Selasa, 23 September 2014

mY lEnSa 99 (miSi 30: BeRdiRi di bUmBunG duNia II)

eVenT         : KiNabaLu dAlam dAkaPaN
dAtE           : 11 & 12 mEi 2014
vEnuE         : GunuNg kiNaBaLu sAbAh
mEmbErs    : sYa MiLk & aIdiLi sAdo-sAdo

My sTorY

Menginap di Kinabalu Mountain Lodge Kundasang. Dari jalan besar kami terpaksa menapak untuk sampai ke Logde sejauh 1 kilometer dengan laluan naik dan turun bukit pastu naik lagi. Memang macam Harem.. tapi berbaloi gak sebab pemandangan dari lodge memang terbaek... 

Pekan Kundasang satu-satunya  pekan yang paling hampir dengan kaki Kinabalu dan tempat penginapan kami.  Memang awesome pekan ni sebab terletak di kaki gunung Kinabalu dengan pemandangan menarik, cuaca terbaik dan suasana ala-ala peKan koboi gitu. Lagi terbaek di pekan ini ada bangunan KFC dua tingkat yek.. kelazz kau jah.

Pintu masuk dari laluan Timpohon. Laluan ini dekat sikit berbanding laluan dari Mesilau. Sebelum mendaki jom kita amik gambar.

Sesi Briefing dari Rhino the Sauros sebelum mendaki ke puncak.

Setiap pendaki yang ingin ke puncak, mereka diwajibkan mendaftarkan nama di pintu masuk terlebih dahulu..

Okay Sya Milk, aidili, jom kita gerak.   Bismillahhirrahmaanirrahiim.  

Ini antara laluan yang akan ditempuh oleh pendaki. Laluannya tidaklah sukar kerana di beberapa tempat telah dibina dengan tangga.. cuma larat tak larat je lah nak mendaki..

Aik aidili, kata abg sado-sado, takkan dah penat kot… baru 2 kilo berjalan.. muka pon kelat semacam..hehehe

Antara pondok atau check point bagi melepaskan segala kepenatan yang menghimpit. Jangan takut, kalo nak tercirit atau terkincit, ada tandas disediakan. Bukan tu jer, nak refill air pon boleh.. cuma air tu tak terjamin lah kebersihannya..

“There are no strangers on the mountain, only friends to be met” itu yang seronoknya mendaki sebab kita akan jumpa ramai lagi pendaki lain yang peramah. So secara tak langsung banyak benda boleh kita kongsi dan pelajari.

Nampak tak betapa besaunya beg awang. Adalah dalam enam kilo gitu beratnya. Boleh jer kalo tak larat, nak upah porter angkut. Tapi memang tak dapatlah feel mendaki..hehehe. Tongkat pun sangat penting kalo nak mendaki sebab ia akan banyak membantu terutama kalo injured.

Biar gambar yang berbicara. So sesapa yang rasa nak kena dakwa tryla daki..

Ada lebih kurang 2km lagi nak sampai ke laban rata, so apa lagi jom bergambar dulu..

Cuaca di sini menurut kata Rhino sentiasa berubah, sekejap panas, sekejap hujan. So bagi para pendaki dinasihatkan sediakan payung atau baju hujan sebelum hujan turun. Baju hujan kalo boleh cari yang nipis jer macam plastik..lebih memudahkan katanya. 

Ha kan dah cakap tadi..jumpa gak hujan, bukan renyai, tapi lebat kot. So mahu atau tidak terpaksa gak mendaki dalam hujan... yang paling buatkan tidak selesa bila stokin basah n kasut banjir..Memang terbaek


Yehhh.. simpang tiga antara Timpohon gate, mesilau gate n laluan ke puncak gunung.

Antara Flora dan Fauna yang sempat diambil gambarnya.. yang lain-lain tak dapat amik sebab redah hujan cemana nak snap a pics.. so sad... ini jerlah yang dapat diambil..

