Ahad, 17 Mei 2015

mY lEnSa 104 (miSi 3o : Sudah Terang Lagi Ber BuluH PerutNya)


EveNt       : MeMbuRu KuTu
dAte          : 18 JanuAri 2015
VenuE      : BuKit Kutu Kuala KuBu Baru
mEmbErs : sYa MilK, AiDiLi sAd0-sAd0, aSri sUareZ, DauS p0y0, LanDaq KerIng, SyEd


My sTorY

Bukit Kutu Kuala Kubu Baru bukanlah bertaraf bukit sebagaimana gelarnya, tetapi selayak dan sehebat cabarannya bertaraf gunung.

Untuk pendakian kali ini, awang bersama majin dectar terpaksa bergerak seawal tengah malam menuju ke Pekan Kuala Kubu Baru dengan rancangannya tidur di RnR atau dalam kereta. Sebab utamanya kerana kami tidak mahu lewat mendaki jika bergerak terus dari bangi pada waktu pagi.

So pendekkan cerita kami terpaksa tidur di masjid pekan Kuala Kubu Baru, itupun kerana tidak mampu lena di dalam kereta dek gangguan bunyi kenderaan dan serangan Nyamuk.

Seusai solat subuh dan bersarapan, perjalanan diteruskan dengan mencari pintu masuk ke kaki gunung berpandukan signboard Kampung Orang asli Pertak. mudah sahaja ke kampung ini, jika dari pekan Kuala Kubu Baru, teruskan perjalanan ke bukit Fraser. Dalam kurang setengah jam perjalanan, akan jumpa empangan di sebelah kiri. Lepas jambatan sedikit, akan jumpa signboard belah kanan sebagaimana gambar dibawah. masuk dan teruskan perjalanan hingga hujung.  

Tanda Arah menuju ke Kampung Orang Asli Pertak. 

sepanjang perjalanan dapat dilihat rumah-rumah orang Asli 

teruskan perjalanan hingga jumpa kereta yang dipaking banyak-banyak. itu tanda dah sampai. beginilah keadaan paking kereta di sini. agak terhad.

So kalo dah paking keta, pe lagi siap-siap semua, jom kita gerak. 

Semangat majins dectar berkobar-kobar nak tawan puncak katanya. jambatan pertama yang akan diseberangi.

awal laluan nampak cantik tapi.... 

di bukit kutu ini bukan sahaja terdapat gunung untuk di daki, bahkan ada juga sungai untuk beriadah. Airnya memang superb jernih, bersih dan yang penting giler sejuk ..grrrr

Jambatan kedua selepas berjalan dalam 20 minit. jambatan ini agak terlindung dengan semak samun. Kami pun dah hampir tersesat, mujur ada uncle Cina yang bagi tau. kalo tak memang jahanam.. "Tank Q uncle, u punya anak banyak comel le..hiii"

Hati-hati melangkah..

Sungai ketiga tidak ada jambatan. So terpaksa la redah...huhuhu. 

Terdapat dua cabang laluan so amik kanan jangan ke kiri yek...

Trek laluan menuju ke puncak.

Redah lagi anak sungai. kalo tak silap awang, ini sumber air yang terakhir, pasni tak jumpa dah.. 

Check Point Kedua

Gunung Bukit Kutu sememangnya antara gunung yang unik pada awang kerana di Gunung ini banyak terdapat pokok-pokok Buluh. Boleh kata ini hutan buluh. So kalo nak cari buluh untuk Meriam memang banyak stok lee..

laluan untuk ke puncak juga agak tidak terjaga kerana di penuhi pokok-pokok buluh yang tumbang. so kena hati-hati lah yek..

Antara cabaran gunung ini ialah terpaksa merangkak di beberapa lokasi.

Lagi bertambah uniknya gunung ini kerana terdapat batu-batu besar gabak sebelum tiba ke puncak. wuiioo. kagum sekejap awang... 

Alhamdulillah, setelah hampir 4 jam mendaki, sampai pon ke puncak. 

