Ahad, 27 Mei 2012

mY lEnSa 58 ( BesTnyA BaLik KaMpuNg )

VenuE : RenGit, BaTu PaHaT, JohoR

mY sTorY

Siapa pernah sampai rengit angkat tangan!!!!


Oh rupanya ramai yang x penah sampai yek? Ok pekan Rengit penah dengar x? x pernah juga, ok lah so kali ni awang nak cerita serba sedikit tentang Rengit yang ada hubung kait dengan hidup awang.


Rengit asal nama dari sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga la ni… Cuma sekarang dah kurang sebab ramai yang pakai shieldtox.

Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada kat sini Cuma pusat pelacuran, pub dan yang sewaktu dengannya jer x der.. so sesapa yang datang sini nak cari Gro, atau pelacur harap lupakanlah yek..



Azhar Food, kalo datang Rengit x pergi azhar food, bermakna x yah datang Rengit lah yek. Sebabnya inilah tempat yang wajib dikunjungi terutama kalo musim perayaan. Kat sinilah sesapa yang nak cari kerepek, rempeyek atau makanan ringan, kuih raya dan yang sewaktu dengannya yang paling sedap,.. kira ini produk bumiputera yang paling berjaya setakat ni.. Sori kopok lekor jer x der jual…huhu

Ini laluan dari Batu Pahat, so sesapa yang dari Batu Pahat, Senggarang, atau Kuala Lumpur, kena lah lalu sini dulu baru dapat masuk pekan Rengit. 

Dah sampai di Rengit ni, x yah dok risau-risau kalo minyak habis, Shell ada di sini.
Supermarket yang paling terkenal di Sini ialah Eng Hiap Seng, ini bangunan yang lama, yang baru ada di belah belakang. Walaupun awang x suka pemiliknya Cina, tapi awang akui, dengan adanya pasaraya ni sekurang-kurangnya dapat membantu membuka peluang orang melayu bekerja. Dan ini jugalah yang menambahkan lagi kekayaan Cina. nak wat camna, orang melayu x mau berusaha lebih sikit.

Inilah pekan Rengit. Ingat lagi dulu masa sekolah rendah, kiri kanan semua bangunan kayu lama,. la ni dah berubah wajah, banyak bangunan baru yang di bina. tapi semuanya tetap milik orang Cina. Pekerja dan pembeli jer yang melayu... Sian ko orang Melayu, asyik gebang politik jer pandai kat kedai kopi. Bangsa lain maju ko punya bangsa gaklah yang cirit... X malu 
Satu lagi produk baru di rengit ini milik orang Cina. So sesapa yang dah malas nak masak boleh lah dapatkan fastfood KFC ni.. Baru setahun buka, tapi awang x penah masuk lagi... rugiiii wooo kalo balik kampung makan KFC,.. ini kat Mana2 pun ada.. Baik makan masakan mak lagi bagus..
Ha yang ini gambar lagi clear. Dulu masa awang sekolah rendah laluan ni kecik jer, la ni dah ada dua line..
Satu lagi kawasan tumpuan pelancong di Rengit ialah kampung orang asli. Sesapa nak cari barang second hand yang murah dari Singapore kat sinilah tempatnya. Barang-barang branded semua ada. korang cakaplah nak apa pun, sini lah tempatnya.

dari yang sekecik-kecik barang sampailah yang sebesar2nya. itu hari awang beli raket tenis jenama Prince ory baru rm30. Kalo kat kedai mau dekat seribu.. so pikirlah sapa yang untung....kikiki

Itulah serba sedikit yang dapat awang kongsikan tentang kawasan rengit ni.. Kalo awang balik kampung sure mesti datang sini, kalo x singgah pun lalu jerla, sebab setiap kali awang balik ader sahaja yang berubah.

Sesapa yang x pernah datang sini mehla datang.. ops lupa korang yang nak kesini boleh la keluar dari tol ayer hitam, terus ke batu pahat boleh atau lalu short cut di parit botak. Cari lah signboard ke Rengit.. dan kalo keluar dari tol simpang renggam terus menuju ke Benut. Sampai simpang 4 benut amik kanan dan terus jer.. nanti jumpa lah rengait tu k.

