Ahad, 19 Januari 2014

mY lEnsA 8o (PaGodA FLaG)


EvEnT       : PaCak BenDera PagOdA
MeMbeRs : aSri SuaRez, Sya MiLk, aiDili da' tItan, aNg iPiN, & SyeD da' Old skULL
DaTe         : 12 0kTObeR 2013
VeNue      : BukiT TabUr TamaN MeLawaTi Kuala Lumpur

My sTorY

Hari ni awang daki bukit Tabur... dah lama nak daki tapi x der kesempatan.. so bila sya milK kata dia nak daki bukit ni dengan aIdili da' TitaN, so apa lagi bagai orang sakit perut jumpa jamban... 
 laluan menuju ke pintu masuk track bukit tabur... kena lalu saluran macam kat atas ni...

pintu masuk trek mendaki..Taman Negara Selangor...okay semua muka nampak ceria,... steady la geng... tapi pasni korang mesti x kan senyum macam ni...hehehe

Mula mendaki... ha macam mana ok lagi x?

Ni dia,...! tadi korang senyum jer kan,.. ha nampak curam gila laluannya, siap pakai tali kau nak naik ke atas tu... nasiblah hang lah yang badan besaw macam Syed da' 0Ld SkuLL n Ang Ipin... sapa suh x mo fit... 
So kepada SESAPA
Nak mendaki ni pastikan pegi bersama kawan-kawan yang prihatin dan bertanggung jawan mcm Aidili n Sya Milk n asRi SuaRez..Kerjasama penting... if ada problem camni boleh saling membantu... x gitu..

Sapa kata laluannya mudah... agak mencabar dan tinggi... trek nya juga bukan semua tanah liat, tapi berbatu dan berpasir.. so pastikan kasut mendaki sesuai, dan mengambil sikap berhati-hati dalam setiap aspek..

EvEry Day maY noT be GuD, 
buT
thEre iS somEthInG GuD iN eVeRy daY....

Antara trek laluan paling mencabar... nak mendaki tiada Masalah bagi Awang, cuma nak Turun sahaja yang aGak suKar.. apa puN Alhamdulillah, semuanya sempurna...
laluan ini menuju Puncak yang Tertinggi... nak mendaki kena la ada skiLL yg betul mantaP... bak kata orang kalo kail panjanG sejengkal janganharap boleh usha Neelofa...   HUH...

Amacam Sya MilK terbaEk kan... Ini baru namanya Hiking... 

Alhamdulillah, lihatlah dunia,... akhirnya Pagoda FLaG dapat berkibar juga di puncak bukit TabUr...  Misi Ke-3 mengibarkan Flag...TerbaeKlah awAnG...

YEAHHHH...... setelah hampir 2 jam mendaki akhirnya tiba juga di puncak... kredit tuk Ang ipIn dan Syed da' Old sKulL, usaha dan penat lelah membawa bebanan di tubuh anda berBaloi akhirnya... 

Kami Berjaya sampai ke PuncaK... (EndiNG of Tabur EasT)
ingat next peak is GununG DatOk...

Sesi melempas otak merancang aktiviti sepanjang tahun 2014... 

Menikmati viEw terindah menghadap emPangan yang awang pun x tau apa namanya... well terbaek bukan! Peace!!!!!

sekitar pemandang yang dapat dilihat dari puncak bukit Tabur... 

antara batuan yang boleh di dapati di laluan sepanjang perjalanan

walaupun mengambil masa selama 4 jam perjalanan (sepatutnya 1 or 2 jam sahaja) semuanya hapy... lambat sebab ada yang tidak biasa mendaki, injured dan hujan... apalagi geng please thumbs up sikit.. cayalah..

trek terakhir menuju ke kereta... semua nampak penat tapi hapy.. 
Dah penat membuang kalori dan tenaga, so pe lagi moh la kita pekena ayam penyet indon kat area ampang..



Bukit tabur sememang tidak asing bagi para pendaki tegar seperti awang... walaupun ia hanya bukit namun bagi yang tidak biasa memanjat pasti akan memberi sedikit kesusahan dan kesukaran... Bukit ini juga banyak mendatangkan korban bagi pendaki... so di sini, awang nak kongsi sedikit kronologi mangsa-mangsa yang menjadi santapan bukit ini:

Berikut merupakan senarai kes-kes lampau di Bukit Tabur yang berakhir dengan kecelakaan:

  • 5 Januari 2014:Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

  • 3 Disember 2013:Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

  • 28 September 2013:Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

  • 17 Disember  2012:Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

  • 19 Disember 2009:Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

  • 23 September 2009:Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

  • 28 Mac 2009:Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

  • 15 Oktober 2008:Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

Sumber dari Laman web Astro Awani...

Jumaat, 3 Januari 2014

mY lEnSa 79 ( tHai eXpreSs)

EvEnT     : aRouNd da' w0rLd bY tRaiN
MemBer  : AsRi SuaRez
DatE        : 11 to 15 sEptEmBer 2013
VeNue     : BeHinD da KL t0 HatYai t0 BanGkok

My sTorY

Pekikan suara keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjerit-jerit seakan melodi indah yang memecah keheningan malam. Bunyinya bagaikan satu sorakan semangat pada kami untuk memulakan perjalanan jauh.