Puncak Bukit Kutu. Sebenarnya bagi yang fit dan bertenaga tahap cipan jantan, 2 atau 3 jam dah boleh sampai puncak. tapi memandangkan kudrat kami hanya kudrat manusia biasa maka tempoh masa 4 jam adalah tempoh masa yang ideal katanya.

Puncak gunung bukit kutu sedikit berbeza dengan puncak gunung-gunung yang ada di semenanjung kerana puncaknya terdiri dari batu-batu besar yang hampir sama seperti puncak gunung Dato di negeri Sembilan. 

Bagi pendaki yang ingin berdiri di puncak batu, disaran mengambil langkah yang cukup berhati-hati terutama ketika angin kuat melanda. kalo jatuh memang tiada harapan nak hidup. tangga yang disediakan juga agak curam. so make sure mind ur step..

Each one of Us has our own eVolution oF life, and each one Of uS goes through diffrent tests which are unique and challenging. 
But certain things are common. And we do learn things from aech others exPerience. On a spiritual journey, we All have the same destination..

Menurut kisahnya, di gunung ini dahulu ada sebuah keluarga british yang tinggal di sini, kerana itu terdapat tapak bekas rumah banglo lama yang hampir runtuh di sini. apa terjadi pada keluarga tersebut tidaklah diketahui. 
Bergambar berlatar belakangkan cerobong asap. terbaek boh..

air sungai kat sini sejuk woo.. so kalo tak mau mendaki bolehlah camping di sini.

Alhamdulillah, akhirnya jam 6 petang awang n the majins berjaya turun di kaki gunung. sememangnya pendakian di gunung ini cukup mencabar, bukan sahaja laluan treknya yang panjang dan dipenuhi pokok-pokok buluh hingga menutup jalan, tetapi cabaran yang paling  syahdu sebab tetiba perut awang meragam dek penangan mee hoon goreng. Sudahnya terpaksa lah awang cari port tersembunyi..
"memang hawau la lu landaqs..tak pernah-pernah gwe punya perut meragam sepanjang daki gunung, tapi sebab lu ikot trip, perut gwe terkejut biawak jadinya"

apa pon trip ni memang TOerbAekk sesangat. Kipidap   

Sabtu, 11 April 2015

mY lEnSa 103 (AceH keMbali beRgEGar)

eVent          : 10 TaHun paSCa tSunaMi
dAtE           : 23 - 29 diSEmbEr 2014
vEnuE        : KePuLauAn acHeh IndonEsia
mEmbErs  : MeK sU, aRe mIr, Wan Tb9 & BaK tB9


My sTorY

Satu dekad telah berlalu. Aceh yang dahulunya hancur dalam masa 10 minit dikisar badai tsunami, kini sudah mampu kembali tersenyum berdiri megah dalam tempoh 10 tahun. Provinsi Aceh mengundang detak kagum bagi sesiapa sahaja yang berdiri di atas jasadnya.

Secara fizikal, kawasan di hujung Sumatera ini bahkan lebih dari pulih seperti sediakala. Rumah penduduk dibangun lebih banyak daripada jumlah yang hancur akibat bencana. Jalan-jalan raya bertar teratur indah menghubungkan setiap kawasan dan penempatan penduduk.

Bergambar di Laman Masjid Baitul Rahman bersama photoghrafer UKSB dan TV9 dan wartawan TV9

Sekolah, hospital, bangunan-bangunan kedai, pejabat dan masjid-masjid berdiri megah membuktikan rakyat Aceh telah bangkit dari lumpuh. Dana sumbangan Rp 70 triliun dari berbagai belahan pelosok bumi digunakan dengan sebaiknya.

Begitulah keadaan Aceh ketika ini saat awang menjejak kaki meneroka bumi bertuah pilihan Tuhan Rab al-Jalil yang menunjukkan kuasa Nya.  