Sabtu, 17 Mac 2012

mY lEnSa 57 ( iTu naManYa j0D0h )

EvEnt : Kau beRtunang gAk ZacK MokOt0 & Azila
DatE : Sabtu, 25 Februari 2012




My sTorY

Alhamdulillah...

Akhirnya bertunang juga kamoo berdua kan... inilah yang dinamakan jodoh.. siapa sangka ke tahap ini... Setahun lagi bersatu...

Teringat awang dengan kisah kamoo, sejujurnya ia menjadi satu lawak yang teramat lah lawak... mungkin jika didokumentasikan dalam penulisan atau juga pementasan, pastinya mencecah box ofice jika kena dengan gayanya..

Sungguh, memang sungguh x menyangka ini takdir kamoo berdua..

menyingkap kenangan lalu, kamoo berdua kawan rapat awang... baik dipihak zack mahupun zila.. keduanya menghadapi kisah tragik dalam bercinta.. Kata orang cinta yang tidak kesampaian... dan ini yang menemukan kamoo berdua...

mengikuti kisah-kisah kamoo menjadikan awang sedar hidup ini memang begitu, begitu complicated.... Siapa sangka kamoo berdua akan bercinta, kamoo sendiri tidak menyedari yang akhirnya kamoo dapat bertahan ke tahap ini...

Ya Jodoh pertemuan semua ditangan tuhan, siapa kita untuk menentukan kehidupan yang akan datang???

sekalipun, awang juga tidak mampu menafikan mungkin orang yang kita tidak suka itulah yang akan jadi teman hidup kita..

Awang x tahu, perlu atau tidak awang nukilkan kisah kamoo dalam post ini?? sejujurnya menulis kisah kamoo memerlukan satu platform lain yang panjang... mungkin berbentuk novel barangkali adalah sesuai... Itu perlukan masa dan masa yang panjang.. Insya'Allah jika di berikan peluang ingin juga didokumentasikan...

Hakikatnya kisah kamoo begitu unik dipandangan awang dan juga teman-teman... ingin juga tertawa, namun ia bukanlah kisah jenaka apatah lagi hikayat penglipur lara... yang pastinya ia memang menghiburkan...

JUJUR AWANG GEMBIRA.....DENGAN KISAH KAMOO BERDUA...


ops!!! gambar yg sebenarnya ader ramai, tp dek kerana yg lainnya beraksi kurang sopan, maka terpaksa di crop... 2 insan ni sahaja yg beraksi senonoh..harap maklum..


Seksyen 7 Bangi: Hari ini awang diminta zack makoto untuk ikut serta rombongan keluarganya meminang zila. 2 hari yang lalu awang berdiskusi dengan Asri Suarez, adakah kami perlu atau tidak ikut si zack ni meminang??? kerana tiada undangan dari zack.. memandangkan kami rakan serumah merangkap kawan rapat x kanlah dia x ajak kot.
mungkin dia ikut macam kawan serumah kami yang lalu, bertunang dan berkahwin pon x nak ajak member serumah. nak jimat bajet.. itu telahan awang...

Dan pagi tadi saat bangun dari tidur, barulah si zack ni ajak kami berdua...kalo ikutkan hati rasa malas nak pegi,..

yelah baru nak ajak??? macam x ikhlas jer..

Tapi nama pon zack, macam tu lah caranya, x mau kasi dia kechik hati so kami pon pergi... awang terpaksa jadi tukang bawa hantaran.. alamak malunya.. mujurlah ader gadis2 comel yang join sekali.. so x derla segan sangat... rupanya zack ni dah ajak budak2 teknikal tuk bawa hantaran, tapi memandangkan x cukup orang awang yang jadi mangsa..

punyalah ramai orang dalam rumah tu, so awang lepas letak hantaran terus duk lepak luar dengan asri suarez...

dalam hati, alamak, kalo macam ni lah nanti awang tunang, memang segan gila lah... ingatkan keluarga terdekat jer rupanya lah satu taman turun.. huhu malu-malu.. sumpah kalo awang tunang dengan neelofa nant memang awang x ikut rombongan, duk rumah jer...hehehe.. maluu sey..

