Ahad, 31 Ogos 2014

mY lEnSa 95 ( PerJaLanaN mEncAri TuHan)

EvEnt         : KeMBara UmRah duA k0ta SuCi
dAtE           : 25 fEbuaRi t0 08 mAc 2014
vEnuE        : MakkAtuL MukaRRamAh
mEmbErs   : SafirGotRavEL

My sTorY

LabbaiKallahu Labbaik, labbaikala Syarika kalabbaik, Innal Hamda, Wanni’mata Lakawalmulk, laa syarikalak…

Bacaan talbiah bergema dalam bas sepanjang perjalanan menuju ke Mekah seusai meninggalkan Bir A’li. Pengalaman baru bagi awang bila En. Muhammad dari safirgotravel serahkan amanah untuk awang jadi ketua dan kendalikan kumpulan kedua seramai 40 orang.


Glups…tertelan air liur dibuatnya.. biar bebenor en. Muhammad ni. Dia tak tau ke yang ini kali pertama awang buat Umrah. Suka-suka hati dia je suruh awang. Mujurlah awang ni memang dah penuh bekal dengan ilmu haji dan umrah. Kalo tidak, mahu terduduk gak dibuatnya.

Kawasan Masjidil Haram yang sedang pesat dinaik taraf

Perjalanan mencari tuhan di bumi Mekah, bukanlah semudah yang disangka. Ada saja dugaan yang datang menyapa, terutama bila jadi ketua, memang tidak terlayan dibuatnya. Paling mencabar tika nak hadap kerenah manusia, ada sahaja masalah.

Belom sampai Mekah lagi, ujian dah datang menegur. Berhadapan dengan pemandu bas yang perengus, dan tidak mampu berbahasa Inggeris membuatkan komunikasi kami menjadi parah. Cakap arabnya pula ikut longhat kampung belah mak tiri nenek dia. Memang jahanam dibuatnya. Lagi bertambah parah bila awang ditinggalkan pemandu bas seusai memijak kaki di bumi Mekah waktu mencari hotel. Terkulat-kulat awang dibuatnya ditinggalkan sendirian dengan pakaian ihram. Apa nak buat ni? Huhu

Alhamdulillah sampai hotel setelah berjalan kaki hampir 20 minit. Hampeh punya pemandu, geram awang dibuatnya. Namun dengan penat tidak hilang satu lagi ujian datang. Jemaah di bawah awang ramai mengadu beg mereka hilang. Bukan sorang tapi lebih kurang 5 orang. Semua dah meroyan macam orang hilang anak. Nak tak nak terpaksalah awang uruskan, turun naik tingkat hotel carikan beg. Okay sejam lebih akhirnya semua setel. Beg yang hilang dijumpai kembali. Yang pasti telinga ni dah parah kena perli dan kena marah. Memang terbaek.

Akhirnya dapat juga melihat Kaabah di depan mata

Selepas chek in hotel, bermulalah episode mencari tuhan di masjidil haram bersama 40 jemaah dan dibantu seorang mutawif terlatih dari Indonesia. Pertama kali melihat kaabah di depan mata, seakan ada satu kuasa yang menyentak hati untuk mengakui betapa hebatnya Kekuasaan Allah. Terasa diri ini begitu kerdil sekali. Apalagi yang boleh dikatakan selain Syukur, Syukur dan syukur. “Akhirnya aku dipilih menjadi Tetamu Allah” bisik awang dalam hati.  

Pengalaman pertama kali melakukan umrah benar-benar mengusik hati. Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah. Seusai bercukur dan dalam perjalanan untuk pulang ke hotel pada jam 3 pagi, tiba tiba awang didatangi oleh seorang makcik yang awang kira umurnya dalam lingkungan 70-an mengadu tentang kehilangan suami, dan anak menantunya ketika sedang bersa’ie.

