Isnin, 18 April 2011

mY lEnSa 33 ( SimFonI kaSihKu )

MeMbeRs : Z MaKoTo, AsRi SuaRez & MaJins aRmy
Venue : Uni. UtaRa MaLaySia, KeDah
DaTe : 13 - 15 ApRiL 2011

mY StOry


Arah tujuan perjalanan awang bulan ni menuju ke Utara mengikuti majin-majin Pusat Kebudayaan UKM yang di undang untuk mengadakan konsert sempena hari Pengasasan UUM yang ke 27 tahun dan hari Keputeraan Sultan Kedah. Jarak perjalanan tak tau berapa jauh tapi agak jauhla sebab kami bertolak pukul 1.30 pagi dari bangi dan sampai ke UUm pukul 9.00 pagi...lama gak tu, adala dalam 7 ke 8 jam.. Berenti rehat 2 kali jer, sekali pukul 3 pagi sebab nak tengok game Man U vs Chelsh*t kat R&R mana tah awang pon x hingat.. Tapi x lama la dalam setengah jam jer sebab kat R&R tu x der TV so nak x nak terpaksala awang online dalam keta sebab nak tau keputusan...Game penting ni n Nasibbek Man U menang..hehehe

Dan sekali lagi kami berenti kat R&R gurun rasanya tuk solat subuh..pastu teruskan perjalanan sampaila ke UUm... itu pun ader la gak sesat dek kerana terlalu bergantung pada GPS..Tah ceruk kampung mana yang kita orang lalu,awang pun x tau, yang pastinya nek turun bukit, jumpa sawah, pokok getah dan hutan...kira adventure gak perjalanan...


Yah akhirnya sampai ke destinasi... Penempatan kami adalah Hotel EDC yang membawa maksud Executive Development Centre... Terjemahkanla sendiri yek apa maknanya...tempat tu sebelah jer dengan UUm, kat sini ader masalah sikit, sebabnya awang x dapat bilik... Sepatutnya awang sebilik dengan Ijal jumbo, tapi di sebabkan ader sorang lagi soundman yang diimpot x bagi nama maka bilik awang terpaksa bagi kat dia...so merempatla awang dalam bilik Z makoto n Asri Suarez...huhu terpaksa la tido berhimpit ngan dorang atas katil, kalo x tido kek lantai la jawabnya..huhu.. Ader satu insiden yang klaka, di sebabkan awang gantikan encik Nordin Rendang, tetiba cik adik kaunter tu boleh plak panggil awang encik nordin... mulanya terpinga-pinga la gak...Tapi mujurla tersedar...pastu apalagi kena gelak jerla ngan bebudak ni...hahaha...hampeh tul..


Kerja awang kat sana mudah, tunggu arahan dari dorang, kalo x der arahan duk melepak jer...Tapi hari pertama agak penat nak turunkan barang-barang dari lori...hui mujur ramai yang membantu kalo x mau sengsara...Bayangkan punya penuh lori tu isi dengan alat muzik n barang P.A..dah turunkan pastu kena pasang..ha yang ni kira mudah..Hari terakhir tu yang giler sengsara x ingat dunia... habis jer show terus kemas barang,paking semua alat muzik pastu angkat masuk lori siap-siap..Dah la semua barang berat macam anak gajah, awang, asri suarez, jai Jumbo ngan herman keding jer yang dok mengangkat..si z makoto boleh plak lepas tangan... hei bengang jer..nasibla awang ni studen, kalo staf dah lama kena maki...huhu

kat sana Deparmen dorang dipanggil Pusat Budaya yang uruskan segala persembahan di dewan dan satu yang menarik dengan budaya kerja di UUm, boleh kata semua staf x kesahla teknikal, pemuzik, pengurusan atau apa pon duk sama-sama menolong, angkat barang, susun kerusi, angkat platform dan apa-apa yang patut..Kira semuanya saling menolong la, bukan macam kat UKM, kalo hang pemuzik hang cuma leh main muzik jer, bab keja lain x leh buat...

Dorang pun ader gak penglibatan studen dalam kebudayaan.. kira macam artisukma... cuma awang x ingat apa nama persatuan tu...Lagi satu yang menarik pejabat Pusat budaya ni bukannya dalam Dewan tu tapi hampir 5 kilometer jauhnya... patutla dorang jarang ader event... boleh kata setahun 3-4 kali jer... UKM huh, sebulan sampai 8-9 show... Gambar atas ni time awang duk menyibuk jaga P.A n dok melepak lepas penat buat kerja...sempat gak la bergambar dengan si sarah sanju n sorang budak UUM yang jadi stage manager...comel n peramah budaknya tapiiii sampai sekarang x tau nama...just tau dia orang johor jer..apala sengalnya awang ni kan... dah dok berbual punya lama tapi jangan kata no phone, nama pun awang x tau...hahaha...



Dewan ni namanya Dewan Muadzam Syah sempena nama bapa sultan Kedah sultan Abd. Halim.. memang cantikla dewannya terutama tentang reka bentuk cuma kecik sikit dari decta...anggaran manusia yang boleh ditampung dalam tu dalam 4-5 ribu orang, n teknologi dorang ader yang sedikit maju dari decta tapi ader gak yang old school...lampu paken permanent x leh ubah, tirai tepi macam zaman 70-an, n beberapa lagi...tapi yang sangat menakutkan dalam dewan ni sebab air-cond dia memang giler sejuk tahap dewa kutub utara... bayangkan baru separuh dia buka dah dah macam nak beku, apatahlagi kalo buka penuh, kompom semua pemuzik tu beku jadinya...hahahaha...

