Jumaat, 3 Januari 2014

mY lEnSa 79 ( tHai eXpreSs)

EvEnT     : aRouNd da' w0rLd bY tRaiN
MemBer  : AsRi SuaRez
DatE        : 11 to 15 sEptEmBer 2013
VeNue     : BeHinD da KL t0 HatYai t0 BanGkok

My sTorY

Pekikan suara keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menjerit-jerit seakan melodi indah yang memecah keheningan malam. Bunyinya bagaikan satu sorakan semangat pada kami untuk memulakan perjalanan jauh.

Jauhnya hingga melangkau sempadan Malaysia. Satu episode baru bagi awang untuk merasai pengalaman ini. Menjelajah ke negara luar dengan usaha sendiri membuat awang begitu teruja. Bermakna ini negara kedua yang bakal awang terokai bersama asri suarez, selepas Tunisia pada tahun yang sudah.

Sudah bayak kali juga merancang, akhirnya ia menjadi kenyataan. Kami memulakan perjalanan dari KL sentral untuk menuju ke Hatyai. Memandangkan tiket dibeli secara ondaspot, mahu atau tidak, terpaksa juga mengambil seat ekonomi berharga RM48 sebab yang berkatil sudah penuh ,di isi dengan mereka yang inginkan keselesaan sepanjang perjalanan.

Perjalanan dengan KTMB berbeza dengan perjalanan State Railway Thailand (SRT). Ini kerana KTMB menyediakan koc-koc yang berbeza-beza. Ada koc yang mempunyai bilik bagi mereka yang inginkan PRivasi. Ada koc yang hanya menyediakan katil sahaja dengan ditutupi tirai. Dan ada koc yang disediakan kerusi.

Kerusi yang disediakan juga berbeza-beza mengikut koc. Ada koc yang kerusinya selesa macam koc kami dan ada juga yang hanya tangkap muat sahaja. Itu mungkin bergantung pada harga tiket yang dibayar. Ala kulli hal, semuanya bergantung pada duit. Bak kata orang “Ada duit adalah selesa, x der duit sendiri faham la.

Sendiri Faham la apabila sudah merasai pengalaman memenatkan begini. Bayangkan jarak dari Malaysia ke Bangkok sahaja sudah sejauh 1500km.... so jika pergi balik bermakna 3000 km.. hermmmm memang jauh... sangat jauh... jauh beribu batu.. apatah lagi dengan menaiki keretapi yang mengambil masa berhari-hari lamanya.. duk dalam gerabak sahaja.. Fuh betul-betul mencabar mental..

Mental awang tetap stabil sekalipun menempuh kesukaran tahap gaban begini...  semua ini berkat dari didikan aBah awang sejak awang mula boleh merangkak lagi ... so Kredit tuk abah Awang..hehe...

Hehe,.. gelak kecil tanda semangat menulis.. So dah tidur satu malam di Hatyai, esoknya kami bergerak menuju pula ke Bangkok juga dengan ketapi, tapi bukan KTMB, sebaliknya SRT. nak naik SRT ke bangkok ni ada 2 pilihan samada nak yang murah atau mahal..

Mahal punya tiket kita citer nanti dulu... skang nak citer yang murah.. so ketapi murah x der aircond.. bermakna kita boleh bukak tingkap macam tingkap bas coastal yang ada kat kampung awang.... kusi dia pun agak besar and di laluan nya ada tempat letak barang...Waktu siang tempat letak barang tu diletaknya bantal or cadar yang dibungkus kain putih...nampak memang sempoi gak...nak lagi clear tengok gambar jer sudah... ketapi ni paling sesuai tuk perokok-perokok tegar macam asri suarez... nak merokok kat seat pun x der masalah.. 

Masalah pertama yang kami hadapi bila naik ketapi ni adalah x jumpa mana satu seat kami...ingat salah ketapi kot...sebabnya beli tiket yang berkatil tapi x nampak langsung kelibat katil....,.. apalagi ngan cemasnya menjajau la kami cari dari satu koc ke satu koc..... ketapi dah nak gerak ni.. kalo salah ketapi, mau lebur trip ke bangkok.. masuk angin lah jawabnya... sudahlah tepaksa tunggu 2 jam dari time asal...  itu dah angin gak, kalo terlepas, memang satu badan awang berangin... terkentut-kentut la jawabnya.. silap haribulan kuar paper stesen ketapi hatyai meletop awang bom..hahaha...

Hahaha... tanya ngan brader yang pakai topi kat atas tu rupanya la kami bukan salah ketapi or salah koc, tapi katilnya akan dipasang pukul 7 malam... Cesss saja nak uji kesabaran awang gamaknya...  

