Khamis, 22 September 2011

mY lEnSa 48 ( mY maSteRpieCes )

EvEnT : LunCh TiMe wIth konVo sHooTinG
vEnuE : UkM & PutRajaYa arEas
DaTe : KhaMis 22 sePtemBer 2011
MeMbeRs: Ella & Aini

mY is sTorY

"Bila hang nak masakkan kami tomyam Goreng??? Hang kata hang terar..."

seringkali ungkapan begini keluar dari mulut Ella saat kami bersama bagi mendesak awang menyajikan juadah untuk mereka... Ini pun gara-gara mulut awang yang ringan jer keluar menjanjikan sesuatu yang menarik...

Janji tetap janji, so bagi tidak menghampakan harapan kawan2 awang yang selama ini sentiasa sudi meminjamkan telinga untuk mendengar setiap patah kata dari mulut awang, yang sudi menghidangkan mulut untuk bergelak tawa, menyediakan kaki, hati dan tubuh untuk bersama-sama kemana saja destinasi yang awang bawa maka hari ni akan awang laksanakan impian mereka...apatah lagi minggu ini adalah minggu meraikan kejayaan mereka..so dengan semangat yang tinggi akan awang siapkan juga juadah tomyam goreng resepi terenak keluarga awang... Menu ciptaan sendiri yang hanya awang sediakan untuk mereka2 yang bertuah.. Kira untung dan bertuahla korang berdua yek sebab awang sanggup menyediakan juadah yang sangat sukar untuk dimasak...2 hari barula tomyam ni siap tuk dimakan..

ops selepas korang rasa, awang nak korang komen dengan sejujurnya...kalo x kena dengan selera korang just bagitau sahaja supaya awang boleh perbaiki mana yang kurang...itu pesan awang sebelom kuah tomyam mencecah ke dalam mulut..

apa pun menu petang tersebut adalah tomyam goreng, telur dadar, nasi putih, mee hon dan air blueberry...


Dan ini adalah moments indah saat merasai masakan awang...yang paling awang terharu apabila aini sampai mengalirkan air mata saat menjamah menu masakan awang... Sempat telinga ini mendengar pujian halus dari mulut mungil aini...Sedap sangat katanya...

ella mulanya x menunjukkan reaksi muka, just diam sahaja sambil makan tanpa henti.. tapi awang boleh nampak reaksinya bila dia menambah dengan berselera..ala nak cover la tu kononnya.... habis jer makan ella pon bersuara..

" Chik aku x sangka ko pandai masak macam ini punya sedap, untungla sapa dapat ko kan... apsal la si Mai tu leh tinggalkan ko kan, kalo x untung dia, mesti ko selalu masakkan untuk dia"

Alhamdulillah, lega awang dengar komen dorang... terasa seolah mulut ni senyum sampai ke telinga... akhirnya tercapai juga hasrat awang tuk menjamu dorang dengan masakan awang setelah setahun berjanji...


Habis makan kitaorang pegi solat, then terus ke agenda seterusnya iaitu bergambar di sekitar perbukitan UKM... banyak sebenarnya tempat menarik tuk bergambar di ukm antaranya di dikawasan padang yang menempatkan tulisan dengan moto ukm seperti yang tergambar diatas..

Harini awang jadi lelaki kamera tuk dorang...sonok sebenarnya amik gambar ni, lagi sonok kalo dapat guna DSLR...bukan pe banyak teknik gambar boleh buat... kalo guna L110 ini agak terhad sebab fungsi dia sedikit,...apa pon tu x penting yang penting tujuan asal kita amik gambar adalah untuk tatapan dan kenangan akan datang... kan!kan!


Puas bergambar di sekitar Ukm, kitaorang bergerak menuju pula ke satu lagi destinasi berhampiran yang ketara cantiknya untuk background, mana lagi kalo bukan masjid putrajaya...mulanya dorang ni segan2 nak bergambar, maklumla hanya kami bertiga jer dah tu pakai lak jubah konvo..dah kena paksa ngan awang barula masing-masing berani.. Macam2 aksi yang kitaorang buat sampaikan dah x tau nak buat aksi apa lagi... ah bedal jer la labu yang penting kita hapy..hahaha... awang pon x mau ketinggalan tuk join bergambar...kan kat kamera leh set masa so..... x der masalahkan... lagipon kita bukan nak pakai filem...amik jerla banyak mana pon, kalo agak x cantik delete kan jer...mudah semudah makan KIT KAT.


so inila hasilnya sang penggedik bergambar...












