Selasa, 21 Januari 2014

mY lEnSa 81 (tHe pLaN)


EvEnT         : tHe BurNt 0FFeRinGs
MeMbeRs  : Sya MilK, aiDili da' TitAn, SyeD da' 0Ld SkUlL, aSri suAreZ, aI ManZ, aSri Bonch It & wAn pOco-PoC0
DaTe          : 20 OktoBer 2013
VeNue       : DuSun Tua HuLu LanGat

My sTorY

Malam minggu lalu, awang diajak oleh majin dectar tuk join dorang main laser tag..  Ini pertama kali awang dengar perkataan tu... so nak dapat input lebih apalagi, search lah kat Google...

Rupanya ini sejenis permainan yang sama tapi langsung x serupa dengan Paintball... lokasi yang dipilih tuk main permainan ni di belakang IKBN Dusun Tua Hulu Langat...

Sampai jer lokasi, pe lagi terus pasang khemah tuk dijadikan tempat beradu,... ini yang menariknya tempat ni sebab dengan bayaran sebanyak RM25 kami boleh main dari malam sampai 5 pagi.. n kemudian tido dalam khemah yang disediakan... tapi semua pakat x tido Khemah...apada membazir jer pasang..

sebelum game dimulakan, sesi penerangan oleh cik Wan Hafzan, merangkap mantan budak teater Rimba UKM...

Xtualy Dia gak yang memperkenalkan tempat ni tuk kami berhibur menghabiskan sisa malam minggu dengan aktiviti berpaedah... dah dia keja situ, so pe lagi promot habis-habisan lah...

antara kata-katanya yang masih terngiang-ngiang hingga kini dilubang telinga awang ialah:

"game sama tapi x serupa dengan paintball, sebab game ni x guna peluru. So kena tembak banyak mana pun x mungkin akan sakit, senang citer x der langsung nak lebam-lebam n berbirat badan."

"game ni hanya boleh dimainkan dalam gelap, so tempat ni hanya dibuka waktu malam, tuk laser tag.. tapi kalo nak main benda lain macam flying fox, atau water rafting boleh main waktu siang..."

"Game ni boleh korang main sampai 5 pagi, jadi suka hati koranglah nak main berapa kali round pun, yg penting 5 pagi kena stop.. yelah nak solat subuh.. ingat! main-main gak tapi solat pon kena jaga.."

"Setiap orang akan ada 3 nyawa, sapa yang kena tembak, selagi lampu kat dada x mati dianggap masih hidup lagi"

"marshal akan bagitahu sapa-sapa yang dah mati.. jadi nama yang disebut kena keluar dari kawasan permainan"

"cara main senang saja, bunuh semua pihak lawan, sapa pihak yang mati awal di kira kalah."

okay rasanya setakat tu yang awang ingat apa yg dikatakannya...

Dah bersedia semua... alatan di dada tu awang x ingat namanya tapi benda tu yang menunjukkan berapa banyak nyawa yang ada... so wajib dipakai..

not bad lah gaya korang... tapi belom cukup menggerunkan...hehehe

...majin-majin Dectar...

set lengkap bagi laser tag..(SEnapang dan set nyawa.).. peluru kalo habis boleh reload balik macam main counter strike.. setiap warna pada senapang dan nyawa mewakili kumpulan... ada merah, biru, hijau, dan kuning... so game ni boleh dimainkan 4 kumpulan sekaligus... Cara gak kan... 

main laser tag di sini  memang syok sebab kawasannya lapang x macam main kat shoping mall.. dapat rasa udara yang segar..cuma rasa penat giler sebab berlari kejar pihak lawan.. lagi satu, kita x perlu pakai mask, or baju tebal-tebal...

sesapa yang x pernah try, awang nasihat cubalah try,, memang seronok giler.. lagi seronok sebab boleh main sepuasnya dengan hanya RM25...  tapi kalo nak main yang lain gak cam flying fox or water rafting yang x berapa nak rafting, kena lah tambah lagi... 

tempat solat turut disediakan so, x yah risau k,...

bagi yang x tau nak buat apa malam2 hari..mencari-cari xtiviti menarik lain dari yang lain, or yang x pernah dengar atau mencuba permainan ni, awang sajest cubalah main... dijamin seronok, harga pun x mahal.. sakit pon tidak, cuma penat sahaja.. apa pon memang TerBAEKlah tempat ni.. kasi thumbs up sikit.