Mencari jemaah ditengah lautan manusia umpama mencari sebutir gula dalam lautan garam

Ermm, apa awang nak buat ni? Dah lah pertama kali awang sampai Masjid Haram. Belom tau lagi selok beloknya. Ini terpaksa pula nak cari jemaah hilang dikelilingi dengan lautan manusia… uuiii memang besar tahap gaban cabarannya. Mahu atau tidak awang terpaksa juga mengambil peranan sebab awang kan ketua. So tindakan pertama awang adalah menyuruh makcik ni bertenang, Istighfar dan berdoa. Kemudian awang temankan makcik ni cari keluarga dia sampai jumpa.. Ketua yang Bertanggungjawab katanya,...

Bersama ayahanda melakukan ibadah saie

Alhamdulillah sepanjang 6 hari di Mekah, awang dapat juga buat umrah sebanyak 3 kali. Dan kesemuanya buat waktu malam selepas Isyak. Buat malam seronok sikit sebab tak panas, kalo waktu siang agak panas mencecah 40 darjah celcius, huhuhu…

Perkara yang paling mencabar buat umrah ni pada awang ketika bersaie, terpaksa berjalan dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak 7 pusingan. Dulu dalam kepala awang, rukun saie ni dibuat di atas padang pasir, sebab dari bukit ke bukit kan.. sekali rupanya silap daa.. saie dilakukan dalam bangunan yang ada aircond je. Yang mencabarnya sebab kita ni tak pakai kasut, jalan pulak atas simen.. memang tangkap betul kaki ni.. lenguh dibuatnya.. kawasan untuk saie ini ada 3 bahagian, tingkat satu yang kompom ramai orang dan boleh pijak batu bukit marwah, tingkat 2 dan 3 yang tak ramai orang.. awang lebih suka buat tingkat satu...

Sesuatu yang menarik di sini, kita boleh jumpa bermacam orang dari seluruh pelosok dunia dengan pelbagai gelagat. Dan disebabkan begitu ramainya manusia yang ada, pelbagai fesyen warna sebagai mewakili identiti diri boleh kita jumpa. Biasanya melibatkan jumlah kumpulan yang besar macam gambar di atas ni. Tujuannya agar kalo hilang senanglah nak mencari... ini kes yang biasa berlaku jemaah hilang.. 

Seusai melakukan ibadah umrah

Kawasan sekitar Masjid al-Haram. Waktu solat fardu kawasan ini akan penuh sesak.. dan tika itulah saat yang benar-benar membuatkan hati awang kagum melihat kebesaran Allah s.w.t.. 

biasalah, lepas buat umrah mesti penat, manakan tidak, berjalan jauh kot.. so kita amik tenaga dengan singgah di kedai-kedai tepi jalan cari makanan. 

Biasanya selepas buat umrah, awang tak balik bilik tapi tidur di tingkat paling atas masjid al-Haram berbumbungkan langit, bulan dan bintang.. saat ni yang paling syok sekali.. dan waktu malam biasanya memang di sinilah port awang melepaskan lelah.. kalau siang memang tak lah sebab panas..huhu

Bergambar berlatarkan tempat berlakunya perjanjian Hudaibiyah antara baginda s.a.w. dengan penduduk Madinah.. tapi sayang kawasan ini tidak terjaga dengan baik.. Dan di sinilah awang mendapat ganjaran secara tunai atas keceluparan awang.. Huhu

Bergambar dengan ayahanda di ladang unta.

Mak awang pesan, kalau sampai di Jabal Rahmah jangan lupa mohon doa agar dapat jodoh. sebab mak awang bimbang sampai skang awang tak kawin lagi.. So sebagai anak yang mendengar kata awang pon berdoa lah moga dipertemukan jodoh, kalo boleh dengan neelofa, Ops..heheheh... 

Bergambar di puncak Jabal Rahmah.. Ini bukit tempat pertemuan Nabi Adam a.s. dengan isterinya Hawa saat mereka turun dari Syurga.

Entah macam mana boleh pulak salah seorang Jemaah ni bawa bendera dengan mafla team JDT... so sebagai anak jati johor yang memang sapot JDT, apalagi luaskan kuasa lah... hehehe.. 