4 gambar ni awang edit supaya nampak lebih menarik... tapi yang x tahannya ader la suara2 yang kedengaran berbau cemburu dengan kretiviti awang... nak buat macam manakan awang x mampu nak puaskan hati setiap orang... asal gambar ni x la lawa, lepas di edit baru nampak menarik..itu pun terpaksa awang edit..bak kata awang sebelom ni, L110 ni terhad fungsi dia x macam DSLR... so nak x nak kena gak edit...tengokla nanti kalo awang dah berkemampuan nak beli DSLR mesti pengubahsuaian gambar berkurangan..tapi tajuk blok ni kena tukar sekali la... baru kena...



Gambar terakhir di ambil di Tapak Pesta Konvokesyen Dewan Gemilang... saat ini malam pembukaan... sengaja awang buat pengubahsuain gambar supaya nampak lain dari yang lain...yang bestnya background gambar ini diambil di booth lensa gak...awang suka sangat gambar ni... eh, baru awang pasan, awang ngan aini hampir sama tinggi la, cuma aini mungkin 3-4 cm lebih sikit jer...hahaha...so awang x la renek sebagaimana yang korang nyanyikan tu.... so aini jangan marah yek... lagipun awang ngan Ella sama tinggi k... dont judge me by the fizikal...hehe

so inila sedikit sebanyak hasil awang dalam mengimplimentasikan keupayaan awang tuk orang2 yang sentiasa memberikan kegembiraan untuk awang.. tuk korang semoga berjaya dalam hidup dan bertemu dengan kegembiraan dan kebahagiaan masing2.. Terima Kasih menjadi sahabat yang sentiasa baik untuk awang.

Selasa, 20 September 2011

mY lEnSa 47 ( wAts wR0nG wIth mE ? )

EvEnT : ReUniOn UniTed
MemBerS : MuiZ, Ella, Aini, ZatY, IeNa, NaDia, DiaNa, & JinG-JinG
VeNue : MeLakA BanDar RaYa & AalaI SeaF00d
DaTE : saBtu, 17 SepTEmBer 2011


mY sTorY



Masih lagi dalam triP percutian di PD, tapi hari ini kami semua nak jalan2 kat sekitar bandar Melaka.. lagipon PD ke Melaka x la jauh sangat ader la dalam sejam perjalanan.. kalo x g melaka mana lagi tempat best nak lepak..huhu...

Perjalanan ke Melaka ader cerita tersendiri...dek kerana kawan awang si zaty ni baru jer angkat alza baru so dengan begitu megah dan begayanya beliau memecutkan kereta meninggalkan awang nun jauh di belakang...ala nak tunjuk hebat la tu... tapi awang steady jer... x kesah pon laju ker cepat..yang penting sampai..lagipun mak awang dah banyak kali pesan kalo bawa keta terutama ader penumpang jangan sesekali bawa laju.. bukan apa kalo pepe jadi nanti apa nak jawab ngan kuarga dorang...hanya kerana kesilapan kita orang lain jadi mangsa.. dek kerana taat ngan pesanan mak la maka awang tetap ngan prinsip bawa keta ngan steady walopon di kutuk atau di marah..

Xtualy awang sesat nak menuju ke Bandar Hilir, sebabnya dah banyak berubah berbanding tahun 2009 dulu...laluan ke sana dah x macam dulu so melilau gakla cari jalan berpandukan signboard..Alhamdulillah akhirnya sampai tapi kena marah ngan bebudak ni....awang sengihkan jer...



Melaka mengalami perubahan walupun x la begitu pesat namun sedikit berbeza dengan kunjungan awang sebelom ini...Destinasi pertama mana lagi kat atas kota A'Famosa sebabnya dorang tunggu awang disitu..











turun dari A'famosa kami masuk ke Dataran Pahlawan Mall, asalnya cuma nak cari minuman tapi masa banyak dibuang kat dalam tu jer...ini la yang boringnya kalo jalan ngan budak pompuan yang x minat sejarah..sebenarnya banyak tempat yang boleh di habiskan kat Melaka tuk amik gambar tapi terbuang banyak kat situ jer... nak wat camna kan, nama pon abang2 so ikut jerla adik2 punya keletah...

ondaway nak g ke kereta barula dapat awang snap gambar itu pun x banyak dapat..huhu nak wat camnakan kami kejar masa sebabnya semua dah lapo n nak makan seafood kat alai...


Ini destinasi terakhir kami, Alai seafood...perot lapo ni memang best kalo dapat makan seafood terutama makan ramai2 camni...rasa meriah!!!!

Ngah dok menunggu makanan sampai sambil bebual tetiba awang di terjah ngan satu soalan sentap... " Chik, ko apsal! muka macam x puas hati jer,?"

terkedu jap awang ngan soalan sentap tu... awang pon tanya balik, "muka aku macam x puas hati ker" sambil tanya ella yang duk kat depan awang ngan perasaan pelik...

