Jumaat, 18 Mac 2011

mY lEnSa 29 (AwAnG NaK TenGok BeLLoN)












MemBer: BoB FraNkesTein
Date: 18 mAc 2011
Venue: PreCinT 2, PuTraJaYa

My sTorY

Cuti sekolah seminggu ni memang bestla.. walopon awang bukan lagi bergelar pelajar sekolah ataupun cikgu yang mengajar pendididkan seni ker atau pendididkan jasmani kat sekolah rendah mahupun kelas taska, tapi impak cuti ni tetap kena gak kat awang. Apa kena-mengena budak master yang dah lanjut usia ni nak berseronok time cuti sekolah. Lagipun setiap hari kan memang cuti sekolah pada awang, mana taknya hari2 makan tido jer. tu la keja tetap awang sejak setahun yang lalu awang sandang.. Ada 2 perkara yang buatkan awang terasa seronok dalam minggu ni. Keseronokkan pertama yang awang nikmati apabila tempat awang kerja part time mengisytiharkan cuti sebagai menghormati cuti sekolah. Bermaksud awang x perlu la sibuk nak datang kerja selasa n jumaat. so langkah yang paling praktikal untuk meraikan cuti yang diberi majikan awang ni apalagi balik kampung la.. kali ni memang pulun lama sikit duk kampung, lagipun musim durian tengah mengganas macam ombak tsunami kat miyabi Jepun. Orang kata mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan..fuh berperibahasa la plak...hahaha

Kegembiraan ke 2 yang dinikmati sepanjang cuti sekolah bila kat tv ader banyak rancangan yang agak best ckitla dari hari-hari biasa. Pagi ader la kartun-kartun yang seronok ataupun movie yang best ckit xpecialy kat saluran tv3. X la boring sangat bila bangun pagi-pagi.. Kalo selalu bangun buka tv, huh BOSAN tahap cipan tengok dia punya rancangan, x habis-habis ngan talkshow...tapi minggu ni lain sikit...hehehe

Actualy pagi ni ader yang luar biasa sikit tuk awang nikmati... bukan rancangan Tv, atau duk melepak dengan en.Asri yang bangun pagi x reti nak mandi apatah lagi nak gosok gigi. Bukan juga fasha sandha ajak dating ataupun makcik sebelah rumah hantar sarapan pagi..Tapi pagi ni awal pagi awang dah persiapkan diri sebab pagi ni awang dengan bOb frankesten nak tengok fenomena indah di langit putrajaya. Dan harini juga telah awang nantikan sejak 30 hari yang lalu saat awang terbaca iklan di suratkhabar.

Yah Belon udara panas yang dah tahun ketiga memunculkan diri di sekitar putrajaya.. Tahun yang sebelomnya memang awang tak tahu kehadirannya tapi tahun ini memang dah rezeki.. So sampai kat putrajaya dalam pukul 9 tengok dah ramai manusia yang dok berkumpul di dataran.. masing-masing dengan kamera yang dah memang tahap super dewa dengan lensa yang giler tak hingat dunia.. Ader 6 belon dah terapung diruang udara dengan 5 darinya untuk dinaiki orang awam.. Mulanya nak la rasa pengalaman naik belon tu tapi bila kena beratur panjang, tambah lagi bayaran yang x setimpal-dumpal dengan service yang diberi buatkan awang pk, x perla.. beter awang guna tengok wayang lagi bagus, 2 movie boleh ditengok dari habiskan tuk belon jer.. Bayar rm10 pastu naik belon tu x sampai 10 minit, pulak tu x tinggi dia naik..huhu rugi,rugi..

Tapi yang paling menarik ader belon yang berbentuk doraemon, dark vader n pelbagai lagi bentuk..memang cantik...rugi la bagi sesapa yang x datang n x tengok...bukan selalu, setahun sekali jer.. inila yang bestnya duk kat Malaysia... kalo negara lain belom tentu lagi dapat peluang macam ni..

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.