Jauhnya hingga melangkau sempadan Malaysia. Satu episode baru bagi awang untuk merasai pengalaman ini. Menjelajah ke negara luar dengan usaha sendiri membuat awang begitu teruja. Bermakna ini negara kedua yang bakal awang terokai bersama asri suarez, selepas Tunisia pada tahun yang sudah.

Sudah bayak kali juga merancang, akhirnya ia menjadi kenyataan. Kami memulakan perjalanan dari KL sentral untuk menuju ke Hatyai. Memandangkan tiket dibeli secara ondaspot, mahu atau tidak, terpaksa juga mengambil seat ekonomi berharga RM48 sebab yang berkatil sudah penuh ,di isi dengan mereka yang inginkan keselesaan sepanjang perjalanan.

Perjalanan dengan KTMB berbeza dengan perjalanan State Railway Thailand (SRT). Ini kerana KTMB menyediakan koc-koc yang berbeza-beza. Ada koc yang mempunyai bilik bagi mereka yang inginkan PRivasi. Ada koc yang hanya menyediakan katil sahaja dengan ditutupi tirai. Dan ada koc yang disediakan kerusi.

Kerusi yang disediakan juga berbeza-beza mengikut koc. Ada koc yang kerusinya selesa macam koc kami dan ada juga yang hanya tangkap muat sahaja. Itu mungkin bergantung pada harga tiket yang dibayar. Ala kulli hal, semuanya bergantung pada duit. Bak kata orang “Ada duit adalah selesa, x der duit sendiri faham la.

Sendiri Faham la apabila sudah merasai pengalaman memenatkan begini. Bayangkan jarak dari Malaysia ke Bangkok sahaja sudah sejauh 1500km.... so jika pergi balik bermakna 3000 km.. hermmmm memang jauh... sangat jauh... jauh beribu batu.. apatah lagi dengan menaiki keretapi yang mengambil masa berhari-hari lamanya.. duk dalam gerabak sahaja.. Fuh betul-betul mencabar mental..

Mental awang tetap stabil sekalipun menempuh kesukaran tahap gaban begini...  semua ini berkat dari didikan aBah awang sejak awang mula boleh merangkak lagi ... so Kredit tuk abah Awang..hehe...

Hehe,.. gelak kecil tanda semangat menulis.. So dah tidur satu malam di Hatyai, esoknya kami bergerak menuju pula ke Bangkok juga dengan ketapi, tapi bukan KTMB, sebaliknya SRT. nak naik SRT ke bangkok ni ada 2 pilihan samada nak yang murah atau mahal..

Mahal punya tiket kita citer nanti dulu... skang nak citer yang murah.. so ketapi murah x der aircond.. bermakna kita boleh bukak tingkap macam tingkap bas coastal yang ada kat kampung awang.... kusi dia pun agak besar and di laluan nya ada tempat letak barang...Waktu siang tempat letak barang tu diletaknya bantal or cadar yang dibungkus kain putih...nampak memang sempoi gak...nak lagi clear tengok gambar jer sudah... ketapi ni paling sesuai tuk perokok-perokok tegar macam asri suarez... nak merokok kat seat pun x der masalah.. 

Masalah pertama yang kami hadapi bila naik ketapi ni adalah x jumpa mana satu seat kami...ingat salah ketapi kot...sebabnya beli tiket yang berkatil tapi x nampak langsung kelibat katil....,.. apalagi ngan cemasnya menjajau la kami cari dari satu koc ke satu koc..... ketapi dah nak gerak ni.. kalo salah ketapi, mau lebur trip ke bangkok.. masuk angin lah jawabnya... sudahlah tepaksa tunggu 2 jam dari time asal...  itu dah angin gak, kalo terlepas, memang satu badan awang berangin... terkentut-kentut la jawabnya.. silap haribulan kuar paper stesen ketapi hatyai meletop awang bom..hahaha...

Hahaha... tanya ngan brader yang pakai topi kat atas tu rupanya la kami bukan salah ketapi or salah koc, tapi katilnya akan dipasang pukul 7 malam... Cesss saja nak uji kesabaran awang gamaknya...  

Gamaknya, begini keadaan ketapi tailand.. betul-betul old school..nampak begitu antik bila pintu nya pun masih lagi guna kayu.. dah macam ketapi dalam citer Cowboy or indiana Jones.. Walaupun nampak antik tapi sejujurnya awang rasa selesa sebab x der la tidur dalam kesejukan aircond.. yang ada kipas sahaja.. Satu perkara yang perlu diambil perhatian, pastikan jangan sesekali keluarkan tangan or kepala dari tingkap, sebab jarak antara tingkap dengan pokok2, tiang atau bumbung rumah tersangatlah dekat..