Alhamdulillah semuanya berlaku atas kehendak Nya. Seminggu di sini atas tanggungjawab yang telah diamanahkan telah memberi ruang dan peluang awang menyaksikan sendiri kesan-kesan tsunami yang melanda Aceh seusai 10 tahun berlalu.

Sememangnya penduduk Aceh sangat kuat dan tabah dalam mengharung nikmat dan ujian Allah ini, sehinggakan jika anda ke sini, seolah-olah tidak akan percaya aceh pernah dihentam tsunami yang impaknya lebih hebat dari bom atom yang melanda Nagasaki dan Hiroshima satu waktu dahulu. Perubahannya cukup ketara.  

Keadaan Kapal nelayan yang terdampar di atas salah sebuah rumah di kampung Lampulo. Menariknya, malam sebelum tsunami melanda, pemilik kapal sedang tidur dalam kapal di atas air laut, sedar pada waktu paginya kapalnya sudah berada di atas bumbung rumah.

Kawasan ini telah dibeli oleh kerajaan untuk dijadikan tugu peringatan dan tarikan pelancong. Ada kisah mistik disebalik pemilik rumah ini sebelum berlaku tsunami, tapi nak berkongsi di sini memerlukan ruang yang panjang.

Keadaan dalam rumah di tingkat dua. di sini anda dapat saksikan gambar-gambar sewaktu kejadian tsunami melanda.

Salah sebuah kapal besar yang terdampar beberapa kilometer di kawasan bandar ketika tsunami melanda. Bayangkan betapa hebatnya ombak tsunami hingga mampu menolak kapal PLTD seberat 2 600 tan ke daratan. Subhanallah

Kini kapal tersebut menjadi objek pelancongan bagi pengunjung yang datang ke Acheh. dan menurut katanya kapal ini juga akan dijadikan muzium.

Awang sempat bergambar berlatarbelakangkan pasar aceh yang terletak di bahagian luar masjid Baitul Rahman. nak shoping telekung aceh, di sinilah tempatnya. 

Pemandangan di sekitar pasar Lampulo waktu senja.

rumah tradisional Aceh terletak berhampiran makam Iskandar Muda. Pengunjung hanya boleh melawat disekitar kawasan namun tidak dibenarkan untuk naik atas.

Kawasan perumahan penduduk yang telah dibangunkan kembali pasca tsunami. Gambar di ambil dari atas kapal PLTD. Boleh disaksikan betapa jauhnya kapal tersebut berlabuh dari laut.

Salah sebuah kawasan yang dulunya teruk dilanda tsunami. Kini selepas 10 tahun kembali membangun.

Inilah perkampungan turki. Dinamakan Turki sempena bantuan yang diberikan negara tersebut dalam membangunkan perkampungan ini. Sebelum tsunami kawasan ini sangat padat dengan penduduk berjumlah lebih 7 000 orang. Namun kini yang tinggal hanya sekitar 600 orang sahaja. 6400 orang yang syahid dalam bencana tersebut.  

Di kampung inilah hanya masjid sahaja yang berdiri kukuh ketika tsunami iaitu masjid Rahmatullah. Bangunan selebihnya musnah dibadai tsunami. Jarak kampung dengan pantai sekitar kurang 1km 
   
Gambar diambil di atas menara masjid Rahmatullah berlatarkan kawasan perumahan penduduk yang dibangunkan oleh kerajaan Turki.

Kesan bencana tsunami yang merosakkan sekitar kawasan masjid dikekalkan hingga sekarang untuk menjadi tatapan generasi akan datang. Walaubagaimanapun kawasan lain dalam masjid ini telah dibaik pulih.

Empat orang mangsa yang sempat awang temubual untuk berkongsi kisah tragis ketika tsunami membadai kampung mereka. salah seorang dari mereka ada yang pernah tersangkut di pokok kelapa selama dua hari.

Muzium Aceh. 

Bagi pengunjung yang datang ke aceh dan ingin melihat sendiri kesan-kesan tinggalam tsunami, datanglah ke sini. pastinya anda dapat melihat bagaimana kesengsaraan mereka menempuh nikmat tsunami dan membangunkan kembali peradaban mereka.

