Jumaat, 23 Mei 2014

mY lEnSa 91 (tHe FaMouS SunRiSe)

EvEnT       : SeCangKir tEh HaLia pEnGubaT KeCewA
DaTe         : o2 - o8 DiSemBer 2014
VeNue      : GunUnG PenaNjaKan vs bROmO SurAbaYa

My sTorY

Hari masih gelap pekat. Dingin pagi mencengkam sedikit demi sedikit, mengigit-gigit sampai ke tulang. Hening pagi yang lazimnya ditemani cengkerik hutan, bagaikan berpesta menerima deruman hartop, iaitu jip yang mampu memuatkan enam penumpang dalam satu-satu masa.

Sesungguhnya perjalanan pagi ini cukup meresahkan awang. Bukan kerana dilitupi kegelapan alam atau kedinginan dinihari, tetapi laluannya yang cukup lumayan kata orang di sini, dan bengkang-bengkok bagaikan ular dipalu, cukup membuatkan kepala terasa berpinar. Ditambah lagi, bau petrol yang sekali-sekala menusuk-nusuk rongga hidung, semuanya bagaikan pakej lengkap untuk menguji kesabaran.

Meskipun begitu, ia sama sekali tidak mematahkan semangat awang untuk menuju ke puncak Gunung Penanjakan. Misi utama kami meredah kedinginan pagi, semata-mata untuk menyaksikan matahari terbit dari puncak gunung. Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang sudah sampai biar terus jadi kenangan.

suasana pagi sebelum mendaki gunung Penanjakan

menjadi kewajipan, solat subuh perlu dilaksanakan..itu tugas kita sebagai hamba Nya..jadi sesampainya di puncak sebelum matahari terbit.pe lagi terus cari tempat solat.. 

Bayangkan dalam suasana yang sejuk mencengkam tulang ni terpaksa basah dengan wuduk... pehhh memang satu cabaran yang besar bagi awang.. dah selesai wuduk ingat dapat terus solat, ramai pula yang sedang solat..Bagusla!! so kenalah tunggu giliran..tapi ada yang x bestnya.. pondok solat ni dahla kecik.. kongsi pulak dengan kaum hawa..dan time tu sedang ramai yang menunggu seperti awang.. yang tak bagusnya bila ada sorang yang kononya dipanggil ustaz jadi imam tapi baca surah panjang, siap bertaranum bagai n baca doa panjang pulak... hang ni x mengaji ker????

Marah betul awang ngan dia..waktu solat dahla singkat, nak habis pulak tu, dan ramai yang tunggu giliran, yang kau boleh nak riak bagai amik masa lama-lama tu buat apa??  ini memang spesis BODOH lagi BANGANG...  Grrrr... siyes awang x suka orang macam ni... ( berdiri barisan depan sekali dgn snow cap itulah spesis yang selfish)  

ok sambung lagi...

Kawasan ini terkenal seantero dunia dengan jolokan “the famous sunrise.”  Dengan ketinggian 2770 meter dari aras laut, ia menjadi view point bagi para pelancong melihat dan menikmati keindahan matahari yang bangun dari tidurnya setiap pagi. 

sekitar suasana di laluan ke puncak gunung

Gunung Penanjakan ini sememangnya tidak ampuh dengan kesunyian. Jadi jangan berharap kawasan ini akan sepi, apalagi dihujung minggu. Di waktu matahari terbit inilah, para pemburu yang dahaga keindahan ciptaan Allah, sudah bersiap sedia mengabadikan saat-saat indah terbitnya sang mentari. 

satu gambar menceritakan seribu kisah

Keadaan ketika ini berkabus dengan agak tebal...mengikut perkiraan matahari pagi segan nak memunculkan diri..
seorang penjual cilik cuba menawarkan kepada imam muda Asyraf yang turut serta dalam trip awang ni bunga abadi.. menurut penduduk tempatan, bunga ini tidak akan layu sekalipun tidak disiram air dalam cuaca yang panas.. that y di namakan bunga abadi.

Alhamdulillah, setelah hampir satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai di puncak. Di sini kita perlu berjalan kaki hampir 500 meter untuk ke kawasan tinjau. Sesudah salam dilafaz bersulamkan wuduk yang sejuk dingin, kami terus menunggu kelibat mentari. 

