Selasa, 11 Ogos 2015

mY lEnSa 107 (GuaRDianS 0f de' peAk)

eVenT     : Berdua MenduA
dAte        : 28 fEbuaRi 2015
vEnuE      : GunuNg Tampin N9
mEmbeR  : LaNdaX

My sTorY

Gunung Tampin N9. Sudah lama  gunung ni bermain dalam kotak fikiran awang. Seolah-olah menyeru dan memanggil awang untuk menawan puncaknya. Datok dan Angsi dah habis awang kekah segenap inci jasadnya. Dan hari ini tiba giliran tampin menjadi mangsa. akan awang nodai segenap inci tubuhnya tanpa tersisa. Pedulikan  apa si Syamilk nak kata, ada awang kesah? itulah.. sapa suruh sibuk memanjang, kalau tak, mungkin kita bertiga dapat memahat nama bersama. 

Jam 9 pagi membelah laluan highway plus menuju ke Tampin dengan satu matlamat menawan puncak Tampin. Kononnya di atas puncak terdapat segerombolan entiti yang menjaga sekitar puncak. Majin rimba katanya. Jika benar bagai dicanang, akan awang buktikan menjadi ingatan. Bukan untuk awang! tapi untuk sesiapa sahaja dikalangan marhaein gunung yang ingin ke puncak.  

Berpandukan kepada GPS mazda2, pintu masuk masih gagal di kesan. puas pelbagai cara diguna, ada kala dan tikanya GPS manual juga diguna. "bang mana pintu masuk ke Gunung Tampin" "ok adik jalan terus, kanan, kiri depan belakang, jumpa la nanti" itu yang dikatanya, namun bayang pintu masih tidak ditemu. hampir sejam mencari. Sah! memang Sah! Ini menguatkan lagi andaian awang, mungkin si penjaga gunung tidak mahu kami menjejakkan kaki di tanah miliknya. "Jahanam punya entiti" phuii la.. 

5 batang rokok seusai habis dihisap, dengan kadar masa hampir sejam lamanya berpusing dan terpusing, barulah pintu gerbang terpampang jelas di depan mata. Kering sudah tekak membaca pelbagai doa yang dihafaz termasuklah doa makan. "deiii apada! doa makan pon ko baca ke" tempelak si landak. "gwe nak makan roti ni dak" getus awang.

Apa pon Alhamdulillah jumpa gak pintu masuknya...
   
Matahari terik cukup membahangkan tatkala memulakan langkah pendakian. semangat yang membara sejak lama dulu, perlahan-lahan mula mengikis dipanah bahang mentari jam 11 lebih. pendaki lain sudah lama hilang, hanya kita berdua yang ada "nampaknya ini pendakian kita yang paling lewat setakat ni ya Dax" huhuhu.. " x pe! walo panas tapi trek masih redup sebab banyak pokok yang payung" tambah landax.

trex laluan tar bengkang bengkok menjadi ujian ke puncak. susah? hehe... x lah susah mana pon santai je... ini kalo buat speed turun naik 2/3 kali ok ni... kata latihan rinjani...hiii 

Penat mendaki, rehat mengambil nafas seketika di pondok-pondok yang tersedia. Ada beberapa pondok yang didirikan. luas dan selesa.. selesa untuk buat projek xxx...ini berdasarkan pemerhatian awang, terdapat 2-3 couple duk melepak di pondok-pondok ni... memang jahanam..huh

Bukan setakat pondok yang tersedia. Rupanya di sini juga ada mini air terjun. Menarik juga, nak mandi? boleh tapi kawasannya tak lah luas sekadar berendam kaki tu cara gak lah..

Alhamdulillah, akhirnya setelah sejam memulakan langkah pendakian sambil mengira jumlah tiang, sampai juga di puncaknya.. kesemua tiang yang ada berjumlah 93 batang...  x caya? hang kira lah sendiri..huh

di puncak gunung tampin, tidak akan dapat melihat beirut sebagaimana biasa kerana yang ada hanyalah kem askar dan menara pencawang Telekom.. dari puncak juga memang tidak ada harapan bagi pendaki untuk sesuka hati amik gambar kenangan apatah lagi melihat pemandangan dari puncak gunung. pendek kata aktiviti bergambar diharamkan sama sekali oleh penjaga puncak. so kalo nak amik gak, pandai-pandailah yek.. kena tangkap jangan nak membongak.

