Sabtu, 3 Mei 2014

mY lEnSa 89 ( MiSi 30: m0sT aWesOmE eVer )

eVenT          : PunCak 7: DanCinG In da' sKy
mEmbEr       : Sya MiLk
dAtE            : 06 aPriL 2014
vEnuE           : BuKit Pan0raMa Sg. LemBinG PaHanG

My sTorY

Kuala lumpur-kelantan-terengganu-pahang in 2 days… wow jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh. Tambah tolak bahagi darab ada la lebih kurang 500km..  Ia sesuatu yang indah apabila perjalanan sejauh ini akhirnya berbaloi. Berbaloi dengan menikmati keindahan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Siapa sangka di tempat seperti ini ada bukit yang boleh di daki. bahkan di atas bukit ini tersimpan satu panorama indah yang sukar diungkap dengan kata-kata. Yang menjadi hamparan tatapan dan sajian mata menyaksikan kekuasaan sang Pencipta

Bukit panorama, memang sesuai dengan namanya.. awang tahu tempat ini pun dari seorang teman yang pernah mendaki ke sini. Menurut katanya, “kalo nak melihat bukti kekuasaan tuhan, datanglah mendaki bukit panorama. Insya’Allah awang akan terpegun.”

Benar bagai dikata, Maha Suci Allah, bagai kerdil diri ini berdiri menghadap ciptaan Nya. Indah! meeemang indah. So bagi menambahkan koleksi dalam list 30 puncak untuk didaki, awang dengan syamilk tak melepaskan peluang untuk berdiri di bukit ini.

Nak mendaki bukit ini tidaklah sukar.. hanya perlu stamina yang lebih untuk menapak dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya. So sesapa pun boleh naik sekalipun merangkak.

Akhirnya… 
beginilah puncak bukit ini.. agak luas berbanding bukit lain yang penah di terokai.


Matahari pagi mula memunculkan diri..

Kabus pagi, kelihatan seperti sekawan awan putih menghiasi langit sungai lembing.

Pondok yang terdapat di puncak bukit member kemudahan kepada pengunjung untuk melepaskan penat sambil menikmati keindahan awan putih.

Dancing in da sky… itu perasaan yang terbit tatkala berdiri di puncak bukit. Bak kata peribahasa melayu, “emak mandul baru beranak”

Vision with action can change a world

Realiti tak seindah fantasi, andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha dengan sendiri....

Ini keadaan pada jam 10 pagi.. kelihatan kabus yang menari di dada langit mula menyembunyikan diri setelah di panah sang mentari. kelihatan rumah-rumah penduduk di kawasan sungai lembing..

Track yang tidak memerlukan tangga untuk mendaki. Jangan risau trak begini masih ok sebab tidak curam.


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Segalanya menjadi indah dengan pendakian ini sekalipun menempuh perjalanan yang jauh. TerBAEK!!!! Sangat TerBAEK.

Selasa, 29 April 2014

mY lEnSa 88 ( MiSi 30: sPin Ur LiFe )

eVenT         : PunCaK 6: BerCabaNg-CabAnG
mEmBeRs   : sYa MiLk & aSri sUarEz
dATe          : 23 mAc 2014
vEnuE         : BukiT GasinG,

My sTorY

cuaca hari ini panas.. pukul 8 pagi dah terasa bahangnya.. ini petanda baik bagi sesiapa yang ingin melakukan aktiviti outdoor..

Bagi awang cuaca begini sememangnya sesuai kalo dapat mendaki.. bukan sahaja badan sihat, bakar kolestrol n lemak...bahkan dapat pula pengalaman baru..

Jadi untuk memperoleh manfaat dari pendakian maka awang n sYamilk mengambil keputusan menawan pula bukit gasing yang terletak di Petaling Jaya.. Awang tau tempat ini pun dari hasil lawatan sambil belajar awang di blog-blog pendaki tegar.

melalui hasil lawatan awang ke blog-blog, ramai yang memulakan pendakian dari bahagian Petaling Jaya.. Namun entah kenapa awang boleh pulak mulakan pendakian dari kawasan Pantai Dalam.. 

So gambar dekat atas menunjukkan laluan masuk awang dari taman ini.. tah awang pon dah lupa nama tempat ni.. tapi yang pasti GPS awang yang membawa awang sampai ke sini..

mulanya konpius lah juga.. betul ker tempatnya disini...sebabnya pintu masuk tidak sama langsung sebagaimana yang tertulis dalam blog-blog majin pendaki..

jadi untuk mengesahkan laluan ke bukit gasing ni maka awang pun bertanya lah dengan penjaga tandas awam yang ada di situ.. menurut katanya memang sahih tanpa keraguan lagi.. 
so pendakian pun berMULA..