Isnin, 12 Mac 2012

mY lEnSa 56 (PulanG denGan HamPa)

EvEnt : MemancinG di KeloNg Pozi, Lukut, Port DickSon
MeMberS : Awea DonDe, Jojo, Boyz Grafik, Minggo, & Bro TajiL
Date : 10 & 11 Mac 2012




My sTorY

ku sangka banyak yang dapat, tapi akhirnya pulang dengan hampa... huhu..

apalagi yang mampu awang rasakan... nampaknya x dapatlah awang nak berbangga diri dengan hasil tangkapan... huhuhu.. tu lah!! sapa suruh awang berniat buruk.. ha kan dah kena sebijik.. kuang,kuang,kuang...

ini Trip kali kedua awang join bebudak UKSB memancing... kalo sebelum ini di rumah rakit tidak berjaya mendaratkan walo sekor ikan, so tuk trip kali ni awang menyasarkan harapan yang tinggi..bukan sekor tapi berekor-ekor... Bukan per, yang sebelom ini agak terok kena kutuk, jadi kali ni awang nak kasi tunjuk hebat x hebat awang dalam arena memancing ni... biar senyap mulut dorang..

mengikut rancangan asal, sepatutnya kami memancing di pulau angsa kat area Klang nun... tapi setelah mendengar pelbagai versi cerita yang kurang enak, maka perancangan asal terpaksa di ubah...

Awang memang teruja nak ke Pulau angsa tu, yelah pergi pulau kan... tapi bila ada geng bagi tau nak mancing area tu agak sukar sebab kena mancing kat chalet yang terbiar.. n kawasan tu sunyi x berpenghuni, so terpaksa tukar tempat last minit.. dikatan di situ ader rumah api yang dijaga dua orang penjaga jer.. alamak relax lah... korang ni...

nak kasi cerita tambah menarik tahap box ofice, mula la dorang cakap kat situ ader cik ponti anak yang berkeliaran.. alahai hati tikus lah korang ni...

sudahnya memancing di kelong jew...

bagi yang baru nak tau kelong tu apa, meh awang kasi xplain... kelong tu satu binaan macam rumah yang dibina atas laut tuk tujuan memancing bagi kaki-kaki pancing.. dan tuk kelong yang awang pergi ni kapasiti muatan adalah 40 orang.. itupun dah agak kroded..angka yang cantik menurut isi pandangan awang ialah 20 orang sahaja..itu sudah sangat seswai..

kami mula berkumpul di ofice, n dalam pukul 3 petang baru bertolak... itu pun sebab menunggu boy dan jojo yang lambat... ini yang paling awang x suka, janji pukul 1, tapiiii.. sampai jeti lukut lebih kurang pukul 4... then dari situ nak ke kelong adalah dalam 20 minit.. mulanya cuak gak nak naik bot, tapi bila dia bagi jaket keselamatan.. ha baru lah rasa selamat... kalo jatuh pon masih boleh terapung..hehehe


Sampai di kelong, alamak, hati tetiba rasa x best,,, mana x nya, ramai rupanya dah kat atas tu... ingatkan x ramai... so x der private lah ini macam.. haru betul lah.. mood awang pon tetiba jadi surut macam air laut..

X kan nak patah balik kan... nak x nak naik jerlah.. mujurlah ada satu port yang kosong tuk kitaorang, kalo x mau gaduh dibuatnya.. So x mau tunggu lelama, masing-masing terus pasang perambot, mata kail dan umpan..

umpan kami adalah Umpun-umpun, sotong dan juga udang...

Ok sapa nak rasmi dulu ni??? semua pakat x mo jadi perasmi, dan akhirnya awea donde yang mengalah, itu pun lepas kena kutuk... sorilah awea dah hang yang paling muda so terima jerlah..

xtiviti memacing bermula... dengan semangat dan harapan yang tinggi untuk menaikkan seberapa banyak hasil... ingat sapa dapat naikkan dulu dia dikira hebat... lesen yang penting... besar kecik lain cerita..


Dalam ramai2 tu awang punya batang joran adalah yang paling murah dan paling pendek... so x dapatlah awang nak membalingnya jauh2...anggapan awang satu jer, kalo memang rezeki kita x kemana...