"a.aah la muka ko nampak macam x puas hati" bagitau ella yang turut di iakan si diana ngan aini...

hish ni yang awang jadi memang x puas hati...ader ker dorang leh cakap macam tu sedangkan awang memang ok jer time tu cuma ader la sikit yang rasa bengang yang muncul ngan tetiba time menunggu tu.. bengangnya kerana tengok muka seseorang yang x der mood...so awang pon jadi x berapa nak ader mood...tapi ingat leh control rupanya kantoi....

Xtualy awang cukup2 rasa BENGANG yang teramat kalo duk keluar g memana ngan member tapi ader sorang yang buat muka x best ngan awang, muka moody semacam seolahnya dalam persepsi awang yang dia marah ngan awang n x minat nak kuar bergembira saat orang lain gembira...tu paling awang menyampah... kalo macam tu baik x yah join kuar... bukan per kita kuar ni nak hapy. gelak2 bukan nak moody apalagi bermoody2 ngan awang..so awang yang jadi rasa bersalah...

time tu memang awang pk kalo awang x join agaknya lagi bagus kot x la dia nak moody macam tu.. huhu...

Xtualy itulah sebenarnya yang bermain di minda awang saat sebelom ditebak dengan pertanyaan begitu.... Harap Maklum...

Cerita Melaka tidak habis begitu sahaja, ader beberapa lagi ketertarikan tuk dikongsikan terutama saat kembali pulang dari alai...sejujurnya ketika pulang awang sekali lagi diuji... x jumpa jalan masuk ke higway plus...Ya Allah memang time tu bengang yang teramat seolah ada hijab yang menutup pandangan awang..saat itu mental awang begitu penat...hampir giveup..nasib la muiz ader kalo x mau jer awang berenti kat mana2 tuk tido.. tengok signboard ikut laluan sini, dah lalu jauh tapi x jumpa2 gak.. bukan sekali tapi berkali2..hampir 2 jam pusing2 cari jalan keluar...akhirnya jumpa gak itupun hampir kemalangan dek kerana silap masuk lorong...huhu...apapun perjalanan ke Melaka memang penuh dengan cerekarama yang menarik sebagai kenangan.... wats wrong with me???

mY lEnSa 46 ( rE Uni0n UniTeD )

EvEnT : rEunI0n UniTed
veNue : PanTai TeLuk KeManG & MaRinA BeacH rEsoRt PoRt DiCks0n
mEmbErs: aLip, zAm, MuiZ, IjaT, aDib, n0Ly, eLLa, aInI, zAty, NadiA, DiaNa, EinA, JinG-JinG
DaTe : 16 - 18 SePteMbEr 2011


mY sToRy

Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang akhirnya berjaya juga direalisasikan. Yah tarikh 16 september dipilih memandangkan ramai dikalangan warga penduduk Malaysia yang bercuti umum termasuklah bebudak teknikal yang dah berkerjaya sekarang ni.. So x der lagi la alasan untuk mereka2 ini tidak menghadirkan diri...

Boleh kata semua datang kecuali Ijum, dan Fariq sebabnya dorang berdua ni memang ader kerja yang x dapat untuk dielakkan...tapi pada awangla, apala nak susah sangat, just aply cuti jer lagipun benda ni dah diinformkan lebih sebulan yang lalu... tapi nak buat macam manakan kita merancang tapi Allah swt jualah yang menentukannnya...



Berkeumpul di dectar pukul 9 pagi adalah rancangannya tapi malangnya awang terpaksa bergerak asing dengan dorang kerana awang ditugaskan dengan misi yang lain iaitu menjemput sang puteri Diana di Terminal 1 Seremban selepas solat Jumaat. So dalam nak tunggu diana sampai awang ngan muiz bergerak menuju ke rumah Alip di senawang tuk beraya... sambil2 tu boleh la kenal2 ngan family dorang...

Penginapan kami di marina Beach resort berbentuk rumah apartment, besar juga rumah tu, tapi agak menyeramkan juga sebabnya blok C yang kita orang tinggal tu x ramai penghuni, aras penginapan kami kosong... so agak privasi la jugak...




Pertama kali menjejakkan kaki.... akhirnya sampai juga awang ke PD...Tahniah dan cograt yang teramat tinggi untuk kamu awang fathi, setelah 6 tahun berada di perbumian Bangi akhirnya berjaya juga kamo ke Teluk Kemang... tapi tuk pengetahuan perjalanan nak menuju ke Sini Ya Alllah punya la berliku-liku,hampir xciden pon ader...sampaikan diana mengucap panjang...hahaha.. mana x nya awang sesat kat bandar Seremban... x jumpa jalan nak ke PD...ini semua gara-gara terlepas simpang..tapi mujurla akhirnya berjaya..kalo x malu yang teramat dengan Diana.









lepas jer chek in kat rumah, terus awang dengan semangatnya ajak dorang g mandi pantai...woo x sabar tu... so inila xtiviti petang kami di persisiran pantai telok kemang... tapi yang mandi awang, muiz, ella n zati... bebudak lain! huh semuanya takut air macam kambing gurun tul dorang tu...



kata orang kalo dah bercuti kat pantai x sah kalo x buat barB Q... tapi tuk barB Q ni kami buat kat tepi court tenis berhampiran dengan kolam renang...bukan x mau buat kek tepi pantai tapi da problem is Gelap...lagipun pantai dengan penginapan agak jauh...x perla lepas bakar-bakar leh terjun kolam...

