandi laut la sampai kul doblas.. mak oi 2 jam mandi laut..kulit pon dah jadi hitam ni..hehehe..

Ptg Pukul 4 kita org sewa moto, nak g jejalan pekan Kuah.. hajat hati nak soping cekelat tapi hajat tangguh ke esok, bukan per takut cair nanti... so jejalan jerla xtvt kat sana..balik pekan kuah terus g mandi laut..Then tadi malam lepas makan malam xtvt terakhir adalah pengiytiharan kemenangan LDK..tempat pertama sapa lagi kalo bukan team awang..apa yek namanya??? ermmm yap pakena Blue...yeeehhh team awang menang..Bangga sekejap...

Isnin 27

Hari ni hari terakhir...wah bestnya dapat balik.. ni la first time balik ukm dengan rasa best x macam selalu..... pagi tadi sebelom balik kita orang sempat gak singgah kompleks karangkraf... duk situ lama gak...ader la dalam 3 jam... then pkul 2 kita org terus ke pekan Kuah... alamak x dapat lama la kat pekan kuah ni, kena kejar masa sebab kul mesti dah ader kat jeti...

Pekan kuah nak buat apalagi kalo bukan shoping...awang nak beli coklat...yela kata orang coklat kat sini murah2.. so nak beli banyak2 n bagi kat kekawan terutama puteri hati awang... Skang hujan lebat kat pekan kuah ni so rasanya macam x lama la duk soping ni...lagipun pukul 4 mesti ader kat jeti..

pukul 5 petang awang dah dok dalam fery...bleh plak ader pasang cter kak Limah balik rumah..awang nak layan jap cter ni...

sekarang pukul 9.30 n awang dah sampai kat R&R gurun... nak solat n makan malam... k...lambat lagi nampaknya nak sampai bangi..huhu

3.30 pagi akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke bumi UKM...Alhamdulillah...rasanya inila trip yang paling x best pernah awang join.. mata sudah mengantuk, sepanjang malam layan lagu sambil teringat pada si dia... Syukur trip ke Langkawi yg lalu awang x join kalo tidak.....

so nak balik rumah tido puas-puas... Terbaek??? oh tidak sama sekali...

mY lEnSa 42 ( iNi La HaSiL nYa )



My sTorY

2 Bulan telah awang dan barisan crew lain habiskan tuk mencari dan mengerah idea.... 1 bulan dihadapkan dengan karenah manusia dan panorama indah seluruh malaysia yang memukau mata.... 2 bulan lagi mencurah segala tenaga dengan bersengkang mata.... Nah maka inilah hasilnya yang tercipta....

Laporan Penyelidikan Pelaksanaan Dan Keberkesanan TITAS Di IPTA Malaysia

saat pertama kali memegang laporan ni Ya Allah betul2 awang rasa bangga campur terharu... ini la satu-satunya kajian yang awang tul2 yakin sangat keValidannya..Dulu masa siapkan tesis tuk degree pon x rasa macam ni... mana x nya tesis tu buat cincai jer,rujukan kureng apatah lagi tujahan kajian, main tibai jer....

taaapiiii....

kajian penyelidikan ni betul2 mengajar awang dengan segala macam ilmu pengetahuan, pendedahan demi pendedahan, dan kajian per kajian yang baru... method sangat berlainan berbanding apa yang di pelajari di UKM... kekualitiannya terjamin 100 peratus kerana di semak oleh setiap pensyarah dari 20 buah IPTA..

Paling rasa bangga apabila nama awang tercatat dalam laporan tersebut walopon bukan sebagai penyelidik utama tetapi pembantu penyelidik... Ini langkah pertama untuk awang hasilkan sendiri bahan penyelidikan awang... yah walopon sebagai pembantu penyelidik tetapi hakikat sebenar keseluruhannya adalah dari idea awang dan 2 orang lagi kawan pembantu penyelidik.. Prof hanya terlibat sebagai penambah baikan terhadap tunjang utama idea kami so.....

unTuk pengetahuan, laporan penyelidikan ini adalah merupakan rujukan utama bagi kementerian Pengajian Tinggi terhadap kursus TITAS di setiap IPTA... maka sebagai rujukan utama sudah semestinya ia di baca oleh setiap menteri dan kemungkinan besar juga akan di laporkan ke Parlimen untuk melihat sendiri keberkesanan TITAS...

awang betul2 rasa puas hati yang tidak terhingga... Ya Allah syukur Alhamdulillah di beri kesempatan ini untuk menghasil sesuatu yang berbentuk ilmiah begini... x pernah terbayang dek akal...

lepas amik buku laporan ni, awang ader la jumpa dengan Dr.Tarmizi salah seorang penyelidik laporan ni...dalam dok berborak tu dia pun tanya awang bila nak habis master sebab dia x sabar nak amik awang jadi student PHD bawah dia...