Entah apa silapnya, kedatangan kami rupanya tidak disambut dengan mesra. Mentari yang dinanti tidak memunculkan diri, hanya bersembunyi dibalik kabus yang begitu tebal menyelimuti alam. Mungkin malu agaknya. kata penduduk tempatan, kalo matahari itu terbit.. memang tersangat cantik seolahnya gunung bromo dilimpahi keemasan..

 Sudahnya bagi mengubati hati yang sedikit kecewa, secangkir teh halia menjadi galang ganti.  

hartop yang membawa kami menuju ke puncak gunung Penanjakan. 

Seusai menikmati kehangatan secangkir teh halia, perjalanan kami diteruskan pula ke kaki gunung Bromo untuk melihat dataran dan kawah Gunung Bromo yang dikatakan masih lagi aktif. Hartop hanya mampu menghantar kami sekitar 400 meter dari puncak kawah. Kemudian kami menaiki kuda menuju ke tangga pendakian. Dan untuk sekian kalinya juga, inilah pengalaman pertama awang menunggang kuda.

Gunung Bromo dikelilingi empat buah gunung iaitu gunung Batok setinggi 2440 meter dari aras laut, gunung Kursi mencapai 2581 meter dari aras laut, gunung Widodaren setinggi 2614 meter dan gunung Witangan 2601 meter dari aras laut. Ke semua gunung-gunung ini terhasil melalui letusan gunung berapi yang telah berlaku sejak ratusan tahun yang lalu.

nak menuju ke puncak bromo dari kaki gunung, ada dua cara, yang pertama jalan kaki dan yang kedua menunggang kuda.. jauhnya lebih kurang 1km.. jadi dek kerana nak merasakan pengalaman menunggang kuda awang pilih cara yang kedua.. 
cuaklah juga nak menunggang ni sebab ini kali pertama kot... 

beginilah jauhnya kalo terpaksa jalan kaki...mujur awang tunggang kuda..x lah penat nanti nak sampai puncak.. dataran yang ada ini terhasil dari letusan gunung berapi yang berlaku lama dahulu... memang awesome..

x perlu risau tentang sarapan pagi... dekat sini banyak RnR yang boleh disinggahi.. kot lah nak sarapan pagi kan..

Ha macam ni laluan dia.. ada satu part tu memang curam dan kiri kanan tidak terdapat batu... kira macam gaunglah juga cuma x berapa dalam..tapi kalo jatuh memang kompom patah riyuk badan ni.. nak nak jatuh  dengan kuda sekali..memang azab la..

bagi yang tidak mahir menunggang, pemilik kuda akan memimpin kida tersebut..so x yah risau lah sebab bukan kita tunggang sendiri...

amacam! ada macam mask of zooro x... topeng je x der..hehehe..

pemandangan dari jauh anak tangga menuju ke puncak

Untuk berada di puncak gunung Bromo, bagi melihat lohong kawah yang mengeluarkan asap sulfur yang keluar dari perut bumi, 280 anak tangga perlu didaki. Nampak mudah, tetapi sebenarnya bagi yang tidak mempunyai stamina yang kuat, pasti akan pancit.

huh... giler penat... dahlah tinggi, udaranya pula menipis..

pemandangan dari puncak gunung bromo...

dataran dan gunung yang terbentuk hasil dari letusan gunung berapi.. sangat cantik..

Bagi penduduk Bromo dari suku Tengger, gunung Bromo merupakan kawasan yang sangat suci bagi mereka. Setiap tahun masyarakat dari suku Tengger yang beragama Hindu ini akan mengadakan upacara agama iaitu Kasada/ Kosodo. Upacara ini akan dilakukan disebuah kuil yang berada di bawah kaki gunung Bromo utara, dan dilanjutkan hingga ke puncak gunung Bromo. Upacara ini akan diadakan dari tengah malam hingga dinihari, setiap bulan purnama sekitar 14 atau 15 di bulan Kosodo (Kesepuluh)


Melalui upacara ini, masyarakat suku Tengger akan berkumpul di kuil untuk memilih dukun yang baru, memohon rezeki yang melimpah ruah, dan minta tolak bala dari sebarang musibah atau penyakit. Dalam upacara ini juga, mereka akan mengumpulkan hasil tanaman mereka di kuil. Lalu ke semua hasil pertanian yang telah dikumpul itu dicampakkan dalam lohong kawah gunung berapi, sebagai persembahan kepada dewa yang ada dalam lohong tersebut. 

