Selasa, 10 Julai 2012

mY lEnSa 67 ( i C hEarT: thE War iS beGin )

eVenT       : i c HearT ( PaintBall anD thE War Is bEgiN )
VeNue      : MARDI UPM
mEmBerS  : MajinS UKSB, Adda BaTerfLy, awEeRa n Peserta i C Heart
daTe         : 30 JuN 2012


My sTorY

Alhamdulillah, sekali lagi awang di beri kesempatan menyibukkan diri dalam program i c heart ni tuk kali yang kedua... kalo sebelum ni mendaki bukit, untuk minggu seterusnya awang join pula paintball... huhuhu betul2 rasa teruja dapat main game outdoor ni... dah lama sebenarnya awang nak main game ni, tapi memandangkan kos dan kekawan x der yang berminat, maka hasrat itu hanya terpendam sahaja dalam jiwa.

Bila dapat tahu yang i c heart membuka peluang pada warga staf UKSB untuk join so awang pon hantarlah nama pada kak Syaliz.. Mulanya nama awang di hold kan dahulu sebab jumlah penyertaan yang ramai... tapi bila dah awang merayu dengan kata-kata yang manis, akhirnya kak Syaliz tercair lah pulak... so dapatlah awang join...hihi jangan Mare....

 Amacam cuak x??? Sekali pandang dah macam komando lagaknya kan...

Sebelom peperangan bermula, kami diberi penerangan bagaimana untuk memulakan permainan dan segala hal yang berkaitan dengan paintball ni, dari sejarahnya sampailah kepada penamat game ini... Yelah kalo x bagitau main tibai jer x memasal masuk spital... huhu.. Asalnya game ini dimainkan oleh pembalak dalam hutan yang kebosanan sebab x der hiburan.. bermula dari itulah maka game ini mendapat tempat dalam hati setiap jiwa taiko yang ada di malaysia ni..

antara syarat wajib yang perlu di patuhi bila main game ni adalah jangan buka mask sekalipun dah menang... buka hanya bila dah keluar dari court sahaja.. Nak kata sakit kalo kena tembak, agak sakit jugalah, sebab tu kena pakai baju kalis peluru macam awang.. La ni betul2 terasa macam dalam perang,... 

Game pertama staff yang mulakan dahulu, ini bermakna awang kena beraksi... hehe... kumpulan kami ada 6 semuanya,.. dan untuk game yang pertama ini kumpulan awang menang sebab dapat tewaskan semua musuh... awang sendiri berjaya tembak 2 orang...heheheh

Tapi game yang kedua kalah plak, sebabnya kita orang tukar strategi, itu pon sebab berganti geng,...kalo geng yang sama dan stategi yang sama, kompom mesti menang punya huhu... awang adalah kena tembak gak kat kepala dan peha... mujurlah ini game jer kalo betul2 kompom bersepai kepala awang... sian...huhu

tapi memang x puas hatilah...huhu

hah lupa nak bagitau, game pertama mulanya geng kami si adda (artis jemputan) ada join sekali, itu yang semua semangat jer... tapi game yang kedua dia x join, ganti ngan orang lain tu yang kalah...merudum semangat..huhuhu..

nak wat camna.. kena gak terima kekalahan..huhu apapun memang terbaeklah...

Isnin, 9 Julai 2012

mY lEnSa 66 ( i C HeaRt : JoM KuruSkaN BaDaN )

eVenT       : I c HeaRt : MenDaki BukIt
vEnue        : BuKit MARDI UPM
mEmBerS  : MaJinS UKSB & PesErta I c HearT
DaTe         : 16 JuN 2012

My sTorY

Kerja di UKSB ni memang seronok sangat, mana x nya, ada sajer program menarik untuk awang join setiap minggu. kali ini majalah i sihat ada buat cabaran menguruskan badan untuk pembaca setia mereka. Program terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai berat badan yang berlebihan dan nak turun berat badan. Caranya mudah, bayar RM 400 seorang then ikuti 6 minggu aktiviti menguruskan badan pada setiap hari sabtu dengan bimbingan Kevin Zahri... sesapa x kenal leh lah search dia kat internet... hehehe, lagipun dia selalu keluar dalam TV, selebriti fitness.  