Gamaknya, begini keadaan ketapi tailand.. betul-betul old school..nampak begitu antik bila pintu nya pun masih lagi guna kayu.. dah macam ketapi dalam citer Cowboy or indiana Jones.. Walaupun nampak antik tapi sejujurnya awang rasa selesa sebab x der la tidur dalam kesejukan aircond.. yang ada kipas sahaja.. Satu perkara yang perlu diambil perhatian, pastikan jangan sesekali keluarkan tangan or kepala dari tingkap, sebab jarak antara tingkap dengan pokok2, tiang atau bumbung rumah tersangatlah dekat..

Dekatnya lebih kurang satu jengkal.. so kalo x mau  putus kepala or tangan janganlah tunjuk berani... satu lagi yang anda kena pastikan, jangan beli makanan yang dijual dalam keretapi sekalipun buah-buahan..setiap kali ketapi berenti kat stesen memang ramai yang naik jual hasil produk mereka.. langkah ini perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan kesihatan anda terutama bila melancong.. Yelah dorang ni asal boleh jer, n x berapa nak mementingkan kebersihan sangat... nanti kalo dah sakit perut, nak berjalan-jalan pon x der mood.. lagi satu bagi (muslim) kot-kot yang dijual tu ada daging babi or anjing or kucing, or ayam,  x memasal kena samak dalam perut.. Sanggup?

sangup x sanggup kena hadapi juga.. kata nak merasa hidup berkelana di bumi orang, so kena lah tahan lapor sikit... barulah rare x gitu...

Gitulah yang terjadi saat balik ke Malaysia.. sebab dari bangkok ke Malaysia kami punya perjalanan lagi jauh.. kalo time pergi kami dari hatyai, tapi balik dari bangkok terus ke Padang Besar perlis.. stok makanan yang ada cuma sebotol air mineral 500ml dan 2 bungkus biskut cokolat orea.. oklah tu, dikira memadai.. masih lagi dianggap makanan mewah dalam ketapi..

ketapi yang kami naik time balik malaysia lebih moden lagi.. KTMB pun x boleh lawan nampaknya.. masih lagi mempunyai ciri-ciri ketapi SRT lama, tapi dah dinaiktaraf.. buatan Korea.. design katil dan tempat duduk masih sama, cuma yang ni lagi selesa sebab ada tempat pijak kaki dan letak kasut..lebih luas. pintunya pun otomatik, lalu jer terbuka sendiri.. Tapi yang x best sebab tingkap x leh buka, bermakna malam tido memang sangat sejuk sebab suhu Aircondnya melampau-lampau.. Pukul 7 malam akan ada staff yang akan menukar seat menjadi katil, so x payah nak tunjuk rajin sangat.. dan satu lagi yang paling awang suka naik ketapi ni sebab ada plug untuk cas hp dan ada singki kira macam dapur la gak.....memang terbaek... hai kenapalah KTMB x mau buat macam ni...

Macam ni punya selesa, x rugi bayar mahal...Cafe dalam gerabak pun dah macam dalam restoran, siap ada tv karaoke lagi.. makanan yang dijual pun macam-macam pilihan...nak rasa tomyam pork pun ada.. makanan halal memang ada gak tapi awang nak makan macam was-was, sebabnya dapur yang awang nampak ada satu jer.. Tah-tah dorang ni kongsi dapur dengan makanan x halal.. so langkah terbaik just minum kopi panas sambil menikmati lagu-lagu tailand... Sungguh Asyik Gitu...

Sungguh Asyik Gitu negara tailand.. Melangkah kaki dalam stesen Hua Lampong Bangkok tailand sahaja sudah cukup membuka minda awang, bagaimana pemikiran, budaya dan kehidupan rakyat negara gajah putih... Bagi mereka kedudukan sami adalah yang paling tertinggi selain institusi diRaja.. so jangan pelik or marah jika anda disuruh bangun untuk bagi tempat anda jika ada sami x dapat tempat duduk dalam kenderaan awam.. Stesen ketapi Hua lampong ni besar n luas..  jangan takut musolla pun turut disediakan kalo kita nak solat... luas dan selesa..

Penghargaan terima Kasih pada BRO Nasri yang banyak berkongsi cerita tentang tailand pada awang sepanjang perjalanan dari hatyai ke bangkok..(banyak citer pon sebab dia boleh kecek klate) .
Bro! lu kata x penah makan KFC kat tailand sebab x halal kan, so wa dah makankan KFC bagi pihak lu sesampai sahaja di bumi Malaysia... amacam okay kan..!

pe pon trip ni terbaek.!!!  

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.