Khamis, 4 Julai 2013

mY lEnSa 77 (SpAcE uNLimiT)

EvEnt          : HarI aStRonOmi SeDuniA
MeMberS   : da Bosz, Lin KlaTe, Zeddy, TaJuL & aMer photoraper
DaTe           : 19-21 aPriL 2013
VeNue        : Balai CeRap, KlaNa BeaCh ReSorT, PD

My sTorY

"PerCutiaN Astronomi" First time dengar,,wah macam menarik! agak-agak macam mana agaknya percutian astronomi ni yek? ... Peluang macam ni bukan selalu dapat, so bila di offer oleh bos  awang untuk cover story berkaitan program ni, memang terus jer la awang terima... Lagipun bukan awang sorang jer yang kena cover tapi team al-Islam n infiniti pon turut join gak... mana x nya kami dapat 4 bilik free dari penganjur, so rugilah kalo awang sorang jer yang pegi.. kan kan

Baitul Hilal, bangunan untuk mencerap anak bulan... ini antara bangunan yang paling canggih kat asia tenggara sebab teleskop yang digunakan satu saja kat dunia. Jika mengikut kata penjaga bangunan ni yang sempat awang intebiu, pada tahun 2006/2007 jab. agama Islam dan kerajaan negeri N9 bersepakat untuk membangunkan kawasan ini sebagai tempat melihat anak bulan yang mempunyai kapasiti paling moden.

so rm40 juta dah dibelanjakan untuk projek ini merangkumi pembinaan hotel dan Bait al-Hilal. Hasilnya bulan Julai  2011 ia dibuka sepenuhnya untuk pengunjung. Bagi yang minat nak tengok ET, Pikor n makhluk2 angkasa dialu-alukan datang....

Sebelum memulakan perjalanan ke angkasa raya, kami semua dibawa melawat dan mendengar penerangan berkaitan ilmu astrono0mi serta ruang galaksi dari Ustaz Zaki yang menjaga Baitul Hilal. Di sini juga ditempatkan koleksi barangan astronomi dari tembaga dari abad ke 12 lagi... fuyooo hebat tu... bukan model tapi barang sebenar yek... harap maklum...

teleskop yang tercanggih dan terbaik sekali di dunia... sebabnya teleskop ini boleh turun sehingga 0 darjah hingga ke paras laut.teleskop biasa lazimnya hanya mampu turun hingga 30 darjah sahaja.. hebat X ?

teleskop ini ditempah mengkiut keperluan sendiri dengan kos sekitar rm1.4 juta.. lagi hebat walaupun ditempah dengan syarikat luar (New York Amerika) tapi ia dipasang sepenuhnya oleh anak tempatan yang memang minat giler dengan ilmu angkasa... bangga la beb... kita mampu bersaing dengan orang asing...

menurut kata Ustaz Zaki, objektif utama pembinaan bait al-Hilal ini adalah memberi pendidikan, pembelajaran dan kesedaran pada rakyat Malaysia khususnya budak-budak sekolah untu berkecimpung dalam bidang astronomi, bukan gangsterisme...

lagipun kalo zaman dulu kita ramai ulama-ulama Islam yang mengusai bidang astronomi... sekarang jer yang dah kurang... Yang betul-betul mahir 2 3 orang jer kot... so bila dengan pembinaan bait al-Hilal ini manatau semakin ramai yang berminat nak jadi macam DR. faiz...

xtualy teluk Kemang adalah antara lokasi yang paling baik di asia tenggara untuk menempatkan teleskop ni sebab kedudukannya yang terletak disemenanjung... nak tengok anak bulan di sini paling strategik... bukan semua tempat yang boleh tgok anak bulan sekalipun di puncak menara KLCC sebabnya light position.. 

untuk info juga bulan april merupakan hari astronomi sedunia, so kat sini memang disambut tiap2 tahun..Ini antara aktiviti yang sempat kami sertai sepanjang berkampung 2 hari di Bait al-Hilal membuat peta bintang..  jangan kata senang... fuh.. memang berpeluh-peluh gak nak membuatnya... apa yang paling penting skali semua alatan cukup... tugas awang just amik gambo jer...  

Tadaaaaa.... siap pon.. dengan Bangganya Lin Klate dan Zeddy pen. editor Infiniti menunjukkan hasil mereka... cayalah

Gambar bawah ni, awang, n kak Syam.pen. editor al-Islam sempat bergambar ngan Dr. Faiz selepas intebiu dia... walamak Terbaiklah...  

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.