Show ni namanya Konsert Simfoni Kasih UUM... ader 4 orang artis jemputan, Faizal Tahir budak x cukup moral, Ana Rafali bekas awek awang, Suhaimi Meor Hasan pak cik sebelah rumah pak meon n najip hanif pencukur bulu kambing kat ladang kambing tok sali...
hui dalam sejarah, dewan penuh dengan penonton, walupun terpaksa bayar tiket rm10... hebat x hebatla sambutan warga UUm..kat decta, tiket free pun seat x penuh, siap wat jemputan lagi kat sekolah-sekolah nak kasi penuh seat.. Mungkin kat sana x selalu buat so bila ader macam ni sambutan memang luar biasa la... x macam ukm, dah selalu buat so orang pun bosan...



UUM ni memang besar, luasnya x tau la awang berapa persegi, nak tau search kat laman web dorang k.. kat sana macam-macam ader, Mall ( tapi x la besar sangat ) litar go-kart, padang golf, padang memanah, kem binadiri, flying fork, Taman Rusa, dusun buah-buahan dan macam-macam lagi...Mungkin di sebabkan kedudukan geografinya yang agak jauh dari bandar n kurangnya hiburan luar so awang fikir tu sebabnya pihak pengurusan membuat kemudahan yang agak menarik untuk pelajar..nanti kalo x der apa-apa bosan lak kan studen...dah mati kutu...kawasan luas tapi x digunakan...ha kan rugi namanya..tul x..

UUm ni terkenal dengan kilang yang menghasilkan produk bisnes so semua nama dewan penginapan ( bukan kolej ok, kalo kolej tuk Fakulti ) di ambil sempena nama syarikat kewangan atau bank.. macam maybank, TM. & macam-macam lagila... kawasan dewan penginapan dengan tempat belajar memang terasing jauh... macam UPM la...kawasan ni tuk fakulti n kawasan belah sana asrama.... satu lagi lagi yang menarik kat UUm ni transpot studen kebanyakkannya bas..moto atau kereta boleh kira la berapa jer...so jalan tu memang agak lengang la... tapi yang sangat membosankan pada awang, sampai sakit mata la gak bila tengok student lelaki semua pakai smart g kuliah..seluar slek, baju kemeja bertie n berkasut...aisey macam budak sekolah asrama lak..nasibla awang x belajar kat sana kalo x mau stres memanjang.... pernah sekali tu masa x der keja awang cuba la nak g perpustakaan dorang, lalu kat bangunan kolej, dah rasa lain, macam awang ni makhluk asing dari planet zargus yang sesat kat bumi..semua memandang.. mana x nya awang pakai jeans ngan t-shirt jer..alamak malunya... x jadi awang nak gi perpustakaan, terpaksa la patah balik ke dewan... huhu..agaknya macam mana la hidup dorang tu kan..kesian-kesian rasanya...mujur UKm x wat macam tu...

dan satu lagi yang awang perasan sepanjang kat UUm ni, mana pak guard ni semua,,awang cuma nampak dorang kat pintu masuk utama jer..kat dalam UUm tu, haram x nampak...jangan kata kat dewan, kat tepi-tepi jalan pon x nampak dorang meronda..mak oi kalo kat ukm ni..pak guard dah macam lobang kat jalan, mana-mana ader jer nampak dorang...yang kat dectar memanjang nampak, tapi kat UUm nak cari sorang pak guard selain kat pintu utama pun x der...

Menurut staf kat sana, kadar kecurian sangat kurang, kalo hang x kunci keta atau moto, siap tinggalkan hp or laptop kat dashboard pun x hilang...semua x berani nak amik...ui... terkezut awang dengan pengakuan staf tu... sebabnya apa, kat dalam UUm ni dah pasang spy x bergaji yang dok memerhati sekeliling... ni la canggihnya UUm, dorang pasang CCtV rupanya... Bagus-bagus, so kat sini dorang bolehla berjimat-cermat.. lagi satu, pintu masuk UUm cuma satu jer, tu la masuk tu la keluar, pastu kelilingnya hutan...


dah 3 hari berhempas pulas dan saling berpandangan dengan Majin UUm so, hari ke-4 adalah masa tuk chek-out. lepas ni nak gerak menuju ke satu lagi destinasi menarik dalam perjalanan balik.. UUm terpaksa awang tinggalkan dengan hati yang sangat berat macam dihimpit bangunan seberat KLCC.. ader satu perkara yang awang sangat terkilan n sangat kecewa x dapat dilaksanakan..sampaila post ni ditulis..memang rasa sangat x puashati, bengang n macam-macam lagi... Sentiasa berlegar dalam minda, kenapa? kenapa? dan KENAPA? kalo ader peluang lagi lepas ni memang x kan awang sia-siakan kerana disinilah awang bertemu dengan simfoni kasihku.

Tiada ulasan:

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.