Minggu ini xtiviti yang dibuat ialah mendaki bukit sejauh 5 km di MARDI... dek kerana xtiviti ini bersifat bebas, maka sesapa majins UKSB yang berminat bolehlah join.. bukan apa untuk meramaikan lagi peserta. Bila tahu jer ada tawaran terbuka macam ni so awang pun x mau terlepas, terus hantar nama secepat yang mungkin.

Berkumpul 8 pagi. Wah ramai gak majins UKSB yang join, puan Zu pun ikut sekali.. Semangat pulak dia yek...  sebelum acara mendaki bermula, so kita sarap dulu... sarapan pagi adalah cornflake dan air susu.. terima kasih nestle, sarapan yang enak.. hehe

Ok dah sarapan jom kita buat regangan otot, panaskan badan dulu... x mau nanti tengah mendaki tetiba kerem kaki.. haru jadinya...  Kalo macam awang ni oklah gak, boleh gak diangkat tapi kalo yang berbaju biru tu, memang lansung x terangkat...hehe... jangan mare yek.. gurau sahaja.

1, 2, 3.... jom kita mendaki... ops sebelum tu meh amik gambar ramai2 dulu, nanti dah mendaki berpeluh x lawa gambar kan... ok senyum semua...

Sepanjang perjalanan, kita orang di guide oleh marshall merangkap staf Mardi.. ada sesekali dorang ni bakar mercun... bukan apa, katanya kat sini banyak babi hutan berkeliaran... so kalo dah bakar mercun x der lah si babi-babi hutan berani nak tunjuk diri...

mencabar??? ermmm x lah sangat, mana x nya, track x susah lagipun x rasa penat sangat sebab banyak berehat... macam mana x berehat, dah badan semua agak berisi...  x perlah ini nak enjoy saja lagipun boleh jadikan latihan untuk Daki Nuang minggu depan.

Dalam dok ramai-ramai yang join mendaki ni, awang sorang jer yang kelihatan lain... lain nya pada baju sebab awang sorang x dapat baju i c heart... huhu sedihnya...  (macam mana nak dapat, semua baju saiz besar)

nak wat camna, tu lah awang, len kali minum weight gain biar tambah berat badan,.. hehehe...

laluan terakhir selepas sampai puncak...

Ini kira dah nak sampai ni, kelihatan awang sorang jer yang masih mempunyai tenaga... x caya tengok aura yang kuar dari badan awang... Puas???

X lah sangat, sebab badan x berpeluh langsung.. masih kekal haruman deodoran badan awang... jadi x lah mencabar... x per awang pk positif, ini sebagai latihan untuk awang mendaki gunung 2 minggu lagi.. huhu,.. yang ni Biasa sahaja...

mY lEnSa 65 ( DauLaT TuaNKu )

EvEnT       : MenGhaDap SuLtan SuLu
VenuE       : HotEL anTaraBanGSa KuaLa LumPur
MemBer    : KaK Ros BerDuri
DaTe         : 3 JuN 2012

My sTorY

Sedang awang sibuk bertugas memberi hadiah pada kaki pancing yang menang (Boleh rujuk dalam mY Lensa 63 yang lalu) tiba-tiba hp awang berdering. rupanya panggilan dari si Syima yang menyuruh awang segera datang ke tempatnya... kononnya bos nak jumpa..
aik biar betul, ini lah pertama kali awang kena panggil dengan bos ke-2 dalam UKSB.. "apa masalahnya ni???

Sepanjang berjalan menuju ke tempat si syima, kepala duk terbayang apa yang awang dah buat sampai kena panggil ni… x kan lah jadi urusetia tuk 2 majalah sekaligus kena marah… Oh myb dia nak puji or bagi imbuhan kot….hehehe pikir positif jer la….. manalah lah tahukan betul apa yang awang pk tu... masyuk jadinya..

Sampai jer terus syima Tanya "awang ada buat apa sok, boleh awang menghadap sultan x sok???