Dekatnya lebih kurang satu jengkal.. so kalo x mau  putus kepala or tangan janganlah tunjuk berani... satu lagi yang anda kena pastikan, jangan beli makanan yang dijual dalam keretapi sekalipun buah-buahan..setiap kali ketapi berenti kat stesen memang ramai yang naik jual hasil produk mereka.. langkah ini perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anda terutama bila melancong.. Yelah dorang ni asal boleh jer, n x berapa nak mementingkan kebersihan sangat... nanti kalo dah sakit perut, nak berjalan-jalan pon x der mood.. lagi satu bagi (muslim) kot-kot yang dijual tu ada daging babi or anjing or kucing, or ayam,  x memasal kena samak dalam perut.. Sanggup?

sangup x sanggup kena hadapi juga.. kata nak merasa hidup berkelana di bumi orang, so kena lah tahan lapor sikit... barulah rare x gitu...

Gitulah yang terjadi saat balik ke Malaysia.. sebab dari bangkok ke Malaysia kami punya perjalanan lagi jauh.. kalo time pergi kami dari hatyai, tapi balik dari bangkok terus ke Padang Besar perlis.. stok makanan yang ada cuma sebotol air mineral 500ml dan 2 bungkus biskut cokolat orea.. oklah tu, dikira memadai.. masih lagi dianggap makanan mewah dalam ketapi..

ketapi yang kami naik time balik malaysia lebih moden lagi.. KTMB pun x boleh lawan nampaknya.. masih lagi mempunyai ciri-ciri ketapi SRT lama, tapi dah dinaiktaraf.. buatan Korea.. design katil dan tempat duduk masih sama, cuma yang ni lagi selesa sebab ada tempat pijak kaki dan letak kasut..lebih luas. pintunya pun otomatik, lalu jer terbuka sendiri.. Tapi yang x best sebab tingkap x leh buka, bermakna malam tido memang sangat sejuk sebab suhu Aircondnya melampau-lampau.. Pukul 7 malam akan ada staff yang akan menukar seat menjadi katil, so x payah nak tunjuk rajin sangat.. dan satu lagi yang paling awang suka naik ketapi ni sebab ada plug untuk cas hp dan ada singki kira macam dapur la gak.....memang terbaek... hai kenapalah KTMB x mau buat macam ni...

Macam ni punya selesa, x rugi bayar mahal...Cafe dalam gerabak pun dah macam dalam restoran, siap ada tv karaoke lagi.. makanan yang dijual pun macam-macam pilihan...nak rasa tomyam pork pun ada.. makanan halal memang ada gak tapi awang nak makan macam was-was, sebabnya dapur yang awang nampak ada satu jer.. Tah-tah dorang ni kongsi dapur dengan makanan x halal.. so langkah terbaik just minum kopi panas sambil menikmati lagu-lagu tailand... Sungguh Asyik Gitu...

Sungguh Asyik Gitu negara tailand.. Melangkah kaki dalam stesen Hua Lampong Bangkok tailand sahaja sudah cukup membuka minda awang, bagaimana pemikiran, budaya dan kehidupan rakyat negara gajah putih... Bagi mereka kedudukan sami adalah yang paling tertinggi selain institusi diRaja.. so jangan pelik or marah jika anda disuruh bangun untuk bagi tempat anda jika ada sami x dapat tempat duduk dalam kenderaan awam.. Stesen ketapi Hua lampong ni besar n luas..  jangan takut musolla pun turut disediakan kalo kita nak solat... luas dan selesa..

Penghargaan terima Kasih pada BRO Nasri yang banyak berkongsi cerita tentang tailand pada awang sepanjang perjalanan dari hatyai ke bangkok..(banyak citer pon sebab dia boleh kecek klate) .
Bro! lu kata x penah makan KFC kat tailand sebab x halal kan, so wa dah makankan KFC bagi pihak lu sesampai sahaja di bumi Malaysia... amacam okay kan..!

pe pon trip ni terbaek.!!!  

Khamis, 31 Oktober 2013

mY lEnSa 78 ( TriP GaJaH PuTih)

EvEnt       : ArOund da' WorlD by TrAin
MemBer  : aSRi suARez
DaTe       : 11 - 15 SePTemBer 2013
VeNue    : KL to HatYai to BangK0k

My sTorY

Alhamdulillah, nampaknya perancangan keluar dari Malaysia tuk kali yang ke-2 tahun ni berjaya juga direalisasikan.. Destinasi yang dipilih bagi trip ni adalah negara gajah putih, Thailand.... ini pun sebab nak menjimatkan kos katanya... x payah nak naik kapal terbang... naik train jer laaaagi mudah + murah....

Member yang dipelawa tuk trip ni x len x bukan hosmate awang sendiri, En. Asri Suarez merangkap abang long dalam kawasan kejiranan awang, Blok D tmn Seri Mewah kajang... 

Jadi!!! untuk melancarkan perjalanan ke negara orang supaya sempurna luar dan dalam, langkah yang pertama adalah membawa wang yang sangat banyak.. manalah tau, kot2 la diperlukan terutama time terdesak...huu haru dibuatnya..  

dan langkah kedua selepas keluar duit, kena la tukar duit tu jadi duit negara tailand.. ini perkara paling mustahak, .dari RM kepada Bath... untuk memudahkan kiraan, RM 1 sama dengan 100 bath.. satu lagi sebelum tukar mata wang lebih elok usha banyak2 money changer, bukan per, kat sini jer dah berbeza nilainya antara money changer,..  