Ini antara porter yang sesama mendaki dengan kami. Tapi barang yang dia pikul tu bukan barang kami yek. Pada perkiraan awang adalah dalam 40 kilo gitu berat yang dibawa. Memang gila hebat dorang ni. Agaknya makan catuaba kot. Satu yang awang perasan cara dorang mendaki, dorang ni berjalan dan daki hanya tunduk kepala tak pandang atas atau depan pon. Maybe ini caranya mendaki kot.. so mental tak terkesan dengan ketinggian.

Alhamdulillah, akhirnya destinasi yang di tuju, dah tiba. Yeah Laban rata dan gunting Lagadan. Xtualy dikawasan ini ada beberapa lagi nama pondok penginapan, cuma awang tak ingat nama-nama pondok tu. Cuma yang famous dua tu la…pondok tempat kami berteduh pun awang tak ingat.. huhu apala awang ni...

Punyala kelaparan si aidili, sampai nak tersembul biji mata makan roti... chill aidili, chill...hahaha
sumpah! time ni memang gila-gila penat punya.. betol-betol dah hilang tenaga..huhuhu

Suasana di dalam kafe Laban Rata...nampak sempoikan.

Jom kita layan gambar-gambar kes-kes kecemasan yang pernah berlaku sebelum ini... macam ni lah jadinya kalo tak tau nak jaga keselamatan.. memang haru biru.

Suhu di sini mencecah kurang 5 darjah celcius, so bagi yang tidak memakai pakaian tebal, anda sememangnya memerlukan pelukan dari seseorang ..

Amacam!! Memang terbaek!!! berlatar belakang kan track ke puncak gunung... 

Pukul 2 pagi… bersiap sedia untuk ke puncak Kinabalu.. serius time ni memang berdebar dan macam-macam perkara muncul dalam fikiran.. uuhhh boleh ke aku sampai puncak??? Itu persoalannya.. 

Dan dek kerana duk berdebor-debor tu lah, awang hanya mampu sarapan sekeping roti dan sedikit nasi goreng untuk mengalas perut dan membekal tenaga...  Bukan apa, takot nanti tercirit, satu hal pulak nak cari tandas dalam cuaca sejuk ni. Mau beku punggong awang dibuatnya.. huhuhu


Sebelum ke puncak, pendaki akan diberikan taklimat tentang track yang akan dilalui..Sebabnya, ada satu tempat yang memerlukan pendaki untuk mendaki menggunakan tali.. Woo bila dengar jer dorang cakap macam tu, sumpah awang lagi kecut perut...

Topeng muka, glove, dan snow cap sangat-sangat diperlukan saat ini.. dia punya sejuk tak boleh nak cakap. Boleh kering bibir, silap haribulan gangrene kot..hahaha,. kematu dibuatnya.. lampu suluh juga wajib, kang tak memasal masuk gaung dek kerana silap menapak sebab tak nampak jalan... Okay kalo semua dah siap siaga, apalagi jom kita gerak..

Dengan cuaca yang sejuk dan udara yang semakin menipis, apa yang perlu dilakukan adalah berjalan dengan langkah yang steady dan stabil. bernafas dengan perlahan dan bertenang..paling penting dengar arahan guide dan mind ur step..

Ha! Sampai pon tempat yang dimaksudkan setelah hampir sejam berjalan. Sila berhati-hati melangkah..laluannya cukup mencabar, terutama dalam gelap..

Nampak tak macam mana nak daki.. dengan keadaan gelap macam ni, tah apa la yang menanti kiri kanan agaknya yek.. Tawakkal jelah... paling penting tali perlu dipegang sebaik mungkin..

Sumpah,. ini antara laluan yang cukup menggetirkan.. Dengan kandungan udara yang semakin menipis, ditambah lagi dengan tiupan angin kuat yang sesekali datang menyapa, cukup menyesakkan mental dan membuatkan tubuh menggigil kesejukan.. apatah lagi dengan kaki yang semakin lemah mendaki dan terus mendaki.. di sinilah sebenarnya cabaran yang paling besar terpaksa awang hadapi.. ketika ini kita berada di ketinggian hampir 4 ribu meter dari aras laut.. 

