dAte : 28 fEbuaRi 2015
vEnuE : GunuNg Tampin N9
mEmbeR : LaNdaX
My sTorY
Gunung Tampin N9. Sudah lama gunung ni bermain dalam kotak fikiran awang. Seolah-olah menyeru dan memanggil awang untuk menawan puncaknya. Datok dan Angsi dah habis awang kekah segenap inci jasadnya. Dan hari ini tiba giliran tampin menjadi mangsa. akan awang nodai segenap inci tubuhnya tanpa tersisa. Pedulikan apa si Syamilk nak kata, ada awang kesah? itulah.. sapa suruh sibuk memanjang, kalau tak, mungkin kita bertiga dapat memahat nama bersama.
Jam 9 pagi membelah laluan highway plus menuju ke Tampin dengan satu matlamat menawan puncak Tampin. Kononnya di atas puncak terdapat segerombolan entiti yang menjaga sekitar puncak. Majin rimba katanya. Jika benar bagai dicanang, akan awang buktikan menjadi ingatan. Bukan untuk awang! tapi untuk sesiapa sahaja dikalangan marhaein gunung yang ingin ke puncak.
Berpandukan kepada GPS mazda2, pintu masuk masih gagal di kesan. puas pelbagai cara diguna, ada kala dan tikanya GPS manual juga diguna. "bang mana pintu masuk ke Gunung Tampin" "ok adik jalan terus, kanan, kiri depan belakang, jumpa la nanti" itu yang dikatanya, namun bayang pintu masih tidak ditemu. hampir sejam mencari. Sah! memang Sah! Ini menguatkan lagi andaian awang, mungkin si penjaga gunung tidak mahu kami menjejakkan kaki di tanah miliknya. "Jahanam punya entiti" phuii la..
5 batang rokok seusai habis dihisap, dengan kadar masa hampir sejam lamanya berpusing dan terpusing, barulah pintu gerbang terpampang jelas di depan mata. Kering sudah tekak membaca pelbagai doa yang dihafaz termasuklah doa makan. "deiii apada! doa makan pon ko baca ke" tempelak si landak. "gwe nak makan roti ni dak" getus awang.
Apa pon Alhamdulillah jumpa gak pintu masuknya...
Matahari terik cukup membahangkan tatkala memulakan langkah pendakian. semangat yang membara sejak lama dulu, perlahan-lahan mula mengikis dipanah bahang mentari jam 11 lebih. pendaki lain sudah lama hilang, hanya kita berdua yang ada "nampaknya ini pendakian kita yang paling lewat setakat ni ya Dax" huhuhu.. " x pe! walo panas tapi trek masih redup sebab banyak pokok yang payung" tambah landax.
trex laluan tar bengkang bengkok menjadi ujian ke puncak. susah? hehe... x lah susah mana pon santai je... ini kalo buat speed turun naik 2/3 kali ok ni... kata latihan rinjani...hiii
Penat mendaki, rehat mengambil nafas seketika di pondok-pondok yang tersedia. Ada beberapa pondok yang didirikan. luas dan selesa.. selesa untuk buat projek xxx...ini berdasarkan pemerhatian awang, terdapat 2-3 couple duk melepak di pondok-pondok ni... memang jahanam..huh
Alhamdulillah, akhirnya setelah sejam memulakan langkah pendakian sambil mengira jumlah tiang, sampai juga di puncaknya.. kesemua tiang yang ada berjumlah 93 batang... x caya? hang kira lah sendiri..huh
Cuba satu yang awang rasa bengang teramat.. kalo dah x bagi mana-mana pendaki amik gambar, letaklah papan tanda larangan bergambar...so semua yang naik maklum lah dengan larangan tersebut... tapi bila papan tanda larangan x der, ko janganlah nak marah kalo ada yang gatal tangan amik gambar.. mana lah kita tahu kan..ni semua memang jahanam punya orang la..grrrr
Di sebabkan atas puncak x dapat melihat pemandangan so, awang terpaksa mengambil inisiatif lain, caranya dengan memanjat pokok yang ada... dan inilah hasilnya...tadaaaaa....hehehe
Walaupun pendakian ini tidak disertai ramai majin, hanya berdua,..sekurang-kurangnya sampai jua awang di sini.. kalo ramai lagi menarik, tapi nak buat lagu mana semuanya sibuk mencarmakan diri.. apapon terbaek dari awang...