Dalam masa yang sama juga, sebahagian dari suku Tengger ini akan menuruni tebing kawah dan menangkap hasil tanaman yang dicampakkan. Tujuannya hanya satu, memohon pertolongan dewa agar kehidupan mereka selama setahun berada dalam keadaan sejahtera. ingat..

Seakan tidak percaya, tetapi inilah kuasa dan kebesaran Allah s.w.t.  Berada di atas gunung berapi yang masih aktif, sangat mengujakan. Ia seakan-akan mimpi menjadi kenyataan. Bromo berasal dari perkataan sanskrit Brahma mempunyai kawah dengan ukur lilit garis tengah 800 meter utara/selatan dan 600 meter timur/barat.

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-gunung yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” ( QS. al-Nahl: 15 )

Kuil di kaki gunung.. di kuil inilah saban tahun suku Tengger berkumpul sebelum memulakan upacara kasada.

Dalam perjalanan pulang setelah puas menikmati keindahan Bromo, barulah awang sedar laluan yang kami tempuhi sewaktu pergi dan balik ini sangat menakutkan. Bayangkan, di kiri dan kanan kami adalah gaung yang sangat dalam. Dan laluan pula cukup untuk dua buah hartop saling berselisih.


Hanya supir yang mahir dan berpengalaman sahaja mampu melaluinya. Bahkan untuk kenderaan persendirian juga tidak dibenarkan menggunakan laluan ini, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Sangat sangat Terbaek... Segalanya dengan izin Allah.

Rabu, 21 Mei 2014

mY lEnSa 9o ( tiLL m0rNinG c0Mes)

EvEnT     : in dePth t0ur sG LemBinG
mEmbEr  : sYa MiLk
daTe        : o6 aPriL 2014
VeNuE    : PerKampuNgan KeCiL dEsa sG. LeMbiNg

My sTorY

Hampir satu jam perjalanan meredah kegelapan malam dari Bandar Kuantan menuju ke pekan Sungai Lembing. Dan sepanjang perjalanan itulah halwa telinga kami hanya disantapkan dengan alunan lagu dari radio. Nak berbual terasa berat mulut. Apatah lagi melihat keadaan sekeliling yang gelap gelita dan hanya ditemani unggas malam serta deretan hutan di kiri kanan. Hanya sesekali mata ini terlihat jalur cahaya dari rumah-rumah penduduk yang kedudukannya jauh antara satu dengan yang lain.

Pekan Sg Lembing menjadi destinasi kami awal pagi ini seusai menikmati juadah seafood di Tanjung Lumpur. Mengikut perancangannya kami akan bermalam di pekan kecil (masjid, jimat katanya) sebelum menjejakkan kaki di puncak Bukit Panorama. (boleh rujuk post sblmnya ttg kejayaan menawan puncak panorama).

Ketika menempuh perjalanan lewat pagi ini, dan sampai di satu kawasan, tiba-tiba bulu roma kami meremang dengan sendiri. Entah entity apa yang menumpang kenderaan kami saat itu, namun perasaan seram hanya tersimpan jauh dalam diri. Nak meluahkan mungkin tidak sama sekali takut jika ditegur akan ada yang menyahut. lebih dari itu mungkin menjelmakan diri.. Itu pesan orang tua dahulu, jika terasa perkara pelik di sekeliling jangan ditegur.

Akhirnya, lewat jam 2 pagi kami sampai di pekan  yang terletak jauh dihujung bukit bukau dan gunung ganang. Rancangan asal untuk hanya bermalam di masjid terpaksa dibatalkan setelah melihat sendiri keadaan masjid. bukan takut, tapi segan dengan penghuni masjid..Apatah lagi baru sebentar tadi kenderaan kami ditumpangi sesuatu. Jadi mahu atau tidak terpaksalah kami keluar sedikit bajet utk bermalam di chalet yang sememangnya banyak tersedia di situ.

