Sabtu, 21 Julai 2012

mY lEnSa 68 ( sPenDer fLaG )

EvEnT        : MenDaki GuNunG NuanG
MemBers   : Awea DonDea, JoJos, Bro FariD n Kak Ida
Date           : 30 Jun & 1 Julai 2012
vEnuE         : GunuNg NuanG SemenYih

My sTorY

Dah lama sebenarnya awang menanam impian untuk mendaki gunung, sejak awang berjaya menawan bukit Broga dan Jugra. akhirnya impian hampir menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah ditemukan dengan kawan-kawan yang sealiran minat di UKSB... Bukan sahaja minat tapi satu kepala dengan awang... huhuhu..seronoknya

xtuali, Selesai sahaja acara the war is begin (rujuk post sebelum ini) awang dan awea dondea terus bergegas ambil jojos di semenyih.. rancangan nak mula mendaki seawal jam 2 petang tapi memandangkan paintball habis lewat dan mencari barang keperluan serta menunggu jojos yang juga lewat sampai, dek kerana dah jadi habit orang melayu maka sampai di kaki gunung pukul 5.45 ptg. ini dah dikira lambat sebenarnya sebab kami kena sampai di kem L0L0 secepat mungkin untuk dirikan khemah. 

lambat bermakna malam lah baru sampai...

Sebelum mendaki pastikan dulu track yang akan di ikuti, bukan apa, takut salah track, x sampai tempat yang di tuju nanti...haru jadinya..
Tepat jam enam petang kami mulakan pendakian. Pintu gerbang sedia menanti untuk kami seakan tahu pahit  getir yang akan di tempuhi. hati begitu teruja sungguh, tapi Dalam kepala macam2 berfikir, dapatkah awang jejaki puncaknya. apa halangan yang sedia menanti? serius ini pertama kali mendaki gunung dan bermalam dihutan sebegini. Apatah lagi kami memulakan perjalanan yang lewat. tawakkal kepada Allah adalah jalan yang paling terbaik sekali. 

Untuk sampai ke Kem Lolo, kami perlu tempuhi pengkalan balak @ track balak. subhanallah sangat mencabar sekali laluannya. Mana x nya laluan tu penuh dengan batu batu besar.. nak daki pastikan kasut yang di pkai sesuai dan selesa dengan kaki kalo x mau sakit tapak.. Mujur ada check point yang boleh dijadikan sandaran melepaskan penat. awea dondea kata perlu 2 jam untuk sampai ke kem lolo, bermakna dalam pukul lapan baru kami akan sampai.

Mujur dipertengahan jalan bertemu dengan pendaki yang turun, menurut kata mereka ramai yang berkhemah di Kem lolo.. so awang pun tidaklah rasa takut sangat.. dan tuk pengetahuan, ada juga penduduk tempatan yang menunggang moto untuk ke kem lolo tu.. so sesapa x larat nak turun boleh la tumpang dorang, tapi bukan free, bayarlah bro..

Fuh memang terlalu mencabar.. berapa kali berenti rehat.. ada kala tu sampai rasa give up nak terus daki. Mula mendaki bawalah segala barang keperluan. tapi bila mental tahap nak meletup, barang-barang yang x penting semua campak tepi semak... Hilang pon x kesahlah..

tengoklah si nazi tu, terbaring x larat..awang pun sama.. awea donde yang semangat.. nama pun budak palapes, kalo dia yg x larat, apalagi budak-budak bandar... satu pengajaran untuk awang, lepas ni kalo mendaki pastikan barang yang dibawa seminima mungkin. Jangan gatal tangan nak bawa banyak barang.. ingat ini bukan piknik kat tepi pantai, tapi mendaki gunung.. dan satu lagi makanan dan air pastikan cukup..

Subhanallah, inilah Flora dan fauna yang ditemui di sini begitu canti sekali. Kagum, hanya itu yang mampu difikirkan dalam minda ini. Kagum dengan ciptaan Allah swt. Kagum dengan Kuasa Allah. Dan kagum dengan nikmat pemberiannya.. Syukur hanya itu yang mampu diungkapkan. Syukur kerana diberi peluang melihat ciptaan Nya.

mulanya bawalah ayam, nasi, sardin dan roti...tapi semunya dah dihabiskan malam pertama.. Ayam bakar tu memang marbelos rasanya.. terbaeklah nazi resepi tu memang leh untung besarlah kalo jual kat bazar Ramadhan... sardin kira oklah...tapi yang hampehnya nasi tu...X masak2, sudahnya makan nasi mentah lah.. asal boleh lah labuuu... perot dah lapo.. awang dah habaq, simpan sikit tuk esok mendaki, sebab bukan mudah laluan nya... tapi nak wat camna, dah semua dihabiskan sekali.. so esoknya nak g mendaki yang tinggal cuma sebungkus roti yang dikongsi bertiga untuk bertahan seharian naik dan turun..bawa 2 botol air, sebotol air masak sebotol lagi ayer sungai yang dicampur garam.. Hang pikir logik ker?? ini memang betul cam rancangan survivor kat tv tu lah...

Syukur Alhamdulullah, sebelum sampai kem pacat kami bertembung dengan abg Farid dan k. iDa... mujurlah  dorang bawa bekalan makanan lain berupa roti, kacang dan telur hancur goreng.. siyes kalo x der dorang ni, rasanya memang awang x fikir akan teruskan pendakian... sebabnya kehabisan sumber makanan..