Beginilah laluannya... nampak tak puncak gunung tu... jauh lagi kot nak sampai.. so bagi sesapa yang ingin mendaki kinabalu pastikan anda benar-benar membuat persediaan yang rapi.. pastikan stamina cukup, sebabnya di laluan inilah ramai yang tertewas.. tak larat katanya.. yang paling penting hati kenalah cekal n kuatkan semangat macam awang..

Pondok sayat-sayat adalah pondok terakhir sebelum sampai ke puncak. Di sini pendaki perlu melaporkan diri sebelum meneruskan perjalanan ke puncak dan ketika nak turun.. gambar diambil selepas 7.30 pagi ketika nak turun bawah.. 

pondok sayat-sayat berdiri megah di lereng gunung.. 

Berdiri di ketinggian 4008 meter setelah berjalan sejauh 8.5 kilometer.. sikit lagi nak sampai puncak.

YAAAAHHHOOOOOO.... 
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga berdiri di puncak kinabalu.. ini satu pencapaian yang sangat besar dalam hidup awang, setelah 5 bulan merancang..

Standing in the eyes of the World 
Maha Suci Allah, pemandangannya sangat-sangat menakjubkan

Berdiri di bumbung dunia adalah titik permulaan untuk awang terbang lebih jauh selepas ini.. Insya'Allah dengan izin Nya.

Selfie berlatar belakangkan puncak tertinggi kinabalu..

Selfie berlatarbelakangkan hamparan bumi sabah.. TERbaEklah

Semua pendaki hanya dibenarkan berada di puncak sehingga jam 7.30 pagi.. 

Berehat sebentar di lereng gunung sementara menanti giliran untuk turun.. 

Mencabar tak laluannya? Jom layan gambar di bawah

TERbaeK...

Subhanallah... menakjubkan ciptaan Mu Allah


Malam ketika mendaki, memanglah tak nampak laluan, so tak lah seriau.. 
Ha! dah siang, macam ginilah laluannya... seriau dan menakutkan.. silap langkah jatuh ke bawah..huhuhu

Ini antara laluan kami.. malam mendaki tak nampak.. siang nak turun baru nampak..

YAAAHOOOO sekali lagi..
Alhamdulillah syukur, akhirnya jam 4.30 petang selepas 6 jam menempuh perjalanan turun, kami berdua sampai kembali di pintu masuk... 

okay kena sign dulu bagi mengesahkan kami dah check out dari kawasan gunung.

Pekena Mee Maggi seusai sampai di bawah, sementara menunggu van yang akan membawa kami ke taman negara kinabalu untuk mengambil sijil yang membuktikan kami sudah berjaya menawan puncak kinabalu dan seterusnya kota kinabalu..

Setiap pendaki, mereka akan diberikan tag nama dan no siri masing-masing. Tag ini sangat penting sebabnya ketika di pondok sayat-sayat, anda perlu menunjukkan tag ini bagi membolehkan anda meneruskan pendakian menuju ke puncak. Tag ini juga menjadi bukti bahawa anda memang telah mendaftar untuk mendaki Kinabalu. 
apa pun, misi berdiri dibumbung dunia  tidak akan berakhir di sini kerana inilah langkah awal kami untuk menawan banyak lagi gunung selepas ini.. Insya'Allah hanya dengan izin dari Nya..

Isnin, 22 September 2014

mY lEnSa 98 (miSi 3o: BerdiRi di BumBunG duNia I)

eVeNt         : KinaBaLu daLaM DakaPan
dAtE           : 11 & 12 mEi 2014
vEnuE         : GununG KinAbALu saBah
mEmbErS   : sYa MiLk & aIdiLi SaDo-SaDo


My sTorY

Berdiri di ketinggian 4092 meter dari aras laut adalah satu pengalaman indah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Ketinggian ini hampir menyamai ketinggian sembilan kali KLCC yang disusun secara bertingkat.