Dr. mizi: awang... saya nak awak buat satu proposal then submit pada saya... kalo boleh secepat mungkin sebab sya nak proceed tuk dapatkan geran... bila dapat geran nanti boleh la awak jadi pembantu penyelidik kat UPM...macam mana?

awang: Boleh Dr... tapi kena amik masa sikit sebabnya sya nak siapkan tesis master dulu...tajuk pon poning gak nak pk ni...nak cari yang seswai..

Dr.Mizi: Ok x per... bukan per nak dapatkan geran mau 5 bulan gak... kalo awang submit sekarang, then nanti bila sambung PHD awak boleh terus mula...jimat masa...x yah tunggu 5 bulan lagi... sama awak buat PHD awak jadi pembantu penyelidik...ha kan senang... setahun setengah awak dah boleh habis....

Awang: betul gak kan..ok2 Dr.. saya cuba buat secepat mungkin..nanti siap saya hantar...TQ dr...

hati awang punyala gembira...memang rasa macam kena karen sekejap... semangat awang dah membara nak siapkan tesis then hantar proposal...huhu tapi nak buat tajuk apa yek??? poning! Poning! sesapa ader idea please share....hehehe

Rabu, 15 Jun 2011

mY lEnSa 41 ( MaNisnYa puLau iTu )

EvEnT : oPeraSi kHidMat maSyaRakaT
DaTe : 31 Mei - 5 Jun 2011
VeNuE : puLau maNis, pEkaN paHanG


mY sToRy


Sebelum ni awang dah pernah jejakkan kaki kat sekolah ni, tapi tu 2 tahun yang lepas.. program yang sama tapi x berapa nak serupa.. waktu tu program anak angkat gak tapi x buat kat sekolah ni, cuma tahun ni sekolah ni jadi markas. so tahun ni sekolah men. Lepar n Sek. Men Tok Ubai berhimpun disini tuk menerima latihan.


Program anak angkat ni bawah UKP ( Unit Kebajikan Pelajar ) bukan sepenuhnya under Puskeb. Program ni menghimpunkan banyak unit sebenarnya, PusKeb, Unit SukaN, PaLaPes, MotiVasi dan juga FsKb... Jadi setiap unit ni akan memberikan khidmat masing-masing berdasarkan kepakaran yang ader...5 buah bas ukm dengan hampir 160 student terlibat...wow agak ramai gak..selalu under puskeb baru 40 orang,kali ni 3x ganda ramainya...hahaha..


Xtvt biasa yang dilakukan sepanjang disana adalah mengajar student berkaitan kebudayaan, dorang bukan sahaja diajar tapi malam akhir budak-budak sekolah ni kena la perform...so abang-abang n kakak-kakak UKM semua jangan duk menggedik jer... pastikan anak buah yang korang ajar nanti dapat perform yg terbaik punya...hehehe



gambar ni sempat awang shot time pegi ke pasar besar PEkan...kalo orang johor panggil pasar lambak... awang suka gambar ni sebab mood adik comel tu dgn expresi muka yang menarik... apalagi candidla...hahaha... tapi kalo tengok gambar latar, sebenarnya ader sorang makcik tu dia siang ikan hidup... huuuuiiiyyyoooo kejam gler makcik tu, cam psiko cter i know wat u did last samer... mana x nya ikan tu ngah menggeletik terus putus kepala kena pancung...wooo sadis-sadis...


santai time...



duk kat sana seminggu memang best, keja x banyak, so waktu sentiasa terluang...dek kerana sekolah tu berhampiran dengan sungai pahang, apalagi awang n da gang memancing la jawabnya..nak mandi takut kena baham dek buaya...hahaha...kalo tengok kat gambar ni ader gambar lembu kan, sebenar berlaku satu kes tragik.. sorang student ukm xcident ngan lembu ni, lembu mati n budak tu patah kaki... sian dia...x memasal duk hospital...





hari pertama memancing agak mengujakan, kita orang mancing udang... kata orang kampung kat sungai ni banyak udang... betoi ker????

betoi la tu, mana x nya baru hari pertama dah berjaya menaikkan hampir 20 ekor udang,yang paling best bila abang ayob dapat naikkan udang galah...besar tu...wuiiyyoooo memang dasatla..tapi yang sedihnya awang sekor pon x dapat..huhu, memang x der rezeki kot... punyala excited, pukul doblas tengah malam boleh pulak masuk kebun orang cari cacing nak buat umpan...apada...ini kalo skim rondaan sukarela nampak ni memang kompom tidur balai la mlm tu..huhu.. sudahnya pukul 3 baru balik rumah...itu pun sebab umpan dah habis... mujur gak x jmpa hantu sungai...kikiki

hari kedua mancing, ha baru ader rezeki awang, kali ni agak banyak pulak tangkapan yang awang berjaya naikkan...silap korang la nak kutuk awang semalam... macam biasala herokan kalah dulu..hehehe..

nampak x gambar hamper yang awang pegang tu... sebenarnya hari terakhir kat sana, org kampung ader la buat pertandingan memancing, kitaorang joinla, dengan x disangkanya dapat tempat pertama, wow first time mancing dah menang, memang bertuah tul la awang ni... huhu.. agak ramai la yg berbulu x pueh hati, tp nak buat camna dah awang xpert...