Bergambar di depan pintu masuk kediaman Gabenor Aceh

Bergambar bersama Gabenor Aceh seusai temubual dijalankan. seorang yang humble dan santun pertuturannya.

Miss Universe Aceh. comel-comel sokmo

Bergambar bersama sultan Aceh. 

Simpang masuk ke bot atas rumah.meh shoot satu gambar..

Perkuburan Massal, salah sebuah taman syurga yang dihuni ratusan ribu syuhada yang terkorban ketika tsunami melanda.

Makam Syiah Kuala (dianggap karamah) yang tidak terjejas sekalipun dilanda badai tsunami. Menurut penduduk tempatan malam sebelum tsunami melanda, terdapat sekelompok pegawai keselamatan meraikan hari krismas dengan berpesta arak dan perempuan di kawasan pantai berhampiran makam.  Tindakan biadab mereka ini menjadi antara punca kemarahan Alam hingga membadai Aceh.


Pasir di kawasan pantai ini bukanlah kuning keemasan sepertimana kebiasaanya, tetapi berwarna kehitaman.

Singgah sebentar melepas dahaga. Terbaek.

Pemandangan dari puncak salah sebuah bukit. Waktulah inilah kami teruk di marah pak askar kerana mendaki tanpa kebenaran.

Aceh sememangnya satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Walaupun peradabannya pernah luluh sepuluh tahun yang lalu, namun mereka tekad bangkit dan kini kesan-kesan tsunami hanya tinggal kekal dalam kenangan warganya. Secara fizikalnya kini, anda pasti akan tertanya “betulkah tsunami pernah melanda?” sekiranya anda memijakkan kaki di atas jasadnya.

Aceh kembali bergegar, bukan dibadai tsunami tetapi dibadai kebangkitan semangat warganya untuk maju kehadapan.
  

Ahad, 1 Februari 2015

mY lEnSa 102 (miSi 30: BaliK dEngAn tEksi)

eVenT        : CabaRan di BukiT ApEk
dAte           : 29 SePtember 2014
VenuE        : BukiT PutiH @ ApEk, CheraS SelanGor
MemBers   : SyA MiLk, aUnty eLL, Yna KapaS, si CiMot & aiMan Mat Saje

My sTorY

Mendengar nama bukit Apek disebutkan, terlintas difikiran kenapalah namanya disebutkakn begitu? Ada ramai apek ke yang mendiami bukit ini? Satu persoalan yang agak kabur tentang jawapannya.

Maka itu untuk mendapatkan kepastian, jari jemari awang yang lentik ni mula menaip di internet mencari maklumat tentang bukit tersebut. Iyalah kan kami nak mendaki bukit ni, so semestinya segala maklumat perlu diketahui supaya senang untuk menjelaskan kepada majin-majin. 

Setelah beberapa pembacaan dibuat, barulah awang tahu nama sebenar bukit ni bukit putih, tapi disebut juga bukit apek sebab memang betul telahan awang ada ramai apek yang daki bukit ini. Tambah lagi, di laluan bukit ini terdapat juga tokong Cina.

Hujung minggu bertemankan suria pagi yang tersenyum riang, awang and the majins bergerak dari Bangi menuju ke bukit ini berpandukan kepada GPS dan maklumat yang dikongsikan otai gunung dalam blog mereka. ikut plannya jam 8.30 dah gerak, tp jam 9 masih lagi belom bergerak sebab ada lagi yang x sampai..ermmm inilah orang melayu punya perancangan.. hampeh.. sudahnya pagi tu kami mendaki dengan tak sempat nak sarapan


So finaly, setelah tersilap laluan untuk beberapa kalinya, barulah kami tiba juga di kaki bukit. Itu pun masih lagi dalam keadaan kompius menggila. Tapi apabila melihat ada beberapa orang apek yang berpakaian ala-ala baru trun dari bukit, so yakinlah kami itu laluannya.


