Selasa, 8 April 2014

mY lEnSa 84 (MiSi 30: SingLeT fLaG, TiDak KaLaH)

EvEnT       : RepEat
mEmbErs  : SYa MilK, aSri SuaRez, AidiLi
DatE         : 8 FebrUary 2014
VeNue      : GuNunG AnGsi, Ulu BenDuL, N9

My sTorY

Alhamdulillah... tidak mahu peristiwa lama berulang kembali, program kali ini kami rancang dengan berhati-hati... Misi kami menawan 30 puncak gunung dan bukit sepanjang tahun ini mesti direalisasikan juga...

 ini gunung ke-2 yang masuk dalam list secara rasminya "Gunung Angsi"
Minggu lepas hanya dapat daki sampai cek point 1 (tangga Batu)..  kali ini apa pun halangan kami akan tawan juga di puncak nya... 

Kesilapan lalu tidak akan berulang... itu yang tersemat dala hati awang
untuk mengurangkan kesilapan lalu, kami bergerak hanya 4 orang dan menepati waktu yang ditetapkan..
  
sebelum pendakian bermula... panaskan badan dan buat regangan otot... Aidili sila tunjuk cara

bergambar sebelum pendakian bermula...

track laluan menuju puncak turun dan naik... setakat ini masih okay lagi..

Ini tips... nak mendaki pastikan cari kawan yang satu kepala dan boleh dibawa berbincang... n yg paling penting punyai rasa tanggungjawab dan hati yang mulia..  sebb dalam perjalanan pasti akan ada yang mempunyai masalah.. maka itu kerjasama amat penting macam wonder pet..
"kelihatan syamil sedang mengikat tali kasut asri"
kawan mcm ni kita nak dalam hidup... okay

kawasan lapang ini akan anda temui seusai melepasi tangga batu.. track ini masih mudah lagi...


Xtualy awang x sangka selepas sejam lebih berjalan akan jumpa kawasan yang tidak mempunyai pokok2 besar... yelah sepanjang jalan sebelum tiba tempat ini kami dipayungi pokok besar setinggi bangunan 3-4 tingkat.. tetiba sampai sini.. "eh ada gak yang lapang upayanya"
 Siyes time mendaki ni x der langsung angin bertiup.. jadi memang terasa bahang panas menikam tubuh...huhu

mendaki gunung ni bukan sentiasa mendaki, ada juga tempat2 yang kita terpaksa turun pula,,, 

selepas hampir sejam mendaki dari tangga batu, ini kawasan terakhir sumber air yg leh ditemui.. so kalo agak2 air dah habis boleh amik air sungai ni... jernih dan segar rasanya...

selepas menyeberangi anak sungai.. hah kau.. bagi sebiji.,, track mendaki yang agak curam... di laluan inilah kedengaran suara sya mil yg mula mengeluh... tuk pengetahuan sya mil x pernah mengeluh dan dia seorang yang fit... tapi bila dengar dia mengeluh,,, okay awang faham laluan mmg macam haram... tinggi weii lenguh kaki...

Jangan ingat cabaran angsi mudah... selepas selesai satu azab dilaluan yg tinggi mencanak, seterusnya jumpa lak laluan yang perlu guna tali.. Dan Alhamdulillah time ni x hujan so track masih selamat... walopon x hujan, tapi dia punya panas membahang kot... 
"Ini aksi aidili yang tergelincir jatuh" Alhamdulillah selamat"

okay aidili... awak tu badan besar sangat, pi la jumpa ina jadi customer herbalife... hehehe

Ha nampak x? tinggi kan.. ini kalo hujan memang saja cari nahas la... licin yg amat kot... huhuhu

satu kepuasan katanya bila dapat naik track yang perlu guna tali.. 