Melihat gumpalan awanan putih yang berkepul-kepul di langit biru, membuatkan awang seakan terlupa seketika pada kaki yang sedang menjejak daratan. Terasa tubuh ini begitu ringan seperti kapas yang berterbangan di udara. Jika ditanya apakah perasaan awang, sudah tentu jawapannya adalah sangat memuaskan. 

Puas kerana impian untuk berdiri di puncak tertinggi Malaysia dan kelima Asia Tenggara, akhirnya menjadi kenyataan. Puas kerana segala kesusahan sepanjang pendakian, berbayar dengan berdiri di puncak menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan.

Syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan ini melihat kebesaran Allah. Kelihatan jelas di hadapan mata hamparan bumi ini dipasakkan dengan gunung-ganang nan indah berdiri teguh. Sememangnya benar sekali firman Allah dalam surah an-Naba’ ayat enam dan tujuh, “bukankah kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan. Dan gunung-ganang sebagai pasak?”

Kinabalu yang dari kejauhan menyiratkan panorama yang indah. Kinabalu yang dari kejauhan selalu menjadi objek foto dan lukisan spektakular. Kinabalu yang dari kejauhan hanya mampu dilihat dari hamparan sekeping matawang satu ringgit. Dan Kinabalu yang dari kejauhan hanya mampu dipandang dengan sepasang mata, kini tiada lagi kejauhan tetapi berada terus dalam dakapan.

Cabaran Mendaki
Pendakian ke puncak bukanlah satu perjalanan yang mudah, apatah lagi membawa bebanan seberat hampir lapan kilogram di bahu. Sekalipun trek untuk mendaki diselenggara dengan baik, namun keazaman dan stamina yang kuat perlu bagi mendorong kaki terus melangkah. Cabarannya bukan hanya pada trek pendakian yang jauh, licin atau bebanan di bahu sahaja, tetapi cuaca yang berubah-ubah juga memberi cabaran tersendiri. Walaubagaimanapun, setiap hampir satu kilometer terdapat pondok check point bagi memberi kemudahan kepada pendaki melepaskan lelah.

Di setiap check point ini, pendaki boleh mengisi air minuman dan membuang hajat kerana di sini juga turut disediakan tandas. Ada lebih tujuh check point yang boleh ditemui sepanjang laluan dari pintu masuk Timpohon, (tidak termasuk laluan dari pintu masuk Mesilau)

Untuk perjalanan ini, awang bersama dua lagi rakan pendaki tegar memilih untuk memulakannya dari pintu masuk Timpohon, kerana lebih singkat berbanding Mesilau. Perjalanan kami juga dikawal selia oleh seorang mountain guide dari suku tidung bernama Rhino, bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Dan itu juga menjadi syarat bagi setiap pendaki sekalipun secara berindividu.

Kami bergerak seawal jam 8.30 pagi dari pintu masuk menuju ke Laban Rata. Di sini pendaki akan bermalam di pondok penginapan untuk melepaskan lelah, sementara menunggu jam 2.30 pagi. Ini kerana perjalanan ke puncak hanya akan bermula pada waktu tersebut.

Sepanjang perjalanan menuju ke Laban Rata, kicauan unggas dan cengkerik hutan yang saling bersahutan menjadi melodi indah bagi kami. Bukan itu sahaja, kami turut ditemani juga dengan tupai-tupai jinak, disamping berbagai jenis tumbuhan flora yang terhidang di depan mata.

Sememangnya bagi pendamba keindahan alam, tidak akan terasa jauh dan penatnya mendaki. Kecantikan bunga-bungaan dan pepohonan hijau diselimuti lumut berbagai jenis seperti di dalam filem “Lord of the Ring” sudah cukup untuk melekakan minda mentafsir erti penat. Ditambah lagi dengan suasana sekitar yang dingin segar, cukup membuatkan pendaki begitu asyik dan teruja.