Nak idupkan api punya la jenoh, tapi dengan kepakaran yang ader pada awang, so api berjaya juga dihidupkan...nak harapkan bebudak lain...hampeh...semua takut, katanya x biasa masak, lagipun takut kotor...budak2 tul la dorang ni..macam wedokz... agaknya la kalo abang korang ni x der mesti x berasapkan dapur arang tu...silap haribulan mestinya korang g beli jer yang kat kedai...

time ni memang bestla, ader jer gelak tawa n usik mengusik.. awang pon agak teruk juga kena buli,,..kalo dah ader muiz dalam team ni mangsa yang selalu kena awang la...tapi nama pon abg-abg kan so kena la steady walo teruk dibuli... awang paling x tahan tengok reaksi diana la, bila kena usik ngan alip terus blushing...ala diana taula kamo tu syok kat alip tapi cover2 sikit yek,,..hahahaha



dah habis bakar2 n dah kekenyangan makan, so apa lagi jom kita terjun kolam.. semua pakat terjun, cuma 3 0rang jer yang tak mau join terjun,...tapi yang paling kuciwa ngan sorang kawan ni bukan kata nak terjun kolam nak lepak ngan kita orang kat pool pon x... duk bilik tido...dahla petangnya x mau join g pantai... yang petang tu myb la dia marah kat awang!!!!! tu awang fahamla walopon bukan salah awang...TAPI...... ala malasla awang nak komen lebih2 pasal budak yang sorang ni... bikin awang kuciwa sesangat... huh:(




sebelom balik sempat awang g pusing2 dulu kat bandar port dickson...yela dah alang2 sampai port dikson x kan gi telok kemang jer...x bestla camni, nak gak tengok camna rupa kawasan perbandaran dorang...ohhh nampaknya port dikcson sedang membangun...okey menarik lagipun kat kawasan ni la Jepun pernah mendarat dulu... tapi satu yang awang perasan kat area port dikson ni banyak bangunan yang ditinggalkan kosong terutama bangunan perumahan n resort...myb skarang ni walopon dia cuba membangun tapi produk pelancongan kawasan ni merosot kot...x macam tahun 90-an dulu... tu yang banyak resort kosong,,...buktinya kawasan tempat awang menginap di marina beach resort... lagi satu yang awang perasan air laut kawasan telok kemang tu memang tercemar, seolah macam ader tahi minyak dalam air tapi nak mandi masih ok lagi... well pepon perjalanan kali ni best dan kureng...;)

Khamis, 28 Julai 2011

mY lEnSa 45 ( SeManGaT mEsTi aDa )















My sTorY

Rm 50 sekeping???? Berbaloikah tuk dibayar??? Jumlah bukannya sedikit, agak banyak tu... taaapppiiiiii kalo dah terpaksa apa boleh buat..yang penting kaki mesti gak dijejakkan... baju dah beli x kan nak pakai depan Tv... x best la macam ni... apa nak jadi pon x kesahla yang penting semangat mesti ada...

Termenung panjang awang saat dikhabarkan tiket dah habis... perasaan nak menonton secara live dah berkembang mekar dalam hati.. bukan 2-3 hari tapi 2-3 minggu yang lalu... bukan selalu dapat peluang macam ni, so dah ada depan mata x kan la nak biar cam tu jer... kita rakyat Malaysia, kalo bukan kita yang nak sokong siapa lagi...x kan la makhluk asing yang dok menyinggah kat Malaysia ni yang nak bagi sokongan...alamat mimpi la jawabnya...

apa yang boleh dibuat yek..ni semua salah awang gak, terlalu mengharap pada orang yang sememangnya x der hati nak pegi...kalo tau nak jadi macam ni awal2 lagi awang dah call abang awang tuk spare 2 tiket...dah jadi macam ni baru la nak sesal...

hai awang-awang...huh (mengeluh panjang sekejap)

sebenarnya sejak Malaysia menang lawan Taiwan tuk kelayakan piala Dunia 4 minggu yang lalu awang dah pasang niat nak g perlawanan seterusnya antara Singapore ngan Malaysia kat bukit Jalil... ini perlawanan hidup mati menang masuk liga tapi kalo kalah terpaksa bungkus.. itu yang begitu excited nak sokong harimau Malaya... lagipun baru-baru ni Ranking Malaysia dah bagus tu yang bertambah semangat nak g...