Alhamdulillah... setelah 3 jam lebih mendaki melalui track2 mencabar.. dan harungi kepayahan....akhirnya singlet FLaG dapat juga berkibar di puncak angSi... TerbaeKlah

Kami Berjaya... so Anda Bila Lagi?

kawasan sekitar puncak... ada pondok didirikan... kawasan puncak agak besar juga...

puas berada dipuncak meghabiskan 1 jam dengan melepak dan menghilangkan penat... tiba masa nak turun... 
scene diambil ketika turun sambil menyanyikan lagu hattan dan warith... "ke jolobak ke jolobu" diketuai oleh asri Suarez.. merangkap abg kawasan k.pilah
lagu ini dinyanyikan kerana mengambil inspirasi dari salah seorang budak yang salah lirik ketika menyanyikan lagu ini..  
so natijahnya... sepanjang turun budak tersebut jadi bahan gelak kitaorang...  nampak cam x bek tapi sapa suh dia salah nyanyikan.. ha Hambik Kau..

perjalanan turun kami tidak ikut track yang sama sewaktu naik, tapi kami amik keputusan tuk ikut track yang akan turun di bukit besi.. 
rupanya kalo ikut track ni x la mencabar berbanding track dari air terjun.. 
dan track ini sering digunakan oleh pendaki yang ingin bersantai... 
buktinya, lebih kurang 50 meter akan jumpa kusi kayu tuk lepaskan penat.. sapa yang try basikal gunung pun awang pk sesuai nak ikut track ni..

Alhamdulillah... sampai juga ke bawah.. asri suarez membaca doa kesyukuran diaminkan oleh syamil dan aidili..

laluan lama di bukit besi...

3 kilometer jarak yang perlu diambil untuk sampai ke air terjun ulu bendul dari tapak paking keta tempat kami turun.. jauh tu, dengan laluan bertar...jgan ingat mudah... time ni awang terasa memang sungguh sengsara..huhu..

Aksi manja dari aidili dan syamil... kelihatan asri dah kepenatan.. nak senyum pun dah x larat.... hahaha...

singgah minum air sekejap di tempat tadahan air tepi jalan jer... memang jauh rasanya perjalanan kami... mungkin ada lebih kurang 10 km... penat memang penat... tapi kami tidak Kalah.. apa pun TERBaaaEkLaH.!

Jumaat, 21 Mac 2014

mY lEnSa 83 ( MiSi 30 : saTu peNgaJaraN )

EvEnT        : iT BeGin fRom aTTitUde
MeMbER   : Majins DecTar
DaTe          : 26 JanUaRi 2014
VeNue       : GunUnG aNgSi N9

My sTorY

orang tua-tua kata "masa itu emas" dalam islam kata " demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian" kata yusof al-Qaradawi lak, "jenayah yang selalu manusia lakukan tapi tiada tindakan yang dikenakan adalah jenayah membuang masa" dan awang pulak kata, "awang x suka buang masa dengan menunggu org yg x kunjung tiba"

so kali ni awang nak cerita ttg masa... orang melayu ni suka sangat buang masa,..dan tidak menepati masa... sudahnya betulla apa yg dalam surah al-asr tu ckap... bila masa tidak dihormati jadilah dia seorg yang rugi...

al-kisahnya... pagi ini kami merancang untuk mendaki Gunung Angsi di negeri 9... jadi kami tetapkan pukul 7 mesti semua sudah datang.. tepat masa yang dijanjikan hanya satu kereta yang dah sampai, sapa lagi si wit dengan adik beradiknya... okay tahniah awang ucapkan sebab dorang duk key EL tapi dapat sampai tepat masa.. yang lain?

Wit diapit dari kanan asri gMuk dan aDik wit... nampak, semangat sungguh...

duk menunggu punya tunggu akhirnya semua datang juga tapi time tu dah 8.45 pagi... okay kita tersu gerak...

memandangkan semua x sarapan lagi so, kita pun berhenti di RnR seremban.. ingat ini WAJIB....
sebelum mendaki atau nak buat apa juga aktiviti pastikan sarapan perlu diambil kerana sarapan lah yang akan membantu kita tuk sebarang aktiviti...

dah sarapan, ada pulak yg terasa nak membuang, makanya terpaksa lah menghabiskan masa di RnR.. jam dan menunjukkan 9.45 pagi...

setel semua urusan di RnR... terus gerak menuju ke tanjung ipoh kuala pilah.. nak ke sini perlu exit senawang... pendek kata kena menuju ke jalan bukit besi... 

sampai pekan senawang terpaksa ambil masa lagi ke Klinik sebb ada seorang kawan yg cedera ibu jari...perlukan rawatan...

10.40 pagi tiba di paking kereta air kawasan rekreasi Ulu bendul...