Mekah al-Mukarramah... akhirnya doa awang dimakbulkan Sang Pencipta Rab al-A'lamin.. Segala puji hanya bagi Mu Ya Allah yang memberi kemudahan dan jalan untuk awang berdiri di rumah Mu... Perjalanan ini sememangnya indah pada awang. Tuhan (Allah) tidak perlu dicari kerana sememangnya ia telah ada dalam diri. Apa yang perlu pada kita sebagai hamba Nya hanyalah perlu mendekati Nya sahaja.. Wallahu a'lam  

Selasa, 15 Julai 2014

mY lEnSa 94 ( DeJaaVoo BaraKat aL- ArD )

EvEnT          : KeMbaRa uMraH duA k0Ta SuCi
dAtE             : 25 FebUarI to 08 mAc 2014
VenUe          : YathrIb @ MadiNatuL muKarrAmaH
MeMbeRs   : SaFiRg0 TraVeL

 My sTorY

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang memudahkan perjalanan hamba Nya memijak bumi Barakat Madinatul Munawwarah. 

Segalanya bermula pada tahun 2008. Ketika itu terdetik di hati ini untuk menjejak kaki di bumi Anbiya', setelah menerima satu tamparan hebat dalam hidup. Saat dan tika itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa hancurnya hati ini di uji dengan satu musibah yang besar. Maka itu bermula lah trilogi permohonan seorang hamba kepada Sang Pencipta dek merasakan dengan berdiri di bumi barakat ini akan hilang segala ketidaktentuan hati ini.
      
2013, setelah 2 tahun sebagai wartawan al-Islam, nama awang naik mengikuti kembara umrah bersama pembaca al-Islam untuk membuat liputan sepanjang perjalanan. Namun hanya kerana satu masalah kecil yang tercetus, menyebabkan tempat awang diganti dengan wartawan lain. 

Sememangnya segala rancangan Allah itu lebih indah dari perancangan hamba Nya. Ada hikmah yang telah disediakan Allah untuk awang. 2014 menjadi galang gantinya sesudah 8 tahun berdoa. Indahnya perjalanan ini bukan sahaja ditemani ayahanda tercinta, bahkan secara percuma pula.. dengan misi yang sama membuat liputan untuk Safirgotravel..  Lihat, Allah sengaja tangguhkan perjalanan lalu agar awang dapat bersama ayahanda.. Ini jelas membuktikan Firma Allah dalam surah al-Baqarah 216 terlalu benar dipercayai.
   
Ayahanda awang berjubah putih bergambar bersama rakan jemaah di hadapan hotel. (pintu masuk hotel adalah di lorong antara 2 bangunan yang tersergam indah)

Madinah Munawaarah, destinasi pertama sesudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah. Subhanallah, akhirnya sampai juga awang di bumi yang penuh keberkatan ini. Bumi yang menjadi saksi berkembangnya agama Islam. Bumi yang menerima dengan selebarnya kedatangan baginda s.a.w. bersama para sahabat. Dan bumi yang tidak pernah sunyi sehingga kini dengan kehadiran umat Islam dari segenap pelosok dunia.

dulu dulu, masa belajar di ukm, awang ambil jurusan tamadun Islam, so memang teringin nak tengok sendiri keadaan madinah.. yelah, semua yang dipelajari hanya tergambar di minda..dan kini bila dah sampai Madinah barulah tahu bagaimana keadaan geografinya, sosio masyarakatnya dan semua sekali yang dipelajari..Alhamdulillah..x der la bebayang di minda jer.. dalam hati kata, oh macam ni rupanya madinah.. macam jakun pun ada katanya..haha
Di hadapan hotel kami, terdapat sebongkah batu besar yang terdapat dalam pic atas. agak pelik sebenarnya. kenapa batu ini masih kekal sekalipun dikelilingi pembangunan. setelah soal selidik dilakukan barulah awang tahu, batu ini tidak boleh dihancurkan sekalipun dibom berkali-kali. Tidak diketahui puncanya, namun ada yang mengatakan ini tempat tinggal Jin.. sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang Tahu.