Inilah transport kami menuju ke tailand.. sawadiiikap... sengaja kami pilih naik train sebab nak menjimatkan kos, selain itu teringin gak nak merasa sendiri cabaran sebenar sebagai seorang begpaker.. selalu tengok dalam tb n baca majalah jer... apatah lagi bila nek train ni terasa dekat dengan kehidupan masyarakat marhain tailand.. dapat banyak story...

yela kalo nek flight, cuma 2 jam dah sampai, x der la namanya mengembara...x der feeel, tapi dengan train... perhhhh baru tau camana azabnya.. kan..kan..kan..

Bismillaahir Rahmaanir Raahiim..... Kami memulakan langkah pertama dengan menaiki train senandung langkawi menuju ke Hatyai, yang hanya boleh naik dari KL sentral setiap malam jam 9.30. Tiket berbeza2 harga, kalo seat sahaja, (kelas Ekonomi) RM 48, TEtapi kalo nak lebih selesa, pakej tidor sambil berdengkor n mimpi indah gadis tailand... amik la yang berkatil, cuma RM70.. 

Dan memandangkan yang berkatil sudah penuh, mahu atau tidak terpaksa la kami amik seat kelas ekonomi sahaja... kira okay gak... nama pun destinasi jimat.. tapi sumpah memang x tidor la jawabnya... apatah lagi nak mimpi indah...

Mengikut jadual yg tertera pada tiket, Dijangkakan sampai di Padang besar pukul 9.30 pagi... tapi tengah-tengan jalan ada pulak masalah berlaku...Ini namanya "ku sangka emas setinggi gunung rupanya pasir yang penuh berbukit.." sampai perak, tayar salah satu gerabak pancit... uiii ada ker patot tayar besi leh pancit..... hahahaha... so tergendala perjalanan kami dari jadual asal... agak lama la juga tersadai... tu lom kira berenti lagi di Baterwot..huhu.. sudahnya sampai di Padang Besar pukul 1 lebih ptg...

Undang-undang untuk masuk ke tailand melalui padang besar x susah, keluar dari train, beratur dan tunjukkan pasport jer untuk di cop di kastam malaysia,... x payah nak kuarkan segala beg-beg yang  dibawa... dorang x kan periksa punya...

dan jangan lupa isi satu borang... penting borang ni,,, sebab ini macam pengesahan / kebenaran kita masuk negara dorang... dah siap semua pastu beratur lak di kastam tailand... bila dah siap cop, pe lagi sarapan dulu kat tingkat atas.. ini bab paling penting sebab dari malamnya x makan lagi...huhuhu... mana tidaknya makanan dalam train sangat mahal.. untuk air teh o panas sahaja berharga rm2.50... belom lagi makanan.. standad hotel kay...

lagi pun jangan risau train ini berenti lama, kira2 dalam sejam gitu, sebab nak tukar kepala gerabak dari KTM kepada Tailand railway... hanya 2 koc sahaja yang akan diguna untuk masuk tailand...

Untuk perjalanan dari tailand ke malaysia lak... pastikan semua beg di bawa keluar, sebabnya bukan sahaja pemeriksaan pasport kastam tailand n kastam malaysia.. dorang turut check beg2 yang dibawa... so janganlah nak mengada-ngada bawa barang terlarang dari tailand... sudahnya x lepas, menjawab lah nampaknya... hehehee

Alhamdulillah,sampai juga setelah 18 jam duk memanaskan punggung dalam ketapi...

Hatyai destinasi singgahan pertama di negara gajah putih... kami sampai pukul 3.30 petang... sebenarnya kalo ikut plan asal x mo singgah sini,.. tapi bila asri suarez merengek-rengek, kata teringin nak singgah, so terpakla ubah plan... jadi kami menginap di sini hanya untuk satu malam sahaja.. sambil tu leh la tengok pemandangan hatyai...

Melangkah turun  dari train...  mak aiii terasa bebenor bezanya dengan malaysia...cara hidup dorang agak kurang bersistematik ... memang x der safety nya... boleh la plak dorang buka gerai betol2 tepi landasan... itu mungkin okay lagi kot, tapi yang x tahannya bila dorang ni basuh pinggan mangkuk kurang satu kaki jaraknya dari landasan.. kerja gila apa ni?

mentang2 la ada paip air kat tepi tu...sesuka hati mak cik dia guna... kalo kat malaysia memang sah2 kena bambu ngan encik-encik polis bantuan... alahaiiii... ini betol-betol awesome la...

Hatyai, satu daerah yang agak besar juga... di sini nak cari makanan halal tidaklah susah sebabnya di sini ramai yang beragama Islam... lepas chek in bilik, apalagi terus keluar merayap... Satu perkara yang perlu ada pada  seorang begpaker adalah map.. kalo tidak payah sangat... apatah lagi kalo negara yang rakyatnya x tau nak speking omputih... mau jadi macam ayam ngan itik bercakap...

