Khamis, 1 Mac 2012

mY lEnSa 54 ( aKtiVitI BaRu )



MeMBers: hanaFi MaStika & boY gRafik
VenuE : Rumah Rakit Telok GonG KlaNg
Date : SabTu & Ahad 28/29 JanuarI 2012

My sTorY

Alhamdulillah sejak mula penghidupan baru menjadi warga utusan ini, banyak perkara dah berubah. salah satunya adalah awang dapat melibatkan diri dengan aktiviti memancing..



memang sangat berminat ngan memancing, tapi dek kerana tiada kawan yang sealiran maka minat tu hanya sekadar di simpan dalam hati...

la ni ia dapat di realisasikan juga..

So untuk trip yang pertama, awang ikut lah dorang ni memancing di rumah rakit telok gong Klang.

sonoknya memang x terucap dengan kata-kata... Alhamdulillah

Kalo ikut perancangannya kami pergi berenam, tapi dek kerana yang tiga lagi syahid dahulu sebab menghadapi masalah yang x dapat dielakkan maka tiga sahaja yang bertahan termasuk awang,..

Asalnya memang rasa macam x dapat nak join sebab pagi tu ada kursus umrah di ofice.. dan awang terpaksa menjadi pengaca majlis.. mujurlah sampai tengahhari jer.. kalo x memang kuciwa yang tersangat...

Pukul 3 awang dan nafi gerak amik boy grafik di kampung pandan, then terus mengorak langkah menuju ke Klang tuk amik umpan..

dari klang perjalanan diteruskan menuju ke jeti Telok GonG.. Pukul 6 gak kami sampai, terus naik bot pergi ke rumah rakit... x jauh pun jeti ke rumah rakit, ader la kurang 10 minit...

dalam rumah rakit tu semua Complete dari elektrik, tandas, dapur, tv, set karaoke, eh pendek ckap apa yang ada dekat rumah itulah yang ada dalam rumah rakit siap gula garam bagai pun ada.

jejak kaki atas rakit, x buang masa terus pasang umpan dan plups... aktiviti memancing pun bermula.. umpan yang diguna ialah umpun-umpun dan udang hidup.. menurut kata dorang, kalo 2 jenis umpan ni diguna memang kompom dapat ikan... hahaha yela tuh.. kita tengoklah macam mana yek..

Sambil menunggu umpan mengena sempatlah kami semua bergurau senda dan memasang harapan untuk dapat ikan yang besar punya... bukan apa kalo dapat besar berbaloi-baloi, boleh lah buat wallpaper kat komputer tuk tayang kat bebudak ofice yang x join...

Baru dorang tau macam mana untungnya kalo pegi.

Dalam pukul lapan malam, setelah 2 jam memancing tetiba terdengar teriakan gembira dari boy grafik... rupanya joran dia dah mengena... seekor ikan duri berjaya di daratkan.. tap x lah besar sangat, setengah kilo mungkin...

oklah tu,,, daripada x dapat... dan sepanjang malam tu boy grafik ngan nafi mastika bergilir-gilir menaikkan ikan...

tapii.... awang??????

aiseh, apa sudah jadi ni, sekor pon x mau lekat.... riak-riak sedih dan kuciwa macam sudah mula terpancar dimuka awang...

okey, pikir positif!!!! nama pun mancing, so kena lah ikut nasib walau dah berkali-kali menukar kawasan mancing. huhuhu

bosan menunggu akhirnya awang pon teros masuk tidur meninggalkan hanafi dan boy.. sedar2 dah pukul 5 pagi,... apalagi terus tengok batang pancing dengan harapan ader kot yang sangkut....

tapi malang harapan tinggal harapan... huhu kuciwa lagi... agaknya awang kena mandi bunga lah kot... huhuhu...

pukul doblas kita orang berangkat balik, dengan hasil tangkapan yang tidaklah sebanyak mana namun boleh tahan lah... ikan duri paling banyak...

yang pasti trip pertama kali ni bukanlah untuk awang tapi untuk dorang... huhuhu.

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.