Dari satu tempat ke satu tempat beralih, dari satu masa ke satu masa berjalan, dari terang membawa ke gelap, dari senyum membawa ke masam.. ikan yang ditunggu x juga menggigit umpan.. aduhai nampaknya memang malang agaknya awang ni... 2 kali trip masih x dapat lesen... suara2 kutukan dah kedengaran berkali2... apa yang boleh awang buat??? senyum jer la...

Xtualy awang demam sebenarnya, tetiba diserang virus selsema.. so memang mood bertambahnya lah kurang hari tu... yerlah kalo hidung ni asyik sok sek sok sek... memang x selesa...tapi cekalkan juga perasaan... bukan selalu kan naik kelong...


pukul doblas tengah hari kitaorang mula meninggalkan kelong dengan perasaan hampa.. hanya boy grafik yang dapat merasa tarikan ikan tuka, sekor jer pon... besar tapak tangan...yang lelain haha.. sama jer dengan awang..


apa pon ini bukan yang terakhir.. trip akan datang kita tengok sapa yang hebat ok..



Fakta Best

- untuk ke Kelong ni, kami lalu jalan lama ke Sepang, masuk ke Lukut, bukit Pelandok dan terus menuju lukut. 1 jam perjalanan
- sampai jeti naik bot ke Kelong dalam 20 minit.
- satu orang dikenakan bayaran rm40 termasuk tambang bot.
- terdapat 3 buah bilik, dengan 1 bilik air dan dapur..
- Sejujurnya tandas dan dapur memang x selesa, ala kadar sahaja.. mungkin kerana ramai orang.
- Kawasan ni memang x banyak ikan, buktinya bukan kami sahaja yang gagal, pemancing lain juga sama,... hanya mereka yang betul2 bertuah sahaja yang dapat itu pun boleh kira berapa ekor.
- air bersih disediakan dalam beberapa tong..
- air laut juga bersih x macam di Telok Gong itu hari.. mujur awang x bawa seluar, kalo x mau awang mandi..

Ahad, 4 Mac 2012

mY lEnSa 55 (YanG kE 2 kaLi nYa)





MeMbeRs : Zack MaKotO & aSri SuaRez
VeNue : BerCanDa dI panTai PoRt DicKs0n
DaTe : SuNdaY 5 Februari 2012


My sTorY


kerja gila agaknya.. harini mulidurr rasul, sepatutnya pergi masjid berarak, selawat or dengar ceramah... setidak-tidaknya pun duk rumah..tapi dek kerana termakan ajakan si asri suarez ni yang duk merengek-rengek sepanjang pagi maka awang dengan hati terbuka ikut kan jer la plan dia... lagipon awang dah masak perangai budak ni, kalo dia ader plan ajak awang g memana tu tandanya si ina awek dia balik kampung la tu.. biasa bila dah x der awek barulah kawan ni dia ajak, cuba kalo si ina tu ader.. kompom x diingatnya kita...

mulanya malas nak ajak si budak zack join sekali, sebab tau dah perangai x senonoh dia.. tapi kesian bila dia duk sorang kat rumah so asri pon ajak sekali.. kalo nak tau mamat sorang x suka berjalan.. awang memang x suka kalo dia ikut jejalan g memana, kita rasa x bebas.. asyik pikir nak balik jer..mulut x habis2 mengeluh.. memang rimas, sumpah memang awang x suka.. pastu paling awang x suka bila buat muka...(means buat muka terpaksa) perh hati ni terasa nak memaki-maki.. xtualy bukan dia jer, sesapa pon,.

Cukup-cukup awang x suka keadaan cam tu..sesapa pon, kalo x mau join kuar ngan awang, cakap terus terang, awang x kesah, awang lebih rela g sesorang dari pergi dengan orang macam ni.. konon nak jaga hati kawan, x mo kita kecik hati tapi tu lagi menyakitkan sebenarnya.


Singgah kat ayer Keroh melaka, makan tengah hari.. mulanya nak makan kat foodcourt, tapi masalahnya xder langsung tempat duduk.. sudahnya pegi KFC yang berhampiran.. KFC ni memang satu dalam seribu lah... mana x nya semua pekerjanya India.. dari cashier membawa ke tukang masak... x per, india ker cina ker, yang penting halal...

