Selasa, 31 Ogos 2010

My LeNsA 14 ( MeRdeKa vs MaRaBaHaYa )




My sTorY


MERDEKA! MERDEKA! mERDEKa................

tIAP-Tiap tahun dengar perkataan ni dilaungkan.. yang first laung dah tentu la Tunku Abdul Rahman PM kita yang pertama...stat dari tu semua orang dok sibuk cakap bout merdeka sampai la ni dah 53 tahun merdeka orang duk laung gak...dari yang budak baru nak blajar ckap sampai la yang tua x reti nak cakap pon sibuk sebut perkataan merdeka ni...kalo tanya makna dah tentu la banyak sangat versi pandangan dorang yang tah paper jer... Merdeka mean Bebas tu dah memang otomatik simpan dalam pala otak setiap orang, bebas dari apa?, Ha yang tu lak timbul macam2 versi definisi, bebas dari penjajah la, bebas dari kena takluk la, bebas dari perkara negatif n bebas segalanya lah.... btulkah kita BEBAS n sudah bebas??? selama mana kebebasan yang kita kecapi dan sejauh mana kebebasan yang kita rasai????

BEBAS.... adakah dengan mencapai kebebasan ini maka kita boleh buat aper sajer yang kita inginkan..????. hanya dengan mengatakan kita sudah merdeka maka kita boleh suka suki jer wat aper yang kita nak....oh itu kah makna kebebasan sekarang, apatah lagi dengan wujudnya suhakam maka suara-suara yang inginkan kebebasan mutlak semakin lantang kedengaran... sana sini dicanang ini hak kami, ini urusan kami, so apa hak awak tuk mengganggu...kubur masing2.. kalo awak ganggu kita jumpa di court...

lihat di bandar- bandar semacam KL... ramai di kalangan kita hidup hanya untuk diri sendiri, semakin lupa dengan kehidupan bermasyarakat, hingga maksiat dan kemungkaran semakin bermaharajalela... pelbagai kes dan kerosakan sosial yang terjadi, sumbang mahram, berzina, buang anak, rempit, black metal, pelacuran n banyak lagi semakin membarah dalam kehidupan masyarakat kita...Adakah ini kebebasan yang kita inginkan dan selalu kita laungkan..oh sedih melihat nyawa manusia yang begitu murah seperti sampah...di Palestin mayat bersepah kerana berjuang Fi Sabilillah, tp di Malaysia mayat bersepah kerana harganya yang begitu murah, macam sampah....Sampah kah kita ni... ????? mungkin ya mungkin tidak....

53 tahun bukan lah angka yang kecil.,,,lebih setengah abad kita nikmati..sejauhmana kita syukuri, tepuk dada tanya pada hati,.. "Ya Allah inikah yang kami cari selama Merdeka ini..." Inikah harga yang harus kami bayar untuk keMerdekaan ini??? jika iman bersarang di hati sudah tentu hidup mendapat keredhaan ilahi..

adakah ini kesan kebebasan yang di kecapi atau kerana globalisasi hingga manusia mengalami evolusi seperti teori Darwin..bezanya darwin mengatakan Beruk mengalami proses perubahan menjadi manusia tetapi hakikatnya manusia yang berubah menjadi beruk...sudah hilangkah ciri2 kemanusian hingga tindakan, pemikiran dan sikap diimplimentasikan kepada sifat kebinatangan malahan lebih teruk dari itu.. seolah-olah manusia cerminan kepada seburuk-buruk haiwan. Jika haiwan membunuh sebagai alas perut dan kesinambungan hidup tetapi manusia membunuh untuk mendapatkan keseronokan bahkan lebih jijik dari itu menjadikan darah daging sendiri sebagai mangsa memuaskan nafsu serakah mereka.

Bersediakah kita menghadapi manusia-manusia beruk ini dalam kehidupan kita yang akan datang??? mari sama-sama kita renungkan dan bersedia menghadapinya....

Sambutan merdeka kali ni sekali lagi dibuat di DEcta kerana tahun ini Merdeka jatuh dalam Bulan Ramadhan seperti tahun lalu..walopon begitu sambutan kali ini adalah sambutan yang paling x best penah awang rasa sepanjang awang kat ukm...terdapat beberapa situasi yang menjadikan sambutan tahun ini langsung x hapening antaranya:

1. ramai kekawan dah konvo
2. dapat seat yang paling atas n paling blakang ( seat yang paling murah )
3. x dapat sesama nyanyi n pegang bendera atas pentas
4. decta dipenuhi dengan student U lain
5. decta dipenuhi dengan budak KARISMA yang sangat mengHAMPEHkan
6. x dapat makanan langsung ( kebuloq ) x macam sblum ni
7. x der persembahan yang mnarik ( ucapan + perasmian + puisi + slide show budak KARIMA yg bongek + penyampaian hadiah + laungan merdeka )
8. Pengacara lelaki cam sengal
9. tension ngan gelagat dorang
10. x dapat amik banyak gambar ( gambar yg ader pown kurang mnarik )

itu la 10 sebab knapa Merdeka Tahun ni x meriah... dan ini yang dapat awang kongsikan dalam blog semoga kemerdekaan yang kita kecapi kini sentiasa di susuli dengan kesyukuran dan keimanan kepada Tuhan Pencipta Yang Maha Esa ( Allah Rab al-Jalil )

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.