Ahad, 19 Januari 2014

mY lEnsA 8o (PaGodA FLaG)


EvEnT       : PaCak BenDera PagOdA
MeMbeRs : aSri SuaRez, Sya MiLk, aiDili da' tItan, aNg iPiN, & SyeD da' Old skULL
DaTe         : 12 0kTObeR 2013
VeNue      : BukiT TabUr TamaN MeLawaTi Kuala Lumpur

My sTorY

Hari ni awang daki bukit Tabur... dah lama nak daki tapi x der kesempatan.. so bila sya milK kata dia nak daki bukit ni dengan aIdili da' TitaN, so apa lagi bagai orang sakit perut jumpa jamban... 
 laluan menuju ke pintu masuk track bukit tabur... kena lalu saluran macam kat atas ni...

pintu masuk trek mendaki..Taman Negara Selangor...okay semua muka nampak ceria,... steady la geng... tapi pasni korang mesti x kan senyum macam ni...hehehe

Mula mendaki... ha macam mana ok lagi x?

Ni dia,...! tadi korang senyum jer kan,.. ha nampak curam gila laluannya, siap pakai tali kau nak naik ke atas tu... nasiblah hang lah yang badan besaw macam Syed da' 0Ld SkuLL n Ang Ipin... sapa suh x mo fit... 
So kepada SESAPA
Nak mendaki ni pastikan pegi bersama kawan-kawan yang prihatin dan bertanggung jawan mcm Aidili n Sya Milk n asRi SuaRez..Kerjasama penting... if ada problem camni boleh saling membantu... x gitu..

Sapa kata laluannya mudah... agak mencabar dan tinggi... trek nya juga bukan semua tanah liat, tapi berbatu dan berpasir.. so pastikan kasut mendaki sesuai, dan mengambil sikap berhati-hati dalam setiap aspek..

EvEry Day maY noT be GuD, 
buT
thEre iS somEthInG GuD iN eVeRy daY....

Antara trek laluan paling mencabar... nak mendaki tiada Masalah bagi Awang, cuma nak Turun sahaja yang aGak suKar.. apa puN Alhamdulillah, semuanya sempurna...
laluan ini menuju Puncak yang Tertinggi... nak mendaki kena la ada skiLL yg betul mantaP... bak kata orang kalo kail panjanG sejengkal janganharap boleh usha Neelofa...   HUH...

Amacam Sya MilK terbaEk kan... Ini baru namanya Hiking... 

Alhamdulillah, lihatlah dunia,... akhirnya Pagoda FLaG dapat berkibar juga di puncak bukit TabUr...  Misi Ke-3 mengibarkan Flag...TerbaeKlah awAnG...

YEAHHHH...... setelah hampir 2 jam mendaki akhirnya tiba juga di puncak... kredit tuk Ang ipIn dan Syed da' Old sKulL, usaha dan penat lelah membawa bebanan di tubuh anda berBaloi akhirnya... 

Kami Berjaya sampai ke PuncaK... (EndiNG of Tabur EasT)
ingat next peak is GununG DatOk...

Sesi melempas otak merancang aktiviti sepanjang tahun 2014... 

Menikmati viEw terindah menghadap emPangan yang awang pun x tau apa namanya... well terbaek bukan! Peace!!!!!

sekitar pemandang yang dapat dilihat dari puncak bukit Tabur... 

antara batuan yang boleh di dapati di laluan sepanjang perjalanan

walaupun mengambil masa selama 4 jam perjalanan (sepatutnya 1 or 2 jam sahaja) semuanya hapy... lambat sebab ada yang tidak biasa mendaki, injured dan hujan... apalagi geng please thumbs up sikit.. cayalah..

trek terakhir menuju ke kereta... semua nampak penat tapi hapy.. 
Dah penat membuang kalori dan tenaga, so pe lagi moh la kita pekena ayam penyet indon kat area ampang..



Bukit tabur sememang tidak asing bagi para pendaki tegar seperti awang... walaupun ia hanya bukit namun bagi yang tidak biasa memanjat pasti akan memberi sedikit kesusahan dan kesukaran... Bukit ini juga banyak mendatangkan korban bagi pendaki... so di sini, awang nak kongsi sedikit kronologi mangsa-mangsa yang menjadi santapan bukit ini:

Berikut merupakan senarai kes-kes lampau di Bukit Tabur yang berakhir dengan kecelakaan:

  • 5 Januari 2014:Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

  • 3 Disember 2013:Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

  • 28 September 2013:Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

  • 17 Disember  2012:Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

  • 19 Disember 2009:Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

  • 23 September 2009:Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

  • 28 Mac 2009:Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

  • 15 Oktober 2008:Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

Sumber dari Laman web Astro Awani...