Ni set lengkap menu kami tengah hari tu... ha kat sini pon dah stat buat muka menyampah, dengan muka x puas hati then merungut makanan KFC ni lain macam... dah cukup wat awang rasa bengang... Menu semua sama, awang ngan asri relak jer x rasa pape, tapi.... ntahlah myb x kena ngan tekak kot tu yang merungut-rungut.. malas nak bertekak,so wat bodoh jer la...


sampai bulatan port Dickson tu, ader lak jem... rupanya abang polis trafik sedang bertugas... ohhhh tuanku mUkhris ader wat lawatan sekitar kawasan tersebut sempena maulid..ok lah... sengaja awang snap gambar...nampak menarik... tapi kalo nak tau pemilik moto ni bukan sedang kawal lalu lintas... rupanya dia singgah kedai buah nun di tepi jalan... hampeh tul.


ini kali yang kedua awang jejakkan kaki di Port dickson ni.. sekali bercuti dengan budak teknikal tahun lepas... Lambang port Dickson ini boleh dijumpai di bulatan nak menuju ke pantai Telok kemang tu...


ini aktiviti selepas mandi laut... salah satu cara tuk keringkan badan... BERjeMur lah namanya...hehehe

ops!!peringatan ini Bukan aktiviti menjual dubur ok... Tapi awatnya si baju merah ni kangkang besor bebenor??? hahaha


aktualy tengah sedap2 berjemor, tetiba datang budak ni sewa pelampong sambil pow makanan ringan kita orang.. hampeh punya budak..

gambar di atas ini, gambar aktiviti penyewaan pelampong... apa!!! x dengar, kenapa pakai pelampong??? oho (jangan kasi tahu sesapa, ni rahsia antara kita)sebenarnya awang x reti berenang so

begitulah kisahnya....


dah sewa pelampong apa lagi, jom kita mandi... alamak x der gambar sedang mandi guna pelampong sebabnya si zack tu merayap entah kemana bersama L110... apa pon pelampong ini banyak membantu awang untuk membuat beberapa aksi yang menarik.. tapi yang penting ia dapat juga menyelamatkan nyawa.. ops kalo nak tau awang dengan asri jer yang turun mandi...


sebenarnya banyak aktiviti menarik yang ada di port Dickson ni... tahun lepas masa awang pergi x der lagi aktiviti payung udara ni, la ni dah ada... lagipun masa awang pergi tu, area kawasan ni sedang membangun,,, x macam sekarang... cuma yang awang rasa terganggu sebab aktiviti ni baru so dorang yang handle benda ni rasa macam bagus sangat... kita yang tengah sesedap mandi sesuka hati diarahkan ke tepi... huh langsung x propesional...

kalo nak tau air laut nak kata bersih sangat tu idaklah...kalo nak tau air laut kat semenanjung msia ni memang kotor... tapi masih ok lagi nak mandi, lagipon ramai yang mandi termasuk awang... n Alhamdulillah tidak diserang sebarang penyakit kulit... so kira oklah yek...


selain payung terjun ada lagi beberapa benda menarik yang di sediakan untuk pengunjung, antaranya bermain dengan ular sawa... hah... amacam, adik ni berani, korang ader bran kah??


Yang ini pon menarik... apa nama binatang ni agaknya??? labi-labi kan????


sesapa yang rasa nak naik kuda pusing-pusing kawasan pantai boleh la mencuba... tapi awang memang x lah... segan weh.. kalo kuda perancis tu memang awang nak lah... tapi kuda padi ni alahai....


lawa x gambar ni... panorama indah waktu senja..ahahaha... kami disini sampai pukul 7...x mo dah mandi lelama,... weh sapa nak mandi magrib2.. kena sorok dengan jembalang laut, baru padan muka ...ui takutnya...


sempat singgah di kedai makan cowboy ni.. untuk kali yang keduanya juga... kedai ni menu dia memang special... nak tau apa???
air yang ada 3 perisa, tembikai dengan anggur... yang satu lagi air mineral water.. so jangan gatal nak minta air kosong atau suam.. memang x der... menu makanan cuma satu nasi kukus ayam panggang... rojak, mee goreng, nasi pataya, roti canai... dey tambi tu semua mamak juga ada... di sini tarak...

so inilah aktiviti memenuhi masa sengang kami ok... jumpa lagi next post..