Di sini kami jumpa satu restoran muslim yang agak okay gak... dan menjadi tumpuan wisata malaysia.. mana lagi restoran Kelantan Delight... tempatnya sangat selesa... harga makanan pun lebih kurang di Malaysia sekitar RM4-5 jer untuk yang bergoreng... Dalam duk makan tu gak sempat awang ditegur oleh uncle suchep ni... Dia bawa tut2, so dalam duk borak-borak, dia ngan rela hati nak bawa kami pergi  pusing-pusing bandar hatyai n nite market...

bagi yang melancong di Hatyai nite market adalah tempat yang wajib dikunjungi... x pergi memang rugi la... kat sini macam-macam barang ada... nak cuci mata pon ada... ehehehe.. jujur, gadis hatyai memang cantek-cantek katanya...

Kata orang lain padang lain belalang, begitula gamaknya hatyai ni... macam-macam benda yang leh jumpa yang x der kat malaysia.. contohnya tut-tut,..ini kira pengangkutan awam utama selain teksi... tuk-tuk kat tailand ni beza-beza... kalo di hatyai tuk-tuk nya besar macam van, tapi di bangkok tuk-tuk nya kecik sahaja.. mungkin kerana di bangkok agak sibuk dan jem.. tu pasal la dianya kecik jer... selain itu awang ader ternampak satu rumah yang agak menarik.. rumah bentuk 3 segi, tul-tul terletak seberang jalan dengan restoran Kelantan Delight...
Satu lagi yang menariknya yang awang perasan la, katpondok telepon, atau kotak pos semuanya bersih... bersih dalam erti kata yang mudah difahami adalah tiada tampalan kertas-kertas iklan. x macam kat malaysia... jangan kata pondok telepon, apa sahaja benda yang terletak kat kawasan awam memang kompom ada tampalan kertas iklan.. iklan ubat kuat la, iklan pinjaman berlesen la, iklan promosi diri la, dan bermacam lagi... sampaikan tiang lampu tepi jalan pon penuh dengan tampalan iklan... so dalam benak ni terpk gak, orang tailand ni laaagiii bertamadun dari orang malaysia upanya...

dan satu lagi yang awang perasan, kabel wayar elektrik dorang ni berserabut, agak-agaknya la kalo rosak satu wayar kompom satu bandar hatyai black out agaknya... ker sebab dorang punya teknologi lagi hebat... leh detek mana-mana kabel yang problem... apa pun memang terbaeklah..

dalam duk pusing-pusing bandar hatyai, terperasan lak satu patung neko... memang feveret asri ni so apalagi bergambar sakanlah dia...hai asri-asri namanya jer abg long tapi macam budak kecik.. ini kalo bebudak blok tau ni kompom kena gelak... huii..

kat hatyai ni x banyak tempat dapat pegi, cuma pegi nite market jer la... tu pun kira okay gak...suasana macam downtown Cheras... satu kedai yang menarik di sini ialah kedai yang jual barangann Man United... alamak terbaeklah...

pukul 4 ptg hari kedua, kami bergerak pula ke bangkok... train kat tailand ni ada 3 pilihan.. yang pertama train tanpa katil n tanpa aircond... train ke-2 berkatil tanpa aircond dan yg ke-3 train berkatil dengan aircond..  so kami amik train kedua...

Alhamdulillah dah sampai bangkok setelah hampir 18 jam dalam train... kat sini kami menginap di Khao San Road...memang kawasan pelancong terutama yang bekpaker macam awang...  agak jauh sebenarnya dengan stesen ketapi hua lampong... kena naik tut-tut... mulanya awang ingat dekat jerla... so jalan kaki..., sekali silap daaaa.....upanya la satu tindakan yang agak bangang... menyumpah gak si asri..huhu sori la asri...

di sini kami menginap di budget guest house... agak mahal gak dalam 700 bath... tapi sebab dah malas nak cari bilik lain so amik jer la... itu pun tanpa aircond n kongsi bilik air...huhu... kat hatyai gak yang okay..

lepas chek in... ingat nak cari makanan halal, so pe lagi awang pun google la, mana nak dapat makanan tu... menurut kata google kena cari masjid chakrabongse sebab kat area masjid ramai peniaga muslim yang berniaga... jalan punya jalan x jumpa-jumpa masjid, rupanya la masjid tu kat celah lorong bangunan kedai... masjid pun x serupa masjid... alahai siannya... pulak tu signboard nya pun terlindung... huhu.. lagi pedih ulu hati bila x der la plak gerai sebagaimana yang dinyatakan, upanyala dorang berniaga waktu pagi... yang kami pula datang waktu petang...huhu..porut dah lapo... ;(

Dah x der nak buat macam mana...huhu nampaknya kena beli roti la ni... kata awang pada asri...  so dalam duk berjalan mencari kedai roti, tetiba awang terjumpa satu restoran yang tertulis depan kedai HALAL FOOD.. Alhamdulillah, dipermudahkan... rupanya ini satu-satunya kedai yang ada jual makanan halal kat area Khao San Road.. macam orang sakit perut jumpa jamban... pe lagi kasi redah la...

gambar atas yang pakai Cap adalah owner kedai... katanya dia ada bau bacang dengan Pak Lah.. tah ye tah idak x tau la... tapi dari gerak katanya yerk sebab dia x suka ngan najib... hahaha...

sebenarnya nak kata susah cari makanan halal, x juga, apa yang penting kalo kat sini kena rajin berjalan jauh sikit baru jumpa beberapa gerai muslim... tapi nak makan tu kena tengok2 gak jangan main sebat jer, bukan per takut nanti sakit perut.. Sebab dorang punya tahap kebersihan ni macam diragui sedikit.. Silap haribulan kena cirit birit, rosak mood nak bercuti kan...

