Khamis, 21 Jun 2012

mY lEnSa 60 ( Ku taWan Jua aKHirNya )


 

MeMberS : Awea DonDe
VeNue : BuKit JuGra BanTinG SelanGor

My sTorY

Fuh akhirnya hajat yang selama ini terpendam dapat juga dilaksanakan... Berapa tahun agaknya awang simpan, dan beberapa kali juga mencuba tapi tidak berjaya. ada sahaja halangan yang datang bergolek. Dan kini halangan yang datang itu lebur dengan sendirinya. 

 Semuanya dengan bantuan Allah swt yang memberikan awang peluang untuk menghancurkan segala golekan halangan yang menanti di hadapan. Terbaeklah.

Jugra, ingat lagi awang, sejak cik shila aspalela membangkitkan jiwa taiko awang, untuk meneroka keindahan alam di Bukit Broga beberapa tika yang lalu. Maka sejak terjejaknya kaki di Bukit Broga itulah, awang telah letakkan matlamat untuk menawan pula bukit Jugra.

Pernah sekali berbulat tekad untuk mendaki sendirian tanpa teman di sisi, tetapi dek kerana tidak menemui laluan untuk mendaki ke puncak, akhirnya awang pulang kembali dengan hati yang hampa. dan pernah juga cuba untuk kali yang kedua dan ketiga. namun tetap juga tidak berjaya. Kemungkinan yang begitu memberat rasa dijiwa adalah kerana tidak berteman. ya Jujur awang katakan bahawa awang sedikit kurang keyakinan andainya berseorangan. Bukan tidak mampu berdikari tapi terasa kecilnya diri ini.

Alhamdulillah... untuk kali yang keempat ini berjaya juga menghirup udara segar di perbukitan Jugra. dengan di temani kawan baru di UKSB. Impian lama akhirnya tercapai kembali. Walau apapun awang mesti juga memijakkan kaki di puncak bukit. So pagi lagi awang dah bergerak dari bangi ke Banting dengan masa perjalanan kurang dari sejam.  

         
Berpandukan signboard yang duk terpacak dikiri kanan jalan akhirnya awang sampai di pekan kecil ini. Inilah pekan kecil di simpang 3 menuju ke bukit Jugra. kalau dari banting sampai di Pekan ini ambillah laluan kekiri dan terus sahaja. Kalo amik kanan menuju ke Istana lama Sultan selangor. 

Sepanjang perjalanan dari pekan kecil itu, akan jumpa dengan makam, di belah kanan, taman awam dan kawasan tempat tinggal. laluan ini menjadi kecil tapi jangan takut, teruskan perjalanan hingga jumpa dengan papan tanda dan kawasan yang paking kereta sebagaiaman gambar di atas.

Mulanya awang x tau, so dah terlajak jauh sampai ke hujung. Kawasan hujung tu tempat orang memancing.. kalo nak mancing ha boleh lah paking keta kat situ, tapi awang bukan nak mancing k. nak daki bukit. kalo dah sampai sana gak, nak x nak, kena lah patah balik kalo x memang x mendaki lah yek..

jangan takut kawasan tempat letak kereta ni ada penjaganya. Bukan orang tapi anjing.. siyes memang banyak adalah dalam 10 ekor gitu... masa awang datang dia x kacau kita just berlegar-legar sahaja. Myb anjing hutan kot. Ingat bagi muslim jangan lah nak pegang or bermanja dengan anjing ni. Haram k. Nak bermanja dengan awang x per... yang penting gadis...hehehehe
  
Sesi mendaki sudah bermula. tapi jangan terkejut yek. lebih kurang 500 meter selepas pendakian, akan kelihatan perkuburan Cina saujana mata memandang.. mak oi ni memang pertama kali dalam sejarah hidup awang terpaksa daki bukit yang ada kubur Cina... mujurlah pagi, kalo tengah malam dah jadi cter lain agaknya..

Tengoklah dalam gambar tu berapa luasnya kubur cina ni...Mewah sungguh dorang ni kan, sampai kubur pun berhias cantik.. alahai...  


 Bangunan yang hampir nak runtuh ni awang x tau apa dia, maybe ini pondok pengawal atau istana..X pun rumah orang kaya kot.. kena lah kaji apa cter dia.. myb ini juga tempat orang kena penggal sapa tau kan... hohoho.. awang x berkesempatan untuk bertanya penduduk di sekitar itu tentang bangunan ni, kalo dak leh di share kan...hehehe

ini pertama kali awang masuk dalam jirat Cina.. mak oi seram gak, kot-kot lah hantu cina ikut balik... tapi kalo hantu amoi, itu x per, kalo boleh biarlah cantik macam cecilia Cheung...memang ter sangat di alukan.. hihihi.. Macam-macam bentuk perkuburan yang ada, dari yang mewah kepada yg miskin.. Siyes kawasan ni agak busuk sikit..  Oh macam gini rupanyanya kubur cina kan...

pondok yang ada ni mungkin tempat mayat di uruskan.  tapi macam terbiar, x tau lah masih ada lagi orang cina yang dikuburkan kat sini atau tidak skang ni..

 Ini pemandangan dari atas bukit..sampai gak awang atas ni... Subhanallah memang cantik ciptaan Allah.. Ingatkan ada orang maen paragliding atas ni, tapi x der lak, myb dorang maen waktu petang kot.. kalo ader time tu kompom awang try.. nak terasa berterbangan di udara melihat ciptaan Allah. mesti best..

Apa yang ada kat atas tu???

kat atas puncak ni ada rumah api yang dibina pada tahun 1976. kalo x silap awang dari aras laut, puncak ni setinggi 146 meter. Apa yang menariknya di sini adalah tulisan jugra yang besar tu... sekali pandang macam kat Hollywood lak.. cantiik kan..  Boleh nampak dari atas sungai Langat...

Sempat lah gak menjerit atas tu... menjerit nama seseorang yang istimewa... hahaha klaka gak jadinya..

 Macam yang awang tulis, atas ni ada rumah api bukit jugra dan juga balai cerap untuk lihat anak bulan.Tapi yang awang musykil ni kenapa depan pintu masuk rumah api ni ada pondok sembahyang orang cina.. dan lagi yang awang musykil, kawasan bukit ni tanah wakaf orang cina ker sampaikan ader kubur cina... Atau senang citer kawasan bukit ni orang Cina yang empunya gak ker.. kalo yer, macam mana boleh jadi macam ni... huh awang kena kaji gaklah.. memang x puas hati..

Naik x rasa penat, tapi bila turun ni, perggghhh memang terasa ada yang menggigit kepala lutut.. so jalan short cut awang turun lalu kubur cina... hehehe.. tapi penat tu memang x leh nak cakap... langkah terakhir pe lagi... 


nak x nak terpaksalah awang berguling-guling dari atas sampai ke bawah... korang x yah bayangkan.. citer banyak x guna, tengok jerlah gambar atas ni macam mana hebat x hebatnya awang...so jangan kata awang tipu yek.. bukti dah tunjuk... Korang boleh buat ker???
 
Jugra akhirnya awang dapat juga menghirup udara kamoo...
 
TERBAEKLAH

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.