Cuba satu yang awang rasa bengang teramat.. kalo dah x bagi mana-mana pendaki amik gambar, letaklah papan tanda larangan bergambar...so semua yang naik maklum lah dengan larangan tersebut... tapi bila papan tanda larangan x der, ko janganlah nak marah kalo ada yang gatal tangan amik gambar..  mana lah kita tahu kan..ni semua memang jahanam punya orang la..grrrr

Di sebabkan atas puncak x dapat melihat pemandangan so, awang terpaksa mengambil inisiatif lain, caranya dengan memanjat pokok yang ada... dan inilah hasilnya...tadaaaaa....hehehe

Walaupun pendakian ini tidak disertai ramai majin, hanya berdua,..sekurang-kurangnya sampai jua awang di sini.. kalo ramai lagi menarik, tapi nak buat lagu mana semuanya sibuk mencarmakan diri.. apapon terbaek dari awang...

Ahad, 12 Julai 2015

mY lEnSa 106 ( JusT oNe niGht )

eVenT      : mEncaRi kOnkLusi
dAte         : 14 FebuaRi 2015
VenUe      : GunUng NuaNg SeLanG0r
mEmbErs : sYa MiLk, LanDaq KeriNg, dAus PoYo, & aik Man Saje


My sTorY

Gunung Nuang antara gunung yang ohsem untuk di daki, sekali lagi menerima kehadiran awang untuk kali yang ketiga. Trip kali ini awang bawa 3 majins yang belom pernah menawan nuang, sapa lagi kalao bukan landaq kering, daus Poyo dan aik man saje..

Pendakian kami bermula seawal jam 5 petang, agak lewat kerana menyetelkan segala masalah yang tidak terduga. Untuk pendakian ini awang pastikan segala kelengkapan dan makanan mencukupi kerna tidak mahu peristiwa hitam lalu berulang kembali.

Nampaknya laluan menuju ke puncak dari pintu masuk nuang berubah hampir seratus peratus. bermula dari pintu masuk, laluan balak telah disimen hampir 3 atau 4 km jauhnya. semakin selesa bagi pendaki berbanding setahun yang lalu. mungkin ini caranya untuk menarik lebih ramai pendaki mengunjungi gunung nuang.

jangan ingat walaupun laluannya simen x penat.. choii la.. sejam berjalan penat kot.. nak bawa khemah ngan beg lagi.bukan ringan tu.. tapi apapon bila time amik gambar kenalah posing bebetui.. kasi seennyum sikit.."
sepanjang laluan balak ni, kalo x silap ada la 4 pondok chek point yang boleh digunakan untuk recas balik tenaga yang hilang.. selesa pon yek... huhuhu

"kalo dah gini la laluannya, x yahlah nak berjalan bawa beg berat-berat.. pas ni, naik basikal pon ok... nak lagi rare naik keta...hihihi.. 

hampir dua jam berjalan akhirnya sampai ke penghujung laluan balak... so dari sini laluan dah agak menyukarkan tapi jangan wisau trek tak susah..cuma ikut penanda dan kertas yang ditabur sepanjang laluan..

nak buat daypack ke puncak gunung boleh je tapi kenalah pastikan betul-betul tenaga dalaman tu sekuat gajah jantan.. sebab laluan ke puncak memang agak mental bagi yang lemah tenaga batin.. so bagi aik man dan poyo yang hanya bertenagakan siput bara, mahu atau tidak terpaksa la just one nite di camp site..kalo tidak..peroi la dorang ni..hehehe

akhirnya berguna juga khemah yang awang beli 3 tahun yang lalu.. inilah pertama kali guna..hahaha terbaeklah..

jam 3.30 pagi tersedar setelah dikejutkan dengan sesuatu yang begitu tengik dan busuk yang menyelinap dalam rongga hidung waktu enak dibuai mimpi indah. baunya sangat berhampiran dengan khemah. bangun dan tinjau diluar tidak kelihatan apa pon.. bau juga hilang dibawa angin.. memang saspen. yang peliknya dorang berempat boleh tak bau.. musykil sungguh.. 

apa pon jam 4 pagi setelah bersarapan apa yang patut untuk bertenaga seperti gaban sepanjang mendaki ke puncak, aiman, syamil, landax n poyo memulakan langkah dengan misi membawa aik man melihat bumi selangor dari puncak gunung Nuang.

Awang? ermmm... memang x ikotlah.. mental woo.. sambung tido dalam khemah lagi syyiiiooook...cukuplah 2 kali mental naik nuang ni.... x moh lagi lah.. hihihi.. apa pon sepanjang gelap menuju terbit mentari awang tak tido.. menuunggu si benda tengik tu datang lagi..kalo dia datang memang awang perambat..ujar awang dalam hati...  tapi sayang benda tu muncul..hihihi takotlah tu..