Misi utama kami mendaki bukit ini bukanlah untuk berdiri dipuncaknya sepertimana pendakian yang lain, tetapi untuk merendamkan tubuh di air terjun yang dikatakan cantik dan unik kerana berada ditengah kawasan bandar.

Laluan trek bukit ini agak mencabar juga sebab pendaki akan lalui kawasan landai, mendaki, dan turun dan daki dan turun dan daki lagi untuk beberapa kali. Dengan tak sempat sarapan dan hanya membawa bekal nasi lemak dengan harapan nak makan di air terjun. 


Tapi padahnya menanti, salah seorang majins mengalami masalah pitam. Ini satu pengajaran bagi awang dan pendaki yang lain. Kalo nak mendaki wajib sarapan okay! Jangan terus mendaki selagi tak sarap, memang harapan lah nak pengsan sama macam majin.


Alhamdulillah segalanya telah ditentukan Allah, ada hikmah rupanya. Sedang sibuk mengendalikan majin yang pitam dan muntah-muntah, lalu lah pulak uncle yang memang mahir dalam perubatan cina. Dengan pertolongan Allah melalui perantaraan uncle ni, majin yang tak berdaya kembali pulih setelah melalui rawatan tabib Cina. Tank Q uncle, jasamu akan kami kenang..

Perjalanan diteruskan hingga sampai ke cek point 4. kawasan di cek point ni agak menarik juga sebab ada disediakan beberapa peralatan senaman. tapi yang kita bergambar dulu..hehehe

Penat mendaki, jom rehatkan diri dengan bermain dambel.. 

Antara laluan untuk menuju ke air terjun, terpaksa menggunakan tali kerana laluannya yang licin dan curam.

Group photo by Awang Fathi..


Setelah hampir sejam berehat dengan pendakian yang ala-ala santai, akhirnya tempat yang dituju menjelma di depan mata. Subhanallah memang menarik juga tempat ni.  So inilah air terjun yang terdapat di bukit putih.  

suasana yang cukup mendamaikan, ditemani cengkerik hutan dan deruman air terjun..Terbaek Bro.


1 jam 30 minit merendamkan tubuh dalam kedinginan air terjun, kami mula bergerak turun dengan jangkaan akan tiba di paking kereta dengan lebih cepat. Namun siapa sangka, kami tersilap laluan turun. Nasib yang sama dialami satu group dari UIA yang kami temui ketika dalam perjalanan mendaki ke air terjun. Menurut kata salah seorang dari mereka, mereka mendaki bermula dari bukit Ampang, tetapi dek kerana salah trek, tembus masuk ke bukit apek. Sudahnya melilau lah cari trek asal.. dorang ni adala dalam 30 orang yang hampir kesemua gadis… alahai sian mereka kan.

Bagi yang tidak tahu, bukit ampang dan bukit apek sebenarnya berjiran, so bagi pendaki kena pastikan dan lihat betul-betul laluan trek yang dilalui agar tidak silap seperti mereka dan kami. 


Silapnya kami plak kerana mengikut tunjuk arah dari seorang uncle. So dengan sadisnya kami sampai di kaki bukit tapi di taman lain. Memang haru dibuatnya. Kalo kami nak kembali ke kaki bukit tempat mula mendaki bermakna kami terpaksa lah mendaki kembali bukit yang ada dengan jarak yang lebih jauh dan mengambil masa yang lebih lama

So jalan terbaik adalah teruskan perjalanan hingga ke jalan keluar. Ingatkan dari taman kami keluar ni bolehla redah taman terus tembus ke tempat kami paking kereta. Rupanya hareeemm.. makin jauh adala… so dengan kelaparan terpaksalah melangkah keluar dari taman menuju jalan besar. Dari jalan besar kami tahan teksi terus menuju ke kereta. Pengalaman yang memang teruk dan kelakar untuk diingat.. hahaha apa pun terbaek…    

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.