HaH??? Tercengang awang, apa kes awang kena menghadap sultan ni?? yang persoalan tadi x terjawab lagi, la ni datang lagi satu soalan yang lagi pelik untuk di pikir.. dah x betul kah si syima ni…

"Meh kita jumpa Puan Zu".. ajak syima…
"Awang bz x esok?" Tanya puan zu…
"Ermm x puan, kalo bz pun tido jerlah..awek pon x der nak ajak dating..huhu…" jawab awang cuba melawak… Tersengih macam kerang busuk lak puan zu dengar lawakan awang…
"begini, tadi saya ader terjumpa dengan Dato J, (Perasmi bagi Pertandingan Memancing mastika) katanya kalo kita nak buat apa-apa program berbentuk keislaman di sabah kita boleh dapat sponsor dari Sultan sulu, lagipun dia ada kat kuala lumpur sekarang ni. So memandangkan esok saya x der terpaksa pergi ke Kelantan dan kak syam editor kamu pun x der, saya nak kamu ganti jumpa sultan tu macam mana?" jelas puan Zu.

Alamak biar betul puan zu ni… dah hilang akal ker??? X kan awang pulak yang terpaksa pegi… apa awang nak cakap dengan sultan sulu ni??? Aduilaa….

"Ermmm puan Zu, x der orang lain yang boleh ganti ker, lagipun awang baru jer kerja…tak tau selok belok lagi" awang cuba beralasan.
"x per awaang! jangan takut, awang cerita sahaja tentang kita nak buat program begini dan begini pada tuanku.. nanti pandailah saya nak buat macam mana… lagipun kak ros ada join sekali… dia akan bantu awang kalo ader problem…"

Sumpah, malam tu awang langsung x leh tido, apa awang nak bahasakan diri ngan sultan sulu ni, patik tuanku ker, merafak sembah ker???? Nak pakai baju apa lagi??? Semuanya bermain-main dalam kepala…Huhu  mana x nya, inilah first time menghadap sultan,...
Inilah rupa sultan sulu n bini dia yang awang jumpa.. siyes masa sampai tadi awang x tau dia sultan, so awang pun selamba jerla bagi salam n jabat tangan dia…( mana x nya, x der langsung pengawal kat kiri kanan dia, ingatkan bendahara) huhu mujurlah dia x murka…

Ok perbincangan berjalan dengan lancar sekali… dan yang kelakar awang terbahasakan diri dengan saya, x terpikir nak guna patik.....dan sultan pula bahasan diri dengan tuanku…

Menurut katanya dia x der masalah nak sapot perjalanan ke sabah tapi dengan syarat proposal kasi setle n buat se proper yang boleh… so awang pun pk x der masalah benda.. bagitau bos nant pandailah dia nak wat macam mana... kalo betullah jadi...ermmm mesti best..

huhu x sabonya....


Dalam duk berbual ni, macam-macam isu yang kami bincang, dan semuanya menambahkan lagi input berguna… terutama perkara-perkara belakang tabir dalam dunia korporat dan hiburan.. Rupanya dato J ni terlibat dengan ramai artis so banyaklah yang dikongsikannya pada awang.. ops x boleh cter kat sini, itu semua secret…  

Sultan pon mesra sangat, x der protokol langsung… walaupun dia seorang yang tegas... jujur awang tabik 3 kali ganda pada dia..hehe

ok Tuanku kasi angkat tinggi sikit majalah tu, biar nampak muka depan majalah..
Selepas sesi perbincangan, adalah sesi bergambar kenangan,… maklumlah bukan selalu dapat peluang macam ni, dah jadi wartawan baru merasa duduk semeja dengan sultan… walaupun bukan secara rasmi… mungkin ini langkah pertama, akan datang mana tau kan, mungkin duduk semeja dengan Yang Di Pertuan Agong…
Dalam perjalanan balik tersenyum panjang awang... apa pun ini yang terbaik.. cayalah awang...hehehe..