Tapi bila dibagitau tiket dah habis, terasa sangat-sangat kecewa, nape la awang x pegi sendiri beli tiket tu awal2... dah habis macam ni apa boleh buat..huhu..baju jersi dah beli dengan harapan nak pakai g stadium nanti...ngan member2 dah canang walau member ajak g tengok kat maple je.. x per la tawakal jer...

Tah macam mana tetiba ader member call ajak g stadium, dia dapat tiket tapi kena bayar RM50... ahhh x kesahla yang penting pegi... menang kalah, mahal murah lain cter,yang penting semangat mesti ada.. so akhirnya berjaya gak jejakkan kaki kat dalam stadium.... tu yang paling penting... perasaan ni memang giler membuak-buak dah macam paip air syabas yang bocor kat tepi jalan tu..

Awang pergi stadium ngan asri suarez sebab dia la member yang berjaya mendapatkan tiket rm50 tu..x per la mahal sikit.. sebelum gerak tu ingat nak amik bendera kat bengkel decta tapi bila tengok ada banyak bendera lebihan merdeka tahun lepas so tetiba timbul idea... ni kalo kita jual bendera ni laku kan?..kata awang pada asri... sekurang-kurangnya boleh la buat bayar duit tiket...

cter banyak x guna, paking 2 beg penuh ngan bendera so sampai sana pe lagi mula la..

"Bendera, bendera... 3 rm 10..."... jerit awang ngan asri...

Lepas magrib (mujur la ada surau kat sana kalo x...huhu dilaknat la jawabnya)awang ngan asri masuk stadium...alamak penuhla plak... mana nak port ni,..semua seat dah diduduki sang punggung yang hangat...mana kita nak duk ni... kaki dah mula melangkah x berarah akhirnya pilihan yang ada kami duk kat celah2 palang...tapi tempat sungguh x stategik...mana x nya separuh padang dah terhalang dengan kain rentang...adui ya.... memang hampeh sehampehnya...poket dah terbang rm50 tapiii.... nak buat camna yang penting semangat mesti ada....

Game agak mendebarkan, sorakan x putus-putus, semangat rakyat malaysia x yah cter, stadium tu memang penuh ngan orang malaysia..mau dekat 90 ribu...Singapore??? tah langsung x nampak... Awang pon x mau kalah menjerit sampai nak hilang sore...orang kata memang teruja r tengok....kiri-kanan depan belakang orang menjerit bagi sokongan n kutukan pon ader gak la tapi hanya tuk team singapore... memang kelakar...beza sangat dari tengok depan tv.. perasaan tu susah nak di describekan... teruja, gembira semua ada... tapi....

hampa juga akhirnya..harimau malaya hanya mampu seri 1-1 dengan agregat 6-4... nak buat macam mana..bukan kita x melawan cuma rezeki yang berpihak.. ader la hikmahnya kan... habis game kami pulang ngan hampa tapi x la kecewa sekurang-kurangnya semangat masih ada.

apa yang boleh dikongsikan bersama sepanjang kat sana:

1. Boleh kata 90% yang datang semuanya melayu, 10 % lagi baru laen2 bangsa....
2. Dulu nak pakai jersey msia rasa malu tapi la ni giler bangga + teruja
3. Paling best bila lagu negara ku berkumandang, bergegar stadium, mana x nya semua berdiri sambil menyanyi...huhu meremang bulu roma...
4. rasanya jumlah yang datang hampir 100 ribu, boleh kata semua tempat penuh, jangan kata kat tangga, kat celah2 tiang pon penuh..
5. dalam dok tengok game hati tu kekadang rasa bengang ngan budak yg dok sebelah, mana x nya corong hon yg dorang bunyikan tu mengadap dekat jer kat telinga awang..
6. setiap kali pemain singapore injured, jeritan loser kuat berkumandang, awang pon join sekali..hehe
7. sore dah hilang sebab penat jerit terutama bila safee buat gol..
8. sedihnya bila spore dapat score, penyokong terus senyap, langsung x mau bagi galakan semangat.. come on la beb, kita dtg nak bagi sokongan so kenapa diam...
9. sedih awang tengok rakyat msia.. semangat nak bg sokongan ada tapi semangat nak solat x der...rasanya dari 90 ribu tu yang solat maghrib cuma 20 ribu jer...yg lain...huhuhu...patutla msia kalah...
10. ni kali kedua jejakkan kaki kat bukit Jalil tengok game..pasni x tau dapat trun lagi or x..kuikuikui

Khamis, 30 Jun 2011

mY lEnSa 44 ( LaNgKaH KiRi )

mY sTorY...