Jumaat, 3 Januari 2014

mY lEnSa 79 ( tHai eXpreSs)

EvEnT     : aRouNd da' w0rLd bY tRaiN
MemBer  : AsRi SuaRez
DatE        : 11 to 15 sEptEmBer 2013
VeNue     : BeHinD da KL t0 HatYai t0 BanGkok

My sTorY

Pekikan suara keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjerit-jerit seakan melodi indah yang memecah keheningan malam. Bunyinya bagaikan satu sorakan semangat pada kami untuk memulakan perjalanan jauh.

Jauhnya hingga melangkau sempadan Malaysia. Satu episode baru bagi awang untuk merasai pengalaman ini. Menjelajah ke negara luar dengan usaha sendiri membuat awang begitu teruja. Bermakna ini negara kedua yang bakal awang terokai bersama asri suarez, selepas Tunisia pada tahun yang sudah.

Sudah bayak kali juga merancang, akhirnya ia menjadi kenyataan. Kami memulakan perjalanan dari KL sentral untuk menuju ke Hatyai. Memandangkan tiket dibeli secara ondaspot, mahu atau tidak, terpaksa juga mengambil seat ekonomi berharga RM48 sebab yang berkatil sudah penuh ,di isi dengan mereka yang inginkan keselesaan sepanjang perjalanan.

Perjalanan dengan KTMB berbeza dengan perjalanan State Railway Thailand (SRT). Ini kerana KTMB menyediakan koc-koc yang berbeza-beza. Ada koc yang mempunyai bilik bagi mereka yang inginkan PRivasi. Ada koc yang hanya menyediakan katil sahaja dengan ditutupi tirai. Dan ada koc yang disediakan kerusi.

Kerusi yang disediakan juga berbeza-beza mengikut koc. Ada koc yang kerusinya selesa macam koc kami dan ada juga yang hanya tangkap muat sahaja. Itu mungkin bergantung pada harga tiket yang dibayar. Ala kulli hal, semuanya bergantung pada duit. Bak kata orang “Ada duit adalah selesa, x der duit sendiri faham la.

Sendiri Faham la apabila sudah merasai pengalaman memenatkan begini. Bayangkan jarak dari Malaysia ke Bangkok sahaja sudah sejauh 1500km.... so jika pergi balik bermakna 3000 km.. hermmmm memang jauh... sangat jauh... jauh beribu batu.. apatah lagi dengan menaiki keretapi yang mengambil masa berhari-hari lamanya.. duk dalam gerabak sahaja.. Fuh betul-betul mencabar mental..

Mental awang tetap stabil sekalipun menempuh kesukaran tahap gaban begini...  semua ini berkat dari didikan aBah awang sejak awang mula boleh merangkak lagi ... so Kredit tuk abah Awang..hehe...

Hehe,.. gelak kecil tanda semangat menulis.. So dah tidur satu malam di Hatyai, esoknya kami bergerak menuju pula ke Bangkok juga dengan ketapi, tapi bukan KTMB, sebaliknya SRT. nak naik SRT ke bangkok ni ada 2 pilihan samada nak yang murah atau mahal..

Mahal punya tiket kita citer nanti dulu... skang nak citer yang murah.. so ketapi murah x der aircond.. bermakna kita boleh bukak tingkap macam tingkap bas coastal yang ada kat kampung awang.... kusi dia pun agak besar and di laluan nya ada tempat letak barang...Waktu siang tempat letak barang tu diletaknya bantal or cadar yang dibungkus kain putih...nampak memang sempoi gak...nak lagi clear tengok gambar jer sudah... ketapi ni paling sesuai tuk perokok-perokok tegar macam asri suarez... nak merokok kat seat pun x der masalah.. 

Masalah pertama yang kami hadapi bila naik ketapi ni adalah x jumpa mana satu seat kami...ingat salah ketapi kot...sebabnya beli tiket yang berkatil tapi x nampak langsung kelibat katil....,.. apalagi ngan cemasnya menjajau la kami cari dari satu koc ke satu koc..... ketapi dah nak gerak ni.. kalo salah ketapi, mau lebur trip ke bangkok.. masuk angin lah jawabnya... sudahlah tepaksa tunggu 2 jam dari time asal...  itu dah angin gak, kalo terlepas, memang satu badan awang berangin... terkentut-kentut la jawabnya.. silap haribulan kuar paper stesen ketapi hatyai meletop awang bom..hahaha...

Hahaha... tanya ngan brader yang pakai topi kat atas tu rupanya la kami bukan salah ketapi or salah koc, tapi katilnya akan dipasang pukul 7 malam... Cesss saja nak uji kesabaran awang gamaknya...  