Laban Rata
Jam 3.30 petang kami sampai di Laban Rata setelah mengharung hujan yang lebat sepanjang tujuh jam pendakian. Sejuknya jangan cakap, memang terasa hingga ke tulang. Apa yang ada dalam kepala tidak lain hanya memikirkan katil dan selimut sahaja. Bab lain tolak tepi.

Di Laban Rata terdapat lebih kurang enam pondok penginapan yang boleh memuatkan hampir 200 orang dalam satu-satu masa. Pondok kami pula tidaklah sebesar mana, hanya cukup untuk sepuluh hingga dua belas orang sahaja. Namun malangnya di pondok ini, heater mengalami kerosakan. Mahu atau tidak, terpaksalah kami mandi dan beristinjak dengan air yang sejuk seperti ais dalam cuaca sedingin 10 darjah celcius. Tidakkah haru dibuatnya. Hampir membeku seluruh tubuh.

Laluan Ke Puncak
Pagi itu sebelum memulakan pendakian, kami diberikan penerangan apa yang perlu dilakukan. Arahan dari mountain guide sangat penting kerana laluannya tidaklah semudah ketika menuju ke Laban Rata.

Sepanjang seribu meter pendakian, laluannya memang agak mudah kerana hanya perlu mendaki tangga-tangga kayu buatan. Namun, sesudah kilometer yang ketujuh, pendakian kami semakin mencabar kerana perlu berpaut pada tali sejauh 400 meter di laluan curam dan berbatu.

Apa yang perlu dilakukan hanya berjalan dengan berhati-hati. Gerun dan berdebar juga dibuatnya. Manakan tidak, keadaan alam yang gelap gelita hanya berpandukan lampu suluh ditangan, sekali silap langkah, “dum” terus ke bawah jawabnya. 

Jam 6.30 pagi, akhirnya kami sampai di pondok terakhir iaitu Sayat-sayat check point di ketinggian hampir empat ribu meter.  Di sini pendaki perlu mendaftarkan diri bagi menentukan adakah mereka berjaya memperoleh sijil berwarna atau hitam putih. Bagi yang sampai ke puncak, sijil berwarna akan diberikan. Sebaliknya bagi yang gagal hanya sijil hitam putih yang akan di bawa pulang.

Semakin menuju ke puncak, keadaan udaranya semakin menipis dengan suhu yang sejuk mencapai enam darjah celcius. Cukup membuatkan penulis menggigil kesejukan, terutama ketika datang tiupan angin. Di ketinggian empat ribu meter dari aras laut ini juga pendaki perlu berhati-hati kerana “acute mountain sickness” (AMS) boleh menyerang bila-bila masa sahaja.

Awang juga tidak terlepas mengharungi detik yang sukar di sini kerana mengalami simptom AMS iaitu pening, loya dan sukar bernafas. Sarung tangan yang dipakai dua lapis juga masih tidak mampu menghangatkan hujung jari jemari. Ketika inilah ada kalangan pendaki lain yang memberikan tip agar awang bernafas dan melangkah dengan perlahan, agar tubuh dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Situasi ini membuatkan awang teringat pepatah Inggeris yang berbunyi, ““There are no strangers on the mountain, only friends to be met”

Tebing Curam
Sejam di puncak menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa, tiba masa untuk turun. Perjalanan turun bukanlah satu perjalanan yang mudah, kerana di sinilah mental kami betul-betul teruji.

Manakan tidak, sewaktu mendaki keadaan ketika itu gelap gelita dan pandangan kami hanya tertumpu pada tali sahaja. Sebaliknya ketika turun, minda seakan tidak percaya, bagaimana kami mampu mendaki, sedangkan laluannya begitu curam. Bagi mereka yang gayat dan fobia dengan ketinggian sudah tentu mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke bawah, kerana terpaksa berperang dengan ketakutan. Walaupun segalanya tampak sukar, syukur Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga ke bawah dengan selamat.