Post kali ni sambungan bagi post yg lepas mY lEnSa 43.. nak cter banyak sangat dalam post yang lepas tapi takut nanti kawan kita malas nak baca so...dat Y la awang buat post baru...kali ni bergambar punya...


menuju ke Langkawi dengan perasaan moody..bak kata orang tua "Langkah kiri"..

Lang (merujuk pada Helang) kawi (bermaksud merah hati).. itula asal nama langkawi yang terkenal dengan sejarah mahsuri..


Langkawi, berjaya juga awang jejak kan kaki..2 tahun lepas ader gak budak Teknikal buat lawatan ke sini, tapi awang x dapat join sebab ader kerja. Dalam minda yang terkatup ini membayangkan langkawi tidakla sebesar mana, mungkin hanya sebesar pangkor... tapi rupanya minda ini tertipu..betul la kata orang selagi x nampak ngan batang hidung sendiri selagi itu minda akan terkunci... Rupanya langkawi besar gak kan..hampir 550 km persegi.. macam-macam ader kat sini, x rasa macam ader dalam pulau, mana x nya kedai jual kereta pon ader...


Tempat penginapan Sandy Beach resort pantai Cenang.. nak mandi memang best sesangat, airnya bersih x der la gatal badan, pasir putih halus, pantainya landai, aktiviti pantai banyak...dan yang paling bestnya ader banyak dugong kat persisiran pantai...


Hari ahad, lepas berendam dalam laut selama 2 jam, so petangnya sewa moto pegi jalan-jalan ke Pekan Kuah... di sebabkan lambat keluar so hanya pekan kuah yang menjadi destinasi...


ngah dok jejalan kat lorong-lorong, then terperasan kedai-kedai kat situ baru pas di cat ngan NIpon Paint so apalagi amik gambar la...


hari terakhir, sebelom balik sempat la gak awang n da majins singgah ke Kompleks Kraf.. rasanya ini jela aktiviti yang bermunafaat nak dibuat sepanjang kat langkawi tu... macam-macam info yang awang dapat, tapi yang paling best dapat mencanting batik..ha tengokla tu macam mana cantinya batik yang awang sempat hasilkan...pas ni nak frame kan then gantung kat anjung seni DECTA....


sementara tunggu bebudak lain nak siapkan batik dorang so inila xtiviti x berfaedah yang awang buat ngan ina...hahahaha..


perjalanan ke langkawi telah berakhir... beberapa perkara menarik yang boleh dikongsi:

1. sepanjang perjalan dari ukm ke perlis awang x tido,begitu juga balik ke ukm..
2. feri ke langkawi x best sebab x boleh keluar menikmati pemandangan x macam feri ke pangkor.
3. jarak kerusi sangat rapat so memang x selesa..
4. ada ketikanya naik feri macam naik kapal terbang, terutama bila ombak kuat so gayat la plak tetiba.. dalam hati bila la nak sampai ni..huhu
5. sies awang memang x sangka langkawi ni besar, boleh kata semua ader cuma bas kilang jer x der...hehehe
6. Langkawi merupakan pulau bebas cukai, tapi awang x tau beza harga di semenanjung ngan pulau ni..
7. sepanjang jalan pantai cenang ader la banyak kedai cenderamata tapi kebanyakkannya jual barangan bob marley.. bosan ... baju pun x der yang berkualiti..sudahnya x der langsung cenderahati yg awang beli.
8. sewa moto rm25 tapi yang harunya kena bayar deposit rm75.. tapi dia pulangkan la nanti..
9. bagusnya di sini selain kedai cenderahati,banyak gak kedai yang jual atau sewa buku novel...
10. respek awang pada mat saleh sebab mana2 pegi pasti nampak dorang membaca.. kalo rakyat kita..huh hampeh, termasukla awang..hehehe

so kesimpulannya inila trip yang paling bosan pernah awang join.. hati malas nak pegi kalo diikutkan.... rasanya lepas ni awang akan datang lagi kesini dengan trip sendiri... apa yang paling dikesalkan dengan trip ni adalah pengurusan yang hampeh..sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dilawati tapiii....semua x pegi, mujur komplek kraf dapat pergi kalo x.... banyak perkara yang buatkan awang terkilan... terkilan disini bukanla merujuk pada kecik hati cuma rasa ralat dan kesal... kesal pada kawan2 yang suka berjanji... dan kesal banyak tempat x dapat pergi...paling kesal sebab x dapat jumpa mahsuri...huh.

