Khamis, 4 Julai 2013

mY lEnSa 77 (SpAcE uNLimiT)

EvEnt          : HarI aStRonOmi SeDuniA
MeMberS   : da Bosz, Lin KlaTe, Zeddy, TaJuL & aMer photoraper
DaTe           : 19-21 aPriL 2013
VeNue        : Balai CeRap, KlaNa BeaCh ReSorT, PD

My sTorY

"PerCutiaN Astronomi" First time dengar,,wah macam menarik! agak-agak macam mana agaknya percutian astronomi ni yek? ... Peluang macam ni bukan selalu dapat, so bila di offer oleh bos  awang untuk cover story berkaitan program ni, memang terus jer la awang terima... Lagipun bukan awang sorang jer yang kena cover tapi team al-Islam n infiniti pon turut join gak... mana x nya kami dapat 4 bilik free dari penganjur, so rugilah kalo awang sorang jer yang pegi.. kan kan

Baitul Hilal, bangunan untuk mencerap anak bulan... ini antara bangunan yang paling canggih kat asia tenggara sebab teleskop yang digunakan satu saja kat dunia. Jika mengikut kata penjaga bangunan ni yang sempat awang intebiu, pada tahun 2006/2007 jab. agama Islam dan kerajaan negeri N9 bersepakat untuk membangunkan kawasan ini sebagai tempat melihat anak bulan yang mempunyai kapasiti paling moden.

so rm40 juta dah dibelanjakan untuk projek ini merangkumi pembinaan hotel dan Bait al-Hilal. Hasilnya bulan Julai  2011 ia dibuka sepenuhnya untuk pengunjung. Bagi yang minat nak tengok ET, Pikor n makhluk2 angkasa dialu-alukan datang....

Sebelum memulakan perjalanan ke angkasa raya, kami semua dibawa melawat dan mendengar penerangan berkaitan ilmu astrono0mi serta ruang galaksi dari Ustaz Zaki yang menjaga Baitul Hilal. Di sini juga ditempatkan koleksi barangan astronomi dari tembaga dari abad ke 12 lagi... fuyooo hebat tu... bukan model tapi barang sebenar yek... harap maklum...

teleskop yang tercanggih dan terbaik sekali di dunia... sebabnya teleskop ini boleh turun sehingga 0 darjah hingga ke paras laut.teleskop biasa lazimnya hanya mampu turun hingga 30 darjah sahaja.. hebat X ?

teleskop ini ditempah mengkiut keperluan sendiri dengan kos sekitar rm1.4 juta.. lagi hebat walaupun ditempah dengan syarikat luar (New York Amerika) tapi ia dipasang sepenuhnya oleh anak tempatan yang memang minat giler dengan ilmu angkasa... bangga la beb... kita mampu bersaing dengan orang asing...

menurut kata Ustaz Zaki, objektif utama pembinaan bait al-Hilal ini adalah memberi pendidikan, pembelajaran dan kesedaran pada rakyat Malaysia khususnya budak-budak sekolah untu berkecimpung dalam bidang astronomi, bukan gangsterisme...

lagipun kalo zaman dulu kita ramai ulama-ulama Islam yang mengusai bidang astronomi... sekarang jer yang dah kurang... Yang betul-betul mahir 2 3 orang jer kot... so bila dengan pembinaan bait al-Hilal ini manatau semakin ramai yang berminat nak jadi macam DR. faiz...

xtualy teluk Kemang adalah antara lokasi yang paling baik di asia tenggara untuk menempatkan teleskop ni sebab kedudukannya yang terletak disemenanjung... nak tengok anak bulan di sini paling strategik... bukan semua tempat yang boleh tgok anak bulan sekalipun di puncak menara KLCC sebabnya light position.. 

untuk info juga bulan april merupakan hari astronomi sedunia, so kat sini memang disambut tiap2 tahun..Ini antara aktiviti yang sempat kami sertai sepanjang berkampung 2 hari di Bait al-Hilal membuat peta bintang..  jangan kata senang... fuh.. memang berpeluh-peluh gak nak membuatnya... apa yang paling penting skali semua alatan cukup... tugas awang just amik gambo jer...  