Bergambar di hadapan pasar yang menjual pelbagai barangan. Kalo di malaysia, kira macam pasar lambak atau pasar malam. Sempat gak awang beli minyak wangi,dan berkesempatan melihat sedikit proses pengisian minyak wangi... Di sini, Kebanyakan penjual bukanlah terdiri dari orang Arab Madinah, tetapi dari bangsa lain seperti Turki, Afghanistan, Afrika, Indonesia dan pelbagai lagi.

Perjalanan dari hotel menuju ke Masjidil Nabawi. Di kiri kanan laluan kelihatan peniaga dari pelbagai bangsa menjual barangan mereka. Uniknya barang jualan ini hanya ditutup dengan kanvas pada waktu malam, dan di pagi hari akan ada pekerja uniform oren  membantu membuka barang jualan. so peniaga datang tinggal susun barang jualan dan tunggu pelanggan..
Ini  kalo kat Malaysia, memang sah-sah hilang.. kena kebas ngan mat pit..

Suasana di Madinah sememang begitu menenangkan dengan sosio masyarakatnya yang tertib dan sopan. 

pemandangan sekitar perkarangan masjidi nabawi di bahagian luar seusai solat zohor... 

Di bahagian dalam Masjid Nabawi... suasanya cukup aman dan damai..

Orang ramai sedang berpusu-pusu untuk masuk ke Raudhah... Time ni awang cuba juga nak masuk  tapi tidak berjaya..huhuhu..apakan daya, kita ni badan kecik jer.. dan yang duk berebut tu pulak pak arab yang 2 kali ganda besar.. sudahnya pasrah sahaja.. lagipun hukumnya cuma sunat dek kerana adanya keberkatan di kawasan tersebut..

keadaannya ketika ini seperti segerombolan ombak manusia yang menghempas pantai gamaknya...tidak putus-putus orang yang nak masuk ke dalamnya...

Inilah Raudhah.. Tempat mustajab untuk berdoa... 
dulu-dulu orang cerita pasal raudhah ni awang cuma mampu membayangkannya sahaja.. macam manalah agaknya Raudhah tu kan.. 
Akhirnya bila dah sampai sini, oo baru tau, macam ni Raudhah.. nak kata besar sangat tidak, kecik sangat pun tidak.. ia dibezakan dengan warna karpet..  di Raudhah karpetnya berwarna hijau dan dikawasan luar raudhah warna merah.. Nak solat di sini tidak boleh lama, sekejap jer sebab ada pak guard yang jaga.. so pandai-pandailah kalo dah dapat masuk Raudhah ni..

di sebelah Raudhah, terletak pula makam Baginda s.a.w. dan sahabatnya saidina Abu Bakr, dan Umar r.a.

Pemandangan waktu senja bahagian luar sekitar masjid nabawi.. sebelum masuknya maghrib..  Hebatnya masjid nabawi ni, di waktu malam, payung-payung besar yang memayungi jemaah akan ditutup.. dan di buka apabila waktu siang.. Untuk melindungi jemaah dari pancaran terik mentari..

Beginilah keadaan Jemaah yang sedang menunaikan solat maghrib.. hii time ni awang terlambat sampai tu yang sementara nak tunggu imam bangun apa lagi, terus snap gambar.. bukan senang woo nak dapat gambar macam ni.. 
Paling syahdu ketika semua sedang sujud,.. terasa macam berada di tengah lautan manusia yang sedang menghadap Allah..kita ni terasa kerdil sangat.. Masya Allah
  