Alhamdulillah walau telah lewat 2 pagi, namun masih ada chalet yang sudi menerima kehadiran kami... kalau tidak mungkin dalam kereta lah ranjang kami malam itu.. 

Pekan Sg. Lembing tidaklah besar mana. Penduduknya juga tidak ramai, anggaran awang mungkin adalah dalam 200 keluarga. Walaubagaimanapun di pekan ini terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Terutama bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan dan keriuhan bandar dan menikmati kedamaian alam.

Dulu kawasan ini terkenal dengan kawasan perlombongan bijih timah yang terbesar di dunia. Namun kini lombong tersebut telah ditutup. Bagi mengelakkan pekan ini mati so pihak kerajaan negeri telah menjadikan ia kawasan perlancongan dengan membina muzium Sg. Lembing dikawasan ini yang khusus tentang perlombongan bijih timah dan sejarah pekan.

Pada perkiraan awang juga, ramai penduduk kaum cina yang menetap di sini kerana  tempat ini asalnya tempat perlombongan bijih timah. kiri kanan bangunan tu semua bangunan cina.. MELAYU????
ermmm no komen!

Seusai menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. di puncak bukit panorama, kami menapak pula ke muzium lombong bijih timah bagi melihat sendiri bagaimana ia beroperasi pada waktu dahulu. kata orang, kalo dah ke sini tak pegi muzium memang tak masuk dek akal lah jawabnya.. dan Masuk dalam ni, x der bayaran.. ia percuma.. just isi nama di pondok pendaftaran sahaja.


Terdapat banyak artifak lama yang dipamerkan disini bermula dari awal hinggalah penutupannya. So kalo nak tahu lebih mendalam kena datang sendiri. 

muzium ni menurut artikel yang pernah awang baca di Berita Minggu dikatakan bermisteri.. menurut artikel tu hasil temubual dengan pengarah muzium, setiap malam kedengaran bunyi-bunyi pelik macam ada orang menaip guna mesin type... tapi bila duk usha x nampak pula orang yang menaip..selain itu katanya ada juga terlihat kelibat wanita Inggeris merayau-rayau waktu tengah malam...

so nak mengesahkan cerita tu, membuatkan awang dengan syamilk begitu semangat nak masuk.. manalah tahu kot-kot dapat jumpa pompuan tu... leh ajak dating kan..hehehe.

Kelihatan syamilk terpesona melihat barangan yang dipamerkan… hati-hati syamilk.. awak tu muka jambu, mungkin ada harapan tuk dating ngan awek inggeris tu.. 

Jom berselfie.. 
cubaan pertama awang amik gambar dengan harapan yang tinggi.. mana tau dari bergambar berdua ada yang nak join sekali.. jadi bertiga..
tapiii... 

Terbaek…apa lagi yang mampu di kata... 

To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.

Puas menerokai sejarah silam dalam muzium, kami menjelajah pula dalam terowong lombong bijih timah.. nak masuk sini kena bayar rm15 kalo awang tidak silap.,,..

Menunggu keretapi sampai… Yap, nak masuk dalam ni kena naik keretapi..

dah sampai pun..
Akhirnya inilah keretapi yang akan membawa kami masuk dalam terowong.. xtualy asalnya ini gerabak untuk membawa bijih timah, tapi itu dulu la.. sekarang gerabak ini dah di modified untuk angkut orang pulak.. perjalanan dengan keretapi ini hanya sejauh 1km sahaja.. selepas itu nak masuk dan tengok sendiri tempat bijih bijih itu dikorek kena jalan kaki masuk dalam lagi... adalah dalam 600m 

Thumbs up syamilk.. 

tu tandanya kawasan dalam lombong selamat untuk diterokai.. dan jangan takut udara di dalam terowong sukses, boleh bernafas dengan sebaiknya.. x panas malahan sejuk lagi sebab ada aircond… dat y nak masuk ke sini kena bayar.. x kan free jer kot..

Keadaan dalam terowong. Pehhh memang agak horor .. bayangkan dulu x der aircond, tempat ni memang panas.. dan kalo nak masuk lebih dalam kena pakai tangki oksigen. Bukan boleh masuk sembarang jer.. silap hari bulan x keluar2 sebab dah keras..huh.. bagi pengunjung macam awang kami hanya mampu masuk hingga beberapa ratus meter dan tingkat 2 sahaja.. lebih dari itu x boleh sebab dah tutup.. lagipun kawasan ini banyak makan korban manusia.. so sesapa yang berani masuklah..