Esoknya hari terakhir di Bangkok kami bercadang nak ke pasar Chatuchak... menurut kata orang kalo pegi bangkok nak shoping barang murah kat pasar ni lah... memang besau gaban kawasannya... dan menurut kata pemilik guest house yang kami tinggal, perjalanan ke tempat mau makan sejam lebih... so bila kata macam tu, kami pun plan la gerak awal pagi.. pukul 7 dah chek out sebab ptg nya pukul 2 kami kena naik train tuk balik malaysia...

dan untuk menjimatkan kos kami plan naik bas tanpa aircond..kalo naik tut2 mahal... setengah jam tunggu bas pun sampai, tapi yang buat hampehnya dari khao san Road ke chatuchak cuma setengah jam dah sampai... hampeh la gak sampai awal kul 8 pagi ngan kedai x berapa nak bukak... sudahnya terpaksa duk mcm orang bodo kat area tu..

kat pasar ni macam2 ada... jangan takut dalam kawasan ni gak ada kedai-kedai makan muslim... cuma macam awang habag la tadi, kena banyak jalan baru jumpa... kalo setakat jalan 10 langkah memang x lah nak jumpa... kat sini gak kami menghadapi masalah sebabnya yang PERTAMA duit tailand dah habis sebab dibelanjakan malam tadi utk hiburan tengah malam.. nak x nak terpaksalah menunggu money Changer buka pukul 10... dan masalah KEDUA untuk pertama kali dalam hidup terpaksa meredah banjir hampir paras peha.. dah la airnya kotor... Grrrrrrr...

Hujan yang turun x lama pun, sejam jer tapi paras air dah naik ngan cepat... memang gila lah jawabnya... errrr jijik tul.. kat sini gak awang terpaksa buang kasut yang awang baru pakai tuk trip ke bangkok.. kira baru beli k... n terpaksa beli selipar... kalo terus pakai takut bercagu... tapi si asri x berani nak buang kasut all amerika dia sebab harga beli Rm300 macam awang Rm 30 jer... hehehe...

kenapa redah??? terpaksa redah sebab pukul 2 train ke Malaysia... kalo x sempat sampai bermakna kena bermalam lagi kat bangkok... dan bermakna gak kos akan meningkat ..lari bajet beb....huh so x mungkin lah...

gambar atas, awang naik bas dari khao san road... alamak sekali dia punya konduktor bas ada uniform la... macam polis... kat malaysia ader ker???

yang berderey biru, unggu, kuning hijau tu mesin ATM... amacam cara X?

satu lagi menarik nya dorang ada MRT, laluan ketapi bawah tanah antra bandar.. so nak masuk ketapi dan macam dekat airport, kena cek badan n beg segala bagai... time gambar ni amik awang sempatlah kena sound.. hahah sori bro, sebab awang jakun ngan sistem korang... myb takut ada yg bawa bom kot...

Gambar bawah keta polis... macam gempak kan...hehehe

dari pasar Chatuchak nak ke stesen ketapi hua lampong kami naik MRT... satu lagi yang menarik dalam MRT ni sebab ada papan tanda yang menyuruh kita bagi tempat duduk pada org kurang upaya, org tua, anak-anak, ibu mengandung.. yang ni dikira ok lah... tapi yang agak x boleh blah kena bagi seat pada tok sami... Eh bukan dorang n hebat ker... siap kungfu bagai tapi x kan lah nak duduk gak... kalo tua x per la... hai macam2 hal lah..

Yeahaaaa akhirnya sampai malaysia gak... itu pun setelah melalui perjalanan yang cukup panjang...  Apa pon sangat berbaloi dapat pengalaman yang superb hebat ni... maklumat perjalanan detail akan di sambung untuk tajuk yang baru... sekian...

