Sabtu, 27 November 2010

mY lEnSa 20 ( SeNja NaN InDaH )











My sTorY

Hari ni hari yang indah,.. duduk menghadap matahari terbenam menghadap laut....Subhanallah inila saat yang dah lama awang ingin nikmati selama hidup hampir 27 tahun...tiada apa yang mampu diucapkan hanya kalimah pujian untuk yang Maha Esa tanda mensyukuri nikmatnya...segala yang dirancang berlalu dan berlaku dengan indahnya bahkan diberikannya lagi nikmat berganda...Alhamdulillah..hanya itu sahaja yang mampu diucapkan berulang kali...

Duduk menghadap dan melihat satu keajaiban kebesaran Allah Swt adalah sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup awang...banyak perkara yang membuatkan awang berfikir dengan bebas, kenapa, mengapa, bagaimana, bila dan apa sahaja yang berlaku di dunia ini mempunyai sebab dan musabab...hanya Allah Swt yang tahu jawapannya...dan manusia seperti awang hanya diberikan sedikit ilmu yang cetek sebagai bekalan untuk kehidupan di alam lain nanti..

Barang siapa yang mensyukuri nikmat Allah Swt, akan ditambah berlipat ganda dan barangsiapa yang tidak mensyukurinya dan bersifat angkuh maka bersedialah untuk menerima azabnya...

Manusia seperti awang seringkali tersalah faham kenapa kita diciptakan, seringkali mengabaikan tanggungjawab kita terhadap pencipta, seringkali lupa dan leka dengan nikmat dan kesenangan dunia tanpa mengambil iktibar segala yang pernah berlaku..tak mustahil pun kerana ramai dikalangan kita tidak mahu mengambil tahu sejarah lalu, apatah lagi mempelajari sesebuah sejarah... banyak alasan yang diberi...n jawapan yang biasa didengar " sejarah ni boring, mengantuk, x penting n macam2 lagi" ni berdasarkan jawapan dari kawan2 awang sendiri, sedangkan dalam al-Quran lebih separuh menceritakan tentang sejarah kerana ia satu peringatan...tepuk dada tanya selera kata orang tua..

Persoalan dilontarkan diatas adalah sebagai satu implementasi dalam minda awang petang tadi.. sebenarnya petang tadi awang ke Olak Lempit banting mencari sample data kajian..macam biasa la cari orang tua tuk ditemubual. mulanya dapat sorang, kmudian anak nenek yang awang jumpa td ajak awang g jumpa sorang lagi yang penah hidup zaman Jepun.. Alhamdulillah dipermudahkan, ikut perancangan nak jumpa sorang dapat 2 orang..so habis temubual baru pukul 5, nak balik awal lagi, pop... otak tetiba bagi idea, awal lagi ni lepak kat pantai morib bagus gak boleh tengok matahari terbenam, cuaca pun ok...so terusla awang memandu ke sana...

2 jam gak awang duk tepi pantai ngan L110, wah bestnya duk petang2 ditiup angin laut, terasa damai jer... tapi yang x bestnya duk sesorang, kalo ader member kan bagus...huhu nak wat cam na semua member dah semakin pupus, yang tinggal pon x dapat nak join...bz ngan kapel memasing...yela hari cuti ni dorang mesti nak g kuar jejalan ngan buah hati...hehehe...tapi awang pon dah biasa gak jalan kemana2 sorang jer, sampai penah kena pow la kat petaling street.. hehe pengalaman yang mnakutkan gakla....

kat Morib ni, so far ok la, cuma pantai x leh mandi, airnya kotor, kalo setakat nak jejalan tepi pantai n duk kat kaki air itu ok la gak...nak banding ngan Nakhoda Omar, yang kat Morib ni lebih hapening...ader kawasan permainan, bebudak men layang-layang, n kawasannya pun tengah membangun, ader la tempat makan yang selesa, yang awang rasa baru jer di buka...ramai gak family n kapel yang duk melepak kat situ... cuma satu jer yang paling awang sedih... ramai yang datang tu kebanyakkan nya Melayu, for sure agama Islam la, tp bila azan magrib dorang smua leh wat dono jer, padahal masjid seberang jalan jer...saf solat pon sekadar 1 perseparuh, kalo la yang kat tepi pantai tu ke masjid semua awang kompom nak wat solat jumaat dah terlebih cukup... ni la yang awang kesalkan...kalo la tetiba Allah swt datangkan Tsunami kat pantai tu, Ha haru biru nanti... ni la manusia2 yang leka... Sian kat dorang...awang hanya mampu berdoa jer la dalam hati..

bukan nak kata awang ni bagus sangat cuma x sedaplakan, apa agaknya kuarga2 China ngan India yang ader kat situ fikir... ntahla...takut gak awang dibuatnya..takut dengan natijah yang bakal berlaku...hoho...apa pun hari ni memang best,..

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.