Akhirnya misi berjaya.. tahniah aik man dan poyo...hola..hola... walopon tenaga siput bara tapi kau berjaya gak...hehehe..Torbaikla

Isnin, 18 Mei 2015

mY lEnSa 105 ( uNtuK yaNg ke- 3 kaLinYa)


eVenT           : iTs a BeauTiFul dAy
dAte              : o3 FebuAri 2015
vEnuE           : GuNunG Dato' N9
mEmBerS     : Sya MiLk, LanDaq KerinG, DaUs p0y0, wIt da w00d, mR. mAn-J, mAjinS pRektiKal & mAjinS mEra

My sTorY


untuk kali yang ketiganya awang menjejakkan kaki di gunung Dato'. kali ini awang bertanggungjawab membawa kekawan yang tak pernah mendaki, merasai sendiri nikmat mendaki. 

perjalanan bermula.

terbaek kata sya Milk...

majins praktikal dari UPSi... pengalaman pertama mendaki katanya.. 

entah macam mana pokok ni boleh tumbang masa awang bersandar...nak kata pokok tua tak juga, mungkin betullah kata seorang kawan yang awang ni ada tenaga melangkau ultraman..

Laluan menuju ke puncak dato' agak mencabar sebab dari kaki gunung membawa ke puncak tak de yang landai atau menurun, mendaki terus.. so pastikan sebelum mendaki buat regangan otot secukupnya. jika tidak jangan menangis kalau terpaksa turun dengan kaki menggigil. silap hari bulan guna dagu.

bagi yang pertama kali mendaki, jangan bimbang sebab trek laluannya jelas. Tapi satu yang betul buat awang musykil, macam mana lah banyak kes pendaki boleh sesat. ini mesti kes sel otak tak berhubung.. hehehe

Bagi yang fitness macam awang, sejam setengah dah boleh sampai puncak, sebaliknya bagi yang ala-ala nak fitness tu mungkin amik masa 2 hingga 3 jam. apa pun tempoh masa bukanlah perkara utama, yang penting dapat sampai puncak, itu kepuasan bagi pendaki.

Sememang bagi awang, puncak gunung dato' menjanjikan pemandangan yang cukup menarik selain dari cabaran laluannya yang berterusan mendaki. Dari puncak gunung kita boleh nampak sebahagian besar hamparan bumi negeri sembilan yang menghijau. sangat berbaloi bagi yang gemarkan pemandangan. 

bagi awang, antara beberapa gunung di negeri 9 yang pernah didaki, puncak dato antara yang terbaek, apatah lagi puncaknya luas dengan batu yang besar, tapi peru hati-hati lah yek sebab anginnya agak kuat di sini. 

Entah macam mana boleh pulak awang jumpa mamat ni..haha, katanya nak ubat ketagihan mendaki lepas gantung beg.. apapun lu memang tetap rare la bro..

ini pertama kali bawa pendaki dalam jumlah yang agak besar. bukan takat tu, yang join ni plak antara yang tak pernah mendaki, apa pun yang penting korang hapy..

sejam duk kat puncak, masa untuk turun. Apapun trip ni baek-baek sahaja.


Ahad, 17 Mei 2015

mY lEnSa 104 (miSi 3o : Sudah Terang Lagi Ber BuluH PerutNya)


EveNt       : MeMbuRu KuTu
dAte          : 18 JanuAri 2015
VenuE      : BuKit Kutu Kuala KuBu Baru
mEmbErs : sYa MilK, AiDiLi sAd0-sAd0, aSri sUareZ, DauS p0y0, LanDaq KerIng, SyEd


My sTorY

Bukit Kutu Kuala Kubu Baru bukanlah bertaraf bukit sebagaimana gelarnya, tetapi selayak dan sehebat cabarannya bertaraf gunung.

Untuk pendakian kali ini, awang bersama majin dectar terpaksa bergerak seawal tengah malam menuju ke Pekan Kuala Kubu Baru dengan rancangannya tidur di RnR atau dalam kereta. Sebab utamanya kerana kami tidak mahu lewat mendaki jika bergerak terus dari bangi pada waktu pagi.

So pendekkan cerita kami terpaksa tidur di masjid pekan Kuala Kubu Baru, itupun kerana tidak mampu lena di dalam kereta dek gangguan bunyi kenderaan dan serangan Nyamuk.

Seusai solat subuh dan bersarapan, perjalanan diteruskan dengan mencari pintu masuk ke kaki gunung berpandukan signboard Kampung Orang asli Pertak. mudah sahaja ke kampung ini, jika dari pekan Kuala Kubu Baru, teruskan perjalanan ke bukit Fraser. Dalam kurang setengah jam perjalanan, akan jumpa empangan di sebelah kiri. Lepas jambatan sedikit, akan jumpa signboard belah kanan sebagaimana gambar dibawah. masuk dan teruskan perjalanan hingga hujung.  