Khamis, 1 Mac 2012

mY lEnSa 54 ( aKtiVitI BaRu )



MeMBers: hanaFi MaStika & boY gRafik
VenuE : Rumah Rakit Telok GonG KlaNg
Date : SabTu & Ahad 28/29 JanuarI 2012

My sTorY

Alhamdulillah sejak mula penghidupan baru menjadi warga utusan ini, banyak perkara dah berubah. salah satunya adalah awang dapat melibatkan diri dengan aktiviti memancing..



memang sangat berminat ngan memancing, tapi dek kerana tiada kawan yang sealiran maka minat tu hanya sekadar di simpan dalam hati...

la ni ia dapat di realisasikan juga..

So untuk trip yang pertama, awang ikut lah dorang ni memancing di rumah rakit telok gong Klang.

sonoknya memang x terucap dengan kata-kata... Alhamdulillah

Kalo ikut perancangannya kami pergi berenam, tapi dek kerana yang tiga lagi syahid dahulu sebab menghadapi masalah yang x dapat dielakkan maka tiga sahaja yang bertahan termasuk awang,..

Asalnya memang rasa macam x dapat nak join sebab pagi tu ada kursus umrah di ofice.. dan awang terpaksa menjadi pengaca majlis.. mujurlah sampai tengahhari jer.. kalo x memang kuciwa yang tersangat...

Pukul 3 awang dan nafi gerak amik boy grafik di kampung pandan, then terus mengorak langkah menuju ke Klang tuk amik umpan..

dari klang perjalanan diteruskan menuju ke jeti Telok GonG.. Pukul 6 gak kami sampai, terus naik bot pergi ke rumah rakit... x jauh pun jeti ke rumah rakit, ader la kurang 10 minit...

dalam rumah rakit tu semua Complete dari elektrik, tandas, dapur, tv, set karaoke, eh pendek ckap apa yang ada dekat rumah itulah yang ada dalam rumah rakit siap gula garam bagai pun ada.

jejak kaki atas rakit, x buang masa terus pasang umpan dan plups... aktiviti memancing pun bermula.. umpan yang diguna ialah umpun-umpun dan udang hidup.. menurut kata dorang, kalo 2 jenis umpan ni diguna memang kompom dapat ikan... hahaha yela tuh.. kita tengoklah macam mana yek..

Sambil menunggu umpan mengena sempatlah kami semua bergurau senda dan memasang harapan untuk dapat ikan yang besar punya... bukan apa kalo dapat besar berbaloi-baloi, boleh lah buat wallpaper kat komputer tuk tayang kat bebudak ofice yang x join...

Baru dorang tau macam mana untungnya kalo pegi.

Dalam pukul lapan malam, setelah 2 jam memancing tetiba terdengar teriakan gembira dari boy grafik... rupanya joran dia dah mengena... seekor ikan duri berjaya di daratkan.. tap x lah besar sangat, setengah kilo mungkin...

oklah tu,,, daripada x dapat... dan sepanjang malam tu boy grafik ngan nafi mastika bergilir-gilir menaikkan ikan...

tapii.... awang??????

aiseh, apa sudah jadi ni, sekor pon x mau lekat.... riak-riak sedih dan kuciwa macam sudah mula terpancar dimuka awang...

okey, pikir positif!!!! nama pun mancing, so kena lah ikut nasib walau dah berkali-kali menukar kawasan mancing. huhuhu

bosan menunggu akhirnya awang pon teros masuk tidur meninggalkan hanafi dan boy.. sedar2 dah pukul 5 pagi,... apalagi terus tengok batang pancing dengan harapan ader kot yang sangkut....

tapi malang harapan tinggal harapan... huhu kuciwa lagi... agaknya awang kena mandi bunga lah kot... huhuhu...

pukul doblas kita orang berangkat balik, dengan hasil tangkapan yang tidaklah sebanyak mana namun boleh tahan lah... ikan duri paling banyak...

yang pasti trip pertama kali ni bukanlah untuk awang tapi untuk dorang... huhuhu.