10.50 semua dah turun dari kereta dan bersiap sedia nak mendaki.. awang selaku leader tidak rasmi segera suruh dorang panaskan badan.. sementara awang jumpa pegawai perhutanan untuk minta kebenaran mendaki dan membuat bayaran Rm5  

"tuan saya nak mendaki gunung angsi" kata awang

"berapa orang semuanya?" tanya pegawai hutan

"kami ada 14 orang"jawab awang

"minta maaf dik... abang tak dapat bagi kebenaran, sekarang sudah pukul 11, nak naik ke puncak makan masa 3-4 jam... nak turun pulak paling cepat 2 jam.. so skang korang dah lewat sangat ni..."

"yeke" getus awang..

"bukan abg x nak bagi, kalo korang nak daki, teruskanlah tapi kalo ada apa-apa terjadi korang kena tanggung sendiri" begitu penjelasan abang hutan

serta merta riak muka awang berubah.. kecewa dan cukup kecewa... datang jauh2 tapi x dapat nak daki..
Dengan berat hati awang pun bagi tau pada dorang yang tengah semangat buat regangan otot.

okay ini bukan salah awang... tapi korang sapa suh datang lambat...ha x memasal kuciwa kan...

Jadi satu pengajaran tuk kami terutama awang, kalo nak mendaki gunung atau bukit pastikan paling lewat korang naik pukul 10 pagi.. lebih dari itu korg kena tengok berapa tinggi gunung tu n berapa ramai yg naik.. kalo jumlahnya kurang 5 orang masih ada harapan tapi kalo lebih pastikan pula kudrat manusia tu??? itu syaratnya..

Dan satu lagi, pukul 3 ptg adalah waktu paling lewat korang kena turun bawah...if daki x sampai puncak setelah jam menunjukkan angka 3 awang nasihat lebih baik korang turun n jangan berdegil nak naik kecuali memang korang nak tido kat puncak...

take noted...

xtiviti memanaskan badan...macam-macam gaya..

Ingat!!! ini WAJIB.. sesudah sarapan, nak mendaki perlu buat aksi memanas badan... kasi longgar semua otot biar tidak membawa masalah ketika mendaki... 

pastikan kaki anda benar2 sudah bersedia.. buatlah senaman ringan 10 minit pun dah cukup... keutamaan kaki kerana nak mendaki, kaki memainkan peranan penting.. sebab track agak mencanak di sesetengah tempat..

aksi manja dari asri suarez...

Untuk tidak menghampakan semua orang setelah melalui perjalanan yg panjang.. maka kami ambil keputusan untuk teruskan mendaki sampailah ke tangga batu dan mandi air terjun di situ...  cara kan?

laluan tuk ke sana mudah... ikut susur yg ada paip air...

aik siti pun join gak... larat ker... jelas! nampak kekecewaan di muka dorg terutama aiman... ko x yah nak keciwa sangat sebb ko yg lambat...huh..

syamil yg masih x puas hati ngan aiman sebab x dapat daki gunung... mujurlah asri tolong leraikan kalo x mau bertumbuk... sabo bro...

kemarahan setiap org x leh tahan... pe lagi ramai2 campak aiman dalam sungai... 

aksi gedik + kecewa... gambar dirakam di cek point pertama tangga batu...

kelihatan aiman di belakang kiri duduk dalam keadaan bersalah dan merajuk dek kerana dipulaukan oleh majins dectar... tu la sapa suh lambat... call pun x berangkat... 

ini satu lagi nasihat.... sekiranya korang memang plan nak mendaki or buat apa pun dengan melibatkan orang lain, pastikan sebelum tido letakkan hanset di tempat yang anda sukar capai, dan pastikan juga mode anda bukan silent atau pager... n music untuk nada dering gunalah lagu yang keras supaya jika ada rakan2 yang call  anda kerana kelewatan tidak memaki maki n sumpah seranah... call x angkat-angkat... memang sakit hati kot..

semua riang gembira setelah berjaya mengusir aiman dari inter frame... rasa puas kelihatan di setiap wajah dorang... so aimanpastikan jaga masa kalo x....kita akan kerugian... buktinya inilah yang berlaku pada trip kita kali ini... bukan aiman sahaja semua org juga termasuk awang..... so apa yang berlaku dalam trip ini adalah SATU PENGAJARAN..