Mendaki bukit gasing ni sebenarnya terlalu banyak laluan-laluan yang bercabang.. macam namanya juga gasing yang berpusing.. so laluan kami pun macam tu gak... memang boleh pening di buatnya sebab berpusing-pusing.. itulah cabaran yang ada pada bukit..

sebagaimana yang awang katakan.. setiap bukit dan gunung memang ada cabaran dan keunikannya yang tersendiri.. 
jadi inilah cabaran yang terpaksa kami tempuh.. bagi yang sudah biasa di kawasan ini mungkin tidak mempunyai masalah.. sebaliknya bagi yang baru pertama kali macam kami, memang menghadapi masalah.

Bukit ini secara dasarnya tidaklah sukar.. terdapat banyak laluan mendatar.. namun terdapat juga beberapa lalaun yang terpaksa menggunakan kudrat lutut yang lebih.. gambar diatas boleh dijadikan contoh yang laluannya mencanak turut ada.. 

Mendaki pada hujung minggu di sini tidaklah terasa sunyi walau dikelilingi pokok-pokok hutan. Ini kerana terlalu ramai majin yang menjadikan kawasan ini sbg riadah untuk bersama keluarga..terutama dari golongan cina... 
 so jangan takut, kalo sesat pun bertanyalah pada majin-majin ini..

Papan tanda arah menuju ke jambatan Gantung.
 uzurnya... pihak yg bertanggungjawab, sila ambil perhatian.. 

Yea!!! selain keunikan laluannya yang bercabang-cabang, di sini satu lagi tarikan yang boleh ditemui ialah jambatan gantung sepanjang 6.78 meter...
jangan kata mudah... bagi yang gayat macam asri, ini merupakan satu laluan yang cukup mencabar.. 

aik sya milk,, steady jer.. TerbaeK kan?
hehe

Bukan satu atau dua, tapi 3 tarikan yang boleh anda temui di sini.. yeah Menara pandang atau Tinjau..
tapi naik atas pun x der view menarik boleh di saksikan.. sudahnya kami x lama di atas..naik sekejap.. terus turun..huhu... 

tinggi menara ni awang x pasti.. terlupa nak tengok dia punya ketinggian.. so sesapa yang nak tahu sangat kenalah datang sendiri.. baru awesome namanya kan..

sepatutnya si aidili sad0-sad0 ikut sekali kami hari ni.. tapi dek kerana semalam dia tumpah darah di bukit Saga.. so hari ni dia langsung x bangun-bangun sekalipun sudah lebih 50 kali panggilan telefon dilakukan..

Mungkin Trauma mendaki semalam masih x hilang..yelah, mana x trauma, betis yang selalu dibangga-banggakannya diserang pacat.. huhu..sian dia.. 
kami simpati dengan awak aidili..huhu

Asri suarez dengan muka penat + mengantuk.. 
tu lah, sapa suh tido lewat...kan dah penat..huh

Alhamdulillah.. sampai penamat.. apa pun memang TERBAEK...
kasi thumbs up ckit sya milk...hehehe

Ahad, 27 April 2014

mY lEnSa 87 ( MiSi 3o: WaT iS uR FeaR ? )

eVenT       : PunCak 5: BL00dSucKer atTacK
mEmbErs   : sYa MiLk & aiDiLi saD0-saD0
DatE          : 22 mAc 2014
vEnUe       : BuKit SaGa aMpaNg, SeLanG0r

My sTorY

Alhamdulillah... misi diteruskan lagi..  kali ini puncak yang menjadi destinasi pilihan adalah bukit Saga di kawasan ampang.. kononnya dekat sini ada satu air terjun.. agak menarik bunyinya... tapi itu hanya sampingan sahaja.. yang penting dapat menawan puncak Saga.. itu lah matlamat utama..

untuk pendakian kali ini hanya kami bertiga sahaja... yang lain-lain semuanya bizi... nak mendaki ke puncak bukit, laluannya bermula dari Taman saga.. x susah pun nak cari.. jumpa taman saga then carilah jalan saga 28.. kompom leh jumpa..jumpa tangga besi naik dan ikutlah track yang ada depan mata... kalo sesat gak, apa susah GPS kan ada..

pagi ni perjalanan ke bukit saga agak lambat.... lambat dek kerana aidili sado-sado x bangun2 sekalipun sudah hampir 50 kali panggilan telefon dibuat..akhirnya mau atau tidak terpaksa gak pegi gegar rumah dia.. nasib lah jiran-jiran ko aidili terpaksa dengar laungan suara awang bertalu-talu.. hehe.. 