Tadaaaaa.... siap pon.. dengan Bangganya Lin Klate dan Zeddy pen. editor Infiniti menunjukkan hasil mereka... cayalah

Gambar bawah ni, awang, n kak Syam.pen. editor al-Islam sempat bergambar ngan Dr. Faiz selepas intebiu dia... walamak Terbaiklah...  

Selasa, 11 Jun 2013

mY lEnSa 76 ( LanGKaWi MosT WanTeD yO pArT II )

EvEnT           : jOm pUsInG pUlaU vs tUnJuk PanDai
MemBerS    : MajiNs jr. tEchNicaL DECTAR
DaTe             : 9 to 11 mArcH 2013
VeNuE         : DayanG buNtinG, DaTaraN LaNgkaWi & SeK. Men. TaLaNG

My sTorY

Hari ke-2.. pepagi lagi dah bangun.. hari ni program adalah island Hoping... b4 ni tidak berkesempatan untuk ikut serta sebab x berapa nak ngam dengan budak teknikal yang ala-ala poyo.. so trip kali ini awang pastikan akan menjejak kaki juga ke sini...(trip yg ni budak2nya not bad)..dan kalo x silap awang tambangnya adalah rm30+...  itu pun sebab x booking dulu awal-awal dek kerana miss komunikasi... dari resort nak pegi jeti ni ada van yg angkut kami sekali dengan pakej yang ditawarkan... x jauh pun, kurang lima minit dari Malibest Resort.
Suasana dalam bot yang agak ramai... ini semua budak-budak yang berjaya awang pujuk untuk ikut trip ni... muka semua ceria, tapi dalam hati kecut...  nak naik bot yang penting sekali adalah pakai jaket keselamatan.. manalah tau kot2 ada yang terjatuh laut...  macam awang reti berenang kira selamatlah.. tapi bg yang x reti mau jadi peristiwa hitam dalam hidup.. silap haribulan jumpa perut dah kembung..haru biru lah jawabnya..

destinasi pertama yang dituju adalah pulau Dayang Bunting.. kata orang kat pulau ni ada mitosnya yang tersendiri... sebab tu di namakan dengan dayang bunting... Nak tau lebih lanjut search jer la kt google.. lagi bagus kalau dapat datang sendiri... baru ngam Ho, orang panggil hero..

Tasik dayang bunting punyai keunikannya yang tersendiri.. sebenarnya tasik ni asalnya adalah dalam gua, macam mata air gitu, tapi dek kerana berlaku runtuhan pada gua ni, so jadilah macam yang sekarang.. prosesnya pun bukan sehari dua or setahun dua tapi makan baratus tahun yang lalu...  Dan menurut kata orang, sesapa yang dah lama kawin tapi still x dapat zuriat lagi,  minumlah air dari tasik ni... Insya'allah boleh bunting... betul atau tidak wallahu a'lam....lebih baik x yah percaya benda karut ni..

Tasik ni terletak di tengah pulau, so nak menuju ke sini memang agak jauh gak kena jalan kaki.. laluan ok tapi turun naik bukit gak... sapa x larat duk jela kat jeti tu...hehehe... dan sepanjang laluan juga ada beruk-beruk yang duk usha makanan kita... tapi jangan takut beruk-beruk ni dikira jinak.. cuma janganlah di usha anak dara beruk tu sekalipun comel, jawabnya cari nahaslah...

sekali tengok memang gerun sebab tasik ni agak dalam... kalo nak mandi pastikan pakai jaket keselamatan.. tapi awang memang x berani lah nak mandi, mana tau ada naga dalam ni... x pun anaconda... perhhhh memang seriau dibuatnya...

ini antara xtiviti yang boleh dilakukan selain mandi.. berbasikal air.. sorang dikenakan bayaran rm 15 sahaja selama sejam... awang sorang x dapat main sebab x der geng..hehehe.. sudahnya duk la sesorang kat jeti sambil usha2 pelancong... sian kan.. nak wat camna my princess x join...

ok geng dah puas main basikal air, pe lagi meh amik gambar... inilah bebudak teknikal yang ada skarang... abadikan kenangan anda.. Senyum sikit...