Ahad, 8 Julai 2012

mY lEnSa 64 ( KapsuL Masa PeRak )

eVenT       : JoM meLawaT pEraK
VenuE       : GaLeRi PeTroNaS, KLCC
mEmBerS : AweA DonDea & BanG BeaL
dAtE        : 02 JuN 2012

My sTorY


Selepas sahaja habis program memancing Mask Tika di tasik Titiwangsa, (boleh rujuk post sebelom ini), awang, awea Dondea dan bang Beal pergi ke KLCC lak... Tujuannya nak amik balik MP3 si awea Dondea yang dia hantar b4 ni kat sony center.. lagipun bang Beal x penah g KLCC... sian dia...hehe... Dalam duk Jejalan sambil Usha2 awek.. tetiba sampai lak kami depan Galeria Petronas ni... Sumpah awang x penah tau pun galeria ni ada wujud di sini... Mulanya nak masuk takut2 gak, manalah tau kena bayar... tapi bila pegi tanya kat kaunter, rupanya Free sahaja... hehehe... 

amik gambar dengan muka yang dah kaku... segan..ahaks... menurut brader yang jaga kaunter, galeri ni kiranya macam mini muzium... pameran yang ada skarang ni berkaitan dengan Sultan Azlan Syah, Sultan bagi negeri Perak. Dari dia mula dilahirkan, salasilahnya dan semunyalah...Dan ini minggu terakhir, selepas ini ada pameran yang lain lak... Kiranya harini kami bertuah lah gak...  dapat naik kapsul masa...

Keterangan di depan pintu masuk, salasilah kesultanan Melayu.. sebelum masuk kapsul, kena baca dahulu keterangan ini.. baru faham...

Wajah kami yang sudah berubah sebaik sahaja melangkah masuk dalam kapsul masa... semuanya jadi hitam putih macam zaman hang tuah...  tapi jangan takut perubahan ini hanya seketika sahaja, bila keluar dari kapsul masa semuanya akan berubah macam biasa... tak caya kenalah try... tapi pegi skang pun x guna sebab kapsul masa ni dah tamat...x tau apa pameran yang ada sekarang...
syarat2 untuk masuk dalam kapsul masa.... so sesapa kaki rokok harap maaf lah yek... Wajib ikut rahan ini kalo tidak anda akan di flying kick oleh guard... 

Banyak juga lah ilmu yang awang dapat... sekurang-kurang tahulah awang siapa sebenarnya sultan Azlan syah tu... bukan setakat sultan Perak sahaja tapi semua yang berkaitan dengannya... Dari keturunan, pendidikan, makanan kegemaran dan macam-macam lagilah... Pendek kata semua tahu...hehehe...

Betul x awang cakap, tengok awang dah berubah ke warna asal selepas sahaja keluar dari kapsul masa ini... apa pun memang best lah perjalanan merentas masa ni.... Terbaeklah...

mY lEnSa 63 ( HaRi YanG C-BuK II )

eVenT  : PeStA MeManCinG Mask Tika
VeNue : TamaN TasiK tiTiWangSa, KuaLa LumPur
mEmBers : MajiNs UKSB
daTe    : 02 JuN 2012

My sTorY

BerSambung lagi dengan Post SeBelom ini......

Ingat lagi awang kata dalam satu hari awang terlibat dengan 2 event... ok yang ini event yang kedua terpaksa awang join, juga sebagai urusetia... pertandingan memancing anjuran majalah Mastika sempena 71 tahun kelahirannya.. 


sesi pendaftaran pemancing dan juga waktu bermulanya acara... untuk acara ini pada awal pagi awang terpaksa membaca doa untuk majalah mastika... selepas itu tukar baju tuk jaga checkpoint majalah infiniti... dah habis infiniti terpaksa pakai kembali baju mastika... bayangkan betapa tinggi nya nilai awang di mata para senior.. semunya nak suruh awang gak... padahal bukannya sedikit staf kat UKSB tu... tapi awang yang kerap jadi mangsa..huhu.. mujurlah awang jenis yang komited dengan axtiviti luar so tidak menjadi masalah...hehe

Sementara nak tunggu pertandingan memancing ni habis, apalagi jom kita jalan2... dapat gak cuci mata, manalah tau kot2 ada pemandangan indah ciptaan Allah..

Punyalah semangat peserta memancing ni, ada yang dah berkhemah di sini sejak semalam lagi.. katanya nak cari port yang terbaek... Sykur Alhamdulillah juga, sebab cuaca sangat baik pada hari ini... so apa lagi jom kita enjoy...

Ha! ini lah ikan yang paling berat berjaya dipancing... Ikan patin dengan berat 5.08 kg... kiranya inilah pemenang bagi pertandingan ini... tapi yang sedihnya dah habis acara x der sapa yang amik ikan ni.. x taulah kenapa myb besar sangat kot, n dagingnya x sedap.