Hari terakhir, ni waktu penyerahan kembali anak angkat n time bersedih-sedihan...huhuhu... sedar x sedar dah 5 hari duk kat Pulau manis, memang best sesangat... kan setiap pertemuan ader perpisahan...

aik zack makoto, sempat ko mencelah yek... awang tunjuk kat bentara guru nanti baru ko tau.... hehehe... nisa, katy n wani bek-bek sikit ader buaya kat belakang tu, nanti dia ngap korang ha tau la dasat x dasatnya kena ratah....


dek kerana banyaknya pemandangan-pemandangan indah ciptaan Allah swt, so lensa L110 memang x senang duduk melilau amik shot-shot yg menarik...hehehe... candid satu seni, indah dimata cantik dihati...


5 hari disana agak banyak juga tempat menarik dilawati dengan pengalaman yg dirasai, so fakta menarik yang ingin awang kongsikan kat sini:

1- dari pulau manis nak ke kuantan 55km jaraknya, dan ke Pekan 45km.
2- hampir 80 peratus bangunan di Pekan ader perkataan (Daulat Tuanku).. wah setia rakyat pada raja.
3- sepanjang jalan dari Pekan n kuantan ke Pulau Manis banyak betul pokok kekabu, banyak betul pontianak kat sana kan..huhu
4- telinga ni sentiasa diterjah dengan loghat kelantan, agaknya ramai kot orang kelantan yang dok berimigrasi kat pahang...
5- sungai pahang ni betul-betul luas, sampaikan kat tengah-tengah ada pulau...wuuuiioo dah macam laut mediteranian..
6- kata orang kampung, belom pernah ader lagi kisah buaya serang orang berlaku, awang rasa buaya kat sungai ni vegetarian kot.. x macam sarawak..hehehe
7- balai polis kat pulau manis ni 2 org jer staf, sorang keja siang, sorang keja malam...
8- rumah tempat awang duk sentiasa diganggu dengan bunyi yang menakutkan tiap-tiap malam... memang dasatla...meremang bulu roma ....huhuhu
9- opkim kali ni banyak la peristiwa tragik, studen ukm xciden dengan lembu sampai patah kaki, budak-budak sekolah bergaduh sampai masuk balai, persembahan kebudayaan jadi caca marba...n banyak lagi...huhu
10- lebih 500 gambar telah awang shot sepanjang 5 hari, menjadikan antara gambar yang paling banyak diambil bagi sesebuah event...

Pulau manis memang best sangat pada awang terutama apabila ketiadaan seseorang dari puskeb menyertai opkim ni..awang rasa bebas sangat nak bergaul dengan bebudak ukm...kalo dia ader rasa boring la plak...huhuhu... x perlu awang bagitau siapa orangnya tu... lu pikir la sendiri k... dah x sabo nak tunggu opkim kat johor plak
bulan depan..huhu... pepon terbaekla..

mY iS mInE

Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.

Ahad, 12 Jun 2011

mY lEnSa 40 ( kaMi LaH SaNg JuaRa )

mY sToRy

Glory, Glory man United,(3x)
as the reds Go Marching ON! ON! ON!...

Just like the busby babes in days gone by
we'll keep the red Flags flying high
You've got to see yourself from far and wide
You've got to hear the masses sing with pride..
UNITED, Man UNiteD!

Were the boys in REd and we're on our way to WEm-Ber-Ly
WEm-Ber-Ly! WEm-Ber-Ly!
were the famous Man United and we're going to WEm-Ber-Ly
WEm-Ber-Ly! WEm-Ber-Ly!
were the famous Man United and we're going to WEm-Ber-Ly

In seventy-seven it was Docherty...
atKinson will make it eighty-three
And everyone will know just who we are
they'll be singing "Que Sera-Sera" UNITED, Man UnitEd

Were the boys in REd and we're on our way to WEm-Ber-Ly
WEm-Ber-Ly! WEm-Ber-Ly!
were the famous Man United and we're going to WEm-Ber-Ly
WEm-Ber-Ly! WEm-Ber-Ly!
were the famous Man United and we're going to WEm-Ber-Ly

Glory, Glory man United,(3x)
as the reds Go Marching ON! ON! ON!...