........Bergambar dengan berlatarbelakangkan tasik dayang bunting yang menghijau airnya....... comel sungguh...

puas sejam menghayati keindahan pulau Dayang Bunting, so pak juragan bot bawa kami melihat xtiviti helang menyambar makanan.. fuuyyooo besarnya helang yang ada dekat sini.. lagi besar dari bapak ayam.. agak teruja juga tengok helang-helang menyambar makanan..

xtiviti seterusnya kami di bawa pula ke pulau Beras Basah... di sini kitorang duk sakan main air... wuooyooo bestnya... air memang jernih,.. kalo pakai google macam awang boleh nampak ikan-ikan berenang... tapi x banyaklah,..kalo dugong memang banyak... dan sepanjang 3 hari di Langkawi ni, awang cuma dapat mandi laut kat pulau ni jer.. huhu sian awang.. mana x nya, pegi bercuti pun bawa sekali kerja kek opis.. Hampeh sungguh. 

Bergambar kenangan kek Pulau Beras Basah sebelum berangkat pulang.. macam mana boleh dapat nama awang pun x tau... mayb ada nelayan yang tersesat kek sini then bila nak masak nasi beras yang di bawa basah tu yang sesuka hati dia letak nama beras basah.. kononnyala..

B4 ni awang x berkesempatan nak datang ke dataran Lang, tapi kali ni memang awang qada' betul2.. yelah kalo dah ke langkawi tapi x bergambar dengan replika lang kawi ni memang x sempurna lawatan tu.... tul x... 
Hari terakhir di langkawi xtiviti kami dipenuhi dengan sesi menunjuk pandai kek sekolah Menangah kg Talang... wah rasanya trip ni paling bagus, bukan setakat bercuti dan bergembira tapi turut diselitkan dengan aktiviti berfaedah bersama adik-adik sekolah..

Kreatif gak bebudak ni..

tugas awang di sini cuma sebagai cameraman sahaja... yelah dah awang sorang yang agak pro tentang kamera ni...

macam-macam xtiviti yang dibuat, kira macam sesi motivasi yang santai.. bukan per ini semua untuk melatih bebudak sekolah ni supaya menggunakan otak mereka semaksimum mungkin..

apa pun trip kali ni yang paling best sekali... bercuti sambil beramal bersama my princess... cuma yang paling x best sebab x tido malam n x puas mandi laut dek kerana  duk sibuk mengetuk story... dan yang paling haru birunya bila nak hantar story by email, tenet plak buat hal.. tapi mujurlah berjaya...kuar gak story awang kek kosmo... TQ my frend n bos.

Ahad, 12 Mei 2013

mY lEnSa 75 (LanGkaWi MosT WanTeD yO part I )

EvEnT        : Jom Jalan-Jalan Naik kereTa KaBeL
MemBerS : MajinS jr. tEchNicaL DECTAR
DaTe          : 9 to 11 MarCh 2013
VeNuE       : LanG KaWi PuLau MahSurI [ I ]

My sTorY

Ini kali kedua awang berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Mahsuri setelah hampir 2 tahun lamanya. mulanya ingat x dapat join. Bukan sebab bz tapi x dapat undangan. 2 hari sebelum itu barulah akhirnya dapat juga undangan untuk join dari zack makoto... hehehe... kalo x dapat join memang agak sedih la juga... huhu

Trip kali ini kami duk tinggal di MaliBest Resort.. Betul2 tepi pantai.. lokasi memang sangat strategik... mana x nya, belom masuk bilik lagi dah nampak pemandangan yang indah depan resort...lagi 2 hari di sini memang heaven bebenor lah namanya..Kalo yang sebelum ni kami dapat yang kat seberang jalan.. so agak sukar juga terutama bila nak pegi mandi pantai.. tapi kali ni memang terBAeKlah..

