dAtE : 23 - 29 diSEmbEr 2014
vEnuE : KePuLauAn acHeh IndonEsia
mEmbErs : MeK sU, aRe mIr, Wan Tb9 & BaK tB9
My sTorY
Satu dekad telah berlalu. Aceh yang dahulunya hancur dalam masa 10
minit dikisar badai tsunami, kini sudah mampu kembali tersenyum berdiri megah
dalam tempoh 10 tahun. Provinsi Aceh mengundang detak kagum bagi sesiapa sahaja
yang berdiri di atas jasadnya.
Secara fizikal, kawasan di hujung Sumatera ini bahkan lebih dari
pulih seperti sediakala. Rumah penduduk dibangun lebih banyak daripada jumlah
yang hancur akibat bencana. Jalan-jalan raya bertar teratur indah menghubungkan
setiap kawasan dan penempatan penduduk.
Bergambar di Laman Masjid Baitul Rahman bersama photoghrafer UKSB dan TV9 dan wartawan TV9
Sekolah, hospital, bangunan-bangunan kedai, pejabat dan
masjid-masjid berdiri megah membuktikan rakyat Aceh telah bangkit dari lumpuh.
Dana sumbangan Rp 70 triliun dari berbagai belahan pelosok bumi digunakan
dengan sebaiknya.
Begitulah keadaan Aceh ketika ini saat awang menjejak kaki meneroka
bumi bertuah pilihan Tuhan Rab al-Jalil yang menunjukkan kuasa Nya.
Alhamdulillah semuanya berlaku atas kehendak Nya. Seminggu di sini
atas tanggungjawab yang telah diamanahkan telah memberi ruang dan peluang awang
menyaksikan sendiri kesan-kesan tsunami yang melanda Aceh seusai 10 tahun
berlalu.
Sememangnya penduduk Aceh sangat kuat dan tabah dalam
mengharung nikmat dan ujian Allah ini, sehinggakan jika anda ke sini,
seolah-olah tidak akan percaya aceh pernah dihentam tsunami yang impaknya lebih
hebat dari bom atom yang melanda Nagasaki dan Hiroshima satu waktu dahulu. Perubahannya
cukup ketara.
Keadaan Kapal nelayan yang terdampar di atas salah sebuah rumah di kampung Lampulo. Menariknya, malam sebelum tsunami melanda, pemilik kapal sedang tidur dalam kapal di atas air laut, sedar pada waktu paginya kapalnya sudah berada di atas bumbung rumah.
Kawasan ini telah dibeli oleh kerajaan untuk dijadikan tugu peringatan dan tarikan pelancong. Ada kisah mistik disebalik pemilik rumah ini sebelum berlaku tsunami, tapi nak berkongsi di sini memerlukan ruang yang panjang.
Keadaan dalam rumah di tingkat dua. di sini anda dapat saksikan gambar-gambar sewaktu kejadian tsunami melanda.
Salah sebuah kapal besar yang terdampar beberapa kilometer di kawasan bandar ketika tsunami melanda. Bayangkan betapa hebatnya ombak tsunami hingga mampu menolak kapal PLTD seberat 2 600 tan ke daratan. Subhanallah
Kini kapal tersebut menjadi objek pelancongan bagi pengunjung yang datang ke Acheh. dan menurut katanya kapal ini juga akan dijadikan muzium.
Awang sempat bergambar berlatarbelakangkan pasar aceh yang terletak di bahagian luar masjid Baitul Rahman. nak shoping telekung aceh, di sinilah tempatnya.
Pemandangan di sekitar pasar Lampulo waktu senja.
rumah tradisional Aceh terletak berhampiran makam Iskandar Muda. Pengunjung hanya boleh melawat disekitar kawasan namun tidak dibenarkan untuk naik atas.
Kawasan perumahan penduduk yang telah dibangunkan kembali pasca tsunami. Gambar di ambil dari atas kapal PLTD. Boleh disaksikan betapa jauhnya kapal tersebut berlabuh dari laut.
Salah sebuah kawasan yang dulunya teruk dilanda tsunami. Kini selepas 10 tahun kembali membangun.
Inilah perkampungan turki. Dinamakan Turki sempena bantuan yang diberikan negara tersebut dalam membangunkan perkampungan ini. Sebelum tsunami kawasan ini sangat padat dengan penduduk berjumlah lebih 7 000 orang. Namun kini yang tinggal hanya sekitar 600 orang sahaja. 6400 orang yang syahid dalam bencana tersebut.
Di kampung inilah hanya masjid sahaja yang berdiri kukuh ketika tsunami iaitu masjid Rahmatullah. Bangunan selebihnya musnah dibadai tsunami. Jarak kampung dengan pantai sekitar kurang 1km
Gambar diambil di atas menara masjid Rahmatullah berlatarkan kawasan perumahan penduduk yang dibangunkan oleh kerajaan Turki.
Kesan bencana tsunami yang merosakkan sekitar kawasan masjid dikekalkan hingga sekarang untuk menjadi tatapan generasi akan datang. Walaubagaimanapun kawasan lain dalam masjid ini telah dibaik pulih.
Empat orang mangsa yang sempat awang temubual untuk berkongsi kisah tragis ketika tsunami membadai kampung mereka. salah seorang dari mereka ada yang pernah tersangkut di pokok kelapa selama dua hari.
Muzium Aceh.
Bagi pengunjung yang datang ke aceh dan ingin melihat sendiri kesan-kesan tinggalam tsunami, datanglah ke sini. pastinya anda dapat melihat bagaimana kesengsaraan mereka menempuh nikmat tsunami dan membangunkan kembali peradaban mereka.
Bergambar di depan pintu masuk kediaman Gabenor Aceh
Bergambar bersama Gabenor Aceh seusai temubual dijalankan. seorang yang humble dan santun pertuturannya.
Miss Universe Aceh. comel-comel sokmo
Bergambar bersama sultan Aceh.
Simpang masuk ke bot atas rumah.meh shoot satu gambar..
Perkuburan Massal,
salah sebuah taman syurga yang dihuni ratusan ribu syuhada yang terkorban
ketika tsunami melanda.
Makam Syiah
Kuala (dianggap karamah) yang tidak terjejas sekalipun dilanda badai tsunami. Menurut
penduduk tempatan malam sebelum tsunami melanda, terdapat sekelompok pegawai
keselamatan meraikan hari krismas dengan berpesta arak dan perempuan di kawasan
pantai berhampiran makam. Tindakan biadab
mereka ini menjadi antara punca kemarahan Alam hingga membadai Aceh.
Pasir di
kawasan pantai ini bukanlah kuning keemasan sepertimana kebiasaanya, tetapi
berwarna kehitaman.
Singgah sebentar
melepas dahaga. Terbaek.
Pemandangan
dari puncak salah sebuah bukit. Waktulah inilah kami teruk di marah pak askar
kerana mendaki tanpa kebenaran.
Aceh
sememangnya satu lokasi menarik untuk dikunjungi. Walaupun peradabannya pernah
luluh sepuluh tahun yang lalu, namun mereka tekad bangkit dan kini kesan-kesan
tsunami hanya tinggal kekal dalam kenangan warganya. Secara fizikalnya kini,
anda pasti akan tertanya “betulkah tsunami pernah melanda?” sekiranya anda
memijakkan kaki di atas jasadnya.
Aceh kembali
bergegar, bukan dibadai tsunami tetapi dibadai kebangkitan semangat warganya
untuk maju kehadapan.