Rupanya malam sebelumnya si aidili ni balik lewat pegi clummbing.. hampeh..g  x ajak...

laluan ke puncak tidak lah sesukar mana... untuk permulaan anda perlu daki anak tangga yang agak curam gaklah.. part ni stamina kena lebih sikit...terutama bahagian kaki..

perhhh.. time ni memang syahdu sebab awang x larat.. huhu..penangan nasi lemak lah ni.. terasa lemau gila kaki..tapi kena gak melangkah...

lepas mendaki tangga lebih kurang 10 minit akan jumpa mini tokong cina.. dan di sini ada 3 laluan katanya.. tapi yang awang nampak cuma 2.. then awang pilih untuk guna track A...

20 ke setengah jam mendaki tangga barulah jumpa track yang agak landai.. time ni sya milK dah pancit.. apa da syamilk ni.. x steady langsung... cemana nak tawan kinabalu cem ni..huhu 

yeah beginilah laluannya.. agak santai..

hampir 40 minit berjalan.. akhirnya kami sampai di puncak saga.. tapi nak tgok view dari puncak ni memang x dapatlah sebab dikelilingi dengan pokok besar..


meneruskan lagi perjalanan dari puncak gunung... terjumpa lah pulok dengan satu kawasan riadah.. siap ada khemah n refill air lagi.. haha terbaiklah..

xtualy bukit ini sebenarnya ada persatuan yang menjaganya.. so agak terjaga jugalah... 

bergambar di kawasan riadah milik persatuan ntah apa ntah namanya awang x tahu..

AWAS!!! ini kawasan lebah.. hati-hati ketika melangkah.. 

signboard ni awang jumpa sewaktu meneruskan perjalanan menuju ke air terjun saga..  

mulanya kami ingat air terjun ni x lah jauh dengan kawasan riadah.. so bolehlah singgah sekejap...rupanya.....

turun bukit, naik bukit, turun bukit, naik bukit, turun lagi, pastu ikut anak sungai akhirnya kami sampai.... 

bukan sampai air terjun tapi air jatuh... huhu... 

xtualy bukan di sini air terjunnya... kena jalan lagi baru jumpa yang sebenar, cuma x sure berapa lama...

kami cuma dapat sampai sini sahaja sebab aidili mengejar masa..

yap kul 3 ptg  aidili ada rehersal tuk show malam kat PICC putrajaya..
mau atau tidak terpaksalah menapak balik dengan perasaan hampa.. nak wat cemana... 

ahhh!!!! yang penting keutamaan kami tuk berdiri di puncak saga berjaya.. itu keUTAMAANnya..

ondaway nak balik, tetiba aidili menjerit-jerit... hengatkan kena sampuk dengan jin bukit, rupanyalah betis kebanggaan dia selama ni diserang pacat..ohh Man!! tah dari mana lah si bloodsucker ni datang awang pun x tau..
tp yg pasti aidili dah seram sejuk kebiruan muka sebab takut yg amat sangat...
mak aihhh penakut gak mu aidili... kantoi sudah.."so! dis Is uR fear lah yek".. nasiblah seekor, kalo berekor-ekor terpaksalah sya milk wat pemindahan darah kek aidili melalui mulut ke mulut.. eeeiiii!!!
UWEEEKKK muntah darah.. dibuatnya..

bernafsu sungguh si pacat ni mengongkek betis aidili.. hahaha
gigit-gigit.... sedut-sedut

turun dari bukit, ada lah plak brother jual air n buah-buahan..
so pelagi syamilk n aidili yang dah sememangnya kepenatan terus bertenggek kat stall brother ni... aidili sudah semestinyalah..katanya nak topup balik darah yang kuar tadi..

hah cukup berselera si syamilk ni.. mana x nya badan penat.. haus dan lapo lagi... dapat tembikai sejuk.. perggg memang TerbaEklah.. 

pe pon trip ni still ok la cuma disapointed cos x dpt mandi air terjun.. myb akan repeat balik kot.. tap yang pasti wat is ur fear?? ur fear is bl00dsucker attack..

pacat most wanted Yoo

Khamis, 17 April 2014

mY lEnSa 86 (Misi 30: SESAT)

EvEnt         : PunCak 4: Bee faMiLy
mEmbErS   : sYa MiLk, aIdiLi saDo-saDo, DauS noN sT0p, aUntY eLL, & iNa kaPas
DatE          : 22 FebUarY 2014
vEnuE        : GunUng ToK wAn, sEmEnYih

My sTorY

Membaca berita tentang 10 budak lelaki yang sesat sewaktu mendaki gunung Tok Wan beberapa minggu yang lepas, membuatkan awang tersenyum sendiri... tersenyum bukan kerana kesesatan yang dorang alami, tetapi tersenyum mengingatkan pengalaman yang sama turut kami tempuhi... namun sesatnya kami tidaklah sebagaimana teruk seperti dorang yang sampai menjadi tajuk berita hangat di media cetak maupun elektonik...

