Selasa, 27 Julai 2010

My LeNsa 10 ( i-cT Flora )




My sTory

Bulan ni awang sempat menggunakan khidmat L110 untuk memburu view2 yg menarik.. tu pun secara kebetulan yang dirancang..haha... berkesempatan untuk membawa keluar gadis jelita pergi ke pameran bunga antarabangsa kat Putrajaya n ke tempat yang awang x penah sampai mana lagi Sunway Piramyd dan I-Ct kat Shah alam tu.. dah lama nak kuar ngan gadis ni, so ni la kesempatan terbaek yang awang dapat.. kalo x bila lagi.. kata orang pancing dah mengena bila umpan kena sambar, so sbg pemancing yng profesional maka awang dengan rasa riaknya menyentap la batang joran..

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, pepatah ni kira agak kena la ngan situasi perjalanan awang kali ini.. mulanya x rancang pun nak kuar ngan 2 gadis tu, just nak kuar ngan herman jer amik gambar2 kat pesta bunga tu..tp memang nasib awang yang agak baik maka dapatla kuar ngan dorang, x la susah nak pujuk just bg tau nak g tempat mnarik so dorang pun ngan semangatnya nak join..

Untuk perjalanan ni kitaorang terpaksa sewa keta kanch dengan harga rm 40 selama setengah hari... hui kira murah la gak, spek keta pun ok x der masalah..body pun nmpak baru.. so gadis yang menjadi model awang tuk view ni namanya suzaima ngan hidayah.. dorang spoting lisbon punya orang...budak silat..akhirnya berjaya gak aku usha dorangkan...kuikui

Tempat pertama kitaorang pegi pesta flora kat putrajaya... ni hari last punya so agak ramai la umat nabi adam ni, kena plak hari ahad fuh memangla x leh ckap.. awek2 pun ramai la yg trun tp awang terpaksa kontrol. yela dah nama bawa gadis, kalo mata melilau dikatanya awang ni mata keranjang...haha kitaorg x lama kat pesta ni dalam sejam lebih jer, pusing2 sambil tangan x lepas mengambil shot2 yang menarik.. tahun ni dikatakan x la besar sangat macam sblum ni.. bunga pun x banyak, tp bagi awang yang penting kita org hapy dah ckup..

Lepas habis pemburuan gambar yang menarik, kami terus menuju ke Sunway Piramyd.. tujuan kesini adalah untuk melihat macammana view kat situ.. awang x penah pg jd kesempatan ni x disia-siakan.. puas berjalan kami makan McD..ingat nak main luncur ais tp masa tak mengizinkan so just tegok jerla... nak main Bowling, si budak pompuan tu x mau, maka terpaksala berjalan jer sampai kul 8...nampak macam best jerla luncur ais tu, teringin awang nak cuba, myb len kali kot..

Destinasi terakhir kami I-Ct shah Alam.. kata orang tempat tu menarik sebb menggunakan sistem lampu yang paling canggih.. kos keseluruhan tempat tu jer makan 2 billion.. secara jujurnya memang menarik sesangat macam kat oversea..banyak gambar yang diambil.. warna-warni la.. korang tengokla sendiri gambar2 yang awang amik tu..hehehe. tp satu masalah yang awang hadapi bila guna L11o ni, banyak gambar yang x menjadi, sebab lighting kawasan tu jadikan gambar banyak bebayang.. macam2 mode awang guna tp x leh gak... terutama bila awang x guna Flash.. nak wat macam mana ek... last sekali terpaksa la awang guna kan kepakaran yang termaksima untuk snap gambar menarik.. so pasni awang akan tingkatkan lagi skil n fahamkan segala fungsi L11o ni...

Pepon pengalaman kali ni memang best, sekurang-kurangnya tuk bulan 7 adala edisi yang dapat awang kongsikan dalam blog ni..k

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.