"Kinabalu! Akhirnya dapat juga aku takluk puncakmu. Memang TERBAEK, TERBAEK, dan TERBAEK"


Rabu, 17 September 2014

mY lEnSa 97 (Kisah SeoRang GenG BaGo Go)






Sekadar gambar hiasan...tak boleh bagi gambar dia yang sebenar..boleh di saman katanya..

My sTorY

Sebulan Yang lalu….

Sapa kata aku pengecut? Cakap! “ You Think I Can’t Live without Coffee? I’ll prove it” getusnya geram.

Hati kegadisannya yang penuh dengan sifat sopan dan keayuan asli melayu, yang selama ini ditatang dan dijaga seperti si anak kecil yang baru lahir, yang suci seperti gadis sunti tidak pernah disentuh lelaki, terasa bagai direntap-rentap, dikepal-kepal dan diramas-ramas tatkala membaca bait-bait cabaran di skrin i-phone untuk tidak mengambil kopi selama sebulan.

Cabaran yang dia dapat atas keterlanjurannya sendiri. Mana taknya, dia jujur menyatakan keazaman untuk tidak menyentuh kopi selama seminggu. Namun kejujurannya mendatangkan satu malapetaka besar apabila dicabar pula selama sebulan.


Cabaran yang dia dapat dari seorang cenonit yang seringkali menjengkelkannya. Nasiblah si cenonit tu lebih tua darinya, kalo tidak! Mahu saja dia kepal-kepal dan buang dalam tong sampah, sama seperti surat-surat cinta yang lalu. Ah malas dia nak kenang balik, semuanya dah tinggal sejarah.

Ada sekali, si cenonit ni buat dia rasa bengang bila dipanggil pelik. Pada si cenonit, orang yang makan lemang cecah dengan susu, pelik. orang yang suka tengok katun boboiboy di usia yang lewat senja pelik. Orang yang stress tak dapat kopi pelik. orang yang sanggup buat apa saja demi kopi pun pelik.

“Eh! Apa yang peliknya?” Dia yang pelik.”

“Ahhh!...Peduli apa aku kalau dia nak kata aku pelik ke, ganjil ke, atau alien dari planer zargus sekalipun, ada aku kesah, Aku langsung tak ambik port, okay! Biar tak dapat choki, Den Dang atau Tora, semua tu aku tak heran, semua tu aku tak pandang, yang penting aku dapat kopi, kopi, kopi”.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kini…..

Sebulan sudah berlalu. Segala jerit perih dan kesengsaraan yang ditanggung selama itu hilang terbang bagai ditiup angin tatkala rasa pahit menjamah dua bibirnya yang agak kusam. Pucat dek kerana lama sudah tidak merasa kehangatan dan kepahitan rasa kopi asli.

Ibarat ikan yang baru mendapat air setelah lama mengeletik di atas darat, begitulah perasaannya apabila rasa kopi membasahi segenap ruang inci tekaknya. Apalagi yang mampu dikata melainkan desahan kecil, seusai kopi melalui ruang halkum menuju ke perutnya yang sedikit berisi.

 “aaahhhhhhh… aaahhhhhh…errmmm..enaknyaa, Alhamdulillah” 

Nafasnya turut turun dan naik dengan kencang bagai berlari 100m gamaknya, tatkala cecair hangat dan pekat hitam melalui tenggoroknya. Hidungnya sedikit tak berapa nak mancung kembang kempis menghirup bau harum kopi yang cukup dirinduinya.

Sungguh memang dia langsung tak duga, akhirnya berjaya juga dia menghabiskan cabaran sebulan tanpa kopi. Sebulan yang baginya seperti neraka dunia. Sebulan yang membuatkan tidurnya sentiasa diselimuti mimpi-mimpi ngeri. Yang dia terpaksa hadapi semata-mata untuk tidak digelar sang pengecut.

Dan sekarang terbukti sudah, dia berjaya. Ya! Dia sudah berjaya dengan jayanya.