Untuk tidak mengecewakan seperti trip sebelum ini, so lepas chek in bilik n makan tengah hari, apalagi terus sewa moto... Yeah kali ini kami nak tebus balik kehampaan yang pernah terjadi sebelum ini... lambat sewa motor punya pasal, akhirnya rugi sebab x sampai sehari dah kena pulangkan... bayar full.. so kali ni pisang x kan berbuah 2 kali..  ok steady asri suarez, jangan hampakan kami dan adik-adik yang x sabo nak keliling pulau.
Yeah succes, let go to cyling, alahai tomeinya si Iqa ni bawa moto.. hati-hati k.. x mo laju-laju... Jom! destinasi kita petang ini adalah mendaki gunung mat chincang... tapi bukan dengan moto... jeng-jeng-jeng...
Ini dia puncak gunung Mat Chincang... nampak x menara besi tu dengan tali kabel... so kita akan naik atas puncak tu, bukan dengan moto yek, tapi dengan menaiki kereta kabel....perhhh satu cabaran yang sangat-sangat menggerunkan dan meremangkan bulu-bulu ketiak... Mulanya memang awang sangat teruja nak naik, tapi bila si Ejal Jumbo duk cerita perjalanan nek ke atas tu agak menakutkan, so terasa macam nak serender gak... mujurlah ada yang memujuk n memotivasikan semangat awang... kalo x memang x naik lah jawabnya.... Nak naik ni kena bayar Rm 30 untuk dewasa, tapi itu kalo x tunjuk My Card... If tunjuk maka dapat diskaun 50% (rm 15) sahaja.. macam nilah bagus, rakyat tempatan di utamakan.

Wuuuuuuhhoooooo!!!!! akhirnya dah naik... perhhggg gayat-gayat, memang tersangat gayat... Subhanallah!.. Ya Allah selamatkan hamba mu ini..Jangan lah jadi apa-apa.. sian nanti BMA awang jadi janda..huhuhu... Siyes awang memang pejam mata sepanjang naik.. x berani nak tengok luar... mujurlah my princes x duk skali dalam kereta kabel ni kalo x mau jatuh kemaluan... ai...
Akhirnya sampai ke puncak.. untuk pengetahuan di sini ada 2 stesen, kalo x mo n takut nak terus ke puncak, boleh turun n nikmati pemandangan dari stesen 1 jer...pastu nek keta kabel untuk turun... tapii kalo rasa macam hebat nak sahut cabaran n x mo rugi bayar rm15 macam awang so pe lagi naik lah sampai stesen 2 (ke puncak gunung)... Dah sampai pe lagi moh kita rakam kenangan bersama... pas ni x der lah peluang..
fuh memang horor rasanya bila tengok kete kabel ni... yang ini agak spesel sebab cuma staf dia jer yang boleh guna... bila tengok dorang naik benda ni sumpah memang awang tabik spring.... fuh kalo awang nak naik ni memang x la... myb ada pertimbangan kalo neelofa yang suruh...hahaha..
Haip.... aksi manja dari asri suarez bila berjaya naik sampai kat puncak... teruja katanya,.. menurutnya, ini kali ke 4 dia pergi langkawi, tapi kali pertama dapat naik kete kabel... be4 ni dia x der keberanian..so yang ini dapat keberanian lepas tengok awang berani sahut cabaran Ejal Jumbo... hahahaha.. Tercabar lah tu...
Subhanallah... memang cantik ciptaan Allah... dari atas ni kita boleh tengok pemandangan Indah pulau lang kawi... mengikut faktanya ketinggian kami lebih kurang 709 meter dari aras laut... agak tinggi tu, tapi masih x dapat lawan lagi gunung nuang yang awang pijak tahun lepas.. lebih sekali ganda tingginya... dan panjang laluan kete kabel ni dari bawah adalah 2.2 kilometer bersamaan 20 minit sahaja.. Sebenarnya ada satu jambatan gantung di sini tapi telah ditutup laluannya, mungkin faktor keselamatan kot... agak hampa gak x dapat berayun di atas ketinggian 700 meter..huhu.. apa nak buat x der rezeki..
Aik kat atas puncak pun ada peti pos???  garu kepala awang di buatnya...ermmm! errmmm! errmmm! oh myb ini untuk kemudahan yang pejabat pos wat untuk orang asli yang duduk kat dalam hutan gunung mat Chincang ni kot... x yah la dorang susah-susah nak g pejabat pos.. x gitu.. mujurlah x der pejabat pos yang di buka, kalo x memang tabik lah awang kat staf pos ni... hahahaha
Yeah, satu gambar sebagai kenangan... macam ni lah rupanya keta kabel tu yang boleh muat 6 orang..  time yang paling mencabar sebenarnya adalah turun dari puncak menuju ke stesen yang pertama sebab turunannya agak laju dan curam... masa ni lah boleh dengar jeritan-jeritan syahdu... silap haribulan ada yang terkencing di buatnya... ermmm awang walopon agak gementar tapi still cool... sebab pejam mata...hahahaha
Ececece, tomei nampaknya dia...sejuk hati.. senyum sikit...Peace