Sesi pengiraan markah sapa yang menang... jangan takut pertandingan ini x der unsur perjudian, bermakna setiap peserta yang masuk pasti membawa pulang hadiah yang lumayan... huhu mujurlah staf x dibenarkan bertanding kalo tidak dah lama awang join...

ha betul x awang tulis, semua yang masuk dapat hadiah, x kiralah tempat pertama atau yang paling corot sekali... sekali tengok dah macam jualan lelong gamaknya...tak gtu yek cik aqilah... Antara tempat tercorot berjaya membawa pulang satu kampit beras 30kg dan juga sekotak maggee... abang2 yang gila memancing tu lepas g memancing bolehlah bawa beras dengan magee sajer yek...hehehehe

 Hasil tangkapan ikan yang berjaya dinaikkan peserta... bab ni agak klaka lah ckit.. semua berebut2 nak bawa balik ikan... macam2 ikan yang ada.... dah macam di pasar dia punya kecoh... awang x amik pon sebab orang rumah awang x pandai masak ikan...hehehe...so awang cuma amik gambar sajelah..

 Inilah saat yang paling ditunggu-tunggu, penat buat kerja apalagi jom makan...  ops beratur yerk bang bil, jangan nak potong barisan... heehehe...

Jadi harinilah hari yang paling sibuk untuk awang... semuanya kerana dorang tau awang sangat komited dengan kerja jadinya dorang sengaja buli awang bagi banyak kerja...apa pun awang happy sesangat.. hapy dapat pengalaman baru, ilmu baru, kenalan baru dan ini baru TERBAEK..

mY lEnSa 62 ( HaRi yanG C-BuK )

eVenT  : CabaraN INFINITI 2012
VeNue : TaMan TasiK TitiWangSa
mEmBers : MajinS UKSB
daTe    : 02 Jun 2012

 My sTorY

Macam biasalah, dah nama pun staf baru, so kita memang kenalah bersedia untuk terima sebarang arahan dari skuad seNior yang memerlukan pelbagai khidmat kita... nak demand x boleh nanti di kata kita ni sombong, silap hari bulan memang kena pangkah lah jawabnya...huhu

So nak atau tidak terpaksa gak awang terlibatkan diri dengan aktiviti dari majalah lain. Apa xtvt tu??? ha tu gambar atas kan dah nampak so baca...

 Sebenarnya hari ini 2 event yang memaksa awang untuk bertugas, mujur tempat yang sama kalo tidak pening juga nak buat pilihan... sebabnya kedua-dua event menarik.. tapi awang cter event pertama dulu dalam post ni... Awang jadi urusetia menjaga chekpoint untuk xplorace majalah infiniti.. hadiah lumayan bro, Rm 1000.. gempak x??? yang ini time mendaftar.. ada 8 kumpilan yang join.

check point 3 ni bukan awang yang jaga, tp awang jaga di check point 1 dan 5... hanya gambar ni yg sempat snap..hehehe...tengok camna teruknya awang kena buli, sampai 2 tempat awang kena jaga.. huhu.. xtualy semua ada 5 checkpoint yang peserta kena tempuhi.. dan setiap checkpoint tugasan maut yang tersendiri.. ala-ala xplorace kat tv tu...

 Sesi perbincangan sebelum peserta sampai, apa yang perlu dibuat dan yang x perlu dibuat..

Ok ini checkpoint 1 yang awang kena jaga... walaupun x rela,.. Di sini setiap kumpulan kena selesaikan 2 kubik biar sama warna...hoho jangan kata senang... awang buat pun x berjaya.. sampaikan ada yang pecahlah dek kerana geram x leh selesaikan gak... tp bukan awang yek... peserta yg emo hehehe... Dah habis cabaran ni semua peserta kena buat cabaran di bawah.............

