Selasa, 19 April 2011

mY lEnSa 35 ( SeKaLi SiLap Daa... )

MemBers : ZacK MaKoTo & aSRi SuaRez
VeNue : AloR StaQ, KeDaH
DatE : 16 ApRiL 2011

My sToRy


Hari Pertama Tiba di kEdaH, SuDut LenSa AwaNg terFokus pada SeBuah Objek yang Agak unIk pada PanDangan mata..Inilah Dia Bas Yang berKhidmaT membawa Budak-Budak Sekolah.. Kenapa gambar ni Unik kerAna reka Bentuknya yang BerCirikan KeKunOan namun masih dapat MemberI pErKhidmatan Dengan bangGanya Tanpa seGan SilU dIatas Jalan Raya Bersaing Sengit DenGan Bas-BaS yang Lain. mana Nak Jumpa lagi Bas cam ni, terutama kat Bandar Besar macam KL..agaknya ini jer bas yg sempat Hidup kat Muka bumi malaysia ni.. satu lagi yang menambat hati untuk dIkongsikan dalam post ni adalah cerita kelaka di sebalik bas ni..

Xtuali, Time tu kat simpang 4 trafik light so ngah awang Shot gambar bas, tetiba perot awang meragam tanpa diundang..puas dipujuk namun tetap merajuk...bukan sebab kelaparan tapi sebab kekenyangan.. alamak zack ko cari stesen minyak ke masjid ker...awang x tahan la...dia dah meronta-ronta ni nak keluar...adoi..ni mesti sebab makan KFC b4 ni... dahla jalan JEM,macam mana ni...kalo x sempat kat tepi jalan pun jadila...huhu..Dalam wktu2 kritikal camni sempat lagi budak-budak ni buat lawak bodo...Mengong tulla, wei korang senyap leh x, kang aku lepas dalam keta kang baru ko tau...hahaha... Relax cik, Chill2...kata Zack Makoto.. Wei tu hospital, ko berenti sanalah k..arah awang.. sampai jer depan hospital, x sempat berenti keta, mencicit awang pecut cari tandas...Mujur jumpa Alhamdulillah..

Selesai jer melaksanakan hajat, on daway ke UUm, si Asri ni buka la cter, Ko tau Cik tadi mak Zack call tanya kat mana, so Zack bagitaula kat hospital hantar kawan...terkezut beruk mak dia ingat ader apa berlaku, pastu bila si Zack ni bgtau hantar sakit perot buang air... tergelak besar mak dia...hahaha.. dah awang pon ikut gelak sekali...then sepanjang kat UUm kena bahan jerla awang sebab benda ni.. sengal2...


Aloq Setaq, destinasi pertama untuk dituju selepas balik dari UUm.. Sebenarnya majin-Majin pusat Kebudayaan yang lain pergi ke Thailand buat lawatan, tapi kami x pergi sebabnya yang pertama Zack memang x mau pegi, nak balik rumah, kedua Asri x der pasport dan yang ketiga sebab kesian pada asri so awang pun temankanla dia... Jadi rancangan kitaorang adalah pusing-pusing bandar aloq staq... sajer nak tengok macam mana keadaan bandar ni berfungsi...waktu awang datang ni bandar sedang mengalami fasa pembangunan terutama di jalan-jalan utama so agak sesak la jugak...Jem tapi x la teruk..ini pun mungkin untuk kesenangan akan datang.. masih terdapat bangunan-bangunan lama yang dikekalkan cirinya mungkin sebagai tatapan sejarah untuk generasi akan datang. Macam gambar di atas yang sempat awang shot, balai polis dengan pejabat pos..ader juga bangunan-bangunan lain



Awang x sempat nak pusing-pusing sepenuhnya, sebab bandar ni besar kan, nak nek keta, macam yang awang bagitau agak jem so kita orang duk berjalan kaki sekitar bandar, sambil-sambil tu dapatla beramah mesra dengan penduduk...kalo nek keta memang kompom la x dapat..


Ha yang ni pekan Rabu, kata orang kalo pegi ke Aloq Staq x singgah pekan Rabu memang x lengkapla perjalanan..sebabnya kat sinila tempat yang boleh untuk shoping2. Lagipun tempat ni dah jadi produk pelancongan yang bersejarah..kalo x silap Tun Mahathir penah berniaga kat kawasan ni, agak lama kalo camtu, cuma kitaorang x tau la gerai no berapa..Memandangkan time tu tengahhari so pekan rabu ni jadi tempat menyantapla. Food court Area bawah belah luar, n belah dalam tempat berniaga.. Kat sini kalo nak cari baju melayu, baju raya, selendang, tudung, songkok dan apa-apa yang sewaktu dengannya melambakla, tapi kalo nak cari t-shirt, atau barangan Man U huhu agak haru sebab x banyak kedai yang jual... kalo ader pun satu duah buah jer tu pun dia punya pilihan kurang..

So kat pekan rabu ni awang x beli apa pun, yang duk sibuk bershoping sakan si Asri.. Yela dia kan ader makwe so sibukla mencari selendang tuk awek dia..katanya nak suprise...awang pulak yang dok kehulu ke hilir temankan dia.. Seganla tu nak cari barang pompuan..hahaha... Rugikan orang ader makwe ni, kemana-mana mesti nak kena belikan hadiah, nasib hang la asri..hehehe

Awang ni kalo pegi outstation tempat2 camni awang suka cari barang Man United or Realmadrid sebenarnya...x kesahla t-shirt, jam, or apa-pun yang penting dua jenama tu, Tapi kat pekan Rabu ni satu pun x der yang awang jumpa so memang x habisla duit... agak sedih la juga tapi nak buat macam manakan...dah memang x der...huhu..