Jumaat, 24 Jun 2011

mY lEnSa 43 ( LaNGkaH kU sEnDiRi )

VenuE : LanGkawi, Kedah
MemBeRs : MaJins TekNikaL
DaTe : 24 - 27 Jun 2011

My sTorY

Jumaat 24

Pukul 10 malam kami mula bergerak meninggalkan bumi Bangi... uhhhh Rasa x semangat tetiba nak pergi x macam selalu...Tah kenapa hati ni berat, mungkin kerana x der kawan-kawan sekepala yg ikut join selain asri, zack dengan saril... sebulan yang lalu dah awang canangkan pada dorang..mulanya dorang semangat nak pegi tapi last minit sorang pon x jadi nak join...macam-macam alasan di bagi..kalo x kerana dipaksa dek dorang n asri ikut pegi sekali, sumpah memang awang x kan join pon... rasa kuciwa sesangat.... ini pon Penat dah awang pujuk ina suh duk ngan awang...mujurla dia mudah cair dengan pujukan kalo x duk sesorang la jawabnya.... tah macam mana agaknya esok nak menghadapi semua ni... ini la perjalanan yang rasanya akan membosankan....

Sabtu 25

Pukul 8.30 pagi sekarang... awang kini dah berada di jeti kuala Perlis...tengah tunggu ferry nak ke Langkawi...Fery pukul 9 bertolak... bebudak lain pegi sarapan... mood still rasa x ok...setakat ni duk member ngan si ina jerla..

sekarang pukul 6 petang...sampai jeti langkawi td pukul 11.30 pagi... first time jejakkan kaki ke pulau lagenda ni...Teruja??? x pun... biasa jer x macam trip yang selalu... pukul 1 Chek in kat SandY beach ResoRt... dapat bilik yang hampeh la pulak...mana x nya view depan bilik mengadap dapur kedai makan...lagi satu yg menambahkan lagi kehampehannya keadaan dalam bilik, dengan siling retak menanti roboh, tv nya plak satu chanel jer, lak tu langsung x clear... apada...sepanjang petang hanya dihabiskan dengan tido sampai la sekarang... Jap lagi nak g tepi pantai nak mandi laut...huhu x sabonya..

Pukul 3 pagi... mata x mengantuk lagi ni...tadi lepas makan malam pukul 9.30, sengaja awang memencil diri berjalan sendirian menyusur sepanjang tepi pantai...wah hapening gak kawasan ni..mana x nya kiri kanan jalan penuh dengan kedai-kedai cenderemata yang di selangseli Resort dan kedai-kedai makanan.. cUci mata la nampaknya bila tengok ramai pelancong-pelancong seperti awang duk mundar-mandir mencari sesuatu,,mungkin nak bawa sebagai kenangan kot.. puas berjalan then balik baru awang join bebudak teknikal LDK ( latihan dalam kumpulan ).. ikut hati malas tapi macam x sedap la plak... pukul doblas x tau nak kemana so ajak asri n ina lepak tepi pantai berbual sampai la skang... emmm berat lak mata ni...k nak tido gudnite...

AhAd 26

pagi ni lepas solat subuh, awang x dapat tido lagi macam biasa, mana x nya pukul 7 dah kena berkumpul kat pantai..pagi ni ader sambungan lagi LDK..malasnya, tp kalo x g nanti apa dorang kata lak kan...huhu.. habis LDK dorang semua nak g IsLanD HoppInG.. sapa nak g kna bayar rm35..tapi awang x pegi sebab asri n saril x pegi walopon niat hati mmg teringin nak g... so dari x wat paper, kita orang mandi laut la sampai kul doblas.. mak oi 2 jam mandi laut..kulit pon dah jadi hitam ni..hehehe..

Ptg Pukul 4 kita org sewa moto, nak g jejalan pekan Kuah.. hajat hati nak soping cekelat tapi hajat tangguh ke esok, bukan per takut cair nanti... so jejalan jerla xtvt kat sana..balik pekan kuah terus g mandi laut..Then tadi malam lepas makan malam xtvt terakhir adalah pengiytiharan kemenangan LDK..tempat pertama sapa lagi kalo bukan team awang..apa yek namanya??? ermmm yap pakena Blue...yeeehhh team awang menang..Bangga sekejap...

Isnin 27

Hari ni hari terakhir...wah bestnya dapat balik.. ni la first time balik ukm dengan rasa best x macam selalu..... pagi tadi sebelom balik kita orang sempat gak singgah kompleks karangkraf... duk situ lama gak...ader la dalam 3 jam... then pkul 2 kita org terus ke pekan Kuah... alamak x dapat lama la kat pekan kuah ni, kena kejar masa sebab kul mesti dah ader kat jeti...