Akhirnya sampai gak ke bawah... satu lagi fakta untuk di share, tempat ni di buka pada 27 feb. 2005 untuk tarikan pelancong... dan mula di bina pada april 2001 hingga ogos 2004.. beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.. bangunan belakang itulah tempat untuk naik keta kabel..
ololo, x sabo-sabo semuanya kan,... macam kanak-kanak ribena... hehehe... cepat sikit kak, dorang ni dah terliur tengok eskem tu... haus katanya...Ok ni waktu untuk rilek sebentar melepaskan penat sebab mengelilingi kawasan sekitar... tempat ni bukan hanya ada keta kabel tapi macam-macam ada... so kalo dah sampai sini ada banyak lagi xtiviti yang boleh dilakukan.. siyes memang menarik.. nak tau kenalah datang sendiri... baru dapat rasa feelnya.
Pintu masuk ke taman geo Langkawi... kita dah habis pusing pe lagi sebelum balik meh kita abadikan kenangan bersama..
ahli bikers kental... macam ni punya semangat pusing pulau lah pe lagi...

Okay, semua sedia, 1, 2, 3... mula... jom kita pusing pulau... ada banyak lagi tempat kita nak tuju ni... apa pun ini trip yang terbaek dari kelab teknikal...

Selasa, 16 April 2013

mY lEnSa 74 ( P0seiDoN )

EvEnT        : TriP mEmaNcinG di FB
mEmbeRs   : Majins UKSB
DaTe          : 24 & 25 FeBruaRi 2013
vEnuE         : oNe FanTHoM BaNk, KlaNg

My sTorY

Assalammualaiku...

Alkisah...Ini trip memancing pertama dalam tahun ini.. dah rancang dari tahun lepas lagi.. tapi dek kerana hujung tahun lepas adalah waktu yang kurang baik untuk turun ke laut maka perancangan ditunda ke bulan satu.. itu pun berdasarkan kelander ikan yang menunjukkan keputusan yang cantik untuk memancing di laut..

Oh tidak... nampaknya bulan satu juga tidak berjaya, entah tetiba ada pulak event Jom pesta yang sengaja dibuat untuk mensabotaj trip ni... mau atau tidak terpaksa juga dilaksanakan pada bulan 2 iaitu hujung bulan... 

Destinasi yang dituju kali ini adalah rumah api di One Phantom Bank Klang dengan jarak 27 batu nautika dari pelabuhan Klang.. kira-kira 1 jam setengah perjalanannya dari darat..memandangkan trip sebelum ini ke Kelong Lukut tidak berjaya membuahkan hasil.. maka kami ambil keputusan untuk mencuba di lokasi  yang lebih jauh dan mencabar lagi...

Gambar di atas menunjukkan jeti tempat kami naik dengan menggunakan bot yang sedang berlabuh... x besar manapun bot tu...

Sebelum naik bot, sesi gambar ber ramai-ramai..itu yang paling penting... sebabnya trip ini ditaja oleh Syarikat Brother yang bermurah hati menyumbangkan t-shirt dan sejumlah wang... Terima kasih brother,,, moga jadi abang besau lepas ni yek (untung banyaklah)..

Bayaran untuk 2 hari satu malam termasuk sewa bot, makanan dan umpan ialah rm180... tapi dek kerana mendapat tajaan maka awang cuma perlu bayar rm150 sahaja... kiranya rm30 tu subsidi lah..
Para majins sedang bersiap sedia untuk naik ke bot... senjata di tangan awang dah lama diperasap dengan kemenyan n bersiap sedia untuk mendaratkan ikan kerapu 5-6 kg... x dapat kerapu thunder or alu-alu pun kira ok...