Lepas habis satu pekan rabu di takluk, awang n da members pegi la plak ke satu tempat bersejarah.. Haha macam askar jepun lak kan maen takluk-takluk ni...hehehe Actualy awang ni kalo ke mana-mana memang suka gi tempat2 macam tu, yela kat situ jerla kita boleh tau asal-usul, bertambah lagi pengetahuan... Lagipun awang ni kan budak sejarah so memang kena amik tau hal yang berkaitan macamtu.. nanti kalo ader pertanyaan-pertanyaan ondaspot yang duk menyinggah kat telinga x la pening nak mereka cerita...hehehe..

k back to da cter, Tempat bersejarah yang awang singgah lepas tu mana lagi kalo bukan Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad... Idea nak singgah tempat ni timbul bila awang ternampak peta aloq staq kat Pekan Rabu time duk melilau mencari si zack makoto tadi... Nasib nampak kalo x melepasla namanya... Ala awang g sana bukan per sajer nak berkenalan dengan lebih rapat dengan Tun, manatau kot2 terjumpa dia kat kedai mamak seksen 15 bangi...leh la dok bual mesra ngan dia... kurang2 awang tau perjalanan hidup dia camna...

Rumah Tun memang cantik, tapi sayang x dibenarkan amik gambar kat belah dalam, so terpaksala awang n da members duk bergambar kat blah luaq.. kat dalam penuh dengan statmen2 bergambar yang bergantungan kat dinding...melalui inila awang n da members dapat tau macam mana kehidupan Tun sejak dilahirkan sampaila dia pencen jadi PM...nampak jer rumah melayu kedah biasa tapi yang canggihnya kat rumah tun ni siap ader CCtv lagi..mak oi memang terbaekla...rumah awang pon x der secanggih tu...kaya gak tun ni dulu kan...

Ngah duk sedap bergambar tetiba ader la plak satu rombongan sekolah duk mai gak dalam tu, so sempatla awang shot gambar dorang sebabnya dorang dah merengek-rengek minta diambik gambar... mungkin dorang ingat awang ni repoter kot...acece pasan lak awang... X perla adek-adek demi tidak menghampakan keinginan korang yang dok membuak2 nak bergambar so awang realisasikan keinginan korang..tapi awang x mampu nak masukkan dalam paper... dalam blog boleh ek..jangan marah...yah..adek2 memang comel...


yang ini gambar belah sisi rumah Tun, rumah ni memanjang ke belakang, n belah bawah dia pulak tempat tun ngan kuarga duk melepak petang-petang minum kopi ngan makan goreng pisang...









Destinasi akhir perjalanan kitaorang di kedah adalh rumah zack makoto kat Simpang empat... tu nama pekan, nama daerah awang x ingat, jadi sesapa yang tau boleh la tolong ingatkan awang... Sengaja budak si zack ni singgah rumah dia dengan alasan nak letak barang, tapi bagus gak boleh la awang kenal kuarga si zack ni, bila lagi kan nak kenal kuarga member,,,ni la masanya......Wah cantik kawasan rumah ko zack, sawah padi tu... kaya gak ko kan, selalu hang habaq kat cheq hang susah,orang miskin...rupanya hang tipu cheq nooo...hampeh punya budak, memang loqlaq..eh eh awang terkecek kedah lak...

Kat sini awang berpeluang bawak trekta, sajer jer nak test power tunjuk kat orang kampung zack..Jangan diaorang ingat tubuh yang kecil ni x mampu nak bawa trekta yang besar gajah tu...silap orang la beb... Ini awang Fathi la...x der yang mustahil dalam hidup...semua boleh punya... x caya leh tengok gambar kat atas...macho kan...hihihi...

So perjalanan di kedah hanya sampai kat sini jer... apa yang awang nampak sepanjang dok meronda kat kedah ni firstly sepanjnag jalan memang boleh nampak la sawah padi kat kiri kanan jalan, seswai dengan tradmak kedah nogoghi jelapang padi.. x nampak langsung pokok sawit, nak cari pokok nenas ngan sawit lagi la payahnya.. tah ader tah idak... pastu dia punya kawasan jalanraya memang agak kurau DeaD..sesak la..dah macam kek kelante...rasa x lapang mata...macam x tersusun pembangunan nya... x macam johor... elok jer tersusun..cewah puji negeri sendiri lak...hehehehe

Tapi ader satu yang silap sangat tentang kedah ni... sebelum ni dalam pale hotak awang memang dah set yang orang kedah ni semuanya berkulit gelap ala-ala mamak macam tu...ops sori ni bukan statmen prajudis, just skadar pandangan sendirian berhad..ala jgn la marah awang dok pk camtu...mungkin dorang ni dok berjemur sepanjang masa kat tengah sawah kot... ini pun selepas pemerhatian awang selama duk bertahun-tahun kat bumi UKm ni...awang tengok majoriti kawan n student kedah yang awang kenal semua berkulit macam tu, contoh terdekat si zack makoto la...gadis pon sama gak...ader la kawan2 yang begitu..tapi sekali awang SILAP DAA...Memang SILAP... Boleh pula awang jumpa ramai yang secantik NEELOFA... aiyo, alamak, apa sudah jadi???? Keliru, kompius, tertipu, kecewa n tah pa per lagi yang dah dok singgah menjelma dalam pale otak ni sekejap..so selama ni yang dok datang KL ni yang tahap ala mamak kah???? tolong bagi jawapn...

2 ulasan:

zatihairitan berkata...

gile pnjg..pnat bace doh..

Awang Fathi berkata...

sori, akan datang aku kasi simple jer...

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.