“Yeah! Terbaeklah!” 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah di atas adalah kisah seorang geng awang yang suka sangat minum kopi. Pantang tengok dan bau kopi, boleh jadi sasau sepanjang hari kalo tak dapat rasa hirup. Awang tak pernah anggap dia seorang pelik sekalipun dia memang kelihatan agak pelik. Satu yang paling respek, bila dia sudah stop minum kopi Mcd dan starbuck sebab menyahut panggilan boikot walopon itu memang feveret dia. Tak tau la selama mana dia nak boikot.. hehehe..

Ada sekali dia belanja awang minum kopi mcD, memang sedap pon rasa nya.. tapi jujur lepas minum kopi tu memang awang jadi ting tong. Sepanjang hari kepala awang sakit, berdenyut-denyut rasanya.  So dia punya kesimpulan awing memang tak boleh lawan dia dalam bab ni…huhu

Bagi sesetengah orang, kopi adalah satu rawatan terapi diri yang paling hebat. Walaupun dalam kopi tiada unsur nikotin, namun kopi mampu mempengaruhi keadaan diri seseorang. Buktinya my geng ni.

Well apa yang tertulis di blog ini hanya sekadar satu sisipan writeup khas didedikasikan untuk geng awang miss Bago go sebagai ganjaran kerana dapat sempurnakan cabaran awang. Ada 1001 kisah menarik yang melingkari diri dia, namun hanya sedikit ini sahaja yang awang nak sisipkan. Mana tau lepas ni dah tak jumpa dia lagi, so bila baca balik sisipan ni, pasti akan mengembalikan memori-memori yang pelik tentang dia.. ahakz.

So Bago go, Well Done dan tahniah yek kerana anda memang bukan seorang pengecut, dan anda sudah pun membuktikannya..     

Sabtu, 13 September 2014

mY lEnSa 96 ( uR aTtiTuDe ! maCam HaReeM )

EvEnT       : Kasi BuanG baDi bAnGau
dAtE          : o7 & o8 JuN 2014
vEnuE        : RuMah RaKit Wak SemPoh baGaN LaLanG
mEmbErs  : BoY JumBo, miNGGo SuaM, SePul KetaQ & MinGgo puNya aDiK

My sTorY

Deruman enjin mazda 2 dan kancil 850 meninggalkan Bandar Baru Bangi dari Opis UKSB menuju ke Bagan Lalang cukup sempoi di bakar hangat mentari pagi. Perjalanan pagi ini merupakan satu misi besar bagi kami berlima untuk menajamkan kembali skill memancing yang sudah semakin tumpul. Mana taknya  tumpul, hampir 8 bulan juga tidak memancing dek bizi mengejar tugasan.

 Untuk trip ini, kami memilih rumah rakit wak sempoh Bagan Lalang untuk membuang segala badi kebangauan kami dalam arena pemancingan. Kata orang kat rumah rakit ni lah tempat yang paling sesuai sekali sebab kat sini banyak ikan.

Boy Jumbo paling semangat, sebab kalo sebelum ini punya trip dialah yang paling lambat bangun, tapi trip ini dia nampaknya orang paling awal sekali, myb tak tido satu malam perasap batang pancing atau rendam diri dalam air bunga nak buang jin-jin bangau…hiii… 

Dari Jeti menuju ke rumah rakit hanya mengambil masa kurang 15 minit atau kurang lagi. Tak jauh mana pun tempatnya.

 Rumah Rakit Wak Sempoh, baru didirikan kalo awang tak silap, sebab fasiliti yang ada cukup selesa. Ada dua bilik, dengan harga bayaran yang berbeza. Dapur untuk memasak, dan tandas. Bilik pertama agak besar dilengkapi 2 katil 2 tingkat dan satu kipas, manakala satu bilik lagi ada 1 katil 2 tingkat dengan kipas..so bagi  Sesapa yang ada perancangan nak buat staff day atau party bestday, dan tak tau mana port yang best, awang sajest buat di sini.. memang terbaik. Tapi kalo nak berbulan madu, ermmm lupakan jer kot, langsung tak sesuai derrr…

Keadaan air sungai di sini juga cantik dan bersih serta nampak kehijauannya, taklah macam rumah rakit di Klang yang pernah awang pergi. Penuh dengan sampah sarap yang terapung dan keadaan air sungainya yang kotor dan hitam. Pendek kata cukup selesa bagi awang yang begitu mementingkan aspek kebersihan.  