Biar putih tulang jangan putih mata katanya...
Amacam abang Boy... senyum besau nampaknya... ada harapan kot kita nak dapat hasil lumayan..  4-5 kilo tu mesti dah kompom dalam tangan katanya..

Sebelum gerak semua muka ceria.. yelah harapan seluas laut katakan.
Ermm... sebelum bertolak memang terasa gerun sebenarnya... kata-kata member sebelum ini terngiang-ngiang ditelinga... "Mabuk laut" itulah masalah yang pasti akan awang tempuhi nanti.. so menurut kata kawan awang, "Awang! kau kena ikut cara petua orang tua dulu-dulu, kalo mula rasa pening n mabuk, apalagi kasi  tutup pusat kau n jangan bagi udara masuk.. kalo masuk mau mabuk jadinya,, n silap haribulan muntah hijau lah kau...iyekkk.....

So sepanjang jalan memang petua tu yang awang guna... tutup jerlah pusat tu.. apa kaitannya awang pun x tau.. Ahakz..(muka memang pucatlah time tu)

 Minggo salah sorang pemancing tegar dikalangan kami punya idea yang lebih baik,, apalagi makan pil lah.. ok terbaek minggo... jangan x berkesan sudah..

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah api, dapat di saksikan beberapa kapal berlabuh disepanjang perairan memunggah barangan kargo... oh macam ini rupanya.. baru awang tau..  hehehe

Sepanjang dalam bot, memang satu pengalaman yang mencabar dan pertama kalinya dalam hidup awang... yelah dengan bot fiber yang boleh muat 10-12 ni merentas lautan samudera..apatah lagi dalam keadaan cuaca yang x berapa nak baik... dah macam Jack Sparrow beradu tenaga dengan dewa Poseidon gamaknya.. melambung-lambung  bila ombak besar datang melanda.. ada tikanya bot terpaksa di perlahankan untuk mengurangkan impak langgaran ombak... kalo diteruskan juga mau terbalik bot tu... mujurlah pemandu bot punya pengalaman yang luas..

Dalam kepala awang duk terbayang, janganlah terbalik... memanglah pakai safety jaket, tapi kalo dah tengah laut, dengan x reti berenangnya, pulak tu hilang di telan ombak...oh syahdu jadinya.. huhu

Paling terasa gerun bila sudah x nampak langsung daratan.. terasa macam betul-betul ditengah lautan... oh janganlah ada ikan paus or jerung... takoooottt..

tapi kalo ikan duyung x perlah... mesti lawa cam neelofa.. ahaz

Sejam lebih bergelut dengan dewa poseidon akhirnya kelihatan juga tempat yang dituju.. Ini adalah gambar rumah api yang lama yang sudah tidak digunakan lagi..
Ha! yang inilah tempat yang betul.. Sampai pun kita di One Phantom Bank.. ini rumah api yang baru, sebelah jer ngan yang lama ok..
Jangan kata nak naik atas jeti ni mudah... kalo x kena dengan gaya dan caranya, memang boleh tergolek atas tangga tu.. kira beruntunglah, tapi kalo tergolek terus masuk laut... memang x der harapanlah kecuali kalo berat korang macam sabut kelapa memang timbul...

Abang Tajil dengan sorang member Boy, hampir jatuh sebab x pandai imbang badan sudahnya herdik dengan pemandu bot,
"korang ni semua macam pondan, naik pun x reti"

Tergelak besau awang jadinya.. tapi sian ngan dorang..hehehe
Ok.. inilah peralatan kami semua nak menundukkan ikan2 Poseidon ni..
Jangan main2... boleh kata hampir semua batang n mesin yang ada ni terbaru dari kedai lagi..
kalo x dapat memang pencen lah jawabnya..