Jumaat, 14 Februari 2014

mY lEnSa 82 (Misi 30: FirSt sTep 0n da' ToP)


EvEnt        : MenCarI KonkLusi
mEmBErs  : MaJIns DecTar
DaTe        : 12 JanUari 2014
VeNue      : GunUng dAT0' N9

My sTorY

Tahun 2014 ini ada misi yang awang, aidili n Sya milk ingin capai... Ya, misi kami tahun ini untuk menawan 30 puncak BUKIT dan GUNUNG yang menghampar di atas muka bumi Allah, tidak kira di mana jua...

Merealisasikan misi ini bukanlah satu perkara yang mustahil walau tampak sukar di mata... 

langkah pertama untuk menggapainya, kami mulakan dengan gunung Dato yang terletak di Kampung Bongek Rembau N9.

Ini juga puncak pertama yang akan kami tinggalkan tapak kaki kami sebagai memulakan misi ini..

untuk ke sini tidaklah sesukar mana, melalui Higway Plus, exit tol Pedas/Linggi, dan amik kiri... Teruskan laluan dengan merujuk pada signboard yang terpampang di bahu jalan.. Hingga jumpa masjid KG. BongEk di sebelah kanan, n masuk simpang kiri.. teruskan lagi perjalanan hingga jumpa signboard GununG Dato' n masuk kiri... Tadaaaaa akhirnya sampai..

Kawasan paking kereta... sebelum naik, kena bergambo dulu...

untuk mendaki gunung ini, perlu mendaftar dengan pejabat perhutanan dan membayar rm5 dahulu. ingatkan free rupanyaa... laaa..  ops dan mula tahun ni gak nak paking kereta pun kena bayar gak..rm2... hmmm

Perkara WAJIB... sebelum nak mendaki gunung, perlu buat regangan otot n panaskan badan dahulu... apatah lagi, mendaki gunung dato' memang sangat memerlukan ketahanan kaki dan lutut yang kuat sebab laluan ke gunung ini mendaki sahaja sampai ke puncak... kalo x buat regangan takut sampai tengah jalan krem kaki... bahaya wooo

Semangat nampak Bro, tapi pas ni kompom korang terjelir lidah..hehehe

TERBAEK... itu kata syamilk memulakan langkah pertama untuk ke puncak.. 


nahhh...itu dia, laluannya NO MERCY... time ni asri dah pk banyak kali nak trus memanjat or x...  relax asri hang boleh..

Cek point pertama... apa namanya tah awang pon lupa... heee

Nak mendaki puncak kena naik tangga... walau nampak scary tapi dun WORRY... ikatan tangga ni kukuh... cuma yang penting jangan tengok bawah, n terus memanjat dengan perlahan-lahan..

Akhirnya sampai juga ke puncak setelah mendaki hampir 2 jam... biasa awang daki sejam jer... ini pon lambat sebab aiman (yg  angkat tangan tu) pitam... hahaha... tu la hang ckap besar lagi kan.. nasib x pengsan.. tapi apa pon Alhamdulillah... sampai..

asri n sya milk yang mendaki dengan gaya yang xTrem... 

Subhanallah... Maha Suci Allah... inilah bukti kekuasaan Allah... Sejujurnya.. awang cukup tertarik dengan view dari puncak gunung Dato'... pe pon Allah Maha Berkuasa atas segalanya..

Aik asri ngan aidil nak wat tarian poco-poco ker...hehehe... 
bagi sesapa yang belom pernah daki gunung ni, awang sajest dakilah jika nak menikmati keindahan Alam.. memang berbaloi sekalipon nak mendaki tu punyalah sengsara..

Awang x galakkan untuk buat aksi begini.. hanya yang pro sahaja... 

Akhirnya misi ini berjaya gak direalisasikan... nampaknya lagi 29 bukit & gunung lagi yang tinggal.. Insya'Allah pasti boleh.. 
so kepada geng-geng yang terlibat, wan tari, Ina comel, Asri kurus, asri gemuk, Ella agogo, sya milk, Aiman n Aidili.. tahniah,
 anda berjaya!!!!! 

apa pon THUMBS up dari awang.. TERBAEKLAH..

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.