Seumur hidup awang, inilah pertama kali berada ditengah lautan manusia yang sangat ramai.. beberapa kali juga seusai solat isyak atau zohor, awang akan berdiri di satu sudut penjuru masjid berdekatan dengan pintu Babus Salam.. 
Hampir sejam awang berdiri di situ, namun jemaah yang keluar dari pintu masjid tidak langsung putus-putus, seolahnya satu empangan yang penuh dengan air, pecah dan mengalirkan air yang sangat banyak.. hampir 2 jam barulah hamburan jemaah ini berkurangan.. Subanallah, tak pernah awang terpikir begini sekali keadaannya.
 selepas waktu solat, kita dapat lihat ramai kumpulan-kumpulan dari pelbagai negara akan duduk berkumpul mendengar tazkirah dari ketua masing-masing. Macam-macam gelagat, rupa, bangsa,warna kulit, loghat, dan style boleh kita jumpa.. Subhanallah, memang awang takjub sangat dengan Kuasa Allah Taala yang satu ni.. Terlalu hebat.. 

Di bahagian luar dan dalam masjid disediakan air zam.zam.. satu yang menjadi tanda tanya, dalam sehari berapa banyak cawan plastik yang disediakan agaknya yek??? semua cawan-cawan ni pakai buang, so agaknya selepas cawan-cawan ni gunakan, adakah terus dibuang atau recyle balik??? itu PERSOALANNYa
kalo terus buang, peghhh berapa banyak ruginya tu.. bukan itu jer, tapi merosakkan bumi kot..yelah cawan plastik.. ahhhh
tindakan yang langsung x boleh terima.. Harapnya dorang recyle balik lah..huhuhu

sewaktu gambar ini diambil, teruk awang kena marah dengan budak perempuan ni.. ada sorang budak kecik myb adik dorang gak siap pukul awang lagi.. hahaha...Bagi kepercayaan dorang haram mengambil gambar wanita.. kalo tak silap dorang ni dari Afghanistan.. tapi buat bodoh jerla.. hahaha.

mengabadikan kenangan atas bukit pemanah.. 
di atas bukit inilah tentera pemanah Islam ingkar arahan ketua sehingga menerima kekalahan dalam perang uhud...
gunung dibelakang awang tu namanya gunung uhud, dan kawasan bawah yang penuh khemah tulah medan peperangan uhud.

Kawasan perkuburan syahid tentera uhud.. di sini jugalah bersemadinya bapa saudara baginda s.a.w. saidina Hamzah r.a. yang syahid dalam keadaan mengerikan.

Lagi gambar bukit pemanah 
Keadaan di bazar Kurma.. macam-macam kurma yang boleh dibeli kat sini..


Indahnya perjalanan ini tidak terhenti di sini... 4 hari di bumi Madinah, perjalanan diteruskan pula menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.. 

Selamat Tinggal Madinah, Selamat tinggal Ya Rasulullah, 
Perpisahan ini hanya Sementara.. Insya' Allah akan awang kembali lagi mengunjungi Mu.. 

Jumaat, 4 Julai 2014

mY lEnSa 93 ( In sEarChinG oF MuHammAd s.a.w.)

eVenT          : KeMBara UmrAh duA koTa SuCi
dAtE            : 25 FebuAri t0 08 mAc 2014
VeNuE         : JaBaL tSuR MeKah aL-muKaRRamaH
mEmBer       : dad n SafiR go TraVeL

My sTorY

memulakan perjalanan dari kaki bukit
Tingginya 458 meter. Letaknya pula di sebelah selatan Kota Mekah al-Mukarramah. Jarak dari Masjidil Haram sejauh lebih enam kilometer. Untuk sampai ke puncak memakan masa hampir dua jam, itu jika banyak berhenti. Jika berjalan tanpa henti, boleh jadi satu jam setengah atau kurang. 

mendaki dengan hanya berselipar mengingatkan awang dengan kepayahan yang di alami baginda s.a.w. dan sahabat.