Alhamdulillah, dah keluar… xtualy ada banyak benda yang boleh dilihat dalam ni.. sengaja awang x masukkan gambar-gambar yang lain...biar ada rasa nak jejak dalam.. Kalo nak tahu apa yang ada kat dalam tu kena lah datang sendiri tengok..

Yeah.. satu kepuasan bila dapat keluar dari terowong… 

pintu keluar terowong… nak keluar kena jalan kaki. X de dah perkhidmatan keretapi.. 

Time changes everything except something within us which is always surprised by change

Tamat sudah pengembaran kami di pekan Sg Lembing. Meninggalkan seribu satu kisah menarik yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya cebisan dari kisah yang mampu dihamparkan di sini.. nak mengalami sendiri kenalah datang.. macm-macam yang boleh dilakukan di sini bagi mereka yang gemarkan keindahan alam... memancing, berkhemah, daki bukit n gunung.. jungle treking, naik moto 4 tayar.. n banyak lagi.. semua ada.. dan satu lagi tempat menarik yang x sempat kami pegi iaitu air terjun pelangi... so kami plan akan repeat lagi... nak try semua...  Apa pon sangat terbaeklah.

Sabtu, 3 Mei 2014

mY lEnSa 89 ( MiSi 30: m0sT aWesOmE eVer )

eVenT          : PunCak 7: DanCinG In da' sKy
mEmbEr       : Sya MiLk
dAtE            : 06 aPriL 2014
vEnuE           : BuKit Pan0raMa Sg. LemBinG PaHanG

My sTorY

Kuala lumpur-kelantan-terengganu-pahang in 2 days… wow jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh. Tambah tolak bahagi darab ada la lebih kurang 500km..  Ia sesuatu yang indah apabila perjalanan sejauh ini akhirnya berbaloi. Berbaloi dengan menikmati keindahan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Siapa sangka di tempat seperti ini ada bukit yang boleh di daki. bahkan di atas bukit ini tersimpan satu panorama indah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Yang menjadi hamparan tatapan dan sajian mata menyaksikan kekuasaan sang Pencipta

Bukit panorama, memang sesuai dengan namanya.. awang tahu tempat ini pun dari seorang teman yang pernah mendaki ke sini. Menurut katanya, “kalo nak melihat bukti kekuasaan tuhan, datanglah mendaki bukit panorama. Insya’Allah awang akan terpegun.”

Benar bagai dikata, Maha Suci Allah, bagai kerdil diri ini berdiri menghadap ciptaan Nya. Indah! meeemang indah. So bagi menambahkan koleksi dalam list 30 puncak untuk didaki, awang dengan syamilk tak melepaskan peluang untuk berdiri di bukit ini.

Nak mendaki bukit ini tidaklah sukar.. hanya perlu stamina yang lebih untuk menapak dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya. So sesapa pun boleh naik sekalipun merangkak.

Akhirnya… 
beginilah puncak bukit ini.. agak luas berbanding bukit lain yang penah di terokai.


Matahari pagi mula memunculkan diri..

Kabus pagi, kelihatan seperti sekawan awan putih menghiasi langit sungai lembing.

Pondok yang terdapat di puncak bukit member kemudahan kepada pengunjung untuk melepaskan penat sambil menikmati keindahan awan putih.

Dancing in da sky… itu perasaan yang terbit tatkala berdiri di puncak bukit. Bak kata peribahasa melayu, “emak mandul baru beranak”

Vision with action can change a world

Realiti tak seindah fantasi, andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha dengan sendiri....

Ini keadaan pada jam 10 pagi.. kelihatan kabus yang menari di dada langit mula menyembunyikan diri setelah di panah sang mentari. kelihatan rumah-rumah penduduk di kawasan sungai lembing..

Track yang tidak memerlukan tangga untuk mendaki. Jangan risau trak begini masih ok sebab tidak curam.


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Segalanya menjadi indah dengan pendakian ini sekalipun menempuh perjalanan yang jauh. TerBAEK!!!! Sangat TerBAEK.

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.