Khamis, 4 Julai 2013

mY lEnSa 77 (SpAcE uNLimiT)

EvEnt          : HarI aStRonOmi SeDuniA
MeMberS   : da Bosz, Lin KlaTe, Zeddy, TaJuL & aMer photoraper
DaTe           : 19-21 aPriL 2013
VeNue        : Balai CeRap, KlaNa BeaCh ReSorT, PD

My sTorY

"PerCutiaN Astronomi" First time dengar,,wah macam menarik! agak-agak macam mana agaknya percutian astronomi ni yek? ... Peluang macam ni bukan selalu dapat, so bila di offer oleh bos  awang untuk cover story berkaitan program ni, memang terus jer la awang terima... Lagipun bukan awang sorang jer yang kena cover tapi team al-Islam n infiniti pon turut join gak... mana x nya kami dapat 4 bilik free dari penganjur, so rugilah kalo awang sorang jer yang pegi.. kan kan

Baitul Hilal, bangunan untuk mencerap anak bulan... ini antara bangunan yang paling canggih kat asia tenggara sebab teleskop yang digunakan satu saja kat dunia. Jika mengikut kata penjaga bangunan ni yang sempat awang intebiu, pada tahun 2006/2007 jab. agama Islam dan kerajaan negeri N9 bersepakat untuk membangunkan kawasan ini sebagai tempat melihat anak bulan yang mempunyai kapasiti paling moden.

so rm40 juta dah dibelanjakan untuk projek ini merangkumi pembinaan hotel dan Bait al-Hilal. Hasilnya bulan Julai  2011 ia dibuka sepenuhnya untuk pengunjung. Bagi yang minat nak tengok ET, Pikor n makhluk2 angkasa dialu-alukan datang....

Sebelum memulakan perjalanan ke angkasa raya, kami semua dibawa melawat dan mendengar penerangan berkaitan ilmu astrono0mi serta ruang galaksi dari Ustaz Zaki yang menjaga Baitul Hilal. Di sini juga ditempatkan koleksi barangan astronomi dari tembaga dari abad ke 12 lagi... fuyooo hebat tu... bukan model tapi barang sebenar yek... harap maklum...

teleskop yang tercanggih dan terbaik sekali di dunia... sebabnya teleskop ini boleh turun sehingga 0 darjah hingga ke paras laut.teleskop biasa lazimnya hanya mampu turun hingga 30 darjah sahaja.. hebat X ?

teleskop ini ditempah mengkiut keperluan sendiri dengan kos sekitar rm1.4 juta.. lagi hebat walaupun ditempah dengan syarikat luar (New York Amerika) tapi ia dipasang sepenuhnya oleh anak tempatan yang memang minat giler dengan ilmu angkasa... bangga la beb... kita mampu bersaing dengan orang asing...

menurut kata Ustaz Zaki, objektif utama pembinaan bait al-Hilal ini adalah memberi pendidikan, pembelajaran dan kesedaran pada rakyat Malaysia khususnya budak-budak sekolah untu berkecimpung dalam bidang astronomi, bukan gangsterisme...

lagipun kalo zaman dulu kita ramai ulama-ulama Islam yang mengusai bidang astronomi... sekarang jer yang dah kurang... Yang betul-betul mahir 2 3 orang jer kot... so bila dengan pembinaan bait al-Hilal ini manatau semakin ramai yang berminat nak jadi macam DR. faiz...

xtualy teluk Kemang adalah antara lokasi yang paling baik di asia tenggara untuk menempatkan teleskop ni sebab kedudukannya yang terletak disemenanjung... nak tengok anak bulan di sini paling strategik... bukan semua tempat yang boleh tgok anak bulan sekalipun di puncak menara KLCC sebabnya light position.. 

untuk info juga bulan april merupakan hari astronomi sedunia, so kat sini memang disambut tiap2 tahun..Ini antara aktiviti yang sempat kami sertai sepanjang berkampung 2 hari di Bait al-Hilal membuat peta bintang..  jangan kata senang... fuh.. memang berpeluh-peluh gak nak membuatnya... apa yang paling penting skali semua alatan cukup... tugas awang just amik gambo jer...  

Tadaaaaa.... siap pon.. dengan Bangganya Lin Klate dan Zeddy pen. editor Infiniti menunjukkan hasil mereka... cayalah

Gambar bawah ni, awang, n kak Syam.pen. editor al-Islam sempat bergambar ngan Dr. Faiz selepas intebiu dia... walamak Terbaiklah...  

Selasa, 11 Jun 2013

mY lEnSa 76 ( LanGKaWi MosT WanTeD yO pArT II )

EvEnT           : jOm pUsInG pUlaU vs tUnJuk PanDai
MemBerS    : MajiNs jr. tEchNicaL DECTAR
DaTe             : 9 to 11 mArcH 2013
VeNuE         : DayanG buNtinG, DaTaraN LaNgkaWi & SeK. Men. TaLaNG

My sTorY

Hari ke-2.. pepagi lagi dah bangun.. hari ni program adalah island Hoping... b4 ni tidak berkesempatan untuk ikut serta sebab x berapa nak ngam dengan budak teknikal yang ala-ala poyo.. so trip kali ini awang pastikan akan menjejak kaki juga ke sini...(trip yg ni budak2nya not bad)..dan kalo x silap awang tambangnya adalah rm30+...  itu pun sebab x booking dulu awal-awal dek kerana miss komunikasi... dari resort nak pegi jeti ni ada van yg angkut kami sekali dengan pakej yang ditawarkan... x jauh pun, kurang lima minit dari Malibest Resort.
Suasana dalam bot yang agak ramai... ini semua budak-budak yang berjaya awang pujuk untuk ikut trip ni... muka semua ceria, tapi dalam hati kecut...  nak naik bot yang penting sekali adalah pakai jaket keselamatan.. manalah tau kot2 ada yang terjatuh laut...  macam awang reti berenang kira selamatlah.. tapi bg yang x reti mau jadi peristiwa hitam dalam hidup.. silap haribulan jumpa perut dah kembung..haru biru lah jawabnya..

destinasi pertama yang dituju adalah pulau Dayang Bunting.. kata orang kat pulau ni ada mitosnya yang tersendiri... sebab tu di namakan dengan dayang bunting... Nak tau lebih lanjut search jer la kt google.. lagi bagus kalau dapat datang sendiri... baru ngam Ho, orang panggil hero..

