Ahad, 6 Mac 2011

mY lEnSa 28 ( HaRi KeLuArGa FST )





















Members: BoB FrAnKesTeiN & WaRga LaB MikRob
Venue : CaMaR LauT BaGaN LaLanG
Date : 05 & 06 MaC 2011

My sTorY

Dah lama awang dengar bout Bagan Lalang tapi x pernah pon berpeluang ke sana. Selalu member-member yang cakap, kalo nak makan seafood yang paling dekat dengan Bangi, Bagan Lalang la tempatnya.

Berpeluang join hari keluarga lab mikrob FST minggu lepas memang satu pengalaman yang menarik pada awang. Ini pon sebab bOb Frankestein yang ajak, so dengan hati yang berbunga gembira awang pon cakap ok,,,lagipon free tak perlu bayar. Hari sabtu pukul 10 kitaorang berkumpul depan FST, then pukul 11.30 terus bertolak. Dari bangi ader la dalam satu jam gitu perjalanan melalui jenderam hilir, bandar salak Tinggi, Sepang dan akhirnya sampaila ke camar resort Bagan Lalang..

Lepas makan tengah hari, kitaorang chek in tu pon pukul 2.00 baru dapat masuk bilik.. lepas tu setup mana yang patut, macam biasala buat kerja teknikal pasang P.a sistem dan prepare barang-barang tuk sukaneka petang nanti. Aktiviti sukaneka bermula jam 4 petang jadi sementara ada masa lagi ni awang dengan bob apalagi bantai la karaoke kasi lepas gian menghiburkan warga Camar resort.

Pukul 4 aktiviti bermula, dan awang selaku orang luar hanya bertindak sebagai jurugambar tidak rasmi,.Acara dimulakan dengan bahagian kanak-kanak ( tiup belon, kutip gula-gula, dan isi air dalam botol) Ha! yang ni awang x leh masukla walopon berat badan awang menyamai kanak-kanak 12 tahun....faham2 la yek..hehehe. Wanita (anyam ketupat, masukkan bola dalam jaring) dan lelaki acara menyumpit dan futsal.. ha tapi yang bab futsal ni memang awang x boleh miss punya.. Walopon x prepare apa-apa, xpecialy bab pakaian (yela awang pakai seluar jin kot) tapi dsebabkan keghairahan nak tunjuk skil chicarito kat dorang so lenjan jerla..hehehe. Dan akhirnya team kitaorang menang dengan bergaya gak...YEAh satu tepukan tuk TeaM awang sekalipon dibarisi pemain yang setaraf mokhtar Dahari sekarang..(semua dah xpired).

Habis jer acara sukaneka, so awang apalagi terus ajak bob pegi pantai dengan harapan tuk melihat suasana pantai n matahari terbenam.. Memang yang ni awang x sabar, mesti menarik tuk amik gambar. HUiiiiooO memang banyakla view yang menarik kat pantai bagan lalang ni... sepanjang pantai banyak khemah-khemah yang dipasang. Rupanya kat pantai ni boleh mandi-manda n buat aktiviti air,. Sebelum ni awang ingatkan pantai bagan lalang ni macam pantai kat morib, rupanya 100% silap.. Pasir nya halus dan lembut, pantai luas n landai cuma air jer yang x berapa bersih tapi still boleh mandi..Rasa menyesal lak x bawa towel n tukar baju tadi kalo x boleh awang berendam. X per, bob sok pagi pas senamrobik kita gi mandi k..Satu arahan dari awang tuk bob.Petang tu aktiviti kitaorang hanya mengambil gambar-gambar yang menarik terutama makhluk-makhluk ciptaan Allah Swt yang memang indah ciptaanNya dengan aksi yang pelbagai.

Malam selepas maghrib acara diteruskan dengan barbe Q, makan-makan, penyampaian hadiah dan berkaraoke sampai boring...Pagi esokya acara diteruskan dengan senamrobik dan sesi bergambar beramai-ramai. Lepas tu apalagi awang ngan bob terus ke pantai nak berendam puas-puas balas dendam sebab petang semalmnya x dapat berendam. Nasib baek pagi tu air masih pasang walopon x setinggi petang semalam tapi kira okla..Memang Puas berendam sampai terbakar badan..hahaha... Tengah hari dalam pukul satu kitaorang chekout meninggalkan Camar Resort Bagan lalang dengan harapan, BOB pasni kita camping kat sini lak, tidur satumalam mesti bestkan.

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.