Cabaran yang ini, memang sadis punyalah... mengisi air dalam botol guna straw... bukan botol kecik yek tapi yang besar punya...hehehe... kalo nak tau, Slot yang ini punyalah menjijikkan sebabnya,  nak cepat punya pasal, ada peserta yang tidak menggunakan straw tapi di gunakannya mulut..air yang diguna tu dari tangki tandas yg terbukti kekotorannya.. bukan takat tu jer...dia punya bau Nauzubillah min Zalik...busuk... Yang paling x tahan ada plak pserta yang termuntah depan awang... perhhh punyalah menjijikkan korang ni... mau x mual awang bila tengok dia muntah, stupid tul... Ada juga salah seorang peserta yang muntah dalam botol air tu time isi...perggg memang sadis,... air dalam botol tu coklat jadinya... heii jijik... UWEKSSS

Ini acara akhir di checkpoint ke 5... yang ini peserta kena pusing kan diri 10 kali pusing then warnakan dahi member...pergggg satu lagi aktiviti yang memabukkan... weh infiniti korang ni x der game yang bagus ckit ker, asyik yang mabuk jer... awang pon ikut poning tau... dan yang akhir sekali pun masih gak aktivi yang juga memeningkan kepala peserta... mencari perkataan dalam kitab Infiniti... pergggg... Memang sadis...

tugas awang di sini hanya memastikan setiap peserta mematuhi arahan yang di berikan n kalo x faham terpaksalah awang jelaskan... Tp Alhamdulilaah semuanya berjalan lancar,...

untuk checkpoint yang lain awang x dapat nak cter sebab awang x der n gambar pon x der... nak wat camna dah kena bertugas,.. tapi menurut memember antara tugasan yang ada di checpont yang macam, kupas kelapa dgan tangan, ambil barang dari akuarium yang ada lipas, katak n ulat... n banyak lagilah lah...

Yang pasti ini pengalaman baru buat awang, apatah lagi dapat bertemu dengan seseorang yang telah membuka minda awang tentang sekisar kehidupan... tank Q bro... awang akan cuba ikut pesanan bro untuk berjaya... pepepun memang Terbaeklah.. 

Sabtu, 23 Jun 2012

mY lEnSa 61 ( MaRi beR koNvoI )

 eVenT        : KoNvoI kE ruMah KeNanGan cHenG
mEmBerS   : AweA DonDe & MaJins bikEr
daTe           : 26 MaI 2012



 My sTorY

Sepatutnya hari ini awang terlibat dengan sukan BKUM. Dah janji dengan abang Jank tuk main takraw sebulan yang lalu... Dia pun dah bagi rm20 tuk awang beli kasut takraw... tapi dek kerana hasutan si awea donde yang mengajak awang tuk join konvoi motor besar... maka janji yang di ungkapkan tidak dapat dilaksana...

Rasa rugi lak kalo x dapat join konvoi ni.... bukan selalu dapat peluang macam ni... so awang jumpa abang jank cakap ngan dia awang ada family problem... sori abang jank terpaksa tipu sikit...  jangan mareh yek...

pagi lagi awang dah gerak ke semenyih g rumah awea. amik dia then terus masuk hihgway LEKAS. Janji berkumpul dengan Bikers kat RnR Plus Seremban. mujur sempat sampai... yelah awang punya keta bukanlah laju sangat setakat 1.1cc jer... nak kejar motor2 besar tu memang x lah... apatah lagi dorang naik motor, mencilok jer... kereta !!!! huhu makan asap jadinya.


exit highway Melaka, kitaorang terpaksa tunggu lak Bikers dari Singapaore.. Dalam setengah jam menunggu barulah semua ahli cukup dan terus bergerak ke Rumah Kenangan Cheng.. dalam pukul doblas gak kami sampai.. then terus paking motor.. amacam motor yang awang naik ni, mantap x???

Tuk pengetahuan, memang kelab ni selalu buat program ihsan macam ni... bila ader program camni so dapatlah setiap ahlinya berkenalan disamping membuat amal... kalo sebelom ni buat kat rumah anak yatim, cuma kali ni buat kat rumah orang tua2..

 Memang betul2 rasa teruja lah dapat naik motor besar ni.. rasa macam meluncur atas kapal terbang.... perghhhh.... Mujurlah awang ni rendah, kalo tinggi memang awang dah sambar satu motor macam ni.... huhuhu
 ini bos besar kelab biker ni... namanya awang x ingatlah plak.. dia yang uruskan segala aktiviti biker..
 yang ni lak penghuni rumah orang tua.. sangat peramah.. yang paling x tahan topi dia warna pink lah... memang kambu pakcik ni... x habis2 berpantun...huhu

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.