Jabal Tsur, merakam sejarah terbesar dalam peristiwa penyebaran Islam. Gua yang terletak dipuncaknya pernah digunakan baginda s.a.w. dan sahabat Abu Bakar as-Siddiq untuk bersembunyi dari kaum Quraisy Mekah. Peristiwa ini terakam indah dalam al-Quran surah at-Taubah ayat 40. Dah alang-alang di Mekah, so rugi rasanya kalau tidak mendaki dan menyelusuri jejak tapak Baginda s.a.w. dan para sahabat.. hiii

Ini antara bukit tertinggi di Mekah yang berjaya awang dan dua lagi peserta umrah tawan. Bukan mudah untuk mendakinya. Hanya semangat dan keyakinan yang tinggi mampu membawa kaki ini melangkah hingga ke pintu gua dan puncaknya. Dengan di panah mentari yang terik menikam tubuh, benar-benar membuatkan awang terseksa dibakar bahang mentari.

Denyut nadi dan keazaman Asma’ binti Abu Bakar seakan mengalir dalam diri kami, ketika menghayun kaki melalui laluan curam dan berbatu. Terasa seriau juga hati tatkala memandang ke bawah. Silap langkah boleh membawa padah. Cukup sukar bagi awang mendaki bukit ini dengan hanya berselipar. apatah lagi keadaan muka buminya yang berbatu. memang efek sangat pada kaki. entah macam mana agaknya baginda s.a.w. dan Abu Bakar r.a. masa mendaki tu...mesti gila terseksa...huhuhu..cukup menginsafkan..

Pemandangan Kota Mekah jelas kelihatan..nak naik punyalah semput...huhuhu
Dapat awang bayangkan juga, sungguh betapa sukarnya bagi seorang wanita seperti Asma’ meredah laluan berbatu menuju ke gua Tsur. Sementalah lagi keadaan dirinya yang sarat mengandung. Bukan sekali, tetapi selama tiga hari berturut-turut Asma’ berulang alik menuju ke puncak bukit, semata-mata membawa bekalan makanan. Semuanya dilakukan demi kasih dan cintanya yang mendalam terhadap ayahandanya dan baginda s.a.w.
Ya Allah, betapa indahnya pemandangannya ketika ini. awang sempat solat asar di puncak bukit menghadap Kaabah sambil menyaksikan kota Mekah.. Ya, inilah pemandangan gila awesome.. Syukur Alhamdulillah.

Beginilah gua Tsur dan pintu masuknya yang pernah menjadi tempat sembunyi Baginda s.a.w. Cukup sedih bila Gua ini divandalismekan oleh makhluk perosak..grrr.
keadaan dalam gua. tidaklah besar, hanya cukup memuatkan 3 0rang dewasa atau 4 orang yang bersaiz kecik macam awang.. nak berdiri langsung tak boleh.. so duduk jer lah.. Kesian baginda s.a.w. ngan Abu Bakar time menyorok tu... sungguh tidak selesa.. 
sempat snap gambar salah seorang pengunjung yang awang rasa dari pakistan.. time ni dia berdoa sampai menangis-nangis dan meratap.. lain macam tul lah dorang ni..

Jangan terkejut..ini atas puncak dan menghadap pintu gua terdapat pondok jualan penduduk tempatan.. Wallahu a'lam x tau myb owner kedai ni penjaga gua kot.. 
Jangan gatal tangan nak beli air kat sini kalo x mo terkejut katak ngan harganya..giler mahal kot.. huhuhu tapi mujurlah nak masuk gua x perlu ada apa-apa bayaran, so free sahaja..

Sedang mengerjakan solat asar. menghadap kota mekah..sekali lagi memang awesome giler...

Ha! Macam ni lah pemandangan kota mekah dari atas puncak bukit.. Terasa sungguh kerdil rasanya diri ini..paling terasa keasyikan dan kekaguman bila tengok sekitar kawasan tidak kelihatan langsung pokok-pokok.. semuanya batu sahaja.. cukup berbeza dengan pemandangan di puncak gunung Malaysia...

heee... jom selfie...

pemandangan dari puncak tertinggi..kat situlah tempat kami solat tadi.. air paip x der, so pastikan bila nak solat di sini bawa air wuduk siap-siap dari bawah.

pemandangan mentari petang cukup mengasyikkan.. apatah lagi melayan perasaan melihat bumi tempat kelahiran kekasih Allah.. seakan ada perasaan syahdu..