Perghhhh lagu tema kat atas ni betul-betul buatkan awang rasa semangat jadi penyokong tegar Man United... memang x sia-sia la sokong team ni..mana x nya untuk musim ni man united berjaya jadi Juara LIGA PERDANA Barcly...

Rasa gembira sangat-sangat bila tengok team awang ni dapat merangkul piala yang sememangnya jadi rebutan...berbaloi yang x terhingga..walopon awang x der dalam pasukan tu tapi sekurang-kurangnya awang jadi tulang belakang man United.. YEAH terbaik..


Untuk pengetahuan, musim ni Man UNited telah memecahkan rekod kejuaraan yang paling banyak dalam Liga perdana melebihi LiverFOOL.. 19 kali kejuaraan.. x der lagi mana-mana pasukan yang dapat menandingi kehebatan Man United..Bangga memang x leh nak cakapla... fUHHHHH... nampaknya memang tepat jangkaan awang yang man UNited @ REd DEviL jadi juara...sebabnya melalui ilmu firasat makrifat awang, mana2 team yang menang piala Comunity Shield harapannya memang besar la nak bergelar juara.. ini memang terbukti bila man United dapat kalahkan Chelsea and dapat rangkul piala comunity tu.. untuk musim ni man united cuma kalah 4 kali dari 38 game dan tidak pernah kalah main kat tempat sendiri...

WOW begitu menakjubkan... Mana x nya semua pemain bermain dengan konsisten ditambah lagi dengan kecemerlangan dari CHICHARITO my feveret player... Paling best bila Chelsea team yang paling awang x suka sekali selain liverFOOl x menang apa2 piala n 4 kali kalah bertemu dengan RED DEvIL... itu yang paling awang suka sekali..


Dengan kejayaan ini terbuktilah bahawa Man United adalah pasukan yang paling hebat... so apalagi meh la pakat ramai-ramai kita sokong man United.. THEATRE OF DREAM



Satu lagi Team yang awang sokong, team Manchester CiTy.. kenapa awang sokong team ni???

1. sebab dia pun dari menchester gak kira adik beradik lain mak la ni...
2. Dia punya pemilik orang Islam so kena la bagi sokongan...
3. Ada Tevez, dulu dia main tuk Man United, awang memang minat cara dia main so bila
dia pindah Man City, awang pon sokongla...hehehe...

Akhirnya team yang awang sokong berjaya gak merangkul piala FA.. 36 tahun menunggu berjaya gak dapat...lama tu, kalo tanam balak dah kompom jadi jutawan.. lagi satu kejayaan man City ni bila dapat slot tiket tuk main kat Liga Juara-Juara..huh memang yang terbaekla...



kalo yang atas tu semua team kat england, so luar england team feveret awang sapa lagi kalo bukan Real Madrid liga sepanyol...Start sokong team ni bila Cristiano Ronaldo masuk dari Man United... lagi satu yang awang suka dengan team ni dia punya game memang cantik...tapi satu kelemahan team ni bila jumpa Barcalona (musuh Tradisi) so dia punya game dah jadi kucar kacir...hampeh tul... Musim ni team ni berjaya merangkul piala raja SEPanyol @ COPA DEL REY.. paling best sebab real madrid dapat kalahkan Barcalona tuk final... sapa lagi hero kalo bukan C.Ronaldo... memang giler bangga awang...eiiii suuukkkkkaaaaa sangatttttt.. terbaekla



ini la pemain yang paling awang minat... kerana dia gakla awang minat tengok bola...dulu sebelom kenal mamat ni,..sumpah awang memang x minat bola... nak citer pasal dia kena la dalam isu yang lain... hehehe

musim ni dia main dengan sangat cemerlang.. dapat pecahkan rekod penjaring gol terbanyak dalam liga sepanyol 40 gol...x der sapa yang penah buat macam tu lagi... tuk 4 game berturut-turut C.R dapat buat 10 gol.. 2 game berturut hatrik n 2 game berturut lagi 2 gol.... kalo la 4 game berturut tu hatrik perh rasanya x der sapa lagi yang dapat lawan C.R...so tahun dia dapat kasut emas.. memang terbaek yang tersangatla... Tabik spring kat CRK...

So tuk musim ni (2010/2011) adalah musim yang paling best dan terbaik tuk awang sebabnya semua team awang berjaya merangkul piala dan berjaya memecahkan rekod pasukan masing-masing.. pemain kesukaan awang juga bermain dengan sangat baik dan menakjubkan... x sia-sia awang sapot team n pemain ni sebab kejayaan adalah milik kita..sokongan awang akan tetap sampai bila-bila.... terbaek..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.