Sabtu, 31 Disember 2011

mY lEnSa 53 ( MahliGai CinTa)

Event : MahligaI CinTa N0ly & Adib with DanGa BaY Johor Bahru
Majin : auntie ZaTy, Nadia, Mama Yna, Miss Aini, Madam Ella, Eijam & Ijat
Date : 10 Disember 2011





mY sTory:

Syukur Alhamdulillah, akhirnya setelah lama menunggu, sampailah detik keindahan penyatuan secara Halalan Toyyiban pasangan Merpati 2 Sejoli. NurliYana Dan Adib... Insan Terbest yang awang pernah kenal sepanjang mendiami perbukitan bangi.

Sedikit info sebagaimana kata puan noly:

Adib usha noly secara gentleman... mana x nya masa dia nak try noly, si noly ni bagi syarat kalo nak try berkawan ngan dia so kena la tanya mak noly dulu...

Dengan agak beraninya si adib ni pon call la mak noly, bagitau terus terang yang dia meminati noly... Bila mak noly bagi lampu hijau so perhubungan itu berjalan hingga la ke jinjang pelamin..

Satu yang paling awang respek ngan dorang ni ialah menjalinkan hubungan secara matang dan sihat... barmakna x der la kes-kes majuk bagai nak giler, gaduh x kena gaya, cemburu yang sampai nak buta mata macam couple yang dok sedia ada...

Senang cter, hubungan dorang lancar, sebabnya masing-masing saling hormat n percaya ngan pasangan... itu yang awang sedarla sepanjang awang kenal ngan dorang...memang x der la cter yang negatif keluar dari mulut si noly...semuanya positif... rasanya kalo ader pon gurau-gurau manja... Yes Terbaik la Kamo Orang...



Xtualy perjalanan menuju ke majlis ini seumpama meluncur ditengah lebuhraya yang lurus.. Ikut rancangan asal awang nak naik ngan dorang jer, yela boleh la jimat dan cermat... tapi memandangkan awang terpaksa pulang ke rumah so terpaksa memandu sendiri.. lagipun dorang ni x mau ikut awang balik rumah so.... malu la kononnya...wedokz tul...

disebabkan awang ni jenis yang bawa keta slow macam siput khinzir, terpaksa la awang gerak Pukul 6.30 pagi.. x leh nak konvoi ngan dorang...nanti kena tinggal macam g melaka haritu...

Yela awang ni kan jenis yang beringat n berhati-hati... lagipun keta awang bukan hebat sangat macam keta dorang... Biar susah jangan kita susahkan orang lain... itu motto awang.


Alhamdulillah pukul doblas dah sampai rumah... duk lepak jap sementara nak tunggu dorang sampai.. Pukul 1 lebih terus kami gerak, ha yang ni terpaksa la konvoi sebab awang tengok keta dorang penuh.. suasana yang pasti menyulitkan awang tuk menyelit tumpang sekali.... huhuhu

hasil pandangan makrifat, nak cari tempat majlis x lah payah sekalipun pertama kali..... Masuk jer dewan, x ramai lagi orang yang datang... ok la, menu yang terhidang, nasi ayam, roti jala, n spageti.... x lupa air sirap bandung my feveret..

Kali ni, dah macam orang kebulog awang tengok si majin2 awang ni... lepas satu-satu lagi makanan dia amik... ingat ni rumah korang ker??? ella, zati, ijat macam seminggu x makan... x caya tengok atas meja kita orang tu, bertingkat2 pinggan... hui malu-malu.. mesti orang yang kat situ pikir ni anak jin mana la yang terlepas ni..

x kenyang makan nasi, roti jala di sembatnya, pastu spageti, n last sekali aiskrim..

time kita orang habis makan noly ngan adib pon naik pelamin...rasa macam klaka giler r muka noly kena makeup, macam puppy doll.. ops.!

time nak gerak ni memang hampeh... masing2 dah berat perot nak bangun so di suruhnya awang bangun dulu.. ok la awang makan sikit memang x der masalah nak bangun... lagipun abang2 kan...Tapi yang hampehnya awang gerak terus la kuar, siap salam ngan tuan rumah lagi,. tapi yang dorang lak x kuar, boleh tolong katering basuh pinggan...