Tanda Arah menuju ke Kampung Orang Asli Pertak. 

sepanjang perjalanan dapat dilihat rumah-rumah orang Asli 

teruskan perjalanan hingga jumpa kereta yang dipaking banyak-banyak. itu tanda dah sampai. beginilah keadaan paking kereta di sini. agak terhad.

So kalo dah paking keta, pe lagi siap-siap semua, jom kita gerak. 

Semangat majins dectar berkobar-kobar nak tawan puncak katanya. jambatan pertama yang akan diseberangi.

awal laluan nampak cantik tapi.... 

di bukit kutu ini bukan sahaja terdapat gunung untuk di daki, bahkan ada juga sungai untuk beriadah. Airnya memang superb jernih, bersih dan yang penting giler sejuk ..grrrr

Jambatan kedua selepas berjalan dalam 20 minit. jambatan ini agak terlindung dengan semak samun. Kami pun dah hampir tersesat, mujur ada uncle Cina yang bagi tau. kalo tak memang jahanam.. "Tank Q uncle, u punya anak banyak comel le..hiii"

Hati-hati melangkah..

Sungai ketiga tidak ada jambatan. So terpaksa la redah...huhuhu. 

Terdapat dua cabang laluan so amik kanan jangan ke kiri yek...

Trek laluan menuju ke puncak.

Redah lagi anak sungai. kalo tak silap awang, ini sumber air yang terakhir, pasni tak jumpa dah.. 

Check Point Kedua

Gunung Bukit Kutu sememangnya antara gunung yang unik pada awang kerana di Gunung ini banyak terdapat pokok-pokok Buluh. Boleh kata ini hutan buluh. So kalo nak cari buluh untuk Meriam memang banyak stok lee..

laluan untuk ke puncak juga agak tidak terjaga kerana di penuhi pokok-pokok buluh yang tumbang. so kena hati-hati lah yek..

Antara cabaran gunung ini ialah terpaksa merangkak di beberapa lokasi.

Lagi bertambah uniknya gunung ini kerana terdapat batu-batu besar gabak sebelum tiba ke puncak. wuiioo. kagum sekejap awang... 

Alhamdulillah, setelah hampir 4 jam mendaki, sampai pon ke puncak. 

Puncak Bukit Kutu. Sebenarnya bagi yang fit dan bertenaga tahap cipan jantan, 2 atau 3 jam dah boleh sampai puncak. tapi memandangkan kudrat kami hanya kudrat manusia biasa maka tempoh masa 4 jam adalah tempoh masa yang ideal katanya.

Puncak gunung bukit kutu sedikit berbeza dengan puncak gunung-gunung yang ada di semenanjung kerana puncaknya terdiri dari batu-batu besar yang hampir sama seperti puncak gunung Dato di negeri Sembilan. 

Bagi pendaki yang ingin berdiri di puncak batu, disaran mengambil langkah yang cukup berhati-hati terutama ketika angin kuat melanda. kalo jatuh memang tiada harapan nak hidup. tangga yang disediakan juga agak curam. so make sure mind ur step..

Each one of Us has our own eVolution oF life, and each one Of uS goes through diffrent tests which are unique and challenging. 
But certain things are common. And we do learn things from aech others exPerience. On a spiritual journey, we All have the same destination..

Menurut kisahnya, di gunung ini dahulu ada sebuah keluarga british yang tinggal di sini, kerana itu terdapat tapak bekas rumah banglo lama yang hampir runtuh di sini. apa terjadi pada keluarga tersebut tidaklah diketahui. 
Bergambar berlatar belakangkan cerobong asap. terbaek boh..

air sungai kat sini sejuk woo.. so kalo tak mau mendaki bolehlah camping di sini.

Alhamdulillah, akhirnya jam 6 petang awang n the majins berjaya turun di kaki gunung. sememangnya pendakian di gunung ini cukup mencabar, bukan sahaja laluan treknya yang panjang dan dipenuhi pokok-pokok buluh hingga menutup jalan, tetapi cabaran yang paling  syahdu sebab tetiba perut awang meragam dek penangan mee hoon goreng. Sudahnya terpaksa lah awang cari port tersembunyi..
"memang hawau la lu landaqs..tak pernah-pernah gwe punya perut meragam sepanjang daki gunung, tapi sebab lu ikot trip, perut gwe terkejut biawak jadinya"

apa pon trip ni memang TOerbAekk sesangat. Kipidap   

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.