Bagi yang kurang ketahui, gunung tok wan terletak di semenyih... Nak mendaki hingga ke puncak perlu menawan dahulu 4 puncak Broga...  sesudah itu barulah teruskan perjalanan ke puncak tok wan...

Laluan track gunung tok wan sebenarnya agak tidak terjaga... Justeru itu tidak mustahil jika ada yang sesat termasuklah awang n majins Dectar.. puncanya kerana tracknya ditutupi dengan pokok-pokok kayu tumbang dan juga daunan kering. 

walaupun terdapat marking tali merah dan kertas yang diikat dan ditabur sepanjang laluan, namun pendaki perlu melihat dengan sejelasnya marking tersebut agar laluannya tidak tersalah arah... di sinilah kecekapan leader untuk menentukan laluan sebenar supaya destinasi yang dituju mencapai matlamat..

Helaian Kain dari Kitab Sanskrit Budha

yeah... dalam dok mendaki dengan penuh semangat membara, tetiba kami sampai di sebatang pokok besar... peliknya pokok ni sebab ada banyak kain-kain merah putih biru yang bergantungan macam bendera  sukan hari keluarga...dah tengok dari dekat rupanya ada makhluk dari alam mana tah yang gantung kain-kain yang bercetakkan tulisan kitab budha... mak aih ada yang dok menurun no. ekor ker kat pokok ni.. macam haram Jadah gak..  

Anak Panah Menuju pUnCak

perjalanan diteruskan..  setelah beberapa ratus langkah menapak, kami jumpa dengan petunjuk anak panah untuk menuju ke puncak..

ha!! Petunjuk ni lah yang menjadi sebab kesesatan kami dari track yang asal... puncanya sebab ada gambar kura-kura..  xtualy di sini terdapat track bercabang dua. .. anak panah menunjuk ke kiri, tapi masalahnya apa pasal lah dorang letak gambar kura-kura, x letak gambar lain.. 

bila dah letak gambar menatang ni, so mindset kami terus bagitau, laluan ini mestinya panjang n kemungkinan untuk ke puncak sudah barangpasti sangat memenatkan... Senang cerita lambat sampai..

Jadi dengan yakinnya kami ikut arah bertentangan.. nak cepat sampai katanya.. lagipun arah kekanan terdapat marking kain merah yang diikat pada pokok.. 

sudahnya, track ada, tapi dia punya laluan nauzubillah, berjalan dilereng bukit.. memang makan buku lali lah jawabnya.. sudahlah lereng bukit, laluan juga ditutup dengan pokok-pokok besar yang tumbang.. x ker cari masalah namanya tu.. alahai.. 

Ha macam ni lah lebih kurang tracknya... yang ini masih di kira okay lagi... tapi beberapa tempat, langsung x nampak track sebab daunan kering menutup laluan... Apapon Alhamdulillah selamat... x der lah sampai jadi tajuk berita...

nasihat awang, gunung ni x ramai yang nak mendakinya.. sebab tu track agak tidak terjaga..so kalo nak mendaki gak, g reramai n tengok tul2 dan ingat laluan supaya tidak sesat..

Flora yang terdapat di dalam hutan yang kami temui... menurut kata seorang aunty chinese yang kami jumpa, jarang pokok ni keluarkan bunga... myb setahun sekali atau 2 kali.. so kiranya kami ni kira bertuah lah sesangat dapat jumpa bunga ni... 

nama bunga x dapat dikenalpasti... tapi yang pastinya, pemandangan sekitar tu memang tersangat cantik.. 

Alhamdulillah, setelah hampir sejam berjalan dari puncak Broga, akhirnya sampai juga di puncak tOk waN... Puncak tok wan agak berbeza dengan puncak gunung yang lain sebab di kelilingi dengan pokok-pokok.. kalo x der papan tanda yang kata ini puncaknya.. sumpah memang semua x tau... kawasannya pun lapang dan mendamaikan..

Glory, Glory man United.. terbaeklah..
Mafla Flag berkibar di puncak To Wan..