Mekah al-Mukarramah, awang berjaya menawan mu..  

Bergambar bersama beberapa pengunjung di atas puncak..

trek mendaki cukup berbeza dengan trek laluan gunung di Malaysia.. cabarannya cukup besar.. terutama batu dan pasir..

Ya Allah! izinkan hamba Mu ini untuk berkali-kali mengunjungi Bumi Barakah ini.. Amiin 

Walaupun terbit perasaan terharu dan gembira kerana berjaya merasai kepayahan yang dialami baginda s.a.w. dan sahabatnya, namun ada sedikit perasaan kesal dalam diri. Kesal dengan sikap masyarakat Arab dan kerajaannya yang tidak menjaga bukit ini dengan sebaiknya. Sepanjang laluan ke puncak, dapat dilihat longgokan-longgokan sampah yang menyesakkan pandangan. Inilah sifat dan budaya negatif yang cukup tebal melingkari umat Islam khususnya masyarakat Arab

kelihatan laluan trek yang awang tempuhi sepanjang mendaki dari kaki bukit.
Teringat awang kata seorang sahabat yang juga pelancong tegar, “nak tahu beza antara negara Islam dengan bukan Islam tak susah. Negara bukan Islam cukup terjaga kebersihannya, tapi kalau ke negara Islam, terutama Kepulauan Arab, cukup jelik dengan kekotorannya.” selorohnya cukup menggelikan hati, namun ada benarnya juga.
Ha! ini antara sebab kenapa minuman di puncak mahal.. bayangkan hamba Allah ini terpaksa mendaki dengan bawa 3 karton air tin sampai puncak.. memamng gila kuat dia ni...awang nak bawa 3 tin pun dah x larat..lagilah 3 karton..hahaha

Itu puncak yang kita berdiri tadi, tunjuk awang pada rakan yang sama mendaki..
Memang ada bezanya antara mendaki bukit di Malaysia dan bukit di Arab kerana laluan yang cukup getir.. di Malaysia treknya dipayungi dengan pokok-pokok yang besar so tidaklah terasa kepanasannya. di msia, banyak punca mata air yang boleh ditemui, di msia sukar untuk melihat betapa jauhnya kita dah melangkah, di msia tanahnya lembut, di msia, kita mungkin diserang nyamuk atau acat, sebaliknya mendaki bukit di Arab memang panas sebab x jumpa langsung pokok, batu keseluruhannya, di Arab, tiada punca mata air, so kena bawa banyak air botol, di arab kita boleh nampak view secara 360 darjah, dan boleh nampak di mana tempat permulaan kita mendaki, di arab kita diserang dengan debu pasir atau kala jengking..

apa pun perbezaannya, setiap tempat itu ada kelebihan dan kekurangannya. dan ada cabarannya yang tersendiri. Apapun Syukur Allah memberi peluang pada awang merasai nikmat mendaki di kedua tempat yang berbeza.. hanya satu lagi percubaan awang untuk mendaki pula bukit atau gunung bersalji.. nak rasa satu lagi pengalaman menarik.. semoga Allah memberi peluang untuk mendaki laluan bersalji pula aminn..

apa pun pendakian ini adalah yang paling terBAEK sekali dalam hidup kerana dapat merasai sendiri bagaimana rasanya perjalanan, keperitan, kepayahan baginda s.a.w. dan sahabat  dalam mengembangkan syiar Islam.

so kepada para Hikers yang mendabik dada kononnya sudah banyak mendaki bukit atau gunung di Malaysia atau di negara lain ... cubalah mendaki pula bukit atau gunung di jazirah Arab supaya dapat merasai sendiri denyut nadi keperitan para sahabat mengembangkan syiar Islam dahulu.. itu barulah Namanya awesome or Hebat,...hehehehe  

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.