Gamaknya, begini keadaan ketapi tailand.. betul-betul old school..nampak begitu antik bila pintu nya pun masih lagi guna kayu.. dah macam ketapi dalam citer Cowboy or indiana Jones.. Walaupun nampak antik tapi sejujurnya awang rasa selesa sebab x der la tidur dalam kesejukan aircond.. yang ada kipas sahaja.. Satu perkara yang perlu diambil perhatian, pastikan jangan sesekali keluarkan tangan or kepala dari tingkap, sebab jarak antara tingkap dengan pokok2, tiang atau bumbung rumah tersangatlah dekat..

Dekatnya lebih kurang satu jengkal.. so kalo x mau  putus kepala or tangan janganlah tunjuk berani... satu lagi yang anda kena pastikan, jangan beli makanan yang dijual dalam keretapi sekalipun buah-buahan..setiap kali ketapi berenti kat stesen memang ramai yang naik jual hasil produk mereka.. langkah ini perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anda terutama bila melancong.. Yelah dorang ni asal boleh jer, n x berapa nak mementingkan kebersihan sangat... nanti kalo dah sakit perut, nak berjalan-jalan pon x der mood.. lagi satu bagi (muslim) kot-kot yang dijual tu ada daging babi or anjing or kucing, or ayam,  x memasal kena samak dalam perut.. Sanggup?

sangup x sanggup kena hadapi juga.. kata nak merasa hidup berkelana di bumi orang, so kena lah tahan lapor sikit... barulah rare x gitu...

Gitulah yang terjadi saat balik ke Malaysia.. sebab dari bangkok ke Malaysia kami punya perjalanan lagi jauh.. kalo time pergi kami dari hatyai, tapi balik dari bangkok terus ke Padang Besar perlis.. stok makanan yang ada cuma sebotol air mineral 500ml dan 2 bungkus biskut cokolat orea.. oklah tu, dikira memadai.. masih lagi dianggap makanan mewah dalam ketapi..

ketapi yang kami naik time balik malaysia lebih moden lagi.. KTMB pun x boleh lawan nampaknya.. masih lagi mempunyai ciri-ciri ketapi SRT lama, tapi dah dinaiktaraf.. buatan Korea.. design katil dan tempat duduk masih sama, cuma yang ni lagi selesa sebab ada tempat pijak kaki dan letak kasut..lebih luas. pintunya pun otomatik, lalu jer terbuka sendiri.. Tapi yang x best sebab tingkap x leh buka, bermakna malam tido memang sangat sejuk sebab suhu Aircondnya melampau-lampau.. Pukul 7 malam akan ada staff yang akan menukar seat menjadi katil, so x payah nak tunjuk rajin sangat.. dan satu lagi yang paling awang suka naik ketapi ni sebab ada plug untuk cas hp dan ada singki kira macam dapur la gak.....memang terbaek... hai kenapalah KTMB x mau buat macam ni...

Macam ni punya selesa, x rugi bayar mahal...Cafe dalam gerabak pun dah macam dalam restoran, siap ada tv karaoke lagi.. makanan yang dijual pun macam-macam pilihan...nak rasa tomyam pork pun ada.. makanan halal memang ada gak tapi awang nak makan macam was-was, sebabnya dapur yang awang nampak ada satu jer.. Tah-tah dorang ni kongsi dapur dengan makanan x halal.. so langkah terbaik just minum kopi panas sambil menikmati lagu-lagu tailand... Sungguh Asyik Gitu...

Sungguh Asyik Gitu negara tailand.. Melangkah kaki dalam stesen Hua Lampong Bangkok tailand sahaja sudah cukup membuka minda awang, bagaimana pemikiran, budaya dan kehidupan rakyat negara gajah putih... Bagi mereka kedudukan sami adalah yang paling tertinggi selain institusi diRaja.. so jangan pelik or marah jika anda disuruh bangun untuk bagi tempat anda jika ada sami x dapat tempat duduk dalam kenderaan awam.. Stesen ketapi Hua lampong ni besar n luas..  jangan takut musolla pun turut disediakan kalo kita nak solat... luas dan selesa..

Penghargaan terima Kasih pada BRO Nasri yang banyak berkongsi cerita tentang tailand pada awang sepanjang perjalanan dari hatyai ke bangkok..(banyak citer pon sebab dia boleh kecek klate) .
Bro! lu kata x penah makan KFC kat tailand sebab x halal kan, so wa dah makankan KFC bagi pihak lu sesampai sahaja di bumi Malaysia... amacam okay kan..!

pe pon trip ni terbaek.!!!  

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.