Siyes aktiviti mendaki memang betul2 mencabar fizikal dan mental.. mungkin ini yang pertama kali dalam hidup awang daki gunung.. Dia punya perasaan memang bercampur baur.. hati teruja yang tersangat, tapi tubuh dan kaki ini dah guna tahap tertinggi...apa pun ini cabaran yang perlu ditempuhi.. Lagi perit sebab awang bawa khemah dan first aid sambil pegang kamera.. kalo x pikir 3 benda tu penting memang dah dibuang jer..  Laluan berbatu, berbukit, curam, dan licin semua terpaksa gak ditempuhi... So kasut tu pastikan betul2 sesuai, jangan jadi macam nazi, stokin pun x pakai, sudah melecet kaki dia... sian pun ada.. nasib lah ko besar nazi, kalo kecik awang dah kendong ko...

Tabikllah kepada beberapa pendaki yang awang jumpa masa mendaki. Laju jer dorang daki, mayb dorang dah biasa kot... ader sorang uncle china tu 30 kali dia daki gunung ni.. stamina jangan cakaplah, dah macam terminator kot dengan usia yang awang anggarkankan 50-an... terbaeklah u uncle.. u makan babi hutan kah??? hehehehe
  
Sempat awang abadikan nama di pokok ini sebagai bukti yang awang dah penah sampai di sini.. korang ader ker??? 

Nama yang wajib diabadikan di sini!!!

Alhamdulillah, sampai juga di kem pacat.. ini kem kedua selepas kem lolo.. sebenarnya selepas melepasi kem lolo, nak cari sumber air memang x kan jumpa.. kalo ader mungkin lopak tempat babi berkubang... sanggup ker korang nak g situ.. Air sungai hanya di kem lolo sahaja, dat y, kalo pendaki semua berkhemah di kem lolo... kalo nak berkhemah kat sini pastikan bawa air yang secukupnya untuk keperluan asas, minum, dan masak dan basuh sahaja .. nak mandi, cibuk, wuduk, beter guna debu tanah lagi bagus..

Berehat seketika sambil mengepow makanan abg farid n k. ida.. jauh lagi wooo nak sampai puncak.. time ni lebih kurang pukul 12 tengah hari... Bayangkan dari kem lolo pukul 7, 5 jam nak sampai di sini.

Acara wajib sebagai bukti kami dah sampai sini...(Kem Pacat)

kem seterusnya selepas kem pacat adalah puncak pengasih.. nak sampai disini perlu mendaki laluan yang curam dan licin.. memang mencabar sangat... tapi dah sampai di sini Subhanallah, memang sesuai namanya Puncak Pengasih.. udara di sini cukup segar, selesa dan nyaman sesangat... x tau nak cakap macam mana, ada rasa sejuk, panas dan nyaman...
  
Dalam nak menunggu si nazi ni sampai, apalagi, meh kita abadikan kenangan terindah di Puncak Pengasih...

...Yeah...
Akhirnya dapat juga awang kibarkan spender flag. matlamat utama apabila awang sampai di puncak Hasil idea tercetus ketika dalam kereta menuju ke Nuang. Bukan apa, dah klise sangat kibar bendera atau kain banting bila sampai puncak. so sekali sekala buat kerja gila ni sonok gak kan.. ini baru namanya identiti.

Ok lepas ni setiap kali sampai puncak gunung, awang akan kibarkan spender Flag sebagai identiti menjajah puncak gunugng 
Dah sampai puncak, wuh terasa x mau turun.. tido sekejap,...

Mengabadikan kenangan dengan salah seorang pendaki ketika dipuncak.


ader ke patot, Sempat lagi amik gambar dengan bendera UKSB...nak promot ke hapa??? hahaha.. ini semua idea abg farid lah... patut macam ni boleh claim OT. mileage atau imbuhan ni... pe lagi abg farid wat surat bagi pada en.Bad or Pn. Zu minta elaun..
First aid yang banyak membantu. tapi juga banyak menyusahkan. mana x nya nak bawa kotak gi daki bertambah berat rasanya..ada terdetik gak nak buang jer kotak ni... huhu... rasanya team UKSB ni jer kot yang bawa first aid sebab sepanjang bertemu dengan pendaki lain x nampak langsung dorang bawa kotak merah putih ni.. hampeh... apa pun segala barang dalam nya sangat berjasa... tQ

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di penamat.. semua nampak x bermaya. pukul 10 lebih baru sampai. dan rasanya kamilah pendaki terakhir yang turun untuk hari itu.
Alhamdulillah setelah mengharungi perit dan getir, akhirnya sampai ke paking kereta.. Jujur awang cakap, selama 28 tahun hidup, inilah ujian hidup yang paling hebat penah awang alami.. dengan lapar yang sesangat sampai satu tahap terpaksa minum air sungai. mengharapkan makanan dari orang lain. penat dan segala macam lagi..mental dan fizikal dan spiritual yang teruji dengan hebatnya, terutama sepanjang laluan pengkalan balak untuk turun ke parking kereta.. 

Syukur itu yang mampu awang ucapkan Ya Allah.. Kau masih berikan hidup untuk awang lagi.. 
Banyak pengajaran yang awang dapat sepanjang aktiviti ini,.. Terima kAsih, awea donde, nazi, abg farid, kak ida dan Yang Utama Allah swt kerana memberikan pengalaman yang paling berharga untuk awang.

Jom lepas ni kita g daki Gunug lagi..... (apalagi Gunung Ledang Lah) amacam????

1 ulasan:

Unknown berkata...

ooohhh... janji melayulahhhh???? oooohhh ngutukk aku kat belogg...hahahahaha

mY Profil...

Foto saya
SiaPa aWanG??? penyokong Man United n Real Madrid... Peminat setia Ronaldo...nak tau lebih lanjut tanya dengan kawan2 awang yek. I’m a good person with a bad attitude.