Jom selfie.. ahakz..... xtualy ketika di sini aidili Sado-sado menjadi sasaran lebah..  tu yang awang letakkan nama Bee family..
apa pon trip ni memang terbaik..  sebab kami gerak sebelum subuh dengan harapan nak tengok matahari terbit di atas puncak.. tapi malangnya hanya dapat tengok dekat pekan semenyih.. hahaha..padan muka...

Sabtu, 12 April 2014

mY lEnSa 85 (MiSi 30: HanGaT MeNyEnGaT)

EvEnT          : punCak 3: sePasaNg kAsuT di AtaS bAtU
MeMberS    : sYa mILk, aIdiLi da' tiTan, DaUs nOn sT0p, aUntY eLL, & InA kaPaS
DaTE           : 22 FeBuaRy 2014
VeNuE        :  BrOga HiLL

My sTorY

Ini kali kedua awang menawan puncak broGa.. sekali dahulu dengan syahrIL member yg awang paksa untuk temankan awang... tapi  kali ini kerana nak memenuhkan senarai 30 puncak gunung dan bukit untuk di tawan, jadi Broga menjadi pilihan ke 3 bersama Majin deCtar secara sukarela....

Pendakian kali ini tidak begitu mengujakan bagi awang.. mungkin kerana terlalu ramai yang mendaki...dan sejujurnya, awang x suka keadaan begini...tiada privacy katanya...tapi kena lah terima kenyataan, mana x nya hari ahad..kompom lah ramai... kalo kat johor x per gak sbb ahad kerja... ye dok..!!

Pendakian kali ke 2 ini semestinya cukup berbeza dengan yang pertama.. bukan sahaja suasananya yang terlalu ramai, tetapi track laluan juga berbeza... jika dahulu masih banyak pokok2 yang tumbuh malar segar memayungi track... kali ini banyak pula pokok2 yang dah hilang... jadi track laluan ketara panasnya.....

Sepasang kasut putih ini menjadi bukti puncak broga berjaya ditawan.. cuma sedikit kesal, kasut ini terpaksa awang buang seusai tiba di kaki bukit..Dah koyaklah..huhuhu

MeNtaRi TerBiT di uFuk TiMur

Jika awang x silap, Broga mempunyai 4 puncak yang menarik..Di setiap Puncak tidak terdapat pokok-pokok besar yang meneduhkan puncak.. apa yang ada hanya lalang-lalang merimbun dan batuan besar yang menjadi hiasan puncaknya. Setiap hujung minggu bukit ini akan sentiasa dinodai oleh para pendaki yang ingin meNikmatI keindahan matahari Terbit... dek kerana itulah seawal 2 pagi sudah ada yang meredah kegelapan dan kedinginan malam semata-mata untuk memuaskan keinginan mereka ..

KeeP sMiliNg, iT maKes people woNdeR wHat u're Up t0

400 meter itu ketinggiannya.... nak kata penat mendaki? alamak x terasa lah pulak... myb sebab x tinggi kot.. so sesapa rasa nak kan cabaran mendaki, Broga bukanlah tempat yang ideal... tetapi jika ingin melihat cantiknya mentari bangun setiap pagi... yap ini lah tempat yang paling sesuai...

Hoyeeeh! HoYeeeH! jom kita melompat... tunjukkan xpresi kejayaan kita...

waktu ni puncaknya tersangatlah hangat lagi menyengat... pukul 1 tengah hari kot... terasa pijar juga kulit bila dipanah mentari tengah hari... apa pun cabarannya, yang penting kita enJoy..

xtualy time beginilah baru terasa privacy nya ada... jika pagi sememangnya laluan ini cukup penuh dengan ratusan manusia.. berbagai ragam berbagai gaya dan berbagai bauannya...awang sajes bek naik time hari kerja memang x ramai... silap2 langsung x der...itu pon kalo yang x mahu bersosak-sosaklah macam awang... laluan sepanjang jalan agak curam... kalo panas terik begini laluannya agak licin dengan tanah pasir.. dan kala hujan terlagi lah licinnya... so kena hati-hati..paling penting kasut yang dipakai mempunyai tapak yang sesuai dan mencengkam...

sekali pandang puncak BroGa ni dah macam dalam citer owang putih.. yang awang ingat tajuknya "Brave" lakonan mEl GibSon... best citer tu... 

so x yah duk sibuk g luar negara.. kat dalam negara pon ada gak..lebih kurang sama jer... jimat pon ye gak...apa pun trip TerBaeklah walopon dia hangat dan Menyengat... 

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.