 Beginilah keadaan bilik kami... dah macam hotel...satu yang awang cukup suka sebab dia sediakan sejadah, senang orang nak solat. Cuma kurangnya dia tak sediakan arah kiblat..huhuhu

 Keadaan Dapur Yang bersih dan selesa... apalagi masak meggi la..

 Kami memancing dengan pakej 2 hari satu malam, dari pukul doblas tengah hari sampai 12 tengahhari esoknya.. Untuk trip ini nampaknya semua taklah bangau sebab semua dapat ikan termasuk awang yang dapat menaikkan ikan lebih awal dari minggo suam...apalagi, bila dia nampak awang dapat ikan dulu, mencarut dan memaki la kejenya dek kerana tak berpuas hati.. hahaha… puas rasanya bila dapat kalahkan dia sekalipun badi bangau masih tak hilang, then, lepas tu awang langsung tak dapat ikan sampai balik sok nya.. hampeh.. duk gelakkan orang lagi, terima dah balasa..

Malamnya minggo suam dengan sepul ketaq plak yang punya luck… kejap-kejap ikan naik tapi yang banyak naik tu ikan mat sirat.. nak buat apa kan, buang jelah bukan boleh makan… selain mat sirat dorang turut juga menaikkan ikan duri.. ha yang ni tak leh buang, sbb leh makan…
Boy Jumbo pun nampaknya tak banyak dapat ikan tapi kira okaylah kan..  ada lagi dua tiga spesis ikan yang naik tapi awang tak berapa tau ikan apa.. yang awang tau cuma mancing nak dapat ikan jer..hehehe.. so inilah hasil tangkapan kami di sini.. Boleh tahanlah...

Ha! esoknya masa nak balik barulah kami tau kenapa kami kurang dapat ikan, rupanya ada tokey cina yang pasang jaring di sekeliling rumah rakit tu.. patutlah ikan tak banyak.. Rupanya cina punya kerja.. memang dasar cina punya cina.. perangai macam hareem… Grrrr....

 Ada satu benda yang penting awang nak mention di sini terutama bagi kaki pancing yang suka memancing di rumah rakit atau kelong.. TOLONGlah jaga kebersihan, jangan buang sampah plastik makanan anda merata-rata atau buang di sungai.. Ini mencemarkan alam semulajadi.. 

Sikap yang sangat JELIK dan buruk ok....
Ini masalah yang selalu awang perhatikan tatkala pergi memancing. Bagi awang pemancing-pemancing yang begini taraf dia sama seperti sampah. Busuk, kotor dan tak der nilai dalam masyarakat.

Satu lagi, apabila guna fasiliti yang disediakan, pastikan guna dengan baik dan berhemah, sebab ada orang lain lagi yang nak guna fasiliti tersebut. Ini tidak! Dia buat macam harta sendiri pulak. Ada satu group keluarga masa memancing kat rumah rakit ni yang buat perkara tak senonoh dan pengotor.. Boleh ke dia buang air besar dalam tandas tapi tak simbah. Berketul-ketul taik dia yang bau busuk tu. Kalo org putih kata tak FLUSh…

 GRRRRRR memang menyirap betol awang.. Taulah dalam tandas tu air bersih yang disediakan dah habis, tapi tak kan lah tak boleh amik air sungai tuk simbah…bukannya ko duk kat tengah padang pasir.. tapi duk tengah sungai kot..so stupid dan TEROK betulla dorang ni.. 
Ur Atittude! Macam Hareem..

Apapon Trip ini terbaEk sebab awang dapat ikan... 

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.