Pekan kuah nak buat apalagi kalo bukan shoping...awang nak beli coklat...yela kata orang coklat kat sini murah2.. so nak beli banyak2 n bagi kat kekawan terutama puteri hati awang... Skang hujan lebat kat pekan kuah ni so rasanya macam x lama la duk soping ni...lagipun pukul 4 mesti ader kat jeti..

pukul 5 petang awang dah dok dalam fery...bleh plak ader pasang cter kak Limah balik rumah..awang nak layan jap cter ni...

sekarang pukul 9.30 n awang dah sampai kat R&R gurun... nak solat n makan malam... k...lambat lagi nampaknya nak sampai bangi..huhu

3.30 pagi akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke bumi UKM...Alhamdulillah...rasanya inila trip yang paling x best pernah awang join.. mata sudah mengantuk, sepanjang malam layan lagu sambil teringat pada si dia... Syukur trip ke Langkawi yg lalu awang x join kalo tidak.....

so nak balik rumah tido puas-puas... Terbaek??? oh tidak sama sekali...

mY lEnSa 42 ( iNi La HaSiL nYa )



My sTorY

2 Bulan telah awang dan barisan crew lain habiskan tuk mencari dan mengerah idea.... 1 bulan dihadapkan dengan karenah manusia dan panorama indah seluruh malaysia yang memukau mata.... 2 bulan lagi mencurah segala tenaga dengan bersengkang mata.... Nah maka inilah hasilnya yang tercipta....

Laporan Penyelidikan Pelaksanaan Dan Keberkesanan TITAS Di IPTA Malaysia

saat pertama kali memegang laporan ni Ya Allah betul2 awang rasa bangga campur terharu... ini la satu-satunya kajian yang awang tul2 yakin sangat keValidannya..Dulu masa siapkan tesis tuk degree pon x rasa macam ni... mana x nya tesis tu buat cincai jer,rujukan kureng apatah lagi tujahan kajian, main tibai jer....

taaapiiii....

kajian penyelidikan ni betul2 mengajar awang dengan segala macam ilmu pengetahuan, pendedahan demi pendedahan, dan kajian per kajian yang baru... method sangat berlainan berbanding apa yang di pelajari di UKM... kekualitiannya terjamin 100 peratus kerana di semak oleh setiap pensyarah dari 20 buah IPTA..

Paling rasa bangga apabila nama awang tercatat dalam laporan tersebut walopon bukan sebagai penyelidik utama tetapi pembantu penyelidik... Ini langkah pertama untuk awang hasilkan sendiri bahan penyelidikan awang... yah walopon sebagai pembantu penyelidik tetapi hakikat sebenar keseluruhannya adalah dari idea awang dan 2 orang lagi kawan pembantu penyelidik.. Prof hanya terlibat sebagai penambah baikan terhadap tunjang utama idea kami so.....

unTuk pengetahuan, laporan penyelidikan ini adalah merupakan rujukan utama bagi kementerian Pengajian Tinggi terhadap kursus TITAS di setiap IPTA... maka sebagai rujukan utama sudah semestinya ia di baca oleh setiap menteri dan kemungkinan besar juga akan di laporkan ke Parlimen untuk melihat sendiri keberkesanan TITAS...

awang betul2 rasa puas hati yang tidak terhingga... Ya Allah syukur Alhamdulillah di beri kesempatan ini untuk menghasil sesuatu yang berbentuk ilmiah begini... x pernah terbayang dek akal...

lepas amik buku laporan ni, awang ader la jumpa dengan Dr.Tarmizi salah seorang penyelidik laporan ni...dalam dok berborak tu dia pun tanya awang bila nak habis master sebab dia x sabar nak amik awang jadi student PHD bawah dia...

Dr. mizi: awang... saya nak awak buat satu proposal then submit pada saya... kalo boleh secepat mungkin sebab sya nak proceed tuk dapatkan geran... bila dapat geran nanti boleh la awak jadi pembantu penyelidik kat UPM...macam mana?

awang: Boleh Dr... tapi kena amik masa sikit sebabnya sya nak siapkan tesis master dulu...tajuk pon poning gak nak pk ni...nak cari yang seswai..

Dr.Mizi: Ok x per... bukan per nak dapatkan geran mau 5 bulan gak... kalo awang submit sekarang, then nanti bila sambung PHD awak boleh terus mula...jimat masa...x yah tunggu 5 bulan lagi... sama awak buat PHD awak jadi pembantu penyelidik...ha kan senang... setahun setengah awak dah boleh habis....

Awang: betul gak kan..ok2 Dr.. saya cuba buat secepat mungkin..nanti siap saya hantar...TQ dr...

hati awang punyala gembira...memang rasa macam kena karen sekejap... semangat awang dah membara nak siapkan tesis then hantar proposal...huhu tapi nak buat tajuk apa yek??? poning! Poning! sesapa ader idea please share....hehehe

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.