Terpaksa la awang tunggu dorang ni kat luar... mujurla ramai pemandangan menarik kalo x kompom naik tempeture...
.

lepas solat kat Masjid Abu Bakar,

Perjalanan diteruskan lagi, memandangkan dorang ni x pernah turun JB terutama aini... so dengan hati yang terbuka awang bawa la dorang ni pegi Danga Bay,, Jalan-jalan kat situ.. ( motif sebenar: awang nak tunjukkan pada dorang Negara asal awang... x lain x bukan Singapura) hehehe

Majulaaah Singapura..............

kelihatan dengan jelasnya betapa kagum dorang ngan keindahan JB... ha baru korang tau, selama ni korang kutuk warga JB.. la ni baru nak ngaku hebat x hebat JB tu.. kalo nak tau JB tu bermaksud Jauhari Berkilauan.. if korang bawa paspot time tu kompom awang bawa masuk singapura... tapi ..

Sempat gakla awang tunjukkan tempat awang pernah keja sebelom ni... hehehe


Semua rasa teruja kan... yela pertama kali sampai JB, pastu dapat gi Danga Bay... ucap time kasih kat awang k...hehehe... Time ni rasa best pada awang sebab dorang ni semua pakai sopan, baju kebaya, baju kurung terutama ella... sejuk mata memandang... lain kali kalo keluar korang pakai camni kan bagus...

Tah kenapa kali ni awang perasan aini cantik sangat pakai macam tu... macam berseri-seri... baju ngan warna sangat Mach ngan dia... nasib bekla dalam hati awang ni dah ada neloofa kalo x... huhu... ops sori ijat... jgn marah...

myb mungkin b4 ni dia pakai baju t-shirt ngan suar tu yg nampak selekeh jer...tp kali ni berpakaian seperti wanita melayu terakhir...awww anggun.. dup dap dup dap...


Dalam duk jejalan tu tetiba kami semua di sapa oleh warga mempromosi nescafe keluaran terbaru...apalagi awang yang sememangnya ramah ni join la dengan harapan nak dapatkan nescafe free... Tapi yang x boleh blah bila ader mamat ni ngah try usha eLLa... hahha... x caya tengok gambar yg awang snap ni... Wah ella Kelazzz gitu.. macam ribena... perasan hot la tu... hieeee gedik...hahaha..

last sekali semua pakat gambar kat keta nescafe..ni bukti yang korang memang x tau malu...hahaha..

memandang hari dah masuk senja, muka pon nampak letih terutama zati so semua pakat balik la.... mana si mak cik zati ni x penat, dahla memandu, pastu makan banyak... pakai high heel lagi... memang sengsara la kamo zati... huhuhu.. lagipon esoknya si eina keja...huhu

Kecewa sikit x dapat bawa dorang g rumah awang, kalo x leh kenalkan ngan family awang.. terutama aini... mana tau mak awang berkenan...ahakz..

so perjalanan ke JB berakhir di sini..... akan datang kalo free datangla lagi, ada banyak lagi tempat best yang boleh awang bawa...

Ahad, 11 Disember 2011

mY lEnSa 52 ( anGin Baru, hiDuP baRu, suaSana baRu II )

My sTorY

Assalammualaikum...

Tarik nafas.... lepas, tarik... lepas... tarik lagi... dan lepaskan lagi..

Alhamdulillah,
masih diberi kesempatan untuk jari ini menaip bait-bait indah kehidupan...

Dah hampir sebulan awang menjalani hidup di sini... satu dunia yang asing bagi awang... tak pernah terpikir nak kerja dalam bidang ni... mungkin ini yang tertulis di azali..

Sebenarnya dengan semangat untuk menghirup udara baru, so awang cuba untuk berubah menjalani hidup yang lebih teratur..

Yela! sampai bila kan nak duk membuang masa, awang pun nak rasa hidup berkeluarga, lagipun umur dah meningkat satu lagi angka... duit poket pon cukup-cukup makan jer...nak x nak kena la kerja...

Tahun 2012 yang akan masuk ni akan merubah segalanya...

angin baru, hidup baru, suasana baru....

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.