Tasik dayang bunting punyai keunikannya yang tersendiri.. sebenarnya tasik ni asalnya adalah dalam gua, macam mata air gitu, tapi dek kerana berlaku runtuhan pada gua ni, so jadilah macam yang sekarang.. prosesnya pun bukan sehari dua or setahun dua tapi makan baratus tahun yang lalu...  Dan menurut kata orang, sesapa yang dah lama kawin tapi still x dapat zuriat lagi,  minumlah air dari tasik ni... Insya'allah boleh bunting... betul atau tidak wallahu a'lam....lebih baik x yah percaya benda karut ni..

Tasik ni terletak di tengah pulau, so nak menuju ke sini memang agak jauh gak kena jalan kaki.. laluan ok tapi turun naik bukit gak... sapa x larat duk jela kat jeti tu...hehehe... dan sepanjang laluan juga ada beruk-beruk yang duk usha makanan kita... tapi jangan takut beruk-beruk ni dikira jinak.. cuma janganlah di usha anak dara beruk tu sekalipun comel, jawabnya cari nahaslah...

sekali tengok memang gerun sebab tasik ni agak dalam... kalo nak mandi pastikan pakai jaket keselamatan.. tapi awang memang x berani lah nak mandi, mana tau ada naga dalam ni... x pun anaconda... perhhhh memang seriau dibuatnya...

ini antara xtiviti yang boleh dilakukan selain mandi.. berbasikal air.. sorang dikenakan bayaran rm 15 sahaja selama sejam... awang sorang x dapat main sebab x der geng..hehehe.. sudahnya duk la sesorang kat jeti sambil usha2 pelancong... sian kan.. nak wat camna my princess x join...

ok geng dah puas main basikal air, pe lagi meh amik gambar... inilah bebudak teknikal yang ada skarang... abadikan kenangan anda.. Senyum sikit...

........Bergambar dengan berlatarbelakangkan tasik dayang bunting yang menghijau airnya....... comel sungguh...

puas sejam menghayati keindahan pulau Dayang Bunting, so pak juragan bot bawa kami melihat xtiviti helang menyambar makanan.. fuuyyooo besarnya helang yang ada dekat sini.. lagi besar dari bapak ayam.. agak teruja juga tengok helang-helang menyambar makanan..

xtiviti seterusnya kami di bawa pula ke pulau Beras Basah... di sini kitorang duk sakan main air... wuooyooo bestnya... air memang jernih,.. kalo pakai google macam awang boleh nampak ikan-ikan berenang... tapi x banyaklah,..kalo dugong memang banyak... dan sepanjang 3 hari di Langkawi ni, awang cuma dapat mandi laut kat pulau ni jer.. huhu sian awang.. mana x nya, pegi bercuti pun bawa sekali kerja kek opis.. Hampeh sungguh. 

Bergambar kenangan kek Pulau Beras Basah sebelum berangkat pulang.. macam mana boleh dapat nama awang pun x tau... mayb ada nelayan yang tersesat kek sini then bila nak masak nasi beras yang di bawa basah tu yang sesuka hati dia letak nama beras basah.. kononnyala..

B4 ni awang x berkesempatan nak datang ke dataran Lang, tapi kali ni memang awang qada' betul2.. yelah kalo dah ke langkawi tapi x bergambar dengan replika lang kawi ni memang x sempurna lawatan tu.... tul x... 
Hari terakhir di langkawi xtiviti kami dipenuhi dengan sesi menunjuk pandai kek sekolah Menangah kg Talang... wah rasanya trip ni paling bagus, bukan setakat bercuti dan bergembira tapi turut diselitkan dengan aktiviti berfaedah bersama adik-adik sekolah..

Kreatif gak bebudak ni..

tugas awang di sini cuma sebagai cameraman sahaja... yelah dah awang sorang yang agak pro tentang kamera ni...

macam-macam xtiviti yang dibuat, kira macam sesi motivasi yang santai.. bukan per ini semua untuk melatih bebudak sekolah ni supaya menggunakan otak mereka semaksimum mungkin..

apa pun trip kali ni yang paling best sekali... bercuti sambil beramal bersama my princess... cuma yang paling x best sebab x tido malam n x puas mandi laut dek kerana  duk sibuk mengetuk story... dan yang paling haru birunya bila nak hantar story by email, tenet plak buat hal.. tapi mujurlah berjaya...kuar gak story awang kek kosmo... TQ my frend n bos.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.