Apalagi moh kita stat memancing.. tapi sebelum tu kenalah pastikan semua senjata sudah siap sedia.. Okey awang memang teruja dan dengan semangatnya memasang mata kail.. menurut kata bro2 yang pakar, batu guna saiz 8, mata kail saiz 3/4, dan mesin guna yang 5000 punya..

Tapi bila nak mula memasang umpan, alamak... kecewanya!!!! mamat yang berjanji nak bawa umpan mati boleh tertinggal umpan.. hampeh tul.. sudahnya terpaksa guna umpan hidup.. pe lagi apolo lah caranya..
Ha tengok tu.. sepanjang petang melayan apolo, memang x menang tangan di buatnya, x sampai 5 minit campak joran, 2 3 ekor dah melekat,... hui murah rezeki.. tapi ikan x lah besar2 cuma saiz kurang satu tapak tangan.. oklah nama pun nak buat umpan hidup kan..

Trip ni kira ok sebab x perlu nak pikir pasal masak, dah ada yang tolong masakkan.. kerja kami semua pancing n pancing saja... dalam kepala mesti dapat ikan basar.. itu misinya..

Apatah lagi sebelum pegi, dah ada sorang hamba Allah yang x berjaya nak ikut trip ni, menunjukkan rasa terkilannya dengan melontar cabaran pada kami semua di FB..
boleh dia kata, "kalo bangau juga kat OPB ni kitaorang semua memang kena mandi bunga"

Sungguh tercabar rasanya awang... tengoklah nanti awang tunjukkan gambar awang pegang ikan besar punya.. nak kasi tutup mulut dia..baru dia tau sapa awang...hehehehe

Pancing-pancing juga... makan jangan lupa k... itu acara wajib... sebab malam ni nak bertarung.. (xtualy stat kul 10 malam kami ada pertandingan memancing, hadiah lumayan kot)

Di OPB ni semuanya lengkap... dapur ada, ruang tamu ada, surau dan tandas ada, peti ais ada, airkon ada, tV pun ada.. boleh kata memang selesa yang amatlah... tapi menurut kata penjaga rumah api, kawasan ni sebenarnya x boleh memancing. Ini arahan dari jabatan Laut katanya.. tapi...

Inilah dia kawasan memancing... Sehari sebelum kami sampai, kata penjaga rumah api tu adalah dekat 40 orang... mak oi ramainya... sumpah x selesa...
Ok pertandingan bermula..

jika ikut perancangannya tengah hari baru balik ke jeti, tapi dek kerana tetiba ada pegawai jabatan laut yang nak datang serbu, mahu x mahu terpaksa gak pagi pukul sebelum pukul 8 kami kena BERAMBOS dari OPB..

mak aihh.. macam tu pulaknya... huh
Muka-muka yang kemabukan bila time balik... masa ni serius semua dah parah n kritikal.. awang laaagiii lah.. sius kalo ada sorang yang muntah, kompom semua muntah..  tutup pusat pun x jalan.. yela satu malam x tido layan pancing..
 paling x tahan bila bot ni ditutup dengan kanvas so udara x masuk.. bila udara x masuk tu yang buatkan lagi parah..

Sudahnya awang pun angkat kaki duk kat belah belakang... basah pon basahlah yang penting x muntah... tengok kembali steady jer...  
Amacam besau x ikan ni... cter banyak x guna.. hehehe...
Ha yang ini plak hasil apolo yang kami dapat petang semalamnna.., menurut kata bro2 yang pakar, apolo leh main waktu malam sebab ikan x nampak...so ini hasil petang.. xtualy ingatkan nak main apolo dari pagi sampai tengah hari tapi bila dah kena balik awal memang x der harapanlah.. kalo x mau penuh 2 tong dengan ikan..

Er,mm, pertandingan mancing x der sapa yang menang sebabnya semua orang x dapat ikan sebagaimana yang tertakluk pada syarat.. lagipun malam tu cuaca x berapa elok, pukul 5 pagi ribut melanda so semua xtiviti memancing terpaksa dihentikan serta merta..bahaya wooo... mujurlah pukul 7 dah berenti kalo tidak memang sepanjang balik tu menempuh ribut poseidon lah gamaknya.

apa pun trip ni kurang memuaskan..tapi kira oklah.. 

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.